Kini DS Najib merasa lega dan penoh yakin dengan sokongan puak-puak UMNO. Menurut kajian yang dibuat oleh sebuah badan bebas " Merdeka Center " melalui temu ramah dengan perwakilan dari setiap bahagian mengesahkan kepimpinan DS Najid boleh diberikan pada kedudukan A+ cukup cemerlang, gemilang, terbilang dan terkangkang. Persoalan yang diajukan mengcakupi semua aspek kepimpinan, dari pengurusan pengingkatan ekonomi, kebekersanan Gagasan 1M dan yang paling hebat Melayu amat memerlukan UMNO untuk terus hidup di Tanah Airnya sendiri.
Dari aspek pembangunan ekonomi " Merdeka Center " mendapati para perwakilan UMNO memberikan 81% kecemeerlangan, Keyakinan kepada kepimpinan UMNO 94%, serta pelaksanaan Gagasan 1M 91% dan 97% di mana UMNO adalah sebuah parti yang berterusan menjaga kepentingan Melayu di Malaysia.
Tapi kalau kita imbas dan berfikiran waras apakah benar hanya UMNO yang dapat memastikan Melayu terjamin di Malaysia, apakah perwakilan UMNO yang di temui semuanya bodoh atau pun mereka ini kaki pengampu, bagaimana mereka boleh menerima DS Najib sedangkan bajet 2010 hanya bermajoritikan 3 undi sahaja. MP BN ada 137 hanya 66yang hadir. Apakah ini tandanya kepimpinan beliau diterima?
Cuba kita perhatikan dapatan di bawah ini:
1- Siapa yang mentiadakan biasiswa kepada pelajar Melayu dan digantikan dengan PTPTN?
2- Mengurangkan pelajar Melayu di aliran IPT, dengan pelaksanaan Meretrokasri?
3- Menidakan kemampunan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dengan menggantikan dengan PPSMI?
4- Tanah rezab Melayu di ambil dan tidak diganti semula,
5- Tidak berminat menggunakan tenaga tempatan sebaliknya bersedia untuk mengimpot tenaga dari luar. Kini mereka memonopoli semua bidang kerja di Malaysia. Siapa yang mengizinkan ?
Memang benar rakyat hidup mewah tapi yang mewah hanya pemimpin bukannya rakyat, kalau gagasan 1M " Rakyat di dahuluikan, pencapaian diutamakan " adalah satu rangkaikata yang sungguh menyiksakan. Kita boleh tukar rangkaikata tersebut kepada
" Rakyat di seksa, pemimpin diutamakan " apa tidaknya hari ini terus pihak kerajaan mengumumkan kenaikan barangan keperluan seperti Gula penambahan 20sen, roti, siapa penggunakan, siapa jadi mangsa, siapa yang mengaut keuntungan.
No comments:
Post a Comment