Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label BELIA. Show all posts
Showing posts with label BELIA. Show all posts

Thursday, April 13, 2017

PENGANGGORAN APA PERANAN KERAJAAN?

Kenyataan Media
29 Mac 2017
*KADAR PENGANGGURAN BELIA MENINGKAT 10.7 PERATUS, DI MANA PERANAN KERAJAAN?*
Menurut Laporan Tahunan 2016 yang disediakan oleh Bank Negara, kadar pengangguran belia pada tahun 2015 telah meningkat kepada 10.7 peratus, iaitu tiga kali ganda berbanding purata kadar pengangguran belia iaitu sekitar 3.1 peratus.
Kenyataan Bank Negara juga menunjukkan bahawa kumpulan belia membentuk separuh daripada golongan penganggur di Malaysia. Merujuk kepada kenyataan Richard Riot iaitu Menteri Sumber Manusia di Parlimen pada 23 Mac 2017, seramai 500,000 orang tidak mempunyai kerja, yang mana 40 peratus daripadanya adalah lepasan graduan universiti.
Situasi ini jelas membuktikan bahawa ekonomi Malaysia sedang dilanda masalah yang kritikal dengan kenaikan kadar pengangguran. Dalam bulan ini juga, rakyat diberitahu bahawa kadar inflasi pada bulan Februari telah meningkat kepada 4.5 peratus, iaitu melebihi sasaran purata inflasi iaitu sekitar tiga hingga empat peratus. Ini memungkinkan Malaysia kini berada pada tahap ekonomi yang semakin merudum.
Hakikatnya, realiti yang ditunjukkan melalui angka data adalah tidak bertepatan dengan cakap Najib Razak bahawa ekonomi Malaysia semakin baik. Najib sentiasa berbangga dengan pencapaian Keluaran Dalam Ekonomi Kasar serta pelaburan luar tanpa melihat bahawa kadar pengangguran, peningkatan inflasi dan jurang ketidaksamaan berada pada tahap yang membimbangkan. Apa sebenarnya kerajaan Umno BN sudah buat?
Saya percaya bahawa persepsi ekonomi Malaysia adalah semakin negatif kerana negara ini sudah terpalit dengan pelbagai skandal dan isu tatakelola yang teruk. Media-media global memaparkan perihal salah laku pemimpin-pemimpin negara seperti yang dilihat dalam isu 1MDB, MARA dan derma RM2.6 bilion. Jika Kerajaan Umno BN komited menangani penyelewengan, kerajaan seharusnya berterima kasih kepada media dan pembangkang, bukannya menyalahkan mereka kerana mendedahkan penyelewengan yang merugikan rakyat dan negara.
Seharusnya dalam keadaan ekonomi sebegini, kerajaan seharusnya mengutamakan perbelanjaan pembangunan jangka panjang. Program pembangunan usahawan seperti Skim Hijrah Selangor perlu dititikberatkan oleh Kerajaan. Seharusnya MARA itu lebih proaktif dalam membantu rakyat Malaysia melahirkan usahawan dan pekerja profesional. Malangnya pengerusi sekarang sanggup habiskan RM50, 000 semata-mata untuk mengadakan pertandingan esei bagi memenuhi nafsu politiknya.
Menteri Sumber Manusia seharusnya memikirkan polisi yang terbaik untuk mengurangkan kadar pengangguran. Seharusnya beliau menyarankan kepada kerajaan supaya menghentikan pengambilan pekerja asing terutama bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan, bagi membuka ruang pekerjaan kepada anak muda tempatan. Ini bagi memastikan pekerja tempatan memperoleh bayaran gaji setimpal, kerajaan seharusnya mewujudkan skim Cost of Living Allowance (COLA) untuk membantu mereka menghadapi kenaikan inflasi dan kos sara hidup.
Dengan peningkatan kadar pengangguran dan inflasi, saya menegaskan sekali lagi kepada kerajaan supaya merombak dasar fiskal negara dengan mengurangkan rasuah, menjana pembangunan jangka panjang serta memperkenalkan skim COLA.

*DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL*
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Wednesday, May 30, 2012

JUTAAN BELIA DI TIMPA MUSIBAH



" Belia hari ini adalah penyambong kepada kepimpinan akan datang " Anak-anak hari ini adalah pewaris masa akan datang. Jadi ungkapan ini amat besar ertinya, tersilap langkap generasi mendatang akan memusnahkan masa depan negara. Kalau gitu ayatnya ngape agaknya menteri belia " marah " kita membelawa para belia untuk sama-sama di asuh kaitan dengan kepimpinan. Mungkin beliau juga tersilap dalam organasasi belia mereka perlu ada kepimpinan, mereka perlu memilih, mereka perlu memupuk semangat cintakan organisasi, mereka perlu amanah, jujur dan iklas dalam  kepimpinan. Generasi masa kini perlu di asuh dan di didik untuk mempelajari gaya hidup yang sederhana, gaya hidup yang berlandaskan Alquran dan sunnah dan hadith. 

Tapi apa yang menyedih para remaja dan belia semasa perhimpunan itu di pertontonkan dengan hidangan yang cukup memualkan, kumpulan K-pop dengan berpakaian yang tidak lansung mecerminkan budaya Malaysia dan mengihidangkan tarian dan aksi yang cukup ghairah. Kita boleh lihat sendiri keadaan dan gerak geri mereka dengan persembahan tersebut ?

 

Kita  boleh lihat sendiri ( gambar ) bagaimana kepimpinan " kita " sungguh gembira dengan pesembahan mereka, Menteri Belia dan PM sungguh terhibur di pentasw bersama-sama dengan kumpulan tersebut.Aneh, BERNAMA dan media massa arus perdana enggan untuk menyiarkan tentang bilangan yang hadir di himpunan yang dinamakan "jutaan" itu.

 

 Kepimpinan " wasatiyyah "

Apakah yang berlaku semasa Himpunan Sejuta Belia tempoh hari mungkin juga sudah kehendak Allah, dengan persembahan K-POP yang bagitu " menyayat " hati serta berbagai-bagai program pentas, akhirnya dengan kehendak allah, " kita merancang tapi perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik. Dalam keadaan mereka asyik berhibur terjadi satu tragedi yang cukup menyayat - Tragedi Berdarah Drag Racing.

Drag Racing telah mencederakan 2 orang penonton dalam keadaan parah dan sejumlah 10 orang lagi mendapat cedera ringan, kelajuan Mitsubishi Lancer Tuber dengan kawalan keselamtan yang di buat sambil lewa.

Menurut Datuk Razlan Razali, ketua pengarah Eksekutif  Sukan Bermotor Malaysia ( MAM ) perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM. "Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami,"  tambah beliau yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.

Drag race crashKetua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM, "Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Kos untuk meluluskan perlumbaan itu termasuk perlindungan insurans yang meliputi pelumba, anggota pasukan lumba dan juga penonton, katanya.


Dengan kejadian sabagini apakah pihak Kementerian perlu lepas tangan dan hanya menyalahkan penonton sedangkan  kawalan keselamatan di tahap yang amat rendah sekali. Kementerian juga perlu bertanggongjawab atas apa juga yang berlaku. dan yang paling menyedihkan melalui program ini kita Malaysia dengan meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi langsung tidak mengindahkan apa yang kita buat. Apakah dengan mempernontonkan kumpulan K-pop itu tidak meninggalkan kesan negatif kepada generasi belia akan datang? Satu persolan yang yang sungguh menyedihkan di masa kini.

Tuesday, February 28, 2012

BELIA - KEMANA AKHIRNYA MEREKA




Lambang Hari Valentine

Apakah sebenarnya peranan dan kepentingan para remaja dan remaja yang sedang di lamun cinta perlu adanya Hari Valantine? sedangkan mereka hari-hari " hidup bersama " kehulur kehilir bak kata pepatah sentiasa bekepit seperti belangkas, semuanya nampak indah dan yang paling mengejudkan remaja belasan tahun sudah tahu keenakan dan keintiman hidup berpasangan.

Siapa yang hendak di persalahkan?


JAKIM juga menjuarai kepentingan agar " Hari Valantine " tidak di adakan, kerana aktiviti ini haram untuk khususnya kepada remaja Islam, tapi cukupkah hanya dengan mengiklankan sahaja? sedang keadaan sekeliling penoh dengan budaya " tarikan " untuk pasangan kekasih mengada dan seterusnya berpoya-poya dihari tersebut. Kita lihat pula bagaimana dengan realiti cara hidup remaja masa kini, harian mereka penoh dengan pencaroba, penoh dengan hidup yang penoh dengan galamour, penoh dengan hiburan, hiburan telah " menyesatkan " daya fikir kalangan remaja.


Dimana pula peranan yang perlu dimainkan oleh pemimpin sebagai " mentor " kepada generasi kini, apakah mereka boleh lepas tangan? Dalam hal ini sudah tentu Kementerian Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi amat perlu memainkan peranan. Kementerian telah memberikan laluan yang cukup banyak program-program " seronok " untuk generasi belia, akhirnya belia kita terus di hanyutkan dengan dunia yang " menyeronokan " sahaja.

Disini kita pula tertanya-tanya kemana perginya Kementerian Belia dan Sukan? Apakah mereka seolah-olah tidak nampak apa yang belaku di kalangan belia masa kini. Program dan aktiviti pembangunan belia kurang masa ini, program pembangunan metal amat jauh ketingggalan, apatah lagi yang berkaitan dengan pembenukan aqidah seorang indvidu itu. Mereka terus hanyut.





( gambar haisan - kaitan dengan aktiviti remaja )

Apakah remaja ( belia ) kita sudah seteruk dengan gambar di atas, di manakah agaknya pegangan agama mereka, atau apakah ada diantara yang " meluluskan " aktiviti sedemikian? Hari demi hari, kemerosokan moral kalangan belia amat di rasai.



Gambar ini dipertontongkan kepada orang ramai, apakah moral nya baik, apakah aktiviti sebagini akan di tiggal bagini sahaja, dan apakah ianya tidak akan menjadi ikutan di kalangan remaja? Inilah ada aktiviti yang tidak sesuai tapi oleh kerana ianya ada yang sanggup menaja dan ada pula antara pihak yang berwajib memberikan kelulusan maka ianya dijadikan aktiviti yang " bermoral "



Kepada konsert Erykah, tindakan kerajaan membatalkannya amat baik tapi kenapa di benarkan pada peringkat awal, apakah pihak kerajan sengaja memerlukan protest dari rakyat baru aktiviti seperti ini dibatalkan,

NONE"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau hari ini.

Tapi apakah setiap persembahan yang dibenar di semua saluran TV itu di tapi dan tidak melanggar sensitivirti keagmaan, lihat sahaja pakaian para artist masa kini. Khususnya kepada bidang hiburan, cukup banyak program yang berbentuk sedemikian, yang boleh menjerumuskan kalangan remaja & belia " terperangkap " dengan perilaku sosial yang tidak sihat.


Gambar hiasan ini juga melambangkan bagaimana remaja kita masa kini sudah hilang pertimbangan kemanusiaan sesama sendiri. Masyarakat mula risau dengan perkembangan masa kini seolah-olah setiap perbuatan yang " terkutut " tidak diambil tindakan oleh pihak tertentu seperti pihak polis, salah laku remaja dibiarkan, rempit, ragut. Akhirnya remaja bertambah " lemak " dan seselasa membuat salah laku kerana pengamal undang-undang memihak kepada mereka.

Moskow 6 Julai 11: Ada-ada saja ulah team bola sepak wanita dari Rusia ini. Demi menarik perhatian penonton, mereka nekat bertanding dengan memakai pakaian seksi. Mereka pakai bikini di lapangan hijau.
FC Rossiyanka ditubuhkan pada tahun 1990, merupakan juara liga bola sepak wanita Rusia sebanyak tiga kali, tahun 2005, 2006, dan 2010. Mereka juga


nur amalina che bakri 2 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Friday, February 17, 2012

BELIA - KINI SUDAH HILANG HALA TUJU

Kg. Gajah 17 Feb. 2012, belia masa kini adalah generasi penaraju seterusnya untuk sesebuah negara, hatta keruntuhan akhlak mereka sudah pasti akan memberi kesan kepada pembangunan negara. Apa tidaknya, belia adalah harapan masa depan. Lahirnya pemimpin masa kini adalah hasil didikan dan perancangan " orang-orang " terdahulu.

" Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan , lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentu negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk behadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku " - Professor Dr Yosuf Al-Qardhawi, sarjana dan pemikir Islam.

Salah satu proses pembangunan seseorang belia itu ialah " pembangunan " fizikal mereka, ketahan diri, jati diri, kesepakatan, pergaulan serta pembentukan pasokan seangkatan. Bagi Kementerian Belia & Sukan, kementerian ini telah memainkan peranan yang sewajarnya untuk tujuan tersebut. Perancangan ada sebaliknya tindakan amat mendukacitakan. Kerana kalau di zaman lewat 70an hingga akhir 90 Persatuan Belia memang memainkan peranan yang aktiv, aktiviti belia dapat mencorakkan kemana hala tuju belia yang diinginkan.

Tapi kini persatuan belia sudah " seperti hidup segan mati tak mau " seolah-olah peranan belia sudah tidak diperlukan lagi, proses pembangunan belia itu sudah tidak penting malahan banyak persatuan belia yang berkubur, ramai kalangan pemimpinnya beraleh untuk pemimpin parti politik, akhirnya mereka pula menggunakan generasi belia untuk kepentingan peribadi politik mereka.



Papan tanda Gelanggan Pelbagai guna

Salah satu " minat " para belia ialah bersukan ( riadah ), boleh dikatakan setiap kampong atau desa di sediakan dengan kemudahan yang sepatutnya, tapi apakah ada keuntungan di sebalik penyediaan yang di sediakan itu? Bagi para belia yang semestinya mereka yang di bawah usia 40an, selain dari kemudahan yang disediakan mereka juga memerlukan pimpinan untuk " mengemudi " kearah mana mereka perlu dibawa. Dengan kata lain, kemudahan di sediakan bimbingan pula tiada akhirnya kemudahan yang ada di persia-siakan dan seperti projek " membazir " sahaja.



Mini Stadium - tidak digunakankan,
juga tidak di uruskan dengan baik seperti " gajah putih " -
tidakkah ianya satu pembaziran.



Sekeliling Mini Stadium langsung tidak di bersihkan,
seperti kawasan tempat kerbau berkubang.



Kawasan riadah ini di kawasan sekeliling mini stadium
untuk kanak-kanak juga cukup membahayakan,
tidak ada pihak bertanggongjawab yang ingin membaikinya.

Align Center

Kawasan permainan Tenis ini terbiar tanpa diuruskan.

Kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah-daerah, adalah diharapkan mereka dapat memainkan peranan untuk penambahbaikan kepada semua aspek pembangunan belia tersebut. Pernah di kawasan DUN Kg. Gajah ada Majlis Belia Daerah yang di anggotai oleh MAYC, Pergerakan Belia 4B, ABIM serta unit berunifom dari sekolah-sekolah. Majlis Belia daerah juga berjaya mengadakan program seperti majlis Khattam Alquran, Seminar pembangunan Belia, Kursus-kursus jati diri dan sebagainya.

Tapi kini " belia " di hidangkan dengan pemimpin yang melebihkan kepimpinan politik peribadi mereka. Persatuan belia hanyalah " platform " untuk kejayaan politik semata-matan. Belia dijadikan " alat " untuk meneruskan perjuangan politik sempit mereka. Di peringkat pentadbiran pula, lantikan pegawai belia, mereka pula tidak mencerminkan kemampuan untuk berjinak-jinak dengan para belia itu sendiri dan ada juga kalang mereka yang turut " menghambakan diri " kepada kepentingan politik individu tersebut.

Friday, January 13, 2012

BELIA KITA KEMANA MEREKA

" Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan , lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentu negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk behadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku " - Professor Dr Yosuf Al-Qardhawi, sarjana dan pemikir Islam.

Ungkapan professor tersebut adalah seperti satu amanat kepada pembangunan belia itu sendiri, ianya juga seperti bidalan, " yang patah kan tumbuh lagi, yang hilang kan berganti " tapi apakah yang tumbuh dan berganti dapat sama seperti yang asalnya?

Siapa yang dapat menafikan bahawa Belia hari ini adalah generasi peneraju masa mendatang?, tanaman yang ditanam hari ini akan di tuai untuk masa akan datang. Rosaknya tanaman hari ini sudah pasti penghasilan tidak bermutu untuk penggunaanya. Untuk itu apakah Malaysia kini sedang dilanda.

Fenomena dunia masa kini seolah-olah sudah menampakkan kegagalan untuk melahirkan generasi peneraju yang tinggi mutunya, modal hidupnya sudah seolah-olah hilang arah tuju, dunia mereka di penohi dengan " gaya hidup " yang melebihkan " keseronokan ", hiburan, fesyen, filem, bersukan dan makanan ( Fun, fashion, film, field & food ) telah mengambil tempat utama dalam penghidupan harian mereka.

Kita lihat sahaja apa yang ada di kaca TV, hampir 80% dari siaran ( program ) yang dihidangkan adalah untuk hidup seronok saja, pertandingan demi pertandingan di sediakan. Kalau di kira pertandingan celeberiti amat banyak sekali, hingga gulongan tua juga terlihat dengan pertandingan seperti " kilauan emas "

Gambar ini adalah pakaian yang digunakan oleh artis yang ditayang terus menerus untuk tatapan penonton. kenapa agaknya KPKK membenarkan mereka sedemikian, apakah kementerian ini juga sudah hilang pedoman dalam pembentukan genarasi muda untuk masa mendatang?




KFC, MD adalah set makanan segera yang telah berjaya menambat hati kalangan
generasi muda untuk menikmatiknya.








Gambar- gambar di atas jelas memperlihatkan kepada kita, apakah generasi akan datang di lahirkan dengan " bertabiat " sedemikian, mereka berhibur dengan sepuas-puasnya dan mereka terus lupa tanggongjawab terhadap kepentingan negera, agama dan bangsa. Diri mereka sudah hilang pedoman, keyakinan kepada agama sudah tidak ada dalam penghidunpan mereka. Apa yang penting kepausan yang singkat.


Peranan Sukan dan Riadah kini juga telah meninggalkan kesan dalam pembentukan dan pembangunan seseorang belia itu, pihak pengurusan seolah-olah " gagal " membentuk peminat sukan seterusnya mengguna dan mendekatkan ahli-ahli sukan dengan " kekuasaan " Allah dalam urusan sukan. Masa permainan, keadaan pemain, keadaan sebilangan besar penyokong lansung tidak melambang mereka " taat " kepada pengurusan waktu, Sebilangan penonton pula sanggung mengconteng tubuh ( muka ) dengan pewarna yang sudah tentu menyukarkan untuk menunaikan sholat.

Satu cerita lain pula ialah kaitan dengan pakaian mereka, kita sudah terikut-ikut dengan keperluan cara mereka dari barat, pakaian sungguh tidak melambangkan kesopanan dan kesusilan. Tapi mengapakah agaknya, negara kita juga tidak berusaha kearah yang lebih " Islamik " dalam urusan tersebut?

" Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang " - Ahmad Syauqi, Penyair Mesir.

Saturday, January 7, 2012

BELIA - KEMANA HALA NAK DI BAWA

Kg. Gajah 7 Januari 2012, belia masa kini adalah generasi penaraju seterusnya untuk sesebuah negera, hatta keruntuhan akhlak mereka sudah pasti akan memberi kesan kepada pembangunan negara. Apa tidaknya, belia adalah harapan masa depan. Lahirnya pemimpin masa kini adalah hasil didikan dan perancangan " orang-orang " terdahulu.

" Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan , lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentu negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk behadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku " - Professor Dr Yosuf Al-Qardhawi, sarjana dan pemikir Islam.

Salah satu proses pembangunan seseorang belia itu ialah " pembangunan " fizikal mereka, ketahan diri, jati diri, kesepakatan, pergaulan serta pembentukan pasokan sekangkatan. Bagi Kementerian Belia & Sukan, kementerian ini telah memainkan peranan yang sewajarnya untuk tujuan tersebut. Perancangan ada sebaliknya tindakan amat mendukacitakan. Kerana kalau di zaman lewat 70an hingga akhir 90 Persatuan Belia memang memainkan peranan yang aktiv, aktiviti belia dapat mencorakkan kemana hala tuju belia yang diinginkan.

Tapi kini persatuan belia sudah " seperti hidup segan mati tak mau " seolah-olah peranan belia sudah tidak diperlukan lagi, proses pembangunan belia itu sudah tidak penting malahan banyak persatuan belia yang berkubur, ramai kalangan pemimpinnya beraleh untuk pemimpin parti politik, akhirnya mereka pula menggunakan generasi belia untuk kepentingan peribadi politik mereka.



Papan tanda Gelanggan Pelbagai guna

Salah satu " minat " para belia ialah bersukan ( riadah ), boleh dikatakan setiap kampong atau desa di sediakan dengan kemudahan yang sepatutnya, tapi apakah ada keuntungan di sebalik penyediaan yang di sediakan itu? Bagi para belia yang semestinya mereka yang di bawah usia 40an, selain dari kemudahan yang disediakan mereka juga memerlukan pimpinan untuk " mengemudi " kearah mana mereka perlu dibawa. Dengan kata lain, kemudahan di sediakan bimbingan pula tiada akhirnya kemudahan yang ada di persia-siakan dan seperti projek " membazir " sahaja.



Mini Stadium - tidak digunakankan, juga di uruskan dengan baik seperti " gajah putih " - ujudlah pembaziran.



Sekeliling Mini Stadium langsung tidak di bersihkan, seperti kawasan tempat kerbau berkubang.




Kawasan riadah ini untuk kanak-kanak juga cukup membahayakan, tidak ada pihak bertanggongjawab yang ingin membaikinya.



Kawasan permainan Tenis ini terbiar tanpa diuruskan.

Kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah-daerah, adalah diharapkan mereka dapat memainkan peranan untuk penambahbaikan kepada semua aspek pembangunan belia tersebut. Pernah di kawasan DUN Kg. Gajah ada Majlis Belia Daerah yang di anggotai oleh MAYC, Pergerakan Belia 4B, ABIM serta unit berunifom dari sekolah-sekolah. Majlis Belia daerah juga berjaya mengadakan program seperti majlis Khattam Alquran, Seminar pembangunan Belia, Kursus-kursus jati diri dan sebagainya. Tapi kini " belia " di hidangkan dengan pemimpin yang melebihkan kepimpinan politik peribadi mereka. mereka lebih kepada menjadi pribadi untuk meneruskan kepimpinan politik. Di peringkat pentadbiran pula, lantikan pegawai belia, mereka pula tidak mencerminkan kemampuan untuk untuk berjinak-jinak dengan para belia itu sendiri dan ada juga kalang nereka yang " menhambakan diri " kepada kepentingan politik individu tersebut.

Saturday, December 17, 2011

BELIA KINI - KEMANA ARAH MEREKA

Pada 16 - 17 Disember, GM dapat peluang bersama-sama di majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan MAYC ke 51 di D' Village Resort, Melaka. Sudah hampir 10 tahun tidak menghadirikan diri di majlis-majlis anjuran belia, kali terakhir melibatkan diri secara lansung dengan pergerakan belia pada usia di penghujung usia 40an.

Pemimpin MAYC di zaman itu seperti Sanusi Junid, Ismail Hasbullah, Johar Rusi dan ramai lagi adalah antara penggerak persatuan / kelab-kelab belia yang bergabung dengan MAYC / PKBM ( Malaysia Assosiaton of Youth Clubs / Persatuan kelab -kelab Belia Malaysia ). Satelah hampir ke usia 60, MAYC di Mesyuarat perwakilan ke 51 baru MAYC terlintas untuk menganugerahkan JC. Walaubagaimana pun terima kasih.



YAB KM bersama-sama di barisan EXCO MAYC

Memang tidak dinafikan pergerakan belia zaman ini lebih " kritikal " dari zaman itu, kini belia sudah memasuki " dunia akhir zaman " mereka seolah-olah sudah hilang arah tujuan hidup, daya hidup mereka lebih mementingkan " dunia " dari mengingati tuhan. Cabaran mereka di tahap yang sungguh menakutkan, kita boleh lihat pada masa ini gejala sosialnya seperti buang bayi, bersekedudukan, dadah, dan lain-lain.



Sebahagian dari perwakilan / pemerhati di persidangan tersebut.
Kenapa mereka tidak " berdisiplin " di majlis tersebut?


Remaja / belia adalah " generasi penerus " tapi kalau diperhatikan gelagat mereka pada persidangan tersebut ianya memungkinkan keadaan generasi belia masa masa ini sudah ditahap yang amat kritikal, sudah tidak dapat membezakan suasana, mereka hadir di majlis perasmian dengan mendengar ucapan YAB KM, lansung tidak mencerminkan mereka sebagai " generasi penerus " untuk negera di satu masa nanti.

Malahan semasa YAB KM menyampaikan ucapan, walaupun ucapan beliau memang tidak dinafikan banyaknya menjurus kepada kepentingan parti, semua serba tak kena dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan PR, tapi para belia yang hadir sanggup memberikan " pekikan " seolah-olah memperli ucapan beliau. Mungkin juga YAB KM terlupa kehadairan para belia di majlis tersebut di wakili oleh semua beliau dari seluruh negera, jadi sudah pasti ada antara mereka dari negeri-negeri yang bukan di bawah naungan BN.
Align Center

Gambar hiasan - tidak kena mengena dengan para belia tersebut, tapi apa yang penting mereka dalam gambar ini adalah dari kalangan belia

Memang berasa pelik, di mana YAB KM, juga sepanjang ucapan tidak langsung memberikan satu " inspirasi " kepada gulongan belia untuk " menjana " masa depan mereka, tidak memberi ransangan untuk meneruskan karier dalam penghidupan, tidak memberi kekuatan jasmani dan pembentuk rohani dalam meneruskan perjuangan hidup masa depan bangsa, agama dan negara. Sudah pasti YAB KM tahu para belia yang hadir pada malam itu adalah antara mereka yang bakal meneruskan pejuangan emi bangsa, agama dan negara.

Kekosongan jiwa mereka terus di kosongkan, kekuatan rohani lansung tidak di indahkah, malahan mungkin YAB KM terlupa salah satu elemen untuk memastikan pembentukan Masyarkat Madani adalah dari kalangan remaja itu sendiri. Kita perlu ada kalangan belia yang rajin beribadat, sudah pasti cara tak langsung gulongan ini sebagai peneraju masa depan dapat memastikan mereka akan meninggalkan perkara hiburan dan perkara maksiat. Semakin ramai gulongan belia & remaja kearah " beribadat " sudah pasti meninggalkan kesan kepada majlis pesta hiburan dan maksiat akan beralih kepada majlis zikir dan munajat. Generasi Belia di latih untuk tahan lazak dan bermental perjuangan, bukan dibiasakan dengan hiburan, kemanjaan dan pesta-pesta maksiat.



Para pelajar main kompang -
apa kah belianya nanti tanpa bimbingan?


Adalah diharapkan agar generasi penerus ini dapat di " bedah " dengan pengisian yang benar-benar boleh memberikan keinsafan dan rasa sedar untuk terus memperjuangkan Islam. Mereka dari kanak-kakan, ke bangku sekolah dan remaja amat perlu sekali diberikan bimbingan yang jelas ke arah keredhaan Illahi.

Friday, December 16, 2011

MAYC - PERSIDANGAN AGUNG KE 51

16 Dis. 2011, D' Village Air Kroh, MAYC Kebangsaan telah menghimpunan para perwakilan dan pemerhati kelab gabungan dari seluruh negera di Mesyuarat Agung ke 51 yang di adakan di Melaka dan di rasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka itu sendiri. Penglibatan mereka dari kelab belia peringkat cawangan, kawasan, daerah, negeri dan di kebangsaan. Sejumlah hampir 300 perwakilan hadir di mesyuarat tersebut.



Barisan EXCO MAYC Kebangsaan bersama YAB Ketua Menteri
di majlis perasmian tersebut. Beliau di api oleh Presiden dan Timbalan Presiden.

Dalam ucapan YAB, memang jelas kepimpinan yang sedang memerintah pada masa ini masih tidak kelihatan untuk membawa generasi belia kini kearah memahami " jiwa keislaman ", beliau lebih mementingkan semangat hidup yang lebih kearah " ala kebaratan ". Suasana negara yang hampir dengan PRU13 memberikan YAB tidak dapat lari dari mengkritik dan melebalkan kerajaan PR yang memerintah gagal dalam memastikan kebajikan rakyatnya. " Semua gejala sosial para belia masa kini yang memonopoli kejadian terletak di negeri di bawah pemerintahan PR, buang bayi, mat rempit, dadah, tidak demokratik, sabagai contoh di Sekolah Harapan, 6 yang termengandung adalah dari Kelantang " ucapan beliau di sambut dengan pekekitan oleh hadirin. Mungkin perwakilan Kelantan dan negeri-negeri PR yang lain terusik sanubari mereka.



YAB memukul gong tanda Mesyuarat Agung Tahunan ke 51 MAYC

Kebangsaan selamat di rasmikan.

MAYC Kebangsaan juga mengambil inisiatif untuk memberikan penganugerahan kepada mereka yang telah mencurahkan khidmat bakti dalam memperjuangkan " arena pembangunan belia " di semua peringkat ( cawangan, kawasan, daerah, negeri & kebangsaan ) penglibatan mereka tidak mengenal erti penat, juga turut menghabiskan wang ringgit dan tidak mengira masa. Atas keprihatinan tersebut bintang peringatan JC ( Jasa Cemerlang ) ini di lahirkan.




Barisan " Mantan " kepimpinan belia yang menerima anugerah



GM sedang di sematkan JC oleh YAB KM



Penulis bersama rakan seangkatan Tn. Hj. Nuri ( mantan Exco MAYC Perak )
merakankan gambar kenangan bersama YAB KM.


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA