Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label MAHKAMAH. Show all posts
Showing posts with label MAHKAMAH. Show all posts

Friday, September 7, 2018

APA MOTIFNYA - BEBAS TANPA BICARA?


1) Mahkamah hari ini membebaskan Lim Guan Eng dalam kes rasuah berhubung pembelian sebuah banglo ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

2) Mengikut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, adalah budi bicara Peguam Negara untuk memula atau memberhentikan prosiding ke atas mana-mana kes. Namun melihatkan rekod Peguam Negara, Tommy Thomas yang merupakan peguam bagi Lim Guan Eng dalam kes ini sebelum dilantik sebagai Peguam Negara memberi gambaran bahawa wujudnya conflict of interest dalam permohonan pemberhentian prosiding ini.
3) Walaupun Tommy Thomas mendakwa telah menarik diri dari kes Lim Guan Eng ini, tetapi seluruh pejabat Peguam Negara adalah di bawah Peguam Negara sendiri, maka sudah tentu apabila penarikan kes seperti ini, wujud tanda soal seolah-olah selepas bertukarnya Kerajaan, kes yang dianggap cukup kuat untuk didakwa sebelum ini tiba-tiba tidak bersalah pula tanpa sebarang perbicaraan.
4) Dalam erti kata lain, tindakan Peguam Negara untuk memohon agar mahkamah membebaskan LGE memberi bayangan bahawa Tommy Thomas bersikap tidak bebas kerana dilihat melindungi kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan sedangkan kes-kes lain yang melibatkan pemimpin kerajaan terdahulu, beliau sangat bersungguh-sungguh untuk membawanya ke muka pengadilan walaupun siasatan masih belum diselesaikan.
5) Kepada Lim Guan Eng pula, sebagai individu berkepentingan awam sama ada sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini atau menteri persekutuan hari ini, beliau tidak seharusnya menggunakan teknikal undang-undang untuk membebaskan diri beliau sebaliknya beliau seharusnya berdepan dengan pihak pendakwaan bagi membuktikan beliau tidak bersalah.
6) Kepada Majlis Peguam, saya menanti sama ada badan ini akan mengeluarkan sebarang syor atau kenyataan membantah keputusan yang telah dibuat ini. Umum mengetahui kritikan dan saranan Majlis Peguam yang sebelum ini amat agresif dalam apa sahaja kes-kes melibatkan ahli politik Barisan Nasional. Ini adalah masa yang paling tepat bagi membuktikan Majlis Peguam bersifat non-partisan.

Tuesday, August 17, 2010

ISTANA KEADILAN KIAN ROBOH

RPK Kini Dakwa Peguam Negara Ada Hubungan Sulit Dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Tidak cukup dengan pendedahan mengenai hubungan pengadu dan saksi utama perbicaraan Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan hubungan sulit Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, kini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin melontarkan 'bom' yang bakal menggegarkan badan kehakiman negara - dakwaan hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad. Dalam kolumnya 'No Holds Barred' Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara.



"Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan. "Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah. Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis. RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah. "Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama? Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah?


"Beliau (Abdul Gani) tidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad,"



kata RPK dalam artikelnya.
RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya mengakui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak. Mahkamah hanya mahu menentukan sama ada hubungan itu akan menjejaskan kes yang sedang dibicarakan. "Dalam erti kata lain, adalah berlaku ‘pillow talk’ semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," kata RPK membuat kesimpulan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes. -SK
Okay, what about this affair then?
Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Today, the Associated Press reported, "A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case."
Okay, the issue here is that the court has no doubt that the allegation that deputy public prosecutor Farah Azlina Latif is having an affair with the prosecution’s key witness in the Anwar Ibrahim Sodomy II trial is true. The court is not concerned with whether an affair is going on or not. It is only concerned with whether the affair would compromise the trial.
In other words, is their any ‘pillow talk’ going on in between the bonking? And the court is convinced there is no pillow talk, just hardcore bonking. So there is no miscarriage of justice and therefore the charge against Anwar need not be dropped.
Why does the Attorney General not want to confirm or deny the allegation that a member of his team is bonking the prosecution’s key witness? Would it not be easy if he just denied it and solve the entire problem?
He is not prepared to risk his neck, first of all, because he knows it is true and he knows that if he tries to deny it more shit is going to hit the fan. But more importantly, he is worried that if he denies it then we would bring out another allegation of an affair, this time involving him and Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, the Head of the International Affairs Division of the Attorney General’s Chambers.
Yes, everyone knows about this affair. It is no secret. The AG and Azailiza make frequent trips overseas together and, to save the taxpayers’ some money, they share a hotel room rather than book separate rooms.
Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.
There appears to be a hell of a lot of bonking going on in the Palace of Justice. And with the Chief Justice illegally marrying a second wife in Thailand and then destroying the evidence to escape prosecution, like our Member of Parliament from Sabah, it makes one wonder how they even have enough time to prepare for the court cases.
***************************************************
Affair claim in Malaysia's Anwar trial deemed true
(Associated Press) - A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case.
Anwar insists the sodomy charge against him should be dropped after an opposition-linked activist claimed last month that a young female prosecution attorney in the trial had a recent affair with Anwar's accuser, a 25-year-old male former aide. Neither of them has directly responded to the allegation.
Anwar faces up to 20 years in prison if convicted of sodomizing his ex-aide, Saiful Bukhari Azlan. He insists the government concocted the charge in 2008 to sideline him after his opposition alliance made unprecedented electoral gains. Government authorities deny conspiring against Anwar.
High Court Judge Mohamad Zabidin Diah ruled Monday that the prosecution team in the trial had accepted the allegations of an affair to be true because it did not directly confirm or deny them.
"The court must accept what is stated as true," he said.
However, Mohamad Zabidin rejected Anwar's request for the charge to be dropped, saying the affair claim did not compromise the prosecution's integrity. Prosecution lawyers have argued that Farah Azlina Latif had been a junior member of the team and never had important documents in her possession.
Malaysia's attorney general ordered Farah removed from the case last month. He said although there was no proof to support the claim of an affair, the move would protect the prosecution's credibility.
The defense claims Farah might have leaked confidential information to Saiful, who should not have access to prosecution strategies.
Mohamad Zabidin postponed trial hearings until Sept. 20 after Anwar's lawyers said they would appeal his decision.
This is the second time Anwar has been accused of sodomy, a crime in this Muslim-majority country. He was imprisoned for six years starting in 1998 for sodomy and corruption. The sodomy conviction was later overturned.
Ulasan GB GB telah berulangkali menyatakan di Palace Of Justice penuh dengan hakim-hakim binatang yang tidak lagi mempertahankan kebenaran dan keadilan tetapi tunduk kepada kemahuan dan kehendak Raja Binatang, si Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang merupakan bekas Penasihat Undang-undang UMNO. Hakim-hakim yang mementingkan kedudukan, pangkat serta harta. Yang hina, yang jijik, yang durjana dan yang sentiasa bertindak mementingkan nafsu dan menyengsarakan rakyat. Lebih banyak skandal bakal terbongkar. Di bulan yang mulia ini kita memohon ke hadhrat Allah s.w.t. agar sistem kehakiman negara dibersihkan dari manusia-manusia yang berperangai binatang ini demi untuk meletakkan kebenaran dan keadilan di tempat yang lebih wajar.

mohon keizinan dari Kelab GreenBoc GB - untuk diguna pakai di GM - tk


Thursday, October 22, 2009

BOARD OF JUSTICE MEMBER OF BN

Apakah peranan dan tanggongjawab sebuah mahkamah, adakah sebuah mahkamah tempat terakhir untuk rujukan dan memastikan keadilan dapat di praktikkan menjadi kenyataan pada masa kini? Dengan berpegang kepada prinsip ada rasa pertanggongjawaban, ada rasa kekitaan, ada rasa kepunyaan, ada rasa merealisasikan hak dan kepunyaan setiap individu itu dapat di terjemahkan oleh mahkamah di negera waktu ini.

Memang tidak dinafikan, majoriti rakyat tidak di dedahkan dengan maklumat terkini bagaimana negera di mata dunia, kalau mengikut saluran alternatif, memang negera sentiasa di kecam oleh dunia atas dasar berat sebelahnya dari sudut penghakiman, tapi rakyat yang banyak membaca saja yang tahu: " the more you read the more you know "

Kita imbas kembali permasalahan kehakiman negera kita waktu ini, khususnya sejak D M menyinkirkan DSAI dari kepimpinan UMNO, kanak-kanak kecil pun " geli hati " melihat telatah hakim-hakim dan pendakwa yang mendakwa. Sebagai contoh tempat perlakuan belum terbina dah dijadikan lokasi kejadian, tarikh kejadian di ubah dan di pinda-pinda ianya jelas melihatkan perancangan yang disediakan seolah-olah ada satu perancangan khianat terhadap DSAI.

Selapas PRU 12 sistem penghakiman lebih teruk. Ada kes boleh dibicara di mahkamah kes yang sama tak boleh pula dibicarakan. Kita ambil contoh rampasan kuasa di Perak, hakim memutuskan PR berhak meneraju kepimpinan Perak, dan hanya selang beberapa jam mahkamah juga memutuskan penangguhan dan memulangkan kepimpinan pentadbiran kepada BN. Hal tuntutan speaker lebih jelik dan dahsyat.

Kes Govinda, tindakan Speaker dewan Rakyat tak boleh di pertikai di mahkamah, tapi tindakan speaker perak semasa Siva mengandali uruskan dewan boleh pula di bicarakan. Kenapa perlu ada pilih kasih dalam hal sebagini. Apakah mahkamah kini juga telah menjadi rakan karib kepada UMNO / BN? Siapa MB Perak, sampai ketika ini tidak ada jawapan tapi kerana " istana " memerlukan UMNO / BN jadi UMNO / BNlah yang menerajui kepimpinan bukan kehendak rakyat tapi kehendak istana.

Kes " correct, correct, correct " di padamkan begitu sahaja, tiada kes, apakah dengan bukti sedemikian boleh digugurkan bahan bukti tersebut. Apakah kes Beng Hock yang terbunuh di lokasi / premis / bangunan kerajaan juga terlepas dan kes digugurkan? sama-samalah kita lihat, ramai orang dah tahu keputusannya.

Terbaru kes Tian Chua - AP Batu, sengaja di denda dan dihukum agar AP tersebut perlu digugurkan dari jawatanknya agar dapat diadakah PRK kerana pada waktu ini UMNO / BN sudah kuat dan diterima rakyat selepas kemenangan menggalakan di Bagan Pinang.

Nampaknya masa kini, mahkamah juga telah menjadi rakan kongsi dalam menentukan kepimpinan UMNO / BN dapat diterima oleh rakyat. Setiap mereka yang bersalah dari kalangan PR ( pembangkang ) perlu disiasat sehingga ke lubang cacing dan apabila yang berlaku di kalangan orang UMNO / BN selalunya di siasat juga tapi akhirnya di buang kes.

Apa nak jadi dengan negara kita.

Friday, May 22, 2009

DARI MEJA MAHKAMAH

Malang bagi rakyat malaysia di mana para hakim dan peguam tidak dapat menjalankan tugas dengan betul dan berhati-hati dalam menyediakan petudahan dan membuat keputusan dalam penghakiman mereka.

Apatidaknya, kalau kita imbas kembali peristiwa DSAI dengan pertududan lewat edisi pertama, sistem penghakimkan dan pertuduhan cukup memualkan sekali. Contoh yang memalukan apakan seorang peguam negera yang bertindak sebagai pendakwa boleh membuat mendakwaan yang tersilap tarikh, yang ditaip lain dan apabila di buat pertuduhan dan di bangkang oleh peguam mohon di perbetulkan tarikh yang di taip, lokasi kejadian di banguanan yang belum siap, peritiwa ini cukup memalukan.

Kesimpulannya kita dapa perhatikan, badan kehakiman pada masa ini bukan lah sebuah badan yang bebas dan harapan untuk membela demi kebaikan dan keadilan sudah mula nampak lumpuh dan beransur-ansur memihak kepada yang berkepentingan. Buktinya, keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebelahi Nizar dianggap silap oleh Mahkamah Rayuan sebentar tadi. Selepas ini, mungkin.. mungkin...tiada lagi silap apabila kes ini dirayu oleh Nizar ke Mahkamah Persekutuan. saya yakin, Mahkamah Persekutuan tidak akan mengatakan Mahkamah Rayuan sebentar tadi silap. Maksud saya, mungkin tiada lagi kesilapan selepas ini. Ini bermakna, bawalah ke mana-mana mahkamah di Malaysia ini mungkin tiada lagi kesilapan dan Zambry terus ditabalkan sebagai MB Perak.

Wednesday, May 20, 2009

ESOK YANG MENDEBARKAN

Debaran di Perak sejaK Februari telah berakhir pada 11 Mei yang lepas, di mana Mahkamah Tinggi mengesahkan Ir. Niza sebagai Menteri Besar yang sah, kemudian pada 12 Mei, dengan menggunakan semua salarun dan rakan serta sahabat handai, terutama rakan-rakan di mahkamah persekutuan, Dr. Zambry berjaya untuk menyekat sementara keputusan tersebut, dengan rasa bangga dan megah beliau ( Dr. Zambry ) terus masuk pejabat, bergerak dan bertindak seterusnya menjalankan tugas sebagai MB.

Bertindak macam orang tak malu, tak ada baca, tak faham hukuman yang diterima, mahkamah kata keputusan di tanggohkan, jadi bukun suruh Zambry menjalankan tugas MB, tapi dengan rasa tanpa " kemaluan " Dr. Zambry terus menjalankan tugas.

Unuk itu, pensyarah undang-undang UIA, Aziz Bari menyatakan semua keputusan dan tindak kerja yang dibuat oleh kerajaan Zambry adalah haram, kerana keputusan 11 Mei, Ir. Niza adalah MB.

Kini 21 Mei pula menjadi tarikh keramat, apakah rayuan Dr. Zambry akan diberikan layanan oleh pihak mahkamah. Mahkamah yang paling tinggi adalah mahkamah Tinggi, apakah mahkamah rayuan dapat mengatasi mahkamah tinggi, esok adalah hari penentunya.Disamping itu, DSAI juga ke mahkamah untuk berhujah agar tindakan memecatnya pada 1998 oleh Dr. M, sebagai tidak sah.

Untuk itu, kini mahkamah sibuk dengan penyelesaian kes-kes politik, kes ragut, rogol, rompak, kemalangan jalan raya dan lain-lain akan ditangguhkan pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA