Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, January 15, 2010

ALLAH - HURU HARA RAKYAT.

Nampaknya, salah guna " ALLAH " terus mengelirukan rakyat dan sehingga kini pihak kerajaan melalui Menteri Di JPM, YB Nazri Aziz telah secara sedar atau tidak memberikan laluan kepada pengikut Kristian di Sabah dan Sarawak untuk menggunakan kalimah tersebut kerana mereka telah menggunakannya dari zaman azali lagi.

Dalam " The Borneo Post " keluaran 15 Januari 2010. Nazri mengesahkan " govt recognises traditional usage of word ( ALLAH ) in Sabah dan Sarawak " Muslim di Sabah dan Sarawak tidak seperti Muslim here in Semenanjung " Muslim here in Semenanjung cannot accept it as ' Allah " was never used in Christian preaching until recently and they questioned the motive behind the susitituion of ' Tuhan ' for ' Allah ' akhbar di baca semasa saya berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Apakah ajaran Islam antara Muslim di Semenanjung dan Malaysia Timur itu berbedza? Apakah Muslim di Malaysia Timur muslim kelas kedua? atau bagaimana YB Nazri boleh meletakkan kedudukan sebegini? Benarkan " ALLAH " bagi menganut Kristian di Semenanjung hanya baru beberapa tahun yang lalu?.

Kaitan dengan itu, Nazri juga berhujah di Malaysia ada 2 set hukuman Mahkamah Civil dan Mahkamah syariah, apakah Malaysia telah meletakkan Mahkamah Syariah sebagai rujukan umat islam? Lihat saja kesalahan " Qazaf " mengapa tidak didahulukan dengan tuntutan Islam serta mengapa meletakannya di mahkamah civil, ini membuktikan negara kita menidakan pelaksanaan hukum Islam di tampat yang sewajarnya. Apakah mahkamah Syariah hanya perlu membincangkan kes cerai berai, kes talak, kes faraid saja kalau gitu andaiannya kita ( kerajaan ) tidak meletakkan peranan dan tanggungjawab perundangan Islam sebagai rujukan, apakah benar negara kita Negara Islam?

Lagi satu contoh yang di bisingkan oleh rakyat ialah, mengapa perlu ada kalangan orang ramai, khususnya pemimpin bertafakur pada tugu peringatan, jelas ini satu perbuatan syirik, semua mufti kata demikian, tapi kita pemimpin meneruskan juga.

Diatas adalah seberapa andaian dan hujah mengatakan bahawa kepimpinan negara tidak meletakkan Islam sebagai hala tuju dalam hidup, hujah ini ada hubungan dengan saranan dari rakan blog " pejuang " Maaf ini adalah pendapat saja.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA