Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, January 24, 2010

SIAPA YANG SALAH, IKIM BERTANGGONGJAWAB

Terlebih dahulu tahniah kepada IKIM kerana mengambil satu inisiatif untuk mententeramkan keadaan umat Malaysia dengan isu " God " yang dituntut oleh The Herald sebuah majalah yang KDNnya hanya untuk cetakan ahli sahaja itu dan ianya tidak jual secara terbuka.

Penglibatan wakil dari semua pihak kecuali " UMNO " melambangkan betapa badan ini yang dipengerusikann Oleh Tun Dollah mengambil ketetapan untuk mententeramkan kekelamkabutannya. Akhirnya keluarlah satu kenyataan dari Pengerusi yang mengatakan satu resolusi telah diambil dan memastikan The Herald ( majallah orang Kritian ) tidak boleh menggantikan The God kepada Allah.

Tapi apa yang menyedikan dalam Harakah Edisi Isnin Bil. 1508. Wakil Pas iaitu Presidennya sendiri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menemplak dan tidak mengiktiraf keputusan dan kenyataan yang dibuat oleh Tun Dollah. Sehinggakan TGHH mengesahkan muzakarah tersebut lansung tidak mengambil atau pun menetapkan resolusi sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Dolah. Bil. 1508"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul." jelasnya ketika di hubungi - rujuk Harakah

Sdr. Dr. Mohd. Nur Manuty wakil dari Majlis kepimpinan Tertinggi PKR pula semasa berceramah di GEGAR - Gerakan Gelombang Rakyat Keadilan Untuk Anwar pada 21 Januari bertempat di Pusat Aktiviti PAS Chenderong Balai juga melaporkan perkara yang sama di mana " The God " diterjemahkan sebagai " Allah "

Kini muzakarah tersebut telah dicemari dengan satu kenyataan yang tidak bertanggongjawabg, akhbar lapor lain, hasil muzakarah lain, dan kenapa agaknya Tun Dollah sanggup melakukan sedemikian? Apakah Tun juga ada agenda khas untuk kepentingan masa depannya atau adakah ini rencana tersirat dalam pelaksanaan Islam Hadari? Rakyat terus di kelirukan.

TGHH berpendapat IKIM perlu menjelaskan keadaan dan hasil muzkarah untuk tatapan semua. Hanya IKIM yang boleh mententeramkan keadaan, berpijaklah dibumi nyata.
Majlis perundingan IKIM khusus berkaitan dengan " god " di terjemahkan sebagai " Allah " telah di politikkan, walau pun dalam majlis itu tidak melibatkan wakil dari UMNO tapi Pengerusi IKIM ialah mantan PM - Tun Dolah Dawi. Dolah Kata The Herald tidak boleh guna Allah menggantikan God tapi ahli penal dari PAS TGHH kata tidak ada resolusi yang di muafaktan di perjumpaan tersebut. Siapa yang benar?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA