Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, January 9, 2010

UMNO - PERANCANG KEMUSNAHAN BANGSA DAN NEGERA SERTA AGAMA

Malaysia dengan slogan 1 Malaysia kini digegarkan dengan tindakan " orang tidak bertamaddun " dengan menggunakan otak yang tak boleh berfikir, apakah mereka lupa, bahawa negera ini mengamalkan dasar kebebasan beragama, apakah mereka lupa kepelbagaian bangsa dan agama yang menjadi dan mendapat kerakyatan di Malaysia. Apakah mereka ingat waktu ini " siapa kuat " dia boleh memerintah. Inilah jadinya kalau kerajaan menghadkan tahap pembacaan rakyatnya, juga apabila kerajaan hanya menyiarkan berita-berita berkaitan dengan kebaikan satu pihak sahaja. Inilah keburukan apabila akhbar di kawal beritanya, berita yang disiarkan hanya untuk memastikan satu pihak yang hebat dan mampu melaksanakan tugas pemerintaha.

Apa salahnya kalau akhbar dapat menulis tetang kalimah ALLAH mengikut apa yang tertulis dalam Alquran, tulislah rencana yang boleh memberikan kebaikan kepada semua pihak. Kemudian pihak pemerintah pula amalkan dasar yang tidak pilih kasih, berilah kelonggaran kepada semua pihak, jangan ada rasa pilih kasih, orang ini boleh orang itu tak boleh. akhirnya apa yang berlaku ada lah melambangkang ketidak adilan dalam pemerintahan kita.

Kita lihat bagaimana kerajaan waktu ini menyalahgunakan sistem mahkamah, bagaimana rosaknya sistem di SPRM, bagaimana pilih kasihnya PDRM dalam menetapkan undang-undang. Kerana apa yang berlaku ini pada satu hati nanti akan menjadi masalah kepada pengurusan negera. Kita lihat sahaja, bagaimana kepimpinan negara menyalahi undang-undang dalam kes rampasan kuasa di Perak? bagaimana dayusnya dalam kes liwat DSAI, bagaimana engkar dalam permasalahan rasuah di kalangan pemimpin kelompok tertentu.

Dalam kes ALLAH - benarkan UMNO berusaha untuk memastikan setiap arahan dan garis panduan dalam ISLAM ditunaikan, bagaimana? jadi tindakan dan provokatif inilah yang dijadikan alasan oleh lain pihak untuk menguji sejauh mana keutuhan dan ketahanan kita beragama. Orang atau penganut agama lain melihat penganut ISLAM )( orang melayu di Malayasia ) sudah tidak memperdulikan perintah ALLAH lagi. Sebut sahaja permasalahan kemasyarakatan ianya semua di monopoli oleh orang Melayu yang mengaku mereka menganut agama ISLAM - dadah, buang bayi, perempok, membunuh, rasuah, dan entah apa lagi.

Kita hebat dalam berpolitik tapi kita lupa kesan sampingan apa dan tindakan yang kita buat boleh merosakkan anak bangsa di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA