Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label ISU PENDIDIDKAN. Show all posts
Showing posts with label ISU PENDIDIDKAN. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

PT - BANYAK SEDEH DARI GEBIMRA

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Hampir tidak ada ibu bapa yang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan, semalam.
"Macam-macam rungutan dan rasa tidak puas hati dapat didengari mengenainya. Di sekolah, di rumah, di kedai kopi, berbual sesama rakan dan di media sosial, terhampar luas luahan rasa tidak puas hati mereka dengan PT3 ini," tulis Shahbudin Husin dalam blognya, semalam.
Menurutnya, simpati ibu bapa kepada anak-anak mereka mengenai beban kerja persekolahan sepanjang mengikuti pembelajaran PT3 sejak tiga tahun lalu bertambah lagi apabila keputusannya diumumkan semalam.

"Jika dulu mereka simpati dengan beban kerja yang terlampau banyak kepada anak-anak mereka sehingga ada yang mengigau-igau dalam tidur, kini ianya bertambah parah lagi kerana sistem yang dilaksanakan secara mengejut dan tergesa-gesa itu ternyata hanya lebih banyak menumpahkan air mata kesedihan berbanding tangisan kegembiraan," tulisnya lagi, sebagaimana di bawah.

Hampir tidak ada ibu bapa yang berpuas hati dengan keputusan peperiksaan PT3 yang diumumkan hari ini. Macam-macam rungutan dan rasa tidak puas hati dapat didengari mengenainya.

Di sekolah, di rumah, di kedai kopi, berbual sesama rakan dan di media sosial, terhampar luas luahan rasa tidak puas hati mereka dengan PT3 ini.

Simpati ibu-bapa kepada anak-anak mereka mengenai beban kerja persekolahan sepanjang mengikuti pembelajaran PT3 atau Pentaksiran Tingkatan 3 sejak tiga tahun lalu bertambah lagi hari ini apabila keputusannya diumumkan.

Jika dulu mereka simpati dengan beban kerja yang terlampau banyak kepada anak-anak mereka sehingga ada yang mengigau-igau dalam tidur, kini ianya bertambah parah lagi kerana sistem yang dilaksanakan secara mengejut dan tergesa-gesa itu ternyata hanya lebih banyak menumpahkan air mata kesedihan berbanding tangisan kegembiraan.

Ramai murid-murid yang kecewa dan menangis dengan keputusan yang mereka diterima. Mereka bukannya bersedih kerana gagal dan tidak memperolehi keputusan yang memuaskan tetapi berasa seperti diperbodohkan dan dijadikan bahan ujikaji semata-mata oleh Kementerian Pelajaran.

Mereka juga merasa seperti tidak berbaloi dengan usaha dan susah-payah melakukan kerja-kerja sekolah selama tiga tahun ini.

Ini kerana sebelum ini Kementerian Pelajaran mengatakan tiada peperiksaan akan diadakan tetapi pada Jun lalu tiba-tiba diumumkan ada pula peperiksaan akan dijalankan. Sudah tentu ini menyebabkan guru-guru menghadapi masalah kekangan masa menghabiskan semua sukatan pelajaran yang ada.

Selama dua tahun sebelum ini belajar tanpa berorientasikan peperiksaan bagaikan hanya membuang masa saja.

Lebih parah lagi, cara pembelajaran yang diterima murid semasa Tingkatan 1 dan 2 juga didapati berbeza dengan bentuk peperiksaan yang dihadapi. Ini menjadikan bukan saja guru-guru garu kepala, bahkan menyebabkan murid-murid lagi pusing kepala.

Tidak hairanlah keputusannya amat mengecewakan sekali, terutama dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Ramai yang gagal atau tidak mendapat keputusan memuaskan dalam ketiga-tiga subjek itu.

Tidak seperti selalunya, apabila sesuatu keputusan peperiksaan diumumkan di mana ramai murid yang bergembira dengan pencapaian mereka, tahun ini semuanya senyap dan sunyi. Tiada lagi tangisan kegembiran seperti selalunya.

Sekolah-sekolah yang sebelum ini mendapat keputusan cemerlang dan melahirkan ramai murid cemerlang dalam PMR turut memperolehi pencapaian yang buruk akibat PT3 ini. Sekolah-sekolah berasrama penuh turut menerima kesan yang sama. Banyak sekolah hari ini hanya dipenuhi kesedihan dan tangisan seolah-olah berlaku kematian atau malapetaka.

Dalam masa yang sama, ada sekolah yang terpaksa mengurangkan jumlah kelas Sains serta mengambil murid yang memperolehi gred D dalam subjek Sains dan Matematik untuk Tingkatan 4 pada tahun hadapan kerana kekurangan murid yang memperolehi keputusan cemerlang.

Ini tentunya memberi kesan kepada masa depan murid-murid tersebut bagi menghadapi SPM nanti. Ia juga memberi kesan kepada masa depan negara.

Sistem penilaian juga turut menjadi pertikaian di mana mereka yang mendapat F dikategorikan sebagai tidak mencapai tahap minimum sedangkan markah yang diperolehi adalah 39 peratus dan ke bawah. Ayat berlapik digunakan untuk mengaburi sedangkan mengikut gred PMR ada subjek yang memperolehi 25 peratus sudah dikira lulus.
Secara umumnya, PT3 yang dilaksanakan untuk menggantikan PMR adalah sistem yang gagal oleh Kementerian Pelajaran. Secara langsung ia juga menandakan kegagalan Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran yang memperkenalkan sistem pembelajaran baru ini.
Muhyiddin nampaknya seperti kebanyakan Menteri Pelajaran sebelum ini yang sentiasa terbelenggu dengan keinginan untuk memperkenalkan sistem pembelajaran baru semasa memegang jawatan itu tanpa memikirkan kesannya kepada guru dan murid-murid. PT3 ini juga difahamkan dirangka oleh sebuah konsultan luar negara, McKinskey & Co yang menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang turut diumumkan oleh Muhyiddin sebelum ini.

Setiap kali menteri bertukar tangan, setiap kali jugalah pelbagai sistem dan dasar baru cuba diperkenalkan. Namun semuanya dilakukan tanpa memikirkan kesannya kepada guru dan murid dan mereka seolah-olah bahan ujikaji semata-mata sedangkan sepatutnya dasar dan sistem sedia ada hanya perlu diperkemas dan ditambah baik sahaja.
Muhyiddin yang nampak gah melonjakkan namanya dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dengan imej kesungguhan terhadap masa depan parti dan Melayu serta berjaya menghalang Najib Razak daripada meneruskan pemansuhan Akta Hasutan 1948, kini sedang menjadi perbualan rakyat tentang kegagalannya sebagai Menteri Pelajaran.

Selain PT3 yang dianggap tanda kegagalannya sebagai pemimpin, Muhyiddin juga menjadi kecaman ramai mengenai keupayaan BestariNet yang turut dipertikaikan ramai guru dan murid-murid sedangkan projek itu menelan belanja yang tinggi.

Persoalannya, di mana Muhyiddin ketika ini? Jika sedang bercuti dan berehat di luar negara, pulanglah segera dan berikan penjelasan yang meyakinkan demi masa depan anak-anak bangsa kita.

Sunday, October 19, 2014

PERMATA DI BAWAH KEMENTERIAN MANA



KENYATAAN MEDIA : Keberkesanan Program PERMATA Negara

Angkatan Muda Keadilan meneliti di dalam bentangan Belanjawan 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak - antara pengumuman yang telah dibuat adalah penyaluran dana untuk program PERMATA Negara yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Program PERMATA Negara yang dipertanggungjawabkan di bawah Jabatan Perdana Menteri ini ditubuhkan semenjak 2007, untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh dan penubuhan Pusat Anak PERMATA Negara sebanyak 82 buah di seluruh negara. Program ini menerima belanjawan khas daripada Kerajaan Pusat dan mengikut pengumuman terbaru Perdana Menteri di dalam Belanjawan 2015; program PERMATA Negara akan menerima peruntukan sebanyak RM711 juta. Dengan pengumuman ini, jumlah peruntukan yang disalurkan untuk program ini semenjak 2010 adalah hampir mencecah RM3.05 billion.

Kepentingan untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti tidak dinafikan. Usaha untuk menggubal satu dasar yang baik dan holisitik sewajarnya dirai. Ini juga adalah sebahagian daripada agenda yang ingin dibawa Pakatan Rakyat di dalam reformasi sistem pendidikan negara.

Namun begitu beberapa persoalan timbul mengenai perbelanjaan peruntukan program PERMATA Negara dan juga keberhasilan program ini untuk rakyat Malaysia. Antara persoalan yang timbul adalah, dengan 82 pusat di seluruh negara, menurut laman web rasmi PERMATA Negara (www.permata.jpm.my) - sebanyak 1780 kanak - kanak sahaja menghadiri pusat - pusat ini di seluruh negara dan ini hanyalah sebahagian daripada hampir 2.4 juta kanak - kanak di bawah umur empat tahun (iaitu 0.074% sahaja). Menurut laman web ini juga, daripada 82 pusat di seluruh negara, ada 17 pusat gagal mengemukakan berapa jumlah kanak - kanak yang menghadiri pusat yang berkenaan. Jika dinilai, pelaburan yang telah PERMATA Negara lakukan adalah hampir RM1.8 juta untuk seorang kanak - kanak yang hadiri Pusat Anak PERMATA Negara hari ini.

Dengan persoalan yang timbul ini, sewajarnya Perdana Menteri memaklumkan kepada rakyat apakah nilai peruntukan yang disalurkan adalah benar - benar berbaloi dan mencapai tujuan asal penubuhan PERMATA Negara? Mengapakah jumlah penyertaan kanak - kanak terlampau rendah berbanding populasi kanak - kanak Malaysia? Apakah kriteria pemilihan kanak - kanak ini untuk menyertai program PERMATA Negara?

Kami menyarankan agar Perdana Menteri, Menteri Pembangunan Wanita dan Menteri Pelajaran agar mengkaji semula keberkesanan program PERMATA dengan peruntukan sebesar RM3.2 billion ini. Sewajarnya sejak 2007 sehingga sekarang, lebih 7 tahun penubuhan, dasar kurikulum yang telah digubal harus digunakan menyeluruh untuk semua rakyat. Kami menyarakan agar kerajaan melihat kepada usaha untuk mewajibkan pendidikan awal kanak - kanak di seluruh sekolah - sekolah rendah awam.

Sekian, terima kasih

Dr Afif bin Bahardin
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan.‎
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, January 18, 2014

HAVOC - PERSEDIAAN DI AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN.

Musim persekolahan 2014, dibebankan selain dari urusan anak-anak di tambahkan lagi dengan keperluan dan tanggongjawab rakyat untuk memastikan negara terus membangun. Rakyat selain perlu memastikan keperluan persekolahan anak di tahap yang paling maksima, negara juga perlu meneruskan pembangunan dan melangsaikan  hutang dengan menaikan harga keperluan dan pelaksanaan GST.

Jelas terpancar di muka ibubapa, mereka kembali " havoc " dengan jadual harian yang sibut dan ketat selepas musim persekolan bercuti hampir dua bulan. Semua urusan perlu diselesaikan secara yang lebih teratur dan lebih berhati-hati, antara kerjaya dan keperluan di rumah. 

Ke" havockan " ini bukan ssahaja kepada ibubapa malahan kepada pekedai, kepada kepimpinan politik, bagi pekedai sudah tentu mereka menguruskan perniagaan keperluan persekolahan, bagi ibubapa mencari keperluan untuk anak-anak dan bagi pepimpin politik pula masa ini mereka cuba mengagihkan keperluan pembelajaran pula seperti bag sekolah. di peringkat sekolah " havoc " pula dengan pejualan keperluan. Guru-guru pula " havoc " dengan persediaan pengajaran dan pembelajan juga memastikan anak-anak mereka di sediakan untuk ke sekolah.

Anak-anak kembali dengan ritual asal mereka, seawal pagi dah havoc bersiap-siap untuk ke sekolah. Balik sekolah pula, ada yang sambung dengan sekolah agama rakyat dan terus ke pusat tuisyen disebelah malamnya.

Mak bapak pula kembali havoc dengan jadual perjalanan menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah. Waktu makan tengahari pun dah jadi kelam-kabut apatah lagi kalau yang ada anak ramai bersekolah. Kena pula yang berlainan waktu pulangnya kerana tahap yang berbeza. Pening.

Havoc yang datang bersama tahun baru juga lebih merunsingkan. Havoc yang berpusing dari dalam poket dan terus naik ke benak fikiran, mengganggu sentiasa memikirkan tentang kenaikan harga segala-galanya masakini. 

"Baju sukan belum ada stok sebab harganya dah naik tahun ni, pihak sekolah belum beli lagi."

"Peniaga kantin minta dinaikkan harga jualannya kerana sekolah lain pun dah naik harga. Nasi lemak yang dulu jual lima puluh sen sekarang dah jadi seringgit."

"Duit yuran tak perlu bayar dulu sebab kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang bayaran sehingga bulan tiga nanti."

Ini antara dialog-dialog yang diluahkan guru-guru sewaktu menghantar anak ke sekolah semalam. 

Havoc kenaikan harga barangan turun tempias sehingga ke dalam sekolah. Gigitannya tiada mengira tempat dan usia. Juga tiada jurang bangsa yang dapat mengelak daripadanya.

Havoc ini perlu ditangani bersama. Tersepitnya warga tanpa dipinta. Doakan kita tidak hilang punca ditekan dan ditelan amukan havoc ini. Allah ada sentiasa bersama kita.

Tersepitnya ibu bapa dengan havoc harga, anak-anak pula ada yang tersepit dengan bangku sekolah. Macam-macam ragam havoc sesi persekolahan tahun ini. 



Thursday, December 27, 2012

PTPTN

Ini maklumat PTPTN untuk pengetahuan ibubapa, pinjam sudah semestinya perlu dibayar, dalam proses pinjaman juga mesti ada yang akan mengaut keuntungan, siapa yang untung dan siapa yang akan menerima bebanan dari pinjaman bukan mak bapak punya urusan, nak belajar perlu ada pengorbanan, tapi yang " celakanya " ada kalangan manusia yang rakus untuk menangguk di air keroh, atau pun menahan lokah di gentingan. Sudah tentu hasilnya banyak, dan kerja tak perlu banyak..


PTPTN ialah " loan " atau pinjaman yang diperlukan oleh setiap pelajar yang akan menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi, sama ada di IPTA ( Ins. Pengajiand Tinggi Awam ) atau pun IPTS ( Ins. Pengajian Tinggi swasta ). Semenjak PTPTN diperkenalkan " kelahiran " IPTS laksana cendewan selepas hujan. Kenapa mereka bagitu berminat dengan penubuhan ini? Apakah pendidikan kini sudah di " niagakan " ?

Di paparkan satu perkiraan keperluan pembayaran semula oleh seseorang pelajar.
A sorang pelajar dan perlu belajar selama 3 tahun, pinjaman yang diterima sejumlah RM3,500 satu semester.

Satu musim pengajian RM3,500 x 6 semesta = RM21k
caj perkhidmatan 1 peratus setahun
( adalah mustahil pelajar boleh bayar dalam tempoh 10 tahun, kerana lepas dapat degree belum tentu ada kerja.
RM21k bahagi 120 bulan ( 10 tahun ) = RM175 sebulan.
RM21k dalam tempoh 10tahun dengan faedah 1% bayaran tambahan RM2,100.
So seorang pelajar perlu membayar RM21k + RM2,100 = RM23,100 so bayaran yang di perlukan ialah RM192.50 sebulan  selama 10 tahun.

Setiap pelajar akan meyumbang kepada PTPTN pada kadar 1%  berjumlah RM2,100 ( bayaran pada kadar biasa ) kini di semua IPTA dan IPTS jumlah pelajarnya melibihi 1 juta orang, kehadiran pelajar setiap tahun. dengan perkiraan tersebut PTPTN dapat RM2,100 x dengan 1juta .... oh lumayan sekali. 

Bagaimana pula dengan Yuran Pengajian & sara hidup harian?

Contoh: Kat USM ni,yuran dia macam ni.Contoh aku ambik course aku,Seni Halus.
Yuran pengajian:RM760.00
Yuran penginapan:tak tetap,ikut desasiswa(asrama),pukul rata,RM400.
Yuran bas,itu ini,apa kejadah semua..
pukul rata RM1,500. 


Pendaptan RM 3,500 perbelanjaan RM1,500 baki RM 2,000 untuk sara hidup sepanjang 5 bulan mendatang. So perbelanjaan sebulan pada kadar RM400.

Bagaimana pula wang RM400  di agih-agihkan? Hanya satu contoh.

Breakfast:RM 2.50(nasi goreng+teh tarik)
Makan Tengah Hari:RM 5(nasi lauk,air teh o ais)
Makan Malam:RM 5(tengok mood la,kadang2 tomyam,kadang2 nasi mamak) RM 5-6.
Jumlah RM13.50 sehari x 30 hari +

Setiap hari aku spend RM13.50 untuk makan minum(tak campur petang-petang haus nak kudap2).RM13.50 ni,aku kali 30 hari = RM405 sehari ( nagetif RM5 )

 Perbelanjaan asas terhutang RM5, bagaimana pula dengan keperluan asas yang lain, seperti topup prepaid lagi, internet, minyak motor, futsal, rokok etc. 

Jalan penyelesaian call ayah mak di rumah mohon bantuan.
 Kesimpulan: 

PTPTN dengan mudah dapat kutipan RM2,100 seorang pelajar tapi bagaimana dengan hampir 1.5  juta ada pelajar di Malaysia.

RM2,100 jika pelajar membayar dalam tempoh 5 tahun selepas grade, zaman ini amat sukar untuk belaku sedemikian, maka bertambah caj bayaran yang perlu dibayar.

Apakah kini Kerajaan sudah mula memperdagangkan Pendidikan?

Apakah kini PTPTN sudah mengamalkan Riba?

Kenapa kita nak kena bayar sedangkan kita pergi study ni nak memajukan negara.Berjihad demi negara.Kenapa kita kena bayar???


Siapa di belakang IPTS yang kini tumbur seperti cendewan selepas hujan? 

Cara mudah kini PTPTN dah kapur duit pelajar RM2,100.  

Friday, December 21, 2012

PENDIDIKAN - PKBS MLN PBS

PBS ( Penilaian Berasaskan sekolah ) adalah kesimbungan kepada PKBS ( Penilaian Kemajuan Bersasaskan Sekolah ) dan PBS pula di letakkan di peringkat menegah dan PKBS di letakkan pada sekolah rendah. Cuma beza kesimbungan kedua-dua program peningkatan akademik ini cukup jauh jarakknya. Sedangkan pelajar sekolah rendah yang membudayakan PKBS sudah tidak ujud di sekolah menengah. Ini disebabkan PKBS adalah di asaskan semasa KBSR ( Kurikulum Baru Sekolah Rendah ) lagi yang di laksanakan secara menyeluruh pada 1982 lagi.

Tapi malangnya, PKBS di " matikan " di pusingan kedua KBSR. Kenapa pihak kementerian " mematikan " hanya kementerian yang tahu sebab-sebabnya. Mungkin juga pelaksanaannya amat rumit dan cukup membebankan guru itu sendiri.

Setiap murid di bekalkan dengan satu buku rekod, buku rekod pelaporan tahap pencapaian pelajar setiap mata pelajaran, murid sekolah rendah perlu mengikuti 10 mata pelajaran. Setiap guru perlu mengajar maksima 900 minit seminggu. Kita ambil contoh mengajar Bahasa Melayu untuk 2 kelas dan 2 mata pelajaran elektif, dengan jumlah murid sekolah di bandar 120 orang ( 30 orang sekelas ).

Sampai musim penilaian, guru perlu mengisi buku pelaporan dan buku ini akan beredar dari tangan ke tangan guru ( boleh hancur ) semua subjek perlu di isikan dengan pelaporan. Contoh Kenyataan pelaporan di sediakan oleh pihak KP ( Kakitangan Penting ), guru subjek perlu mencatat kenyataan terebut dalam buku pelaporan.

Tidakkah ianya satu bebanan? masa itu kemudahan ICT belum ada.

Akhirnya PKBS hilang bagitu sahaja, dan kini timbul pula PBS- yang akan di laksanakan di peringkat menengah.


"Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sangat membebankan guru. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrumen (soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting, memasukkan data ke dalam sistem – yang melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. 

Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. Bayangkan berapa banyak - 160 X 216 = 34,560 data dan berapakah masa harus diambil untuk menyiapkannya - keloh seorang guru.

Selain itu, deskriptor (kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami. Saya menghadapi masalah untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6. 

Sudah pasti pelaksanaan cara ini akan menghilangkan fokus guru untuk memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaraan, kerana meraka asyid menyediakan keperluan PBS. Untuk itu adalah diharapkan agar pihak Kementerian dapat mencari cara yang terbaik agar guru dapat mengajar semaksima yang mungkin. Kerja-kerja perkeranian ini di kurangkan. kerana ianya bukan " core bisness " untuk guru.

Bebanan ini sama juga dengan apa yang belaku semasa PKBS tempoh hari. Apakah pihak kementerian tidak mengkaji apa yang berlaku semasa pelaksanaan PKBS tempoh hari?

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA