Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label ISU PENDIDIKAN KINI. Show all posts
Showing posts with label ISU PENDIDIKAN KINI. Show all posts

Friday, June 13, 2014

RAGGING - BULI DI SEKOLAH-SEKOLAH - SATU DAPATAN

  
"Peloncolan" ialah suatu perkataan asing pada hari ini. Pada 1980-an, "peloncolan" sering digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan Inggeris, ragging. Di Malaysia, ragging bukanlah suatu perkataan asing walaupun kepada seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua pelajar (atau bekas pelajar) tahu tentang apa itu ragging. Terjemahan ragging yang sedang popular pada hari ini ialah "buli", tapi mungkin masih ada lagi sesetengah orang yang lebih selesa menterjemahkannya sebagai "mendera".
1989
Kes ragging yang paling terkenal di Malaysia - walaupun mungkin telah lama dilupakan - berlaku pada Julai 1989. Akhbar New Straits Times (NST / 13.7.1989) menyifatkan kes ragging tersebut sebagai "barbaric" (sangat kejam) dan "sadistic" (penyeksaan untuk mendapat keseronokan). Kes itu melibatkan 6 orang pelajar lelaki tahun akhir atau "senior" dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM di Selangor) yang mendera 6 orang pelajar lelaki junior atau "freshie" dari universiti yang sama. Kejadian berlaku di rumah sewa para pelajar senior itu yang terletak di Sri Serdang, 2km dari kampus UPM.
  
Penderaan yang dilakukan dalam kes ragging terkenal di UPM itu ialah:
- Menampar freshies.
- Memaksa freshies menari dalam keadaan bogel.
- Mengikat zakar setiap freshie dengan tali yang disambungkan kepada kipas siling. Apabila kipas dihidupkan, setiap freshie terpaksa berlari mengikut pusingan kipas akibat zakar mereka yang sedang terikat.
Setelah mendapat aduan mengenai penderaan yang gila tersebut, lembaga disiplin UPM telah bersidang pada 12 Julai 1989 selama 5 jam dan mereka akhirnya mendapati bahawa 5 orang pelajar senior yang dituduh mendera itu telah terbukti bersalah. Daripada 5 orang pelajar senior tersebut, 3 orang telah dibuang daripada universiti, manakala 2 orang lagi telah digantung pengajian selama 2 semester, semuanya berkuat kuasa serta merta. Seorang lagi pelajar senior yang dikatakan terlibat dalam kes itu telah dibebaskan daripada tuduhan dan dia diberi teguran setelah didapati sekadar menjadi pemerhati.
  
1988
Lebih setahun sebelum kes ragging di UPM itu, masyarakat terlebih dahulu digemparkan dengan kes ragging yang melibatkan kematian seorang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Cheras, Kuala Lumpur. Kes ragging di SMT Cheras itu berlaku pada 24 Mac 1988 (Khamis), melibatkan seorang pelajar lelaki "senior" tingkatan 5 bersama beberapa orang bekas pelajar lelaki atau "super senior" yang hadir ke sekolah itu untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Pelajar tingkatan 5 tersebut yang bernama Hishamuddin meninggal dunia akibat kerosakan organ dalaman badannya setelah dia dikatakan dibelasah oleh beberapa orang bekas pelajar di dalam tandas sekolah tersebut pada pukul 11.30 pagi.
Setelah dibelasah, Hishamuddin meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pulang ke asrama atas alasan tidak sihat tanpa memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Pada pukul 7.30 malam hari yang sama, beberapa orang pelajar melaporkan kepada warden asrama bahawa Hishamuddin sedang dalam kesakitan. Atas arahan ketua warden, Hishamuddin dibawa ke hospital oleh warden asrama. Hanya beberapa ketika selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan, pada pukul 8.50 malam doktor mengesahkan bahawa Hishamuddin telah meninggal dunia. Pada mulanya, laporan kematian Hishamuddin yang dikeluarkan oleh pihak polis pada 25 Mac 1988 menyatakan bahawa dia mati akibat sakit di dalam perut. Hanya apabila bapa Hishamuddin membuat laporan kepada polis mengenai punca sebenar kematian anaknya, barulah kejadian itu bertukar menjadi kes jenayah.
  

Setelah disiasat, 2 orang bekas pelajar SMT Cheras telah didakwa menyebabkan kematian Hishamuddin. Perbicaraan kes itu berlarutan di mahkamah juvana sehingga awal 1990. Beberapa perkara telah terbongkar di sepanjang perbicaraan itu. Antaranya, mahkamah diberitahu mengenai wujudnya 'upacara' tradisi pemberian nama gelaran oleh para pelajar senior kepada para pelajar junior yang terpilih. Pelajar-pelajar yang diberi nama gelaran itu terpaksa menjalani 'ujian', antaranya melibatkan penderaan fizikal. Hishamuddin dikatakan telah terlibat dalam 'upacara' pemberian nama gelaran pada hari kejadian sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani 'ujian' yang menyakitkan.
  

Seorang pelajar yang menjadi saksi memberitahu mahkamah apa yang dilihatnya ketika berada di dalam tandas sekolah pada waktu kejadian. Saksi itu yang baru keluar daripada salah sebuah jamban mendapati Hishamuddin sedang dikelilingi oleh sekumpulan pelajar di dalam tandas itu. Saksi itu juga mengakui melihat salah seorang daripada bekas pelajar yang didakwa itu telah memukul Hishamuddin. Saksi itu kemudiannya melihat seorang lagi pelajar lain melakukan "starlight" pada dahi Hishamuddin. Sebagai salah seorang pelajar yang telah menerima nama gelaran, saksi itu diarahkan untuk bersalaman dengan Hishamuddin sebelum dia keluar daripada tandas itu tanpa dapat mengetahui kesudahan kepada 'ujian' itu.
  

Pada Julai 1989, atas arahan pihak pendakwa, pertuduhan dalam kes itu telah dipinda daripada 'menyebabkan kematian' kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu 'menyebabkan kecederaan parah'. Salah seorang bekas pelajar yang didakwa itu telah dibebaskan daripada pertuduhan apabila dia mengaku bersalah dan membuat permohonan maaf secara umum di dalam mahkamah kepada keluarga Hishamuddin. Pada Januari 1990 seorang lagi bekas pelajar yang didakwa akhirnya turut dibebaskan daripada pertuduhan (alasan pembebasan: "the prosecution had failed to prove a prima facie case against the 19-year old", "the prosecution had failed to prove the ingredients of the charge"). Kekurangan saksi yang meyakinkan ialah antara penyebab bekas pelajar yang didakwa itu tidak dapat dibuktikan bersalah.
Antara laporan NST berkaitan kes ragging SMT Cheras:
1. Two juveniles plead not guilty to killing student (13.7.1988)
2. Death of pupil: Hearing fixed (7.12.1988)
3. Ex-school head not aware of initiation rites by boys (26.4.1989)
4. Delay cost student his life, says warden (27.4.1989)
5. Witness: I saw pupil being punched in toilet (7.6.1989)
6. Warden tells of clash in school (9.6.1989)
7. Charge against boys reduced (6.7.1989)
8. Boy freed after saying sorry to victim's family (7.7.1989)
9. Student freed of hurt charge (17.1.1990)
Nota tambahan:
Perkataan "peloncolan" seperti yang sering digunakan pada 1980-an untuk menterjemahkan "ragging" sebenarnya tidak wujud dalam Kamus Dewan. Perkataan yang sepatutnya ialah "memelonco" (yang berasal daripada perkataan Jawa, "pelonco") yang membawa maksud "menguji dan menduga dengan keras (berkenaan maha*siswa baharu yang hendak masuk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa), mendera"
mymedia hub

Sunday, July 28, 2013

SEBAB PULUT SANTAN BINASA .... SEBAB MULUT......



Sekolah Kebangsaan Seri Pristana

Tragedi apa yang berlaku di sebuah sekolah Sekolah Kebansaan Sri Pristana, Sungai Buloh telah berjaya memperlihatkan kepada kita bagaimana seseorang pemimpin yang mengulus hanya dengan mendapat maklumat tak rasmi. Manusia, sama ada pemimpin mau pun manusia biasa cukup cepat terpengaruh dengan maklumat pertama yang mereka terima. Mereka akan lebih percaya maklumat ini walaupun ada maklumat kedua datang yang bertentangan dengannya. 

Memang sepatutnya seorang ibu merasa " marah " dan " naik darah " jika melihat sesuatu yang di luar jangkaan, dan peristiwa yang tidak harus berlaku tapi itu yang berlaku, manakan boleh sebuah bilik air di jadikan kawasan untuk para murid menjamu selera. Kebetulan pula ianya berlaku di bulan Ramadhan, sudah tentulah mereka yang terlibat dari kalangan " bukan Islam "

Tapi apakah tindakan ini di luar dari perbincangan dengan pihak-pihak tertentu di sekolah, terutama PIBG, sebagai agen antara sekolah dengan pihak ibubapa. Mesti tindakan penggunaan kawasan ini diambil sesudah beberapa " isu " hangat di ambil kira, seperti kebersihan, kesesuai juga keadaan semasa. Mesti juga diambil kira kenapa dan mengapa diperlukan kawasan tersebut di gunakan.

Kita meracang tapi Allah juga meranang, mungkin keadaan ini  cuba mempelihatkan kepada kita bagaimana seseorang pempin yang diangkat jadi pemimpin tapi tidak cukup dengan latihan sebagai seorang peimpin. Hanya dengan sekeping gambar serta dengan laporan cara lisan serta tanpa siasatan MP kawasan ini telah membuat pertuduhan yang tanpa periksa.


Kamalnathan ( gambar ) Timbalan Menteri  Pendidikan tanpa usul periksa telah melenting tak tentu pasal berhubung pelajar India diarah makan dalam tandas. Blogger Pilihan-anda telah menghentam Kalamathan :-
JAWAPAN tidak matang Timbalan Menteri Pelajaran P Kamalanathan berhubung fitnah blog pembangkang mengenai kononnya pelajar India di sebuah sekolah di Sungai Buloh diarah makan dalam tandas benar-benar memalukan seluruh jentera BN yang berhempas pulas membantunya menang di Hulu Selangor dulu. Kamalanathan, pada kedudukkannya sekarang tidak sepatutnya cepat melenting tanpa terlebih dahulu memahami fakta sebenar hanya kerana ada dakwaan pelajar India yang terlibat. Tak usahlah nak tunjuk perkauman sangat walaupun kita tahu Kamalanathan asal MIC.
Apabila keluar kenyataan rasmi dari pihak PIBG dan pengesahan dibuat oleh AJKnya yang bukan beragama Islam Majer Hardeep Singh ( di The malaysian Insider ) akhirnya Ahli Parlimen ini terkedu. Tambahan Majer Hardeep ini bukan Islam - sudah tentu tidak ujudnya

Tetapi apabila Hardeep yang bercerita, ia menjadikan cerita ini dipercayai sebagai betul.
Inilah nasib Malaysia. Salah sangka dan perasaan salah faham antara kaum terlalu menebal. Semua perkara berlaku terlalu dilihat daripada perspektif kaum dan agama. Mungkin ini reaksi bukan Melayu dan bukan Islam kepada sikap dan lagak yang ditunjukkan oleh orang Melayu dan Islam yang terlalu ekstrim sebelum ini.
 
Sebagaimana kenyataan Hardeep, beliau memberitahu, pelajar sekolah ini menggunakan bilik persalinan yang tidak digunakan ini sejak Mac tahun ini lagi. Ketika itu belum masuk bulan Ramadan di mana umat Islam berpuasa. Pihak sekolah mengemaskan bilik itu dan meletakkan meja dan kerusi. Di situ tidak ada tandas hanya bilik mandi yang tidak digunakan.

Majer Hardeen juga mengesahkan bilik persalinan ini telah diguna 3 bulan sebelum Ramadhan, dan ianya digunakan oleh semua bangsa, sebagai tambahan kepada kantin yang ada. Semua kanak-kanak sekolah ini, Islam dan bukan Islam, Melayu, India dan Cina menggunakan bilik ini untuk makan sebagai tambahan kepada kantin sekolah.

"Kantin sekolah ini sempit untuk menampung pertambahan pelajar yang mendadak di kawasan ini. Sebelum ini, ramai pelajar yang makan tepi longkang, tepi jalan pada waktu rehat. Jadi Guru Besar ni ambil inisiatif untuk gunakan bilik persalinan yang tidak digunakan itu sebagai tempat makan," katanya.

Biasale, akhbar akan memutarbelikan keadaan sebenar, kerana akhbar di Malaysia memang sudah bertugas untuk menjadi isu sebenar untuk di jadikan isu bertaraf " high class " dan yang terbaik isu itu menjadi isu perkauman.
 
Maka berlakulah apa yang berlaku.
Guru Besar sekolah ini Mohamad Nasir Mohd Noor menjadi sasaran kebencian banyak pihak. Bukan setakat cacian bahkan beliau juga menerima ugutan bunuh.
Padahal beliau cuba untuk membuat yang terbaik untuk pelajarnya dengan ruang yang ada.

Saturday, December 22, 2012

GURU BERLEBIHAN - TEMPAT TAK ADA

Dasar pengswataan yang diilhamkan oleh Mantan PM - Tun Mahadir kini telah menampakkan arah mana sebenarnya dasar itu ingin dibawakan, apa yang kita dapat perhatikan " mereka " yang berjawatan penting dalam kerajaan amat mudah untuk mengujudkan program yang mendatangkan hasil segera. Kita boleh lihat bagaimana tumbuhnya bak " cedawan lebah hujan " IPTS ( Institut Pengajian Tinggi Swasta ), mereka berselindung di sebalik penubuhan IPTS ini. Siapa di belakangnya. Mereka mengaut keuntungan program pendidikan, dan Malaysia sudah menjadikan Pendidikan sebuah " lubuk mas ". 

 Di Malaysia " kilang " untuk melahirkan guru cukup banyak, dari Ins. Pendidikan Guru dan sebilangan besar IPTA pula turut menyediakan kursus untuk tujuan yang sama. IPTA yang tersohor dalam hal ini ialah UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kini rakyat tersentak dengan laporan media sejumlah 7k guru sedang " goyang kaki " tanpa sebarang jawatan.

Media melaporkan bahawa kira-kira 7,000 lepasan guru menganggur. Mereka itu adalah lepasan  dari institusi-institusi swasta yang ada kena mengena dengan kerajaan. Sehingga kini isu ini gagal diselesaikan oleh Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah mengenai masalah tersebut. Tidak ada  sebarang langkah konkrit yang meyakinkan semua orang bagi menyelesaikan isu ini.

Majoriti guru siswazah adalah lulusan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), yang diuruskan oleh Yayasan Pintar.

Yayasan Pintar dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang turut dianggotai timbalan perdana menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Yang lainnya ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mustapa Mohamed, yang juga seorang menteri, dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Nampaknya mereka hanya pandai menyediakan tempat untuk melatih guru tanpa membuat unjuran tentang keperluan guru. Tidak ada penyelarasan antara jumlah guru siswazah yang dikeluarkan oleh IPTA dan IPG.

Masalah penempatan guru ini sebenarnya bukan sahaja dihadapi oleh lepasan Unitar ini, malah lepasan guru siswazah dari IPTA juga ada yang terpaksa menganggur lama. Hanya guru siswazah lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) sahaja yang dijamin akan di'posting' ke sekolah-sekolah sebaik menamatkan pengajian mereka.

Bijak sungguh kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi menjalankan tugas mereka. Malang sungguh rakyat Malaysia masa kini.

Tuesday, October 23, 2012

PTPTN - PENDIDIKAN PERCUMA

AGOS CHOLAN KETUA EKSEKUTIF PTPTN
Menurut Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Agos Cholan berkata "sehingga kini PTPTN membelanjakan sebanyak RM30 bilion daripada peruntukan yang diberi iaitu RM43 bilion dan masih berbaki RM13 bilion untuk diberikan sehingga tahun 2014... jika kita hentikan PTPTN sekarang kita telah lepaskan RM13 bilion itu," kata Agos dalam forum pendidikan percuma anjuran akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily di Kuala Lumpur semalam. sumber malaysiakini 

Sama ada Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Agos Cholan ini sedar atau tidak bahawa kenyataan beliau tersebut dengan tak secara langsung telah mengesahkan yang Datuk Seri Hj Najib (DSHN) telah menipu... apabila mengatakan keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan oleh PTPTN ialah sebanyak RM43 bilion... sedangkan RM43 bilion adalah keseluruhan peruntukkan sehingga tahun 2014... bermakna ianya mengambil masa 15 tahun sejak ia di luluskan dan bukan nya seperti yang digambarkan oleh DSHN dalam setahun gamaknya.

Kalau ikut perkiraan tahun bermakna RM43 bilion bahagi 15 tahun = RM2.87 bilion setahun... mungkin akan ada pertambahan... namun ianya masih didalam lingkungan RM3 bilion setahun... kalau itu seperti yang dikatakan oleh Ketua Eksekutif PTPTN memang sah lagi bersuluh Pemimpin Wassatiyah DSHN adalah seorang Penipu Kelas Atasan... dan semestinya Ceti PTPTN dihapuskan dan digantikan dengan Pendidikan Percuma atas nama Biasiswa Pelajaran kerana Pendapatan Negara melebihi dari mencukupi bagi menampung Peruntuk Biasiswa Pelajaran kalau betul cara kerajaan menguruskan nya.

Jika hendak dibandingkan Kerugian yang diketahui dizaman Perdana Menteri Tun Mahathir selama 22 tahun beliau menerajui Negara sekitar RM100 bilion kerugian berlaku... itu yang diketahui... mungkin ada yang tak diketahui dan ini di akui oleh beliau apabila meminta siasatan juga dibuat keatas Perdana Menteri selepas beliau kalau hendak menyiasat... walaupun Perdana Menteri selepas beliau terkenal dengan panggil MR. Clean dan seorang lagi MR. Wassatiyah... ini juga tak secara langsung Tun Mahatir mengakui banyak kerugian yang dialami oleh Negara semasa dan selepas beliau memerintah.

Ini bermakna apa yang didakwa oleh Pakatan Rakyat (PR) berkenaan PTPTN adalah benar belaka... dan permintaan untuk menghapuskan PTPTN memang wajar dipenuhi... kerana tidak ada ruginya memberi Pendidikan Percuma kepada rakyat... kerana itu semua adalah Kepunyaan Rakyat dan bukan Harta Pusaka Bapa Umno iaitu Inggeris Penjajah... kenapa dan mengapa Umno/Bn bermati-matian mempertahankan Ceti PTPTN hanya mereka sahaja yang tahu buat masa ini... namun lambat laun ianya akan diketahui juga sebab mereka mempertahankan Ceti PTPTN.

Buat penyokong Umno/bn... jangan lah nampak sangat diperbodohkan oleh Pemimpin lu orang beb... malu lah sikit dengan orang muda dan walaupun muda mereka tak rela di tipu oleh Pemimpin Umno/Bn... dah lama sangat ditipu oleh Pemimpin Umno/Bn... dan 54 tahun beb... bukan setahun... bukan sepenggal... kalau nak disedarkan pun Pemimpin Umno/Bn dah terlambat... walaupun umno pernah diharamkan gara-gara Perebutan Kuasa namun itu semua tak menjadi pengajaran kepada Pemimpin Umno... kalau dah Parti sendiri pernah haram apa tah lagi mengharamkan Parti orang lain dan Menggelar Parti Orang lain Sesat... lu orang pikir lah sendiri ok.


hemmmmm..... tapi bagi penchacai merangkap penyokong terpilih umno/bn... ini jenis cerdik tapi kerjanya menjadikan penyokong umno lain menjadi bodoh kerana kepandaian mereka menchacai... mereka ini dilatih dan mendapat sikit habuan... namun selepas ditolak... dicampur... dibahagi... rupa-rupanya mereka ni lagi bodoh dari penyokong biasa umno... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
ehsan - Mat Indera Sipejuang

Friday, October 19, 2012

PPD kini disegani selaku 'agen & jentera Umno'


Petikan copyright : SINI
Aku nak bagi amaran kat Penolong PPD berkenaan, tolong jangan main bangsat, jangan ingat hang sorang saja boleh main bangsat. Dalam PAS belambak dok ada jenis kepala masam yang aku rasa takdak masalah langsung kalau setakat nak pi tunjai muka hang secara berdepan sekali pun.


Harakahdaily melaporkan:  

KOTA BHARU: Isu guru yang memegang jawatan kanan dalam Umno tidak datang mengajar di sebuah sekolah di Tanah Merah turut berkumandang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha mendakwa guru berkenaan bebas melakukan apa sahaja termasuk tidak hadir ke sekolah walau pun lebih dua tahun.

“Laporan telah dibuat ibu bapa terhadap pihak atasan namun tidak diambil sebarang tindakan sehingga sekarang,” katanya pada persidangan Dun. - Hrkh.

Itu yang terjadi di Kelantan. Aku yakin benda macam tu bukan saja berlaku di Kelantan tapi berlaku di seluruh negara.

Kalau pun mungkin tak sekritikal macam kes di Kelantan tu tapi kalau setakat kes ponteng bertugas pasai pi program parti memang berlambak ada di mana-mana.  PPD buat-buat tak dengar bila ada komplen ada guru yang ponteng kelas macam tu.

Di pihak satu lagi, PPD sungguh-sungguh pulak ambil tau bila melibatkan guru-guru sokong Pakatan Rakyat sampai tahap hantar surat tunjuk sebab pasai pegang jawatan dalam PAS tapi guru-guru yang pegang jawatan dalam Umno takdak tindakan apa-apa walaupun sama-sama naik pentas.

Gambar kat atas tu bukan gambar cikgu yang di Kelantan tu tapi gambar sorang Penolong PPD di Parit Buntar yang nak tunjuk lagak jugak. Gambar tu aku ambik di sini.

Sebelum ni member aku blogger Kaki Hentam dah belasah sikit mamat ni dalam blog dia, Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!. Baru dapat pangkat Sultan bagi dah berlagak nak mampos. Sebelum tu dia dah hentam sikit mamat ni dalam siri Alkisah Zambry Kadiaq.

Terbaru, mamat ni ugut sorang cikgu perempuan, kalau aktif politik dia akan tukar cikgu tu ke pendalaman. Belambak lagi cikgu lelaki yang aktif politik pasai apa tak berani ugut, kalau berani ugut la semua, takut buku bertemu ruas kut. Termasuk jugak cikgu-cikgu yang aktif dalam Umno pun dia patut ugut jugak, kalau berani la...

Yang aku tak puas hatinya pasai apa pulak nak ugut cikgu perempuan tu, padahal yang aktif PAS bukan dia tapi suami dia. Suami dia yang benarkan PAS buat program kat rumah dia. Tapi pasai kesian kat cikgu perempuan tu, PAS cawangan berkenaan setuju pindah buat kat rumah orang lain, bukan takut cuma kesian kat cikgu tu tak pasai-pasai dia pulak yang kena tekan.

Aku nak bagi amaran kat Penolong PPD berkenaan, tolong jangan main bangsat dan jangan ingat hang sorang saja boleh main bangsat. Dalam PAS belambak dok ada jenis kepala masam yang aku rasa takdak masalah langsung kalau setakat nak pi tunjai muka hang secara berdepan sekali pun.

Dan satu lagi, jangan sampai cerita pasai hang tersebar tersebar di alam maya ni. Takut nanti hang sendiri pulak yang terpaksa minta pindah tukar ke pendalaman.

**admin : PPD Perak Tengah pun tidak kurang hebatnya dalam mengugut dan mengatur pelbagai program & memerangkap warga  pendidik daerah bagi tujuan dan bermotif tekan politik. Agen-agen YB berselerak di sana-sini. Terlalu banyak contoh.



satu daripadanya ....


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/10/ppd-yang-beraksi-macam-si-anjing-umno.html#ixzz29jy4gwMz

Tuesday, September 4, 2012

PPD PERAK TENGAH


Kg. Gajah 4 Sep. 2012, KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia, kini memang sudah menjauhkan diri dengan kerja hakiki ( core bisness ) , kini KPM sudah dijadikan medan untuk memastikan UMNO sentiasa dihati rakyat. Secara terdesak semua agensi di bawah KPM seolah-olah menerima arahan dari Putra Jaya untuk tugas rasmi tersebut. IAB - Institut Aminuddi Baki ( di semua cawangan ) Jabatan Pelajaran semua negeri serta Pejabat Pelajaran Daerah di semua daerah dengan " PEGAWAI PAK TURUT " sudah mengkiblatkan ucapan mereka untuk menghentam kepimpinan PR terutama DSAI.

Selaian " arahan rasmi " pihak kepimpinan sama ada di peringkat Parlimen mau pun DUN juga menggunakan " kelonggaran " ini untuk mereka " membuli " pegawai-pegawai pendidikan - samada mereka di jabatan mau pun di pejabat daerah, bagi pegawai-pegawai pendidikan pula untuk memastikan kerjaya mereka terjamin ikut saja cakap ahli politik ini. Kekadang pegawai ini pula yang lebih sudu dari kuah.

Gambar copyright : Facebook

Sebagai contoh, gambar di atas, niat untuk membantu para pelajar dan murid miskin memang menjadi tuntutan tambahan pula kepimpinan UMNO majoritinya " kaya-kaya " belaka sememangnya mereka " wajib " menyalurkan sumbangan tersebut. Tapi kenapa perlu di guna premis pendidikan, apakah UMNO miskin bangunan untuk perhimpunan.
Beliau yang sedang berucap bukan nya Pegawai Pelajaran Daerah ( PPD ) - gambar, beliau ialah ADUN Belanja yang juga Ketua UMNO Bahagian Parit. PPD.

Baru-baru ini dalam sembang-sembang di warong Mak Janda, heboh mereka memperkatakan kaitan dengan kalangan guru yang melibatkan diri dengan kerja-kerja sampingan seperti berladang, kerja binaan dan sebagainya. Kekelambutan mereka ini kekadang menjadi bualan kerana " waktu " kekelambutan mereka itu sungguh tidak sesuai, sepatutnya berada di sekolah tapi di sekitar tapak projek dan kawasan ladang. Persoalannya apakah PPD - Pegawai Pelajaran Daerah " buta " tidak nampak hal perilaku anak buah mereka, atau mereka " membutakan " mata kerana mereka yang telibat dari kalangan ahli parti pemerintah? Apa yang mereka nampak jika pegawai itu rajin dan kuat kemasjid perlu ditukarkan jauh kerana mereka yang ke masjid ini orang PAS.

Ada juga kalangan pegawai-pegawai di PPD itu sendiri bertindak lebih sudu dari kuah, semua program yang melibatkan YB semuanya sanggup, apa saja, terutama yang melibatkan keperluan kehadiran, surat rasmi dikeluarkan, jamuan di pesan melalui pembekal yang biasa, akhirnya ada kalangan pembekal yang mengadu sudah hampir setahun bayaran tidak diterima, dan akhirnya pegawai lepas tangan, pembekal gigit jari. Apakah ini cara pegawai dari UMNO bertugas.
Profile Picture

 

Dari Temerloh melaporkan IAB Genting Highlands, melalui program Latihan Perkhidmatan Pengurusan ( LADAP ) dengan mewajibkan semua kakitangan perkhdimatan menyertainya, dan fasilitator dengan menggunakan perkataan " si peliwat itu " serta memainkan isu perkauman dan menyebutkan idea sulit DAP untuk menidakan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia

 

Ini di laporkan lagi kes naya ( bahasa kg. gajah )

Politik itu jhat dan kejahatan politik itu tidak ada batas dan sempadananya. Benarlah politician itu (politician modern) lebih jahat dan tidak bermaruah dari binatang. Seorang pegawai PPD - Pejabat Pendidikan Daerah telah meminta seorang guru perempuan agar memasakh suaminya yang dikatakan seorang penyokong Pas.

(Faskah menurut Kamus Dewan pembatalan nikah). PPD berkenaan katanya tidak senang dengan penglibatan politik suami guru berkenaan yang dianggap boleh menganggu seorang tokoh politik yang dipuja dan diharapkan akan menang dalam pilihan raya akan datang. Kerana melihat suami guru berkenaan menyokong parti kerajaan, suatu hari pegawai PPD itu telah memanggil guru perempuan berkenaan dan mengemukakan cadangan berkenaan.

Diperayai cadangan itu adalah ugutan dan tekanan terakhir ke atas guru iu agar mempengaruhi suaminya suapa tidak menyokong parti kerajaan. Dialog atau perbualan pegawai berkenaan dengan guru perempuan itu katanya dirakam dan rakaman itu disimpan oleh seseorang bakal beredar pada pilihan raya akan datang. Pengawai PPD itu juga tak cermat dan tidak menyedari perbualannya dirakam.

Menurut sumber yang mengakui memiliki rakaman itu di dalam rakaman selama 23 minit 45 saat itu pegawai PPD berkenaan ada menyebut nama tokoh politik berkenaan. Bagaimana pun tindakan buruk pegawai PPD berkenaan tidak sempat dilaksanakan oleh guru berkenaan apabila guru itu bertindak mendedahkan kejadian itu kepada pihak tertentu.

 Pegawai berkenaan dikatakan betindak atas arahan tokoh yang disokong itu kerana bimbang kegiatan dilakukan suami guru berkenaan menjejaskan peluang tokoh itu menang. Bukti ini berdasarkan pegawai itu ada menyebut nama tokoh politik itu. Kejadian ini berlaku di sebuah jajahan berpesisiran pantai di Kelantan kira-kira dua bulan lepas.

Adalah dipercyai tokoh politik yang pernah menang dan kalah dua kali dalam pilihan raya itu meminta kes itu diselesaikan dan tidak diperpanjangkan apabila perbuatan buruk pegawai PPD berkenaan terbongkar sampai ke pengetahuannya.

 Hikmat pendedahan guru berkenaan, beliau yang mulanya diugut akan ditukar ke luar negeri tidak ditukar sebaliknya dipindahkan ke sekolah yang berhampiran dengan rumahnya. Tindakan itu dipecayai untuk mengaman dan menutup mulut guru berkenaan agar tidak memperbesarkan kesnya itu. Siasatan lanjut akan dijalankan./~

Tuesday, July 10, 2012

RENUNG-RENUNGKAN LAH.


Rakaman gambar yang disertakan adalah menujunkan bagaimana negara yang kaya dengan hasil mahsulnya melayani pembangunan pendidikan generasi mendatang. Apakah dengan kekayaan yang di ada di bumi Malaysia ini sudah tidak sanggup melakukan atau memberikan bantuan kepada kelangsungan pekembangan anak-anak ini.


Kita lihat gambar ini, ( apakah gambar ini di " superimposekan " ) jelas menunjukkan kepada kepimpinan bagaimana anak-anak ini berjuang untuk mendapatkan pelajaran, dan bagi mereka pelajaran adalah segala-gala untuk masa depan. Kanak-kanak ini memberanikan diri untuk terus menggunakan " titi gantung " ini untuk ke sekolah. Titi Gantung ini laksana " highway 3 lorong " untuk mereka.

  
Cukup mencemaskan, sekali pandang anak-anak ini berjalan atas angin, tidak tahu apakan landasan yang digunakan. Mungkin mereka adalah ahli sirkas pada satu masa nanti.




Tiada kelas gunakan khemah, tapi lihatlah keselamatan khemah yang disediakan.




























Lihatlah bagaimana lantai dan dinding sekolah, apakah ianya dapat pihak pengajar dan pelajar menerima pelajaran dengan paling sempurna sekali?



 Memang tidak dinafikan rakaman gambar-gambar yang dipaparkan adalah diambil dari sekolah-sekolah pendalaman di Malaysia Timur. Tapi apakah asalan kerana sekolah mereka di pendalaman kedaifan dan kesukaran untuk mereka belajar di nafikan? Apakah ini yang di katakan " pendemokrasian Pendidikan ?"

Rakaman ini dari sekolah di Semporna Sabah - Sk Pulau Bait.

Kepada pihak yang berwajib bertindaklah untuk kepentingan mereka, dan perlu di ingat mereka adalah menerus generasi kita dan didikan yang sempurna insyaallah akan melahirkan insan yang sempurna.






Friday, July 6, 2012

Tindakan PPD memalukan




Gambar di atas dipetik dari laman Portal Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, bertarikh 5 Julai 2012, menunjukkan kenyataan yang sangat tidak profesional oleh Pegawai PPD yang tersebut.


Paing memalukan, apabila arahan tersebut tidak menyatakan sebab dan alasan disebalik larangan mempamer dan mengedarkan Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa yang dikeluarkan oleh Darul Mubarak Travel & Tours Sdn Bhd.

Pihak Syarikat Pakej Perlancongan, Umrah dan Ziarah, Darul Mubarak telahpun mengeluarkan jadual tersebut sebagai langkah untuk mempromosi syarikat tersebut selain menyediakan perkhidmatan percuma bagi masyarakat umum yang berminat ingin mendapatkan jadual imsak ndan berbuka puasa secara percuma. Juga sebagai salah satu langkah mengimarahkan dan menyamarakkan sambutan bulan ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh PPD ini sama sekali tidak dapat diterima logik dan asasnya kerana di dalam jadual tersebut tiada suatu unsur yang boleh dipersoalkan kerana ianya memuatkan jadual yang juga dimuat-turun daripada laman yang dikendalikan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Tindakan seperti ini bukan sahaja dilihat untuk mengampu pemimpin UMNO-BN malah dilihat sebagai tindakan yang tidak matang oleh pegawai yang bertaraf tinggi yang sewajarnya memberikan contoh kepada masyarakat tempatan.

Sumber : http://paskawasanparit.blogspot.com/2012/07/tindakan-ppd-perak-tengah-memalukan.html

Tuesday, April 3, 2012

PERMATA PINTAR, KELAS PEMULIHAN


Arena pendidikan di negara ini lebih mementingkan bagaimana " wang " rakyat dapat digunakan, perancangan dan perubahan semuanya mengira bagaimana wang dapat disalurkan kepada kroni. Pada awal 1980an, pendidikan di negara berubah dari KLSR - Kurikulum Lama Sekolah Rendah kepada KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Ada kalangan pendidik menterjemahkan " Kerja Berat Sehinggan Rebah ".

Memang tidak dinafikan " arena pendidikan " adalah lubuk emas kepada mereka yang sentiasa ghirah untuk mendapatkan keuntungan. Semasa pembentangan bajet setiap tahun pendidikan mendapat peruntukan yang terbanyak. Bajet untuk makan, bajet untuk kelas tuisyen, bajet untuk membelia pakaian serta bajet untuk pengurusan baik dari sudut kemudahan asas mau pun bajet untuk pengurusan pembangunan pendidikan itu sendiri. Apabila dilahirkan satu dasar maka sudah tentu pihak kerajaan menyediakan bajet untuk tujuan tersebut.

Dasar KBSR hanya bertahan selama hampir 20 tahun dengan berlandaskan FPN dan FPK yang bermatlamatkan dan dapat melahirkan manusia dengan perkembangan seimbang dari sudut JERI ( Jasad, Emosi, Rohani dan Intelek ).

Selama hampir 20 tahun akhirnya, KBSR di kuburkan dan Dr. Mahathir merancana satu dasar baru PPSMI ( Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris ) Sebermula pada 2002 dan memang pihak kerajaan menyediakan cukup lumayaan peruntukan untuk tujuan dasar ini. Setiap kelas di sekolah akan dibekalkan dengan Komputer Riba, sekolah juga disedikan kan dengan makmal komputer, bahan-bahan Pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris begitu banyak sekali.

Pelaksanaan Dasar ini telah mendapat tentangan dari pihak pejuang bahasa, mereka menganggap kerajaan telah dan akan menghilangkan identiti Melayu di negara sendiri. Semua guru di paksa mengikuti kursus " penguasaan bahasa Inggeris ", semua guru disediakan dengan kemudahan alat ICT yang termoden. Semua guru di ajar melalui kursus-kursus untuk mengendalikan peralatan tersebut.

Tapi apa bezanya antara dasar KBSR dan PPSMI dengan pihak kerajaan memperuntukan satu bajet untuk program " Permata Pintar " ? KBSR dan PPSMI ianya masih tidak dimiliki oleh orang perseorangan dan ianya masih dimilik oleh pihak Kementerian Pendidikan, cuma penyelahgunaan kuasa sahaja yang dapat di pertikaikan, kerana agihan kontrak, penyediaan keperluan P & P ( Pengajaran & Pembelajaraan ) kadang-kadang di miliki oleh syarikat yang ada hubungan antara mereka dengan pihak kementerian.

Permata Pintar di khususkan kepada seseorang dan ianya diberikan peruntukan yang cukup besar, sedangkan p & p Permata Pintar ini sudah ada di sebilangan sekolah, dan hampir semua sekolah sudah ada kelas Pra Sekolah, serta Tadika-tadika, sama ada tadika kelolaan kerajaan mau pun parti politik yang lain. jadi keujudan Permatan Pintar ini seolah-oleh memberikan satu peruntukan untuk orang tertentu.

Akhirnya tak perlukan dinyatakan angka dalam penyediaan kedua-kedua dasar tersebut baik KBSR mau pun PPSMI dan Program Permata Pintar, semua nya bermatlamat dan menghalalkan penggunaan wang rakyat.

Friday, January 20, 2012

SEKOLAH KU RUMAH KU


Kenapa harus jadi bagini, apakah sebuah sekolah tempat dimana generasi penerus dilahirkan dibiarkan tidak terurus, dimana mereka yang dipertanggongjawabkan untuk menyelia tahap dan mutu bagunan sama sesuai atau sebaliknya untuk di guna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



Sekolah ini seolah-olah sudah tidak di guna pakai oleh pihak kementerian mau pun jabatan hatta PPD itu sendiri. Ianya terbiar, tidak diuruakan, juga mungkin tidak di pantau oleh pihak tertu sama ada dari JPN atau PPD hatta pihak kementerian itu sendiri. Kalau di pantau atau sudah tentu pihak tertentu dapat memberika penambahbaikan kepada bagunan ini, atau apakah bangunan ini sudah sampai usia untuk tidak di guna pakai?

Cat pagar amat jauh bezanya dengan cat bangunan, seperti langit dengan bumi.




Kalau nak dikatakan sekolah ini sudah di " talqinkan " pagar masih cantik, kemudian di aras atas pula terdapat 3 orang pelajar sedang menghabiskan masa berbual-bual antara satu sama yang lain. Jadi kesimpulannya bangunan sekolah ini masih di guna pakai.




Tapi kalau bangunan sekolah ini masih diguna pakai apakah pihak pengurusan tidak prihatin terhadap keadaan fizikal bangunan tersebut, atau mungkin juga pihak pengurusan sudah " letih " dalam pengurusan untuk mendapatkan perutukan. So kesimpulannya buat apa yang sepatutnya aje, dan yang penting pengajaran dan pembelajaran di teruskan, kerana para pelajar belajar di dalam bukan di dinding-dinding.



Walaupun keadaan bangunan tidak cukup ceria tapi pihak pengurusan dapat pula memastikan keadaan " landskap " di kawal rapi, pokok bunga sentiasa di selia oleh pihak pekerja sekolah. Mungkin ada " kerja kontrak " yang bertanggong jawab dalam hal ini.



Indah kawasan sekolah ini, dapat diperindahkan lagi jika bangunan ini dapat di " bedakkan " lagi, mungkin ianya akan seimbang dengan landskap di selia rapi oleh pihak pekerja.




Memang nampak " hodoh " bangunan ini, pembelajaran boleh terganggu dengan keadaannya, mata yang memandang mungkin dapat menjejas pembelajaran yang di terima.

Tuesday, January 17, 2012

PENDIDIKAN VS PELAJARAN, AMELINA & FATIMAH


Pada 1988 Kementerian Pendidikan ( kemudian setelah DSAI di gugurkan dari kabinet - ditukarkar kepada Kemetetian Pelajaran ) Penyataan berikut;

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusasn ke arah memperkembangkan lagi potensi invididu secara menyeluruh dan persepadu untuk mewujudkan insan yang dan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ( JERI ) berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggongjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negera "

Sebagai contoh cuba kita lihat apakah Unsur-unsur Rohani yang akan diterapkan:

1- menyedarai dan menginsafi adanya Tuhan
2- menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan
3- menyedarai dan prihatin tentang tanggongjawab
4- memupuk dan membina disiplin diri
5- membentuk akhlak mulia
6- memiliki jiwa yang tenang dan tenteram
* dari Buku Penerangan KBSR, terbitan KPM.

Dari segi pembangunan pelajaran mungkin Kementerian Pelajaran boleh berbangga, apa tidaknya kerana saban tahun semua keputusan peperiksaan sentiasa menunjukkan prestasi yang menggalakan, sentiasa cemerlang tambahan apabila sampai tahun perlu di adakah piliharaya. Tak kira di peringkat rendah UPSR, di peringkat menengah PMR, SPM, STPM semuanya cemerlang.

Kita tidak terkejut apabila pada 2004, Nur Amalina Che Bakri beliau berjaya memperolehi 17 A1 semasa keputusan SPM 2004, kini meneruskan pengajian di bidang perubatan di Universiti Edinburgh. Scotland Siti Fatimah Mukhtar pula pada SPM 2006, dengan 17 A1 dan 1 A2, juga kini melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di University of Nottingham, United Kingdom. Dan tahniah juga mereka kini masing-masing menyambung pelajaran di luar negara dengan tajaan masing-masing.

Tapi apabila " pelajaran " lebih dipentingkan dari " pendidikan ", corak hidup sesorang itu mudah boleh berubah, kalau semasa di samping keluarg boleh ikut kata-kata dan nasihat keluarga tapi apakah ianya boleh di laksanakan apabila hidup tampa kedua keluarga tambahan pula tinggal di negera yang budaya penghidupannya jauh berbeza dengan apa yang kita alami.


Tapi kini Nur Amalina ( gambar ) mula sudah tidak s0pan tidak seperti sebelum keluar negara dulu, beliau mula berubah gaya hidup, beliau mula sudah tidak menggunakan kain tudung, sudah tidak lagi berpakaian seperti seorang Muslim, beliau juga sudah pandar " berkepit " dengan lelaki.



Mungkin Nur Amaline dengan kekasihnya

nur amalina che bakri 3 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!







seMutakhir ini, heboh diperkatakan tentang isu pelajar cemerlang SPM (2005) iaitu Nur Amalina Che Bakri (foto). Anak tunggal kepada Seorang Guru dan Jurutera DBKL itu berjaya mememperoleh 17A1 dalam 17 mata pelajaran yang diambilnya. Kejayaan beliau menggemparkan seluruh negara dan namanya terus harum untuk dijadikan idola kepada pelajar-pelajar selepas itu. Kini, segalanya seakan telah berubah. Kami tidak mahu memberikan komen yang tajam sangat dengan isu ini, kerana ia bukanlah isu politik dan sekadar peribadi semata-mata. Namuun, harus juga diingat bahawa Amalina adalah ikon kepada anak-anak muda terutamanya pelajar yang masih menuntut. Jika ini gambaran yang ditonjolkan, selepas menjadi pelajar cemerlang maka apakah beliau boleh dibanggakan lagi. Nampak benar akhlaknya sudah rosak tatkala jauh dirantau orang. Hubungan sosial merasaskan kepada gambar-gambar yang dipapar itu jelas menunjukkan Amalina kini sudah tersasar dari landasan. Buarlah apa jua pengakuan pun, gambar dan video terkini pengakuan beliau boleh menceritakan segalanya. Kenyataan beliau kononnya seluar ketat yang dipakai ketika bergambar seksi di sana adalah pemberian ibunya itu jelas menggambarkan dia memangh sudah ketandusan idea. Malah, ibunya pula boleh mengaku menghadiahkan seluar itu kepada Amalina. Wajarkah seorang ibu kepada anak cemerlang boleh berbuat demikian?. Di sini jelas menggambarkan keluarga terbabit memang sudah rosak identitinya. Amalina yang kini mengambil pengajian perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland dikatakan gemar berfoya-foya dan bersosial dengan rakan-rakannya diluar negara. Malah, akibat tindakan itut pelajarannya kini dikatakan semakin merosot dan merudum.


Lihat, gaya buka aurat dan aksi romantis Nur Amelina dengan jejaka Mat
Saleh
yang cetus kontroversi beliau selaku Pelajar Cemerlang SPM 2005
Semuanya gara-gara kejutan budaya. Wajarkah pelajar cemerlang seperti beliau boleh terkena kejutan budaya sebegitu?. Sedangkan ramai lagi pelajar Malaysia di sana yang masih mengamalkan cara hidup ketimuran dan Islam. Inilah yang dipersoalkan oleh orang ramai sekarang. Terkini, cuba lihat video jawapan balas beliau melalui bantuan Skype yang dilakukan oleh kalangan wartawan tempatan sendiri di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor. Video ini telah disiarkan oleh Buletin 1.30 TV3 siang tadi. Sama-samalah anda nilai sendiri dengan apa yang disaksikan ini.

nur amalina che bakri1 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!




Tapi sejak keluarnya cerita Nur Amalina hampir semua rakyat Malaysia di kejutkan dengan perubahan yang berlaku, kenapa Nur Amalina yang dulunya " bersopan santun " dengan pakaian " muslimah " tapi kini boleh bertukar dengan berpakaian yang cukup " rugged " cara dan tindakan serta pergaulan sudah cukup jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya.llll

nur amalina che bakri1 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Bekas Pelajar Maahad Muhammadi, Kelantan Terus Cemerlang Di UK

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani. Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif. Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom.

Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Klik untuk besarkan

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.


Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat

Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.


Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.


Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.

Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran. ~mengajipastiboleh

nur amalina che bakri 5 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Bagi kami kalau individu tersebut bernama Ali Bin Abu (bukan nama sebenar) ataupun artis Malaysia, kami tidak ambil pusing sangat. Tetapi jika namanya Nur Amalina Che Bakri satu nama yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu di mana beliau berjaya memperolehi 17 A1 semasa keputusan SPM 2004, bagi kami ia harus diberikan perhatian.

Sehinggakan selepas itu, “fenomena Nur Amalina” terus-menerus menyelubungi kalangan adik-adik kita yang bakal menduduki peperiksaan SPM setiap tahun. Kalau ditanya kepada mereka, ramai yang akan menjawab :

  • Saya nak jadi macam akak Nur Amalina
  • Saya nak berjaya macam akak Nur Amalina
nur amalina che bakri1 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Sampai begitu sekali. Lagi satu, kalau Nur Amalina Che Bakri berpakaian tidak senonoh daripada mula, kami kurang ambil pusing. Tetapi berlainan apa yang kita lihat sekarang ini. Mungkin inilah yang dinamakan kejutan budaya?

Isu pelajar-pelajar yang berjaya terbang ke negara orang untuk menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi setiap tahun, bagi kami tidak boleh dipandang ringan. Sejarah sudah membuktikan daripada kalangan ini ramai yang akhirnya :

  • Positifnya : Pulang semula ke Malaysia dan terus menabur bakti kepada negara (cemerlang daripada segi ilmu & sahsiahnya) atau……
  • Negatifnya : Hanyut bersama-sama dengan kebebasan yang mula “mereka” perolehi sejak berada di negara orang.(Ini yang kita patut elakkan)

Gambar Nur Amalina Che Bakri : Akaun Facebook Amalina Telah Ditutup

nur amalina che bakri 2 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Kami yakin pasti akan ada yang mengatakan :

“Ala…baru tak pakai tudung, buka sini sikit sana sikit”. Takkan itupun nak dihebohkan.

Okey…..Pertama apa yang kami nak katakan di sini Nur Amalina Che Bakri hanyalah satu contoh sahaja. Persoalan yang cuba kami tampilkan di sini, adakah kita mahu melihat keadaan menjadi lebih teruk, baru kita semua mula mahu nak melatah? Contoh? Lihat apa yang terjadi adik Ariff Alfian dan …………………..? Erm…..Dah terlambat dah.

It's a great time to get a great-looking new PC. Offers here.

Disebabkan beliau rakyat Malaysia, mempunyai kebolehan tersendiri, berpenampilan bersih pada mulanya dan paling pentingnya kami sayangkan beliau, itulah antara sebab kami menegur beliau. Kami menegur bererti kami sayangkan beliau (Nur Amalina) “ibarat permata bagi negara”.

Apatah lagi ada kalangan adik-adik kita selepas ini akan berangkat ke luar negara bagi melanjut pengajian ke peringkat lebih tinggi. Nasihat kami supaya adik-adik kita ini supaya pandai menjaga diri & elakkan diri daripada terkena ‘kejutan budaya” juga.

nur amalina che bakri 3 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Kejutan budaya tidak mengenal mangsa. Baik penuntut di Malaysia mahupun penuntut Malaysia di luar negara sana. Kalau anda tidak kuat & pandai menjaga diri, anda akan hanyut. Lebih-lebih lagi adik-adik yang baru nak mengenal apa itu erti “kebebasan”.

Gambar Nur Amalina Che Bakri Telah Dibuang Di Facebook

nur amalina che bakri 4 Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!!

Sumber : https://www.facebook.com/amalina.bakri

P/S : Kami tidak berharap banyak, cukup sekadar Nur Amalina Che Mat berfikir sejenak apa yang beliau lakukan & kami doakan juga beliau berjaya di sana.

PP/S : Untuk renungan buat kami dan kepada semua, belajar tinggi-tinggi & genius belum tentu dapat menjamin EQ & SQ berjalan seiring dengan tahap pendidikan yang ber’IQ’ tinggi. Tetapi….

PPP/S : Tetapi jika anda jaga iman di ceruk mana sekalipun Insyaallah, kejayaan yang akan “terus mengiringi & mengejar anda”.

by Staff Berita Semasa on January 2, 2012


Thursday, January 5, 2012

Panas: Nur Amalina, 'Pelajar Cemerlang SPM' 2005 Di Katakan Rosak Akhlak Terkena Kejutan Budaya

Mutakhir ini, heboh diperkatakan tentang isu pelajar cemerlang SPM (2005) iaitu Nur Amalina Che Bakri (foto). Anak tunggal kepada Seorang Guru dan Jurutera DBKL itu berjaya mememperoleh 17A1 dalam 17 mata pelajaran yang diambilnya. Kejayaan beliau menggemparkan seluruh negara dan namanya terus harum untuk dijadikan idola kepada pelajar-pelajar selepas itu. Kini, segalanya seakan telah berubah. Kami tidak mahu memberikan komen yang tajam sangat dengan isu ini, kerana ia bukanlah isu politik dan sekadar peribadi semata-mata. Namuun, harus juga diingat bahawa Amalina adalah ikon kepada anak-anak muda terutamanya pelajar yang masih menuntut. Jika ini gambaran yang ditonjolkan, selepas menjadi pelajar cemerlang maka apakah beliau boleh dibanggakan lagi. Nampak benar akhlaknya sudah rosak tatkala jauh dirantau orang. Hubungan sosial merasaskan kepada gambar-gambar yang dipapar itu jelas menunjukkan Amalina kini sudah tersasar dari landasan. Buarlah apa jua pengakuan pun, gambar dan video terkini pengakuan beliau boleh menceritakan segalanya. Kenyataan beliau kononnya seluar ketat yang dipakai ketika bergambar seksi di sana adalah pemberian ibunya itu jelas menggambarkan dia memangh sudah ketandusan idea. Malah, ibunya pula boleh mengaku menghadiahkan seluar itu kepada Amalina. Wajarkah seorang ibu kepada anak cemerlang boleh berbuat demikian?. Di sini jelas menggambarkan keluarga terbabit memang sudah rosak identitinya. Amalina yang kini mengambil pengajian perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland dikatakan gemar berfoya-foya dan bersosial dengan rakan-rakannya diluar negara. Malah, akibat tindakan itut pelajarannya kini dikatakan semakin merosot dan merudum.


Lihat, gaya buka aurat dan aksi romantis Nur Amelina dengan jejaka Mat
Saleh
yang cetus kontroversi beliau selaku Pelajar Cemerlang SPM 2005
Semuanya gara-gara kejutan budaya. Wajarkah pelajar cemerlang seperti beliau boleh terkena kejutan budaya sebegitu?. Sedangkan ramai lagi pelajar Malaysia di sana yang masih mengamalkan cara hidup ketimuran dan Islam. Inilah yang dipersoalkan oleh orang ramai sekarang. Terkini, cuba lihat video jawapan balas beliau melalui bantuan Skype yang dilakukan oleh kalangan wartawan tempatan sendiri di rumah keluarganya di Kota Tinggi, Johor. Video ini telah disiarkan oleh Buletin 1.30 TV3 siang tadi. Sama-samalah anda nilai sendiri dengan apa yang disaksikan ini.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA