Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, January 31, 2010

REMAJA - 3 - REMAJA TUNJUK MINAT UNTUK JADI PEMIMPIN

Satelah penat dan lelah berjuang untuk kemerdekaan dan akhirnya pada tanggal 31 Ogos 1957 Persekutuan Tanah Melayu dengan gabungan 3 gagasan parti politik UMNO, MCA & MIC mengecap kemerdekaan. Walaupun pada permulaan kemerdekaan masih ada lagi saki baki pengganas yang membuat huru hara dengan di pimpinan Ching Peng dengan Rashid Maidin, Kominis pula memainkan peranan untuk ketidak stabilan kemerdekaan itu. Dalam pada itulah pemimpin seperti Tengku Abdul Rahman dan diikuti oleh Tun Abdul Razak memulakan penghidupan " merdeka " untuk rakyat Tanah Melayu.

Perancangan untuk memajukan negara dan memertabatkan bangsa dilaksanakan, masyarakat disusun semula, masyarakat yang dulunya disusun oleh Inggeris perlu dibaiki semula, dimana Melayu di kampong, Cina di bandar-bandar dan India di estate tak releven lagi dengan negara yang sudah merdeka. Diujudkan rancangan seperti Felda, Felcra Mara serta DEB untuk kesamarataan agihan ekonomi negera.

Kepimpinan negara terus di pimpin oleh mereka yang tidak mengenal erti penat, tidak mengerti untuk menyusun kekayaan, tidak tahu apa itu rasuah, tidak tau apa itu komisyen, tidak tau menyalahgunakan kuasa juga tidak tahu untuk menggunakan egensi kerajaan untuk kepentingan peribadi. Hidup mereka tidak mewah, hidup mereka sederhana, hidup mereka banyak diberikan penumpuan untuk rakyat. jadi perhubungan pemimpin dengan rakyat amat mudah.

Masa silih berganti, kempimpinan mula mengubah corak hidup, pemimpin sudah nampak untuk hidup mewah. Para remaja yang berminat untuk memimpin sudah mula mendekati alam hidup mewah. Perubahan corak hidup ini berkait rapat dengan pembangunan ekonomi negara, pemimpin sudah berani memastikan kepimpinan mereka sentiasa diterima, wang sudah mula menjadi bahan penting untuk memastikan kepimpinan menjadi hak diri sendiri. Kalau dulu pemimpin mudah di cari tapi kini bertukar mereka yang " berwang " mudah untuk mendapat gelaran " pemimpin "

Masyarakat sudah memilih pemimpin dari kalangan orang " koporat . " Untuk menjadi pemimpin mesti ada wang ringgit. Pemimpin sudah berani melakukan politik wang, sudah berani menggunakan wang simpanan untuk digunakan, kerana jika mereka menang sudah pasti akan dapat gantiannya nanti. Bukan setakat itu, pemimpin bertaraf " menteri " juga menjadikan wang sebagai sumber untuk memastikan kepimpinan terjamin.

Pemimpin yang sedang mabuk memimpin mula lupa diri, lupa daratan dan lupa tanggong jawab untuk memastikan kepimpinan dapat diteruskan dengan generasi pemimpin yang penoh rasa tanggongjawab, semangat kekitaan, semangat cintakan negera serta meletakkan agama sebagai landasan untuk hidup. Kita ambil contoh Kementerian Belia dan Sukan, dimana di kementerian ini lah terletaknya beban tanggongjawab untuk merealisasikan generasi muda terus dapa,t dipupuk daya kepimpinan, daya tanggongjawab, daya kekitaan, tapi kementerian ini gagal dalam usaha ini, kerana yang lebih penting ialah bagaimana melahirkan pemuda yang minat bersukan, beminat gerakerja lasak, tapi gerakan kerja untuk melahirkan ganti pemimpin di lupakan, dengan itu rasa minat mereka untuk terus meneraju negera pasti akan gagal.

Di awal 80an, 90an kalangan belia sentiasa dibimbing oleh kementerian ini, dengan kursus-kursus kepimpinan, pembentukan akhlak, pembentukan daya fikir yang tinggi maka sudah tentu dapat dilahirkan pemimpin yang berdedikasi, tapi itu sudah tidak dihiraukan lagi. belia kini lebih suka " rempit ", " lepak ", " bersukarria " " berfoya " dan entah apa lagi aktiviti yang tidak memberikan faedah. hasilnya kini mereka sudah tidak berminat untuk menentukan siapa yang akan memimpin, menerajui negera, siapa saja boleh asalkan tidak mengganggu cara hidup mereka. Hasilnya kini hampir 5 juta remaja tidak tahu hak mereka sebagai pengundi.

Saturday, January 30, 2010

SAH - BY ELECTION UNTUK PERAK DARUL KARTUN

Rakyat Perak DK akan pasti mengundi untuk memilih semula wakil rakyat yang akan berkhidmat untuk rakyat, pemilihan kali ini di buat berdasarkan mahkamah memutuskan YB Niza adalah MB yang sah dan YB Zambry di dapati bersalah kerana melakukan jenayah politik dengan mengadakan rampasan kuasa tempoh hari.

Khabar dari rakan pesara tentera seluruh negeri Perak, melalui Persatuan Bekas Perajurit dari daerah-daerah mereka telah dikerahkan untuk hadhir beramai-ramai sama ada mereka ahli mau pun mengamalkan dasar berkecuali berada di Dewan Bankuit pada 6 Feb. 2010 untuk mendengar satu taklimat khas dari Menteri Pertahanan dan Menteri Besar Perak. Taklimat ini khusus memastikan arah tuju Bekas Perajurit dalam menangani isu siapa MB sebenar untuk Negeri Perak.

Perkhabaran ini pasti memberikan satu pengesahan di mana mahkamah akan memutuskan MB sebenar untuk Perak ialah YB Ir Nizar Jamaluddin bukan YB Dr. Zambry Abd. kadir. Pastinya kepimpinan UMNO / BN ngelabah waktu ini. Selain itu, pejabat-pejabat UMNO juga kini sedang giat mengadakan mesyuarat parti, mesyuarat dari semua peringkat Puteri, Pemuda, Wanita, Cawangan, Bahagian dan hatta persiapan ke Persidangan Agung peringkat Kebangsaan.

Parti gabungan PR memang dari rampasan kuasa dulu inginkan PEMBUBARAN DUN kerana hanya dengan pembubaran tersebut rakyat dapat menentukan siapa yang mereka inginkan untuk menerajui negeri ini.

Friday, January 29, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF - 12 - UJUDKAN RAKAIAN KERJA

Siri 11 Guru - try not to bring your personal problems to school, satu masalah di kalangan guru yang menjadikan beban " c0re-bisuness " di tinggalkan ialah kerana telah ramai kalangan pendidik yang menceburkan diri dalam perniagaan - sama ada " penjaja kecil ", menguruskan stall, pembekal, direct selling, mau pun sebagai kontraktor - sudah tentu ini menambahkan lagi beban dan hilang tumpuan terhadap anak didik di sekolah.

Seorang " pendidik " itu mestikan ada rangkaian kerja yang luas, agar tanggongjawab serta peranan mereka dapat lebih berkesan lagi, dengan itu mereka perlu mecari " rakan kongsi " untuk menimba ilmu pengetahuan khusus dalam bidang pembangunan pendidikan, lebih banyak rakan kongsi sudah tentu dapat bebagai-bagai idea atau pendekatan yang lebih menyeronokkan pengajaran dan pembelajaran. Selain dari pergaulan dengan rakan sejawat, dengan masyarakat, pemimpin juga perlu didampingi.

Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah disiplin seorang pelajar itu, kajian perlu dibuat dari akar umbi, bukan hanya di meja guru mau pun dalam kelas sahaja. Sudah tentu penglibatan luar seseorang pelajar itu perlu diketahui, jadi dimana perlu seorang guru itu membuat rujukan?
siasatan juga tidak perlu dilakukan secara " direct " dengan si pesalah mungkin dengan cara mengaitkan " indirect " individu lain untuk mendapatkan hasil siastan.

" Networking " adalah cara yang berkesan untuk mencari jawapan, sama ada dalam urusan peningkatan pengajaran dan pembelajaran mau pun dalam urusan penyelesaian masalah murid itu sendiri.

" If you want to be a highly effecitve teacher, you should creat a rapoort ( a good, working relationship ) with as many people as possible. because sometime time will come, when some of them can assit you when you in problems"

Untuk mendapatkan hubungan yang baik dengan orang lain, " diri sendiri " juga perlu ada rasa semangat setia kawan, serta memiliki " repo " yang sentiasa di senangi oleh semua pihak. Sikap tolerasi perlu ada, merendah diri serta sentiasa dapat menghormati pendapat dan pandangan orang lain. Bercampur gaullah dengan seramai mungkin kenalan.

Hanya sekadar pengetahuan rakan kongsi yang boleh digunakan pakai seperti PIBG, rakan sejawat dalam bidang pendidikan mau pun lain-lain bidang, keluarga pelajar itu sendiri.

" Don't screen people out. Those who appear powerless or insignificant may be stars waiting to rise. Someday, they may become key nodes in your network and creat a huge apportunity for you " - Tim Sanders - Yahoo Chief Solution Officers.



Thursday, January 28, 2010

YB HAMIDAH BAKAL MB PERAK

Malam dingin dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, mata masih lagi ligat dan terpaku pada blog-blog dan face-book yang banyak sekali menyiar dan memaparkan isu-isu semasa, tapi memang tidak dinapikan ada kalanya isu yang dipaparkan perlu difikirkan keesahan dan ketulinannya.

Kebanyakan blog menyatakan peristiwa pada bulan Feb. 2010 ini dengan berbagai-bagai peristiwa dan tragedi yang boleh menyebabkan ramai warga negara " pening " untuk memikirkannya. Apa tidaknya dari kes perbicaraan DSAI dengan kes liwat kedua beliau yang terus ditunda dan tunda, betul juga agaknya ada kah DSAI " takut " dengan pertuduhan ini, kerana beliau sering memohon untuk penangguhan? Benarkan masih ada ketidak adilan dari kalangan orang di mahkamah yang menerima arahan untuk memastikan DSAI di penjarakan semula. Untuk itu mereka sering tidak memberikan kerjasama kepada apa saja yang dipohon oleh DSAI. Akhirnya DSWA pula dijadikan saksi kepada kes suaminya.

YB Hamidah ( EXCO Perak ) pula adalah diantara pemimpin UMNO yang dianggap masih " bodoh " dan masih hidup dan bernyawa di bawah tempurung. Apakah beliau menafikan kemampuan rakyat Malaysia kini untuk berfikir dan bukan kah rakyat kini sudah meletakan dunia dihujung jari mereka. Dengan dasar pendidikan yang laksanakan pula, negera telah berjaya melahirkan rakyat yang berfikiran luas, jauh, kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka ada daya imigenasi yang tinggi, kritis dan kreatif.

Jadi Hamidah menjadi serba salah dengan tafsiaran dan andaian rakyat atas keputusan penghakiman siapa MB Perak yang sah. Ada kalangan yang mengatakan berkeputusan 4:1, 5:0 juga 3:2 sebaliknya ketiga-tiga andaian ini memihak kepada YB Nizar. Tak ada siapa atau gulongan yang memberikan kemenangan kepada Mamak Zambry.

Pada dasarnya jika mengikut perundangan batang tubuh perak, memang YB Nizar telah lama menang hanya orang yang kurang siuman saja memberikan kemenangan kepada Mamak Zambry. Para hakim yang terikat dengan projek memberian kerajaan saja yang perlu memihak kepada pemberi projek. meraka akan mencari jalan bagaimana setiap persoalan di iringi dengan jawaban " soalan tidak releven " buat kata hakim Hacks.

jadi pada kesimpulannya, rakyat dah fikir apa yang akan terjadi, dah tau apa nak jadi, dah fikir apa nak buat lagi untuk memastikan daya fikir pemimpin kerajaan masa ini dapat di explotasikan dan melambangkan " ketidak cerdiknya " mereka.

Wednesday, January 27, 2010

YB NIZAR BELUM PASTI MB PERAK.

Akhirnya Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan untuk mengumumkan petisyen dari YB Nizar berkaitan dengan siapa sebenarnya MB Perak Darul kartun. Semua pendakwa dan pembela kes ini lega dan sebak serta ternanti-nanti pada 9 Februari ini sebagai penentu. Siapa sebenarnya MB Perak.

Ada kalangan masyarakat memberikan kemenangan kepada YB Niza dengan 4:1, ada juga yang memaklumkan bahawa keputusan tersebut hanya mainan pihak Nizar dan PR untuk memastikan rakan UMNO / BN agar tidak bersuara. Ada juga kalangan kepimpinan yang merasakan tindakan YB Niza ini menderhaka kepada raja, kerana membelakangi pihak istana kerana terlalu cepat membuat mengistiharan.

Tapi yang peliknya tiada siapa yang mengatakan UMNO / BN yang berketuakan Dr. Zambry akan memangani penghakiman ini.

Sebenarnya setiap tekaan yang dibuat oleh rakyat adalah kerana rakyat Malaysia bukan kalangan mereka yang buta undang-undang, khususnya undang-undang tubuh kerajaan Malaysia. Kerana bagi mereka sejak akhir-akhir ini pihak mahkamah langsung tidak memainkan peranan sebagai agensi yang bebas dan tidak terikut-ikut dengan kehendak orang tertentu. Banyak sangat andaian dan keputusan yang memang memihak kepada orang tertentu.

Dalam kes MB Perak, pihak Kerajaan bawah pimpinan YB Niza di putuskan untuk memerintah Perak, tapi dengan sekelip mata pihak mahkamah memutusankan rayuan yang dibuat diterima pakai dan ianya diputuskan dalam kamar hakim sahaja. Dan untuk membuat keputusan rayuan YB Niza pula pihak mahkamah mengambil masa hampir setahun.

Contoh yang lain, kes liwat DSAI yang pertama dahulu, kamar ketua Pendakwa mengubah-ngubah tarikh tragedi kerana pada tarikh yang pertama villa tempat berlakkunya liwat belum siap di bina, dan diubah tarikh yang lain. Akhirnya mahkamah melaksanakan penghakiman berpilih-pilih. Atas alasan itu masyarakat kini sudah mula hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman.

Tuesday, January 26, 2010

GURU MALAYSIA - BERJIWA RAKYAT

Setelah kita melihat negara di penuhi dengan tindakan mahkamah oleh orang-orang politik, sana sini pertuduhan, sana sini saman menyaman, saman yang dituntuk pula bukan alang kepalang, mata jutaan ringgit sudah menjadi perkara biasa. silap saja kes akan dibawa ke mahkamah. Perbicaraan mengambil masa yang lama, akhirnya kesalahan biasa, mencuri, mengedar dadah, rogol telah menjadi kesalahan kecil, sebaliknya kesalahan orang politik menjadi tumpuan utama.

Kini, negera di kejutkan dengan tindakan dua orang guru suami isteri En. Mohd. Afandi Abd. Hamid 39th dan isterinya roziaini Mohd. rozi 38 th. Pertuduhan ialah mereka menerima satu konspirasi dalam menjalan tugas terhadap penginiaan tersebut. Mereka juga dinafikan hak pertukaran, pihak sekolah juga tidak mengikut ofsyen guru tersebut kelulusan pendidikan agama Islam tapi mengajar Pendidikan Moral.

Apakah rasionalnya tindakan kedua-dua orang guru ini membawa kes tersebut ke mahkamah? Apakah mereka berdua juga sudah berfikir secara mendalam dengan tuntutan mereka ini atau membawa ke mahkamah untuk kepentingan kalangan guru-guru yang lain buat masa hadapan? jawapannya ada pada kedua-dua guru tersebut.

Apa yang menyebabkan mereka " berani " dan ada pihak yang sedia membantu adalah disebabkan pada masa kini, pengurusan dan pentadbiran negera hampir kesemuanya perlu melibatkan orang politik. Orang politik sudah hilang arah tuju kerana penglibatan mereka amat mendukacitakan.

Kita ambil contoh, dimana amalan profesioanlisma badan kehakiman terdapat penghakiman DSAI zaman Tun Mahathir, kredibilti badan ini terhakis untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak. Penghakiman yang dilakukan secara " pilih kasih " kemampuan badan ini terus di pertikaikan, mereka sudah tidak bebas sebebasnya, kerana perlu mendapat " pertolongan " atau " arahan " dari pihek tertentuk untuk menjatuhkan hukuman. Krisis 2MB di Perak cukup memualkan sistem badan penghakiman ini. Nampak sangat mereka memihat kepada pihak tertentu.

Berkaitan dengan " enjin " jet yang hilang, untuk menentukan harga enjin tersebut pihak Kem. Pertahanan membuat 3 kali pengumuman dari harga RM100juta dan terus turun sehingga RM300K dan Jawatankuasa kewangan parlimen pula menetapkan harga hanya pada kadar RM400K. Kenapa ini harus berlaku. jadi harga jet perjuang F5E ini agak sama dengan sebuat mercedes.

Itu badan hakim, cuba kita lihat pula bagaimana SPRM, yang dulu dikenali dengan nama BPR, ianya jelas " pilih bulu " ada pihak di tangkap hanya dikatakan salah guna kuasa dan mengunakan wang kerajaan cuma RM2000 saja. Ada juga hanya mengedarkan 40 ekor lembu untuk majlis qurban, tapi yang malangnya ada pertuduhan yang lebih hebat seperti komesyen, rumah banglo, bawa wang keluar negera semuanya di simpan dan di tiadakan maklumatnya.

Agensi lain seperti PDRM, SPR semuanya sudah mengikut telunjuk orang politik dalam melaksanakan tugas. Dengan itu tidak hairan lah sudah sampai ke ketika di mana seorang guru pula mengambil tindakan mahkamah terhadap majikannya. Dari Guru Besar sehingga lah kepada Kementerian Pelajaran.

Kini rakyat malaysia di ajar dan diasuh untuk bergerak dan menggunakan mahkamah untuk kebaikan bersama.

Monday, January 25, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF - 11 - DO NOT BRING PERSONAL PROBLEMS TO SCHOOL

" Tragedy is thus a representation of an action that is worth serious attention, complete in itself and of some amplitude by means of pity and fear bringing about the purgation of such emotion " - Aitsotle

Kalau dulu dan kini " Guru Sebagai Lilin, ianya membakar dan terbakar " memang tidak dinafikan, walau pun masa kini kebajikan mereka dah dapat pembelaan. Suasana kerja, kemudahan kerja, walaubagaiman " beban " kerja juga tidak dinafikan pertabahannya. Kita boleh senaraikan apa saja kejadian, malapetaka di dunia, tempat yang paling sesuai untuk di laksanakan pendedahannya ialah disekolah. kemalangan jalan raya sekolah, isu HIV, sekolah perlu tangani, isu buang anak sekolah juga perlu tangani kerana suduh diadakan Pendidikan Seks disekolah.

Selain itu bebanan yang harus dipikul seperti menyediankan keperluan pengajaran dan pembelajaran untuk esok, menyiapkan alat bantuan mengajar, menyemak kerja murid, menyelesaikan masalah kelakuan, menyimpan data peperiksaan ( walaupun bukan hari-hari ), melaksanakan tugasan arahan Guru besar/ pengetua, menjalankan aktiviti peringkat kelompok, daerah kadang-kadang ada juga di peringkat negeri. Dengan itu seorang " guru " seperti superpower semua boleh buat. Kadang kala guru tidak menlaksanakan tugas " core " kerana kerja sampingan yang membebankan.

Tapi awas, setiap manusia juga tidak lepas dengan permasalahan, setiap masalah perlu diselesasikan dan iatidak perlu di bawah bersama-sama dengan tugasan rasmi " mendidik " Wajah muram seorang guru itu melambangkan ianya sedang di hinggapi oleh masalah, dengan itu sudah pasti hasil kerja tidak ditahap yang maksima. " Their negative feelings will adversely affect their subordinates " Sudah tentu perasaan marah meluap-luap dan akhirnya anak didik yang menjadi mangsa.

Masalah yang sering melanda " guru " seperti permasalahan keluarga, perhubungan kalangan rakan sejawat, rakan sekeliling dan masyarakat, juga yang agak meruncing dan sering di kesali ialah maalah kewangan. masalah hutan, kerana kadang kalan bukan guru saja perjalanan hidup tidak berpandukan kewangan yang diperolihi. Berberlanja lebih dari pendapatan. Kesannya sendiri tanggong.

Cubalah selesaikan setiap masalah secara melihat dari keseluran aspek penghidupan dan elakan setiap masalah ini menjadi duri dalam daging penghidupan kita, kerena seorang " guru " perlu memiliki personal yang baik untuk berdepan dengan setiap individu yang bergelar " murid -murid " dan elakan membawa masalah itu ke tempat kerja.

" Sadness is almost never anything but a form of fatigue " - Andre Gide

Sunday, January 24, 2010

SIAPA YANG SALAH, IKIM BERTANGGONGJAWAB

Terlebih dahulu tahniah kepada IKIM kerana mengambil satu inisiatif untuk mententeramkan keadaan umat Malaysia dengan isu " God " yang dituntut oleh The Herald sebuah majalah yang KDNnya hanya untuk cetakan ahli sahaja itu dan ianya tidak jual secara terbuka.

Penglibatan wakil dari semua pihak kecuali " UMNO " melambangkan betapa badan ini yang dipengerusikann Oleh Tun Dollah mengambil ketetapan untuk mententeramkan kekelamkabutannya. Akhirnya keluarlah satu kenyataan dari Pengerusi yang mengatakan satu resolusi telah diambil dan memastikan The Herald ( majallah orang Kritian ) tidak boleh menggantikan The God kepada Allah.

Tapi apa yang menyedikan dalam Harakah Edisi Isnin Bil. 1508. Wakil Pas iaitu Presidennya sendiri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menemplak dan tidak mengiktiraf keputusan dan kenyataan yang dibuat oleh Tun Dollah. Sehinggakan TGHH mengesahkan muzakarah tersebut lansung tidak mengambil atau pun menetapkan resolusi sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Dolah. Bil. 1508"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul." jelasnya ketika di hubungi - rujuk Harakah

Sdr. Dr. Mohd. Nur Manuty wakil dari Majlis kepimpinan Tertinggi PKR pula semasa berceramah di GEGAR - Gerakan Gelombang Rakyat Keadilan Untuk Anwar pada 21 Januari bertempat di Pusat Aktiviti PAS Chenderong Balai juga melaporkan perkara yang sama di mana " The God " diterjemahkan sebagai " Allah "

Kini muzakarah tersebut telah dicemari dengan satu kenyataan yang tidak bertanggongjawabg, akhbar lapor lain, hasil muzakarah lain, dan kenapa agaknya Tun Dollah sanggup melakukan sedemikian? Apakah Tun juga ada agenda khas untuk kepentingan masa depannya atau adakah ini rencana tersirat dalam pelaksanaan Islam Hadari? Rakyat terus di kelirukan.

TGHH berpendapat IKIM perlu menjelaskan keadaan dan hasil muzkarah untuk tatapan semua. Hanya IKIM yang boleh mententeramkan keadaan, berpijaklah dibumi nyata.
Majlis perundingan IKIM khusus berkaitan dengan " god " di terjemahkan sebagai " Allah " telah di politikkan, walau pun dalam majlis itu tidak melibatkan wakil dari UMNO tapi Pengerusi IKIM ialah mantan PM - Tun Dolah Dawi. Dolah Kata The Herald tidak boleh guna Allah menggantikan God tapi ahli penal dari PAS TGHH kata tidak ada resolusi yang di muafaktan di perjumpaan tersebut. Siapa yang benar?

Saturday, January 23, 2010

REMAJA - 2 - MEREKA DI ZAMAN PENGISIAN KEMERDEKAAN

Setelah merdeka, dan tarikh keramat 31 Ogos 1957 dengan tiga laungan Merdeka, Merdeka dan Merdeka, maka Persekutuan Tanah Melayu yang diasaskan dengan pimpinan 3 bangsa sebagaimana yang disyaratkan bergabung bawah naungan " kapal layar " dan menggelarkan diri mereka " perikatan ". Perikatan adalah gagasan gabungan tiga bangsa UMNO - Melayu, MCA - Cina dan MIC untuk India, telah memenangi 51 dari pada 52kerusi dalam pilihanraya umum pertama dan PAS dapat satu di Semanggol. Bermulalah era kepimpinan Perikatan di Persekutuan Tanah melayu.

Pada masa negera dalam proses untuk merdeka dan berjaya mendapatkan kemerdekaan " tenaga remaja " memang tidak dapat di nafikan penglibatan mereka. Mereka adalah penggerak kepada semua program dan aktiviti sama ada aktiviti untuk pembangunan negera itu sendiri mau pun program untuk pembangunan sahsiah rakyatnya. Perahan otak tenaga muda dapat mencerah dan memastikan negera yang baru merdeka dapat diisi dengan program yang memberikan faedah kepada bangsa yang menjadi penghuninya.

Walaupun semasa awal kemerdekaan negera di hantui dengan " kominis " yang diketuai oleh Rashid Maidin, Chin Peng dan ramai lagi, tapi kini ( mereka merayu untuk kembali ke tanah air - khususnya chin Peng. )dizaman pengisian kemerdekaan ini, semua pihat tidak mengenal penat lelah, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mengagihkan keuntungan untuk poket sendiri juga tidak tahu untuk memasikan sanak saudara mendapat menafaat cara tak jujur. Perjuangan masa kini cukup iklas, ahli ( koperat ) masih belum ujud. Kepimpinan politik juga di monopoli oleh kalangan guru-guru yang lepasan SPM yang ada sebagai kenderaan hanyalah basikal sahaja. Tapi yang lebih penting ialah " semangat juang " yang tinggi untuk bangsa, agama dan negera.

Selepas hampir 14 tahun merdeka dan pilihanraya silih berganti tapi pilihanraya pada tahun 1969 dengan terjadinya peristiwa berdarah " tregedi 13 Mei " ia menyebagkan satu penyusunan semula masyarakat amat diperlukan, penjajah telah menempatkan agihan seperti Melayu di kampong, India di Estat dan Cina di bandar-bandar. Jurang kaum ini amat jelas dan kritikal sekali.

Penyusunan semua masyarakat dilaksanakan, pihak kerajaan pula berusaha untuk meningkatkan taraf hidup khusus untuk orang Melayu. Agensi seperti MARA, FELDA, FELCRA ditubuhkan dengan dasar DEB semuanya berkaitan dengan ekonomi untuk orang melayu. Tarap pendidikan mula menampakan hasil dan makin ramai anak melayu yang sudah sampai ke menara gading. sudah ada anak orang kampong sampai ke puncak pengajian. Sudah banyak sekolah yang dibina, sudah banyak agensi kerajaan di bentuk, sudah ujud beberapa menteri dengan portfolio yang di sedian, keujudan mereka adalah untuk memastikan taburan ekonomi sama rata antara bangsa-bangssa yang ada di Tanah melayu.

Dizaman ini bermulalah tarap penghidupan orang melayu sudah mula menampakkan " riak kaya " berlagak sebagai orang senang, mulalah zaman untuk menjadi pemimpin seseorang itu perlu ada duit. cara mendapatkan jawatan juga telah bertukar cara, guru yang dulunya mudah untuk mendapat jawatan tapi sudah mula dipertikaikan kerana kekurangan " wang " corak hidup dan daya kepimpinan sudah berubah. Pemimpin sudah hilang keikhlasan dalam kepiminan, pengikut sudah jadi macam " hampa " mereka hanya perlu diumpan dengan sedikit wang maka mereka akan ikut apa yang diarahkan.

Zaman pengisian telah menampakan perubahan kepada kepimpinan khususnya dari kalangan UMNO. " Kepimpinan " juga dicari dengan " wang " sebagai imbuhan, kepimpinan mula dicari dengan mengamalkan rasuah. Kesan tak langsung sudah mula generasi muda merenggangkan diri dari melibatkan diri dengan propaganda hidup yang tidak sihet ini.

Kita lihat pula nanti bagaimana rakyat kita menikmati kemerdekaan negera.........

Friday, January 22, 2010

REMAJA - 1 MEREKA DI ZAMAN PASCA MERDEKA

Suruhanjaya Pilihanraya mula berasa cemas kerana angka tak rasmi gulongan belia berusia 21 tahun keatas seramai hampir 5 juta hak mengundi masih belum lagi menunaikan tanggongjawab sebagai seorang pemilih.

Cuba kita fikirkan mengapakah agaknya mereka ini lalai untuk menunaikan tanggongjawab penting ini, adakah mereka mengiakan kuasa ditangan mereka kini sudah diabaikan oleh pihak yang tidak bertanggongjawab atau ada kalangan pemimpin yang dipilih malalui proses piliharaya sering menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan kroni sahaja? atau pun mereka merasakan pemimpin yang ada sudah tidak perlu diberikan pertolongan ( undi ) untuk masa depan mereka. Atau mereka merasakan zaman ini pemimpin boleh hidup mewah dengan undi yang diberikan? persoalan tersebut boleh dianalisis oleh semua pihak, termasuk SPR.

Cuba kita balik ke zaman pasca kemerdekaan dulu, bagaimana gulongan muda memainkan peranan untuk kemerdekaan, memang jelas terbayang ketika itu anak muda adalah " superpower " dalam setiap tindakan, nama seperti Dr. Burhanuddin, Ghaffar baba dan badan NGO seperti API ( angkatn pemuda insaf ), penglibatan mereka cukup dan di tahap yang paling maksima, mereka tidak mementingkan kepentingan peribadi, kemerdekaan itu di letakan sebagai matlamat perjuangan.

Zaman pasca kemerdekaan semua pihak bertungkus lumus untuk memastikan negera yang pernah dijajah oleh berbagai bangsa, dari Portugis, Belanda, Inggeris, Siam dan akhirnya Jepun dan balik kepada Inggeris dan semasa zaman penjajahan Inggerislah pihak " orang melayu " dengan tenaga muda mengembelingkan seluruh tenaga untuk kemerdekaan. Sejarah membuktikan bagaimana Malayan Union ditentang habis-habisan oleh Pendudukan Tanah Melayu, bagaimana zaman pra kemerdekaan, negera di zaman kominis ( walaupun ada penglibatan orang Melayu dalam kominis ) tapi penglibatan anak muda tidak dinafikan.

Melalui penglibatan sabagini, tidak kenal penat lelah, tidak kenal hidup mewah, tidak kenal rasa kecewa gulongan muda meneruskan cita-cita itu, sudah pasti penglibatan parti politik turut sama dalam perjuangan tersebut. ( tapi rencana ini ditulis khusus untuk memberikan pengitirafan kepada gulongan muda belia ), akhirnya negera merdeka.

Belia zaman pasca merdeka adalah remaja berjiwa panas, berjiwa memberontak, berjiwa " dimana bumi dipijak di situ langit di junjung ", penoh dengan semangat waja juga dengan pepatah Hang Tuah " Tak kan Melayu hilang di dunia "

Thursday, January 21, 2010

Cabaran Buat Kaki Pancing!!!


Jangan ketinggalan!!!

GURU - MANAGE YOURSELF 10 - BERFIKIR MENDALAM TAPI TIDAK MENGGANGGU FIKIRAN KITA

Bertindak sebagai seorang guru dan bekerja sebagai guru adalah dua kenyataan yang berbeza walau pun tindakan dan perbuatan kedua-duanya hampir sama. Seorang yang bergelar dan menjawat sebagai guru daya fikir dan tindakan untuk memastikan "client" atau anak didiknya sentiasa puas menerima ilmu pengetahuan yang sepatutnya. Serta seorang guru pula sentiasa berusaha untuk memberikan " kepuasan berilmu " kepada mereka yang diamanahkan.

Untuk itu guru perlu sentiasa memikirkan setiap perancangan yang perlu dilaksanakan dengan detail TAPI seroang guru juga perlu tahu dan bertindak agar setiap apa yang difikirkan tidak membebankan penghidupan harian.

" No institution can possibly survive if it needs geniuses or supermen to manage it, it must be organised in such a way as to be able to get along under a leadership composed of average human beings "- Peter F. Drucker cebisan dari : The Principal Factor Making An impact in Developing Effective School.

Seorang guru juga mungkin, seorang bapa, mungkin juga seorang pemimpin NGO's amat perlu mengimbangi tugasan yang dipikul " U must know how to balance your time to be hands on in cheking the relevent and unrelevent works to make sure your candidate will admire your works and for their success " ini kerana setiap tugasan yang perlu dilaksanakan tidak perlu menghadapi permasalahan. melalui pengurusan masa dan keputusan yang tepat diambil agar perancangan di sekolah, kelas dan kalangan rakan sejawat sentiasa di tahap maksima pencapaiannya.

Dengan sentiasa berfikir dan mengambil keputusan yang tepat dan bertindak secara " colective " sudah pasti memberikan hasil yang semaksima mungkin. So dengan itu sebagai seorang guru perlu bertindak, berfikir dan mengambil keputusan yang lebih mementingkan pencapaian kecemerlangan anak didik. Berfikir secara waras, secara rasional pasti dapat menghasilkan keputusan yang terbaik.

Wednesday, January 20, 2010

PEMILIH MUDA - KEMANA ARAH MEREKA

Dunia berubah, cara berfikir berubah, cara pentadbiran berubah, olahan pembangunan ekonomi negera perubaha, gaya hidup perubah, dunia kini " dihujung jari ", ketahanan daya kepimpinan pemimpin juga berubah, cara mereka bertindak juga berubah, semua gulongan " berubah " dari alam tak tahu ke alam yang lebih tahu sehingga sanggup menyalah gunakan setiap ilmu pengetahuan yang ada.

Untuk memastikan rakyat setiap negera berubaha dari tak tahu ke alam tahu, dari tak pandai ke seorang yang pandai maka " pendidikan " adalah diperlukan oleh mereka. Sejak seorang bayi dilahirkan mereka terus di " belenggu " dengan alam pendidikan. Kerana pepatah " seroang bayi dilahirkan putih bersih, kitalah yang akan mencorakkan kepada yahudi atau nasrani "

Pembangunan pendidikan memang hebat. Ada Penyata Rahman Talib, ada Penyata Razak ada juga Penyata kabinate. Dasar pembangunan pendididkan juga sentiasa berubah dari KLSR ke KBSR juga terus ke PPSMI. Makan lahirlah generai waktu ini. Jika diambil kira dari KBSR mereka kini sudah pun hampir 20 tahun. Sudah pun diketahui KBSR adalah dasar pendidikan yang melahirkan manusia yang berkonsepkan JERI ( Jasmani, emosi, rohani dan intelek )ianya termaktub dalam FPN ( Falsafah Pendidikan Negera ) dan akhirnya menjadi PFK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ).

Akhirnya kini remaja di Malaysia adalah remaja yang dilahirkan melalui dasar FPN / FPK. Apakah kesan kelahiran mereka ini pada pengurusan pentadbiran negera? Mereka berfikiran terbuka, mereka mengamalkan konsep " futuristick Thingking " mereka mengamalkan konsep pendidikan secara global, mereka juga mengamalkan konsep daya fikir yang liberal.

Golongan remaja ini kini hampir 4.3 juta ( kenyataan dari Wan Ahmad Wan Omar- tim: SPR )nyawa berkeliaran di seluruh negera. Mereka juga ada rasa benci kepada sifat ketidak jujuran, sikap pilih kasih, sikap dan amalan kronisma dan nepotisma, sikap pecah amanah, mereka juga benci kepada ketidak adilan yang amalkan di peringkat pengurusan di mahkamah, mereka juga benci kepada corak hidup yang berpuak-puak serta benci pada kalangan yang terus menerus dengan cara penghidupan yang mewah.

Untuk itu, memang tidak dinafikan, bagaimana susahnya pihak tertentu untuk menjemput mereka mengisi borang untuk menjadi pemilih masa kini dan akan datang. Mereka lihat SPRM tidak jujur dalam menjalankan tugas, tipu helah yang dimainkan untuk mementingkan pihak tertentu sahaja. Mereka lihat parti politik pula, menggunakan tenaga generasi muda untuk kepentingan gulongan tertentu sahaja. Ujudnya gerakan muda/mudi atau putera/puteri semua bermatlamatkan kepastian kepada pucuk pimpinan hidup dengan lebeh mewah dan bergaya.

Untuk itu sebagai renungan kalangan muda memang tidak berminat untuk menjadi pemilih kerana keandaan yang memaksa mereka bertindak demikian. Baikilah pengurusan pentadbiran negera baik dari sudut parti politik mau pun SPRM itu sendiri. Bukan kerana tiada kesedaran, bukan kerana lokasi mereka tinggal bukan kerana tanpa pengetahuan mau pun ambil tahu berkaitan dengan kepentingan " suara " untuk pemerintahan tapi sebagaimana yang ditulis tadi kerena mereka benci dengan kerenah dan keadaan yang ditunjukkan, sedangkan mereka adalah gulongan yang dilahirkan melalui dasar dan falsafah yang di reka cipta untuk melambangkan sesoerang itu berdaya fikir yang tinggi, dan tahu membezakan antara buruk dan yang baik

Tuesday, January 19, 2010

PASIR MALAYSIA - BOLEH BUAH MIKROCIP

Kalau kita tuduh semua orang kata kita terlambau memihak kepada sebelah pihak, kalau kita lapor mereka buat tak penduli, kalau kita sebut mereka kata buat fitnah, kalau kita tulis silap-silap kita akan di dakwa oleh pihak yang berkuasa. Huraian ini adalah jelas menunjukan apa yang sedang berlaku di negara kini, negera yang kita cintai, negara tanah tumpah darah dan sudah pasti tidak ada negera lain yang boleh menerima kita kalau terjadi apa-apa pada negera ini.

Lihat saja setiap tulisan dalam blok yang menulis berkaitan dengan individu " pembangkang " hatta mereka yang bergelak tuan guru sudah pasti pihak berkuasa akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. Lihat saja apa yang terjadi kepada TGNA atas sumbangan kek RM500 riuh rendah negara, keluar dalam akhbar perdana, TGNA pilih anak menantu untuk perkhidmat dengan agensi kerajaan negeri terpekek terlolong semua pihak mengasak untuk memastikan anak menantu meletakkan jawatan.

Ada kalangan pemimpin politik yang cuma di tuduh rasuah hanya pada kadar RM2000 di siasat sampai mati, ada kalangan pemimpin di heret ke mahkamah dengan pertuduhan yang dirancang walau pun sudah terbukti kesalahan tidak memihak kepadanya, pertuduhan mesti dijalankan juga.

KENAPA INI BERLAKU, KENAPA, KENAPA,

Tapi di mana akhbar perdana, di mana Pemuda, Puteri, Putera, kepimpinan NGO rapat dengan parti pemerintah apakala di dedahkan satu pembunuhan, satu rompakan kewangan negara, tragedi jualan enjin jet, ramai kalangan pemimpin yang di tuduh rasuah.

Kenapa pihak berwajib tidak berperanan seperti pertuduhan kepada pihak pembangkang, mengapa mereka tuli setuli-tulinya, Pemuda UMNO kaku langsung tidak berminat untuk bersuara hatta menunjukkan " kejantanannya "

Ini terbit pula kisa jualan pasir negera ke Singapura, kata Menteri Kerjaraya, hampir 500 lori setiap hari, tapi dinafikan oleh Tun M, bukan 500 tapi 700 kerana pasir ini berkhasiat untuk dijadikan " mikrochip " yang memberi komen bukan calang pemimpin, tapi dari seorang menteri dan bekas PM.

Dimana SPRM, Dimana PDRM, DI Mana Pemuda UMNO, Dimana Ibrahim Ali, mengapa tidak berkokok, bersuara untuk kepentingan negera? Sudah pasti mereka tidak akan berkata apa-apa, akhbar perdana tidak ada ruang langsung untuk melaporkan tragedi ini, hanya kerana yang buat ialah orang tertentu, mungkin dari kalangan pimpinan negera.

Alahai negera ku, apakah ini pratanda kepimpinan yang ada akan tamat tempoh perkhidmatan mereka, hanya Allah saja yang tahu

Monday, January 18, 2010

KECELARUAN ORANG UMNO

UMNO / BN, khususnya dari kalangan kepimpinan UMNO kini begitu khairah untuk memastikan semua pengurusan masjid di bawah kelolaan mereka. Mereka langsung tidak menilai dan memikirkan apakah jawatankuasa yang baru dalam lantikan mereka dapat melaksanakan tugasan sebagai seorang kakitangan masjid.

Sifat dan stail " kuno " masih lagi menjadi daya kepimpinan mereka dengan itu slogan " dulu, kini selama-lamanya " cukup tetap sekali untuk ditauliahkan kepada UMNO. kita lihat saja di Perak. Semasa PR memerintah, kepimpinan kampong sanggup di adakan pemilihan, jawatankuasa masjid diagihkan sama rata, kerena rumah allah adalah untuk semua umat manusia, bukan hak UMNO sahaja.

Tapi malang bagi negeri Perak dan mungkin negeri-negeri di bawah kepimpinan UMNO yang lain juga berperanan sedemikian rupa. Mereka langsung tidak mempercayaai orang lain. Tidak ada langsung sikap keterbukaan dalam bermasyarakat. Tidak berani menghadapi kenyataan. Sepatutnya mereka boleh menguji sejauh mana suara rakyat memihat kepada mereka.

Apa salahnya sebagai ujian diadakan pemilihan ketua kampong, dan biarkan masyarakat kampong sendiri memilih pemimpin mereka, tapi bagi UMNO, kepimpinan ketua kampong adalah menjadi hak dirinya. Kini menular pula kepada kepimpinan di masjid-masjid, semua yang terlibat mesti dari kalangan orang UMNO, walaupun mereka sakit, walaupun mereka masih belajar, walau pun mereka tak pernah ke masjid, tapi asalkan mereka berkiblatkan " Keris " mereka boleh di lantik.

Apa nak jadi dengan orang UMNO dewasa ini. makin hari makin menampakan ketidak warasan hidup mereka. yang penting bagi mereka hidup mewah, kenduri secara mewah, kadang-kadang tak ikut kemampuan langsung. Fikirlah untuk masa depan bangsa, agama dan negera. Negara akan hancur jika orang umno penoh dengan noda dan dosa.

Sunday, January 17, 2010

PR BERSEDIA UNTUK PILIHANRAYA NEGERI

Politik Perak DR kini dalam keadaan penoh dengan delima, sejak PRU 12 dengan keputusannya menyebelahi pembangkang DAP 18, PAS 6, PKR 7, maka pakatan pembangkang layak menubuhkah kerajaan, dan atas daya usaha pembangkang maka dapat lah satu suara di mana " Gagasan Pakatan Rakyat " di Perak menerajui pemerintahan peringkat negeri dengan PAS mengetuai pemerintahannya.

Sepanjang hampir setahun, pemerintahannya, keadaan Perak sentiasa bergelora dengan tindak tanduk " pembangkang " mereka melaksanakan berbagai-bagai usaha untuk mengambil balik tampok pemerintahan, ada saja perancangan ke arah tersebut. Semua agensi kerajaan digunakan hatta sampai ke tahap di mana istana juga perlu digunakan untuk tujuan tersebut.

Wakil yang melompat di istiharkan " wakil bebas " tapi untuk kepentingan dan persetujuan UMNO / Bn di abad ini " bebas " sudah tidak lagi beerti seperti apa yang tercatat dalam kamus. Tapi " bebas " dalam kamus UMNO / BN perlu menyokong satu pihak yang berkepentingan. Dengan itu dapatlah UMNO / BN kembali memerintah Negeri perak.

Mahkamah juga memainkan peranan dalam urus pentadbiran mengambil alih kerajaan ini, kedua-dua pihak turun naik ke mahkamah, mahkamah juga seolah-olah menyokong apa yang diperlukan oleh UMNO / BN. Akhirnya sehingga hari ini tidak ada keputusan rasmi untuk itu. Rakyat Perak terus tertunggu-tunggu.

Tapi akhir-akhir ini, gelombang " keputusan " mahkamah di hidupkan semula, semua pihak membuat andaian jika keputusan sentiasa ditanggohkan dan terlalu lama, ianya melambangkan keputusan di pihak yang menuntut, untuk itu, setiap kali berjumpaan isu ini sentiasa di warwarkan.

Dalam satu perjumpaan tak rasmi, pihak Pakatan Rakyat masih lagi menetapkan agihan seperti PRU 12 di mana DAP 18, PAS 21 dan PKR 20. Walaubagaimana pun perkembangan muktahir juga perlu diambil kira mungkin ada kawasan milik PAS atau sebaliknya dari DAP mau pun PKR perlu di serahkan kepada rakan kerabat yang lain, walaubagaimana pun jumlah agihan masih sama. Sebagai contoh, mungkin DUN Bota boleh diberikan kepada PAS sebaliknya DUN Belanja di berikan kepada PKR.

Agihan dan susun atur ini sudah pasti memberi dan menambahkan kekuatan kepada PR untuk mengambil secara rasmi kedudukan pemerintahan di Perak. Akhirnya sama-samalah kita berdoa agar rakyat perak yang di ketuai oleh sultan yang pernah satu ketika dulu menjadi atau menjawat jawatan paling tinggi dalam sistem penghakiman di negera ini sebagai Ketua Hakim negera. Sultan sudah maklum kedudukannya.

Friday, January 15, 2010

ALLAH - HURU HARA RAKYAT.

Nampaknya, salah guna " ALLAH " terus mengelirukan rakyat dan sehingga kini pihak kerajaan melalui Menteri Di JPM, YB Nazri Aziz telah secara sedar atau tidak memberikan laluan kepada pengikut Kristian di Sabah dan Sarawak untuk menggunakan kalimah tersebut kerana mereka telah menggunakannya dari zaman azali lagi.

Dalam " The Borneo Post " keluaran 15 Januari 2010. Nazri mengesahkan " govt recognises traditional usage of word ( ALLAH ) in Sabah dan Sarawak " Muslim di Sabah dan Sarawak tidak seperti Muslim here in Semenanjung " Muslim here in Semenanjung cannot accept it as ' Allah " was never used in Christian preaching until recently and they questioned the motive behind the susitituion of ' Tuhan ' for ' Allah ' akhbar di baca semasa saya berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Apakah ajaran Islam antara Muslim di Semenanjung dan Malaysia Timur itu berbedza? Apakah Muslim di Malaysia Timur muslim kelas kedua? atau bagaimana YB Nazri boleh meletakkan kedudukan sebegini? Benarkan " ALLAH " bagi menganut Kristian di Semenanjung hanya baru beberapa tahun yang lalu?.

Kaitan dengan itu, Nazri juga berhujah di Malaysia ada 2 set hukuman Mahkamah Civil dan Mahkamah syariah, apakah Malaysia telah meletakkan Mahkamah Syariah sebagai rujukan umat islam? Lihat saja kesalahan " Qazaf " mengapa tidak didahulukan dengan tuntutan Islam serta mengapa meletakannya di mahkamah civil, ini membuktikan negara kita menidakan pelaksanaan hukum Islam di tampat yang sewajarnya. Apakah mahkamah Syariah hanya perlu membincangkan kes cerai berai, kes talak, kes faraid saja kalau gitu andaiannya kita ( kerajaan ) tidak meletakkan peranan dan tanggungjawab perundangan Islam sebagai rujukan, apakah benar negara kita Negara Islam?

Lagi satu contoh yang di bisingkan oleh rakyat ialah, mengapa perlu ada kalangan orang ramai, khususnya pemimpin bertafakur pada tugu peringatan, jelas ini satu perbuatan syirik, semua mufti kata demikian, tapi kita pemimpin meneruskan juga.

Diatas adalah seberapa andaian dan hujah mengatakan bahawa kepimpinan negara tidak meletakkan Islam sebagai hala tuju dalam hidup, hujah ini ada hubungan dengan saranan dari rakan blog " pejuang " Maaf ini adalah pendapat saja.

Wednesday, January 13, 2010

HANYA SATU RENUNGAN

Sebagai renungan, kerana pada sehari dua ini penulisan blog ini akan bercuti insyallah akan di sambung secepat yang mungkin apabila cuti selesai, bercuti cuma 2 hari sahaja.

" KEIMANANAN TIDAK BOLEH DIPAKSA. JIKA UMAT ISLAM BENAR-BENAR MENCINTAI ISLAM, MASALAH YANG DIBIMBANGAI INI TIDAK TIMBUL, DI SAMPING ITU, JIKA TEGURAN YANG MENYAKITKAN HATI DEKENAKAN KEPADA ORANG ISLAM YANG BARU HENDAK AKRAB DENGAN ISLAM MAKA USAHA PENGKUKUHAN IMANM AKAN GAGAL. SETERUSNYA, JIKA KITA SENTIASA MENYERANG SORANG BUKAN ISLAM, MEREKA TIDAK AKAN MENDEKATI KITA, ITU TENTULAH SATU TRUISM "

Cuba kita fikirkan sejauh mana orang Melayu yang beragama Islam dapat dan seterusnya melaksanakan hukum dan tuntutan Islam dalam penghidupan harian mereka. Bertindak dan berfikir secara rasional dan elakan beremosinal.

Tuesday, January 12, 2010

ISU ALLAH - SIAPA AKAN MENGAUT KEUNTUNGAN

Malaysia yang kini dengan slogan barunya 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan, Pencapaian diutamakan dalam keadaan tenat, masyarakatnya sedang dilanda dengan berbagai-bagai masalah buang bayi, penagihan dadah, rumah tangga yang di penohi dengan penceraian, remaja yang penoh hidup dengan hiburan. Ekonomi merudum teruk, harga ikan kembong kini mencecah RM12 sekilo, gula dinaikan sehingga RM0.20sen sekilo. belanjawan anak-anak di asrama di potong, peruntukan makan dari 250hari kini hanya tinggal 200 hari sahaja.

Politik juga turut porak peranda, semua parti yang ada sedang dilanda masalah, sedang berubut kepimpinan, pihak kerajaan tidak lagi bergerak dengan berteraskan perlembagaan, prinsip rukan negera sudah tidak di indahkan, bagi orang Islam, kesucian agama telah dinodai, masyarakat sudah menampakkan ketidakpercayaan kepada Rukan Islam dan pertanggojawaban sebagai seorang Muslim.

Lihat saja penyelewangan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pihak pemerintah, boleh dikatakan semua agensi kerajaan perlu mengikut telunjuk dan kehendak pemimpin yang pemerintah bukan mengikut apa kata perlembangaan. Agensi yang paling teruk mengubah haluan kerja ialah SPRM. Nyata dan jelas mereka bekerja untuk memastikan kepimpinan UMNO / BN sentiasa terjamin. Lihat saja hari ini, YAB Kelantan di arah siasat hanya cuma di tohmah dengan menerima kek berharga RM500 tapi mereka yang menghilangkan RM berbilion dinafikan hak mereka untuk di soal siasat.

Selain SPRM, PDRM juga demikian, badan kehakiman juga turut terlibat, jadi kini rakyat Malaysia sudah hilang tempat bergantong, semua sudah di campur adukan, yang penting bagaimana kuasa boleh terus dalam genggaman. Tindakan yang diambil seperti kata pepatah " seperti tikus membaiki labu " bukan bertambah baik tapi keadaan terus meruncing.

Kita lihat saja apa yang sedang berlaku di negara waktu ini, semuanya jenis jenayah meningkat, yang sedihnya majoriti yang telibat dari kaum sebangsa iaitu orang Melayu. Sebut saja apa jenayahnya, buang bayi, kes salah guna dadah, kelakuan maksiat, pergesaran sama sendiri, lakuan adu dumba, keimanan yang terhiris. Di jalan raya kemalangan yang mengorbankan nyawa saban hari dan penglibatan yang amat tinggi, di mana dan siapa yang patut di salahkan?

Apakah tidak ada penguatkuasaan, apakah kerajaan tidur dan leka, apakah pemimpin sudah tidak hiraukan dan tidak mau bertindak atas permasalahan yang sedang menghantuai rakyat.? Dan akhir ini pula isu agama menjadi topik perbualan.

Ada orang kata ini mainan politik adu dumba untuk kepentingan pemimpin tertentu, ungkapan ini berdasarkan sejarah 1969, 1987 dan mungkinkah 2010 ianya mengulangai tragedi sedemikian. Kita berdoa kepada Allah agar apa yang terjadi itu tidak berulang lagi.

Monday, January 11, 2010

ISLAM CARA UMNO

Sejak Mahkamah memberikan keizinan kepada The Herald untuk menggunakan perkataan ALLAH dalam majalah tersebut. dunia Melayu di nusantara khususnya Malaysia menjadi gembar, laksana kejadian ombak thunami yang berlaku beberapa tahun lalu, di mana obak besar ini telah mengorbakan di Malaysia saja hampir ke angka ratusan orang. Tapi kesan dari penggunaan perkataan " Allah " tercetusnya juak-juak Melayu Khusus dari UMNO yang memperlihatkan prihatin terhadap kebiadapan tersebut.

Memang hebat desakan dan tunjuk perasaan dari satu puak, dan satu puak yang lain pula memperlihatkan protes dengan sanggup membakar dan memusnahkan rumah ibadat penganut agama lain, apakah tugasan ini dibenarkan dalam Islam? Rumah ibadat bernama Metro di Melawati, Assumption dan Life Chapraldi Petaling Jaya rosak teruk dengan ledakan bom api yang dilembarkan, kemudian ianya berjangkit pula ke Perak. Negeri Darul Kartun. Sebuah Gereka ditaiping terlibat.

Untuk merealisasikan kesungguhan akur kepada perintah Allah ini kita dapati pemimpin negera tidak sependapat dengan kehendak rakyatnya, ada yang kata menjukkan perasaan cara aman dibolehkan dan yang kata tak boleh. Kenapa agaknya antara Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kata OK tapi Musa hassan pula kata jangan. Siapa lebih berkuasa agaknya, siapa telah menyelamatkan siapa ye? rakyat sudah tau, apakah ini hanya satu mainan politik untuk tujuan tertentu.? Sendiri mau fikir.

Ditengah-tengah kemelut ini, DSAI pula mengambil kesempatan khusus berkaitan dengan Mahkamah Syarie, apakah benar Malaysia berlandaskan pegangan sebagai negera Islam, DSAI mengemukakan tuntutan Qazaf ( jenayah fitnah ) oleh Shaiful Bahri. DSAI meletakkan Shaiful pertama, kedua pengarah jawi kedua dan ketika Menteri di JPM ( menjaga ehwal Islam ) sebagai mereka yang dituduh.

Dimana letaknya pendirian kepimpinan negera. Qazaf adalah hukum dalam Alquran yang di cipta dan diwahyu oleh Allah untuk kebaikan umatnya. Apakah UMNO / BN sanggup menerima dan melaksanakan hukum ini atau hanya mereka ingin memasikan " ALLAH " saja yang di warisi dan dipastikan tidak disalahgunakan.

Kata-kata dari kepimpinan keagamaan yang bersama UMNO langsung tidak kedengaran bagi menyatakan kedudukan sebenar tidakan DSAI ini. Untuk itu dapatlah kita pastikan bahawa UMNO / BN tidak bersungguh dalam usaha memastikan Islam diurusan dan dilaksanakan dengan paling sempurna di Malaysia. Keagongan Islam di Malaysia hanyalah satu laungan bukan untuk di praktikan.

Sunday, January 10, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF 9 - RANCANG & BERTINDAK

Merancang, perancangan, menyediakan pelaporan, membuat kaji selidik, mengadakan perbincangan adalah salah satu tugas yang perlu di pikul dan di pertanggongjawabkan kepada seseorang yang di gelar " pendidik " Untuk itu adalah amat perlu seseorang " guru " itu setiap apa yang dirancang yang dirancang perlu diambil tindakan secepat mungkin dan tidak mengada-ngadakan alasan yang tidak menusabah untuk melewatkan apa yang telah dirancang.

Setiap perancangan yang dilaksanakan dalam masa yang paling maksima akan memberikan hasil yang memuaskan atau ianya dapat menghasilkan hasilan yang lebih baik. dengan itu anak didik akan merasa lebih " puas " dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilontarkan untuk mereka.

Bertindak segara dan penoh rasa tanggongjawab adalah salah satu tanda keikhlasan bekerja sesorang itu dan ianya dapat memberikan keyakinan kepada " subordinates " kita iaitu anak didik. Jadikan bekerja dengan meminimakan " pembuangan masa " untuk menghasilkan kerja yang pencapaian di tahap maksima.

Beberapa tips untuk pelaksanaan tugas yang segera, cepat dan dapat meminimakan masa sebagai panduan.

1- Cuba rancang tarikh perlu setiap tugasan yang diamanahkan.
2- Cuba laksanakan kerja yang mudah dan diikuti dengan yang berat dan susah
3- Setiap kerja yang susah dan berkait-kait cuba di " pecahkan " kebeberapa bahagian yang kecil agar ianya menjadi mudah.
4- Setelah di " pecahkan " mengikut prioriti laksanakan yang mudah dan kemudian selesaikanyang lain.
5- Jika perlu gunakan rakan sejawat untuk penyelesaian tugas yang berat.
6- Jika perlukan adakalanya, kalangan anak didik juga boleh digunakan untuk membantuk melaksanakan tugas yang perlu dibereskan " delegate "
7- Cuba jadikan budaya, jika keadaan tidak tenteram elakan dari melaksanakan tugasan yang berat sebaliknya buat kerja lain agar " mood " malas dapat di hindarkan.
8- Elakkan bertindak seperti " perfectionist " sikap ini boleh membuatkan seseorang itu lupa diri dan menganggap orang lain " rakan sejawat " tak boleh memberikan bantuan dalam setiap tugasan yang diamanahkan
9- Jika terasa teragak-agak dalam sebarang tindakan dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan tugasan yang diberikan.

Akhirnya, bertindak dengan penoh rasa tanggongjawab juga merupakan satu cara kita dapat melaksanakan tugas semaksima mungkin dan rasa puas, dan tidak melaksanakan tugas separuh jalan sahaja. Sebagai contoh jika untuk mengatasi masalah unit-unit pengajaran, sudah pasti peranan rakan sejawat amat diperlukan. Dengan pertolongan mereka kerja dapat dilaksanakan secepat dan pencapaian di tahap paling maksima.

It is no use saying " we are doing our best." You have to succeed in doing what is necessary. Winston Churchil

Saturday, January 9, 2010

UMNO - PERANCANG KEMUSNAHAN BANGSA DAN NEGERA SERTA AGAMA

Malaysia dengan slogan 1 Malaysia kini digegarkan dengan tindakan " orang tidak bertamaddun " dengan menggunakan otak yang tak boleh berfikir, apakah mereka lupa, bahawa negera ini mengamalkan dasar kebebasan beragama, apakah mereka lupa kepelbagaian bangsa dan agama yang menjadi dan mendapat kerakyatan di Malaysia. Apakah mereka ingat waktu ini " siapa kuat " dia boleh memerintah. Inilah jadinya kalau kerajaan menghadkan tahap pembacaan rakyatnya, juga apabila kerajaan hanya menyiarkan berita-berita berkaitan dengan kebaikan satu pihak sahaja. Inilah keburukan apabila akhbar di kawal beritanya, berita yang disiarkan hanya untuk memastikan satu pihak yang hebat dan mampu melaksanakan tugas pemerintaha.

Apa salahnya kalau akhbar dapat menulis tetang kalimah ALLAH mengikut apa yang tertulis dalam Alquran, tulislah rencana yang boleh memberikan kebaikan kepada semua pihak. Kemudian pihak pemerintah pula amalkan dasar yang tidak pilih kasih, berilah kelonggaran kepada semua pihak, jangan ada rasa pilih kasih, orang ini boleh orang itu tak boleh. akhirnya apa yang berlaku ada lah melambangkang ketidak adilan dalam pemerintahan kita.

Kita lihat bagaimana kerajaan waktu ini menyalahgunakan sistem mahkamah, bagaimana rosaknya sistem di SPRM, bagaimana pilih kasihnya PDRM dalam menetapkan undang-undang. Kerana apa yang berlaku ini pada satu hati nanti akan menjadi masalah kepada pengurusan negera. Kita lihat sahaja, bagaimana kepimpinan negara menyalahi undang-undang dalam kes rampasan kuasa di Perak? bagaimana dayusnya dalam kes liwat DSAI, bagaimana engkar dalam permasalahan rasuah di kalangan pemimpin kelompok tertentu.

Dalam kes ALLAH - benarkan UMNO berusaha untuk memastikan setiap arahan dan garis panduan dalam ISLAM ditunaikan, bagaimana? jadi tindakan dan provokatif inilah yang dijadikan alasan oleh lain pihak untuk menguji sejauh mana keutuhan dan ketahanan kita beragama. Orang atau penganut agama lain melihat penganut ISLAM )( orang melayu di Malayasia ) sudah tidak memperdulikan perintah ALLAH lagi. Sebut sahaja permasalahan kemasyarakatan ianya semua di monopoli oleh orang Melayu yang mengaku mereka menganut agama ISLAM - dadah, buang bayi, perempok, membunuh, rasuah, dan entah apa lagi.

Kita hebat dalam berpolitik tapi kita lupa kesan sampingan apa dan tindakan yang kita buat boleh merosakkan anak bangsa di masa akan datang.

Thursday, January 7, 2010

GURU BESAR / PENGETUA PENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH

Tahun 2010 telah mempamerkan kepada pengurangan dari sudut perbelanjaannya, boleh dikatakan sekolah menerima tempias yang amat mengharukan, pada masa ini boleh dikatakan semua peruntukan di potong. Bayaran Asrama sama ada sekolah berasrama penoh mau pun sekolah asrama harian, kalau dulu bayaran makan diperlukan untuk 250 hari tapi pada tahun ini pihak kerajaan hanya mampu untuk 200 hari saja, Racangan makanan Tambahan ( RMT ), Skim Baucer Tuition ( SBT )yang diketahui setakat ini.

Walaubagaimana pun pengurusan dan pentadbiran sekolah perlu di teruskan, anak didik dan para pelajar perlu mendapat perkhidmatan pendidikan yang terbaik, ilmu untuk mereka perlu diberikan, ransangan untuk hidup lebih berilmu perlu diajar di tahap semaksima mungking. Dengan itu disinilah peranan pihak pentadbiran dari guru besar/pengetua dengan dibantu oleh penolong kanan sebagai pentadbir dan pelaksana tugas iaitu guru-guru untuk program pembangunan pendidikan bagi staf sokongan pula mereka boleh lah membantu dari sudut tugasan masing-masing - ianya saling berkait antara satu sama yang lain.

Sehubungan dengan itu, sesebuah sekolah memerlukan pemimpin dan pengurusan yang secekap dan berwibawa agar berkemahiran sebagai petunjuk arah, pemimpin dan pengurus terhadap sumber-sumber sedia ada demi merealisasikan hasrat yang ingin dicapai.Nilai kepimpinan ini perlu bagi menentukan halatuju sekolah dan menyelesaikan masalah bagi mengatasi cabaran untuk memenuhi hasrat dan kehendak PIPP ( plan induk pembangunan pendidikan )dalam melahirkan insan yang berkualiti. Kerana kelahiran mereka bukan sekadar untuk menimba pengatahuan profesional, malahan mereka perlu peka kepada persekitaran dan pelbagai pihak yang berkepentingan terhadap sekolah. Faktor inilah sebagai penguji kebersanan dan kecemerlangan pimpinan dan pengurus sekolah sama ada Guru Besar / Pengetua.

Untuk itu Guru Besar / Pengetua mesti mempunyai kemahuan yangkuat untuk memimpin, berwawasan teladan yang baik, berilmu, proaktif, rajin, majhir berkomunikasi yang tinggi dan tidak mudah putus asa. Bertindak sebagai seorang pemimpin yang cemerlang perlu juga memiliki daya kepimpinan bekualiti, berkemahiran, berketrampilan, kreatif, inovatif dan motivasi, mahir membuat keputusan dan menyelesaikan masalah,cergas fizikal, stabil emosi dan cerdas fikiran, beriman dan bermoral.

Sebagai rumusan seorang Guru Besar / Pengetua perlu dikaitkan dengan kejujuran, berwawasan, kompeten dan mempunyai kekuatan inspirasi yang tinggi untuk dapat meningkatkan stradard pendidikan di sekolah.

Oleh itu dalam usaha untuk menjana kecemerlangan sesebuah sekolah, ianya banyak bergantong kepada kualiti pengurusan Guru Besar / pengetua itu sendiri. Daya dan gaya berfikir perlu berubah-rubah mengikut peredaran masa terutama dalam dunia globalisasi ini. Kualiti kepimpinan dan pengurusan adalah ciri penting dalam menentukan kejayaan sesebuah institusi pendidikan tersebut.

UMNO TIDAK BERJUANG UNTUK RAKYAT

ADUN Sbg. Perai ( Jawi ) dari DAP - YB Tan Beng Huat, mendesak kepada pucuk pimpinan DAP khususnya Ketua menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang juga Setiausaha DAP kebangsaan agar menarik balik rancangan untuk mengubah cara hidup orang di Jawi agar tempat letak kereta mereka di sediakan " parkir berbayar " Inilah yang dikatakan perjuangan untuk kepentingan rakyat. ADAKAH INI BERLAKU DALAM UMNO

Dalam UMNO yang lebih penting yang memastikan kepentingan sendiri terjamin walaupun sudah kelihatan jelas masalah dan penyalah gunaan kuasa dilakukan oleh pucuk kepimpinan. Dah banyak contoh yang boleh di pertikaikan dan yang terakhir ini ialah dengan " terjualnya " enjin F-5E jet perjuang TUDM.

Kita saja nak tanya, dimana suara lantang Pemuda, Puteri, Wanita serta panglima UMNO serperti YB Aziz, YB Bong serta suara bebas katak dari Pasir Puteh. Kalau di Jawi hanya mencadangkan untuk menggunakan " parkir bermeter " wakil rakyat boleh memperjudikan jawatan sebagai wakil rakyat berparti tapi ianya tidak terjadi dalam kepimpinan parti pemerintah. Inilah bezanya kalau perjuangan untuk kepentingan diri dan perjuangan untuk kepentingan rakyat.

Kes Altuntuya diam membisu, kes PKFZ kelu lidah tak berkata, kes enjin F-5E entah dimana suara pemuda, banyak lagi kes yang tak perlu dinyatakan, yang mereka nampak ialah kes bagaimana kepimpinan pembangkang ( PR ) terutama DSAI perlu dikuburkan. sehingga dokumen balas di jawapan dalam Bahasa Inggeris pun boleh ditolak oleh mahkamah tapi tidak pada orang lain.

Dalam pendidikan kini jelas satu penyiksaan dilakukan oleh Tim. Perdana Menteri dengan memotong banyak keperluan, dan menyiksa ibubapa penjaga yang sedang belajar di Asrama sama ada asrama penoh mau pun asrama harian. Dalam pengetahuan kita pelajara di asrama hampir 90% adalah orang melayu. Dimana suara kepimpinan UMNO dalam menyelesaikan isu ini.

Kenapa Gagasan 1M " rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan " tidak di laksanakan untuk kepentingan rakyat? sendiri boleh fikir untuk kepentingan masa depan negara.

Tuesday, January 5, 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN - GAGAL MELAHIRKAN INSAN " JERI "

Negara Ku Malaysia kini jelas sedang menuju kearah yang lebih melambangkan kehancuran, kemusnahan, serta tidak ada langsung pengiktirafan kepada perkembangan mental dan daya fikir rakyatnya. Rakyat terus di tipu dan di " jumudkan " daya fikirnya. Pak kata pepatah " hanya ada otak, tapi akal tiada ".

Penat saja dari pelaksanaan KBSR kini ke PPSMI, nampak sangat semua dasar pendidikan yang di laksanakan gagal melahirkan insan yang soleh, kamil, berbudi perkerti dan tahu menilai hak dan harta orang lain. Kenapa " buruk " perangai pegawai atas, perancangan dasar, perancang pembangunan ekonomi, dan entah apa lagi perancangan yang dibuat semuanya melambangkan " cuba " menghancurkan kredibitili negera ini.

Penat saja di fikirkan untuk penggubalan FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ),di mana hasrat FPK adalah satu proses berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mengujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ( jeri )berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan - akhirnya lahirlah seorang rakyat yang berilmu pengethuan, kerketrampilan berakhlak mulia, betanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negera

Akhirnya bukan lahir insan yang JERI sebaliknya insan yang berdaya saing untuk tidak amanah, tidak jujur, tidak ada rasa tanggong jawab, serta tidak patuh dan takut dengan kudrat Allah SAW. Apa tidaknya, sejak peristiwa DR M memfitnah DSAI, semua instiusi kerajaan telah mengarahkan sokongan yang bulat untuk memastikan pemimpin yang memerintah di bela walaupun mereka yang mencipta permasalahan.

Rakyat semua tahu ke arah mana BPR ( SPRM ), PDRM, Badan Kehakiman dan entah apa lagi agensi kerajaan yang di " paksa " untuk memastikan kehendak dan selera pemimpin di ikuti. Kes Pembunuhan Altantua, kini kehilangan F-5E mesti ada " kambing hitam " yang perlu di pertanggongjawabkan.

Kes F-5E, bagaimana pegawai berpangkat rendah - Mungkin di peringkat Pegawai Waran yang berjaya menyeludup enjin tersebut. apakah pegawai ini ada " link " dengan pegawai lain di luar negera? bukankan setiap rundingan untuk membeli dan menjual ini di bawah kepimpinan menteri yang bertanggongjawab? Bolehkah penjualan di lakukan dengan cara berbincangan melalui H/P saja, apakah pihak pembeli pula boleh percaya bahawa penjualan ini boleh dilakukan oleh seorang pegawai rendah saja?

Banyak lagi persoalan yang boleh di pertikaikan, tapi apa boleh buat Ghani Patil telah memutuskan yang terlibat hanyalah mereka di pangkat rendah saja. Itulah hebatnya rakyat negera ini, daya fikir sejak PPSMI dilaksanakan sungguh menakjubkan. Kenapa rakyat Malaysia terus di tipu oleh pemimpinnya sendiri? Apakah ini tandanya dunia sedang dalam proses kiamat? Hanya Allah SAW yang tahu hakikatnya.

Monday, January 4, 2010

GEGAR - HIMPUNAN BERSAMA DSAI

Terlebih dahulu rakaman tahniah keapda Sdr. Mustafa kamil Ayub selaku Pengerusi PKR Perak yang dapat membentuk satu gerakan - GERAKAN GELOMBANG RAKYAT ( GEGAR )yang mana geraskan ini dikhususkan kepada menangkis semua tohmahan dan usaha memburukan DSAI sejak akhir-akhir ini. PKR Perak telah mendahului rakan-rakan negeri yang lain dalam hal ini.

Untuk itu program sulung untuk PKR Perak akan diadakan seperti berikut:
Perhimpunan bertemakan : Himpunan Bersamamu Anwar peringkat Negeri Perak
Tarikh 22 Januari 2020
Tempat Pusat Aktiviti Sosial, Cenderong Balai, Perak
Masa mulai jam 9.00 malam.
Pemidato Utama; Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kepada semua rakan dan taulan di jemput hadir.

Salam perjuangan dari ; Sdr. Mustafa Kamil Ayub. Pengerusi PKR Perak.

SEKOLAH - SEMUA BELANJA DI POTONG

Bermula semalam 3Jan. sekolah di Kedah dan kelantan dan pada hari ini 4Jan. bagi negeri-negeri lain di Malaysia memulakan sesi persekolahan 2010. Semua orang memberikan fokus kepada sekolah, baik ibubapa/penjaga, akhbar-akhbar, malahan media elekronik juga memberikan folus kepada urusan tersebut. Walaubagaimana pun coretan ini diberikan tumpuan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran iaitu kalangan Guru Besar dan Pengetua di sekolah-sekolah.

Jelas di hari pertama semua perlu di selesaikan mengikut keperluan, wang yuran, buku teks, penyusunan kelas, penyusunan jadual pengajaran dan pembelajaran hatta melihat sendiri keperluan tenaga pengajar yang dibekalkan adakah ianya mengikut quota yang dibenarkan atau pun masih ada kekurangan, jika berlaku kekurangan sudah pasti pengajaran dan pembelajaran terganggu.

Perkara yang penting - sumber kewangan yang di dapati banyak di potong, sudah tentu membantutkan pengurusan adan perancangan yang telah disediakan. Sekolah yang ada asrama hanya perlu mengutik sejumlah 200 hari sahaja sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya sejumlah 250 hari. Ini bermakna pada 2010 ini, para pelajara / penghuni asrama akan kerab balik kampong kerana makan tidak disediakan pada hujung minggu. Pasti bebanan kepada ibubapa / penjaga.

Satu sumber lain yang di kenal pasti di potong ialah bayaran SBT ( Skim Baucer Tuition ), peruntukan ini adalah sumber pendapatan sampingan kepada kalangan guru, walaupun bagaimana pun bukan semua guru terlibat dalam aktiviti ini, kepada mereka yang mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran tertentu - penekanan kepada Bahasa Inggeris.

RMT ( Racangan makanan Tambahan ) peruntukan ini juga di potong, ianya tidak lagi berjumlah sehingga hari akhir persekolahan.

Bagi pengurusan sekolah PCG ( per capital grant ) juga dipotong sehingga 20%. ini sudah tentu memberi kesan yang amat ketara kepada sekolah, kerana wang ini adalah digunakan untuk pembangunan, utiliti, mendapatkan bahan bantuan mengajar serta lain-lain perbelanjaan.

Dengan kekangan peruntukan tersebut, sudah pasti ianya menjejaskan perjalanan prosen pengurusan dan pentadbiran sekolah. Walaubagaimana pun sebagai seorang pentadbir ( Guru Besar / Pengetua ) mereka sudah tentu ada cara untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Kita mohon agar pengajara dan pembelajaran dapat diteruskan walaupun peruntukan tidak lagi seperti sedia kala. yang penting memastikan anak didik dapat menerima ilmu diperingkat yang paling maksima. Didoakan Guru Besar / Pengetua dan seluruh warga sekolah dapat menerima perubahan sementara ini.

Sunday, January 3, 2010

ALLAH - HUHU HARA RAKYAT MALAYSIA

Isu minggu ini - Penggunaan Allah di majallah The Herald. Seluruh negara heboh, seluruh NGO membantah, seluruh mereka yang mengakui beragama Islam, perbuatan yang dilakukan oleh majallah tersebut menyinggong perasaan umat Islam.

Apakah benar The Herald yang menggunakan perkataan Allah telah menghina Islam ?

Rasanya telah banyak nasihat yang diberikan untuk pengurusan dan pentadbiran negera ini yang langsung tidak dikuti oleh pemimpinnya. Lihat saja apa yang berlaku atas DSAI semasa Mahathir dulu, kes liwat yang sepatutnya di hakimi di mahkamah syariah langsung tidak dipedulikan. Kemudian zaman najib kali kedua DSAI dituduh yang sama, DSAI telah mengemukan agar kes liwat kali kedua ini ke mahkamah syariah, tapi pemerintah tidak mengindahkan, kerana liwat lebih kepada pertuduhan yang dirancang dan perlu di adili di mahkamah " Islam " tapi egois telah menguasai daya pemikiran peimpin.

Mufti-mufti pula, kalau kita perhatikan ramai dari kalangan mereka akan menjatuhkan fatwa untuk memastikan pemerintah di agungkan, malahan mereka tidak langsung sanggup menyatakan yang benar, kerana kebanyakan yang benar itu pahit, juga boleh menghilangkan keistemwaan serta kemewahan yang sedang di kecapi. Sebagai contoh, mereka ( mufti ) langsung tidak berani mennyatakan fatwa berkaitan dengan hukuman ISA, yang mana kita ketahui ISA lebih mementingkan kepentingan individu dan memenjarakan sesoerang dengan tampa diberikan kebebasan untuk mempertahankan diri.

Banyak lagi, perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kalangan ahli agama, tapi mereka tidak mengindahkan, ambil saja hukum sebat kepada seorang pesalah di Pahang tempoh hari. Yang menentang ialah orang Melayu sendiri, yang bertaraf menteri, sanggup menggadai maruah dengan menyatakan kelengakap untuk merotan belum ada, apakah Negera Islam yang diagong-agongkan selamat 52 tahun sudah merdeka, kelengakapn sebagini belum ada? Tapi seluruh dunia dijual Malaysia adalah Negera Islam yang tulin.

Bagaiman corak hidup masyarakat Muslid dinegara ini? apakah mereka mengamalkan sistem hidup cara sorang muslim yang sebenarnya?

Kecelaruan gaya hidup masyarakat negera ini jelas membuktikan "Islam" hanya pada nama dan ikutan sahaja. Pemimpin tidak mencerminkan gaya hidup seorang muslim, kalau yang perempuan susah sangat untuk meletakkan tudong di kepala.

Akhirnya kita lihat satu hari nanti, sistem perundangan negera juga akan dimainkan oleh orang luar, kerana perundangan negera kita bukan untuk mendari keadilan tapi untuk memastikan kepimpinan yang ada terus berkuasa, lihat satu hari nanti. Kalau Nama Allah mereka berjaya untuk menggunakan kenapa tidak sistem perundangan negera akan digunakan untuk menjual kekayaan negera ini. Fikir-fikirkanlah.

Saturday, January 2, 2010

ASRAMA - HUJUNG MINGGU MAKAN WANG SENDIRI

Masa berlalu sungguh cepat, belum pun sempat berfikir untuk memastikan apa akan jadi esok, esok dah pun 3 hb. Januari 2010. Bagi mereka di beberapa buah negeri seperti Kedah, Kelantan telah pun memulakan sesi persekolahannya, dan bagi negeri-negeri lain di Malasia esok 3 Jan. adalah hari sibok untuk menghantar anak ke asrama mau pun mendaftarkan anak-anak ke sekolah, sama ada di peringkat rendah atau menengah. Yang pasti setiap keluarga perlu menyediakan peruntukan untuk tujuan tersebut.

Sesi persekolahan tahun ini ( 2010 ) kepada ibubapa/penjaga yang ada anak di asrama tak kira, asrama harian, asrama penoh mereka terkejut dengan pembayaran yang harus dibayar. Surat edaran yang di bawa balik menujukkan kepada semua ibubapa/penjaga yang berpendapatan melebih RM5000 perlu membayar RM3 sehari dan yang kurang dari itu masih dikekal seperti dahulu iaitu RM1. Ini bermakna keluarga akan membayar RM600 dan RM200 untuk tempoh 200 hari persekolahan.

Apakah kesan sampingan yang perlu di tanggong oleh ibubapa/penjaga dengan kenaikan dan mengurangkan hari bayaran wang makan tersebut. Jumlah hari persekolahan setiap tahun ialah 190-200 hari ( jumlah hari ini tidak termasuk hari cuti hujung minggu ) jadi kalau di ambil kira cuti hujung minggu di mana para pelajar tidak balik kerumah ianya berjumlah melebih 250 hari setiap tahun. Perkiraan telah ditolak dengan hari cuti semesta dan pertengahan tahun.

Dengan bayaran makan cuma 200 hari, bermakna para pelajar perlu balik ke rumah setiap hujung minggu ( sabtu dan ahad ), disinilah letaknya bebanan kepada ibubapa/penjaga kerena mereka perlu mengambil dan menghantar anak-anak setiap hari Jumaat/Khamis dan menghantar semula pada Sabtu/Ahad. Kerana kalau mereka masih menetap di asrama pada tarikh tersebut makan tidak disediakan. Isu ini sudah pasti memberikan penambahan keperluan kewangan oleh ibubapa/penjaga, keana kita perlu faham anak=anak yang ada di asrama adalah dari merata pelusuk tanah air.

Isu ini pasti akan menyulitkan ibubapa/penjaga.

Friday, January 1, 2010

DS NAJIB, PERWAKILAN UMNO KUTUK NAJIB

Kini DS Najib merasa lega dan penoh yakin dengan sokongan puak-puak UMNO. Menurut kajian yang dibuat oleh sebuah badan bebas " Merdeka Center " melalui temu ramah dengan perwakilan dari setiap bahagian mengesahkan kepimpinan DS Najid boleh diberikan pada kedudukan A+ cukup cemerlang, gemilang, terbilang dan terkangkang. Persoalan yang diajukan mengcakupi semua aspek kepimpinan, dari pengurusan pengingkatan ekonomi, kebekersanan Gagasan 1M dan yang paling hebat Melayu amat memerlukan UMNO untuk terus hidup di Tanah Airnya sendiri.

Dari aspek pembangunan ekonomi " Merdeka Center " mendapati para perwakilan UMNO memberikan 81% kecemeerlangan, Keyakinan kepada kepimpinan UMNO 94%, serta pelaksanaan Gagasan 1M 91% dan 97% di mana UMNO adalah sebuah parti yang berterusan menjaga kepentingan Melayu di Malaysia.

Tapi kalau kita imbas dan berfikiran waras apakah benar hanya UMNO yang dapat memastikan Melayu terjamin di Malaysia, apakah perwakilan UMNO yang di temui semuanya bodoh atau pun mereka ini kaki pengampu, bagaimana mereka boleh menerima DS Najib sedangkan bajet 2010 hanya bermajoritikan 3 undi sahaja. MP BN ada 137 hanya 66yang hadir. Apakah ini tandanya kepimpinan beliau diterima?

Cuba kita perhatikan dapatan di bawah ini:
1- Siapa yang mentiadakan biasiswa kepada pelajar Melayu dan digantikan dengan PTPTN?
2- Mengurangkan pelajar Melayu di aliran IPT, dengan pelaksanaan Meretrokasri?
3- Menidakan kemampunan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dengan menggantikan dengan PPSMI?
4- Tanah rezab Melayu di ambil dan tidak diganti semula,
5- Tidak berminat menggunakan tenaga tempatan sebaliknya bersedia untuk mengimpot tenaga dari luar. Kini mereka memonopoli semua bidang kerja di Malaysia. Siapa yang mengizinkan ?

Memang benar rakyat hidup mewah tapi yang mewah hanya pemimpin bukannya rakyat, kalau gagasan 1M " Rakyat di dahuluikan, pencapaian diutamakan " adalah satu rangkaikata yang sungguh menyiksakan. Kita boleh tukar rangkaikata tersebut kepada
" Rakyat di seksa, pemimpin diutamakan " apa tidaknya hari ini terus pihak kerajaan mengumumkan kenaikan barangan keperluan seperti Gula penambahan 20sen, roti, siapa penggunakan, siapa jadi mangsa, siapa yang mengaut keuntungan.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA