Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label HUDUD. Show all posts
Showing posts with label HUDUD. Show all posts

Sunday, June 12, 2016

HUDUD - RIDHUAN TEE HILANG PERCAYA PADA MCA

Mungkin agaknya ramai yang terkejut bila Ridhuan Tee memaklumkan beliau ahli seumur hidup MCA, kerana selama ini nama beliau tak pernah kedengaran dalam program-program kelolaan MCA, khususnya kaitan dengan keagamaan. Keterkejutan ini bukan kalangan orang Melayu malahan di kalangan anggota MCA itu sendiri.

Ketua Wanita MCA Heng Seai Kie menyatakan rasa terkejutnya apabila mengetahui pendakwah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah pernah menjadi anggota seumur hidup parti itu.





Ridhuan Tee akan masuk Pas kerana parti ini memperjuangkan Hudud ?  Pendakwah, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, mengumumkan keputusannya keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu yang kini memusuhi Islam, terutamanya soal hudud. 


Ridhuan yang merupakan ahli seumur hidup MCA, bertindak keluar susulan tindakan MCA yang lantang menentang pelaksanaan hudud.   


 Kita puji tindakan Ridhuan Tee yang keluar MCA kerana katanya parti itu berterusan menentang hudud. 


 Apakah selepas ini Ridhuan Tee akan memilih Pas kerana parti ini mengaku memperjuangkan hudud ....  




Tetapi benarkah Pas parti memperjuangkan hudud? Jom sama-sama kita jengok perjalanan parti ini secara ringkas dan santai...      


Presiden Pas Hj Hadi jelaskan beliau akan bentangkan deraf perlaksanaan hukum hudud??? di parlimen    Sejak sekian lama Pas telah mengelirukan ahli-ahlinya bahawa Rang Undang-Undang Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden Pas Hj Hadi ke parlimen itu sebagai perlaksanaan hukum hudud.   


Janganlah pula ada yang mahu menyalahkan pihak media kononnya kekeliruan tersebut sebagai salah lapor. Berita rasmi dari akhbar Harakah Pas sendiri menyatakan RUU tersebut adalah pembentangan undang-undang hudud. Harakah mendakwa RUU yang dibawa Hj Hadi itu adalah undang-undang hudud ?  

Pakatan Rakyat Perak, telah mengambil pendirian yang berbeza dengan Pas Kelantan.Pengerusi PR Perak, DS Nizar Jamaluddin berkata, sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang dibentangkan kerajaan Pas di Kelantan, tidak akan dibangkitkan di Perak.  


Namun pendiran tersebut telah dibantah oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Razman Zakaria yang menegaskan bahawa pendirian PAS Perak mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan adalah selari dgn keputusan dan pendirian PAS Pusat.  


Penyokong-penyokong Hj Hadi menganggap penolakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan itu adalah penolakan hudud sebagaimana yang disiarkan oleh media.  







Akibatnya DS Nizar dan Dr Khairuddin dan orang-orangnya tersingkir dalam pemilihan di kawasan masing-masing.  


Begitu bersemangat dan besar harapan sekalian para penyokong-penyokong Pas. Tinggi menggunung pengharapan mereka apabila para pemimpin parti mereka menjanjikan bahawa hudud akan mulai dilaksanakan di Kelantan mulai 2015.   


Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub begitu yakin dengan janji-janji Umno yang akan memberikan laluan mudah kepada Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan. 


 Ketika berucap menggulung perbahasan di Dun Kelantan Ahmad lebih setahun lalu beliau menegaskan akan sedia hilang jawatan kalau hudud tidak dilaksanakan tahun hadapan (2015).    




2015 telah pun jauh berlalu.... Janji tinggal janji. Bagaimana seorang yang dianggap sebagai ulama, merupakan timbalan Mursyidul Am Pas, boleh mengabaikan janjinya untuk letak jawatan sekiranya hudud tidak dilaksanakan pada 2015? Dimanakah kewibawaannya sebagai seorang yang mengaku ulama? 



  Ternyata hudud hanya menjadi rhetorik kepada kebanyakan pemimpin Pas semata-mata bertujuan untuk mendapat sokongan  orang ramai. 




  Tidak hairanlah untuk lebih menyakinkan para penyokong dengan perjuangan parti, ada pemimpin yang sanggup mengisytiharkan bahawa hudud merupakan nyawa kepada Pas yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun.   


 Ternyata, bahawa jawatan adalah nyawa mereka. Ramai dalam Pas bergayut kepada jawatan seperti mana Ahmad Yaakub. Paling dahsyat yang bergayut untuk terus mendapat habuan dedak! 



   Tiba-tiba strategi politik Pas telah berubah. Ini amat jelas setelah tiadanya TGNA yang sangat kuat mempertahankan tahaluf siayasi bersama DAP dan PKR. 




 Pas menjadikan kini Hudud sebagai agenda utama dalam perjuangannya setelah mampu meraih kemenangan yang besar dalam PRU 13.   


Perubahan sikap Pas ini akhirnya menjadi punca perpecahan PR. Waima semasa bertahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan PRU 13 dulu, Hj Hadi sendiri menghebahkan bahawa Hudud Bukan Agenda utama!  





Akibat termakan hasutan Umno, Pas telah memusuhi rakan tahaluf dalam Pakatan Rakyat. Hinggakan sanggup menuduh mereka yang mahu mempertahankan tahaluf siyasi dengan DAP kerana mahu mengekalkan keputusan Muktamar di Ipoh telah dimusuhi dan dituduh sebagai penentang hudud! Mereka telah ditendang keluar dan dicabar supaya menubuhkan parti sendiri.


Dan kini, apabila isu Rang Undang-Undang Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden Pas Hj Hadi menjadi pebalahan dikalangan parti komponen BN, barulah Pas dan Umno terhegeh-hegeh menerangkan kepada rakyat bahawa ia bukan hudud!   


Aku tak tahu nak kata apa lagi... dulu hangpa bermati-matian kata benda tu hudud .... la ni korang nafikan pula??




Korang sanggup kafirkan sahabat-sahabat dalam jemaah sendiri.... itu apa hukumnya? Cuma nak ingatkan kita semua tentang hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :



"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya " Anda mungkin juga meminati:




Ini dapatan dari Ketua Wanita MCA.


“Jika tidak, mempunyai sosok ekstrimis dan rasis seperti beliau boleh menjadi api dalam sekam... yang akan memalukan MCA, BN dan seluruh negara,” katanya.

Selepas membaca dakwaannya ketika keluar parti, Heng berkata Ridhuan tidak layak memakai identiti anggota MCA walaupun sudah menyertai parti itu 16 tahun lalu.

Katanya, Ridhuan tidak memahami visi dan misi MCA untuk bekerjasama dengan masyarakat Melayu dan komuniti lain bagi membangunkan negara ini sebagai “satu negara, satu kerajaan”.

Ridhuan kelmarin memberitahuMalaysiakini, beliau keluar MCA kerana membantah penentangan berterusan parti itu terhadap hudud dan enggan “menanggung dosa” kerananya.

Ridhuan juga dilaporkan menyifatkan MCA terlalu perkauman dan “menjadi musuh Islam".

Ketegangan dalam BN muncul kembali selepas kerajaan mengusulkan untuk mempercepat rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah bagi memberi lebih kuasa padanya.
Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Saturday, May 28, 2016

RUU 355 - APA KOMEN HADI


Abdul Hadi selar DAP tak beradab, puji MCA, MIC, Gerakan

Tatkala Presiden Pas dilapor mengecam DAP kerana membantah pembentangan Rang Undang-undang Persendirian mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 oleh beliau di Dewan Rakyat petang semalam, tanpa disedari parti komponen BN khususnya MCA yang dipuji beliau kerana 'lebih beradab' rupa-rupanya turut mengecam tindakan Ahli Parlimen Marang itu.

Presiden MCA Liow Tiong Lai dilaporkan menyerang Umno dan Pas secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen, lapor Malaysiakini.

Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, Liow menuduh Umno bersekongkol dengan Pas dan mengkhianati semangat BN.

"MCA akan bincangkan perkara ini dengan anggota komponen lain BN," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily.

Nanyang Siang Pau pula melaporkan Liow sebagai berkata anggota komponen BN tidak tahu menahu berkaitan perkembangan itu dan menyalahkan Umno kerana mewujudkan krisis perlembagaan.

Beliau akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat kabinet hari ini dan mengadakan sidang media bersama anggota lain BN bagi menyatakan pendirian mereka, lapor Oriental Daily pula.

Kerajaan semalam memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun Hadi memohon ia ditangguhkan ke sesi akan datang kerana kesuntukan masa.

Pindaan itu bertujuan menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah.

Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Dalam perkembangan berkaitan Abdul Hadi dilapor Utusan Online membidas DAP yang membantah usaha beliau membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah dalam Sidang Dewan Rakyat semalam.

Abdul Hadi yang kesal dengan tindakan DAP itu turut menyifatkan parti tersebut sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam.

Malah jelas beliau, tindakan serta pendekatan ditunjukkan DAP itu berbeza dengan parti bukan Islam lain antaranya MCA, MIC dan Gerakan yang masih mempunyai adab bagi menghormati Islam dan penganutnya.


"Kami rasa kesal kerana DAP menunjukkan sikap anti-Islam. Terang-terang saya sebut di sini, DAP anti-Islam, mereka nak memusuhi orang Islam. Tidak beradab dengan orang Islam.

"MCA, Gerakan, MIC dan banyak parti bukan Islam lain (mungkin) tidak setuju (dengan usul) tapi mereka ada adab. Tapi DAP tidak tunjuk adab. Dia melenting dan terus menentang apa yang berkaitan orang Islam, (sedangkan) tidak berkaitan dengan dia pun," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) di Rusila dekat sini hari ini sejurus selesai mengadakan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan pejabat berkenaan. 
-MD

Friday, May 27, 2016

HUDUD DAH SAMPAI KE PARLIMEN

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu akan mengambil kesempatan untuk membawa isu hudud sebagai bahan kempen pada dua pilihan raya kecil akan datang.
"Kita akan bawa benda ini (isu rang undang-undang persendirian) dalam pilihan raya kecil nanti. Umno pun mungkin akan bawa dan semua ada hak untuk bawa atau tak nak bawa (isu).
"Segala isu akan dibawa untuk rakyat dan ini peluang kita dalam pilihan raya kecil nanti. Rakyat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan mendapat penerangan awal berbanding di tempat lain dalam isu ini," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada isu rang undang-undang persendirian akan dibawa pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


Selain itu, ditanya sama ada kebenaran rang undang-undang tersebut dibaca pada Parlimen hari ini membuktikan wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno, Nik Abduh tidak menafikannya.
Malah, anggota parlimen Pasir Mas itu berkata kerjasama antara dua parti itu dapat dibuktikan melalui rang undang-undang persendirian tersebut.
"(Kerjasama PAS dan Umno) bukan dakwaan. Kerjasama itu wujud tetapi hanya perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Itu kita dah jelaskan cuma ada orang lihat sekiranya kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh.
"Inilah antara kerjasama yang PAS maksudkan. Kita berterima kasih pada Speaker dan kerajaan yang berani pertama kali benarkan usul persendirian ini," katanya.
Berikutan bacaan rang undang-undang persendirian tersebut, Nik Abduh turut berharap agar semua ahli parlimen yang beragama Islam akan menyokong perkara tersebut sekiranya dibahaskan pada sesi Parlimen akan datang.
Malah, beliau juga yakin bahawa rakannya dari PKR dan AMANAHA akan turut memberikan sokongan terhadap rang undang-undang itu.
"Saya yakin semua ahli parlimen Islam akan sokong termasuk dari AMANAH. Kalau ada yang bukan Islam sokong lebih baik.
"Saya yakin PKR pun akan sokong," ujarnya.
Sementara itu, ditanya sama ada PAS akan memberi pendedahan terhadap masyarakat bukan Islam tentang Akta 355 itu, Nik Abduh berkata perkara itu akan dilakukan bagi memastikan semua pihak dapat memahami undang-undang berkenaan.
"Kita akan terus usaha kita sepanjang masa. Kita yakin, semakin penerangan diberikan oleh PAS dan seluruh umat Islam yang memberi kerjasama, ia akan diterima rakyat dan saya yakin dan tak pelik jika DAP pun boleh menerimanya," katanya
Rang undang-undang persendirian Akta 355 dibawa bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pesalah jenayah di negara ini.
Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 itu juga akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac tahun lalu.

Friday, June 19, 2015

HUDUD - PR PECAH, PAS TERINAYA.



Hadi kena main dengan Umno isu hudud, kata Kit Siang

DAP berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dipermainkan Umno apabila usahanya membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen tidak mendapat sokongan parti Melayu itu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sama ada Umno tidak mempunyai niat atau kebolehan bagi menunjukkan sokongan di peringkat Parlimen, 48 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak tidak akan digunakan untuk tujuan itu.

"Kemunculan rang undang-undang persendirian melaksanakan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen dua hari lalu menunjukkan Hadi diberi ganjaran kerana menukar arah politik di mana Umno sangat dihormati manakala DAP disetankan dengan bahasa kasar di muktamar.

"48 ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak bukan saja mengundang risiko kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi survival perpaduan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berkata Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian itu muncul dalam aturan mesyuarat.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Shahidan menjawab soalan Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

Lim berkata walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah berakhir, DAP akan meneruskan kerjasama dengan parti politik yang mempunyai prinsip merealisasikan "impian Malaysia".

Katanya, tiada apa yang perlu disedihkan dengan ketiadaan PR kerana impian Malaysia seperti perpaduan, keadilan dan maruah perlu direalisasikan.

"Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin PAS yang melanggar Dasar Bersama PR.

"Tetapi kami bersedia bekerja dengan entiti politik dan rakyat yang komited kepada dasar Dasar Bersama termasuk ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak atau meninggalkan Dasar Bersama PR," katanya. 
-TMI

ULASAN GB

Hari itu haji Hadi mengucapkan perkataan TOLOL kepada sebilangan ahli PAS yang kononnya mahu berpecah. Sekarang ucapan TOLOL itu kembali kiepada si penuturnya iaitu Haji Hadi sendiri. Dua kali Private Bill disenaraikan kedua-dua kali tidak dapat dibentangkan. Tidakkah TOLOL namanya jika masih mempercayai UMNO sokong hudud? Lim Kit Siang pun tahu PAS telah berjaya ditipu oleh UMNO. 

Yang menambahkan tololnya lagi ialah pihak parlimen meletakkan aturan mesyuarat yang melibatkan Private Bill di atas meja ahli-ahli Dewan Rakyat. Kononnya Private Bill itu akan dibentangkan oleh YB Marang, sedangkan YB Marang tidak berada di dalam negara, dia masih berada di Jepun. Bukankah itu TOLOL berganda namanya? Haji Hadi seolah-olah mempermainkan umat islam di negara ini, hantar Private Bill tetapi beliau sendiri terbang ke luarnegara semasa Palimen bersidang. Ponteng lagi. Tak berdosakah jika tidak menunaikan amanah sebagai seorang ahli parlimen? 

Satu lagi hal, yang bangun mempertikaikan isu tersebut ialah Mahfuz Omar, MP Pokok Sena yang kalah dalam pemilihan Muktamar yang lalu. Adapun yang menang dari kalangan PASUG seperti Idris Ahmad, Nasruddin Hassan Tantawi, Nik Abduh dan lain-lain membisu. Berdegar-degar di luar parlimen mengenai hudud tetapi jadi tikus mondok dalam parlimen, terus membisu dan tak tahu nak mendebatkan isu. Inilah KETOLOLOLAN maha hebat kumpulan ulama PAS dalam Parlimen. 

Thursday, March 26, 2015

HUDUD - PAS TERPERANGKAP LAGI

Mustapa elak isu BN sokong hudud

Adakah parti komponen BN setuju dengan sokongan Umno ke atas usaha kerajaan Kelantan meminda undang-undang bagi melaksana hukuman hudud?
Soalan ini diajukan kepada pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, namun beliau mengelak daripada menjawabnya dengan jelas.

"Ada pertemuan di antara majlis tertinggi BN. Ada perbincangan dan saya difahamkan ada isu penting diperkatakan.

"Jadi ada banyak perbincangan, banyak pertemuan dibuat sejak beberapa hari lalu.

"Kita serahkan kepada pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak) untuk menanganinya,” kata Mustapa.

Ditanya lagi sama ada Umno membuat keputusan politik dalam menyatakan sokongan ke atas rang undang-undang pindaan hudud, Mustafa sekali lagi mengelak.

"Tidak. Perkara ini dibincangkan di (mesyuarat) majlis tertinggi BN. Perkara ini akan ditangani oleh pengerusi BN,” katanya.

Seterusnya, Mustapa ditanya mengenai dakwaan MCA bahawa Umno Kelantan melanggar kata sepakat dan BN berhubung pembinaan negara.

Mengulas perkara itu, Mustapa sekadar meminta agar pemberita hanya mengajukan soalan berhubung program keusahawanan yang dirasmikannya hari ini.

DUN Kelantan pada 19 Mac lalu meluluskan dengan sebulat suara rang undang-undang Enakmen Kamun Jenayah Syariah II 1993.

Mustapa turut hadir dalam persidangan itu.

Pada hari yang sama, parti komponen BN mengadakan mesyuarat tergempar dengan Najib untuk menyatakan penentangan mereka ke atas undang-undang hudud dengan alasan ianya bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Sunday, March 22, 2015

HUDUD - SATU PERGESERAN KEMUSNAHAN PR

Sehari dua ini sudah tentulah isu HUDUD yang diluluskan oleh kerajaan Kelantan di jadikan isu untuk di bincangkan, sama ada ianya di terima pakai oleh antara parti khususnya UMNO atau pun adanya pergesaran sesama sendiri oleh PAS itu sendiri. Semua pihak sedia untuk memberikan pendapat masing-masing sejuah mana berjayanya HUDUD ini di bawa untuk perdebatan di parlimen. Angin dari parlimen " cuba " untuk menghalang ianya di debatkan, kepimpinan parti pula berbelah bahagi menyatakan kesediaan untuk menerima cadangan tersebut.

Parti dalam kerabat PR, jelas sudah pun menyatakan keputusanya. DAP sudah semestinya menolak cuma PKR perlu mengambil keputussan secara rasmi dan akhirnya juga tidak bersama-sama dengan  PAS, kini apakah PAS sendirian atau atau rakan dari UMNO untuk membantunya. Kita cuma boleh lihat dan dengar sahaja.

PENGANALISIS politik menganggap sokongan Umno terhadap hukum hudud adalah untuk memecahbelah Pakatan Rakyat. Satu-satunya tujuan Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), menurut penganalisis politik yang mengatakan, apabila rang undang-undang itu sampai ke Parlimen, soal mengundi untuknya tidak penting kerana kerosakan sudah pun terjadi.

Mereka menolak dakwaan ahli Parlimen Umno yang menyokong hudud penting bagi memenuhi ajaran Islam, dengan mengatakan apabila tiba masanya, parti itu mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang itu kerana ia mengundang risiko kemarahan sekutu mereka di Sabah dan Sarawak.
"Tujuan Umno menyokong rancangan hudud ialah untuk memecahkan PR. Dengan pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan, PR sudah di ambang kemusnahan," kata Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, ( gambar ) pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"PR tidak boleh diteruskan jika PAS berkeras menghidupkan semula agenda hudud. Jadi, jika PR musnah sebelum pembentangan usul itu di Parlimen, Umno boleh senang lenang tidak menyokong rang undang-undang itu bagi memastikan BN tidak terjejas."

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan Umno terhadap hudud mungkin merupakan satu pembohongan, terutamanya memandangkan langkah itu tidak akan diterima baik oleh BN Sabah dan Sarawak.

Katanya, kemusnahan pakatan pembangkang merupakan peluang terbaik Barisan Nasional (BN) untuk terus hidup, susulan tekanan yang diterima akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan cabaran yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri.

"Menariknya, pemimpin kanan PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din terpedaya dengan rancangan bijak BN memecahbelahkan pembangkang, tanpa menyedari PAS yang akan rugi besar apabila pengundi bukan Islam menolak mereka, menyebabkan ia hilang semua kerusinya di Semenanjung.

"Saya setuju yang BN Sabah dan Sarawak tidak akan setuju dengan hudud kerana ia akan melemahkan kedudukan mereka sendiri," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Kajian Dasar, juga bersetuju, sambil mengambil maklum yang masyarakat Kristian dan bukan Islam di Malaysia Timur mempunyai pegangan yang besar dari segi kebebasan beragama di negara ini.

"Tidak diketahui ramai yang Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk bukan Islam yang besar yang undian mereka boleh menentukan gabungan parti mana yang akan memenangi kuasa di peringkat persekutuan, terutamanya ketika pilihan raya umum dengan persaingan sengit.

"Dan bukan orang bukan Islam sahaja yang bimbang dengan kes pencerobohan terhadap isu agama dan kebebasan sivil lain," kata Lim.

Bagaimanapun, Faisal berkata, sekiranya Umno mengundi menyokong rang undang-undang itu di Parlimen kelak, ia tidak akan membawa kepada perpecahan dalam Barisan Nasional (BN).

"Sabah ditadbir Umno, manakala Sarawak ditadbir sebuah parti yang dikuasai Bumiputera Islam. Umno ialah parti yang sangat dominan hinggakan parti BN yang lebih kecil tidak akan berani menarik diri daripada gabungan itu.

"Melalui naungan atau malah ancaman, gabungan itu boleh kekal," kata Faisal.

Hadi memohon membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ketika sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April, bagi membolehkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud, walaupun terdapat bantahan daripada PKR dan DAP.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang mengehadkan kuasa mahkamah Syariah kepada denda maksimum RM3,000, lima tahun penjara dan enam kali sebatan.

Satu pindaan diperlukan terhadap akta ini bagi membolehkan pindaan hudud Kelantan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, sekutu PAS dalam PR berkata, hudud bukan sebahagian daripada pendirian bersama pakatan itu dan ia lantang bersuara menentang.

DAP akan bermesyuarat pada Isnin bagi mengkaji semula hubungannya dengan PR, selepas merasakan "dikhianati" PAS apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan membentangkan dan meluluskan pindaan kepada enakmen itu minggu lalu.

PKR hari ini mengumumkan ia tidak akan menyokong rang undang-undang hudud PAS itu sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, mengatakan parti Islam itu bertindak secara unilateral dalam hal itu dan membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan PR — TMI

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA