Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Monday, October 31, 2016

PH KENAPA MASIH MENGHARAPKAN PAS BERSAMA......




Dah lama juga ddalam perkiraan Pakatan Rakyat terkubur tanpa nisan, kita kesal melihat rakan Pakatan Harapan, PKR masih cuba memujuk dan berharap Pas akan bersama dalam gabungan pembangkang. 

PKR mungkin terlebih memikirkan kelebihan jika bersama Pas namun terlepas pandang risiko besar jika Pakatan bersama Pas. 

Persoalannya adakah PKR, atau khususnya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah terlepas pandang risiko besar jika Pakatan meletakkan pengharapan kepada Pas untuk bersama parti pembangkang lain menentang Umno-BN sedangkan Pas mempunyai potensi besar untuk mengkhianati kerjasama sekiranya pembangkang mampu menyaingi BN pada PRU14 kelak. 

Katakan, jika gabungan parti pembangkang menang 114 kerusi dan melayakkan mereka membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, dan Pas mempunyai kelebihan 12 kerusi, apakah jaminan bahawa Pas akan membentuk kerajaan bersama gabungan pembangkang yang mana tidak akan lari dari turut bekerjasama dengan DAP dan Amanah atau mungkin di saat akhir mereka mungkin memilih untuk memilih Umno sebagai sekutu baru mereka dan membentuk kerajaan baru Pas-Umno? 

Adakah PKR terlepas pandang pendedahan Ustaz Ahmad Awang di Perak, yang mana beliau mendakwa sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Perak pada 2008, beliau dihubungi seorang pemimpin kanan Pas untuk menarik diri dari kerajaan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PKR dan membentuk kerajaan melayu islam (Perpaduan) antara Pas dan Umno? 

Atau pun, adakah PKR terlepas pandang, semasa konflik menteri besar Selangor, terdapat usaha menarik Adun PKR dan membentuk kerajaan baru membelakangi Pakatan Rakyat? 

Jadi apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas? 

PKR perlu diingatkan, bahawa pemimpin Pas hari ini bukan lagi dalam kalangan yang mendokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi mereka adalah dalam kalangan pimpinan idealis yang mempunyai cita cita melaksanakan hukum hudud di Malaysia yang mana bertentangan dengan aspirasi PKR itu sendiri, dan sekiranya PKR tidak tunduk pada desakan mereka, tidak mustahil mereka sekali lagi akan meninggalkan kerjasama dan mencari sekutu baru yang boleh tunduk kepada mereka, apatah lagi jika sekutu itu dilihat terdesak untuk mengekalkan kuasa. 

Setiap anggota Pakatan Harapan, seharusnya lebih komited terhadap kerjasama sedia ada, sekurangnya gabungan ini mampu memberi keyakinan kepada rakyat dengan menunjukkan bahawa mereka mampu membawa harapan rakyat untuk melihat kerajaan persekutuan diganti. 

Pas sudah memiliki ahli keluarga baru, cukup lah berharap dan memberi pengharapan kepada mereka, semakin diberi harapan, semakin keras dan besar kepala mereka, apatah lagi tidak lama sebelum ini dalam program dialog Ruu355 dijelaskan jika Pas berperang dengan Umno dengan tetap melaksanakan usul mereka di Kelantan, maka orang bukan islam akan memerintah, maka untuk elak "mudarat" itu mereka kini mungkin mereka memilih untuk tidak berperang dengan Umno. Walaupun sukar untuk mencari kaitan perang mereka dengan Umno dalam menegakkan hukum islam dan bukan islam akan memerintah, namun kita jelas itulah gambaran pendirian Pas, hormatilah. 

Kalau Pakatan tidak lagi berkongsi musuh yang sama dengan PAS, apa gunanya kerjasama ini? 

Cukup adalah cukup, cukuplah PKR, Cukuplah Amanah, cukuplah DAP, bagi giliran kepada Muhyidin pula untuk dikhianati Pas, dia belum merasa. Timbalan Presiden PKR dan ketua Sekteriat Pakatan Harapan pula , berhenti mengambil langkah ke belakang ini, letakkan fokus agar Pakatan diperkukuhkan. 

Monday, January 11, 2016

KENAPA PAS SERANG AMANAH? TIDAK UMNO?

TIDAK NAMPAK AKHLAK ISLAM, RAFIZI TEMPELAK PAS!




Memang dua ekor ni sah bermulut longkang, suka sangat 
memperlekeh dan mempersendakan orang lain. Tak nampak langsung 
akhlak pemimpin parti Islam!



Syabas Rafizi yang berani mempertahankan Pakatan Harapan dari 
dipersendakan oleh rakan tahaluf siyasi PKR sendiri. Yang PKR 
bangang sangat dok berkawan dengan PAS tu pasal apa?

Harap-harap PKR berani mengkaji semula hubungan mereka dengan PAS 
yang nampaknya setiap hari tanpa segan silu membelasah Pakatan 
Harapan terutamanya Amanah dan DAP.

PKR sebagai ahli gabungan PH sepatutnya mempertahankan dan 
mengutamakan rakan-rakan dalam gabungan, bukannya berkawan 
dengan PAS. Tak serik-serik lagi ke?

Monday, December 14, 2015

KENAPA PAS TINGGALKAN PR?

Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan! Pakatan Rakyat terbukti telah mendapat sokongan rakyat berbilang kaum untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN. Atas sokongan inilah, PR telah berjaya menawan 5 negeri pada PRU12. 

PR yang sepatutnya perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuaan ini untuk meningkatkan kedibilitinya, telah mula goyah akibat terlalu yakin dengan kemengangan pada PRU13

Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan! Pakatan Rakyat terbukti telah mendapat sokongan rakyat berbilang kaum untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN. Atas sokongan inilah, PR telah berjaya menawan 5 negeri pada PRU12. 

 PR yang sepatutnya perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan ini untuk meningkatkan kredibilitinya, telah mula goyah akibat terlalu yakin dengan kemenangan pada PRU13.



 PR mula tidak sekata dalam menentukan bakal Perdana Menteri jika memenangi PRU13.  DAP dan PKR mahukan Anwar sebagai PM, manakala sebaliknya, PAS berkeras mahukan presidennya, Hj Hadi . Isu ini tidak dinafikan telah turut memberi kesan negatif terhadap momentum sokongan rakyat kepada PR yang dilihat walaupun belum menang PRU, masing-masing sudah mahu berebut ghanimah?? 


Bagai perumpamaan omputeh : Still water runs deep. Atau Melayunya, air tenang jangan disangka tiada buaya...  Siapa yang boleh sangka sebuah pergerakan berpaksikan agama Islam seperti PAS boleh berlaku khianat??



 Mungkin disebabkan mahu memastikan Hj Hadi boleh jadi PM, maka PAS tiada pilihan lain selain melakukan kerja-kerja sabotaj sewaktu PRU13 lalu terhadap rakannya sendiri khususnya PKR hingga berlakunya pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan yang akibatnya menghadiahkan kemenangan kepada Umno/BN.  


PAS mengambil jalan pintas tersebut untuk memastikan Hj Hadi jadi PM adalah umpama cerita yang sering kita dengar; orang menebuk bahtera untuk mendapatkan air secara mudah dan akhirnya mengakibatkan bahtera tersebut tenggelam.  

 Itulah yang terjadi kepada bahtera PR yang berlayar di lautan bergelora terbantut ditengah jalan dan akhirnya terus tenggelam. 


 Setelah acapkali mengugut untuk keluar dari Pakatan Rakyat, akhirnya PAS memutuskan hubungan dengan PR, khususnya DAP sewaktu muktamarnya yang ke-61 lepas. 


 Bukan sekadar itu sahaja, malah PAS telah mengambil tindakan yang amat drastik keatas pemimpin-pemimpin PAS lain yang telah berusaha kuat untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan oleh muktamar-muktamar yang sebelumnya, ketika almarhum TGNA masih hidup.  


Pemimpin-pemimpin PAS yang terpinggir dengan cara yang keji dan terhina itu, atas desakan akar umbi dan beberapa NGO, akhirnya telah menubuhkan parti Amanah Negara demi meneruskan kesinambungan harapan rakyat supaya bahtera PR dapat dilayarkan semula.  

Bagi memenuhi harapan itu, AMANAH yang merupakan pengganti kepada PAS, bersama-sama DAP dan PKR telah membentuk satu pakatan baru untuk menggantikan PR yang sudah terkubur. Bahtera baru dengan misi dan visi PR, kini dijelmakan semula dengan nama Pakatan Harapan (PH).  


Bahtera PH, seharusnya dapat melayari badai dan gelombang dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang kental. Pengkhianat yang suka main tikam belakang sudah dikenali dan sudah pun berada di luar terapung-apung bersendirian. 


 Sokongan 52% rakyat yang pernah diberikan kepada PR mula bercambah semula untuk memberikan kepercayaan kepada PH yang melibatkan tiga parti iaitu AMANAH, DAP dan PKR. 


 Sokongan ini dijangka akan naik lebih mendadak disebabkan kekecewaan sebilangan ahli Umno terhadap kepimpinan mereka yang ada sekarang. Orang-orang Umno yang kecewa ini sudah pastinya tidak akan memberikan apa-apa tambah nilai kepada PAS kerana PAS kini dilihat lebih mesra terhadap Umno. 



 Umno dan PAS sudah jadi macam abang-adik. 


Pas tidak lagi dilihat sebagai musuh utama tetapi sebaliknya adalah sahabat yang mampu mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno/BN, kata wakil Umno Terengganu di PAU kelmarin. 


PM Najib sendiri telah pun menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan PAS…. 


Maka, PH seharusnya mengambil kesempatan diatas perkara ini. Walaupun Umno yang kecewa ini tidak akan menyertai mana-mana parti gabungan PH, setidak-tidaknya, penyokong-penyokong Umno yang kecewa ini akan memberikan sedikit laba kepada PH melalui undi protes mereka dalam PRU14 nanti. Harap-harap begitulah yang akan terjadi kalau mereka benar-benar mahu melihat kejatuhan PM Najib menjadi nyata! 



Bekas Timb PM, Muhyiddin Yassin pernah menyatakan, “Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen).”


 sumber   Maka itu, jangan diremehkan kemampuan bahtera PH dalam misinya mengharungi samudra PRU14 nanti. Kita tidak memerlukan PAS kerana AMANAH adalah pengganti kepada PAS. 


 Rakyat memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka muak dan mual dengan UMNO yang terlalu korup dan lemah. Maka PAS menjadi alternatif adalah kerana kaitannya dengan PR; bukan sangat kepada individu atau parti. 


 Sebagai contoh kemenangan DS Nizar di Cangkat Jering yang memperolehi undi 14,499 sedangkan keahlian PAS di situ tidak sampai 1,000 orang pun. 



Begitu juga YB Radzi Zainon di N43 Sg Rapat memperolehi undian 19, 240 sedangkan keahlian PAS di Dun tersebut hanyalah 800 orang sahaja. 


 Statistik ini menujukan bahawa penyumbang utama bagi kemenangan mereka bukan dari kalangan pendokong parti PAS itu sendiri tetapi dari mereka yang di atas pagar yang jelek dengan korupsi Umno dan mahukan perubahan melalui PR.  


Rakyat telah melihat dan menilai bahawa PAS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada PAS dalam PRU 12 yang lalu. 


Pas telah memungkiri dan mengkhianati sokongan rakyat terhadap PR. Sokongan rakyat kini beralih kepada PH untuk meneruskan kesinambungan harapan rakyat supaya tidak terbantut ditengah jalan untuk menumbangkan Umno.  


Umno sering menakut-nakutkan pengundi dengan DAP dan pemimpinnya dilemparkan dengan bermacam tuduhan, antaranya pemimpin DAP dituduh Komunis, mahu membentuk negara Kristian, anti-Islam dan anti-Melayu.   


Tetapi propaganda dan tohmahan ini telah turut diterima pakai oleh PAS sejak memutuskan hubungannya dengan DAP yang kini bersama-sama dengan AMANAH dan PKR dalam gabungan Pakatan Harapan.  


 Tidak dapat disangkal, bahawa Umno telah berjaya memperalatkan PAS untuk menguburkan PR dan kini mereka bersama pula mahu mejahanamkan PH.  


Mengapa ada pula yang mahu menjemput sipengkhianat itu menaiki bahtera baru ini?  

 Biarkanlah pengkhianat itu terkapai-kapai sebagai balasannya terhadap kerja-kerja khianat keatas kita selama ini. 


 Presiden AMANAH selalu mengingatkan kita semua, bahawa musuh kita ialah Umno dan mereka yang berkawan dengan Umno, yang mahu memberi nyawa kepada Umno.Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan! 



Sunday, July 26, 2015

PERPADUAN DALAM PEMBANGKANG DI PERLUKAN UNTUK BN TUMBANG


beberapa pandangan bagaimana perlunya barisan yang kukuh dan mantap untuk memastikan UMNO / BN tidak lagi tinggal di Putra Jaya.

1) Dominasi Umno/BN mesti ditamatkan kerana sangat banyak menyusahkan rakyat dan umat dalam negara kita. Untuk itu, pakatan pembangkang yang utuh perlu digerakkan untuk menumbangkan satu koalisi besar seperti BN.

2) Tidak ada satu parti pembangkang sahaja yang mampu tumbangkan BN, melainkan parti-parti pembangkang berkerjasama.

 Keupayaan ini sudah pun diterjemah dalam beberapa gabungan sebelum ini. Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat terlah menunjukkan kejayaan yang memberansangkan sebagai landasan yang betul menumbangkan BN.

3) Namun semua gabungan pembangkang tidak bertahan lama, kerana kemelut dan perbezaan di dalamnya yang bagaikan tidak boleh dikendurkan lagi. Masing-masing keras dengan idea dan pendirian masing-masing, sehingga saat ini, Umno/BN yang hampir reput masih mampu bertahan dan mampu kembali bertarung.

4) Dominasi Umno/BN sebagai parti pemerintah nampaknya tidak akan berjaya ditumbangkan dalam PRU14 ini. Namun harapan rakyat masih ada mahukan pembangkang kembali bersatu untuk berdepan PRU14, lawan sehingga berhabisan.

5) Namun dalam kelemut-kelemut dahsyat yang melanda PR kebelakangan ini, sedikit sebanyak meresahkan rakyat, dan menghilangkan keyakinan rakyat akan keupayaan PR jika mengambil alih pemerintahan daripada BN. Apakah PR akan lebih baik daripada BN? Atau PR hanya akan mengulangi kesilapan BN sebagaimana rakyat mula nampak kepincangan pemerintahan PR dari masa ke masa?

6) Saya berpendapat, PR atau PR 2.0, jika berjaya menumbangkan BN, ia akan mengamankan Malaysia daripada penyelewengan dan salahguna kuasa hanya untuk satu atau dua penggal sahaja. Selepas itu, korupsi Umno/BN akan diulangi oleh PR atau PR 2.0 samada dalam bentuk yang sama, ataupun dalam bentu yang berbeza.

7) PR atau PR 2.0 tidak akan bertahan lama dengan slogan akauntability, cekap, tranparent dan sebagainya. Penyelewengan akan tetap berlaku, cuma mengambil masa. Jika Umno/BN mengambil masa 60 tahun untuk rosak akibat korupsi ini, PR atau PR 2.0 akan lebih cepat kerana perubahan persekitaran hari ini. Mungkin satu penggal, atau dua penggal sahaja nampak kemas dan teratur.

8 ) Setelah itu PR atau PR 2.0 mesti ditumbangkan. Pr atau PR 2.0 pasti akan berusaha mengekalkan kedudukan mereka. Umno/BN akan berusaha merampas kedudukan ini semula. Apa yang rakyat akan depani adalah memilih antara dua kemudaratan. Kedua-duanya kemudaratan besar pada masa itu. Masing-masing memperindahkan kempen mereka, walhal hakikatnya mereka khianat kepada rakyat.

9) Maka pada ketika itu, kuasa Ketiga yang bersih daripada korupsi kedua-dua blok BN dan PR itu akan menjadi pilihan rakyat. Waktu itu pihak Ketiga ini sangat perlu belajar daripada apa yang berlaku. Mesti amanah, bukan sahaja progresif. Pihak Ketiga ini akan memimpin kebangkitan sebenar rakyat untuk memacu negara menjadi negara terbaik, bersih daripada penyelwengan serta mendapat keampunan Tuhan.

10) Hari ini pihak Ketiga tidak boleh menang, dan jangan berusaha untuk menang. Mesti biarkan PR atau PR 2.0 menang terlebih dahulu. Jika pihak ketiga menang pada waktu ini, pihak Ketiga itulah yang akan mengulangi korupsi BN secara perlahan-lahan, dan PR yang datang selepasnya akan menjadi pembela sebenar.

11) Point utamanya adalah, kita akan menjadi makmur setelah pemerintah pertama dan pemerintah kedua selesai tugas mereka. Andai kata pemerintah ketiga itu BN semula, ia bukan lagi seperti BN sebelumnya, in sha Allah. Tetapi kita lebih mengharapkan Parti Islam, Parti Bijaksanaa, Parti Toleransi dan Parti Harmoni kan mengisi pihak Ketiga itu.
Sekian


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA