Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label PPSMI. Show all posts
Showing posts with label PPSMI. Show all posts

Wednesday, March 3, 2010

PPSMI - PETANDA MALAPETAKA



di atas adalah lambang penguasaan Bahasa Inggeris oleh Masyarakat Malaysia pada masa kini, untuk itu dasar pendidikan yang berlandaskan PPSMI ( Pengajaran Pembelajaran Sains n Matematik Bahasa Inggeris ) telah memberikan satu tamparan kepada Kementerian Pelajaran secara keseluruhannya. pada mata kasarnya masyarakat khusus gulongan pelajar masih belum menguasai bahasa tersebut.

Adalah amat mendukacitakan untuk penguasaan Bahasa Inggeris ianya perlu diperbetulkan melaluai matapelajaran teras - sains dan matematik, kenapa tidak untuk memperbaiki bahasa, diperbaiki pengurusan pengajaran bahasa tersebut, di perbanyakan guru terlatih Bahasa Inggeris, di perbanyakan guru-guru Bahasas Inggeris di luar bandar. Juga dilengkapkan modul pengajaran di sekolah- sekolah di tahab yang maksima penambahbaikannya.

Amat memalukan apa yang terjadi seperti kain rentang di atas.

Thursday, July 9, 2009

TAHAP PENCAPAIAN TAK SAMA

Sehari dua ni, sudah tentu isu PPSMI dapat mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh pengundi dan calun-calun di MU. Ada pihak yang merasakan pemansuhan ini hanya satu retorik kerana MU ada juga yang menyarankan agar perhimpunan seterusnya perlu diadakan, kerana yang dipohon agar PPSMI itu di talqin serta merta, seperti mana pelaksanaan nya tempoh hari, umum tahun 2002, kursus tahun yang sama, cari guru pioner PPSMI segera akhirnya ada kalangan guru yang dilantik terdiri dari mereka yang mendapat kelulusan " lulus " sahaja BI di peringkat SPM. dari mana agaknya gulongan ini, bukan memperkecilkan mereka sudah tentu guru gulongan ini datangnya dari luar bandar. Kita kena ingat, sekolah-sekolah di negera kita ada beberapa katogeri, Pendalaman, luar bandar, pinggir bandar dan bandar serta bandaraya.

pelopor PPSMI - Tun M, telah pun membuka ruang di bloknya " Che Det " untuk meraih simpati dari masyarakat kenapa perlu PPSMI itu dimansuhkan, apa salahnya PPSMI, apa ruginya dasar tersebut. Daripada kaji selidik setakat petang tadi menunjukkan kepada kita 72% marah dengan penghapusan tersebut, hanya bakinya sahaja yang bersetuju PPSMi itu di mansuhkan.

Kita tidak hairan dan kita boleh jangkakan dari golongan manakah yang bersetuju dengan PPSMI dan dari gulongan mana pula yang bersyukur PPSMI itu di batalkan. Kalau kita perhatikan 5 ketogeri kedudukan sekolah tadi, 3 darinya pasti bersetuju iaitu Pendalaman, Luar Bandar dan pinggir bandar. Bagi murid-murid yang berada di bandar dan bandaraya pula boleh dibahagikan kepada tarap sosio-ekonomi keluarga, yang hidup secara elite sudah pasti bersetuju dengan PPSMI tapi apa kata keluarga yang dari rumah-rumah tampa izin, keluarga yang tinggal di flat-flat. Bukan kah gulongan ini yang ramai dan tak mampu untuk memastikan anak-anak mereka mengunjungi kelas-kelas tuition.

Kesimpulannya kajian di blok " che det " tadi masih boleh diperhalusi dan perbincangkan untuk mengukuhkan hujah-hujah kenapa perlu PPSMI itu di talqin " on the spot "

GURU-GURU PPSMI

Pagi ini, TPM / Menteri Pelajaran di temu ramah cara langsung dengan TV3, memang beliau tidak menafikan kejayaan dalam PPSMI, tapi kejayaan tidak menyeluruh, kejayaan lebih terserlah di kawasan bandar malang bagi murid di luar bandar. kekurangan guru juga menjadi fokus oleh beliau, memang itulah sebenarnya permasalahan yang berlaku kini. Apakah masa Hisyamuddin dulu langsung tidak terfikir dalam menangani masalah ini, apakah pegawai tertinggi di Kementerian juga tidak terfikir dan memberikan pandangan kepada orang muda seperti hisyamuddin yang sentiasa menghunuskan keris berkaratnya.

Kini murid-murid di tahun 3 2009 adalah murid terakhir dalam pengajaran dan pembelajaran dalam PPSMI. untuk itu pihak sekolah selaku pelaksana janganlah ambil mudah dengan akademik mereka, tugasan perlu dilaksanakan sseperti biasa, PPSMI masih diteruskan, jangan alpa penamatan hanya pada 2012 iaitu 3 tahun dari sekarang.

Pada kalangan guru, selamat berkursus semula untuk memastikan tahap kecekapan dalam PP dapat di pertingkatkan. Hanya gurulah yang mampu mendidik dan menghasilkan rakyat yang berguna dan berpelajaran buat masa mendatang, tanpa guru sudah pasti lagi ramai rakyat yang kecundang dalam melayari hidupan harian mereka.

Tahniah guru dan teruskan perjuangan di arena yang mulia ini, apa saja dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah itu bukannya halangan yang penting para guru dapat melahirkan manusia yang benar-benar bergelar manusia.

Wednesday, July 8, 2009

MAHATHIR MARAH MAHAYUDDIN

Sudah pun di talqinkan, PPSMI kini hanya tinggal sejarah, dan mereka yang dah kaya tentu kini hidup mewah dengan pendapatan dan pengujudan syarikat segara untuk membekal, membaik pulih keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam PPSMi, seperti pembekalan komputer riba, speaker,LCD, skrin dan entah apa lagi keperluan semuanya bernilai tinggi, hidup mewah lah mereka, yang jadi mangsa anak bangsa.

Berita harian mengeluarkan statistik pencapaian murid tahun 5 dan tingakatan 4 dalam mata pelajaran PPSMi antara pelajar bandar dan luar bandar, jelas ketinggalan pelajar luar bandar Sains beza 11.61% ( Bandar 67.92, L/B 56.31 ) Bahasa inggeris ( B 71.57% LB 59.74% tinggal 11.83%, Matematik ( B 52.41% LB 49.11% tinggal 3.3%, untuk murid Tahun 5, bagi tingkatan 4 BI 45.07%B, 41.47%LB - =3.67%, Sains 36.23% B, LB33.48% - 2,75% dan Matematik 63.7%B LB44.02% beza 19.73%. untuk itu wajahlah PPSMI itu dibatalkan dan ditalqinkan.

Sudah kita ketahui orang yang paling marah dalam isu ini ialah Tun M, Tun M adalah pelopor PPSMI, yang berkeinginan untuk memastikan anak bangsa dapat bertutur dengan fasih dan lancar dalam Bahasa inggeris, tapi kenapa agaknya Tun M, merancangan tujuan tersebut dengan menggunakan laluan Sains dan matematik. Sampai saat ini cuba kita perhtikan, anak-anak kita yang ditahun 6, sudah 6 tahun di kelas PPSMI tapi malangnya gagal untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris, tapi dalam peperiksaan mereka agak berjaya ( peperiksaan soalan dwi bahasa, jawab dalam dwi bahasa )maknanya tidak kemana daya fikir mereka untuk pengusaaan BI.

Alat bantu mengajar, LCD, Laptop, agaknya yang dibekalkan pada 2002 entah jadi macamana agaknya, apakah ianya masih boleh beroperasi dengan baik atau sebaliknya, gimana pula dengan tenaga pengajarnya, sudah fasihkah mereka berbahasa orang putih tu, atau mereka juga masih merangkak-rangkak untuk bertutur dengan grammar yang betul.

Kepada TPM / Menteri Pelajaran, dipohonkan agar buatlah kajian sejauh mana kekuatan kementerian untuk melaksanakan dan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM. janganlah jadi macam PPSMI juga, yang rugi bukan orang lain, yang mencipta dasar orang kita, yang rugi orang kita, berfikirlah untuk masa depan genarasi kita. Dulu kita ada MCE / SPM, SRP / LCE,kenapa diujudkan dua aliran ini atau pihak kementerian sudah dapat formula permasalahan dulu sudah diatasi.

Buatlah kajian ( research ), fikirlah cara mendalam dan berundinglah cara muafaktan baru sebut / umum setiap dasar yang dicadangkan. jangan cakap, laksana kemudian baru fikir. sekali lagi yang rugi orang Melayu.

Friday, March 20, 2009

Lagi-lagi PPSMI, Lagi-lagi PPSMI

Berita "Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut yang melibatkan 7 buah universiti di tahan air mendapati cuma peningkatan sekadar 4% penguasaaan dalam BI .

Disamping peningkatan yang bagitu mengharukan dan ianya tidak setimpal dengan perbelanjaan yang digunakan.

Siapa dia Datuk Abdul Raof Hussin? kita dengan penunjuk perasaan dari kalangan sastarawan, kata TUN M, memang mereka patut memperjuangkan bahasa, kerana mereka sastarawan. tapi Datuk Abdul Raof adalah bekas pimpinan tertinggi dalam Kementerian Pelajaran, dan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional ( Pembina ) adalah NGO's yang ditubuhkan melalui MKT UMNO, kalau sudah bagitu apa lagi yang perlu ditangguhkan, hapuskan saja le, pelaksanaan PPSMI ini.

Pelaksanaan program di reka cipta oleh UMNO, pengkaji pula oleh NGO's UMNO, dan dapatan kaji amat mendukacitakan, kesimpulan dan keputusan yang perlu diambil ialah HAPUSKAN SAJA PPSMI.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA