Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label HARI GURU. Show all posts
Showing posts with label HARI GURU. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

GURU - I ASPIRASI 1 AGENDA

PERAYAAN HARI GURU 2013 " 1 ASPIRASI 1 AGENDA "
SELAMAT HARI GURU - 
kepada semua warga pendidikan seluruh sengara.

Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan. Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu. Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang. Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. 

Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T : "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu." (An-Nisa' :59) Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. 


Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut. Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie. Jawab Imam Shafie " 

Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. 

Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru. Rasulullah s.a.w bersabda: " Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad) Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru.

 Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.

 Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru. Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan guru dalam setiap urusan mereka. Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.

 Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan "awak". Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. 

Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan. Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. 

Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan. Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah. - Artikel iluvislam.com

Tuesday, May 15, 2012

GURU - DIDIKAN MU, LAHIRKAN GENERASI BERILMU


2012   Guru Inovatif Melonjakkan 
Transformasi Pendidikan Negara

Setiap 16 Mei, telah ditetapkan sebagai Hari Guru oleh kerajaan, dengan itu pada tarikh tersebut para guru ( pendidik ) akan menyambut tarikh tersebut dengan perlbagai pengisian sama ada antara murid / pelajar dengan guru atau sesama guru atau antara guru dengan pihak kementerian / jabatan / ppd itu sendiri. Antara aktiviti seperti mengadakan hari sukaneka, ucapan untuk guru, bahagi hadiah, kad, bunga dan everything. Itulah tandanya kita menghargai peranan seorang guru yang mendidik kita di sekolah.

Kepada para pendidik, amat perlu mendidik anak-anak didik agar tahu dan dapat memahami akan apa yang sepatutnya mereka miliki, bukan sekadar memberi bunga dan hadiah-hadiah sebagai tanda mata, tapi didik lah mereka agar dapat menzahirkan satu-satu " pemberian " itu dengan lebih menyentuh sanuri setiap diri guru itu.



Alangkah indahnya jika anak didik kita dapat:

1- Sentiasa Berdoa Untuk Kesejahteraan & Kebahagiaan Guru, mereka sentiasa mendoakan guru-guru mereka sentiasa di hubungilah dengan Allah mudah-mudahan guru yang mengajar diberi keberkatan, dan kita akan dipermudahkan ajarannya  dan kefahaman apabila dia mengajar. Doa  adalah senjata bagi orang mukmin.

( satu renungan ) Pernah saya bertanya seorang pelajar tentang rahsia kejayaannya tersenarai dalam ‘Dean’s List’ setiap kali mendapat keputusan semester walapun dia sangat aktif dalam persatuan. Katanya, “Saya selalu mendoakan guru2 saya walau macam mana pun sikap guru itu pada saya.”

2- Kunjungilah para guru kita tak kira kita dulu pelajar paling bermasalah, kitalah pelajar yang ponteng, mereka tetap guru kita. Kebanyakan kawan-kawan abang yang nakal di dalam kelas dan sekolah, mereka tetap berhubung dan saling kunjung mengunjungi guru-guru mereka. Ikatan itulah yang erat dan akan menyebabkan ukhuwah sesama manusia bertambah baik. 

3- Hormatilah guru-guru mereka telah membimbing dan memberikan tunjuk agar kepada kita untuk cemerlang, cemerlang pada semua aspek pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Hormati orang lain untuk orang lain hormati kita. 

Semoga bermanfaat.


Staf terakhir semasa bertugas tempoh hari.

Di doakan moga-moga mereka para guru di berikan kekuatan untuk terus membimbing anak didik agar mereka terus maju di semua bidang serta berguna kepada Agama, Bangsa dan Tanahair.

SELAMAT HARI GURU

Wednesday, May 25, 2011

PRU 13 - BN ATAU PR PILIHAN PARA GURU

Rata-rata kalangan kepimpinan kesatuan guru merasakan satu kehampaan atas apa yang dijanjikan di setiap pertemua dengan pihak Pejabat Menteri. Kelohan rasa oleh kepimpinan kesatuan menunggu war-war satu pengumuman " menggemparkan " akan diumumkan pada tarikh tersebut. Setiap perbincangan antara kesatuan dengan menteri atau wakilnya, pengisian buku Jingga menjadi rujukan. Apakah kaum setiap pendidik akan diberikan RM500 sebagai tambahan gaji.




Bagi Mohd. Sabri Mohd Arshad ( Presiden KGMMB - gambar ),
tawaran dari Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat lebih relevan,

Sdr. Roslan Madon YDP - Gabungan Majlis Guru Besar Malaysai\

Sdr. Hashim Adnan KPPK

presiden

Sejumlah 27 Persatuan dan Kesatuan guru telah berbincang dengn pihak kementerian Pelajaran pada 28 April 2011 dan perbincangan terus diadakan bersama-sama dengan TPM yang juga Menteri Pelajaran. Isu-isu seperti perlunya semua Guru Besar di DGA32 ke DGA34, bagitu juga Guru Penolong Kanan di Sekolah A dari DGA32 ke DGA 34 dan Guru Besar dari DGA34 ke DGA 38 & DGA40. Ini boleh melambangkang keseimbangan dengan guru-guru siswazah dan ianya akan memberikan kepentingan untuk memastikan progran NKRA, khususnya di tahap pra persekolahan dapat mencapai sasarannya. ( Hj. Jamale Paiman - KGLLM gambar )

Pengumuman tersebut memang terasa kami diperhina tapi kami juga masih menaruh harapan kepada menteri untuk melihat dan mengkaji semula untuk di pertimbangkan permohonan yang dibuat oleh pihak persatuan dan kesatuan guru. Apa yang diperlukan ialah satu imbuhan kepada semua golongan guru tak kira dari mana lepasan diploma mau pun siswah. Ini adalah kali ketiga di mana kalangan pendidik dari lepasan diploma di permainkan selepasa Perayaan Hari Guru di Terengganyu dan Pahang. Apakah golongan ini " perlu " dianak tirikan dan apakah sumbangan mereka tidak perlu dihargai. Pendidik di sekolah rendah perlu diberikan perhatian.

Kami dari persatuan dan kesatuan guru masih mengharapkan sesuatu akan diumumkan semasa pembentangan bajet pada Oktober nanti. Seterusnya satu perjumpaan antara kedua pihak persatuan dengan pihak kementerian akan diadakan secepat yang mungkin. Penekanan akan diberikan berdasarkan " keadilan " untuk semua. Walau bagaimana pun memang tidak dinafikan ramai kalangan pendidik yang keciwa tapi perlu di berikan perhatian " kerja " guru ini adalah mulia dan teruskan usaha untuk memastikan pembangunan insan sentiasa terbela.

Dari apa yang berlaku semasa majlis perlancaran tersebut jelas memperlihatkan pergeseran antara Najib dengan Muhyiddin amat ketara sekali. Apakah ianya akan membeikankesan sampingan kepada perjuangan para guru nanti? kita tunggu dan lihat saja.


TPM - Muhyiddn - Bersabarlah guru

Friday, May 20, 2011

GURU KELAS -JASA MU TETAP DIKENANG

GURU - kumpulan yang teramai dalam perkhidamtan Awam terus lemas dan berhempas pulas untuk menentukan masa depan mereka, masa kini mereka seolah-olah dipermainkan oleh kepimpinan yang ada, mereka tenggelam dengan tipu muslihat, mereka hanya di war-warkan untuk menerima satu-satu imbuhan tapi mereka tertipu.

Perayaan Hari Guru yang bertemakan " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negera " hanya nampak kepada mereka di golongan pengurusan dan pentadbiran di peringkat kalangan siswazah sahaja, kerajaan tidak nampak peranan mereka di peringkat rendah, peringkat diploma, dengan itu golongan ini di LUPAKAN.

Najib dan Muhyuddin tenggelam dengan kerenah PR melalui " buku jingga " tawaran buku ini mengatasi setiap apa yang di canang oleh BN. Untuk itu sebelum pelancaran perayaan tersebut gulongan guru telah di hebohkan dengan satu kegemparan akan diumumkan. Rata-rata kalangan guru mengharapkan tawaran itu mesti " best " dan dapat mengatasi tawaran RM500 oleh buku Jingga.

Lalu berkokoklah TPM bahawa ada berita gembira sempena hari guru. Tersengihlah para guru menanti dengan penuh debaran. Tawaran apakah itu? Tup! Tup! Maka PM pun mengumumkanlah. Hanya melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di Kuching, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru. Rupanya PM membaham apa ribut Muhyiddin, habok pun tak. siapa tertipu? gulongan pendidik ke atau Muhyiddin? atau apakah Najib & Muhyiddin nak tipu 500 ribu guru di Malaysia. Ingat para guru ni bodoh ke? Kalau UMNO dan Najib serta Isa Samad boleh tipu warga Felda, munasabah le… ni Cikgu pun nak tipu pe???

lok yim pheng nutp sec gen 060905
Yang dapat hanya untuk pengetua, guru penolong kanan di sekolah menengah dan sekolah kluster sahaja, ianya hanya melibatkan hampir 2000 orang di peringkat pentadbir sahaja. "Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," Keloh Lok Yim Pheng Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) ( gambar )


Rata-rata kelangan guru merasakan tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan yang memberikan kelebihan hanya buat ketua-ketua sekolah. " Apakah transformasi " yang akan di canang untuk pelaksanaan hanya melibagtkan pengetua atau Guru Besar atau penolong kanan tanpa melibatk melibatkan guru-guru penolong secara langsung?

Penat lelah dan beban tugas yang dipikul tidak diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan dan Kementerian. masalah beban kerja yang diperbincangkan masih belum di selesaikan, sebaliknya ianya ditimpa dengan isu baru pula. Kalau Gred Jusa C boleh ditambah jawatan dari 32 ke 74 ( penambahan 100% ), semua pengetua akan dinaikan dari DG48 ke DG52 dan semua penolong kanan dari DG44 ke DG48, guru penolong terus " statik " dengan apa yang mereka ada.

Walau apa pun kerenah biorkrasi kerajaan dalam menangani tuntutan ini, guru adalah " tonggak " kejayaan dalam pembangunan pendidikan, tanpa guru kelas, sudah pasti sama ada mereka Jusa C, Pengetua DG52, Penolong Kanan DG48 hatta Guru Besar DGA38, 34, 32 dan penolong-penolong Kanan harapan untuk memajukan pendidikan tinggal harrapan saja. Untuk itu renung-renungkanlah kelok kesah kalangan guru kelas ini.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru,"

Thursday, May 19, 2011

MEMORI HARI GURU DI SARAWAK

Disertakan kepingan gambar-gambar kenangan semasa pelancaran Hari Guru peringkat kebangsaan di Kucing, Sarawak pada 15 Mei yang lepas.

Borneo Convention Centr Kucing ( BCCK )

Pelancaran perayaan Hari guru telah didakan di Borneo Convention Center dengan kehadiran melebihi 4000 orang kakitangan perkhidmatan setiap lapisan jawatan. Walau bagaimana pun yang memenuhi ruang dewan adalah kalangan guru penolong itu sendiri.


Ruang legar pusat konvensyen terpampang
kain rentang perayaan tersebut.



Keadaan dalam dewan ( maaf visual tak memuaskan )
di penuhi dengan kakitngan perkhidmatan pendidikan dari seluruh Tanah Air.


Tetamu di sambutan dengan tarian tradisional suku kaum di Sarawak
dari pelajar keturunan Iban



Persembahan Pelajar Dayak

Pelajar Orang Ulu


Pelajar Melayu Melanau


Penari di iringin dengan muzik dari pelajar-pelajar
sekitar bandar Kucing.


Atas dasar " tidak " memberi laluan mudah kepada TPM YAB Mahayuddin Yassin,
PM Najib turut berucap dan mengumumkan berita " gembira " kepada gulongan pendidik ucapan beliau di sampaikan hanya melalui rakaman video sahaja

Ketibaan Mahayuddin, amat tidak ceria dengan keadaan dan
semasa berucap beliau terus mengucapkan " ini adalah kali terakhir saya berucap selepas PM "
dan Mahayuddin seolah-olah tidak dipercayaai oleh Najib


Salah satu pengisian semperna perayaan tersebut
ialah dengan adanya " Festival Hari Guru 2011 "


Persembahan Nasyid dari sebuah sekolah dalam
pertaningan nasyid tersebut.

Pemandang sekitar " River Side " di bandar Kucing


Pembangunan Bandar Raya Kucing lebih tertumpu di kawasan tebing sungai Sarawak dan ianya dikenali dengan " River Side ", banyak hotel-hotel mewah sepanjang tebing sungai ini, di atas adalah Hotel Hilton. Lain-lain seperti Merdeka Palace, Harbour View.


Dewan Undangan Negeri Sarawak gambar atas juga terletak kawasan yang sama


Masjid Negeri Sarawak, yang di letakkan batu asas oleh YTM Tenku Abdul Rahmah
juga sebagai mercu tanpa pembangunan disini.
Masjid ini telah di mulakan pembinaan pada 18 Februari 1966


Penulis bersama rakan-rakan


Penulis bergambar bersama EXCO MGB Perak berlatar belakangkan
Papan Tanda pusat konvensyen tersebut.

Penulis bergambar bersama rakan dari EXCO GMGBM

Wednesday, May 18, 2011

KECEMERLANGAN HIDUPKU ADALAH HASIL SEORANG GURU

Dewan Borneo Convention Center Kucing adalah tempat
di mana Guru Sekolah Rendah di nafikan hak mereka.

Perayaan Hari Guru 2011 ini memang mengejudkan pertama: PM berucap dahulu sebelum TPM ucapan beliau hanya dengan rakaman video dan kedua TPM pula mendahului ucapan dengan lafazan ini adakah kali terakhir saya berucapan selepas PM. Memang tidak dinafikan hadirin terkejut dengan ayat tersebut. Apakah yang tersirat wallaualam.

PM berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru. Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang. Kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan

PM menyampaikan ucapan melalui rakaman vidoe kepada tetamu
dan jemputan,
apakah PM sudah percaya
kepada TPM yang juga Menteri Pelajaran -

juga menjadi rungutan dari kalangan guru.
"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada
beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan,
jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, ( tak termasuk PM )
telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," katanya.

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," Apakah benar semua guru boleh sampai ke DG48 dalam tempoh 25 tahun. Apakah PM lupa dalam perkhidmatan perguruan kerajaan telah menetapkan 2 katogeri Guru Siswasan dan Bukan Siswasah.
Guru siswazah boleh sampai tapi Bukan siswazah bagaimana.
Beliau berkata pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan. - formula ini semua di SM.

Agihan " berita menggemparkan " ialah

1- penambahan Gred Jusa c dari 36 ke 72 jawatan, naik 100% - untuk SM 2- pengetua Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan - untuk SM 3- (GPK) dari DG44 DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan - untuk SM 4- GPK sekolah rendah kluster dariDGA32 ke DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan, untuk SR.

Apakah kenaikan ini bertepatan dengan " Guru Penjana Reformasi Pendidikan Negara "?, apakah PM lupa bahawa untuk membuat satu-satu anjakan itu formula terawalnya perlu di peringkat asas. Untuk itu dalam pendidikan Sekolah Rendah juga sebagai sekolah dasar perlu diberikan perhatian secara khusus dalam hal ini.

pemandangan dalam dewan ( maaf gambar tak clear )

Di dewan yang jumlah kehadiran hampir 4000 orang guru seluruh negara, memang memperlihatkan " kekecewaan " kepada mereka dari pengurusan sekolah rendah, mereka mencemoh seolah-olah sekolah rendah tidak ujud di peringkat negera. PM tidak berminat untuk melayani kehendak dari kalangan guru-guru sekolah rendah.

Monday, May 16, 2011

GURU RENDAH TERUS DITIPU

Perayaan Hari Guru yang ke 49 di Dewan Konvesyen Borneo Kucing memang ditunggu-tunggu oleh semua pihak khususnya kaum pendidik itu sendiri. Sebelum 16 Mei 2011, akhbar telah melaporkan ada sesuatu pengumumam yang menggempar dan yang ditunggu oleh pihak tersebut.

Tapi malang, yang diharapkan tidak menjadi, malahan peranan Tema " GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA " hanyalah kabur dan jauh dari menepati sasarannya. Untuk perubahan atau satu " transformasi " pengurusan di peringkat rendah amat diperlukan sekali.

Ini jelas peranan di pendidikan asas / dasar / rendah tidak pedulikan, pihak kementerian atau kerajaan lebih memberikan fokus kepada gulongan di peringkat menengah, contohnya penambahan 100% di peringkat Jusa c dari jumlah 36 jawatan kini menjadi 72 jawatan. Semua Pengetua di DG48 di pindahkah ke DG52 dan semua Guru Penolong Kanan di DG44 akan dipindahkah ke DG48. Untuk sekolah rendah hanya penambahan 99 jawatan dari DG32 ke DG34 itu pun mereka yang berada di sekolah Cluster.

Jawatan baru juga dinamakan dan ianya juga untuk di peringkat menengah, nama jawatan tersebut seperti Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendita Guru.

Dengan penguman yang di rakamankan oleh PM dan di layarkan kepada semua hadirin, dengan ini jelas Najib dan Mahyuddin sedang " perang " dingin dalam menentukan siapakan bakal PM selepas PRU13 nanti atau pun Mahayuddin sudah nampak bahawa Najib perlu meletakkan jawatan dengan kes Liwat 2 dan kes yang perlu beliau hadiri di Perancis.

" Ini adalah kali terakhir saya berucap selepas PM " seloroh Mahayuddin dalam pemulaan ucapan. Apakah maksud tersirat masing-masing boleh tafsirkan. Kita tunggu dan lihat sahaja,.

Kaitan dengan penumuman tersebut, rata-rata kalangan Guru yang hadir di majlis pelancaran Perayaan Hari Guru tersebut merasa hampa dan tidak disangka pemimpin di peringkat rendah sentiasa di mainkan oleh pihak Kerajaan. Dan ada kalangan mereka secara berseloroh " kita guna pakai sahaja buku jingga " yang diterbitkan oleh PR sudah pasti kenaikan RM500.

Kita tunggu dah lihat apa yang akan terjadi selepas ini.

SELAMAT HARI GURU


SELAMAT HARI GURU

KEPADA SEMUA PELAYAR KE BLOK INI DARI KALANGAN GURU-GURU

GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Tranformasi hanya akan ujud jika semua pihak yang terlibat dengan pembangunan pendidikan adanya anjakan paradigma untuk tujuan tersebut:

" APA YANG DIPERLUKAN IALAH ADANYA ANJAKAN SIKAP KEPADA MEREKA YANG TERLIBAT DALAM ARENA PENDIDIKAN ITU, PENGETUA, GURU BESAR, KALANGAN GURU, IBUBAPA SERTA KALANGAN MURID DAN PELAJAR ITU SENDIRI "

Kalangan pelaksana adalah perlu menjalankan tugasan yang diamanahkan dengan semangat juang yang tinggi, sebaliknya pula kepada pihak penggubal dasar mereka juga perlu memahami hakikat untuk untuk pembangunan tersebut, perancangan, penelitian, penggubalan perlu sentiasa " up to date " kepada kehendak semasa.


Tan Sri Mahayuddin Yassin - Menteri Pelajaran Malayasia

Pihak Kementerian pula bersikap lebih telus dan serius untuk menyelesaikan masalah beban kerja guru ini. BUKANNYA SEKADAR DUDUK DI PEJABAT, MENERIMA LAPORAN DARIPADA PEGAWAI MEREKA DAN KEMUDIANNYA MEMBUAT DASAR YANG TIDAK BERSANDARKAN REALITI SEBENAR MASALAH PERGURUAN DI NEGARA INI.

Sunday, May 15, 2011

GURU MENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN

2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Perayaan Hari Guru 2011 peringkat Nasional akan diadakaan di Kucing Sarawak dengan bertemakan, perayaan ini adalah acara " wajib " setiap tahun bagi menyampaikan perhargaan kepada kaum pendidik di samping pihak kementeria pula akan menjanjikan sesuatu yang ada kelainan dari tahun sebelumnya. 15 Mei setiap tahun dan tarikh Hari Guru tersebut.

Walaupun setiap tahun adanya perayaan tersebut tapi sejak akhir-akhir ini Guru Malaysia semakin tertakan dalam melayari bahtera penghidupan sebagai penjawat awam, kelohan demi kelohan dapat di dengari malahan kelohan ini menjadi satu perkara biasa kepada pihak tertentu. Saban hari ada saja aduan, keluhan disiarkan dalam akhbar. Itu yang disiar dalam akhbar, belum lagi di facebook, blog, kedai kopi, pejabat guru, kantin sekolah.

Isu seperti tercatat di bawah terus berlegar dan mempengaruhi pengurusan sistem pendidikan untuk mencapai matlamat tranformasi tersebut.

ELAUN PERJALANAN

Sebagai seorang penjawat awam, memang termaktub dalam peruntukan setiap pergarakan pegawai untuk menjalankan tugas rasmi di berikan kemudahan elauan perjalanan tersebut, elaun perjalanan per kilometer ialah 70sen dan ianya adalah hak semua penjawat awam. Tapi sejak akhir-akhir ini, kemudahan dan " keistemewaan " tersebut telah ditarik balik dan pihak jabatan khususnya di Perak telah menetapkan cuma 20sen sahaja per km. Sedangkan tugas perlukan dilaksanakan seperti biasa. Apakah kemudahan ini meliputi semua negeri atau pihak Jabatan Pelajaran Perak saja yang bertindak demikian?

TUGAS PENTADBIRAN JEJASKAN GURU

Kementerian Pelajaran wajar memberi penjelasan supaya kedudukan yang sebenarnya difahami dan diharap rumusan kajian dapat diterima guru dengan hati terbuka dan penuh rasa tanggungjawab. Ini disebabkan suara dan kelohan beban tugas ini seakan-akan memberikan gambaran sikap guru yang tidak menunjukkan dedikasi dalam tugas yang diamanah, apakah kita perlu melebalkan kalangan guru yang menyuarakan kelohan tersebut akan di anggap tidak komited kepada tugas mereka? Sebenarnya, kita perlu melihat perkara ini secara positif. Tidak wajar mengaitkan guru yang mempersoalkan beban tugas sebagai kurang komitmen. Mungkin kelohan ini ada kaitan dengan keberkesanan tugas yang terlalu membebankan.

GURU HANYA LAYAK TINGGAL DI ASRAMA SEKOLAH

Memang tidak dinafikan, tugas soerang guru bukan hanya di kelas, malahan mereka juga perlu melibatkan diri sebagai pembimbing dan mereka juga perlu mengawasi, menjaga hatta memastik keselamatan setiap pelajar itu sentiasa selamat. Khususnya semasa pelajar berada di luar kawasan sekolah mengikut program-program luar ( Kokurikulum ). Penglibatan guru-guru pula tidaklah terhad kepada satu golongan sahaja malahan semua guru terlibat, sudah pasti antara guru yang terbabit bersama peserta atau pelajar berada pada gred jawatan DG41, DG44, malah ada Guru Penolong Kanan DGA32 atau guru besar DGA34 dan yang paling ramai di DGA29.

Apa yang menyedihkan ialah, kenapa para guru ini semasa bersama-sama pelajar mereka, mereka hanya layak menginap di asrama sekolah sebaliknya pegawai dalam kumpulan sama tapi berada di jabatan, mau pun ppd atau di kementerian boleh pula berada di hotel ? Sebaliknya elaun penginapan pun tidak di berikan kepada pegawai tersebut.

Dahlah elaun perjalanan di kurangkan tapi dipaksa pula menggunakan kenderaaan sendiri untuk tugasan tersebut sedangkan pegawai selain di sekolah ada kemudahan pengangkutan?

Malang sungguh nasib guru, malah orang awam tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

GURU BERKHIDMAT 6 HARI SEMINGGU

Sebagai pendidik, memang para guru sentiasa berusaha untuk memastikan kalangan para pelajar dan anak didik mereka sentiasa cemerlang dan berjaya dalam penghidupan. Untuk itu para guru tidak mengenal penat lelah untuk memastikan anak didik bawah pimpinan mereka berjaya. Tapi walaupun bagitu perlu diingat setiap pengorbanan perlu ada timbal balasnya dan jangan lah ada kalangan pihak mengambil kesempatan atas " kesediaan " tersebut. Hargailah dengan sesuatu imbuhanatas kesediaan mereka berkhidmat lebih masa tersebut.

TEKANAN MENYEBABKAN RAMAI GURU " TENSION "

BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, itu profession perguruan dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Akhirnya mereka akan mengalami tekan mental.

Dapatan dari Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah dari pihak pengurusan ibu bapa dan juga pelajar.

KUARTERS GURU

Kuarters atau rumah guru yang dibina untuk memberikan kemudahan kepada gulungan guru kini menjadi satu projek " gajah putih " Terdapat sejumlah hampir 3000 unit rumah untuk guru tapi malang ianya banyak yang kosong daripada yang dihuni, kenapa agaknya, adakah pihak PPD mau pun Jabatan tidak membuat kajian sebelum pembinaan di laksanakan?


Dah menterinya sibuk dengan politik, sibuk anjur pertandingan tarian terkangkang-kangkang pelajar sekolah perempuan. Bila masa nak gaji beban guru.

E-BOOK, GURU DIANAK TIRIKAN


Mengapakah agaknya, kerajaan Malaysia berlumba=lumba memberikan komputer riba kepada pelajar dan murid sebaliknya guru dibarkan dengan penggunaan papan hijau sahaja. Apakah pelajar dapat menggunakan alat tersebut untuk peningkatan pembelajaran mereka?

Apakah murid dapaat menggunkan E-book tersebut untuk pembangunan pembelajaran mereka, dan setiap kerosakan selepas 2 tahun pula ianya gagal di berikan khidmat " baik pulih " ini sudah pasti menyebabkan alat tersebut di simpan sahaja.

Dakwaan itu dibuat oleh Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr.Kamaruzaman Yusof dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.“Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja,” Ini adalah tanggungjawag bersama antara pihak sekolah dan ibubapa dalam menangani penggunaan E-book tersebut.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2011

Sunday, May 16, 2010

GURU - HIDUP MU MEMBAKAR DIRI

Setiap tahun pada 16 Mei, kalangan pendidikan dirayakan dengan berbagai-bagai aktiviti dan program dan tidak ketinggalan pihak kerajaan ( kementerian Pelajaran ) sudah pasti akan mengumumkan " hadiah " untuk para pendidik tersebut.

Bertemakan " Guru Pembina Negara Bangsa " - tema ini sudah diguna pakai pada perayaan 2009 dan ianya masih releven untuk 2010. Lantas yang demikian KP memilihnya sekali lagi. Pengorbanan yang di mainkan bak kata pepatah " guru seperti lilin membakar diri sendiri untuk menerangai orang lain "

Tapi sejak akhir-akhir ini peranan dan mainan guru untuk memastikan anak didik sentiasa hidup dalam keadaan harmoni, cekal, tabah dan tahu erti bertanggongjawab, tahu orang dewasa, tahu mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah. " Kalau disana adalah seorang yang hebat akhlaknya, cemerlang hidupnya, tinggi ilmunya, maka disebalik kebehatan itulah orang yang menjadi pendidiknya " Majer Jeneral ( B ) Jamil Khir Baharom, Menteri di JPM. Kini mula menampaknya gaya seorang pendidik sudah mula mementingkan diri sendiri, sudah tidak seperti lilin, kalau dulu diri terbakar untuk orang lain, tapi kini mereka membakar diri untuk kepentingan sendiri. ( keadaan memaksa berubahan tersebut )

Mungkin tiada keikhlasan kerja tersebut, mungkin kerja secara terpaksa, mungkin kerja hanya dilaksanakan dengan sambil lewa sahaja. Maka kini lahirlah individu yang sudah dan amat mudah lupa diri, lupa daratan, lupa tanggongjawab. Kita perhatikan gelagat pemimpin yang sudah kehilangan moral kepimpinan, kita lihat pegawai yang sudah tidak amanah, kita lihat mereka yang berkuasa sering mengguna dan menyalah gunakan kuasa, tindakan sudah tidak profesional, tapi hanya mengikut emosi sahaja. Kredibiliti sebagai seorang manusia yang dituntut sudah hilang.

Tapi kini, guru sudah tidak senang dan sudah tidak " privercy " untuk melaksanakan tugas, guru tidak boleh bercakap benar dalam pengajaran dan pembelajarnanya, kalau berjudi - jangan kata judi itu haram, kerana sudah ada judi yang dihalalkan, kalau rasuah itu berdosa jangan di sebut kerana mungkin ada pengamalnya di sekolah. kalau guru bercakap benar mungkin guru itu akan dilebalkan sebagai mereka yang tidak menghormati pemerintah.

Berilah " kebebasan " kepada guru untuk memainkan peranan sebagai jurutera pembina insan, kerana melalui pendidikan dan pengajaran guru dapat megbina isan yang berilmu dan bertakwa elakan mengguna kuasa " politik " untuk merosakkan cita-cita dan semangat kental soerang guru untuk mendidik, rasanya tak pernah ada pengajaran yang negatif oleh seorang guru, guru tak sanggup menyuruh anak didiknya mengambil dadah, tak sanggup membunuh, tak pernah telintas untuk menyalah gunkan kuasa, tapi cuba kita lihat kala ini. Apakah yang berlaku kini melambangkan sistem pendidikan negara sudah tidak sesuai lagi.

" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "

Sunday, May 17, 2009

JANGAN LUPA ASAL KITA

16 Mei, setiap tahun adalah hari dan tarikh di mana seluruh warga guru menyambut hari perayaan yang dikhususkan untuk gulongan guru-guru serta mereka yang terlibat dengan alam pendidikan di seluruh negara. Persiapan di rancangan dengan hebat dan setiap tahun dipastikan ada kelainan yang diperlukan. Selain dari berubah tempat tapi kini 4 negeri komform tidak akan diadakan perayaan tersebut, negeri-negerinya ialah Kedah, Kelantan, Selangor serta Pulau Pinang dan berkemungkinan besar Perak.

Bertemakan " GURU PEMBINA NEGERA BANGSA ", memang ianya tepat dengan masa dan ketika kerana pada dewasa ini negera dan bangsa yang dibina, rakyatnya telah hilang jati diri, maruah dan perangai, buruk perangai seperti rasuah, salah guna kuasa sudah menjadi mainan para pemimpina dan akhirnya jadi ikutan kepada kakitangan awam, lihat saja di Perak, SUK, SU DUN, Penasihat Undang-undang langsung tidak tahu yang mereka adalah seorang pegawai yang perlu berkhidmat kepada sesiapa saja yang menjadi pimpinan negara / negeri, tapi atas dasar mentelikita sudah dikotorkan sikap mereka sudah berubah, mereka memihat kepada orang yang kalah dan sering menimbulkan permasalahan kepada negera.

Permasalahan, PPSMI, kekurangan Guru, kekurangan bilik darjah dan banyak lagi masalah yang routin menjadikan sistem pendidikan di Malaysia ini sentiasa berkecamok, bertukar menteri hanyalah penepati satu pengisian sahaja sedangkan mereka terus menjadikan alam pendidikan untuk tujuan satu kajian ( tempat uji kaji ).

Apa yang diumumkan oleh YAB Menteri Pendidikan, satu transformasi kurikulum kebangsaan untuk sekolah rendah akan di laksanakan tak lama lagi. Di-mana tranformasi ini melibatkan pembelajaran disiplin komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai kemanusiaaan, ketrampilan diri, fizikal dan estetika serta literasi sains dan teknologi. Semua program tranformasi ini di dahului di sekolah rendah, bagaimana dengan kebajikan para guru di sekolah rendah? adakah YAB Menteri sudah lupa yang pengemuman kenaikan pangkat semua disekolah menengah. Beban tugas di sekolah rendah, keseronokan dan imbuhan di longgokan di sekolah menengah, dimana keadilan yang dilaung-laungkan.

Mahyuddin perlu ingat semua pelajar di menengah adalah berasal dari sekolah rendah, sedangkan Mahyuddin sendiri berasal dari sekolah rendah, dididik di belai oleh seorang guru, apabila dah menjadi menteri & Timbalan Perdana menteri lupa jasa guru-guru di sekolah rendah.

Thursday, May 14, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Menjelang terbitnya fajar 16 Mei nanti, sehari selepas para belia meraikan Hari Belia di peringkat Kebangsaan, para pendidik pula meraikan Hari Guru di peringkat kebangsaan dengan turut sama YAB Perdana Menteri. Pada tahun ini dengan thema " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA ", didoakan kalangan guru terutama yang sentiasa melayari blog ini sentiasa dalam keadaan sihat serta diberikan keberkatan dalam usaha mendidik anak bangsa.

Memang tidak dinafikan segala rintangan dan halangan yang mendepani setiap guru, ianya di hadapi dengan penoh dedikasi dan akhirnya lahirlah manusia yang berilmu, berbudiperkerti serta semangat juang yang tinggi. Tahniah, tahniah dan tahniah.

Walau bagaimana pun pada saat di penghujung pemerintahan UMNO / BN ini telah mencatatkan daya kreativiti dan kemampuan daya pemikiran dan membuat keputusan setiap kalangan yang telah dilahirkan dengan ilmu yang tinggin. Kita lihat saja hampir semua pegawai kerajaan khususnya, dan ahli politik telah gagal menggunakan " otak yang boleh berfikir " laksana kata pepatah " otak ada akal tak ada ". Kita rasa teruja dengan sikap yang tidak berani kerana benar, tak mampu menyakinkan rakyat, kalangan ahli politik serta pegawai kerajaan lebih mementingkan kehendak sebelah pihak saja.

Kita lihat, apa yang terjadi dengan Institusi kehakiman, kita lihat bagaimana tidak adilnya kalangan PDRM, bagaimana memihaknya SPRM, SPR, Jabatan Pendaftaran dan semua instutusi kerajaan dan akhir-akhir ini terheret juga Institusi Istana dalam kemelut mempertahankan kedudukan UMNO / BN.

Untuk itu dengan tragedi ini boleh lah dikatakan dalam kejayaan melahirkan insan yang soleh dan berdaya saing ianya dicemarkan dengan tindakan dan memihat yang dipaksa oleh UMNO / BN yang sudah tidak relevan lagi untuk menerajui pemerintahan negara.

Akhirnya, selamat menyambut hari guru, pada masa perayaan hari guru nanti saya mohon maaf kerana terlibat dengan satu program di K. Terengganu, dengan itu nukilan ini di tulis sebelum saya menggerakan kereta untuk ke sana. SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU, " GURU PEMBINA NEGARA BANGSA "

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA