Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, January 4, 2010

SEKOLAH - SEMUA BELANJA DI POTONG

Bermula semalam 3Jan. sekolah di Kedah dan kelantan dan pada hari ini 4Jan. bagi negeri-negeri lain di Malaysia memulakan sesi persekolahan 2010. Semua orang memberikan fokus kepada sekolah, baik ibubapa/penjaga, akhbar-akhbar, malahan media elekronik juga memberikan folus kepada urusan tersebut. Walaubagaimana pun coretan ini diberikan tumpuan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran iaitu kalangan Guru Besar dan Pengetua di sekolah-sekolah.

Jelas di hari pertama semua perlu di selesaikan mengikut keperluan, wang yuran, buku teks, penyusunan kelas, penyusunan jadual pengajaran dan pembelajaran hatta melihat sendiri keperluan tenaga pengajar yang dibekalkan adakah ianya mengikut quota yang dibenarkan atau pun masih ada kekurangan, jika berlaku kekurangan sudah pasti pengajaran dan pembelajaran terganggu.

Perkara yang penting - sumber kewangan yang di dapati banyak di potong, sudah tentu membantutkan pengurusan adan perancangan yang telah disediakan. Sekolah yang ada asrama hanya perlu mengutik sejumlah 200 hari sahaja sedangkan pada tahun-tahun sebelumnya sejumlah 250 hari. Ini bermakna pada 2010 ini, para pelajara / penghuni asrama akan kerab balik kampong kerana makan tidak disediakan pada hujung minggu. Pasti bebanan kepada ibubapa / penjaga.

Satu sumber lain yang di kenal pasti di potong ialah bayaran SBT ( Skim Baucer Tuition ), peruntukan ini adalah sumber pendapatan sampingan kepada kalangan guru, walaupun bagaimana pun bukan semua guru terlibat dalam aktiviti ini, kepada mereka yang mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran tertentu - penekanan kepada Bahasa Inggeris.

RMT ( Racangan makanan Tambahan ) peruntukan ini juga di potong, ianya tidak lagi berjumlah sehingga hari akhir persekolahan.

Bagi pengurusan sekolah PCG ( per capital grant ) juga dipotong sehingga 20%. ini sudah tentu memberi kesan yang amat ketara kepada sekolah, kerana wang ini adalah digunakan untuk pembangunan, utiliti, mendapatkan bahan bantuan mengajar serta lain-lain perbelanjaan.

Dengan kekangan peruntukan tersebut, sudah pasti ianya menjejaskan perjalanan prosen pengurusan dan pentadbiran sekolah. Walaubagaimana pun sebagai seorang pentadbir ( Guru Besar / Pengetua ) mereka sudah tentu ada cara untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Kita mohon agar pengajara dan pembelajaran dapat diteruskan walaupun peruntukan tidak lagi seperti sedia kala. yang penting memastikan anak didik dapat menerima ilmu diperingkat yang paling maksima. Didoakan Guru Besar / Pengetua dan seluruh warga sekolah dapat menerima perubahan sementara ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA