Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label 1MBD. Show all posts
Showing posts with label 1MBD. Show all posts

Monday, January 16, 2017

1MDB, SIAPA JHO LOW DAN SIAPA PULA ERIC TAN?


oleh Shahbudin Husin
Najib Razak sebelum ini mendakwa wang AS$681 juta atau kira-kira RM2,600 juta yang diterimanya melalui akaun peribadi di Ambank adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi.
WSJ dalam pendedahannya, bagaimanapun membuktikan bahawa wang itu disalurkan daripada akaun Tanore Finance, sebuah syarikat yang didaftarkan di British Virgin Island dan dipunyai oleh Eric Tan.
Pemindahan wang tersebut dilakukan melalui Falcon Private Bank di Singapura.
Najib menerima wang itu pada Mac 2013, kira-kira dua bulan sebelum pilihanraya umum 2013 diadakan.
Peguam Negara, Apandi Ali ketika membersihkan Najib daripada sebarang salahlaku berkaitan penerimaan wang yang dikaitkan dengan 1MDB kemudian mengatakan sebahagian besar wang itu iaitu AS$620 juta telah dipulangkan kembali kepada pendermanya kerana ia tidak digunapakai.
Baiknya hati Najib…barangkali hanya beliau seorang di dunia ini yang pernah diberikan wang AS681 juta, tetapi kemudian memulangkannya kembali sebanyak AS$620 juta kerana ia tidak digunakan!!
Pengembalian wang itu berlaku pada 30 Ogos 2013, sama tarikh dengan akaun Najib di Ambank ditutup.
Sarawak Report dalam butirannya mendedahkan, wang itu sebenarnya dikembalikan kepada Tanore Finance iaitu syarikat yang sama yang memasukkan AS$681 juta kepada Najib sebelum itu.
Mudah kata, Najib dapat AS$681 juta daripada Tanore Finance dan AS$620 juta kemudian dikembalikan kepada Tanore Finance juga.
Itu cerita yang mula heboh sejak 2015 dahulu dan masih menjadi bualan hingga sekarang.
Dua hari lalu di mahkamah Singapura iaitu pada 11 Januari 2017, dalam kes perbicaraan bekas Pengurus Cawangan Falcon Private Bank negara itu, Jens Sturzenegger atas kesalahan berkaitan penggubahan wang haram, telah didedahkan bahawa Jho Low dan Eric Tan adalah orang yang sama.
Sturzenegger kini dihukum penjara 28 minggu dan didenda S$128,000 atas kesalahan yang dilakukannya.
Menurut Channel News Asia yang mendedahkan maklumat perbicaraan itu, Jho Low turut memberitahu Sturzenegger bahawa beliau sesekali menggunakan nama Eric Tan untuk tujuan keselamatan.
Sturzenegger juga menyedari nama Eric Tan itu bukan sekadar nama samaran atau nama kedua, tetapi merupakan nama sebenar yang terdapat dalam pasport dengan beliau melihatnya sendiri ketika proses membuka akaun di Falcon Private Bank.
Bermakna, Jho Low paling mungkin mempunyai dua pasport, satu atas nama Jho Low dan satu lagi dengan nama Eric Tan.
Empat akaun dilaporkan telah dibuka di Falcon Private Bank atas pelbagai entiti korporat dengan Eric Tan dikenalpasti sebagai benefisiarinya atau pihak yang berhak terhadapnya.
Dua daripada akaun berkenaan, Tanore Finance dan Granton, telah menerima kemasukan wang sebanyak AS$1.265 juta pada Mac 2012.
Apakah yang paling mudah untuk difahami berkaitan maklumat ini yang kini merupakan dokumen mahkamah di Singapura?
Ia dengan sendirinya membuktikan bahawa AS$681 juta yang diterima Najib itu adalah daripada Jho Low dan pengembalian AS$620 juta kemudiannya adalah juga kepada Jho Low.
Ini kerana Tanore Finance yang benefiasiarinya Eric Tan, sebenarnya adalah Jho Low. Apabila Jho Low yang memberikan wang itu, maka tidaklah sukar memahami daripada mana sumbernya.
Tidak dibuktikan sama sekali wujudnya anak Raja Arab atau kerabat Diraja Arab Saudi, sama ada dalam memberikan wang itu kepada Najib sebagai derma atau menerimanya kembali kerana kononnya ia tidak habis digunakan.
Masalahnya, semua maklumat itu sekarang ada di Singapura dan sudah menjadi dokumen mahkamah negara itu.
Dua kemungkinan boleh terjadi dengannya. Satu, pihak berkuasa Singapura semakin dekat untuk “menjerat” Jho Low atau Eric Tan atas pelbagai kesalahan, daripada berbohong, memberi maklumat palsu, penggubahan wang haram, memiliki dua pasport atau sebagainya dan kedua, ia juga boleh menjadi “senjata” kepada Singapura untuk menekan Malaysia dalam pelbagai rundingan dan urusniaga bagi kepentingan mereka selagi negara ini dipimpin oleh Najib.
Maka, lebih merupakan suatu keajaiban sebenarnya jika pengundi masih lagi mahu mengekalkan dan berasa belum cukup kekuatan untuk menyingkirkan Najib pada PRU14 akan datang. – Shahbudin Husin 

Saturday, January 9, 2016

1MDB SIAPA PENGURUSNYA?


Taikun perniagaan Jho Low dibawa menyertai 1MDB untuk membantu mengendalikan perbelanjaan berkaitan pilihan raya umum, dedah seorang bekas ahli politik parti pemerintah.

Ini di sebalik hakikat bahawa Low tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam Umno, kata ahli politik itu dalam laporan yang diterbitkan oleh akhbar kewangan Amerika Syarikat, The Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Seorang bekas kakitangan 1MDB juga dilaporkan sebagai berkata bahawa kerahsiaan sentiasa menyelubungi 1MDB dengan pihak pengurusan kanan enggan berkongsi sebarang dokumen di Google.

Katanya, pihak pengurusan khuatir bahawa dokumen berkenaan jatuh ke tangan pembangkang. 
Beliau juga mendedahkan bahawa Low menggunakan kod nama "UC" apabila beliau dihubungi semasa persidangan.

Oh Ei Sun - bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak - dipetik sebagai berkata bahawa 1MDB dilihat oleh Pejabat Perdana Menteri sebagai satu cara untuk membiayai projek-projek yang mampu meningkatkan populariti Umno.

Katanya, 1MDB memperuntukkan wang untuk projek-projek yang dicadangkan itu oleh kakitangan di Pejabat Perdana Menteri.

"Jika kita fikir ia boleh membantu mendapatkan kerajaan sedia ada beberapa undi, kita akan mencadangkannya," kata Oh yang kemudiannya meletak jawatan disebabkan oleh kebimbangannya berhubung kurangnya ketelusan dalam kerajaan.

Menurut WSJ, minit mesyuarat syarikat pelaburan negara itu juga mendedahkan bahawa pengerusi lembaga pengarah 1MDB "menyatakan bahawa adalah penting bagi syarikat itu mendapatkan sokongan rakyat Sarawak, terutama penduduk pribumi".

Menurut WSJ lagi, kerajaan juga telah menjual tanah utama di Kuala Lumpur kepada 1MDB pada tahun 2010 pada harga di bawah pasaran untuk pembangunan sebuah pusat kewangan, dalam usaha sama dengan sebuah anak syarikat milik Abu Dhabi.

Pegawai strategi kanan BN

Sementara itu, seorang pemimpin BN, bekas parti yang memerintah di Pulau Pinang, dilaporkan berkata Low pulang ke Pulau Pinang yang merupakan kampung halamannya, sebelum pilihan raya Mei 2013 dan bertindak sebagai pegawai strategi kanan BN.

Menurut pemimpin itu, Low dilaporkan berkata kepada calon-calon pilihan raya bahawa jika mereka memerlukan dana untuk kempen, mereka boleh memintanya dan beliau akan menyalurkannya.

Antara perkara yang diminta calon, kata pemimpin itu, adalah wang untuk mengecat rumah pengundi, makanan percuma dan sebagainya.'''

Tuesday, January 5, 2016

1MDB - SPRM KATA OK TAPI BAGAIMANA DENGAN PEGUAM NEGARA.....


Peguam Negara yang diragukan. Betulkah Peguam Negara tidak akan bawa kes PM Najib ke mahkamah walaupun SPRM sudah menghantar laporan yang siap kepadanya? Kini, rakyat mahu tahu apakah peguam negara baharu ini berani mendakwa Najib? 


 Dan apakah "Tidak Cukup Bukti " akan menjadi alasan Apandi Ali nanti? Lazimnya, apabila SPRM menghantar laporan kepada Peguam Negara, maka maknanya laporan itu ada kes untuk didakwa..... 

Ada yang sangat meragukan dengan pendirian Peguam Negara, Apandi Ali memandangkan kepada tindakannya yang menolak laporan Bank Negara sebelum ini.  

Apakah perkara yang sama akan berulang? Berikut merupakan  ramalan dua tokoh negarawan tanah air kita.  

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perkara sama juga akan berlaku mengenai laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu SRC International dan kontroversi wang derma RM2.6 bilion ringgit. 

 “Saya percaya dulu Bank Negara Malaysia (BNM) juga hantar laporan. BNM ini bukanlah satu badan yang tiada peraturan. Mereka buat penyelidikan secara terperinci dan mempunyai bukti-bukti yang mana kes ini perlu dibawa ke Mahkamah. Tetapi peguam negara tolak (ketepikan kes) bulat-bulat. 

 “Jadi, saya tidak akan berasa pelik kalau peguam negara tidak tolak. Saya ingat dia (Peguam Negara) akan menolak (laporan SPRM mengenai siasatan SRC International dan juga RM2.6 bilion),” katanya . 

 “Ini ramalan saya sahajalah. Saya fikir dia tidak akan bawa ke mahkamah kerana sebab-sebab tertentu,” ujarnya di sini 

Sebelum ini Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal terlepas daripada sebarang tindakan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menghantar laporan yang siap kepada peguam negara. 

Kemungkinan ini amat  besar  sekali memandangkan peguam negara juga sebelum ini menolak laporan yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang.  “Berdasarkan latar belakang yang kabur dalam mengendalikan kemelut 1MDB (1Malaysia Development Berhad), saya membuat ramalan awal keputusan sama akan dibuat. 

 “Negara ini sudah pun dikenali di seluruh dunia sebagai negara ‘jenayah tanpa penjenayah’,” katanya dalam satu kenyataan di sini

Thursday, December 10, 2015

ISU 2.6B - BEKAS HAKIM BIDAS NAJIB

Alasan Najib enggan jawab dana RM2.6 b dibantah bekas hakim




Dua bekas hakim Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dengan hujah subjudis yang dikemukakan oleh pihak kerajaan sebagai sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab soalan di Parlimen berhubung RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya oleh seorang penderma dari Timur Tengah.


Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ( gambar ) hari ini berkata perkara subjudis tidak timbul sama sekali, kerana isu itu tidak didengar di mana-mana prosiding mahkamah.
“Sesuatu siasatan (yang berjalan terhadap sesuatu perkara), bukan satu prosidng kehakiman. Peraturan mengenai subjudis wujud untuk mencegah perbicaraan oleh media atau dengan cara luaran yang lain supaya hakim dan juri tidak akan dipengaruhi oleh faktor-faktor luar dalam membuat penghakiman atau keputusan,” kata Mohamad Ariff kepada Malaysiakini.
Menurutnya, apabila sesuatu isu telah memasuki domain awam dan terdapat minat kepentingan awam yang mendalam untuk mencari kebenaran terhadap perkara itu, maka tidak ada isu subjudis jika tidak ada prosiding kehakiman mengenai perkara itu yang sedang berjalan.
Isu sebenar dalam kes ini, kata Mohamad Ariff ialah kebebasan dan akses kepada maklumat mengenai perkara yang mempunyai kepentingan awam.
Mohamad Ariff, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi, menolak prosiding menghina mahkamah yang dibawa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) terhadap peguam Fahda Nur Ahmad Kamar berhubung kenyataan beliau mengenai pengambilalihan industri air, ketika mewakili kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, seperti ia dilaporkan dalam Harakah.
Beliau memutuskan bahawa mahkamah perlu berhati-hati dalam menggunakan prosiding menghina untuk menyekat kebebasan bersuara dan dalam memetik Lord Denning, beliau berkata “komen yang adil tidak subjudis terhadap perbicaraan yang adil”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said ( gambar ) mengumumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang bangun bagi pihak Najib dalam menjawab soalan berhubung derma RM2.6 bilion di Parlimen, memetik subjudis sebagai sebab Najib tidak datang sendiri untuk menjawab perkara itu .
Azalina, juga seorang peguam berkata, Najib telah dinasihatkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya tidak menjawab perkara itu di Parlimen kerana ia akan menjadi subjudis untuk berbuat demikian.
Subjudis adalah istilah latin yang bermaksud “dalam pertimbangan kehakiman”, yang bermakna sesuatu kes atau perkara yang sedang dalam perbicaraan atau sedang dipertimbangkan oleh hakim atau mahkamah.
Seorang lagi bekas hakim Mahkamah bekas Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak bersetuju dengan pandangan Apandi itu.
Katanya, beliau tidak fikir bahawa ia adalah subjudis untuk perdana menteri menjelaskan di Parlimen tentang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Menurutnya, beliau sehaluan dengan pandangan seperti yang dinyatakan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Sri Gopal Sri Ram dan Datuk Ambiga Sreenevasan mengapa penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri di Parlimen mengenai RM2.6 bilion tidak akan menjadi subjudis.
Sebaliknya, tegas Hishamudin, perdana menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan kepada Parlimen dan kepada negara mengenai RM2.6 bilion itu,” kata Hishamudin.

Friday, December 4, 2015

2.6B - MASIH BELUM TERJAWAB

Dr Mahathir mahu SPRM buktikan RM2.6 bilion bukan daripada 1MDB Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan datang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

 Pengkritik lantang syarikat kontroversi itu berkata, penjelasan SPRM tidak boleh diterima kerana tiada bukti dikemukakan, malah mereka yang membuat laporan terhadap 1MDB ditekan dengan pelbagai tindakan.  

"Mereka yang membuat laporan ditangkap. Peguam ditangkap. Mereka yang hidup berdepan ancaman tidak boleh dipercayai apabila memberi kenyataan.  

"Jadi kita tidak boleh terima kenyataan pegawai SPRM dengan begitu saja. Kami mahukan bukti. Kami mahu tahu ke mana bagaimana wang RM2.6 bilion dalam akaun PM (perdana menteri),"kata Dr Mahathir dalam tulisan terbaharunya di blog Chedet.cc hari ini. 

 Dr Mahathir berkata tidak cukup dengan hanya mengatakan jumlah aset melebihi pinjaman sudah memadai, sebaliknya setiap sen pinjaman perlu diambil kira. 

 "Menjelaskan kamu (1MDB) mempunyai lebih banyak aset daripada pinjaman tidak mencukupi. Setiap sen daripada wang yang anda dipinjam mesti diambil kira," katanya. 

 Beliau juga membangkitkan mengenai isu wang yang disimpan di Pulau Cayman, mendesak supaya 1MDB menjelaskan di mana wang itu disimpan dan siapa berhak membawa keluarnya.  

"Di mana wang dari Pulau Cayman? Dalam bentuk apakah ia? Anda berkata sudah melihatnya. 

 "Adakah ia wang tunai atau akaun dalam bentuk kertas bank saja. Mengapa bank berkata mereka tidak memiliki wang itu? Bank manakah memiliki wang tersebut? Siapa yang dilantik layak untuk mengeluarkan wang itu?" soal Dr Mahathir.  

Bekas perdana menteri itu berkata, sejumlah wang besar perlu mendapat kelulusan Bank Negara, bagaimanapun laporan pergerakan tersebut dinafikan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang sebelum ini mengatakan tiada kesalahan dilakukan 1MDB walaupun bank pusat menghantar kertas siasatan mereka. 

 "Namun, laporan Bank Negara, yang saya percayai mengenai pergerakan wang RM2.6 bilion sudah ditolak peguam negara baharu," kata Dr Mahathir.9 

 Sementara itu, Dr Mahathir berkata setiap dana yang diperoleh perlu dilaporkan dalam transaksi kewangan, langkah yang gagal Najib lakukan kerana tidak mengisytiharkan kewujudan wang tersebut yang sama sekali melanggar Akta Pertubuhan. 

 "Perdana menteri kata ia untuk Umno. Menurut Akta Pertubuhan, Umno perlu melaporkan semua transaksi kewangan. 

 "Tidak ada bukti ia sudah dilakukan. Ia melanggar Akta Pertubuhan. Umno diisytiharkan haram masa waktu saya. Ini menunjukkan ia suatu yang serius. Sekarang Umno tidak melaporkan dan tidak mengambil langkah mendapatkan semula wang tersebut dan tidak melaporkan kepada Pendaftar Pertubuhan. Undang-undang apakah yang mengatakan pendaftar wajar lakukan?" katanya. 

 Beliau juga mahu kerajaan memberikan bukti yang lebih berkredibiliti dan selagi mereka gagal, selagi itu beliau akan terus membangkitkan mengenai isu RM2.6 bilion dan 1MDB yang terpalit dengan kontroversi dan skandal. 

 "Dengan hanya mengatakan ia wang derma tidak mencukupi. Beri bukti yang boleh dipercayai. Institusi kerajaan dihalang daripada mengaudit dan melaporkan mengenai 1MDB. Terdapat percubaan yang sengaja menyembunyikan aktiviti 1MDB, RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, transaksi melibatkan PetroSaudi, Caymans, Seychelles, Hong Kong, Switzerland, United Kingdom dan Amerika. 


 "Sehingga kerajaan membenarkan audit oleh juruaudit bukan kerajaan, saya berhak membuat andaian yang munasabah dan menganggap terdapat lebih daripada sekadar transaksi mencurigakan membabitkan 1MDB,” katanya. – 3 Disember, 2015. ~ themalaysianinsider Anda mungkin juga meminati:

Thursday, November 26, 2015

A KADIR JASIN - ARUL KANDA DAN 1MDB

Cerita Arul Kanda Untuk Yang Percaya


A Kadir Jasin
RAMAI warga Internet anggap bahas seorang diri Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, (Encik) Arul Kanda Kandasamy (AKK), pada 11 November lalu sebagai auta.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]





Cerita ini panjang dan saya cuba kisahkan dalam bahasa dan cara paling mudah dengan harapan pembaca yang kurang faham hal perniagaan boleh faham.

Mula-mula sekali, saya tak akan ikut tuduh AKK auta pasal apa yang auta kepada sesetengah warga Internet mungkin kebenaran mutakhir kepada ramai ahli dan penyokong Umno.

Tapi saya percaya ramai juga ahli dan penyokong Umno yang tak percaya. Agaknya kerana itulah makin ramai yang gesa Presiden merangkap Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, letak jawatan.


Ahli dan pemimpin Umno khusuk dengar AKK

Saya ajak para pembahas dan pembaca pertimbangkan hal-hal berikut:

1. Kita kena ingat, ceramah korporat AKK itu ditujukan khusus kepada orang yang tak faham hal perniagaan korporat dan kewangan canggih.

2. Janganlah kita pandang rendah orang kampung, orang Felda dan orang PPRT yang tak faham “high finance” (kewangan canggih) dan tak tahu apa bendanya bon dan sukuk, saham dan derivatives, kewangan luar pantai dan mengubahan wang haram (money laundering).

3. Orang lulus universiti pun tak tahu kalau mereka tak belajar ekonomi, kewangan, perakaunan, perbankan dan perniagaan korporat.

4. AKK tahu, orang yang belajar ekonomi, kewangan, perakaunan, perbankan dan korporat pun kalau mereka tak amal kewangan, perancangan korporat dan perakaunan tak akan faham kaedah-kaedah pembiayaan yang 1MDB amalkan. Jadi dia boleh berdolak-dalik, selindung di sebalik jargon dan retorik untuk kabui mata orang ramai.

5. AKK hanya boleh bercakap mengenai ringgit dan sen dan bertanggungjawab ke atas 1MDB hanya apabila dilantik jadi Presiden dan PUK 1MDB pada 5 Januari lalu. Itu pun dia terpaksa mengaku siasatan ke atas 1MDB telah dedahkan masalah pentadbiran. Sama ada ada unsur jenayah atau tidak itu bukan kuasa AKK untuk tentukan.

6. Dia tak berhak dan tak berkedudukan untuk cakap mengenai “politik” 1MDB. Dalam hal 1MDB ini, politik lebih penting daripada perniagaan dan yang boleh jawab atau wajib jawab adalah Perdana Menteri tapi dia tak jawab.

7. 1MDB adalah permainan korporat (corporate play) Mohd Najib. Dialah yang ubah Terengganu Investment Authority (TIA) jadi 1MDB pada tahun 2009.

8. Kisahan popular (popular narrative) mengenai 1MBD di kalangan ahli Umno adalah ia ditubuhkan untuk mencari dana bagi membiayai Umno, khususnya masa pilihan raya.

9. Jalan cerita ini mula disedari dan jadi terkenal apabila Setiausaha Agung Umno, Tengku (asalnya Teuku) Adnan Mansor beberapa bulan lalu sifatkan 1MDB sebagai angsa bertelur emas. Ikut cerita itu, Mohd Najib tak mahu Umno dan Barisan Nasional bergantung kepada derma korporat untuk biayai parti dan kempen pilihan raya. Kononnya dia tidak mahu bergantung dan seterusnya terhutang budi kepada tauke Cina, Melayu dan India.

10. Yang jadi masalah 1MDB adalah syarikat milik negara, dibiayai oleh dana pembayar cukai dan sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ia bukan syarikat milik Umno macam Utusan Melayu Berhad atau syarikat wakilan (proxy) macam Media Prima Berhad.

11. Ini saja sudah cukup untuk buktikan kepada orang ramai yang faham undang-undang iaitu penubuhan 1MDB dengan tujuan buat duit untuk Umno dan Barisan Nasional adalah melanggar undang-undang.

12. Malah  “derma” yang dilabelkan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu pun bercanggah dengan prinsip kerana 1MDB tak buat untung manakala kerugian dan hutangnya yang sangat besar. Bagi tahun perniagaan berakhir 31 Mac 2014, 1MDB rugi RM665.36 juta dengan hutang lebih RM42 bilion.

13. Cara 1MDB berniaga pula banyak tak tepati piawaian dan peraturan bersabit perakaunan dan kewangan seperti yang dah didedahkan oleh Bank Negara berkaitan penghantaran modalnya ke luar negara. Tugas AKK adalah halalkan yang haram dan sahkan yang salah.

14. Kalau 1MDB sebuah perniagaan biasa dan berurus niaga ikut lunas-lunas korporat, ia tentulah tak alami kesukaran untuk mengaudit akaunnya. Tetapi boleh dikatakan setiap tahun 1MDB terlewat serah akaun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beberapa kali tukar juruaudit luarnya. Untuk tahun kewangan 2014/15, 1MDB masih belum hantar laporan kepada SSM dan terpaksa minta tangguh enam bulan.

15. Kisahan yang kata Mohd Najib tak guna duit negara untuk kepentingan sendiri bukanlah hujah pembelaan diri. Dalam undang-undang jenayah, niat yang baik tak halalkan cara yang salah. Maksudnya, walaupun tujuan Mohd Najib betul tapi cara yang dia guna salah maka dia tetap salah.

16. Dolak-dalik berkenaan siasatan dan pendakwaan ke atas 1MDB dan sebuah lagi syarikat Kementerian Kewangan bernama SRC International kukuhkan lagi syak wasangka bahawa ada banyak perbuatan salah yang nak disembunyi.

17. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi (AZH) dilapor berkata lima orang yang dikehendaki berkaitan penyiasatan1MDB/SRC International tak dapat dikesan oleh Polis Antarabangsa (Interpol). Kita terkejut pasal kita tak dengar pula Malaysia minta Interpol kesan watak-watak ini. (Nik Faizal Nik Ariff Kamil, (Datuk) Suboh Mohd Yassin, Jho Low, Casey Tang dan Jasmine Loo). Yang kita tahu adalah Malaysia minta Interpol tangkap Clare Rewcastle Brown, Pengarang Sarawak Report, tapi ditolak oleh Interpol.

18. Maaf cakaplah kalau saya kata, sekiranya AZH nak yakinkan khalayak Umno, Felda dan PPRT berkenaan watak-watak tersebut, boleh jadi lebih masuk akal kalau dia kata, lima orang itu tak boleh dikesan pasal kena sembunyi orang bunian.

19. Yang banyak orang dah tahu ialah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dah “berjumpa” dengan sesetengah atau semua watak-watak yang AZH rujuk itu. Malah seorang wakil Jho Low kata, tauke Cina Malaysia dari Pulau Pinang itu terus berhubung dengan SPRM. Nampak macam AZH tak berapa tahu atau cuba kelam-kabutkan lagi keadaan.

20. Yang kita tahu, SPRM dah jumpa dengan peguam Nik Faisal (cucu Allahyarham Tan Sri Nik Kamil, bekas Speaker Dawan Rakyat) tapi dia hanya sekadar bagi kenyataan bertulis dan enggan disoal siasat. Kalau betul maka jalan ceritanya samalah dengan apa yang dikatakan oleh Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali dalam temu ramah dengan Malaysian Insider iaitu bagi kenyataan bukan soal siasat.

21. Kenyataan Mohamed Apandi dan apa yang kita dengar terjadi dalam pertemuan SPRM dengan Nik Faisal bagi gambaran bahawa watak-watak itu sedang diajar (coach) oleh orang tertentu untuk buat kenyataan yang serupa (corraborative statement) mengenai apa yang sedang disiasat. Tak susah nak teka siapa dia.

22. Namun saya yakin tak semua watak-watak yang dikehendaki itu, misalnya Jho Low, Tang dan Loo, sanggup jadi kambing korban semata-mata untuk selamatkan Mohd Najib. Mereka tentu sedar yang Mohd Najib tak akan berkuasa selama-lamanya sedangkan mereka sendiri masih muda dan hanyalah pelakon tambahan dalam drama 1MDB.

23. Saya berpegang kepada kesimpulan saya sebelum ini iaitu kalau Mohd Najib tak buat salah dan nak bersihkan namanya, dia patut arah Mohamed Apandi bawa kes SRC International ke mahkamah. Di sana dia boleh buktikan dia tak bersalah dan dianiaya. Lepas itu dia boleh saman semua orang yang aniaya dia.

24. Dia dan peguam-peguam dia kena berhenti berdolak-dalik berkenaan ancaman nak saman surat khabar Amerika, Wall Street Journal (WSJ). Dolak-dalik mereka hanya kukuhkan andaian mereka takut nak sanggah dakwaan WSJ.

25. Rasa-rasanya Mohd Najib termasuk perangkap sendiri bila dia ancam saman WSJ. Tujuan awal dia nak tunjuk berani kepada khalayak di Malaysia, kononnya dia tak bersalah dan apa yang WSJ lapor itu bohong dan fitnah semata-mata.

26. Sekarang dia tersepit. Kalau dia teruskan saman, boleh jadi lebih banyak rahsia akan keluar. Tapi yang dia paling takut ialah kedudukan anak tirinya, Riza Abdul Aziz, yang menetap di Amerika. Riza adalah anak (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Masor dengan suami pertamanya. Mohd Najib juga tentu takut Jho Low pecah di mulut. Besar kemungkinan SWJ akan sepina Riza dan Jho Low sebagai saksi.

27. Di gelanggang politik pula, Mohd Najib terus dicaci dan dihina. Dalam parti akar umbi seperti Umno, peranan cawangan sangat penting. Tindakan terbuka beberapa buah cawangan gesa Mohd Najib letak jawatan PM dan Presiden parti adalah cacian dan penghinaan yang sangat teruk.

Nota Kaki: Puan Puti Seno adalah gelaran anugerah tertinggi suku Minangkabau Sumatra yang beliau terima tahun lalu iaitu “Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang”.

Wallahuaklam.

Wednesday, November 11, 2015

ZETI - EKONOMI NEGARA SEMAKIN TENAT.


Kalau sebelum ini Gebenur Bank Negara Zeti Aziz ( gambar ) selalu tampil dengan penuh keyakinan mengumumkan pertumbuhan Keluran Dalan Negeri Kasar (KDNK) dengan setiap tiga bulan sekali, atau pun diulang bila-bila masa diperlukan dengan penuh bangga, tetapi kini tidak lagi.

KDNK negara masih lagi berlegar di sekitar 4.5% hingga 5.5%.


Zeti yang sangat berhati-hati membuat kenyataan berhubung perkembangan ekonomi negara kerana suaranya sangat penting bimbang mempengaruh sentimen pelaburan, tampaknya tidak dapat terus mempertahankan "keselamatan" negara dalam aspek data ekonomi dan kewangan yang kian meruncing ketika ini.

Beliau akhirnya terpaksa juga bercakap dengan nada yang tidak menyenangkan pihak kerajaan apabila tidak dapat membohongi keadaan yang berlaku kini. Kita memahami apa dilakukan Zeti itu suatu keadaan yang sangat memaksa dirinya.


Beberapa hari lepas Zeti telah mengeluarkan kenyataan pedas dan menghiris jiwa kerajaan apabila beliau menduga kedudukan ringgit Malaysia kini yang merudum berbanding dengan mata wang asing tetap tidak akan stabil dan berada diparas rendah selagi isu 1MDB tidak diselesaikan.

Zeti secara terang-terang telah menyalakan skandal 1MDB menyebabkan pelabur kurang berminat untuk terus melabur di negara ini.

Kenyataan Zeti itu adalah telus dan dianggap berani sehinggakan ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang menjadi pembodek dan pendolor jubur PM.

Sehubungan itu beliau lantas menggesa kerajaan agar menyelesaikan perkara tersebut. Dalam gesaan itu sudah tentu beliau meletakkan tanggungjawabnya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Jelas beberapa perkara dibangkitkan berhubung syarikat perlaburan 1MDB itu tetapi dijawab secara tuntas oleh Najib sehingga sekarang.

Salah satu faktor kenapa Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan menyerang Najib ialah kerana Najib gagal menjelaskan kedudukan sebenarnya mengenai syarikat pelaburan strategik itu.

Sementara dana RM2.6 billion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib yang masih dipertikaikan juga tidak dijawab dengan jelas. Gara-gara itu menyebabkan para pelabor boleh beranggapan Malaysia adalah negara penerima dan pemakan rasuah dalam skala besar.

Sudah tentu bagi tanggapan pelabur wang RM2.6 billion itu adalah untuk tujuan rasuah.


Untuk menyelamatkan negara Zeti tidak terhenti setakat itu sahaja. Terbaru beliau terus bersuara untuk memulihkan keadaan ekonomi negara kali ini meminta agar kerajaan terus memberi keyakinan kepada pelaburan asing. Kali ini beliau merujuk kepada penarafan status sampah (junk status) yang dibuat ke atas Malaysia.

Minggu lalu agensi berita Bloomberg melaporkan berdasarkan data daripada agensi Penarafan Moody's Corp pelabur melibatkan enam negara membangun termasuk Malaysia layak diturunkan penarafan ke "status sampah" (junk status) sama seperti Brazil.

Laporan itu telah meletakkan Malaysia dalam sebuah negara yang kritikal dan menakutkan palaboran asing untuk datang melabor ke sini.

Status itu kata Zeti bukan dilakukan oleh agensi penarafsan, tetapi ia perlu dilakukan oleh negara kita sendiri dengan menjelaskan apa yang berlaku. Apa yang dimaksudkan Malaysia perlu menjelaskan tanggapan umum yang telah menarafkan ekonomi kita sama dengan Brazil. Malaysia kena menafikan dan membuktikan bahawa tuduhan itu tidak betul.

Tanggungjawab ini, menjelaskan keadaan negara kita, menurutnya terletak ditangan kita seperti mana yang pernah kita hadapi sebelum ini semasa negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1999.

Kali ini Zeti tidak mengulangi gesaannya supaya kerajaan meyelesaikan isu 1MDB tetapi dengan memberi pandangan untuk mengubah persepsi melemahkan pertumbuhan ekonomi negara seperti mana dilaporkan itu dengan meminta kita sendiri menanganinya.

Semua orang perlu faham apabila Gebenur Bank Negara membuat ulasan seperti itu ia menunjukkan masalah ekonomi Malaysia yang buruk kini dapat diatasi sekiranya Najib Razak berundur dari kerusi perdana menteri. Umum tahu isu 1MDB adalah ilham Najib dan beliaulah yang bertanggungjawab ke atasnya.

Kedegilan Najib untuk terus melangok disitu akan membebankan negara.

Apabila Zeti yang dianggap begitu berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan yang boleh mempengaruhi perkembangan ekonomi negara, tiba-tiba beliau bersuara juga jelas menunjukkan ekonomi kita sangat teruk dan beliau sendiri seakan sudah berada dalam dilema berada di Bank Negara.

Hal seperti ini belum pernah berlaku kepada mana-mana Gebenur Bank Negara sebelum ini tetapi terjadi ketika Malaysia dipanggungi oleh Najib.

Syabas Gabenor Diatas Keberanian Demi Untuk Rakyat.


ehsan - suara kami

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA