Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label BTN. Show all posts
Showing posts with label BTN. Show all posts

Tuesday, December 1, 2009

BTN - INTEGRITINYA DIPERTIKAIKAN.

Kini memang terserlah, implikasi dari PRU12 macam-macam masalah negera mula dibongkarkan, dari yang kecil hinggalah sebesar-besarnya, dari masalah parti sama ada parti pemerintah mau pun parti kerajaan semuanya menonjolkan masalah, ketidak tentuan dalam pengurusan parti memang jelas kelihatan. MIC, MCA, PPP, Gerakan semuanya rangkaian dalam BN, sehingga kini masih belum selesai lagi. Tapi bagi parti yang bergagasan dengan PR - permasalahan mereka dibesar-besarkan oleh akhbar perdana, dari sekecil-kecil isu hinggalah yang tidak isu pun di jadi kan isu.

Dari suduh prk - jelas sehingga kini sudah ada 8 prk, yang menunggu masih ada dua atau 3 kawasan lagi. Rampasan kuasa yang sungguh tragidis memang menyedihkan berlaku di Perak. Cubaan rampasan di rancang sedemikian rupa di Selangor tapi sampai waktu ini iantya masih gagal. Bermula dari Permatang Pauh sehingga ke Bagan Pasir dan kini Kota Seputeh pula menunggu, hinggakan para hakim perlu memberikan penjelasan wang rakyat sudah banyak digunakan untuk mengadakan PRK. Ya ke? tak tau le kita.

Dari sudut penyelewangan yang paling dahsyat sekali ialah PKFZ, kononnya 2 mantan PM terlibat dalam urusan pengendalian projek tersebut, sehingga Ketua Hakim Negera juga dinamakan salah seeorang yang terlibat dengan pembinaan Landasan Berkembar Rawang ke Ipoh. Hebat Kakitangan Awam di Malaysia.

PDRM, SPRM, SPR, Badan Kehakiman semuanya sudah hilang kredibitli dalam urusan masing-masing, kerana semua badan ini telah bertin dak dan memastikan UMNO / BN perlu dinaungi dalam kemelut pengurusan dan pentadbiran negara.

Yang terakhir menjadi isu ialah BTN. ruyung di pecahkan dengan Kerajaan Selangor menidakan pegawai awam negeri untuk menyertai setiap program yang dianjurkan oleh BTN, kalangan kepimpinan UMNO sendiri bertelagah dengan konsep dan pendekatan yang dilaksanakan dalam pengendalian kursus tersebut. Ketua penerangan UMNO Malaysia Ahmad Maslan, Mukhris Mahatihir mengatakan ianya masih releven, Nazri Tan Sri Aziz mengatakan ianya perlu rombakan untuk penambahbaikan.

Apakata Johari Abdul - Mantan pengerah BTN, komen beliau sah dan nyata pengurusan dan pendekatan yang dibuat oleh BTN waktu ini lari dari konsep dan modul asal, kini BTN lebih mementing kepentingan gulongan tertentu, pendekatan ceramah lebih menghentam pembangkang, DSAI adalah orang yang "wahid" dalam penentangan setiap penceramah. Maki hamun mainan bibir penceramah, lagu Warisan " bumi kita milik orang " menjadi laungan setiap ceramah, Penekanan perkauman cukup kuat dalam BTN. Kesannya pasti gagasan 1M gagal.

Tindakan Selangor untuk tidak menyertai sebarang kursus kelolaan BTN tetap dan kena pada masanya, syabas Khalid Ibrahim, tindakan YAB amat matang dan dapat membuka mata kepimpinan UMNO. Kini masyarakat Malaysia dah dapat menilai apa yang berlaku dan tindakan perlu diambi. Kita tunggu pula apa akan jadi dengan sistem penghakiman di negera ini. Sistem penghakiman sudah tidak libera ianya jelas memihak dan berpilih-pilih.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA