Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label PEMUDA. Show all posts
Showing posts with label PEMUDA. Show all posts

Monday, April 20, 2009

KHAIRI MULA DI LUPAKAN

pemilihan Pemuda UMNO yang lepas adalah landasan terbaik untuk memastikan ke arah mana Pemuda UMNO nak pergi, kekecohan demi kekecohan terjadi, ketidak percayaan antara kalangan pemimpin berlaku terus, " one Malaysia " pula terus mendapat kritikan.

Pemuda sudah tidak diberikan kepercayaan dalam kepimpinan negara, KP bukan lagi kerusi untuk melatihkan diri untuk lebih maju, kalau dulu ya, Hishamuddin, Najib, Zahid ( kecualai DSAI ) semuanya berjaya menapak dalam arena politik, tapi bagi KJ hanya berbekalkan menantu mantan PM maka ianya berjaya untuk mendapatkan kerusi tersebut itu pun kerana adanya hukuman terpilih antara oleh Lembaga Tatatertib UMNO, beliau di dapati bersalah tapi boleh bertanding.

Kini Pemuda di kejutkan lagi ( petikan Perak Express 10/4 ) 4 orang dari kalangan kepimpinan pemuda di utara yang bersempadankan dengan Thailand. 2 dari pemuda tersebut adalah anggota jawatankuasa kepada pergerakan pemuda di salah satu bahagian UMNO di Malaysia, dan 2 lagi adalah ahli UMNO biasa, mereka telah diintip agak lama, dan kerana menggunakan kenderaaan rasmi UMNO, tindakan dan gerak lagu mereka seolah-olah tidak kelihatan oleh pihak berkuasa tempatan, tapi akhirnya tindakan di ambil oleh pihak negera jiran.

Tertangkapnya mereka, pihak bewajib bahagian terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memastikan mereka tidak di dakwa arena kehakiman negara tersebut. Sedih melihat apa yang terjadi kepada bakal pelapis pemimpin negara yang dilahrikan oleh UMNO.

Kini Pemuda UMNO di bawah kepimpinan sang menantu seperti telah hilang segala-galanya. Khairy sentiasa di boo dan kini sentiasa dalam perhatian untuk diambil tindakan yang sewajarnya untuk tidak lagi bersama-sama dalam UMNO. Beliau di singkit cara berkala dan dengan penuh tertib oleh PM. Tidak cukup dengan itu, Khairy tidak terpilih di dalam barisan kabinet baru yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib. Dan sejak itu, Pemuda UMNO umpama OKU yang lebih teruk keadaannya dari Karpal yang diserangnya dahulu.

Monday, April 13, 2009

MEREKA TAKKAN BERDAMAI - PEMUDA

Kini jelas dan lagi kita bersuluh apakala sejak berakhirnya PRU12 dan terlaksanalah sudah 5 PRK - Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, kemengangan memihak kepada PR - Parlimen PR menang dengan 3 - 0, DUN seri 1 sama.
Kemudian di ikuti pula dengan Perhimpunan Agung UMNo di mana berlakunya transformasi kepimpinan, Pak Lah mengundurkan diri serta Najib mengambil alih kepimpinan, seterusnya kabinate di kuncupkan serta ramai yang di tolak rakyat diberikan peluang untuk memimpin, seperti SI BEmukhriz khir toyo khairy jamaluddin faceoffRTONGKAT MEMIMPIN YANG CERGAS.

Kemelut dalam perhimpunan agung terbawa ke penyusunan kabinate, Mahathir kata Khairy jangan bawa dalam pentadbiran negara tapi walaupun kalah Murkhris boleh. Melopong menantu Pak Lah. Menang besar sebagai Ketua Pemuda tidak dapat pengiktirafan, ketua wanita, ketua puteri semuanya berjawatan, pemuda yang layak berjawatan ialah Naib ketuanya.

Kini rangkain pemuda telah menyuarakan agar diadakan rundingan 'meja bulat' kearah penyatuan semua sayap kanan ini. Apakah motifnya, mereka pernah menabur wang yang banyak untuk memastikan kepimpinan menjadi hak mereka, telah berperang, dalam pepatah perang - menang jadi arang kalah jadi abu. Di sebalik itu ketiga-tiga calun pemuda kalau yang bersih pun hanya Mukhriz - tapi ianya bermentokan Mahathir, Khairy dan Khir memang semua orang tahu banyaknya modal mereka untuk merebut jawatan ini

Sebenarnya dalam kepimpinan UMNO waktu ini sudah tidak ada jalan perdamaian, Najib dengan cara dan nasihat dari Mahathir, Khir dengan Balqisnya dan Khairy yang memang menjadi libaliti kepada UMNO sungguh mendukacitakan, kemenangan Khairy bukan disambut dengan sokongan malahan dengan teriakan membenci, jika ini yang di tunjukkan apakah releven lagi UMNO itu?

Sebenarnya tidak esok untuk mu UMNO, Timbalan Presiden juga mengharapkan lagi 2 tahun untuk membuat reformasi dalam UMNO dan BN, rakyat dah leteh dengan tipu helah UMNO, selamat tinggal UMNO. Terjunlah dengan labu-labunya.









Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA