Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

GST - INI JAWAPAN NAJIB

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya menjawab tiga soalan yang dikirimkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sejak minggu lalu.

Najib dalam satu kenyataan di Facebooknya pagi ini berkata jawapannya ialah 'tiada' bagi ketiga-tiga soalan tersebut.


"Untuk ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada saya oleh Guan Eng mengenai isu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) baru-baru ini, jawapan saya ialah 'tiada, tiada dan tiada'," katanya.

Selasa lalu, Guan Eng mengulang tiga soalan kepada Najib dalam kenyataan media yang pernah ditanyakan minggu lalu.

Dalam pada itu, menurut Najib, Guan Eng bertindak bijak apabila tidak membuat laporan polis sendiri berhubung dakwaan BN telah merompak wang GST.

"Saya dimaklumkan bahawa Guan Eng telah diminta memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

"Guan Eng tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya BN telah "merompak" wang GST sebanya RM18 bilion semasa sesi Parlimen yang memberikannya imuniti.

"Ini adalah langkah bijak oleh Guan Eng kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang," katanya.

Sebelum ini, persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila Guan Eng mendakwa BN merompak RM18 bilion daripada tabung bayaran balik cukai input GST.

Najib juga mempertikaikan dakwaan Guan Eng bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018.

"Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion setiap tahun. Jika 10 tahun, ia berjumlah RM1.3 trillion. Jika benar RM16 bilion belum dibayar balik ia hanya 1 peratus dari kutipan bagi tempoh 10 tahun.

"Ada banyak sebab mengapa LHDN tidak dapat membayar balik termasuk faktor pekerja ataupun syarikat asing yang tidak lagi berada atau beroperasi di negara ini, syarikat yang sudah tutup ataupun orang yang tidak dapat dikesan.

"Malah, kegunaan 'set-off' (tolak-selesai) untuk kredit cukai bukan sesuatu yang luar biasa dan sering digunakan dalam negara ini dan diluar negara," katanya.

Bekas Presiden Umno itu turut menyatakan tiada keperluan sebenarnya melayan dakwaan bermotifkan politik mahupun berdepan dengan orang yang mungkin tidak tahu polisi atau cara wang tunai kerajaan diuruskan.

"Namun, saya percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta.

"Lebih baik kerajaan PH menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kedua-dua isu GST dan cukai lebih bayar dengan serta-merta kerana melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion bagi mencari kebenaran.

"Ini bagi memastikan adakah kerajaan BN, Kastam dan LHDN telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka," katanya.
-sinarharian

RAZIATUL HANUM A.RAJAK

Tuesday, July 10, 2018

GST SIFAR - BENARKAH HARGA BARANG TURUN?

GST sifar: Harga barang mula turun - Saifuddin Nasution

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertahankan hasil kajian pihaknya yang mendapati 70% barangan pengguna mengalami penurunan harga sejak pelaksanaan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) 1 Jun lepas.
Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata selain pemantauan oleh penguat kuasa KPDNHEP selama sebulan, beliau sendiri dimaklumkan mengenai perkara itu oleh peniaga ketika melakukan tinjauan termasuk di Pasar Bayan Baru, semalam.
“Penguat kuasa KPDNHEP buat tinjauan di 1,688 premis membabitkan 417 pelbagai barangan selalu digunakan pengguna antaranya barangan basah, kering serta keperluan bayi dan 70% daripadanya turun antara 0.04 hingga 13%.
“Dalam tinjauan saya hari ini, peniaga turut mengakui harga barangan menyaksikan penurunan sama seperti tinjauan yang dibuat di peringkat kementerian sebelum ini,” katanya selepas melawat Pasar Bayan Baru, semalam.
Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan kenyataan Saifuddin Nasution mengenai penurunan harga barangan bagi tempoh 1 hingga 30 Jun lalu, termasuk Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Sufian Hamdan yang mendesak Saifuddin mendedahkan laporan kajian supaya rakyat dapat membuat perbandingan dengan realiti harga di pasaran.
Katanya peniaga juga mengakui ada penurunan harga barangan yang dibeli daripada pemborong dan mereka boleh tawarkan harga lebih murah kepada pembeli.
Saifuddin Nasution yang juga wakil rakyat Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata tinjauan dilakukan juga mendapati kesediaan untuk berbelanja dalam kalangan pembeli menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini berikutan harga barangan lebih murah.
“Saya tanya peniaga, mereka maklumkan orang ramai kini semakin berani untuk berbelanja selepas GST pada kadar sifar dan trend berbelanja meningkat, saya percaya maklum balas itu munasabah kerana peniaga lebih mengenali tabiat pembeli,” katanya.
Beliau berkata sebanyak 4,000 aduan diterima KPDNHEP sepanjang bulan lepas dan lebih 50% daripadanya berkisar pada harga barangan tidak berubah malah ada yang meningkat selepas GST pada kadar sifar.
“Jumlah aduan bulan lepas meningkat banyak berbanding bulan Mei dan semua aduan itu diterima melalui e-portal, talian hotline serta laman web KPDNHEP.
“Berdasarkan aduan, kami dapati banyak berkaitan harga makanan dan minuman yang meningkat di restoran, kedai makan serta medan selera. Penguat kuasa kami mengambil tindakan segera dengan membuat pemeriksaan,” katanya. 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertahankan hasil kajian pihaknya yang mendapati 70% barangan pengguna mengalami penurunan harga sejak pelaksanaan kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) 1 Jun lepas.
Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata selain pemantauan oleh penguat kuasa KPDNHEP selama sebulan, beliau sendiri dimaklumkan mengenai perkara itu oleh peniaga ketika melakukan tinjauan termasuk di Pasar Bayan Baru, semalam.
“Penguat kuasa KPDNHEP buat tinjauan di 1,688 premis membabitkan 417 pelbagai barangan selalu digunakan pengguna antaranya barangan basah, kering serta keperluan bayi dan 70% daripadanya turun antara 0.04 hingga 13%.
“Dalam tinjauan saya hari ini, peniaga turut mengakui harga barangan menyaksikan penurunan sama seperti tinjauan yang dibuat di peringkat kementerian sebelum ini,” katanya selepas melawat Pasar Bayan Baru, semalam.
Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan kenyataan Saifuddin Nasution mengenai penurunan harga barangan bagi tempoh 1 hingga 30 Jun lalu, termasuk Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Sufian Hamdan yang mendesak Saifuddin mendedahkan laporan kajian supaya rakyat dapat membuat perbandingan dengan realiti harga di pasaran.
Katanya peniaga juga mengakui ada penurunan harga barangan yang dibeli daripada pemborong dan mereka boleh tawarkan harga lebih murah kepada pembeli.
Saifuddin Nasution yang juga wakil rakyat Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata tinjauan dilakukan juga mendapati kesediaan untuk berbelanja dalam kalangan pembeli menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini berikutan harga barangan lebih murah.
“Saya tanya peniaga, mereka maklumkan orang ramai kini semakin berani untuk berbelanja selepas GST pada kadar sifar dan trend berbelanja meningkat, saya percaya maklum balas itu munasabah kerana peniaga lebih mengenali tabiat pembeli,” katanya.
Beliau berkata sebanyak 4,000 aduan diterima KPDNHEP sepanjang bulan lepas dan lebih 50% daripadanya berkisar pada harga barangan tidak berubah malah ada yang meningkat selepas GST pada kadar sifar.
“Jumlah aduan bulan lepas meningkat banyak berbanding bulan Mei dan semua aduan itu diterima melalui e-portal, talian hotline serta laman web KPDNHEP.
“Berdasarkan aduan, kami dapati banyak berkaitan harga makanan dan minuman yang meningkat di restoran, kedai makan serta medan selera. Penguat kuasa kami mengambil tindakan segera dengan membuat pemeriksaan,” katanya. 

Friday, May 25, 2018

GST PERLU DITERUSKAN, NEGARA DI BEBANKAN DENGAN HUTANG MELAMPAU


Banyak kemungkinan yang kita bakal lihat dan pikul bersama-sama, andai kata PH tidak memenangi pilihanraya 9 Mei yang lalu. Antaranya mungkin kita tidak akan pernah menjangka dan menyaksikannya:

1. Hutang negara sebenarnya mencecah lebih 1 trilion ringgit (1000000000000). Banyaknya kosong, sah Najib dan barisan kabinet telah menipu rakyat.

2. Fail merah di Kementerian Kewangan yang tidak boleh diusik oleh pegawai-pegawai untuk di audit. Apa isi dalam fail merah tersebut? Nanti akan dibongkar oleh Menteri Kewangan yang baru. Harap Menteri Kewangan yang lama, sampai sudah kita tidak dapat melihat kebenarannya.

3. Bill out kerajaan Malaysia untuk syarikat sarat skandal 1MDB melebihi 7 billion (7000 juta) bermula April 2017. Mean setahun sudah mencecah 7 billion duit rakyat!

4. Projek ECRL sebenarnya bukan 55 billion, tetapi ada tambahan lagi 11 billion. Malang sungguh kalau PH tidak menang.

5. Pendedahan mengejutkan dari Dato' Seri Mohd Shukri Abdull, Pesuruhanjaya SPRM memang amat mengejutkan:

a) diancam bunuh dan lain-lain ancaman ketika menyiasat SRC International dua tahun lepas di mana Pengerusi 1MDB adalah Najib Razak, ketua Barisan Nasional.

b) melalui proxy wakil rakyat Utara, dia cuba disogok agar memberhentikan siasatan tersebut.

c)dimana juga dia membuat pengakuan banyak saksi dilarikan dan diugut.

d) betapa 'jahatnya' pentadbiran terdahulu.

e) selepas tumbangnya BN, banyak mantan Menteri menelefon Shukri menyatakan kekesalan kerana tidak mendengar cakap beliau agar menukar tampuk pemerintahan negara.

6. Dan nanti kita akan disajikan dengan kejutan demi kejutan pembongkaran salah guna kuasa oleh kerajaan terdahulu. Harap-harap tiada sesiapa yang sakit jantung.

Dan cuba bayangkan situasi ini pula:

Ketika PH mendapat 100 kerusi. BN 104 dan PAS 18 kerusi. PAS menjadi 'king maker'.

Dan ketika PAS memilih rakan kongsi BN sebagai partner dalam kerajaan campuran. Bagaimana survivor politik Najib dan BN? Tidak mustahil juga kalau kita lihat dari faktor semasa sebelum pilihanraya di mana bajunya sedondon, nadanya seirama. PAS dan BN membentuk kerajaan campuran.

Apakah perkara-perkara di atas yang didedahkan itu akan kita dengar sekarang?

Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui.

Menyesal atau tidak PH menang? Mohon share banyak2.

Tuesday, October 10, 2017

GST - MEMANG MEMBEBANKAN - KATA ORANG MUDA......

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Kajian perbandingan harga keperluan runcit bagi sebuah pasaraya yang dijalankan oleh badan pemikir REFSA baru-baru ini mendapati, harga barang meningkat pada peratusan yang sangat membimbangkan selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Kajian tersebut yang membandingkan harga-harga barang keperluan harian antara tahun 2010 sehingga 2017 dengan meneliti risalah-risalah lama pasaraya tersebut memperlihatkan angka-angka yang memeranjatkan.
Pek isian semula Milo 1kg mencatatkan kenaikan 40.03 peratus iaitu RM20.99 pada tahun 2017 berbanding hanya RM18.99 pada tahun 2013.
Walaupun tidak dikenakan GST, harga paha ayam bagi setiap kilo turut mengalami kenaikan sebanyak 52.46 peratus daripaa RM6.59 (2013) kepada RM9.59 (2017).
Kopi pra-campuran yang dijual pada harga RM7.99 pada tahun 2012 mencatatkan kenaikan sehingga 75% apabila ia dijual pada harga RM13.99 pada tahun ini.



Barang-barang keperluan lain seperti beras, makanan sejuk beku, sabun basuh baju, susu pekat dan sebagainya lagi turun mencatatkan kenaikan purata 40% seperti dalam rajah di bawah:

Di sebalik dakwaan kononnya pelaksanaan cukai GST sebagai adil kerana setiap individu akan membayarnya – sekaligus menambah pendapatan negara, ia ternyata terus memberi kesan susut nilai kepada kocek setiap rakyat di negara ini.
Bagi golongan muda yang terdedah dengan gaya hidup bandar – makan di restoran, gadget, pengangkutan awam, parkir, tol, termasuk aktiviti sosial malam minggu, GST memberi kesan langsung terhadap perbelanjaan harian mereka.
Tinjauan Roketkini di sebuah kompleks membeli belah popular di ibu negara baru-baru ini mendapati, semua responden yang terdiri dari kalangan golongan muda bekerja memberi isyarat ‘tidak’ kepada pelaksanaan GST.
Perhatian yang diberikan golongan muda terhadap pelaksanaan cukai membebankan tersebut jelas ketara apabila responden cakna dengan perubahan setiap sen yang mereka belanjakan.


GST perlu dikurangkan kata Syafiqah, 23.
Apabila ditanya wajarkah GST dinaikkan lagi untuk menambah kantung negara,Shafiqah, 23, yang mengakui rasa terbeban dengan cukai itu menyatakan tidak bersetuju malah memberi pandangan sebaliknya.
“Tak setuju, rasanya 6 peratus ni dah cukup. Ya, ada rasa terbeban. Macam kalau kita ke restoran, 6 peratus (GST) dia caj, lepas tu ‘service charge’ restoran punya pun dia caj dah jadi (semuanya) lebih enam peratus,” katanya yang kini sudah bekerja.
Berkongsi pandangan yang serupa, Kenny, 33, berkata kadar 6 peratus yang dikenakan dalam GST sudah memberi kesan kepada perbelanjaannya.

Pelaksanaan cukai GST memang dirasai kata Kenny.
“GST 6 peratus juga sudah beri kesan (pada perbelanjaan harian). Kalau boleh, GST ini diturunkan sebab saya rasa, orang biasa sudah terbeban dengan cukai itu,” katanya.
‘Harga barang turun’
Dongeng kerajaan kononnya ‘harga barang akan turun kerana GST’ sekadar menjadi penyedap telinga, faktanya, ‘harga barang masih meningkat kerana GST’. Malah, kumpulan rakyat berpendapatan rendah lebih terjejas dengan pelaksanaan cukai itu.
Realitinya, sama ada GST dilaksanakan atau tidak, kerajaan masih gagal menangani kenaikan harga keperluan rakyat – apalagi jika kadar 6 peratus itu wujud dalam resit pembelian anda!
Arif, 23, pula berpandangan bahawa beban GST akan lebih dirasakan mereka yang berpendapatan sederhana dan ke bawah.
Mengakui tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, beliau berkata purata pendapatan rakyat negara ini masih di tahap rendah.
“Mungkin bagi golongan kelas ekonomi pertengahan dan ke atas mungkin ‘okay’lah tapi purata (pendapatan) dalam kalangan rakyat Malaysia yang biasa masih rendah.
“Bagi pendapat saya, kalau nak laksanakan masih boleh tapi rendahkan lagi jadi 4 peratus atau 2 peratus lebih kurang macam tu,” katanya yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan Singapura.


Golongan berpendapatan sederhana dan kebawah lebih merasai beban akibat GST kata Arif.

Menurut Arif, kenaikan kadar harga sesuatu barangan masih meningkat meskipun kerajaan memansuhkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus dimansuhkan.

“Kalau nak ceritakan pasal ni, rasanya masa cukai SST kemudian GST, kerajaan tak tolak pun SST 10 peratus, maknanya kita bayar 16 peratus bukannya 6 peratus.

“Contohnya kalau pergi shopping, dulu sebelum GST misalnya beli seluar harga RM50 (ada SST), tapi bila ada GST harga tu jadi lebih. Sepatutnya harga jadi lebih kurang; RM50 kurang 10 peratus SST tambah 6 peratus GST – sepatutnya kurang. Tapi, sekarang dah jadi lebih daripada RM50.
“Tak taulah kerajaan kutip banyak ke kurang tapi kalau ikut logik memang lebihlah,” katanya.
Meski GST diunjurkan memberi pulangan sebanyak RM42 bilion kepada kerajaan pada tahun 2017, tanpa pengurusan yang telus dan cekap, kerajaan akan tetap gagal mencapai objektifnya.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin

Mengulas hal ini, Adun Damansara Utama Yeo Bee Yinmenyifatkan pertumbuhan KDNK negara yang baru sahaja diumumkan kerajaan tidak dirasai oleh rakyat di bawah.

“Kerajaan baru sahaja mengumumkan angka pertumbuhan KDNK sebanyak 5.2%

“Namun bagi rakyat biasa, gaji mereka tetap tidak bertambah atau tidak dapat mengejar peningkatan kos sara hidup ekoran inflasi disebabkan pelaksanaan cukai GST,” ujarnya.


Menurut Bee Yin, struktur ekonomi Malaysia menyebabkan kekayaan yang dihasilkan negara yang diterjemahkan melalui KDNK tersebut tidak dinikmati secara sekata.
“Ia hanya tertumpu kepada mereka yang berada di atas ‘piramid’ ini. Bukan rakyat biasa seperti kita semua,” tegasnya.

Cukai GST mula dilaksanakan pada 1 April 2015 setelah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen dalam ucapan belanjawan pada 25 Oktober 2013. Ia disokong oleh 118 Ahli Parlimen Barisan Nasional

Tuesday, September 5, 2017

HARGA BARANG - AHMAD MASLAN MASIH CUBA MEMBODOHKAN RAKYAT

TINDAKAN pelbagai pasaraya menganjurkan jualan murah (sale) pada masa tertentu bagi menarik pengguna, cuba dikaitkan sebagai kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST oleh Ahmad Maslan. - gambar  

Malah menurutnya, ia menjadi satu bukti bahawa GST mampu mengurangkan harga barang. Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu tweet di akaun Twitter miliknya.

"Kenapa ada jualan murah? Banyak bulan dalam setahun. Itu 1 bukti #GST boleh mengurangkan harga barang. Jika sale 30% tolak 6% GST maka untung 24%," tulisnya.


Kenyataan itu bagaimanapun menjadi viral sekaligus mengundang kritikan orang ramai yang rata-rata menyifatkannya sebagai kenyataan bodoh lagi cuba memperbodohkan rakyat.

Aku pun tak faham, sebenarnya Ahmad Maslan ni nak bodohkan siapa? Sebelum ada cukai GST pun memang semua pasaraya-pasaraya di Malaysia sudah menganjurkan jualan murah untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke premis mereka.

Itu adalah strategi perniagaan pelbagai jenis pasaraya sejak dahulu lagi di dalam memenangi persaingan.

Rasanya lebih baik Ahmad Maslan senyap tak sebut apa-apa, orang pun tak tahu apa yang ada dalam kepala otaknya. Daripada berbunyi sekadar nak menyakitkan hati orang dan menonjolkan ketidakcerdikan.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/09/jualan-murah-bukti-gst-turunkan-harga.html#ixzz4rmDxJYFW

Thursday, October 20, 2016

GST - BETUL KE YB TGHH BERSETUJU.....

KEPESATAN komunikasi dalam dunia kejuruteraan teknologi serba canggih, mudah dan pantas kini membolehkan maklumat diakses dan disebar setiap detik oleh sesiapa serta di mana sahaja. Ringkas popularnya disebut “maklumat di hujung jari”.
Malangnya, masih ada pihak yang mungkin merasa juara dapat melakukan manipulasi, persepsi atau sensasi ke atas maklumat atau pihak tertentu. Ia sengaja dilakukan untuk menimbulkan salah tanggapan, kekeliruan dan polemik sebagai adu domba, mengampu atau keuntungan untuk pihak tertentu.
Kaedah negatif seperti itu rupanya belum dibebaskan dari profesionalisme pemberitaan oleh stesen TV3. Dalam siaran Buletin Utama jam 8:00 malam tadi (Selasa, 18 Oktober 2016) melaporkan kononnya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang telah mengakui keberkesanan GST.
Stesen media elektronik itu dalam siaran tersebut memetik sebutan Ahli Parlimen Marang iaitu “GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan” bersama ‘tagline’ bertulis “GST: Terbukti Berkesan – Presiden PAS”.
Mustahil Unit Berita TV3 tidak memahami perkara yang dilaporkan itu melainkan mempunyai motif untuk mencemarkan. Laporan diutarakan seolah-olah ayat disebut Presiden PAS itu sebagai satu ‘penyataan’sedangkan hakikat sebenar ianya adalah ‘pertanyaan’.
Perkara tersebut berlangsung pada sesi Jawapan-Jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-Pertanyaan, Dewan Rakyat, Parlimen Ketiga Belas, penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga, pagi Selasa 18 Oktober 2016. Berikut perincian dari pertanyaan bertulis dikemukakan serta pertanyaan lisan tersebut:
Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang bangun dan menyebut “Tan Sri Yang Dipertua, soalan saya yang kedua”.
(Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan) 2. PR-1343-L76884 Dato' Seri Abdul Hadi Awang |Marang| Minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat tidak mengira kaya atau miskin dan mengambil mekanisma lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan rakyat)
Berikutan jawapan lisan diberikan Menteri Kewangan II Dato’ Johari Abd Ghani |Titiwangsa|, Ahli Parlimen Marang itu bangun mengemukakan pertanyaan atau soalan tambahan dengan menyebut:
“Tan Sri yang Dipertua, soalan tambahan saya, GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan.Namun pun di sana ada impak Yang Amat Berhormat sebut, dan kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam, khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi, masih ada sungutan-sungutan nilai mata wang, ini juga membebankan pelajar kita di luar negara yang ke luar negara, sungutan itu banyak, sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkasananan daripada langkah-langkah itu dan adakah kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada? Terima kasih.”
Jelas, ia dalam rangka ‘pertanyaan’ di mana ungkapan yang dipetik TV3 adalah dirujuk kepentingan atau keuntungannya kepada pihak Kerajaan. Bukan 'penyataan’ atau perakuan oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS sebagai pendirian mengesahkan GST diterima atau dituntut kelangsungan pelaksanaannya.
Jika demikian, mengapa tidak TV3 mengambil pertanyaan yang menyebut “membatalkan” sebagai penyataan? Maka, secara nyata, TV3 sebenarnya telah melapor secara konteks yang salah dengan sengaja membawa kepada maksud dan motif tertentu. Masih tidak terlambat untuk membuat pembetulan dan ralat.

Thursday, September 8, 2016

RAKYAT DI CUKAI, RAKYAT YANG TANGGONG BEBAN...

GST ( Goverment Service Tax ) masih lagi menghantui rakyat, walau pun bebagai-bagai cara dan kenyataan yang di berikan. Walau pun masa kini rakyat sudah agar " diam " dalam isu ini tapi rakyat memendam rasa dan mungkin juga sudah beersedia untuk menghukum pemerintah dengan tidak lagi memberikan udian. 


Ketidak puasan rasa ini bukan setakat mereka di bandar malahan masyarakat di luar bandar juga terasa dengan " kesengsaraannya". Rata-rata masih ramai yang bersungut, bukan saja mengenai lebih banyak wang perlu dibelanjakan berbanding sebelumnya tetapi juga kerana cukai tersebut turut menyebabkan kenaikan harga barang-barang.

Rakyat sudah terasa seolah-olah mereka tertipu dengan SST dan gantian GST, semua barangan naik, belanja mengurus harian naik berganda, Jika di halusi kenaikan harga, pengguna di bebankan dengan 2 kali kenaikan SST dan GST sebenarnya.


Apakah pelaksanaan GST ini dibuat terburu-buru? mungkin juga " ia " apabila pihak kerajaan menyatakan Pengguna masih belum biasa dengannya dan YB Ahmad Maslan ( gambar ) pula seringkali menyalahkan ketamakan peniaga sebagai punca berlakunya kenaikan harga barang-barang itu. Tapi bagi peniaga pula dengan kelemahan pentadbiran pula mengambil kesempatan untuk mengenakan SST dan di gabunkan dengan GST, akhinya rakyat perlu berbelanja pada kadar 10% SST dan di tambah pula dengan 6% GST. Sudah pasti harga barang di tahap yang tinggi.

Jika ini benar sikap peniaga  sedemikian, ramai juga yang menyalahkan kerajaan kerana mempunyai aspek penguatkuasaan yang lemah dalam melaksanakan GST sehingga tidak mampu berbuat apa-apa terhadapnya.

Pihak kerajaan gagal dalam menangani permasalahan seperti penguatkuasaan undang-undang, agar peniaga tidak mudah memanupulasikan haga barangan. Semua kesalahan dan kelemahan urusan GST semua salah di pihak peniaga sebaliknya kerajaan cuba lepas tangan, 

Setelah lebih dua bulan cukai GST ini dilaksanakan, semua kesalahan mengenai kenaikan harga barang hanya ditujukan kepada peniaga dan belum pernah lagi kerajaan mengakui mereka ada kesilapan atau kelemahan dalam perlaksanaannya.

Kerajaan hanya melihat GST sebagai cara paling mudah untuk menambahkan pendapatan negara tanpa memikirkan dengan serius nasib rakyat sebagai pengguna yang mungkin terbeban kerana manipulasinya.

Kata mereka, sebelum menggantikan SST dengan GST, kerajaan sepatutnya mesti bersedia dari segi penguatkuasaan yang lebih cekap bagi memastikan peniaga tidak mudah memanipulasikan harga barangan.

Soalnya benarkah kerajaan tidak bersalah?

Seorang rakan menceritakan pengalamannya ketika didatangi pegawai kastam sebelum perlaksanaan cukai GST pada 1 April lalu.

Katanya, pegawai kastam itu memintanya menaikkan sedikit harga makanan yang dijualnya berbanding sebelumnya bagi mengurangkan beban operasi dan menstabilkan keuntungan apabila GST dilaksanakan.

Menurut peniaga itu, beliau keliru dengan saranan menaikkan harga barangan itu kerana ia seperti dengan sengaja meletakkan dua beban kepada pengguna iaitu kenaikan harga barangan dan cukai GST sebanyak 6 peratus.

Yang menimbulkan rasa musykil peniaga tersebut ialah apakah memang menjadi amalan pegawai kastam menyarankan peniaga menaikkan harga barangan itu dan apakah tujuannya berbuat demikian?

Timbul juga persoalan, apakah perbuatan meminta peniaga menaikkan harga barangan itu merupakan dasar dan dalam pengetahuan kerajaan atau hanya merupakan kes terpencil saja?

Selebihnya pula, katanya, berapa peratuskah peniaga yang tidak menaikkan harga barangan mereka apabila menerima cadangan daripada pegawai kastam itu?

Rakan saya itu bagaimanapun mengatakan beliau menolak cadangan pegawai kastam itu dan tidak menaikkan harga makanannya di mana pelanggannya hanya perlu membayar tambahan GST 6 peratus saja. – shahbudindotcom.blogspot.com

Saturday, September 12, 2015

GST - KERAJAAN TERUS MEMBEBANKAN RAKYAT....


ADAKAH kerajaan yang baik itu memberi atau meminta daripada rakyat yang diperintahnya? Sud

ah tentulah sewajarnya ia memberi, bukan meminta, apatah lagi jika kerap dan banyak. Justeru, wajarkah kerajaan yang banyak meminta daripada rakyatnya dijatuhkan?
Siapa yang berani atau sanggup mendakwa/mengatakan kerajaan Umno-BN sekarang adalah kerajaan yang baik? Saya fikir, sesiapa yang mengatakannya baik, sudah tentu dia akan dianggap tidak siuman!


Dengan segala kerosakan yang telah berlaku – banyak rakyat sedia maklum – kerajaan Umno-BN jelas tidak layak lagi mentadbir negara ini. Namun demikian, bagaimana mahu menumbangkannya sekarang kerana Pilihan Raya Umum ke-14 masih jauh? Menerusi peti undi, kelihatan seperti tiada harapan. Kalau menerusi revolusi pula, akan dianggap melanggar demokrasi dan melakukan keganasan – keganasan bukan budaya kita (baca: konon).

Walau bagaimanapun, apa pilihan yang rakyat ada? Sama ada lambat atau cepat, sekarang atau kemudian, kerajaan Umno- BN perlu ditumbangkan. Di bawah pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak merangkap perdana menteri, regim tua itu terus berbohong di samping menyamun wang rakyat.

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada 1 April lalu adalah antara contoh ketara pembohongan kerajaan Umno- BN dan Najib. Selain penipuan mengatakan kejatuhan Ringgit Malaysia hanya bersifat sementara, padahal ia berterusan merudum hingga kini paling rendah dalam sejarah, rakyat dikatakan akan beruntung kerana hanya membayar cukai sekali sahaja menerusi GST, dan tidak membayar lebih.
Memang aneh. Kalau rakyat dikatakan lebih berjimat dengan GST, mengapa hasil kutipan cukai itu digunakan untuk membantu kewangan Malaysia ketika berhadapan dengan kejatuhan harga minyak?

Najib sendiri mengesahkan perkara itu. Kata beliau, negara bernasib baik kerana ada GST yang telah mengelakkan tekanan kewangan. Jelas beliau, kewangan negara tertekan kerana apabila harga minyak merudum, dividen Petronas berkurangan, dan royalti juga begitu. Katanya, dari mana lagi kerajaan dapat menampung perbelanjaan besar negara?

Najib berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan Umno Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020, di Kangar, baru-baru ini.

Itu bererti hasil daripada GST adalah tinggi. Tinggi itu bermakna rakyat bukan kurang membayar, tetapi lebih - tidak seperti yang difikirkan atau ditegaskan selalu. Bukankah itu satu pembohongan? Terpaksa membayar lebih walau satu sen pun, tetap membayar lebih – bukannya kurang satu sen.

Kata Najib, pelaksanaan GST bukan untuk menyusahkan rakyat dan beliau berpegang pada prinsip “daripada rakyat, kita akan kembalikan kepada rakyat.”

Jelas Najib, beliau telah berjanji kepada rakyat bahawa (hasil) tambahan daripada GST akan dipaparkan dalam Bajet 2016 – iaitu ke mana ia (telah dan akan) dibelanjakan.

Kata Najib lagi, masalah berkaitan dengan GST timbul apabila ada peniaga yang tidak jujur dan memanipulasi keadaan. Jelas beliau, ia seperti yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim nyatakan bahawa peniaga menambah GST, tetapi tidak memansuhkan SST (cukai jualan dan perkhidmatan).

Soalnya, kenapa GST dilaksanakan juga padahal telah ditentang hebat oleh majoriti rakyat? Mengapa sibuk mahu memansuhkan SST jika sebelum ini ia tidak membebankan dan mencetuskan rungutan rakyat?

Apakah benar para peniaga tidak memansuhkan SST?

Jelas Najib, GST kini dilaksanakan di 160 negara. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memilih peniaga yang jujur dan tidak mengambil kesempatan. Katanya, pilihlah tempat dan peniaga yang menjual barang dengan harga yang berpatutan.

Banyak negara mengamalkan GST tidak bermakna cukai itu baik. Sekarang telah jelas bahawa ia hanya menjadi punca pendapatan kepada kerajaan.

Dalam kata lain, kerajaan mangambil wang daripada rakyat dengan banyak “secara terhormat.”
Jadi, jelas juga bahawa kerajaan Umno-BN tidak akan melaksanakan sesuatu cukai jika ia memberi laba kepada rakyat.

Najib telah pun mengesahkan hakikat tersebut!

Mengharapkan para peniaga bersikap jujur adalah satu utopia pada zaman sekarang. Dengan pelbagai tekanan, bukan setakat GST sendiri, kenaikan harga minyak menjadi punca utama harga barang dan perkhidmatan dinaikkan.

Mustahil harga barang dan/atau perkhidmatan tidak dinaikkan jika modal terpaksa bertambah. Peniaga sejujur mana pun akan menaikkan harga walaupun mungkin dengan berat hati, inikan pula yang memang suka “kaya cepat.” Lagipun, sukar untuk mengetahui peniaga mana yang jujur atau sebaliknya.

Sebelum mengharapkan peniaga jujur, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, serta para pengikut dan penyokong mereka perlu jujur terlebih dahulu. Namun demikian, mengharapkan kejujuran daripada pemimpin Umno-BN sama “seperti pungguk merindukan bulan” atau “jauh panggang dari api.”

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA