Malaysia yang kini dengan slogan barunya 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan, Pencapaian diutamakan dalam keadaan tenat, masyarakatnya sedang dilanda dengan berbagai-bagai masalah buang bayi, penagihan dadah, rumah tangga yang di penohi dengan penceraian, remaja yang penoh hidup dengan hiburan. Ekonomi merudum teruk, harga ikan kembong kini mencecah RM12 sekilo, gula dinaikan sehingga RM0.20sen sekilo. belanjawan anak-anak di asrama di potong, peruntukan makan dari 250hari kini hanya tinggal 200 hari sahaja.
Politik juga turut porak peranda, semua parti yang ada sedang dilanda masalah, sedang berubut kepimpinan, pihak kerajaan tidak lagi bergerak dengan berteraskan perlembagaan, prinsip rukan negera sudah tidak di indahkan, bagi orang Islam, kesucian agama telah dinodai, masyarakat sudah menampakkan ketidakpercayaan kepada Rukan Islam dan pertanggojawaban sebagai seorang Muslim.
Lihat saja penyelewangan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pihak pemerintah, boleh dikatakan semua agensi kerajaan perlu mengikut telunjuk dan kehendak pemimpin yang pemerintah bukan mengikut apa kata perlembangaan. Agensi yang paling teruk mengubah haluan kerja ialah SPRM. Nyata dan jelas mereka bekerja untuk memastikan kepimpinan UMNO / BN sentiasa terjamin. Lihat saja hari ini, YAB Kelantan di arah siasat hanya cuma di tohmah dengan menerima kek berharga RM500 tapi mereka yang menghilangkan RM berbilion dinafikan hak mereka untuk di soal siasat.
Selain SPRM, PDRM juga demikian, badan kehakiman juga turut terlibat, jadi kini rakyat Malaysia sudah hilang tempat bergantong, semua sudah di campur adukan, yang penting bagaimana kuasa boleh terus dalam genggaman. Tindakan yang diambil seperti kata pepatah " seperti tikus membaiki labu " bukan bertambah baik tapi keadaan terus meruncing.
Kita lihat saja apa yang sedang berlaku di negara waktu ini, semuanya jenis jenayah meningkat, yang sedihnya majoriti yang telibat dari kaum sebangsa iaitu orang Melayu. Sebut saja apa jenayahnya, buang bayi, kes salah guna dadah, kelakuan maksiat, pergesaran sama sendiri, lakuan adu dumba, keimanan yang terhiris. Di jalan raya kemalangan yang mengorbankan nyawa saban hari dan penglibatan yang amat tinggi, di mana dan siapa yang patut di salahkan?
Apakah tidak ada penguatkuasaan, apakah kerajaan tidur dan leka, apakah pemimpin sudah tidak hiraukan dan tidak mau bertindak atas permasalahan yang sedang menghantuai rakyat.? Dan akhir ini pula isu agama menjadi topik perbualan.
Ada orang kata ini mainan politik adu dumba untuk kepentingan pemimpin tertentu, ungkapan ini berdasarkan sejarah 1969, 1987 dan mungkinkah 2010 ianya mengulangai tragedi sedemikian. Kita berdoa kepada Allah agar apa yang terjadi itu tidak berulang lagi.
No comments:
Post a Comment