Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label REAKSI. Show all posts
Showing posts with label REAKSI. Show all posts

Wednesday, March 11, 2009

PERJUANGAN SEORANG SASTERAWAN

Pengerusi GMP, Dato' Dr. Hassan Ahmad. Dalam sidang media yang diadakan jam 12 tengah hari tadi di Rumah PENA beliau mengungkapkan lebih kurang begini " saya ada akal, saya ada ilmu maaf cakap, saya makhluk tuhan sama macam kamu semua. Saya bukan MONYET, saya bukan BEROK dan kami bukan didalangi oleh mana-mana parti politik. Kami cuma mahu kerajaan kembali kan sistem pembelajaran math & sains kepada sistem sebelum ini. Kalau mereka semua ingin menyokong kami, apa kami boleh buat?".


"Saya bukan MONYET, saya bukan BEROK". Ayat ini memang beliau ungkapkan. Sama ada beliau sedar atau tidak, bahawa beliau sebenar nya telah menyindir Khairi Jamaluddin. Semasa perhimpunan BERSIH pada 2007 dulu, Khairi menyifatkan bahawa mereka yang menyertai demonstrasi dijalanan adalah BERUK dan MONYET.


amizie

Thursday, March 5, 2009

KEBAL - SALAH SIAPA

Isu ini telah menjadi buah mulut kini, apatah lagi masing-masing individu di negara yang mana masyarakah glokal ini telah tahu dan menjadikan Perlembagaan negara mau pun negeri sebagai tungguk ujudnya sesebuah negera mau pun negeri. Selama ini rakyat tidak tahu akan peranan dan tanggungjawab ' speaker ' dewan, tak tau bidang kuasa, kekebalan dan hak yang menjadi kewajipan mutlaknya.

Rampasan kuasa oleh BN di Perak DR, memberikan satu ilmu pentadbiran sesebuah negara, yang man tunggak keujudan sesebuah negera, tiang serinya adalah perlembangaan, atau pun undang-undang tubuhnya. Setelah di kaji dan diteliti, memang benar tegoran yang diberikan oleh SPRM terhadap tingkah laku ' speaker ', mana ada kekebalan pada batang tubuhnya, tapi kenapa SPRM bagitu tidak berilmu, yang kebal ialah undang-undang tubuh sesebuah negeri itu, manusia atau penjawat awam hanya menjadikan undang-undang tubuh itu sebagai garis panduan bagi melaksanakan tugasan harian. Ujudnya SPRM juga adalah kerana ianya termaktub dalam perlembagaan negera, yang digubal oleh ahli perlimen, tapi dukacita pengerusinya meletakkan diri nya diperbodoh dan di buli olih orang lain.

Tapi jangan pula lupa, SPRM juga melaksanakan undang-undang mengikut selera yang memihak, jadi kepada mereka yang dipihak SPRM terasa diri mereka kebal, sebab semua aduan tidak kesampaian untuk diambil tindakan. Untuk itu siapa yang menzahirkan adanya individu kebal dan sebaliknya. SPRM, PDRM, SPR ini adalah sebahagian badan yang mencetuskan kekebalan kepada rakyat Malaysia.

MEMANG TIDAK UJUD INDIVIDU KEBAL DI MALAYSIA, KEUJUDAN KEKEBALAN ADALAH KERANA ADANYA UNDANG-UNDANG TERPILIH OLEH PIHAK TERTENTU.

MALAYSIA NEGARA KU PERMAI

Sejak merdeka 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu pada asalnya, pernah diperintah oleh penjajah selamat lebih 400 tahun, oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Jepang, pedagang-pedagang pula datang dari India, China juga dari benua Eropah, kenapa terjadai demikian, ini disebabkan Semenanjung Tanah Melayu adalah sebuah semenanjung yang menjadi penghalang laluan timur barat, jika adanya terusan di Segenting Kra, pasti Singapura tidak sehebat masa kini.

Kepimpinan tanah air ku, dari zaman pemerintahan sultan Melaka lagi mertabat istana sentiasa dipertikaikan, ada yang mati dalam junjungan, ada yang dihalau dari istana, ada yang berperanan melarikan anak dara orang - tun tijah, dan dihabuankan untuk istana. Walaubagaiman pun sistem pemerintahan beraja ini dilaksanakan dari sebuat negeri ke sebuah negeri, tapi yang peliknya, Melaka adalah negeri asal yang ada raja tapi kini Melaka tiada raja, hanya YM tuan besar sama dengan N.9.

Oleh kerana kedudukan yang strategik, semenanjung ini di minati oleh pedagang-pedagangan, kekelamkabutan pemerintahan pula menyebabkan semenanjung pula mudah di taklok oleh penakluk-penakluk luar. Sambai kini, satu kawasan di Melaka di namakan kawasan untuk orang-orang Portugis.

Setelah merdeka, selepasa persekutuan Tanah Melalu, satu ketika negeri-negeri di Tanah Melayu terbagi 3 kelompok, Negeri-Negeri Bersekutu, Tak Bersekutu dan Negeri-negeri selat, masing-masing pula ada undang-undang tubuh kerajaan negeri masing-masing, Persekutuan Satu Perlembangaan untuk negara, negeri-negeri pula ada undang-undang tubuhnya. Implikasinya, kadang-kadang undang-undang tubuh negeri boleh mengatasi undang-undang tubuh persekutuan atau pun sebaliknya. Ada negeri guna pakai MB, ada KM, ada negeri guna pakai Sultan, ada negeri gunakan YTM. Selepas keujudan Malaysia 1963 dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta merdekanya Singapura, YTM Tengku memerdekan Singapura. Malaysia bukan bertambah hebat tapi bertambah kelamkabut dalam struktur pentadibran negara. Yang penting dalam pemikiran bagaimana nak meneruskan kuasa kepimpinan UMNO.

Pilihanraya demi pilihanraya, UMNO dan pakatan lain, melalui lambang kapal layar terus menguasai kepimpinan negara, setiap perancangan semuanya mengisi ruang lingkup kemerdekaan negara, walau pun pasa masa itu terdapat ancaman kominis tapi dengan muafakat antara UMNO, MIC dan MCA, Persekutuan Tanah Malayu terus membangun, tapi titik hitam pada 1969 telah menampakkan bibit-bibit kekeliruan dalam pengurusan negara, Perikatan hampir musnah dalam pilihanraya ini, lantara dengan kebijaksanaan Tun Abdul Razak di pelawa semua parti politik menyertai satu bumbung parti - BN, Pas juga ikut serta.

Agak sudah stabil, UMNO memang jahat, PAS di terajang keluar dari gagasan Barisan Nasional. UMNO bersama kompenan lain terus perkasa setiap pilihanraya menang dengan bergaya, PM djuga silih berganti, dari Tengku, Abdul Razak, Huseein dan Mahathir. Zaman Mahathir, dalam kehebatan kepimpinan semasa zaman ini Malaysia di kejutkan dengan program " pengswastaan ", ujudnya PPSMI, ujudnya negara polis, ujudnya undang-undang pilih kasih dan semakin lama semakin memuakan rakyat dan akhirnya DSAI yang beliau sendiri jemput untuk bersama dalam UMNO, beliau sendiri yang keciwa dengan tindakan tanduk DSAI dan akhirnya DSAI berehat di penjara, memang perancagan untuk DSAI mengepalai pemerintahan negera jelas sekali, kerana dalam tempoh 10 tahun DSAI telah menduduki kerusi nombor 2 dalam pemerintahan negara.

Tragedi, melokapkan DSAI telah menampakan malapetaka kepada UMNO dan akhirnya Mahathir mengundurkan diri, di gantikan dengan jolokan Mr. Clean - Pak lah, piliharaya 2004, piliharan untuk pak lah - menang dengan majoriti besar. Rupanya Pak Lah tak sabar dan tak beringat dengan rakus dan daya pemikiran di kuasai oleh anak menantu, akhirnya pada 2008 kerajaan pak lah tercugap-cugap untuk hidup dari 222 kerusi Pak Lah cuma dapat 140 sahaja. Akhirnya atas desakan rakan dalam UMNO Pak Lah akan mengakhiri zaman PMnya pada penghujung Mac nanti. Walau bagaimana pun rakyat telah terhidup dengan stail bakal PM baru yang lebih aggresif dan hebat serta tamak.

Kini rakyat mula berfikir semula, dengan peristiwa rampasan kuasa, pembunuhan, rasuah, agensi kerajaan yang hilang kuasa. Pak Lah lebih baik dari penggantinya. Ya Allah selamatkan lah negera ku yang permai ini dari tangan-tangan durjana.

Saturday, February 21, 2009

PENGAMPU ZAMBRY MULA TUNJUKAN MUKA

Amat terkejut sekali, semasa Nightline jam 12am, 21 Feb. 2009, dimana terpapar gambar muka bekas pengarah pelajaran Perak, Ir. Zakaria, ianya jelas kelihatan kerana warna kedua-duanya hampir sama, walaupun Zambry menggunakan ketayap puteh agaknya baru balik dari masjid memohon restu untuk mengesahkan perlantikannya.

-gambar sebelah adalah hiasan xbersuci je-

Pokoknya kini mula ramailah pengampu-pengampu mengelilingi Zambry, tapi kena ingat, perlantikan beliau dan menjadi MB adalah cara yang menjijikkan sekali, sudah pasti mereka yang mengampu juga orang-orang yang pernah berkhidmat cara bagaimana Zambry menduduki takhta MB. Tapi malang, beliau ke masjid pun perlu ada pengawal dari pihak polis, apakah negara kita sudah tidak selamat lagi?

Kerja polis sudah bertambah, kalau ke majlis rasmi di iringi patutlah, ini ke masjid pun perlu dilindungi, gimana pula dengan 6 exco yang dilantik, tambahan pula exco kanan yb Hamidah.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA