Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label UTUSAN. Show all posts
Showing posts with label UTUSAN. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

UTUSAN - SUDAH MELAMPAU



Ketua pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak 48 ( gambar ) mengakui bahawa akhbar milik Umno itu tidak menyiarkan laporan seimbang tetapi memihak kepada aspirasi parti pemerintah. Abdul Aziz, 48 yang juga melaporkan berkata sebagai akhbar nasional, Utusan akan melaporkan mengenai isu nasional.

Beliah berkata demikian ketika ditanya peguam, N Surendran dalam perbicaraan kes saman ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
 
Surendran: Dalam memberi liputan isu politik, adakah anda setuju Utusan Malaysia tidak memberi liputan seimbang?

Abdul Aziz: Saya setuju, (laporan) memihak pada aspirasi pada parti pemerintah.


 
Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin
(Executive Chairman)


Datuk Abdul Aziz juga mengesahkan Tan Sri Mohamed Hashim ( gambar ) adalah wakil UMNO dalam Lembaga Pengarah dalam Kumpulan Utusan juga bertindak sebagai wakil PM, dan memang sah, Utusan adalah milik UMNO. 

Kalau ginilah senerio di Utusan, dan ianya pula dapat " backup " dari UMNO, sedangkan UMNO pula menguasai kerajaan, sudah tentu Utusan akan buat apa saja untuk memastikan UMNO masih " releven " di muka bumi Malaysia ini. Berapa banyak fitnah, berapa banyak saman sudah tentu mereka sanggup bayar, kerana yang bayar bukan Utusan tapi UMNO atau pun kerajaan Malaysia.

Patutlah Utusan Meloya berani berkempen cara merbahaya.Main isu perkauman dan agama.Isu yang boleh mengundang kelahi,bunuh dan mengundang rusuhan ke peperangan.Rupanya akhbar Umngok ini tahu ada lagi penyokong tegar mereka yang tentu akan menyokong bulat-bulat paparan mereka.Baru-baru ini Utusan Meloya itu main isu Haram Undi Dap.Bagi pandangan saya tentu tiadalah orang yang peduli kenyataan itu dan akan ada orang marah Dap.Tapi pandangan saya silap.Rupanya orang Melayu Umngok percaya Dap tu jahat sangat dan sanggup berbuat apa saja demi bangsa Cina dan agama Kristian.Kempen yang amat jahat memang dijalankan oleh juak-juak Umngok ke serata kampung dan luar bandar untuk mempengaruhi orang Melayu yang kurang pelajaran dan buta maklumat.Antara kempen mereka: 

Antara isu yang dimainkan dan ianya boleh menyebabkan berlakunya pergeseran kaum:

1.Di Pulau Pinang Melayu di bawah kerajaan Dap dihalau dari tanah mereka.
2.Rumah orang Melayu di Pulau Pinang diruntuh.
3.Gerai/tempat berniaga orang Melayu diroboh.
4.Dap memang tak mahu langsung Islam agama rasmi.Masjid dah tak boleh mengumandang azan.
5.Dap nak suruh semua orang Islam jadi Kristian.
6.Dap akan tukar Bahasa Malaysia kepada Mandarin.
benda ni MUDAH je nak diatasi... 
7.Jika PR menang PRU 13,Dap akan berkuasa dan PM adalah orang Cina.
8.Habislah jika Dap berkuasa orang Melayu akan dihalau dari Malaysia.
9.Habislah Malaysia akan jadi Bosnia. 

Yang menjadikan UTUSAN meneruskan gaya penulisan sedemikian kerana akhbar ini hanya berlegar di kampong-kampong dan masyarakat yang paling bermint pula ialah dari kampong-kampong. Dengan itu amat mudah bagi UTUSAN untuk meneruskan penipan dan memberikan berita-berita yang tak bekualiti. Sebagai contoh bagaimana UTUSAN boleh memperdayakan daya fikir orang kampong dengan mengatakan DAP akan menjawat jawatan PM atau setidak-tidaknya MB.

Adakah pihak UTUSAN pernah menulis kaitan dengan agihan kerusi yang akan di petandingkan khusus untuk Pembangkang?  jawapannya Ada. tapi penoh dengan penibuan dan kenyataan yang tidak bertanggongjawab. PR telah bersetuju denagan agihan PKR 98 kerusi, 80 PAS dan 44  kepada DAP. Agihan ini mengikut bersetujuan di kalangan kepimpinan PR.

Angka ini yang tidak di ketahui oleh " Orang kampong " dan di sinilah UTUSAN mengambil kesempatan untuk terus menipu mereka.  MANA LOGIKNYA DAP boleh jadi PM sedangkan DAP hanya bertanding sejumlah 44 kerusi, tapi lain le kalau DAP bertanding sejumlah 117 kerusi itu mungkin benar. Kesimpulannya DAP tak boleh jadi PM. Agihan kerusi ini pula mengikut merit - kawasan majoriti Melayu untuk PAS, Majoriti Cina untuk DAP dan kawasan campuran untuk PKR - bagi PKR pula kalau Melayu ramai calun Melayu dan bagitulah seterusnya.

Untuk itu kenapa UTUSAN sanggup dijadikan sebagai KAMBING HITAM kepada umno, kenapa UTUSAN sanggup menggunakan Pena untuk melaga-laga bangsa yang seagama, sanggup meninggalkan etika kewartawanan. Kini yang sedihnya selain dari UTUSAN media eletronik juga memainkan yang sedemikian. RTM, TV3 sudah tidak lagi mengamalkan kesemarataan dan menghebahkan berita.
 
Apakah UTUSAN, RTM, TV3 sanggup satu hari nanti melihat kaum sebangsa dan seagama bergaduh sesama sendiri?
 

Tuesday, May 31, 2011

UM - SAMPAI MASA UNTUK DI TALQINKAN

Luahan Dato Zahid untuk mempertahankan Utusan Melayu / Malaysia memang ada kebenarannya, dan memang tidak dinafikan pada zaman awal perjuangan untuk kemerdekaan tanah air akhbar ini telah memainkan peranan, memberikan maklumat, mengajak rakyat khususnya orang Melayu bangkit mempertahankan tanah air, menghalau penjajah dan ianya juga berjaya mengisi kekosongan maklumat untuk rakyat, tapi apakah masa kini peranan yang sama di mainkan oleh akhbar tersebut?

" Bagaimana para wartawan sanggup menyeberangi sungai, berjalan kaki menggunakan mesin taip untuk menulis dan mengumbul maklumat, dan perkara sabagini tidak pernah belaku kepada akhbar Cina, India dan Harakah yang sanggup bergolok-bergadai seperti akhbar Utusan " tambah Zahid.

Tapi apakah kini UM masih " releven " dalam penulisan dan perjuangannya?

Masa telah berlalu, gaya penulisan wartawan juga telah berlalu, zaman pra kemerdekaan ialah zaman perjuangan, zaman pengisian kemerdekaan dan kini negara sudah masuk ke zaman rakyat dan pemimpinnya hidup mewah." Untuk itu peranan wartawan dalam penulisan juga turut berubah dan mengikut rentak apa kata pemimpin. Apa yang jelas peranan yang dimainkan oleh penulis sama ada di media cetak mau pun media eletronik sudah tidak lagi ada rasa tanggongjawab, sudah tidak ada budaya mendidik, sudah hilang identiti perjaungan, sudah tidak bertindak untuk melaporkan perkara sebenar sebaliknya ia sudah menjadi lidah rasmi kepada parti pemerintah, sudah menjadi hamba abdi kepada UMNO, sudah menurut saja apa kata pemimpin UMNO.

Sebagai contoh: tergamak wartawan utusan prono yg memuatkan muka depan bahawa Kristian agama rasmi?. Apakah Malaysia tidak ada perlembagaan, Bukan Islam agama rasmi dalam perlembagaan? Apakah malaysia sudah tidak ada Raja-raja, atau apakah benar kalangan orang Cina di Malaysia semua nya Kristian? mengapakah wartawan tersebut tidak menulis dengan fakta?

Oleh kerana semua media perdana dan media elektronik adalah milik kerajaan jadi semua keburukan saja yang dilihat kepada mereka yang tidak bersama kerajaan, lihat bagaimana "jahat"nya akhbar tersebut kaitan dengan kaitan dengan kerajaan negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Semua buruk laku pihak lawan di terjemahkan sehingga pembaca rasa meluat tapi apakah pemimpin kerajaan tidak ada kelemahannya?

Kini peranan akhbar dan TV, menjelang PRU13 telah banyak menimbulkan permasalahan dalan pengurusan dan petadbiran negara, tulisan yang ditimbulkan banyak yang boleh menyinggong perasaan kaum lain, Orang Melayu akan marah pada bangsa lain bagitu sebaliknya, moga-moga dengan usaha ini orang Melayu khususnya di luarbandar akan rapat dan seterusnya memberikan sokongan kepada UMNO kembali.
Politik Ala Machiavelli diperhebatkan bagi memastikan UMNO/BN menang dalam PRU.


Sebagai penerus informasi sejagat Utusan harus boleh bersaing dan Utusan sudah terbukti meredah dari zaman ‘taipwritter’ kepada zaman ‘laptop’ tetapi Utusan harus ingat bahawa persaing-pesaing mereka juga bukan calang-calang pemain seperti The Star. Ramai di kalangan elit Melayu sendiri membaca akhbar ‘The Star’ daripada membaca Utusan mungkin kerana takut dilihat kolot dan tidak tahu berbahasa Inggeris.

Atau apakah UTUSAN MELAYU perlu di lebalkan akhbar untuk orang Melayu, Akhbar yang berjiwa Melayu, Berdarah original Melayu. dan ianya sejajar dengan kata-kata legenda Melayu Hang Tuah, " tak kan melayu hilang di dunia " Atau apakah pihak UM masih memikirkan cara lama rakyat untuk mendapatkan maklumat? Dalam zaman IT ini ramai kalangan pembaca sudah meninggalkan akhbar dan mencari maklumat hanya di hanya menggunakan jari sahaja.

NONEMasyarakat di kejutkan dengan tindakan radikal dari PERKASA, mereka meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tampil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang. "(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu,” jerit seorang penunjuk perasaan itu. Peranan dan tanggong jawab yang dimainkan oleh Perkara dan di bantu oleh Pemuda UMNO memang hak yang sepatut di banggakan. Tapai apakah benar mereka faham akan sedang dilakukan oleh pihak UM. kenapa badan NUJ mempertikaikan gelakag UM ?

NONE
Mereka sedia berjihad kerana demi untuk menjaga maruah UM, apakah mereka reti dengan perkataan " jihad " yang dilaungkan, atau apakah mereka hanya membaca skrip yang disediakan untuk mereka ? Apakah ada jihad kerana sebuah akhbar? yang ini harus di fahami oleh kepimpinan PERKASA.


Apakah fakta ini ada pada PERKASA? kerugian yang dialami oleh Utusan amat mendukacitakan, Utusan Malaysia telah mengalami kerugian pada suku tahun pertama sebanyak RM6.893 juta yg berakhir 31 Mac 2011, berbanding RM6.524 pd thn 2010. Benarkan alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan Utusan ialah kenaikan harga barangan mentah sebanyak 30%. Benarkah alasan itu atau sekadar untuk mencari alasan kerana malu .....

Rakyat akan terus memboikot semua produk dari UM, aktiviti ini telah menghasilkan satu hasilan yangf cukup membanggakan. Kerugian yang dinyatakan amat mengerunkan UM dan dimana pula PERKASA. apakah PERKASA akan menampung kerugian yang ada pada UM nanti?

Kata Megat Firdaun: “Mereka harus ingat Utusan Melayu atau Utusan Malaysia ditubuhkan pada 1939. Ini wadah yang telah menyatupadukan umat Melayu and seluruh rakyat Malaya pada ketika itu sehingga tertubuhnya Umno pada 1946 and merdeka pada 1957,” katanya. Tapi ini UM bukan lagi bertindak sebagai penyatu tapi pemberatan lebih kepada memecah belahkan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia. Ayub bertindaklah PERKASA & Pemuda UMNO baikilah UM yang kini sudah teruk dan menunggu masa untuk di talqinkan.

Thursday, December 9, 2010

UTUSAN MALAYSIA - MULA DILUPAI



Kumpulkah 6 keratan muka depan Utusan Malaysia & dapatkan 2 tiket Bukit Merah Laketown Ecopark PERCUMA di Utusan Melayu + nikmati tawaran menarik ini dari Celcom! Sah hingga 31 Disember 2010



Massage ini diterima Celcom 0019 pada 9 Disember 2010 jm



Apa sudah jadi dengan akhbar perdana milik UMNO ini?



Apakah sumber pendatapan melalui jualan sudah teruk merosoknya?



Kemerosotan jualan memang tidak dinafikan, apakah sebabnya akhbar ini sudah tidak di gemari oleh pembaca, apakah ada jalan penyelesaian untuk menarik minat para pembaca semua atau masih ada esok lagi untuk akhbar perdana milik UMNO ini. Atau apakan ini juga pertanda UMNO juga sudah mula hilang minat ramai untuknya.



Lu fikrilah sendiri?

Tuesday, August 4, 2009

UTUSAN MELAYO - PENGKHIANAT MINDA

Kini pertengkaran terus hebat, hebat dan seterusnya akan memastikan yang ditelanjangkan ialah orang melayu, satu pihak menuduh satu pihak yang bersalah, Si A kata si B, dan Si B kata si A yang bersalah. Apa salahnya kita dongakkan kepala, buka minda, berfikiran seperti orang yang mempunyai fikiran yang waras.

Kepada semua NGOs, tak kira yang pro dan kontra dengan kerajaan juga berfikirlan dengan waras, buka minda, lapangkan dada lihat sendiri di mana rasionalnya setiap tindakan yang diambil, dan janganlah kita menuduh dan menyokong tanpa berfikri, berfikirlan wahai pemimpin negera ku, baik yang melayu, cina mau pun india. perperangan antara dua pro dan kontra kepimpinan yang merasakan pedih dan sakitnya ialah rakyat.

Kepada kepimpinan kerajaan dan NGOs yang menyokong kerajaan, buktikanlah kebenaran yang perlu dilihat dan ditunjukkan kepada semua pihak, seperti betul atau sebaliknya tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani banyak isu, seperti penglibatan badan-badan kerajaan dalam mainan politik, apakah itu yang sepatutnya dilakukan oleh PDRM, SPRM, SRP, Mahkamah, jika itu sepatutnya dilakukan, apakah ianya releven dengan perundangan negara yang termaktub dalam perlambangaan dan perundangan negara yang perlu dipatuhi dan menjadi tiang seri di RUKUN NEGARA. Kita mesti berfikiran terbukan. Jika ianya salah, kepimpinan NGOS penyokong kerajaan perlu memainkan peranan untuk membaiki kesalahan tersebut bukanya menyokong tindak tanduk tersebut.

Apakah memenjarakan mereka yang tidak bersalah itu betul, apakah membicarakan mereka yang tidak bersalah itu betul, apakah memberikan wang sogokan itu betul, apakah amalan rasuah itu betul. Berkaitan dengan ISA, kenapa selepas tidak lagi memimpin negera TUN DOLAH, TUN MAHATHIR turut mengesorkan agar ISA itu di kaji dan diperbaiki, kenapa selepas tidak berjawatan baru sedar?

Kepada, mereka yang membangkang cuba terus meyakinkan rakyat dengan kesalahan yang di amalkan oleh pemimpin, kesalahan demi kesalahan yang dibuktikan terus mendapat dan diyakini oleh rakyat.

Jadi pemimpin dan NGO kerajaan perlu berfikir, janganlah menyokong yang salah berikanlah tunjuk ajar kepada pemimpin yang telah melakukan kesalahan, jangan jadi perumpamaan " lunci akan terjun dengan labu-labunya "

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA