Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label QURBAN. Show all posts
Showing posts with label QURBAN. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

QURBAN DAN PENGORBANAN


Sebenarnya, seluruh rakyat Malaysia berasa amat sukacita di atas kepekaan YB Salahuddin Ayub ( Kubang Kerian ) ( gambar ) atas usul untuk membahaskan kenapa Malaysia merayakan Adil Adha 2 hari lewat selepas hari wukuf. Kerajaan Arau Saudi telah mengistiharkan wukup pada 15 Nov. dan sepatutnya Aidil Adha di Malaysia jatuh pada 16 Nov. iaitu sehari selepas wukuf tersebut. Tapi malangnya mengapa penyimpang mohor mengistiharkan pada 17 Nov. Satu persoalan. Sekali lagi Tahniah dan syabas YB atas kepekaan tersebut.

Diperturunkan sedutan usul tersebut:
Beliau mengemukakan usul berkenaan bagi menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan perkara 18(1).

Berikut ialah usul penuh beliau.

Adalah saya Haji Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) dengan ini memohon supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk merundingkan perkara yang pada hemat dan pandangan saya adalah tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai iaitu isu yang berkaitan dengan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berbeza dua hari daripada tarikh dan masa wukuf yang diisytiharkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini yang diisytiharkan jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010 adalah sangat pelik dan menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam khususnya di negara ini. Perbezaan dua hari sambutan Aidil Adha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November 2010 adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi. Juga adalah dimaklumkan kesan kekeliruan tarikh ini juga mengakibatkan juga bilakah pula berakhirnya hari Tasyrik yang melibatkan masa yang diizinkan menyembelih ibadah qurban.

Isunya di sini ialah bagaimanakah pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri menggarap dan mengurus tadbir isu ini? Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari Raya Aidil Adha dibuat? Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?

Saya berpandangan dalam era kecanggihan peralatan komunikasi dewasa ini tidak ada alasan untuk kita menyelesaikan isu yang sangat mengelirukan, meresahkan dan membingungkan seperti ini. Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggungjawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Dalam satu persoalan di ceramah Ibadah Qurban, satu persoalan telah di ajukan kepada penceramah khusus berkaitan dengan ibadah qurban nanti, apakah ianya berakhir pada Jumaat 19 Nov. atau pun 20 Nov. Sabtu. Jawapan ustaz tersebut ringkat sahaja, jika untuk menjauhkan diri syak dan wasangka buatlah sahaja ibadah tersebut pada hari Jumaat dan juga takbir Raya juga perlu di tamatkan pada petang Jumaat hari yang sama.

Disini timbullah kemuskilan, ada juga kalangan yang terus mengadakan ibadah qurban dan takbir sehingga hari Sabtu 20 Nov. Dimana alim ulama dan bijak pandai agama di Malaysia yang terus membisu dan langsung tidak bersuara dalam hal ini.

Yang muskhil dan keliru ialah rakyat.

Wednesday, November 17, 2010

QURBAN - MASJID JAIZIAH KG. GAJAH

Sekitar acara Qurban di Masjid Jaiziah, ( masjid lama ) Kampong Gajah


Masjid Hj. Jaiziah ini, terletak di tepi tebing Sungai Perak, dan ialah adalah masjid utama untuk penduduk Kampong Gajah sejak awal 19an lagi. Masjid ini adalah wakaf penduduk kampong dan kini masih tesergam indah. Walau bagaimanan pun pada pada pertengahan 19an, dengan penambahan penduduk di Kg. Gajah, pihak kerajaan telah mendirikan sebuah masjid baru yang terletak berhampiran dengan jalan besar, maka masjid ini tidak digunakan lagi untuk sembahyang Jumaat, walau pun pada satu ketika ianya di adakan secara bergilir-gilir. Kini masjid ini lebih tertumpu kepada sembahyang waktu dan mengadakan kelas pengajian yang penoh setiap waktu.

Majlis ilmu ini telah menjadi tumpuan kepada penduduk sekitar Kampong Gajah, kerana boleh dikatakan " subjek " yang diajar lengkap untuk perjalanan penghidupan harian di dunia dan akhirat, ada kelas fardhu ain, fekah, perbicangan berkaitan dengan alam kematian, pengagihan harta pusaka, kuliah subuh, kuliah magrib, sepanjang ramadhan pula, majlis berbuka puasa dan solat tarawih juga di selangkan dengan qiamulail.

Ibadat Qurban menjadi akitiviti tahunan yang berjaya sekali, pemuafaktan ahli jemaah amat jitu dan kejayaan ibadah ini memperlihatkan keutuhan permuafakatan tersebut. Pada 1431 ini dua ekor haiwan ternakan dijadikan qurban.

Kerbau sedang ditumbangkan



Penyembelihan di lakukan
diikuti dengan takbir raya

daging di lapah untuk agihan

daging di timbang dengan pemberatan 1 paket 1 kilogram

Ada juga kalangan yang berminat untuk mendapatkan keunikan bahagian ekor haiwan tersebut.


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA