Isu minggu ini - Penggunaan Allah di majallah The Herald. Seluruh negara heboh, seluruh NGO membantah, seluruh mereka yang mengakui beragama Islam, perbuatan yang dilakukan oleh majallah tersebut menyinggong perasaan umat Islam.
Apakah benar The Herald yang menggunakan perkataan Allah telah menghina Islam ?
Rasanya telah banyak nasihat yang diberikan untuk pengurusan dan pentadbiran negera ini yang langsung tidak dikuti oleh pemimpinnya. Lihat saja apa yang berlaku atas DSAI semasa Mahathir dulu, kes liwat yang sepatutnya di hakimi di mahkamah syariah langsung tidak dipedulikan. Kemudian zaman najib kali kedua DSAI dituduh yang sama, DSAI telah mengemukan agar kes liwat kali kedua ini ke mahkamah syariah, tapi pemerintah tidak mengindahkan, kerana liwat lebih kepada pertuduhan yang dirancang dan perlu di adili di mahkamah " Islam " tapi egois telah menguasai daya pemikiran peimpin.
Mufti-mufti pula, kalau kita perhatikan ramai dari kalangan mereka akan menjatuhkan fatwa untuk memastikan pemerintah di agungkan, malahan mereka tidak langsung sanggup menyatakan yang benar, kerana kebanyakan yang benar itu pahit, juga boleh menghilangkan keistemwaan serta kemewahan yang sedang di kecapi. Sebagai contoh, mereka ( mufti ) langsung tidak berani mennyatakan fatwa berkaitan dengan hukuman ISA, yang mana kita ketahui ISA lebih mementingkan kepentingan individu dan memenjarakan sesoerang dengan tampa diberikan kebebasan untuk mempertahankan diri.
Banyak lagi, perkara yang perlu diberikan perhatian oleh kalangan ahli agama, tapi mereka tidak mengindahkan, ambil saja hukum sebat kepada seorang pesalah di Pahang tempoh hari. Yang menentang ialah orang Melayu sendiri, yang bertaraf menteri, sanggup menggadai maruah dengan menyatakan kelengakap untuk merotan belum ada, apakah Negera Islam yang diagong-agongkan selamat 52 tahun sudah merdeka, kelengakapn sebagini belum ada? Tapi seluruh dunia dijual Malaysia adalah Negera Islam yang tulin.
Bagaiman corak hidup masyarakat Muslid dinegara ini? apakah mereka mengamalkan sistem hidup cara sorang muslim yang sebenarnya?
Kecelaruan gaya hidup masyarakat negera ini jelas membuktikan "Islam" hanya pada nama dan ikutan sahaja. Pemimpin tidak mencerminkan gaya hidup seorang muslim, kalau yang perempuan susah sangat untuk meletakkan tudong di kepala.
Akhirnya kita lihat satu hari nanti, sistem perundangan negera juga akan dimainkan oleh orang luar, kerana perundangan negera kita bukan untuk mendari keadilan tapi untuk memastikan kepimpinan yang ada terus berkuasa, lihat satu hari nanti. Kalau Nama Allah mereka berjaya untuk menggunakan kenapa tidak sistem perundangan negera akan digunakan untuk menjual kekayaan negera ini. Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment