Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Saturday, October 28, 2017

KANSER PAYU DARA, LELAKI JUGA TERLIBAT


KANSER payudara tentu sekali menjadi mimpi ngeri kebanyakan wanita di seluruh dunia. Namun perlu diketahui bahawa penyakit yang boleh membawa risiko maut itu tidak sahaja menyerang wanita, lelaki juga berpotensi untuk menghidap barah yang membunuh itu.


kanser payudara lelaki

Laporan terbaru mendapati satu daripada seratus (1 peratus) penghidap kanser payudara adalah terdiri daripada kalangan lelaki.

Meskipun peratusan golongan lelaki yang mendapat serangan kanser payudara secara relatifnya sangat rendah, namun risiko kematian akibat penyakit itu dilaporkan jauh lebih tinggi berbanding wanita.

Datuk Dr Imi Sairi Ab. Hadi, seorang Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Endoktrin dari Hospital Raja Perempuan Zainab ll dipetik sebagai berkata, daripada 300 pesakit yang disahkan menghidap kanser payudara dalam setahun, satu peratus daripada mereka adalah lelaki.

"Kanser payudara jarang berlaku dalam kalangan lelaki. Dalam setiap 100 orang pesakit kanser payudara, hanya seorang sahaja lelaki menghidapnya."

"Namun, sekiranya kanser payudara dihidapi lelaki, serangannya adalah jauh lebih agresif berbanding wanita dan risiko kematiannya juga adalah lebih tinggi," katanya.

Katanya lagi, golongan lelaki yang menghidap kanser payudara mungkin disebabkan oleh faktor genetik.

Tambahnya lagi, golongan wanita perlu diberi kesedaran untuk melakukan pemeriksaan, imbasan dan pengesahan sama ada mereka menghidap kanser payudara lebih awal.

"54 peratus pesakit kanser yang datang mendapatkan rawatan di hospital adalah terdiri daripada mereka yang sudah berada pada tahap 3 dan 4. Pada tahap ini tidak banyak yang kita boleh bantu kerana sudah berada di tahap kritikal," katanya

Read more: http://www.milosuam.net/2017/10/kanser-payudara-lelaki-lebih-tinggi.html#ixzz4wfNPzlu1

Sunday, January 5, 2014

MEE SEGERA - APAKAH IANYA BERKHASIAT?

Mee segera merupakan makanan yang paling mudah dimasak dan digemari orang ramai. namun, terdapat keburukan makan mee segera jika selalu mengambil pemakanan mee segera sebagai jamuan harian. berikut merupakan 10 perkara yang kita perlu tahu mengenai mee segera:


1. Penyerapan Nutrien
Mee menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

2. Risiko Menghadapi Kanser
Terdapat bahan dalam mee segera yang dipanggil “Styrofoam”. Ia merupakan punca menghidapi kanser.

3. Keguguran
 Wanita mengandung yang makan mee segera semasa kehamilanboleh menjadi punca keguguran. Hal ini kerana ia akan memberi kesan kepada pembangunan janin.



4. Makanan Ringan
 Mee segera diperkayakan dengan penuh karbohidrat, tetapi tidak mempunyai vitamin, serat dan mineral. Kerana itu, mee segera dianggap sebagai makanan ringan.

5. Sodium
 Mee segera mempunyai kandungan penuh dengan jumlah yang tinggi natrium. Penggunaan berlebihan natrium membawa kepada penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan kerosakan buah pinggang.

6. MSG
Monosodium Glutamat digunakan untuk meningkatkan rasa mee segera. Orang yang alah kepada MSG dan mengambil mee segera sebagai sebahagian daripada diet mereka, maka mereka akhirnya akan mengalami sakit kepala, curahan muka dan sakit.

7. Berat badan Yang Berlebihan
Makan Mee adalah punca utama obesiti. Mee mengandungi jumlah lemak dan jumlah natrium yang tinggi. Ia juga menyebabkan pengekalan air dalam badan dan sudah tentu ia membawa kepada berat badan berlebihan.

8. Penghadaman
Mee segera adalah tidak baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan mee segera menyebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan kembung.

9. Propylene Glycol
Bahan dalam mee segera dipanggil “Glikol Propylene” yang mempunyai anti-beku. Bahan ini digunakan kerana ia menghalang mee dari pengeringan dengan mengekalkan kelembapan. Ia melemahkan sistem imun badan kita. Ia mudah diserap oleh badan dan ia berkumpul di dalam buah pinggang, jantung dan hati. Ia menyebabkan keabnormalan dan kerosakan kepada kawasan-kawasan tertentu.

10. Metabolisme
Pengambilan mi segera menjejaskan metabolisme badan, kerana bahan-bahan kimia seperti bahan tambahan, pewarna dan bahan pengawet di dalam mee segera.
selongkar10

Saturday, October 26, 2013

KENCING MANIS MENURUN MULAI ESOK

 NONE

  Mulai esok, rakyat Malaysia sudah pasti tidak lagi, merasa merisau kaitan dengan kandungan gula dalam darah. pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menaikan harga gula sudah pasti rakyat tidak mengamalkan kanana yang berlebihan gula.

Tahniah Kerajaan, dan tahniah pengundi yang memilih BN di PRU13.

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

Monday, August 19, 2013

SEMBELIT - CARA MENGELAKNYA


 9 jenis pemakanan untuk mengelak sembelit 

Pernah mengalami masalah sembelit? Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Individu yang mengalami sembelit akan menghadapi kesukaran untuk membuang air besar. Masalah ini timbul berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya, makanan yang dimakan tidak di hadam dengan baik, kurang makan buah, sayur dan kurang minum air.
Sekiranya masalah ini dibiarkan, kesan yang lebih buruk mungkin akan dihadapi oleh individu tersebut seperti buang air berdarah atau lebih sinonim dipanggil buasir. Berikut disenaraikan 9 jenis makanan yang boleh atasi masalah ini.

1. Betik

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit. Cuba ini: Punch buah-buahan perdana
2. Strawberi
Buah berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.
3. Cincau
Cincau mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser. Cuba ini: Bandung cincau
4. Timun
Timun kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan makan timun setiap hari.
Mesti cuba: Salad Pudina Timun
5. Kucai
Daun kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Mesti Cuba: Telur goreng hancur ala cina
6. Pisang
Pisang mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat. Cuba ini: Pengat pisang
7. Temulawak
Sembelit juga boleh diatasi dengan menggunakan batang dan rizom (ubi) muda temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza. Caranya:
1. Ambil bahagian batang dan rizom (ubi) muda temu lawak.
2. Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan tadi ke dalam gelas.
4. Jika mahu, biarkan ia suam seketika dan minumlah secara perlahan-lahan.
Sehari sekurang-kurangnya boleh diminum sebanyak dua hingga tiga kali.  Boleh juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah najis berdarah.
8. Ciku
Individu yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.
9. Lobak Merah
Lobak merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan memakannya secara mentah.
Cuba ini: Kerabu epal hijau lobak merah
 trymasak.my

Friday, August 16, 2013

ROKOK..... KENAPA SEMAKIN LARIS?

 10 Fakta Mengapa Penjualan Rokok Semakin Laris Dijual

10 Fakta Mengapa Penjualan Rokok Semakin Laris Dijual | Rokok merupakan salah satu kaedah seseorang melepaskan tekanan perasaan dan menenangkan pemikiran. Rokok mula mempengaruhi manusia saban hari sehinggakan peningkatan kadar harga rokok bagi sekotak meningkat tidak sekalipun membebankan perokok.

10 Fakta Mengapa Penjualan Rokok Semakin Laris Dijual

1. Industri rokok menghasilkan kira-kira 400 billion setiap tahun,menjadikan rokok antara barang yang paling laris dijual.
2. Daripada semua jumlah rokok di dunia ni, 25 % daripadanya diseludup
3. 70 % pasaran rokok dimiliki oleh rokok jenama terkenal seperti Marlboro,Kent dan lain-lain.
4. Di Amerika Pembuat rokok hanya menjual sedikit rokok di Amerika berbanding luar negara.
5. Urea , yang dikumuhkan dalam air kencing digunakan untuk perasa rokok.
6. Perisa tambahan dicampurkan dalam tembakau dicampur dengan bantuan topping seperti , cengkih, likuoris, minyak oren, batu aprikot, minyak limau , minyak lavender , koko dan lain-lain lagi .
7. kebanyakan negara menetapkan tembakau tidak boleh dijual kepada orang yang berumur kurang daripada 18 thn, Di jepun umur yang dibenarkan untuk membeli rokok adalah 20 thn.
8. Terdapat mitos yang menyatakan merokok membantu penghadaman,tetapi faktanya merokok memperlahankan proses penghadaman dengan mengalihkan darah ke organ-organ lain jauh dari usus di mana ia diperlukan untuk proses pencernaan.
9. Dalam masa 10 saat penyedutan asap rokok,nikotin sampai ke setiap bahagian badan termasuk otak .
10. Ia telah dibuktikan oleh penyelidikan bahawa jangka hayat perokok dikurangkan kepada 14 tahun .
 http://gilerkentang.com

Monday, August 5, 2013

KESAN NEGATIF TIDUR BERLEBIHAN

 
1. Masalah Metabolisma
Tidur siang berlebihan menyebabkan tubuh badan tidak berfungsi berdasarkan jadual semulajadinya. Anda akan merasa selalu lapar dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Berat badan juga meningkat.

2. Lesu Tidur berlebihan menyebabkan badan kurang cergas dan minda kurang cerdas. Hal ini menyebabkan badan terasa letih dan lesu. Selain itu, sistem tubuh badan kita juga lambat untuk memulakan operasi secara normal pada waktu siang.

3. Kehilangan Masa Produktif Waktu awal pagi adalah masa otak kita dalam keadaan segar dan merupakan masa yang sesuai untuk memulakan sesuatu kerja. Apabila kehilangan masa berharga, kita terpaksa menyelesaikan sesuatu tugas sehingga lewat malam dalam keadaan terburu-buru.
4. Disorentasi Tidur berlebihan menyebabkan otak kita sukar untuk fokus dalam masa yang lama. Metabolisma dalam otak juga sentiasa dalam kadar yg tinggi seterusnya menyebabkan seseorang mudah merasa lapar. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat dikurangkan jika kita selalu bersukan.
5. Pening Kepala Cairan serebrospinal bergerak kearah otak semasa kita tidur. Hal ini menyebabkan sakit kepala yg teruk dan menyebabkan masalah penglihatan sehingga buta.
 http://blogsanasini.blogspot.com

Monday, June 24, 2013

GASTRIK - PENYAKIT SEPANJANG RAMADHAN

Petua merawat GASTRIK

Selalunya sampai Ramadhan ramai kalangan mereka yang " ingkar " untuk berpuasa akan mengambil kesempatan untuk berbuat demikian, tapi kita tidak perlu " salah sangka " mungkin ada kalangan mereka yang benar-benar sebagai pengidap penyakit itu, untuk itu bagi mereka yang benar-benar ingin berpuasa tapi di halang oleh penyakit ini dengan merujuk ke satu laman blog di copy untuk tatapan pengunjung blog ini pula.
Gastrik adalah merupakan serangan yang berlaku secara tiba-tiba dan ia bukannya sejenis penyakit. Gastrik adalah gangguan dalam perut terutama pada bahagian perut atas (berhampiran ulu hati) berasa sakit dan tidak selesa.

 

Disebabkan itu terdapat petua tradisional gastrik yang berkesan untuk mengubati keadaan ini. Anda tak perlu gusar kerana gastrik boleh hilang dengan sendirinya tetapi memakan masa yang agak lama untuk sembuh. Jom kita lihat petua tradisional bagi mengubati masalah gastrik ini :

 1. Titikkan tiga titik getah betik muda ke dalam segelas air panas. Suamkan air tersebut dan kemudian minum selepas sarapan pagi.


2. Bersihkan kunyit. Setelah itu, parut atau kisar kunyit tersebut. Campurkan dengan sedikit air masak lalu ditapis. Tambahkan sedikit madu dan sebaiknya masukkan sebiji kuning telur. Minum campuran ini dan Insya-Allah gastrik anda akan beransur hilang.

3. Campurkan sedikit buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumlah dua kali sehari.

Jika masih tidak menjadi, sebelum menggunakan kaedah moden, lebih baik menggunakan kaedah herba semulajadi.
 http://www.klik4sihat.com

Saturday, June 15, 2013

GANJA DAN KESAN KEPADA MANUSIA

 
Ganja ( gambar, Cannabis sativ syn,Cannabis indica) adalah tumbuhan renek yang menghasilkan serat, namun ianya lebih dikenali kerana kandungan zat narkotin pada bijinya, tetrahidrokanabinol (THC, tetra-hydro-cannabinol)adalah bahan aktif yang boleh membuat penghisapnya mengalami euforia (rasa lapang yang berpanjangan tanpa sebab).Daun ganja biasanya dibalut dengan daun nipah dan dinamakan rokok marijuana.

Tanaman ini tingginya mencapai 2 meter. Berdaun menjari dengan bunga jantan dan betina yang ada dipokok yang berbeza (berumah dua). Bunganya kecil-kecil dalam gumpalan dihujung ranting. Ganja hanya tumbuh di pergunungan tropika dengan elevasi diatas 1.000 meter diatas permukaan laut.
Ganja menjadi simbol budaya hippies yang pernah popular di Amerika Syarikat. Hal ini biasanya dilambangkan dengan daun ganja yang berbentuk khas. Selain itu ganja dan opium juga didengungkan sebagai simbol perlawanan terhadap arus globalisme yang dipaksikan negara kapitalis terhadap negara membangun. Di India,terdapat bahagian Sadhu yang menyembah dewa Shiva menggunakan produk derivatif ganja untuk melakukan ritual penyembahan dengan cara menghisap Hashish melalui paip Chilam/Chillum, dan dengan meminum Bhang.
Di Malaysia ganja dikategorikan sebagai najis dadah oleh Kerajaan Malaysia,ganja adalah dadah paling popular dikalangan remaja yang baru berjinak dengan dadah,biasa mereka menghisap ganja dengan cara mengulung rokok daun dari pokok nipah, daun ganja yang sudah siap diproses dicampurkan dengan tembakau rokok dan mereka menghisap secara berkongsi.Ganja ini juga boleh dihisap dengan mengunakan” dapur” atau nama yang popular dikalangan penagih adalah “paipon”.

PENGGUNAAN GANJA PADA MASA LAMPAU DAN KINI

Tumbuhan ini berasal dari China. Orang cina merupakan orang yang menggunakan ganja dalam kehidupan hariannya. Pada tahun 2737 sebelum masihi, kanabis telah digunakan untuk membuat kain. Para tabib cina telah menggunakan getah kanabis untuk mengubati sembelit, malaria dan lain-lain. Pakar bedah cina yang bernama Hua Ta merupakan orang yang pertama menggunakan kanabis sebagai ubat bius dalam pembedahanya pada akhir kurun ke- 2 selepas masihi. Di samping itu, kanabis juga digunakan untuk mengubati penyakit nyanyuk dan histeria.

Penulisan Hindu dan Buddha telah mencatatkan bahawa India merupakan negara yang memulakan penggunaan kanabis sebagai bahan khayal (Hallucinogen). Kanabis ini digunakan dalam upacara keagamaan, meditation, tahan sakit dan menghilangkan keriuhan dunia. Ia juga dianggapkan sebagai sejenis bahan suci dari sudut pandangan agama(bukan agama islam). Di India, industri kanabis merupakan satu industri legal yang diberi lesen. Ini bertujuan untuk mengawal mutu keluarannya. Ia tidak dikenakan cukai kerana ia dianggap sebagai keperluan harian.

Di Eropah, kanabis telah digunakan untuk tujuan perubatan iaitu sebagai ‘aspirin’. Doktor perubatan di Eropah pada masa itu telah menggunakan kanabis untuk mengubati histeria, deman perjalanan (travel sickness), selesema, ulcers, hay fever dan insomnia. Doktor peribadi kepada King George IV menggunakan kanabis untuk memulihkan daripada mabuk kerana minum arak secara berlebihan. Kaum proletariat Inggeris dikatakan menggunakan ganja untuk menghilangkan keletihan dan kebosanan kerja berat harian.
 
Pada abad ke-19, kebaikan dan kelebihan kanabis dalam bidang perubatan telah ditemui. Ia mula digunakan dalam perubatan moden. Kanabis digunakan untuk merawat penyakit sakit jiwa (Depression),tekanan darah tinggi, migrain dan masalah haid. Ia juga digunakan untuk mengembalikan selera makan seseorang.
 
Penyalahgunaan dadah mula berleluasa pada tahun lewat tahun 1960-an dan awal 1970-an. Ini kerana kanabis mengandungi THC yang boleh mengkhayalkan. Pada masa itu ramai pemuda di Netherlands menjadi penagih. 12 tahun selepas itu, penjualan kanabis ini secara terbuka telah diharamkan.

Ganja tidak merbahaya?

Bila ditanya kepada penagih ganja,jawapan mereka adalah,ganja tidak ketagih kerana ganja adalah tumbuh-tumbuhan mari kita kaji fakta tentang ganja ini,
Kesan awal yang sering dapat dilihat pada penagih ganja termasuklah mata menjadi merah kerana saluran darah pada bahagian mata yang mengembang. Ada juga yang akan mengalami rasa mual. Muntah-muntah, cirit-birit serta mulut dan tekak berasa kering. Ini akan diikuti dengan rasa sejuk di hidung, kaki serta tangan. Kadang-kala ototnya menggeletar dan pergerakannya menjadi tidak selaras.
Pada peringkat mental pula, tanggapan atau persepsi seseorang itu terhadap ruang dan waktu boleh berfungsi. Begitu juga dengan daya ingatan,pertuturan serta pemikiran. Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan serta sukar digambarkan. Ia mungkin menjadikanya tidak waras atau tidak siuman dan mengalami apa yang disebut sebagai toxic psychosis.
Walau bagaimanapun, si penagih tidak akan mengalami pergantungan fizikal atau jasmani. Namun demikian, seperti juga dengan dadah-dadah lain,pergantungan secara mental tetap akan berlaku. Inilah yang menjadikan seseorang itu ketagih kepada ganja.
Di Amerika Syarikat, ganja dicampurkan dengan PCP (Phencyclidine), LSD (Lysergic Acid Diethylamide), minyak hashish dan bahan kimia lain. Tahi lembu juga dicampurkan dengan ganja dan ini akan mengakibatkan merebaknya jangkitan bakteria.
Menghisap ganja juga boleh mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa 18 – 24 bulan. Mengikut ahli sains, kesan 5 batang rokok ganja adalah sama dengan 112 batang rokok tembakau. Ganja juga akan mengubah fungsi jantung. Ia akan meningkatkan kadar degupan jantung.
Ganja juga akan merosakan aktiviti otak seperti daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan serta daya ingatan. Ini disebabkan oleh THC yang terkumpul di dalam otak. Oleh sebab THC dibersihkan daripada tubuh dengan begitu perlahan, sesiapa yang menghisap ganja lebih daripada sekali dalam sebulan , dia tidak akan bebas daripada penagihan ganja secara berterusan.
Ganja juga akan mengurangkan bilangan sperma atau menambahkan bilangan sperma yang cacat. Ini menyebabkan pembentukan janin cacat. Lelaki yang menggunakan ganja dengan banyaknya juga didapati akan mengalami mati pucuk. Ganja juga akan meninggalkan pelbagai kesan ke atas sistem pembiakan wanita. Antara kesanya ialah seperti berikut:

Kedatangan haid yang tidak menentu
Kemungkinan mengurangkan ovum dalam ovari.
Melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru dilahirkan.

Ganja juga akan mengubah sikap si penagih secara menyeluruh. Ada yang melaporkan bahawa mereka mengalami ‘sindrom tak bermotivasi’. Mereka akan menjadi tidak berminat dan gagal dalam usaha untuk mencapai sesuatu matlamat, walaupun pada suatu ketika matlamat tersebut mempunyai erti yang mendalam baginya. Mereka tidak dapat melaksanakan rancangan jangka panjang, sukar memberi tumpuan dan prestasi kerjanya merosot. Umumnya mereka akan terus terpegun, berbaling mendengar muzik, menonton television atau beromong-omong kosong. Dengan kata lain, penagih ganja akan membawa kerugian yang begitu besar kepada dirinya, keluarganya , masyarakat dan juga negaranya.
KESIMPULAN
 
Semakin banyak kes dilaporkan bahawa penagih ganja menghadapi kesukaran untuk berhenti dari tabiat mereka. Ini adalah akibat penggunaan ganja yang menyeronokkan.
 
Penghisap ganja terpaksa menambahkan jumlah dos ganja yang dihisapnya kerana daya tahan mereka terhadap dadah tersebut telah meningkat. Penghisap ganja tidak dapat mengawal jumlah ganja yang digunakan. Hidup mereka tertumpu kepada ganja dan mereka akan terus menggunakannya walaupun terdapat tanda-tanda yang merosakkan mereka. Ini kerana pergantungan secara psikologikal telah berlaku.
 
Memandangkan penagihan ganja akan membawa keburukan yang besar kepada seseorang, masyarakat dan negara, maka penggunaannya hendaklah dikawal supaya penyalahgunaan tidak berlaku. Penggunaan kanabis secara betul akan membawa kebaikan kepada seseorang tetapi penyalahgunaan akan memusnahkan seseorang

Sunday, September 4, 2011

MAKAN, FIKIR, DAN IANYA UNTUK KESIHATAN


Sepanjang raya ini sudah tentu nikmat makan dan kekadang kita makan tanpa fikir panjang sebaliknya menjamah saja apa yang ada atas meja dan mungkin terlupa apakah dalam badan itu sudh terkadung kolesterol yang lebih muatan, sudah menikmati tekanan darah yang tinggi juga mungkin bacaan gula dalam darah sudah sampai ke paras yang membahayakan.

Di bawah ini di perturunkan cadangan makanan yang anti kepada antikolesterol untuk perhatian dan amalan harian kita dan ianya boleh dijadikan pedoman semasa mengambil makan sepanjang raya ini.

10 Jenis Makanan Antikolesterol

1. SOYA


Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai




Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA