
Perancangan untuk memajukan negara dan memertabatkan bangsa dilaksanakan, masyarakat disusun semula, masyarakat yang dulunya disusun oleh Inggeris perlu dibaiki semula, dimana Melayu di kampong, Cina di bandar-bandar dan India di estate tak releven lagi dengan negara yang sudah merdeka. Diujudkan rancangan seperti Felda, Felcra Mara serta DEB untuk kesamarataan agihan ekonomi negera.
Kepimpinan negara terus di pimpin oleh mereka yang tidak mengenal erti penat, tidak mengerti untuk menyusun kekayaan, tidak tahu apa itu rasuah, tidak tau apa itu komisyen, tidak tau menyalahgunakan kuasa juga tidak tahu untuk menggunakan egensi kerajaan untuk kepentingan peribadi. Hidup mereka tidak mewah, hidup mereka sederhana, hidup mereka banyak diberikan penumpuan untuk rakyat. jadi perhubungan pemimpin dengan rakyat amat mudah.
Masa silih berganti, kempimpinan mula mengubah corak hidup, pemimpin sudah nampak untuk hidup mewah. Para remaja yang berminat untuk memimpin sudah mula mendekati alam hidup mewah. Perubahan corak hidup ini berkait rapat dengan pembangunan ekonomi negara, pemimpin sudah berani memastikan kepimpinan mereka sentiasa diterima, wang sudah mula menjadi bahan penting untuk memastikan kepimpinan menjadi hak diri sendiri. Kalau dulu pemimpin mudah di cari tapi kini bertukar mereka yang " berwang " mudah untuk mendapat gelaran " pemimpin "
Masyarakat sudah memilih pemimpin dari kalangan orang " koporat . " Untuk menjadi pemimpin mesti ada wang ringgit. Pemimpin sudah berani melakukan politik wang, sudah berani menggunakan wang simpanan untuk digunakan, kerana jika mereka menang sudah pasti akan dapat gantiannya nanti. Bukan setakat itu, pemimpin bertaraf " menteri " juga menjadikan wang sebagai sumber untuk memastikan kepimpinan terjamin.
Pemimpin yang sedang mabuk memimpin mula lupa diri, lupa daratan dan lupa tanggong jawab untuk memastikan kepimpinan dapat diteruskan dengan generasi pemimpin yang penoh rasa tanggongjawab, semangat kekitaan, semangat cintakan negera serta meletakkan agama sebagai landasan untuk hidup. Kita ambil contoh Kementerian Belia dan Sukan, dimana di kementerian ini lah terletaknya beban tanggongjawab untuk merealisasikan generasi muda terus dapa,t dipupuk daya kepimpinan, daya tanggongjawab, daya kekitaan, tapi kementerian ini gagal dalam usaha ini, kerana yang lebih penting ialah bagaimana melahirkan pemuda yang minat bersukan, beminat gerakerja lasak, tapi gerakan kerja untuk melahirkan ganti pemimpin di lupakan, dengan itu rasa minat mereka untuk terus meneraju negera pasti akan gagal.
Di awal 80an, 90an kalangan belia sentiasa dibimbing oleh kementerian ini, dengan kursus-kursus kepimpinan, pembentukan akhlak, pembentukan daya fikir yang tinggi maka sudah tentu dapat dilahirkan pemimpin yang berdedikasi, tapi itu sudah tidak dihiraukan lagi. belia kini lebih suka " rempit ", " lepak ", " bersukarria " " berfoya " dan entah apa lagi aktiviti yang tidak memberikan faedah. hasilnya kini mereka sudah tidak berminat untuk menentukan siapa yang akan memimpin, menerajui negera, siapa saja boleh asalkan tidak mengganggu cara hidup mereka. Hasilnya kini hampir 5 juta remaja tidak tahu hak mereka sebagai pengundi.
No comments:
Post a Comment