Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label GURU. Show all posts
Showing posts with label GURU. Show all posts

Monday, June 16, 2014

POLITIK - BENARKAH GURU DI KECUALIKAN ?


 


Guru berpolitik hanya rugikan BN - MAHATHIR

GOMBAK - Gesaan pemimpin Umno supaya penjawat awam khususnya guru kembali ke pangkuan BN dengan membenarkan mereka berpolitik hanya akan merugikan parti itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan kepada parti pemerintah jika mereka diberi kelonggaran untuk menceburi bidang politik.

"Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang.

"Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.

Katanya keputusan kerajaan sebelum ini menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan boleh melemahkan BN.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah jika cadangan itu tidak diperhalusi, kelonggaran itu dikhuatiri akan mengancam kerajaan kelak.

"... mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah," katanya lagi. -SH




Menteri gesa guru kembali pada BN

Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan untuk menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan menggesa para penjawat awam tersebut kembali ke pangkuan BN.

“Mari bersama Umno, MIC, MCA atau BN. Guru sebenarnya pengerak (dalam parti). Barangkali kita sudah buat kesilapan 10 hingga 12 tahun lepas, tidak benarkan guru memegang jawatan dalam politik.

“Maka guru terpaksa letak jawatan sebagai setiausaha cawangan bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua bahagian dan seterusnya.

“Tetapi baru-baru ini kita telah benarkan guru aktif semula, jadi saya merayu kalau boleh guru kembali semula kepada kami, bantulah kami,” katanya dalam Majlis Penghargaan Guru di Kuala Lumpur, hari ini.

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno dan BN, menghadiri majlis makan tengah hari bersama Yayasan Pendidikan Cheras selaku Menteri Wilayah Persekutuan.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Bahagian Timbalan Menteri Pelajaran II P Kamalanathan dan ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, yang merupakan pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.

Tengku Adnan juga berkata guru yang tidak menyertai politik boleh melemahkan BN kerana golongan itu sejak awal lagi merupakan penggerak parti.

“Barangkali itu juga yang melemahkan kita. Ia kerana kita tidak mempunyai penggerak di kalangan guru, guru besar dan pengetua,” katanya.

Sekatan penglibatan guru dalam politik ditarik balik pada tahun 2010, namun kakitangan awam lain masih dihalang bergiat aktif dalam dunia politik.

Tengku Adnan berkata demikian susulan kenyataan seorang guru yang ditegur oleh seorang pegawai khas di Kementerian Pendidikan kerana menyiarkan poster kempen DAP Dyana Sofya Mohd Daud di akaun Facebooknya.

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan didakwa meminta guru tersebut menutup akaun Facebook berkenaan dan memberi amaran untuk terus mengawasi tindakan guru wanita berkenaan.
-mk
 Kesimpulannya, UMNO masih lagi perlu " menguncikan " pintunya untuk cerdek pandai penyertai parti ini, dan andaian yang mengatakan UMNO akan berdepan dengan masalah kerana kehadiaran mereka ( bijak pandai ) termasuk para guru, tidak akan memilih untuk menyertai UMNO BN, sebaliknya akan memilih untuk menyertai PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat. Bukan saja kaum guru, penjawat awam divisyen A pun jika dibenarkan aktif berpolitik mereka tidak akan menyertai UMNO BN.

Apakah larangan ini ada kaitan dengan keadaan di Kedah, di mana Mukhris akan tercabar jika ramai gulongan " elite " ini menyertai, ini disebab pernah satu ketika beliau sendiri merasakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS, dan akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya", tetapi kini Mahathir mengubah nadanya untuk membantah saranan supaya kaum guru aktif berpolitik.

Apakah ada realitinya untuk kesenambungan krier anaknya di Kedah memungkin UMNO tidak perlu menerima kemasukan para cerdik pandai ini. Faktor ini biarlah masa saja yang menentukan.

Tuesday, July 9, 2013

GURU DAN POLITIK UMNO



Salam Ramadhan - kepada para pengunjung blog ini di iringi dengan doa moga-moga Ramadhan kali ini di penuhi dengan kegitan yang lebih mengimarahkan Ramadahan itu sendiri - Amin

Kembalinya kerahmatullah ADUN Kuala Besut memastikan PRK pertama selepas PRU13 perlu diadakan dan sudah pasti PRK pertama ini meninggalkan implikasi yang berat kepada UMNO / BN itu sendiri, tamahan pula di Terengganu pemerintahan BN cuma majoriti 2 kerusi sahaja. Apakah yang  akan terjadi jika di PRK ini PR ( dari PAS ) akan memenangi kerusi tersebut? jika ini berlaku kedudukan sudah menjadi seri di mana kedua-dua PR & BN pada kedudukan 16 sama. 

Kedudukan ini telah menimbulkan keresahan di semua peringkat. DUN perlu bubar, Istana ada Hak dan yang paling " bodoh " sekali kenyataan dari Ketua Bahagiannya YB Dato Seri Idris Jusuh ( gambar ) yang juga Menteri Pendidikan 2, kedudukan masih memihak kepada BN kerana Speaker adalah penyelamat. Persoalannya apakah Speaker itu seoarang ADUN atau bagaimana?

Beliau juga menyarankan agar semua dari kalangan pendidik khususnya guru terus mengundi kepada BN, dengan memberikan undian kepada BN ianya  bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka. " Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan, " katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.

hj markom giran photo hjmarkom.png 
Gesaan Idris mengingatkan kembali mengenai pilihan raya kecil Tenang dahulu apabila pengarah pendidikan negeri Markom Giran ( gambar ) dikatakan menyalahgunakan kuasa apabila mengarah guru-guru untuk memastikan kemenangan BN. Tindakan beliau di laporkan ke pihak PDRM.

Apa pula kata dari kesatuan guru?

Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.

Presidennya Hashim Adnan ( gambar ) mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.
 
“Guru-guru berhak untuk mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN. 

Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.
“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.

Tuesday, June 11, 2013

GURU OH GURU, BEBAN TERUS TERBEBAN

Guru oh Guru, memang tidak dinafikan diri mu seperti lilin, sentiasa berusaha untuk kepentingan orang lain, " engkau " berusaha, membanting tulang 4 kerat dan sentiasa memerahkan otak untuk memastikan setiap anak didik akan menjadi " mansuia " yang berguna untuk bangsa, agama dan negara. Tapi apakah keringat " engkau " kini berbaloi dengan apa yang telah dicurahkan.


Pengalaman selama hampir 34 tahun dalam bidang ini, ianya juga membebankan tapi ada masa rasa puas juga apa bila melihat hasil kerja dapat menghasilkan satu-satu keputusan yang cukup memuaskan, kecemerlangan di nilai dan dihargai oleh pihak-pihak tertentu. Perkhidmatan selama itu semua di sekitar kawasan pendalaman dan pinggir bandar, semua muridnya Melayu dan pendapatan keluarga mereka agak sederhana. Mereka terdiri dari kakitangan kerajaan, penoreh getah, pekerja ladang sawit serta kerja sendirian.

Memang tidak dinafikan dalam setiap bidang tugas yang ada kaitan dengan pembangunan kemanusiaan, sudah pasti ianya sentiasa di dampingi dengan berbagai masalah dan kerenah, selama lebih 34 tahun di arena pendidikan di beberapa buah sekolah, masalah yang di hadapi hampir sama saja. Suasana pengajaran dan pembelajaran, disiplin para murid, sikap birokrasi pegawai dan banyak lagi isu-isu yang sentiasa membebankan pihak guru itu sendiri. Di sorotkan beberapa isu yang mungkin boleh dikongsikan bersama.

BOSAN DENGAN SUASANA

Suasana dan persekitaran yang menjadi rutin memang membosankan tapi itu adalah naluri setiap penjawat awam atau mereka yang bertugas. P n P ( pengajaran dan pembelajaran ) serta menghadapi kerenah anak-anak didik adalah mainan harian. Adalah kalanya bukan setakat hari-hari persekolan malahan di hujung minggu dengan perkhemahan, bawa murid ke program dan aktiviti sokongan seperti menyerti pertandingan Kokurikulum Akademik ), penyertaan program peningkatan akademik. Apa yang saya hadapi hari demi hari dalam masa bertugas di sekolah ini ialah rasa bosan yang teramat sangat.

Masyarakat mengandaikan " Guru " amat mudah kerjanya, antara kerja dan cuti, cuti lebih banyak, tapi mereka " gagal " memikir permasalahan yang dihadapi, kecemerlangan bukan setakan akedemik malahan pembangunan sahsian mereka juga adalah di bawah tanggongan " guru " itu sendiri. Bosan dan sememangnya membebankan.

KEWUJUDAN GURU CEMERLANG

Kewujudan jawatan " guru cemerlang " pada zahirnya ianya banyak memberikan kesan sampingan dari " permuafakatan " antara guru-guru. Mereka dari " Guru Cemerlang " yang suka menghina dan memperlekeh guru-guru lain menyebabkan budaya berkelompok wujud di kalangan para guru dan kerja berpasukan (teamwork) hilang. Guru-guru biasa merasa terhina dan tertekan dengan sikap Guru Cemerlang di sekolah berkenaan. Para pelajar mengadukan hal ini dan mengatakan sebahagian guru menceritakan perihal guru-guru lain semasa berada di dalam kelas.

ISU DISIPLIN PELAJAR

Berbalik kepada suasana dan keadaan di sekolah, suasana pelajar yang tidak berdisiplin ketika berada di dalam kelas dan di dalam kawasan sekolah amat ketara.

Disiplin pelajar seperti merokok, berambut panjang, memakai rantai datang ke sekolah, memakai seluar koyak dan ketat, mempamerkan keadaan pakaian dan penampilan yang kotor dan tidak terurus, berkumpul dan lepak di tandas pada waktu rehat hatta pada waktu P n P, bebas keluar masuk kelas dan keluar masuk dari kawasan sekolah serta merayau-rayau di luar kelas tanpa sebarang aktiviti manfaat yang dilakukan. Tingkah laku sabagini semamangnya membosankan dan menyakitkan hati. Kadang-kadang ianya boleh menggugat kesabaran juga.

Apakah keadaan dan suasana luaran yang bagitu hebat kini telah berjaya mempengaruhi persekitaran alam pendidikan, juga berjaya mempengaruhi perkembangan setiap " anak kecil "?. Kita boleh lihat masa kini Pelajar sudah mula pandai melawan guru, tidak hormat kepada guru dan memperleceh guru. Atau mungkinkah peranan Guru Kaunseling dan Guru Disiplin sudah gagal berfungsi atau pelaksanaan disiplin yang agak lemah masa kini. Ada juga kalanya pihak pengurusan dan pentadbiran memihak kepada para pelajar itu sendiri, faktor ini juga boleh menjejaskan kredibitil guru. Pelajar yang buat salah, guru buat laporan tapi akhirnya guru yang dipersalahkan. Ia cukup memboringkan.

Badan disiplin sekolah tidaklah sehebat mana, kerana " Guru Displin " tidak mendapat apa-apa perlindungan dari pihak kementerian, malahan setiap tindakan yang diambil akan pasti pihak Guru Disiplin akan menerima " hukuman " dari mereka yang di ambil tindakan. Kenderaan guru adalah " mangsa " utama dijadikan tindak balas. Kepada siapa Guru Disiplin boleh mengadu? Akhirnya ramai guru-guru tiak berminaat untuk menjawat jawatan ini. Pernah juga berlaku, hukuman menyebelahi murid, apabila hal ini dibawa ke dalam mesyuarat disiplin, guru yang terlibat akhirnya ditukarkan ke sekolah lain, sedangkan pelajar hanya digantung sekolah selama dua minggu. Ini menampakkan bahawa kesilapan guru lebih besar dari kesilapan pelajar dari sudut peraturan Kementerian Pelajaran, yang dikatakan langsung tidak membela guru tetapi membela pelajar yang melakukan kesilapan. Begitu juga hukuman merotan pelajar, terlalu banyak pengecualiannya dan hanya dibenarkan kepada Pengetua dan guru disiplin sahaja. Merotan pula hanya boleh dijalankan di tempat yang tertutup.

PENTADBIR SEKOLAH YANG TIDAK ADIL

Memang tidak dinafikan masih terdapat berbezaan khusus dalam pengetahuan penggunan ICT. Serta maklumat kaitan dengan perkembangan dunia masa kini. Maklumkan kalangan pentadbir jauh lebih " dewasa " dengan kakitangan staf yang lain. Staf majoriti dari gulongan muda yang baru tamat dalam pengajian, lantas itu bebezaan pendapat tidak dapat dielakkan. Apa yang sedihnya masih terdapat kalangan pentadbir seperti zaman 50an dulu. Masih lagi mengamalkan sistem sehala dalam mengajukan pendapat. Ada kalangan guru yang cuba membetulkan pengurusan pentadbiran khusus kaitan dengan pengagihan jadual waktu, bukan diterima dan di bawah berbinang sebaliknya cadangan itu di sanggah serta  guru tersebut di lembarkan dengan pertuduhan " cuba " melawan pentadbiran.

Kecelaruan pengurusan dan pentadbiran akhirnya diadukan ke PPD ( Pegawai Pelajaran Daerah ), seperti biasa kesalahan banyak ditelakkan kepada guru-guru dan dapatlah guru-guru tadi " surat cinta " dari PPD dan mungkin hukuman selanjutnya " surat tukar " akan diterima oleh guru pada penghujung tahun nanti. Guru terus tertekan dengann birokrasi sabagini.

Dalam pengurusan kemanusiaan sikap " pilih bulu " memang tidak dapat di elakkan, tapi kita perlu ingat sikap sabagini boleh " mengerohkan " suasana kekitaan dan kekeluargaan itu sendiri. Implikasi dari tindakan sabagini sudah pasti mewujudkan suasana sentiasa tegang.

Guru-guru dan pentadbir sentiasa bergaduh dan sentiasa tuduh-menuduh, fitnah memfitnah, menceritakan dan menyampaikan keburukan sesama mereka sehingga menyebabkan guru menjadi tension untuk mengajar dan menjalankan tugas. Guru-guru seolah-olah tidak mahu mematuhi arahan pentadbir disebabkan sikap pentadbir (pengetua) berat sebelah dan tidak professional terhadap guru yang selalu menyalahkan guru dalam apa jua masalah yang berlaku.

REPUTASI DIKEJAR, AKHLAK TERABAI

Dalam apa juga jawatan, sama ada di pihak swasta mau pun perkhidmatan awam, reputasi untuk memajukan diri memang di galakan. Ini juga tidak ketinggalan untuk kakitangan perkhidmatan perguruan. Tapi jika reputasi yang di agung-agungkan dan " keseronokan " yang di riuh rendahkan apakan jadi pada akhlak peribadi " guru " itu sendiri. Yang dilaung-laungkan hanya untuk mengejar pangkat, sama ada mereka diperingkat rendah mau pun menengah.

Setiap kali adanya perjumpaan dengan guru kata-kata peransang untuk mengejar kenaikan pangkat, mengejar anugerah, nama, glamour dijadikan ucap utama, sebaliknya masalah  P n P, disiplin (ramai pelajar ponteng dan tidak masuk kelas, melawan dan memperlekehkan guru) menjadi terabai dan menyebabkan sahsiah, akhlak serta kebajikan pelajar semakin hari semakin tidak diambil tahu dan dibiarkan. Begitu juga penekanan terhadap tugas-tugas asas guru seperti memantau dan menekankan para guru agar sentiasa masuk kelas, menjaga dan menyediakan kemudahan dan kelengkapan peralatan di sekolah untuk kepentingan pembelajaran anak-anak kami dan sebagainya, semuanya telah terabai.

SALAH GUNA TENAGA

cikgu sedang mengecat
Pentadbir sekolah juga terlalu mementingkan keceriaan bangunan dan kawasan sekolah sehingga memaksa dan memeras tenaga guru dan pekerja bawahan untuk menceriakan kawasan dan bangunan demi mendapat anugerah cemerlang dalam pertandingan keceriaan sekolah di peringkat Daerah dan Jabatan. Ini menyebabkan emosi guru terganggu dan guru merasa tertekan dengan arahan-arahan untuk melakukan kerja-kerja di luar tugas guru seperti itu, tambahan pula guru mesti mengeluarkan kos dan perbelanjaan sendiri untuk menyediakan peralatan bagi menceriakan sekolah.

BEBANAN TUGAS SEMAKIN BERAT 

Arena pendidikan tidak " statik " sebaliknya ia sentiassa berubah, perubahan untuk penambahbaikan, dengan itu tapi kadang kala prubahan yang cuba dilaknakan tidak ubah seperti " tikus membaiki labu ". Masyarakat pendidikan di bebankan dengan tugasan yang tidak menetapi piawai tugasan. Dasar berubah dari masa ke semasa, cuba kita lihat dengan KBSR hanya bertahan selama 12 tahun digantikan dengan PPSMI dan kini PPSMI akan di tamatkan. Dalam semakan kerja di wujudkan pula PKBS ( Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah ) projek ini gagal. Kini terbit pula PBS ( Penilaian Berasakan Sekolah ) dengan sistem ini bukan ianya " paper less " tapi bertambah lagi penggunaannya. 

Selain itu, pelajar tidak lagi dinilai dengan kedudukan dan nombor dalam kelas atau tingkatan tetapi dinilai dalam ukuran band, iaitu band 1 hingga band 6. Ini memberi masalah kepada para ibu bapa untuk mengetahui setiap prestasi, kebolehan dan pencapaian dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari oleh anak mereka. Timbul masalah juga pelajar di sekolah pedalaman dengan sekolah berasrama penuh apa bezanya jika kesemua mereka mendapat band 6? Tiada penilaian dalam bentuk gred, peratus dan agregat seperti sistem lama dahulu. Bagaimana pula dengan ukuran kelayakan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh atau ke MRSM atau lain-lain yang sekolah yang menjadi rebutan para pelajar? 

Akhirnya coretan diatas adalah sebahagian dari rintihan dari seorang guru, moga-moga dengan rintihan ini dapat di fahami leh setiap pembaca. Juga moga-moga pembaca dapat memahami keadaan sebenar apa yang berlaku masa kini di arena pendidikan negara. 

Saturday, May 14, 2011

KUARTERS GURU - BENARKAH BERHANTU

Tamparan hebat kepada Kementerian Pelajaran, walaupun usaha mereka agak murni tapi pelaksanaannya menyedihkah, seolah-olah perancangan dinapikan dalam menyediakan kemudahan untuk para pendidik di seluruh negara.

Akhirnya usaha murni untuk meringankan bebanan guru dari sudut " tempat tinggal " memperlihatkan kementerian ini seolah-olah berkerja seperti kata pepetah " melepaskan batuk di tangga " ambil ada, sambil lewa, setiap projek tidak di iringi dengan percangan yang lengkap dan teperinci. 3000 unit rumah guru dengan peruntukan billion ringgit menjadi " gajah putih " khususnya kaunter di luar bandar dan pendalaman.

Pintu utama ke Kuarters Institusi Pendidikan di Kg. Pasir Putih dalam mukim Pulau Tiga di Daerah Perak Tengah.

Ini salah sebuah Kuarters Institusi Pendidikan di daerah Perak Tengah, dalam Negeri Perak. Ianya terletak di Mukim Pulau Tiga dan sekolah sekelilingnya terdiri dari SK Pulau Tiga Kiri, SK Pasir Kubu, Sk Selat Pulau, SK Toh Pelita, Sk Changkat Lada 2, Sk Seri Chempaka dan SK Changkat lada 3. Juga terdapat SM Dato Seri Maharaja Lela dan SM Changkat Lada, jumlah keseluruhan guru hampir 1000 orang.

Pondok Pengawal Keselamtan dan
kawasan permainan kanak-kanak disediakan.


Apakah betul perancangan yang dibuat oleh pihak PPD yang mencadangkan kaunter itu, kerana di SK Chagkat lada 3 dah ada kuaters, di SM Dato Seri Maharajala Lela juga demikian, dan di SK Dato Sagor juga ada kemudahan rumah tersebut. Jarak antara ketiga-tiga kuaters guru ini cuma mengambil masa kurang dari 20 perjalanan.

Apakah tidak ada dalam senarai di PPD bahawa Para Guru pula di kawasan ini hampir 70% adalah anak tempatan dan mereka sudah ada rumah sendiri, kalau pun tidak bersedia untuk menyewa rumah yang terdapat di sekitar Pekan Kampong Gajah.


Kuaters Guru yang tesergam indah, tapi malang tiada penghuni,
3 blok dengan 58 unti rumah cuma 6 sahaja yang berpenghuni.

Surau kawasan rumah guru

Monday, February 21, 2011

KAUM PENDIDIK KINI TERUS TIDAK AMANAH

Kini KELUARGA pendidik mula dipertikaikan oleh masyarakat, kenapa? Mereka dari peringkat pengurusan di sekolah rendah, menengah rendah, menengah atas dan sehingga ke universiti. Bukan setakat kaum guru di sekolah dan IPTA, tapi yang menjadi kritikan juga ialah mereka yang mentadbir kementerian itu sendiri. Sama ada kementerian itu di Kementerian Pelajaran mau pun di Kementerian Pengajian Tinggi.

Falsafah Pendidikan Negera ( FPN ) satu ketika dulu dan akhirnya di tukarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ), dan kedua-dua falsafah ini semua bermatlamat untuk melahirkan insan yang perkembangannya setiap individu pelajar itu secara menyeluruh dan bersepadu dan akhirnya dapat melahirkan insan yang seimbang dan hamonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Usaha ini juga bermatlamatkan agar mereka nanti akan lahir sebagai rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggongjawab dan berkeupaan mencapai kesajahteraan dalam diri sendiri dan akhirnya sudah pasti memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negera.

Kenapa perkhidmatan mereka perlu di kritik, kalau kita perhatikan bagaimana masyarakat Malaysia masa kini khusus dari segi akademiknya, apakah ianya tidak dapat di perhatikan oleh masyarakat. Dalam negara membangun jangan kita nafikan Malaysia amat kurang sekali rakyatnya yang " Buta Huruf " . Tahap akademik para pelajar amat tinggi, daya fikir mereka juga demikian.

" Ingatlah tidak semudah itu anda boleh digelar profesor selepas bersara (dengan meraih gelaran Profesor Emiritus atau Prof DiRaja) sekiranya akhlak anda tidak menghormati tradisi dan budaya ilmu. Usahlah fikir sekiranya anda berada di sisi orang politik yang berkuasa dan punya kabel ampuh maka anda lupa diri, lupa daratan. Hidup umpama roda. Contohi para ilmuan tempatan seperti Prof. Emiritus Dr Awang Had Salleh, Prof. Emiritus Dr Abdullah Hassan, Prof. Emiritus Dr Nik Safiah Karim, Prof. Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan lain-lain yang tetap kekal berbudi luhur dan bersantun tutur bicaranya dan kekal kaya sejarah pengalamannya " Kata Malaysia Kini. Mungkinkah kenaikan pangkat di bidang pendidikan juga perlukan penglibatan dalam politik, dalam perebutan pangkat dan gelaran di IPTA tentulah ada 'yang memijak, yang dipijak dan yang terpijak'.

Kalau kita imbas kembali secara realitinya, apakah kalangan pendidik kini benar-benar berada di landasan yang betul? ( bukan semua ), ada kalangan mereka terlibat cara langsung dengan urusan kontraktor, ada yang menjalankan . urus niaga cara langsung, ada yang telibat dalam politik cara langsung. Untuk itu apakah mereka mampu melaksanakan tugas 2 kerja dalam satu masa? Ini yang menjadi persoalannya.

Jangan di nafikan ada kalangan guru yang naik pangkat di urus terus dari Menteri, dan langsung tidak mendapat apa-apa " cadangan " dari pihak Pejabat pelajaran mau pun Jabatan Pelajaran itu sendiri. Ini sudah tentu mainan politik, kenaikan pangkat kerana orang itu orang politik. Juga jangan disangkal keterlibatan mereka sama ada di parti pemerintah mau pun pembangkang sudah tentu meninggal kesan yang negetif. Bukan itu sahaja, ada juga kalangan pentadbir yang meletakkan kerja hakiki mereka di tempat kedua, dan politik dijadikan pilihan utama.

Apakah kisah ini satu realiti keadaan pada masa kini - ehsan Malaysia kini

Semasa beliau membentangkan celotehnya (kerana tidak ada kertas kerja rasmi yang sebenarnya bersifat ilmiah) berhubung tentang salah satu cabang seni; cara komunikasi di hadapan audien seolah-olah beliau beranggapan berhadapan dengan para peserta/pendengar yang 'kangkung' juga. Beliau berlagak seolah-olah beliau serba tahu di hadapan peserta yang tidak pun sampai 35 orang yang berada dalam dewan tersebut. Bayangkan sebuah IPTA terpaksa membayar segala macam elaun perjalanan, makan minum dan penginapan di luar kawasan selaku seorang penjawat awam dengan wang cukai rakyat semata-mata kepada seseorang yang berstatuskan profesor tetapi hampas belaka dan mengecewakan. Ada pendengar, penonton merangkap peserta bidan terjun bertanya soalan-soalan spontan bersifat kreatif dan kritis.Tetapi profesor ini cuba mengelak dan memberi beberapa jawapan yang tidak munasabah, tidak akademik, kebudak-budakan dan 'self-fish'. Beliau asyik mempamerkan biodatanya dengan power point yang kelam-kabut lantaran sudah puas diusungnya ke sana ke mari. Seperkara yang membosankan ialah sikapnya mempamerkan satu-satunya buku tulisan beliau yang penulis yakin hanya sebuah sahaja yang menyentuh tentang cabang seni itu yang diterbitkan sebuah penerbitan swasta ternama di Kuala Lumpur (yang mungkin hasil kajian ilmiahnya dahulu) yang entah di kedai mana ada dijual kini atau tersimpan di stor lelong kerana telah diterbitkan pada abad yang lalu. Yang amat memeranjat ialah apabila ada 'peserta' bertanya tetapi dijawabnya:

“Anda dah baca buku saya? Tak payah saya jawab. Awak baca buku saya. Baca!” katanya sambil menempelak dengan berbagai-bagai cemuhan memalukan (tidak perlu penulis sebutkan) peserta yang bertanya. Justeru, apakah ini sifat seorang cendekiawan dan akhlak seorang profesor? Sepatutnya dijawab dengan penuh santun, beradab dan berbudaya. Kini barulah penulis percaya sememangnya wujud profesor kangkung yang hanya riak, angkuh dan berlagak tin kosong dengan satu atau dua buah bukunya yang diusung ke hulu ke hilir, mendabik dada tetapi tidak mencerminkan mahaguru yang dihormati. Kepada mana-mana profesor (termasuk profesor madya yang bakal menjawat profesor) ingatlah itu cuma jawatan anda sahaja sebelum anda bersara wajib di IPT.

Saturday, August 14, 2010

GURU - KERJA POLIS SANGGUPKAH DI PIKUL

Sekolah adalah institui atau " kilang " untuk memproses penambahbaikan kepada generasi akan datang, memang benar, sekolah sepatutnya di pertanggongjawabkan untuk memastikan kelahiran " manusia " yang berdisiplin serta penoh rasa tanggongjawab dan berakhlak mulia.

Fenomana kini memang menyayat hati seluruh masyarakat, apa tidaknya, berlaku kalangan pelajar melahirkan bayi di sekolah, ada juga " pelajar " yang sanggup buang bayi, mat rempit sudah pasti ada kalangan para pelajar yang terlibat, gejala dadah, gejala samseng, peras ugut, gengsterism dan " kurang disiplin " kecil seperti merokok, poteng sekolah sudah menjadi amalan biasa kepada mereka. Apatah lagi ada kalangan mereka yang sanggup memukul guru yang mengajar mereka.

Tugasan guru untuk mendidik adalah tanggongjawab yang diamanah dan perlu dipikul oleh guru selain mengajar, pada masa kini pihak tertentu terutama dari kalangan pendidik sering meluahkan perasaan berkaitan dengan beban tugas yang ditanggong oleh kalangan guru, tapi hingga kini belum ada satu resolusi berkaitan khusus dengan beban tugas tersebut yang dinyatakan secara bertulis.

Apakah masalah disiplin pelajar itu hanya tertanggong kepada para guru sahaja? Apakah hanya pembentukan disiplin boleh berlaku di sekolah sahaja? Apakah pula peranan Ibubapa/penjaga/badan sukarela/ JKK/ atau yang lebih dekat ialah masyarakat kawasan itu sendiri. Bukankah mereka juga perlu memiankan " tugasan " untuk memerhati tingkah lagu anak-anak yang dalam proses pembesaran ini. Persoalan ini perlu dijawab oleh semua pihak.

Apakah hanya pihak sekolah yang merisaui keadaan ini, hingga mereka sanggup untuk memikul tugasan polis pula, seperti apa yang dilaporkan Sinar Harian 14 Ogos 2010 - Presiden Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran - En. Jamale Paimen. Cadangan dan syor dari Kongres ini memang dialu-alukan, tapi apakah selama ini perjuangan untuk meringankan bebanan tugas yang ada belum selesai sebaliknya di pohon pula tugasan yang baru.

Pandangan YB Puad tepat sekalik, sudah tentu beban guru akan bertambah, adakah terjamin keselamtan guru itu di luar kawasan sekolah kerana bidang kuasa mereka hanya di sekolah sahaja dan perlu di ingat bahawa " semua guru adalah guru disiplin " sedangkan kuasa merotan pun di had kepada Guru Besar / Pengetua / Penolong Kanan dan Guru Displin sahaja. YB Puad juga bersetuju untuk mengatasi masalah disiplin bukan hanya terletak di bahu guru sebaliknya semua pihak, pepatah " kena jaga tepi kain orang lain " perlu digunakan untuk kepentingan kelahiran generasi akan datang.

Kepada Kongress - fikir-fikirkan lah kebajikan guru agar bebanan tugasan dipikul dapat menjamin kebajikan dan ketenteraman kehidupan harian.

Friday, August 13, 2010

KEMENTERIAN PELAJARAN TERSEPIT DALAM ISU GURU BERPOLITIK

Semenjak KSN memberikan lampu hijau kepada gulongan guru-guru DG41 - DG48 boleh melibat diri dalam politik secara dekat, Kem. Pelajaran telah dikritik habis-habisan oleh masyarakat seluruhnya, kenapa dalam satu negera yang mengamalkan satu undang-undang dan satu perlembangaan dan 5 tiang " rukun negara " masih ujud " diskriminasi " masih membeza-beza peranan dan tanggongjawab rakyat kepada negara.

Apakah Rasionalnya KSN memberikan kelonggaran hanya kepada gulongan guru untuk berpolitik, apa bezanya nama antara guru, pensyarah, pendidik, pegawai daerah, PTD dan lain-lain penjawat awam yang lainnya. Cuba kita ambil contoh, jika seorang Guru Besar atau Pengetua memegang satu jawatan dalam politik. GB / Pengetua tersebut berjawatan sebagai Ketua Cawangan, apakah GB / Pengetua tadi tidak akan meninggalkan kelas / sekolah jika pimpinan negara berkunjung ke kawasan tersebut? ( tambahan kalau pelawat tadi dari parti yang sama ), apa jadi pula jika GB / Pengetua terlibat dengan Parti A dan penolong Kanan pula terlibat dengan parti B. apa akan terjadi pada sekolah kelolaan mereka?

Benarkan " guru " pada masa kini semangat dan " kecintaan " mereka kepada negara seperti kalangan guru-guru yang mempelopori perjuangan menuntuk kemerdekaan tempoh hari? Kita lihat sahaja berapa ramai dari kalangan guru-guru yang turut sama dalam arena perniagaan ( bertindak sebagai kontraktor, peniaga pasar malam, peniaga kedai runcit, peniaga di gerai-gerai ).

Dengann itu memang ada asasnya pelajar di IPTA, kalangan pensyarahnya juga berhak untuk menuntuk kebenaran yang sama. alasan yang diberikan oleh Menteri IPT melambangkan betapa cetek dan bingongnya seorang menteri, dan jawapan beliau juga sama seperti apa yang dilafazkan oleh mantan Naib Canselor UITM dan program soalan jawan di TV3 tempoh hari, malahan timbalan beliau YB Shaifuddin Abdulla lebih rasional dalam menangai isu tesebut.

Kini satu badan NGO - KAMI ( Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen ) telah menyuarakan hak mereka. Mereka juga sedar apa yang sebenarnya belaku di IPT - cuba lihat bagaiman pihak kerajaan boleh menubuhkan Kelab UMNO di luar negara untuk mahasiswa di sana, sedangkan parti lain tidak dibenarkan, mengapa pernah satu ketika wakil Kelab UMNO dibenarkan berucap dalam perhimpunan agung UMNO. dengan itu secara rasminya satu foram berkaitan dengan isu ini akan diadakan dan resolusi akan diserahkan kepada menteri IPT, TPM dan kepimpinan PR.



Fahmi Reza di satu majlis bersama mahasiswa


Atas kesedaran itu, katanya, KAMI berpendirian bahawa:

1. Pihak Naib Canselor dan pentadbiran universiti harus lebih terbuka dan demokratik dalam membuat keputusan;
2. Mengecam keras sebarang campurtangan politik dalam keputusan yang diambil oleh universiti; dan
3. Mendesak agar universiti membenarkan penganjuran program syarahan perdana Student Power.




TPM / Menteri Pelajaran

KAMI juga bercadang untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada PKR dan PAS supaya dapat dibincangkan di peringkat parti masing-masing. Sementara itu, dalam sidang media yang sama juga, Ahmad Syukri berkata beliau "muak" dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamed Khaled yang melarang mahasiswa supaya tidak terlibat dengan politik. "Mahasiswa tidak bodoh, kami ada otak. Kami sudah muak dengan dogma tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik," katanya. Beliau juga menempelak kerajaan yang didakwanya bersikap dwi-standard kerana membenarkan penubuhan kelab Umno di luar negara tetapi tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik




Shazni Munir Mohd. Ithnin - keputusan tidak matang oleh menteri

Keputusan jemaah menteri yang melarang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terlibat dalam parti politik seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, semalam, disifatkan sebagai "tidak matang".

Malah, kata pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin ( gambar ) keputusan itu dibuat dilihat tidak mengambil kira bahawa mahasiswa sebagai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. "Kerajaan perlu melihat mahasiswa sebagai warganegara yang berumur 21 tahun ke atas diberi hak, partisipasi (dalam politik), berhimpun dan memberikan pandangan.

Wednesday, August 4, 2010

KSN - BERPOLITIK LAH GURU-GURU UNTUK KEPENTINGAN DIRI




KSN - Tan Sri Mohd. Sidek bin Hassan

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, dengan rasa bangga dan mendiskriminasikan gulongan kakitangan perkhidmatan awam telah memberikan lampu hijau kepada kumpulan profesional " hanya " di kalangan pendidik untuk memula dan memberikan kekuatan politik kepada kepimpinan negera. Satu persoalan apakah anggota perkhdimatan awam di Malaysia kini sudah tidak mengiktiraf kesamarataannya, mereka dari DG 41, M41, U41 contohnya adalah gulongan siswazah dan penglibatan mereka dalam politik secara " direct " memang tidak dinafikan akan memberikan kesan sampingan kepada organisasi yang di pimpin oleh mereka.

KSN perlu akur dengan perubahan masa, apakah " kekuatan " guru dan perjuangan mereka ketika negara inginkan merdekaan, perjuangan " tulus iklas " mereka untuk memerdekakan tanah air, juga kekuatan dan daya usaha mereka semasa negara sudah merdeka dengan merancangkan pengisian kemerdekaan tersebut setanding dengan kalangan guru di masa kini?

Perubahan masa meletakan kalangan guru sendiri seolah-olah merasakan mereka di tinggalkan oleh arus pembangunan negera. Mereka merasa iri hati dengan kemewahan yang di dapati oleh gulongan lain, gulongan koporat. Masa menuntut dan memperjuangkan kemerdekaan memang tidak dinapikan masa yang terluang dalam perkhidmatan digunakan untuk " politik " setelah berjaya dan negara sudah merdeka, negara sudah maju, negara sudah banyak projek yang perlu di laksanakan, " kegunaan " kalangan guru sudah mula di lupakan, masyarakat sudah mula melupakan jasa dan khidmat bakti mereka semasa menuntuk kemerdekaan, masyarakat mula di buai penghidupan dengan kemewahan. Lantas yang demikian, " landscape " politik tanah air mula menampakkan perubahan.

Keikhlas perjuangan yang tampa menggunakan RM, mula dipertikaikan, masyarakat sudah mula tahu menggunakan wang ringgit untuk kegiatan, semangat kesukarelaan mula menampakan ketidak suaiannya lagi. Kepimpinan guru dalam arena politik negera mula terhakis sedikit demi sedikit, kuasa politik mula menampakan " wang " menjadi pertaruhan untuk merebut kuasa. Akhirnya " guru " yang hanya berpendapatan sebulan sekali hanyut dalan arus pembangunan dan kemewahan negara.

Kesan dari PRU12, menampakan semula bagaimana kalangan pendidik harus diberikan kelonggaran untuk meneruskan perjuangan parti pemerintah. Apakah bila sudah terantuk baru terngadah, apakah kini kepimpinan negara sudah kelihatan " kemewahan " bukan segala-galanya tapi pengisian dalaman, jati diri, moral penghidupan, semangat setia kawan perlu di tanamkan dalam penghidupan harian.


YB Shaifuddin Abdullah Tim: Menteri Pengajian Tinggi - berbeza pendapat dengan
bosnya sendiri dalam isu berpolitik di IPT


Keadaan sudah menjadi " bubur " kepimpinan terus hidup dengan mewah, hidup seolah-olah bertuhankan " kebendaan " tidak menghormati undang-undang yang dicipta, tidak akur dengan kehendak naluri kemanusiaan, yang mewah terus mewah ( cuma pemimpin ) yang papa terus kedana ( rakyat ) apakah dengan membenarkan kalangan guru ini dapat memulihkan keadaaan? Ada juga kalangan " pendidik " yang sudah hilang pedoman penghidupan kerana mereka berpolitik, mereka sudah menjadikan " perguruan " sebagai jawatan no. 2 dan memastikan diri menjadi pemimpin parti itu lebih penting.




YB KJ - Beri juga laluan berpolitik kepada kalangan pensyarah dan siswazah

Faktor ini juga di curigai oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana beliau khuatir "Proses pengaruh mempengaruhi akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," "Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh timbul," katanya. pada majlis penyampaian hadiah golf amal anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Pasir Gudang, di Johor Bharu, hari ini.

Apakah pandangan YB menteri ini tidak belaku di sekolah rendah, lagi bahaya jika seorang guru diberikan suaka politik, pada masa kini mereka berpolitik secara " haram " pun mereka dapat menggunakan keistemewaan tersebut. yang jadi mangsa ialah pengurusan dan pentadbiran sekoloah, rakan sejawat serta yang paling malang ialah anak didik.

Tuesday, July 27, 2010

GURU - BEBAN POLITIK PULA TANGGUNGAN MU

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. "Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. ( Petikan dari Malaysia Kini )


KSN ( gambar atas ) sudah berapa lama beliau bertugas, dan sudah berapa lama menjawat jawatan KSN, dan di fahamankan dengan memberikan laluan kepada kebenaran tersebut perlantikan beliau di tambah ke setahun lagi. Insyaalah akar berakhir pada Nov. 2011.

Kalau kita kaji dan teliti kenapa agaknya di adakan peratuaran 21 Peraturan pegawai Awam ( kelakuan dan Tatatertib ) 1993, dengan tidak membenarkan guru siswazah berpolitik dan guru dalam kumpulan sokongan dibernarkan setelah mendapat kebenaran bertulis dari pihak KP Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha di kementerian berkenaan.

Memang ada pro dan kont dalam isu ini, khusus kepada mereka yang berminat untuk berpolitik, memang benar zaman Allahyarham Tun Ghaffar ( mereka guru sekolah rendah ) sahaja yang ada masa untuk kehulu ke hilir mempPerjungkan nasih bangsa. Dan perjuangan masa itu lebih ditumpuken kepada perjuangan suci untuk pembangunan Agama, Bangsa dan Tanah air. Perjuangan Guru Melayu tidak melibatkan " wang " di pernah di dengar istilah " politik wang " tidak pandar para perwakilan " menjual dan membeli " perwakilan. Tidak pandai mengadakan rombongan, tidak pandar menyediakan makan malam, tidak pandai membawa mereka yang berkenaan keluar negera dan sebagainya.

Apa yang penting, guru yang terlibat dalam politik apakala ada pilihanraya mereka lah yang akan di angkat menjadi calun, kerena perjuangan mereka, tapi masa berubah, daya fikir sudah matang, negera sudah mengalami proses perubahan dan menikmatti kemerdekaan, dengan itu zaman pemimpin yang hanya berjuang untuk kepentingan bangsa mula dipinggirkan, kalangan guru amat " miskin " jadi ruang ini di masuki oleh mereka yang bergelar " ahli koporat " Fenomena politik tanah air sudah berubah.

Apakah pihak kerajaan sudah dapat memastikan guru-guru yang terlibat nanti akan dapat memberikan tumpuan kepada " core business " mereka, apakah mereka akan di pantau oleh pihak perwajib dengan penglibat itu nanti. Apakah berani pihak di PPD mau pun di Jabatan hatta di kementerian untuk menegur mereka, di mana ada antara mereka yang menjawat jawatan Ketua Bahagian atau sebaran jawatan dalam parti nanti. Atau apakah mereka pula yang akan mengarahkan PPD hatta Pengarah mau pun KPPM dalam melaksanakan tugasan yang di amanahkan? Atau apakah tugas dan tanggongjawab kini akan " up side down " di mana pihak orang politik pula mengawas kakitangan kerajaan.

Tapi bagaimana pula akan berlaku jika sesebuah parti yang memerintah, terdapat kalangan kepimpinan parti yang menjadi pentadbir di PPD, JPN mau pun di kementerian, apakah mereka dapat melaksanakan atau memisahkan fahaman politik dengan kerja hakiki mereka? pada masa kini pun, ramai kalangan pegawai kerajaan bertindak mengikut selerah dan fahaman parti pemerintah apatah lagi jika mereka sendiri yang bertindak sebagai pentadbir nanti. Sudah tentu keadaan organisasi pendidikan akan caca marba di buatnya.

Lihat pula faktor ini, perjumpaan dan aktiviti orang parti tidak mengenal masa, dan boleh dan perlu bergerak sentiasak, apa akan jadi kepada murid dan para pelajaran sesebuah sekolah jika majoriti gurunya terlibat dengan politik, apa akan terjadi jika mereka pula berada di PPD atau Jabatan atau Kementerian? tidak kah nanti, " load work " akan menjadi-jadi. dan keberhasilan kerja tidak menentu. yang mana perlu di " fokuskan " karier politik atau karier hakiki ( jawatan ) yang disandang.



Akan ujudkan persefahaman ssebagini antara guru dengan murid yang
ada fahaman politik kepartian nanti ? ( gambar hiasan )


Akhirnya dapatkah atau mampukan mereka kalangan guru yang berpolitik dan perjawatan dalam parti untuk membezakan antara kepentingan politik dengan kepentingan kerja hakiki yang di jawat. Berpolitik - client dari politik yang sama, tapi sebagai guru ( sama ada di sekolah mau pun di PPD, Jabatan, Kementerian ) yang dihadapi semua rakyat di negera ini, dan negara ini pula mengamalkan sistem demokrasi. " Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik. Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik " tambah KSN



Sunday, July 11, 2010

GURU MALAYSIA - KGMMB HILANG HALA TUJU

Banner mesyuarat dan sebahagian dari AJK

Kini teserlah arah tuju kaum guru dalam arena berkesatuan, mereka langsung tidak menunjukkan kesetiaan kepada kesatuan, mereka tidak menghormati perlembagaan, mereka menidakan apa yang diperjuangkan. Tragedi ini jelas terbukti semasa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan KGMMB Cawangan Perak Selatan. KGMMB Perak Selatan adalah cawangan yang ke 16 di Malaysia yang mengadakan mesyuaratnya dan kini hanya tinggal satu lagi, jadi semua sekali cawangan KGMMB berjumlah 17buah, dan Perak Selatan mempunyai keahlian sejumlah hampir 2000 orang. Malangnya yang hadir pada hari ini hanya 50 orang sahaja. Hanya cukup korum untuk mengadakan mesyuarat agung.

Kelompok kecil perwakilan dalam dewan

Perasmian di laksanakan oleh cik gu Mat Jidin din Ahmad mewakili Tn. Hj Mohamed Sabri bin Hj. Mohd. Arshad, Presiden. Perasmi juga tidak berminat untuk bercakap panjang kerana ahli masih ramai di ruang legar rumah rehat dan yang ada dalam dewan cuma antara 15 ke 20 orang sahaja. Dengan sayu beliau menyatakan " saya juga tidak berniat untuk bercakap panjang, kerana ingin memberikan laluan kepada persidangan yang akan diadakan nanti " Atas dasar itu beliau selaku Timbalan Presiden tidak langsung berminat untuk menyatakan kejayaan dan kecapaian yang di capai oleh kesatuan sepanjang tahun ini.

Cikgu Azman bin Nordin besemangat memberikan hujahnya.

Walaubagaiman pun mesyuarat tetap mesyuarat, yang berminat dan ingin melihat kesatuan dalam keadaan terbaik dan berjuang terus untuk memastikan pembangunan pendidikan di laksanakan tetap berdiri tegak memberikan buah fikiran. Idea penambahbaikan dari semua aspek, perkhidmatan, kebajikan serta pembangunan pendidikan itu sendiri.
KGMMB kini juga harus berhati-hati dalam perjuangan, jangan ikut langkah orang-orang politik dalam mengedaliuruskan kesatuan, nanti ahli bertambah kurang, kaum guru sudah boleh berfikir yang mana baik dan buruknya mainan politik waktu ini. elakan berpolitik dalam kesatuan. Yang penting tangani dan depani setiap permasalahan yang di hadapi oleh ahli-ahli kita. fikirkan bagaimana ahli yang hampir 2000 orang untuk Cawangan ini boleh hadir sekurang-kurangnya separuh dari jumlah keahlian. renung-renungkanlah.






Sunday, June 6, 2010

GURU - DIRI MU SENTIASA DIPERHATIKAN


" Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam tempoh sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka " kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Kenyataan balas ini adalah ekoran dari kelohan yang disuarakan oleh KPPK ( Kesatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan ) dan ianya ada kaitan dengan Pekeliling Ikhtisan Bil. 8/2005. Tan Sri KPPM juga menyelar kepada pengurusan sekolah agar pihak pentadbiran dapat mengurus dan merancang untuk melaksanakan setiap aktiviti pada hari-hari tesebut. Jika Sabtu jatuh pada hari kelepasan am, sekolah sama sekali tidak boleh memaksa guru bertugas, tambah beliau.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, meminta semua pengetua dan guru besar akur surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajara, ini kerana ada segelintir pengetua dan guru besar yang memaksa guru mengajar kelas tambahan pada setiap Sabtu hanya merugikan pihak sekolah dan guru sendiri. Bebanan kerja tambahan ini boleh menyebabkan guru hilang fokus terhadap tugasan yang diamanah. Apa yang penting kakitangan pelajaran juga perlu menikmati kemudahan perkhidmatan seperti penjawat awam yang lain.

Tapi bagi PIBGN ( Persatuan Ibubapa Guru Nasional ) pengerusinya prof madya Datuk Mohd. Ali Hasan seperti tidak bersetuju dengan cadangan KPPK ini, dan beliau menyarankan agar guru-guru diberikan pelepasan untuk bertugas mengikut kerelaan masing-masing terutama semasa musim cuti persekolahan. Kerana seorang " guru " yang berjiwa guru memegang prinsip sentiasa berkorban untuk kepentingan pelajaran anak didik terutama mereka yang di kelas peperiksaan.

Walaubagaimana pun, guru di musim ini, mereka bukan sahaja melibatkan diri di alam " kerja hakiki " iaitu bertindak sebagai seorang guru. kerana ramai kalangan mereka memegang prinsip " kerja guru dan menjadi seorang guru " lantas yang demikian ramai kalangan mereka yang perlu dan kadang kala memaksa diri untuk menjadikan tugasan guru sebagai kerja
" parttime " . Selain menjadi pendidik mereka juga terlibat dengan kerja-kerja sampingan seperti melakukan kerja-kerja kontraktor, menjalankan urus niga jual beli, terlibat dalam politik dan sudah tentu kerja sampingan ini akan menjadi dan berikan keutamaan untuk kepentingan tersendiri.

Sepatutnya sama ada KPPK mau pun pihak Kementerian buat satu kaji selidik berapa ramaikah gulongan " guru " jenis ini yang kini berada di sekolah-sekolah. Penglibatan di arena perniagaan sambilan sudah pasti ramai terdapat di kalangan para guru yang berkhidmat di bandar-bandar besar dan para guru yang berada di kawasan perkampongan pula mereka melibatkan diri dengan parti politik. Atau pun mereka berusaha untuk membantu pembangunan pelajaran anak didik dengan memberikan tumpuan kepada kelas-kelas tuisyen. Semua kerja tambahan ini sudah pasti menambahkan bebanan tugas kepada seorang guru.

Jika tenaga guru dipelukan untuk melakukan kerja lebih masa, apa salahnya pihak KPPK mau pun Kementerian memikirkan imbuhan sepatutnya untuk mereka. Kadang kala semasa mengadakan pekhemahan unit berunifom, galangan guru pengirin perlu bermalam di tapak pekhemahan tapi imbuhan untuk mereka tiada dan ia tak sama dengan penjawata awam yang lain. Penjawat awam yang lain kerja hanya 8 jam tapi guru bertugas " around the clock "
Untuk itu, adalah disarankan kepada KPPK dan Kementerian serta semua kesatuan dan persatuan di bawah payung kementerian pelajaran dapat memikirkan penambahbaikan dalam pengurusan perkhidmatan gulongan pendidik ini.


Tuesday, February 23, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF 14 - BE SMART & GOOD BEHAVIOUR


" Men in general judge more from appearances than from reality. All men have eyes, but few have the gift of penetration "
. - Niccolo Machivelli
adopted from The Principal Factor Making an Impact Developing Effective Schools.


Kebersihan, kecekapan, kecekalan, juga mempunyai sikap dan pekerti yang mulia memang menjadi tuntutan kepada seorang yang bergelar " guru " atau pada masa kini ianya lebih cenderung kepada " pendidik ". " Appreance " seseorang guru bukan semata-mata kepada luaran sahaja khusus berkaitan dengan pakaian, tingkah laku tapi juga kaitan dengan " conduct " sikap dan perkerti. Kenapa ianya perlu sedemikian " guru " adalah model kepada khususnya anak didik serta juga masyarakat.

Sebagai contoh, seorang guru yang berpakaian " smart " sudah pasti memberikan " credit " kepada perwakatan dan memberikan " kepuasan " kepada pelanggannya. dengan tarikan yang demikian ianya memberikan satu kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang lagi. Kalau kita ambil perhatian kepada seorang guru Pendidikan Jasmani dan mengajar subjek tersebut dengan tidak memakai pakaian yang sempurna apakah pengajaran dapat di jalankan dengan sempurna?

Sebagai seorang " profesional " ketampanan, kecantikan, boleh memberikan satu kekuatan kepada bidang tugas yang amanahkan. Seorang guru lelaki, perlu rambut yang disisir rapi, kasut yang bersih, pakaian dan aksesori yang lain dalam keadaan yang cukup memberansangkan.

Selain dari itu, " pendidik " juga perlu menggunakan tutur kata yang tidak menyinggong perasaan semasa bertutur dengan pihak lain, sama ada kalangan anak didik mau pun masyarakat sekeliling apa tah lagi dengan rakan sejawat.

" Words gets around the community fast, and if you are in an affair, you will soon lose you credibility and it becomes more difficult to be and effective teacher "

Selain dari itu, seorang pendidik juga mengelakkan dari kawasan " socially unacceptalbe ", kawasan yang sedemikan, jika anda tertangkap reputasi kerjaya akan dipertikaikan oleh masyarakat, pada ketika ini semua yang baik akan musnah, kecuali pemergian itu untuk tujuan yang diperlukan oleh pihak sekolah dan ianya perlu diiringi oleh pihak berkuasa tempatan, ianya untuk mengelakan dari tohmahan.

" you should not allow yourself to be compromised in any manner "

Tingkahlaku sedemikian akan menjadi ikutan kepada rakan sejawat dan khasnya kepada kalangan anak didik

" try to avoid yourself into trouble, work smart "

Sunday, February 21, 2010

GURU TIDAK PRIHATIN TANGGONGJAWAB BERKOPERASI

Menghilangkan rasa penat lelah dengan " gelombang politik ", baca juga akhbar politik, setiap hari cerita politik yang dipaparkan, tak habis dengan kisah " orang ini tak betul, orang itu tak betul, orang ini penghianat, orang itu orang suruhan, dan kadang kala cerita langsung tak boleh diterima oleh akal, bagaimana seorang anggota polis dan seorang guru di serbu dan ditangkap dengan dadah di miliki oleh mereka. dan terkejutnya peristiwa ini belaku di kawasan yang jarang sekali didengar adanya kemudahan " kelab berseronok " ianya di Tanjung Malim.

Apabila ada orang campur tangan urusan kita, kita marah, tapi bila kita campur tangan urusan orang lain kita tak sedar, syok sekali, kenapa orang tegur kita?

Atas dasar untuk berjumpa kawan-kawan lama kerana hanya semasa adanya mesyuarat-mesyuaratlah dapat kita berjumpa dengan mereka, untuk itu, majlis mesyuarat Koperasi KGGMB yang diadakan di Teluk Intan, mungkin juga ianya hampir dengan rumah, pergilah jengok-jengok dan cuba untuk mendapatkan maklumat terbaru khusus berkaitan dengan perkembangan dunia koperasi di tanah air ini dan di kendali uruskan oleh kesatuan yang semua mereka dari gulongan guru ( pendidikan )




Tapi apa yang menyedikan kehadiran ahli amat mendukacitakan, kalau lah hanya sekitar 100 - 120 orang yang hadir ianya amat mendukacitakan, tambahkan koperasi ini hak milik 100 bumiputra. Gambar di atas jelas menujukan betapa kurangnya kehadiran tersebut.


Walaubagaiman pun pihak urustia berusaha untuk memastikan kehadiran di tahap yang boleh dibanggakan, semua kemudahan disedikan, dewan yang serba lengkap, sejuk dan selesan, juadah sarapan dan makan tengah hari serta akhirnya sebelum perwakilan balik disediakan dengan sedikit wang saku untuk perbelanjaan minyak. Tapi kenapa ahli enggan juga untuk hadir. Untuk itu lembaga pengarah perlu memikirkannya.

Saturday, February 6, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF 13 - JAGA KESIHATAN DI TAHAP YANG TERBAIK


Tidak ada siapa pun yang dapat menyangkalkan betapa pentingnya kita sentiasa dalam keadaan "fit", ini kerana dengan tidak " fit " kita pasti tidak dapat melakukan segala kegiatan, aktiviti, daya fikir serta bertindak di tahap kebaikan yang paling maksima. Jika kesihatan diri di tahap yang terbaik, sudah tentu semua kegaitan dapat dilaksanakan dengan penoh keseronokan. Setiap individu dapat mengawal emosi untuk berfikir dan bertindak dengan lebih baik. rintangan seperti, selsema, batuk, sakit kepada ( migran ) keletehan dapat dihindarkan untuk memastikan diri dalam keadaan terbaik " top form ". Dengan kesihatan yang baik, diri kita juga tidak terlalu memikirkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, gaut dan sebagainya.

" He who has health has hope, and he who has hope has everything " An Arabian Proverbs.

Beberapa cara untuk memastikan kita sentiasa " top form ":

1- pastikan diri kita dapat rehat secukupnya dan tidur adalah rehat yang paling sesuai, bagi orang dewan tidur yang cukup lebih kurang 6 jam sehari. Atau pun kita mengamalkan " lelep " beberapa minit di waktu tengahari " Sleep must not be scarificed as lack of sleep impairs memory and inhabits creativity. It enhances your control over your emotions and prevents mood swing. Without sufficient sleep, you are more prone to accidents " . adopted from The principal Factor, Making an Impact in Developing Effective Shcool - Sharifah Madinah.

2- Mengamalkan budaya minat kepada " exercise " ini dapat memastikan badan dan tubuh sentiasa sihat, dalam keadaan kita setiasa sibok dengan kerja luangkan masa di hujung minggu untuk mengadakan riadah tersebut. Aktiviti seperti berbasikal, berenang, jogging adalah antara aktiviti yang menyeronokkan. budaya dan amalkan selalu untuk kepentingan kesihatan kita.

3- Pemakanan juga perlu di jaga dan sentiasa mengambil makanan pada tahap yang secukupnya agar ianya tidak membebankan diri sendiri, juga perlu mengambil pemakanan secara berterisan dan sarapan adalah penting, kerana tenaga diperlukan di awal pagi untuk tugasan, walaubagaimana pun elakan dari " overeat ". Pakar pemakanan juga mencadangkan agar mendapatkan susu setiap hari dan elakan mengambil makanan ringan.

Walaubagaimana pun kadang kala kita juga tidak mengetahui sama ada pemakanan yang diambil seimbang atau sebaliknya dengan itu juga dicadangkan kita mengambil " healtih supplements " secara berterusan. akhirnya elakan mengambil gula yang tinggi, makanan ringan, juga kurangkan kopi dan tea.

4- Banyakan meminum air masak.

5- Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berterusan. Dicadangkan jika anda pegawai kakitangan yang bawah 50 tahun setahun sekali dan 50 tahun keatas 2 kali setahun.

Friday, January 29, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF - 12 - UJUDKAN RAKAIAN KERJA

Siri 11 Guru - try not to bring your personal problems to school, satu masalah di kalangan guru yang menjadikan beban " c0re-bisuness " di tinggalkan ialah kerana telah ramai kalangan pendidik yang menceburkan diri dalam perniagaan - sama ada " penjaja kecil ", menguruskan stall, pembekal, direct selling, mau pun sebagai kontraktor - sudah tentu ini menambahkan lagi beban dan hilang tumpuan terhadap anak didik di sekolah.

Seorang " pendidik " itu mestikan ada rangkaian kerja yang luas, agar tanggongjawab serta peranan mereka dapat lebih berkesan lagi, dengan itu mereka perlu mecari " rakan kongsi " untuk menimba ilmu pengetahuan khusus dalam bidang pembangunan pendidikan, lebih banyak rakan kongsi sudah tentu dapat bebagai-bagai idea atau pendekatan yang lebih menyeronokkan pengajaran dan pembelajaran. Selain dari pergaulan dengan rakan sejawat, dengan masyarakat, pemimpin juga perlu didampingi.

Sebagai contoh, untuk menyelesaikan masalah disiplin seorang pelajar itu, kajian perlu dibuat dari akar umbi, bukan hanya di meja guru mau pun dalam kelas sahaja. Sudah tentu penglibatan luar seseorang pelajar itu perlu diketahui, jadi dimana perlu seorang guru itu membuat rujukan?
siasatan juga tidak perlu dilakukan secara " direct " dengan si pesalah mungkin dengan cara mengaitkan " indirect " individu lain untuk mendapatkan hasil siastan.

" Networking " adalah cara yang berkesan untuk mencari jawapan, sama ada dalam urusan peningkatan pengajaran dan pembelajaran mau pun dalam urusan penyelesaian masalah murid itu sendiri.

" If you want to be a highly effecitve teacher, you should creat a rapoort ( a good, working relationship ) with as many people as possible. because sometime time will come, when some of them can assit you when you in problems"

Untuk mendapatkan hubungan yang baik dengan orang lain, " diri sendiri " juga perlu ada rasa semangat setia kawan, serta memiliki " repo " yang sentiasa di senangi oleh semua pihak. Sikap tolerasi perlu ada, merendah diri serta sentiasa dapat menghormati pendapat dan pandangan orang lain. Bercampur gaullah dengan seramai mungkin kenalan.

Hanya sekadar pengetahuan rakan kongsi yang boleh digunakan pakai seperti PIBG, rakan sejawat dalam bidang pendidikan mau pun lain-lain bidang, keluarga pelajar itu sendiri.

" Don't screen people out. Those who appear powerless or insignificant may be stars waiting to rise. Someday, they may become key nodes in your network and creat a huge apportunity for you " - Tim Sanders - Yahoo Chief Solution Officers.



Tuesday, January 26, 2010

GURU MALAYSIA - BERJIWA RAKYAT

Setelah kita melihat negara di penuhi dengan tindakan mahkamah oleh orang-orang politik, sana sini pertuduhan, sana sini saman menyaman, saman yang dituntuk pula bukan alang kepalang, mata jutaan ringgit sudah menjadi perkara biasa. silap saja kes akan dibawa ke mahkamah. Perbicaraan mengambil masa yang lama, akhirnya kesalahan biasa, mencuri, mengedar dadah, rogol telah menjadi kesalahan kecil, sebaliknya kesalahan orang politik menjadi tumpuan utama.

Kini, negera di kejutkan dengan tindakan dua orang guru suami isteri En. Mohd. Afandi Abd. Hamid 39th dan isterinya roziaini Mohd. rozi 38 th. Pertuduhan ialah mereka menerima satu konspirasi dalam menjalan tugas terhadap penginiaan tersebut. Mereka juga dinafikan hak pertukaran, pihak sekolah juga tidak mengikut ofsyen guru tersebut kelulusan pendidikan agama Islam tapi mengajar Pendidikan Moral.

Apakah rasionalnya tindakan kedua-dua orang guru ini membawa kes tersebut ke mahkamah? Apakah mereka berdua juga sudah berfikir secara mendalam dengan tuntutan mereka ini atau membawa ke mahkamah untuk kepentingan kalangan guru-guru yang lain buat masa hadapan? jawapannya ada pada kedua-dua guru tersebut.

Apa yang menyebabkan mereka " berani " dan ada pihak yang sedia membantu adalah disebabkan pada masa kini, pengurusan dan pentadbiran negera hampir kesemuanya perlu melibatkan orang politik. Orang politik sudah hilang arah tuju kerana penglibatan mereka amat mendukacitakan.

Kita ambil contoh, dimana amalan profesioanlisma badan kehakiman terdapat penghakiman DSAI zaman Tun Mahathir, kredibilti badan ini terhakis untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak. Penghakiman yang dilakukan secara " pilih kasih " kemampuan badan ini terus di pertikaikan, mereka sudah tidak bebas sebebasnya, kerana perlu mendapat " pertolongan " atau " arahan " dari pihek tertentuk untuk menjatuhkan hukuman. Krisis 2MB di Perak cukup memualkan sistem badan penghakiman ini. Nampak sangat mereka memihat kepada pihak tertentu.

Berkaitan dengan " enjin " jet yang hilang, untuk menentukan harga enjin tersebut pihak Kem. Pertahanan membuat 3 kali pengumuman dari harga RM100juta dan terus turun sehingga RM300K dan Jawatankuasa kewangan parlimen pula menetapkan harga hanya pada kadar RM400K. Kenapa ini harus berlaku. jadi harga jet perjuang F5E ini agak sama dengan sebuat mercedes.

Itu badan hakim, cuba kita lihat pula bagaimana SPRM, yang dulu dikenali dengan nama BPR, ianya jelas " pilih bulu " ada pihak di tangkap hanya dikatakan salah guna kuasa dan mengunakan wang kerajaan cuma RM2000 saja. Ada juga hanya mengedarkan 40 ekor lembu untuk majlis qurban, tapi yang malangnya ada pertuduhan yang lebih hebat seperti komesyen, rumah banglo, bawa wang keluar negera semuanya di simpan dan di tiadakan maklumatnya.

Agensi lain seperti PDRM, SPR semuanya sudah mengikut telunjuk orang politik dalam melaksanakan tugas. Dengan itu tidak hairan lah sudah sampai ke ketika di mana seorang guru pula mengambil tindakan mahkamah terhadap majikannya. Dari Guru Besar sehingga lah kepada Kementerian Pelajaran.

Kini rakyat malaysia di ajar dan diasuh untuk bergerak dan menggunakan mahkamah untuk kebaikan bersama.

Monday, January 25, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF - 11 - DO NOT BRING PERSONAL PROBLEMS TO SCHOOL

" Tragedy is thus a representation of an action that is worth serious attention, complete in itself and of some amplitude by means of pity and fear bringing about the purgation of such emotion " - Aitsotle

Kalau dulu dan kini " Guru Sebagai Lilin, ianya membakar dan terbakar " memang tidak dinafikan, walau pun masa kini kebajikan mereka dah dapat pembelaan. Suasana kerja, kemudahan kerja, walaubagaiman " beban " kerja juga tidak dinafikan pertabahannya. Kita boleh senaraikan apa saja kejadian, malapetaka di dunia, tempat yang paling sesuai untuk di laksanakan pendedahannya ialah disekolah. kemalangan jalan raya sekolah, isu HIV, sekolah perlu tangani, isu buang anak sekolah juga perlu tangani kerana suduh diadakan Pendidikan Seks disekolah.

Selain itu bebanan yang harus dipikul seperti menyediankan keperluan pengajaran dan pembelajaran untuk esok, menyiapkan alat bantuan mengajar, menyemak kerja murid, menyelesaikan masalah kelakuan, menyimpan data peperiksaan ( walaupun bukan hari-hari ), melaksanakan tugasan arahan Guru besar/ pengetua, menjalankan aktiviti peringkat kelompok, daerah kadang-kadang ada juga di peringkat negeri. Dengan itu seorang " guru " seperti superpower semua boleh buat. Kadang kala guru tidak menlaksanakan tugas " core " kerana kerja sampingan yang membebankan.

Tapi awas, setiap manusia juga tidak lepas dengan permasalahan, setiap masalah perlu diselesasikan dan iatidak perlu di bawah bersama-sama dengan tugasan rasmi " mendidik " Wajah muram seorang guru itu melambangkan ianya sedang di hinggapi oleh masalah, dengan itu sudah pasti hasil kerja tidak ditahap yang maksima. " Their negative feelings will adversely affect their subordinates " Sudah tentu perasaan marah meluap-luap dan akhirnya anak didik yang menjadi mangsa.

Masalah yang sering melanda " guru " seperti permasalahan keluarga, perhubungan kalangan rakan sejawat, rakan sekeliling dan masyarakat, juga yang agak meruncing dan sering di kesali ialah maalah kewangan. masalah hutan, kerana kadang kalan bukan guru saja perjalanan hidup tidak berpandukan kewangan yang diperolihi. Berberlanja lebih dari pendapatan. Kesannya sendiri tanggong.

Cubalah selesaikan setiap masalah secara melihat dari keseluran aspek penghidupan dan elakan setiap masalah ini menjadi duri dalam daging penghidupan kita, kerena seorang " guru " perlu memiliki personal yang baik untuk berdepan dengan setiap individu yang bergelar " murid -murid " dan elakan membawa masalah itu ke tempat kerja.

" Sadness is almost never anything but a form of fatigue " - Andre Gide

Thursday, January 21, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF 10 - BERFIKIR MENDALAM TAPI TIDAK MENGGANGGU FIKIRAN KITA

Bertindak sebagai seorang guru dan bekerja sebagai guru adalah dua kenyataan yang berbeza walau pun tindakan dan perbuatan kedua-duanya hampir sama. Seorang yang bergelar dan menjawat sebagai guru daya fikir dan tindakan untuk memastikan "client" atau anak didiknya sentiasa puas menerima ilmu pengetahuan yang sepatutnya. Serta seorang guru pula sentiasa berusaha untuk memberikan " kepuasan berilmu " kepada mereka yang diamanahkan.

Untuk itu guru perlu sentiasa memikirkan setiap perancangan yang perlu dilaksanakan dengan detail TAPI seroang guru juga perlu tahu dan bertindak agar setiap apa yang difikirkan tidak membebankan penghidupan harian.

" No institution can possibly survive if it needs geniuses or supermen to manage it, it must be organised in such a way as to be able to get along under a leadership composed of average human beings "- Peter F. Drucker cebisan dari : The Principal Factor Making An impact in Developing Effective School.

Seorang guru juga mungkin, seorang bapa, mungkin juga seorang pemimpin NGO's amat perlu mengimbangi tugasan yang dipikul " U must know how to balance your time to be hands on in cheking the relevent and unrelevent works to make sure your candidate will admire your works and for their success " ini kerana setiap tugasan yang perlu dilaksanakan tidak perlu menghadapi permasalahan. melalui pengurusan masa dan keputusan yang tepat diambil agar perancangan di sekolah, kelas dan kalangan rakan sejawat sentiasa di tahap maksima pencapaiannya.

Dengan sentiasa berfikir dan mengambil keputusan yang tepat dan bertindak secara " colective " sudah pasti memberikan hasil yang semaksima mungkin. So dengan itu sebagai seorang guru perlu bertindak, berfikir dan mengambil keputusan yang lebih mementingkan pencapaian kecemerlangan anak didik. Berfikir secara waras, secara rasional pasti dapat menghasilkan keputusan yang terbaik.

Sunday, January 10, 2010

GURU - MANAGE YOURSELF 9 - RANCANG & BERTINDAK

Merancang, perancangan, menyediakan pelaporan, membuat kaji selidik, mengadakan perbincangan adalah salah satu tugas yang perlu di pikul dan di pertanggongjawabkan kepada seseorang yang di gelar " pendidik " Untuk itu adalah amat perlu seseorang " guru " itu setiap apa yang dirancang yang dirancang perlu diambil tindakan secepat mungkin dan tidak mengada-ngadakan alasan yang tidak menusabah untuk melewatkan apa yang telah dirancang.

Setiap perancangan yang dilaksanakan dalam masa yang paling maksima akan memberikan hasil yang memuaskan atau ianya dapat menghasilkan hasilan yang lebih baik. dengan itu anak didik akan merasa lebih " puas " dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilontarkan untuk mereka.

Bertindak segara dan penoh rasa tanggongjawab adalah salah satu tanda keikhlasan bekerja sesorang itu dan ianya dapat memberikan keyakinan kepada " subordinates " kita iaitu anak didik. Jadikan bekerja dengan meminimakan " pembuangan masa " untuk menghasilkan kerja yang pencapaian di tahap maksima.

Beberapa tips untuk pelaksanaan tugas yang segera, cepat dan dapat meminimakan masa sebagai panduan.

1- Cuba rancang tarikh perlu setiap tugasan yang diamanahkan.
2- Cuba laksanakan kerja yang mudah dan diikuti dengan yang berat dan susah
3- Setiap kerja yang susah dan berkait-kait cuba di " pecahkan " kebeberapa bahagian yang kecil agar ianya menjadi mudah.
4- Setelah di " pecahkan " mengikut prioriti laksanakan yang mudah dan kemudian selesaikanyang lain.
5- Jika perlu gunakan rakan sejawat untuk penyelesaian tugas yang berat.
6- Jika perlukan adakalanya, kalangan anak didik juga boleh digunakan untuk membantuk melaksanakan tugas yang perlu dibereskan " delegate "
7- Cuba jadikan budaya, jika keadaan tidak tenteram elakan dari melaksanakan tugasan yang berat sebaliknya buat kerja lain agar " mood " malas dapat di hindarkan.
8- Elakkan bertindak seperti " perfectionist " sikap ini boleh membuatkan seseorang itu lupa diri dan menganggap orang lain " rakan sejawat " tak boleh memberikan bantuan dalam setiap tugasan yang diamanahkan
9- Jika terasa teragak-agak dalam sebarang tindakan dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan tugasan yang diberikan.

Akhirnya, bertindak dengan penoh rasa tanggongjawab juga merupakan satu cara kita dapat melaksanakan tugas semaksima mungkin dan rasa puas, dan tidak melaksanakan tugas separuh jalan sahaja. Sebagai contoh jika untuk mengatasi masalah unit-unit pengajaran, sudah pasti peranan rakan sejawat amat diperlukan. Dengan pertolongan mereka kerja dapat dilaksanakan secepat dan pencapaian di tahap paling maksima.

It is no use saying " we are doing our best." You have to succeed in doing what is necessary. Winston Churchil

Thursday, December 31, 2009

GURU - MANAGE YOURSELF 8 - BERTINDAK CARA PRO DAN ELAKKAN KONTRA

Sebagai seorang guru, memang tidak dinafikan perlu sentiasa bertindak, bergerak, berfikir serta ambil tindakan secara segera dan bertindaklah cara profesional bukannya emosional. Bertindaklah segera serta ada rasa " sense of urgency ", dalam istilah semasa setiap aktiviti itu ada yang penting, ada yang mustahak, ada yang penting tapi tak mustahak dan ada yang mustahak tapi tak penting. Seorang guru dapat memikirkan apakah beza antara penting, mustaha, perting perlu segara, mustahak tak perlu segera. Fikir-fikirkan lah.

Jika seorang guru itu mengamal " sense of urgency " perkara berikut adalah sebagai panduan untuk bertugas dengan cemerlang:
1- Elakkan bertangguh, tak apa, biar le, esok buat - negatif statement
2- Menyiapkan setiap kerja dalam jangka masa yang pendek dan menghasilkan kerja yang terbaik.
3- Perancangan yang kehadapan.


Guru yang " effective " akan merancang persediaan untuk menghadapi pelajar dengan perangan yang teratur dan bertindak secara " immediate ". Bertindak secara proaktif dan menyelesaikan setiap permasalahan sudah pasti akan meningkatkan moral guru itu sendiri serta dapat meringankan bebanan kewangan sekolah. Ianya juga meletakan " anda " sebagai seoran guru yang berkesan.

Guru juga perlu mengkaji setiap latar belakang pelajar, mengenal pasti setiap permasalahan yang dihadapi serta memastikan tahap pencapaian pembelajaran di tahap yang maksima.

Tapi dewasa ini ramai kalangan " guru " yang perlu mengisi masa lapang dengan mengadakan aktiviti yang bertentangan dengan profession. Ramai kalangan guru yang menjadi usahawan, kontrator, penjaja pasar malam, penjaja direct selling. Ini sudah pasti menjejaskan kredibiliti guru itu sendiri.

" The secret of getting things done is in doing them now " - Sidney Newton Bremer

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA