Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label MALAYSIA BOLEH. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA BOLEH. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

PERLEMBAGAAN - APAKAH ISLAM AGAMA RASMI

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Bentuk ada ciri Islam tetapi didalamnya.! Lu pikir le sendiri..!


Menurut Tun Mohamed Suffian (1990) ,Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut:

(a) Perlembagaan Malaysia mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Persekutuan.

(b) Sebagai negara raja berperlembagaan.

(c) Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen.

(d) Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama.

(e) Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.

(f) Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Seluruh jentera pentadbiran diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama. Tidak ada suatu pun yang lebih tinggi dari yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza.

Perlembagaan juga memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas dari kawalan Parlimen manakala Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak serta liabiliti lain dalam perlembagaan.

Di sinilah nampak kekalutan dalam Perlembagaan ini contoh :

"tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi" Murid-murid UMNO apakah makna "Teokrasi".? Dalam Kamus Dewan Bahasa "Teokrasi" ialah Sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama didalam dasar pemerintahannya.


Jadi sebagai Agama Islam sebagai agama rasmi sahaja tetapi tidak mengasaskan Malaysia dengan sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahannya. Ini bermakna Malaysia bukanlah negara Islam...

Ada faham ke murid-murid UMNO dengan Penjelasan Naruto Sensei ni.? Jangan kalut lagi ye..menyalak yang kamu semua ni pertahankan Negara Islam UMNO tu. Sebab korang bukan berjuang pada dasar Islam. Dasar korang ialah sekular..

Monday, May 23, 2011

ARAK - MALAYSIA " TOP TEN " DI DUNIA

Kini terserlah apa dan dimana sebenarnya Malaysia, apakah benar Islam agama rasmi atau rasminya hanya tertulis pada perlembagaan sahaja. Sama ada sistem keislaman mau pun feudal atau entah apa lagi keadaan negara sudah tonggang langgang, sudah tidak menentu kemana hendak dituju. Pemimpin menjual ke seluruh dunia Malaysia adalah negara islam yang liberal, yang mudah di damping, tidak mengancam dunia lain, tidak radikal malahan mudah untuk bertolak ansor.

PELIK tapi benar, kalau kita lihat di peta dunia, Negara Malaysia ini hanya sebesar habuk nak dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang lain. Malaysia juga memiliki majoriti rakyat yang beragama Islam. Namun apa yang peliknya, negara ini menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia diulangi rangking Top 10 peminum arak teramai di dunia.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan beer di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita [TheStar].



Walaubagaimana pun, Malaysia masih di iktiraf oleh pihak luar sebagai sebuah negara pengamal Islam yang " moderate ", sehinggakan pelaksanaan Negara Islamnya dapat pengiktirafan seluruh dunia, kesederhanaan pemimpinnya, kestabilan politiknya, daya penipuannya, daya salah guna kuasanya dan akhirnya Malaysia juga sebagai " pengarak " yang terulung di dunia. Sebagaimana kenyataan dalam The Star yang dilaporkan oleh Tim. Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Senator Heng Seai Kie - Malaysia walau pun kecil tapi dari segi meminatik arah di tempat ke 10 di dunia.


Apakah kedudukan tertinggi tersebut ada kaitan dengan apa yang berlaku di sebuah sekolah yang menyembut dan membenarkan syarikat arak untuk menaja program di peringkat sekolah? kenapa ini boleh terjadi, apakah sekolah sudah diberikan kelonggaran tersebut? Di mana Muhyiddin?



Program back to school - sebuah sekolah Tamil -
gambar jelas murid dan guru serta tetamu jemputan menunjukkan isyarat
" 1murid 1tin carlsberg - bagus "


Adalah menjadi harapan kepada semua pejuang bangsa, badan-badan NGO yang di sertai oleh Orang Melayu, seperti PERKASA, Pemuda UMNO, Puteri UMNO, bangunlah dan tentanglah kemungkaran ini. Kalau penentangan dari pihak PAS, PKR hatta DAP sudah tentu tidak di terima oleh pihak pemerintah. Ayuh, lilit dahi dan teruskan perarakan di jalanan untuk tujuan tersebut.

Monday, April 4, 2011

KE MANA ARAH TUJU ARTIS MELAYU KINI?


Hanya sekadar renungan,
untuk merehatkan minda tapi,
otak terus berfikir
mencari jawapan
apa nak jadi dengan bangsa ku kini

Negara ku,
Islam agama rasminya

Terkenal di seluruh dunia
dengan
' PEMERINTAHAN ALA ISLAM SEDERHANANYA '

Tapi apakah kini,
MALAYSIA, benar-benar berpegang
Kepada ajaran Islam?
Hampir semua hukum hakam Islam di tolak

" tidak releven "
dengan daya pemerintah nya

Huduh jauh sekali untuk dilaksanakan


Pecah amanah,
kezaliman,
memfitnah

menjadi budaya dalam penghidupan
Apa nak jadi Orang Melayu

Yang mengaku mereka beragama Islam


Siapakah mereka ( gambar atas )
di manakah mereka,
suami dan bini siapa kah mereka
apakah mereka Muslim atau sebaliknya?
ini lah persoalan masa kini

( gambar-gambar diatas untuk hiasan sahaja )

Friday, February 4, 2011

MESIR APAKAH AKAN DIJADIKAN IDOLA OLEH MALAYSIA

Ini adalah catatan gambar-gambar yang di terima dari blog-blog lain, apakah tragedi sabagini akan berlaku di negara kita? Atau apakah negara kita yang sudah lama " tertindas " dengan perilaku kepimpinan juga akan turut sama bertindak seperti apa yang berlaku kini di Mesir. Mesir pada dasarnya kita jarang kedengaran rakyatnya " memberontkak " dan boleh dianggap mereka sentiasa menerima sahaja apa yang dikatakan oleh pemerintah.

para penuntuk perasaan " memangkah " gambar presiden mereka




Penunjuk perasaan sedia berhadapan dengan pihak polis, mereka tidak menghiraukan arahan polis, dan bagi mereka merasakan ada kepuasan dengan apa yang dilakukan.


Walau pun " water cannon " digunakan, tapi mereka sanggup dan berani terus mendekai tank " water cannon " tersebut. Di Malaysia " penunjukkan " belum lagi sampai ke tahap itu, apakah ini akan juga berlaku di negara kita?



Semua rakyat yang hidup di bumi Malaysia ini tanpa mengira bangsa dan agama mahukan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama. Pemimpin yang diberi amanah hendaklah menguruskan negara ini dengan eluk. Pemimpin hendaklah menjauhi segala perbuatan yang boleh mensengsarakan rakyat.

Dalam Islam, pemimpin adalah hamba rakyat, bukan tuan kepada rakyat. Rakyatlah sebenarnya yang menjadi tuan. Islam juga mengajar para pemimpin patuh kepada ajaran Islam. Pemimpin pasti akan ditanya di hari akhirat, apa yang ia diperbuat terhadap kuasa yang dianugerahkan kepadanya. Pemimpin merupakan golongan yang paling akhir dihisab diakhirat kerana banyak soal-jawabnya.


Yang perlu diingat oleh Najib, sesebuah kerajaan dimusnahkan oleh Allah bukan disebabkan oleh kemiskinan dan kemalaratan kehidupan rakyat dan negaranya, tetapi anugerah Allah kekayaan yang melimpah ruah dan kuasa, tetapi ia tidak bersyukur kepada Allah.

Ingat kerajaan yang zalim sangat cepat Allah akan membalasnya berbagai cara. Satu daripadanya Allah menimbulkan keadaan negara yang tidak aman, kucar-kacir, masalah sosoial yang datang bertimpa-timpa dan kehidupan masyarakat menjadi songsang.Yang baik dikatakan jahat dan yang dikenalpasti ianya jahat, dikatakan baik. Bohong sana-bohong sini, fitnah sana-fitnah sini mainan harian. Disebarluas oleh media yang tidak kenal hukum.


Lihatlah keadaan di Mesir dan di Tunissia sebagai pedoman dan teladan.

Thursday, January 6, 2011

MAHATHIR - KINI MULAI SEDAR KAITAN RASUAH


Dr M pertikai keperluan beli pesawat pejuang baru
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru.


Dalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru.

"Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29.

“Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” kata Mahathir.

Menurut beliau, berdasarkan laporan antarabangsa, India dikatakan akan menaik-taraf pesawat Sukhoi-30MKI milik negara itu manakala MiG-21 mungkin 'dibersarakan' namun MiG-29 akan dinaik-taraf.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa pesawat MiG buatan Russia harus diberhentikan kerana kos penyenggaraannya semakin tinggi.


Mahathir sebelum ini mengingatkan kemungkinan wujud orang tengah yang akan mengaut keuntungan berganda dengan keputusan untuk membeli pesawat tempur baru dan menjual yang lama.

Beliau juga berekata keputusan kerajaan menukar pesawat MiG dipengaruhi oleh pihak yang berkepentingan sendiri.

Sebelum ini, Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu adalah kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi pesawat buatan Rusia itu,

Kementerian Pertahanan dilaporkan menimbang untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia sama ada dengan SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 atau F-15 Eagle.

Saturday, January 1, 2011

MALAYSIA MAKIN KELIRU DENGAN BUDAYA SENDIRI

apa yang berlaku di putrajaya? 16 Disemer 2010.












Oleh: Pria Malaya

Gambar-gambar ini adalah gambar yang diambil dalam sebuah majlis makan malam anjuran Sony di Marriot Hotel, Putrajaya 16 Disember lalu..gambar dikirim oleh seorang hamba Allah yang prihatin dengan permasalahan ummat dan isu moral..(semoga Allah merahmati beliau)..

Bukan setakat 'free show', malah 'free touch'..

Gambar pertunjuka ala 'Tiger show' ini di rakam ketika hadirin sedang leka dengan penari/model separuh lucah ini..mereka bukan sahaja dijamu dengan tarian dan persembahan lucah, malah lebih dari itu, mereka di'beri peluang' menjamah, memegang, memeluk dan merasa tubuh badan penari separuh bogel ini..

Apa yang menyedihkan..rata-rata hadirin dalam majlis ini adalah dari bangsa Melayu, yang beragama Islam!..perwatakkan mereka yg bertudung sambil bergelak ketawa jelas telah merosakkan imej Islam...apa reaksi mereka?? kalian boleh perhatikan pada setiap riak wajah muka yang terpampang dalam gambar2 ini..

Jika selama ini kita hanya mendengar tarian 'tiger show' di negara2 Barat, atau negara jiran seperti Thaniland..hari ini, ibu kota pentadbiran kerajaan Malaysia, menjadi pusat aktiviti ala jahiliah ini!

Ambil tindakan

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasruddin Hassan, penulis juga menggesa supaya jabatan agama Islam segera mengambil tindakan terhadap penganjur, pihak pengurusan hotel termasuklah hadirin yang menyertai majlis maksiat ala jahiliah ini..

Jika pihak berkuasa boleh bertindak nekad ke atas penganut fahaman syiah, penulis berharap pihak berkuasa juga mengambil langkah tegas kepada pihak yang terlibat di dalam majlis ini..ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan ajaran Islam!

Bantah 'Hub Hiburan' Najib!

Tidak cukup pertunjukan2 seperti ini dianjurkan di kelab-kelab malam dan pusat hiburan, hari ini dengan beraninya ianya dibenarkan diadakan dalam majlis makan malam di Putrajaya!..itu belum dgn cadangan Hub Hiburan sehingga 24 jam oleh kerajaan Najib...kalian boleh rujuk di SINI..

Ingat, sehingga kini Najib belum memberi apa2 reaksi membatalkan cadangan ini walaupun ramai pihak yg membantah..malah sudah terdapat pihak cuba menyokong Hub hiburan yg bakal dibina kerajaan BN ini..siapa pihak yang menyokong Hub Hiburan Najib ini??..klik di SINI..

Akhir kalam, semoga pihak terbabit mengambil langkah segera..isu ini lebih hina dan jijik dari isu YB non-muslim bersenamrobik di luar kawasan masjid..fikir2kan...wallahua'lam..

p/s: Maaf, gambar agak tidak menyenangkan...

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/12/edisi-tahun-baru-2011-pertunjukan-ala.html

Thursday, July 30, 2009

MALAYSIA TANAH AIRKU 4

Dunia di akhir zaman ini sungguh menakjubkan, semua yang dibuat serba tak kena, kalau di laungkan yang salah, apa saja tindakan yang tak betul, contoh, merogol itu salah, mencuri itu salah, rasuah itu salah, membunuh itu salah, ada kuasa salah guna kuasa itu salah, beli barangan ambil rasuah itu salah, banyak lagi aktiviti yang salah tapi kalau sipelakunya orang tertentu contohnya kalau mereka pemimpin yang sedang berkuasa mereka tidak harus dikatakan salah. kalau dikatakan salah si pelapor adalah pesalah. Contoh banyak.

1- Siaful menuduh anwar meliwatnya, saiful beria-ia mengesahkan apa yang terjadi, sangguh bersumpah, sanggup kesana kemari untuk mengesahkan peristiwa hitam tersebut. Dimanakah maruah si saiful? kenapa perlakuan tersebut Saiful sangguh mendedahkan kepada orang ramai? Lubang taiknya kena rogol pun beliau sanggup menceritakan kepada ramai? kenapa ini perlu berlaku? apanak jadi dengan manusia melayu yang beragama islam jenis ini?

2- Salah laku yang diamalkan, jika dilaungkan salah, DSAI acap kali menyuarakan perkara yang perlu di berikan perhatian, Salah laku KPN, SPRM, SPR, tapi kenapa kita tak berani menyatakann yang sebenarnya?

3- Kemantian mendian Beng Hock, kematiannya perlu di berikan penjelasan, jatuh dati tingkak 14 fizikal badan tak terjejas, kenapa ini berlaku, orang ramai perlu tahu, tapi pemimmpin kata jangan bincang biar siasatan yang melapurkan kedudukan keadaan, bagai mana masyarakat nak percaya, jika salah laku KPN, SPRM, SPR, pemimpin tertinggi kerajaan juga sering dipersendakan?

4- Penyelewengan semasa pilihanraya, tak kiran PRU maun pun PRK, salah laku jelas, terang dan nyata perbuatan salah guna kuasa dilakukan oleh kepimpimpinan tertinggi, tapi mereka yang bertindak demikian seperti " thick skim " kulit yang cukup tebal langsung tidak " berkemaluan " semua orang tahu. Tapi kalau dinyatakan mereka kata tindakan itu betul, kadang kala dalam PRK, pembangkang bukan berlawan dengan parti politik tapi dengan kerajaan yang memerintah.

5- Peristiwa di mana PAS dapat memerintah Terengganu PRU 10, royalti minyak yang sah di miliki oleh Terengganu di tarikh balik, di timbulkan berbagai-bagai alasan hinggakan disahkan minyak tersebut di perairan Malaysia bukan di peraian Terengganu maka menggigit jarilan Haji Hadi ketika itu, memerintah trengganu dengan tanpa royalti minyak dan ditukarkan dengan " wang ehsan ". apa yang terjadi di Kelantan sama juga dengan Terengganu. Kita berdoa dan insyaallah akan memberikan kerjasama agar kerajaan Kelantan diberikan kekutan untuk meneruskan perjuangan tersebut hingga ke Mahkamah Antarabangsa. LAWAN TETAP LAWAN.

Kesalah kecil di besarkan, kesalahan besar di sembunyikan, inilah budaya UMNO yang mengetuai BN, harap kapada rakan-rakan dalam BN sedarlah apa yang sedang diperkotakkatikan oleh mereka.

Saturday, May 9, 2009

HAKIM, POLIS SEMUA MEMIHAK KPD UMNO

Kemelut politik di Malaysia di racuni juga oleh pihak-pihak yang terlibat dengan pengamal undang-undang negara, para hakim yang mengedali dan menghuraikan akta dan artikal perudangan mengikut keperluan siapa yang disokong, meraka tidak bertindak sebagai seorang hakim yang maha bijaksana, kenapa ini harus berlaku? Kita ambil contoh dengan kes DSAI semasa era zaman pemerintahan Tun M, apa kata tun M itulah undang-undang, berlaku kesilapan pertuduhan, tukar tempat kejadian, tukar tarikh dan macam-macam cara untuk memastikan orang yang dituduh MESTI salah. Walaupun pihak pembela jelas membuktikan pertuduhan tidak sah tapi pendakwa mencari berbagai helah sehinggakan setiap soalan yang dikemukan oleh pembela selalunya " tidak releven "

Tragedi ngeri di Perak, lebih membiulkan lagi penduduk Malaysia, peperangan antara hakim-hakim dan pengamal undang-undang yang pro UMNO dan pengamal yang bersikap neutral jelas, masing-masing mengemukan hujah yang diperlukan. Sejak ujudnya DUN dan DR, hak menerajui kedua-dua dewan ini adalah di miliki sepenuhnya oleh "speaker", tapi kini keputusan "speaker" perlu di putuskan oleh mahkamah. Jika "speaker" ingkar, polis perlu dipanggal untuk mengheret beliau keluar untuk meninggalkan dewan.

Pemimpin PR kata apa yang berlaku di DUN Perak tak sah, dengan bukti-bukti, kerana "speaker" menolak usul yang dibentangkan, perkara ini semua orang tahu, itu memang hak dia ( speaker ), tapi penasihat UMNO Datuk Hafarizam harun dan Penguam Datuk Muhmmad Shafee Abdullah yang mewakil UMNO mengatakan tindakan dan usul yang dibentangkan adalah sah. Mereka mentafsir ikut keperluan UMNO. Kata Prof. Madya Dr. sharahayu ABdul Aziz dari UIA ( pensyarah undang-undang ) pemecatan speaker harus dibentang dan dibahaskan, walaubagaiman pun usul ini ditolak oleh speaker - itu adalah hak speaker. Jadi yang mana rakyat guna pakai.

Lagi haru biru apabila PM kata pembangkang tidak hormati undang-undang ( Sinar 9 Mei ) benarkah dan boleh percaya ke kata-kata beliau ni. Beliau sering mengaitkan cadangan DSAI untuk berpakat untuk lompatan wakil BN ke PR, tapi tak menjadi. Mungkin DSAI bertindak mengikut normal-normal tertentu ada keperimanusiaan, tidak perlu kurang, tangkap dan istihar, sesorang yang ingin " lompat" perlu lompat cara berhemah tidak dibuat seperti apa yang dilakukan oleh gerombolan BN - menghilangkan, menabur janji, wang ringgit dan sebagainya untuk memastikan mereka untuk melompat.

Pembaca mesti " senyum kambing " apabila PM kata pembangkang tidak menghormati undang-undang, betulke atau ada ramai lagi yang tak ikut undang-undang terutama pemimpin pemerintah. Inilah yang dikatakan " cakap tak serupa bikin ". Alasan Ganesan - speaker dari BN lagi golkar , sidang bermula apakala speaker duduk di kerusinya. apa punya speaker ni. Sebab itu agaknya BN kata sidang di bawah pokok tak sah, sebab speaker tidak duduk. Dengan sombong dan angku - " tengok apa yang akan berlaku jika Siva tidak mengosongkan kerusi speaker " betullah, polis perlu memikul dan menanggalkan jobah yang dipakai oleh Siva. Persidangan hari itu pemerhati dipenohi oleh SB.

Kepada semua yang berminat untuk memastikan tragedi sebagini tidak berlaku lagi, pastikan setiap PRK dan PRU13 PR yang memenangi setiap pilihanraya.

Selamat berjuang dan terus berjuang untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA