Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label PH. Show all posts
Showing posts with label PH. Show all posts

Wednesday, December 5, 2018

8 DISEMBER SATU UJIAN BUAT PH


Awas! 8 Disember jangan gugat kerajaan... 

Mungkin selepas hafal mantra, mengunyah tempe dan lebai hirup budu cicih dengan keropok lekor maka naiklah nafsu songsang mereka untuk teruskan juga perhimpunan 8 Disember. Ini bukan kisah hendak jual T shirt, keropok lekor dan air mineral tok guru dalam perhimpunan itu. 

Mereka punya agenda sulit untuk menyulitkan kerajaan PH yang menyulitkan para pemimpin UMNO dan juga PAS bakal menempah tempat di Sg Buloh tak lama lagi. Ada berita mengatakan para pemimpin UMNO dan lebai PAS mendapat ilham dari peristiwa 13 Mei 1969 yang menyebabkan Tunku Abdul Rahman terpaksa menyerah kuasa kepada Tun Razak. Kononnya ada pihak berpendapat sekiranya dicetuskan huruhara yang melibatkan konflik perkauman lebih hebat dari 13 Mei maka usia kerajaan PH juga akan berakhir. 

Sekiranya PH masih berkuasa selepas cetusan permusuhan kaum maka mereka berpuas hati kalau Tun Mahathir letak jawatan. Ini tujuan mereka yang sebenar. Tun M menjadi penghalang mengapa UMNO. PAS dan pihak tertentu dalam PH tidak dapat menubuhkan kerajaan 'nasional' PAS dan UMNO dengan pihak tertentu dalam PH tanpa kerjasama dengan DAP. 



Sekiranya perhimpunan 8 Disember boleh membakar semangat Melayu untuk mencetuskan huruhara yang menyebabkan Tun M terpaksa letak jawatan maka para pemimpin UMNO yang super korup, salahguna kuasa, yang dibebani dengan puluhan kes jenayah akan dapat diselamatkan kelak.  

Dengan kata lain, 8 Disember adalah 'D Day' bagi UMNO dan PAS menumbangkan pimpinan Tun M. Mereka dikatakan mahu Anwar jadi PM yang dianggap boleh bekerjasama dengan mereka. Mereka juga berpendapat PH tidak perkasa dan ada api dalam sekam, ada telunjuk lurus kelingking berkait. 

Hero

Rakyat yang cinta damai dan perpaduan tidak akan menerima UMNO dan PAS memimpin kerajaan. Mereka mahu Tun M terus memimpin kerajaan, membuat berbagai perubahan sesuai dengan jiwa Malaysia Baru. Kita memberi ingatan kepada semua parti dalam PH jangan melampau dalam tindakan yg boleh memercikkan sengketa kaum. Mesti berpegang pada perlembagaan negara, dan jangan gelojoh berlagak bodoh sombong dengan kuasa yg diamanahkan Allah dan rakyat. 

 Rakyat juga berharap menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertindak proaktif, dan jangan membiarkan perhimpunan 8 Disember membawa bala kepada rakyat dan kerajaan PH. Kalau berlaku huruhara maka menteri Dalam Negeri dan KPN bertanggungjawab sepenuhnya, dan mereka mesti meletakkan jawatan secara terhormat. - Yahaya Ismail Hero Tabung Haji... 

12 - 1 - 2
He
Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 10 people, people smiling, people standing and text


PAS sepatutnya bantah penyamun yg baham dan selewengkan wang tabung haji, tu baru betul PAS perjuangkan hak orang islam, ni PAS mempertahankan penyamun wang tabung haji.  Sangkakan yang berjubah dan berserban pemimpin cerdik tapi kena juai dengan lembaga hitam juga... ðŸ˜‚😂 Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Wednesday, July 11, 2018

PH - KELANTAN OH KELANTAN

Husam, Kamaruddin, Wan Rahim
dan Abd Aziz pemimpin PH Kelantan.



RAKYAT amnya dan para ahli dan pendokong Pakatan Harapan di Kelantan tidak perlu bergundah gulana memanjang apabila tidak ada seorang pun wakil dari negeri itu dilantik menjadi anggota kabinet Dr Mahathir Mohamad.


Hakikat bahawa semua calon PH di Kelantan kalah perlu diterima. Adalah wajar kalau Dr Mahathir tidak segera melantik mana-mana individu ke dalam kabinetnya seawal pelantikan individu lain sebagai mewakili negeri-negeri, dan kelewatan itu  diterima sebagai "hukuman".

Namun kita percaya dan yakin Dr Mahathir tidak sekejam itu. Dr Mahathir hari ini bukan Dr Mahathir 10 atau 20 tahun lepas. Beliau sudah merubah pendekatan dan stail politiknya tidak akan mendera Kelantan kerana rakyat tidak memilihnya (BN) sebelum ini. Selepas ini Dr Mahathir akan menyediakan apa-apa jawatan atau kedudukan yang setanding menteri kepada wakil dari Kelantan. Dr Mahathir seorang yang praktikal. Saya cukup yakin.

Mungkin juga mereka akan dilantik menjadi ahli Dewan Negara (Senator) sebagai persiapan untuk dilantik menjadi menteri kabinet. Masih ada beberapa kekosongan dalam jawatan kabinet. Atau pun kalau pun bukan menteri, tetapi jawatan-jawatan tertentu yang bertaraf menteri.  Jangan pula kerana ketiadaan wakil Kelantan itu dikaitkan dengan kerenah istana atau sultan. Istana dan sultan tidak mencampuri urusan politik.

Bagi saya, soal jawatan tidak penting. Apa yang perlu diberikan tumpuan kini ialah menyusun struktur PH di Kelantan yang berkecai setelah pilihan raya. PH perlu dibina untuk menghadapi peperangan (pilihan raya) akan datang. Peperangan (Piraum) tidak berakhir pada 10 Mei tetapi akan berulang kembali.

Justeru kekalahan yang ditelan itu perlu diuruskan dengan baik. Kesedihan kerana kalah dan tidak dilantik menjadi menteri, tidak perlu ditangisi dan perlu dimobilisasi sebaik mungkin. Jawatan bukan matlamat utama dalam perjuangan.  Jawatan adalah tanggungjawab dan amanah. Matlamat utama ialah menumbangkan kerajaan kleptokrasi dan mengheret Najib Razak ke muka pengadilan.


Sedikit kelam kabut.


Keadaan PH Kelantan hari ini diberitakan sedikit kelam kabut dan bermasalah. Tampaknya tidak ada siapa yang mempedulikan kepada PH Kelantan dan cuba mengatur masa depannya. Ketidaklendikkan semasa pilihan raya lalu (sehingga kalah teruk) masih berterusan bahkan kian serius hari ini. Kesan kekalahan membawa "kelunyahan" kepada PH.

PH semacam tidak ada kepala di Kelantan atau orang yang perlu dipertanggungjawab dan bertanggungjawab. Inilah bahana kekalahan. Selalunya bila dilanda kekalahan, keadaan mudah jadi bertaburan, hilang punca.

Antara orang menjadi mangsa kritikan dan serangan ialah Husam Musa yang menjadi pengerusi PH negeri. Ada benarnya juga kalau serangan dilemparkan kepada beliau. Sebagai pengerusi beliau kena bertanggungjawab. Tetapi apa yang perlu tahu juga, dalam keadaan yang belum menentu, sukar untuk Husam menguruskan PH. Sebaiknya sebelum mengkritik Husam perlu tahu situasi terkini. Dan pentingnya juga menyelami perasaannya sebagai orang juga  kalah.

Kedudukan Husam sebagai pengerusi PH Kelantan sebelum ini dilihat tidak begitu kemas dan lebih bersifat sementara bagi menyelaraskan kerusi-kerusi untuk ditandingi oleh parti komponen PH. Pelantikan beliau lebih kepada menjadi koordinator PH Kelantan. Dan beliau berjaya menguruskan PH Kelantan dalam soal pembahagian kerusi walaupun ada beberapa cadangan dan ideanya tidak berapa dihormati.

Apabila PH kalah, beliau sendiri menyedari kedudukannya belum tidak begitu stabil. Beliau perlu bertanggungjawab atas kekalahan itu, walaupun tanggungjawab itu sepatutnya dipikul secara kolektif - bersama tiga individu lain, Kamaruddin Md Noor, Abd Aziz Kadir dan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Keadaan itulah menyebabkan beliau seakan tidak mempunyai kuasa mutlak atau jadi takut untuk terus menganggap dirinya sebagai ketua untuk terus bertindak ke atas PH selepas usai pilihan raya. Beliau tentu menunggu pengumuman daripada pihak atasan mengenai kedudukan dan masa depannya.

Husam tidak mahu mendahului keadaan. Apa lagi bila ada desas desus, kedudukan dan jawatan pengerusi PH negeri-negeri akan disusun semula selepas selesai pilihan raya, menjadikan beliau ralat. Desas desus itu menjadikan beliau keliru dengan kuasa dan tanggungjawab yang ada kepadanya. Dalam masa sama juga sudah ada suara-suara yang mengkritik beliau sebagai gagal selalu pengerusi. Situasi inilah menjadi beliau kekok, kalau pun tidak kesal untuk bertindak ke atas PH Kelantan.

Lebih parah lagi sudah ada cadangan agar pengerusi diserahkan kepada orang lain. Alasan kenapa Husam perlu berundur ialah kononnya kerana beliau kalah di dua kerusi yang ditandingi. Kononnya ada orang lain lebih berwibawa dan mendapat undi lebih baik daripada beliau? Ternyata orang yang melempar tuduhan ini kurang membuat kerja rumah.

Jika diselidiki, pencapaian calon-calon parlimen di Kelantan dalam pilihan raya lalu, Husam yang bertanding di parlimen Kota Bharu adalah terbaik. Beliau adalah salah seorang calon kerusi Parlimen yang tidak hilang deposit. Dari segi ukuran populariti beliau masih popular berbanding dengan 12 calon parlimen lain. Hakikat ini tidak harus dikesampingkan.

Mengenai kedudukan pengerusi PH negeri-ngeri kini sudah pun muktamad. Dalam mesyuarat majlis presiden kelmarin sudah diputuskan semua pengerusi PH negeri, termasuk Husam di Kelantan dikekalkan. Cadangan untuk merubah dan ditukar sebelum ini tidak berbangkit lagi. Dengan keputusan itu kini Husam tidak perlu meragui lagi mengenai kedudukannya di Kelantan. Beliau adalah pengerusi yang diberikan mandat oleh pucuk pimpinan -- majlis presiden.

Sesuai dengan keputusan itu beliau kini boleh bergerak mengukuhkan kedudukan PH di Kelantan. Tidak ada alasan untuk beliau melengah-lengahkan lagi untuk menyusun dan memperkasakan PH di Kelantan. Beliau sudah mendapat mandat dan mandat itu perlu disokong semua pihak. Mungkin perkembangan ini masih kabur dibawah kerana tidak ada pengumuman rasmi daripada Pengerusi PH Malaysia.

Beberapa perkara yang dalam perhatian saya, apa yang harus Husam lakukan ialah menyelaraskan mengenai pelantikan untuk beberapa jawatan di kalangan PH di Kelantan. Penyelarasan ini penting bagi melihat PH Kelantan kemas dan sepadu. Dalam hubungan ini kombinasi di antara keempat-empat parti PH perlu dilakukan. Kesemua badan, agensi atau jawatankuasa dibentuk dalam PH Kelantan hendaklah diwakili oleh semua pihak. Maksudnya semua wakil komponen mesti ada.

Untuk tujuan ini mungkin Husam boleh bentuk beberapa jawatankuasa khas (induk) dengan mengikut kewujudan kementerian atau portfolio yang ada. Kewujudan jawatankuasa ini diperlukan lebih-lebih lagi kerana Kelantan dikuasai parti pembangkang. Jawatankuasa ini boleh menjadi pemudah cara atau pun penghubung dengan semua kementerian demi faedah rakyat Kelantan.

Ada empat jawatankuasa induk (asas) mengikut portfolio atau kementerian yang boleh dipertimbang untuk diwujudkan.

1. Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan, dan Pembangunan Luar Bandar.

Individu untuk mempengerusikan jawatankuasa ini boleh diberikan kepada wakil daripada Parti Bersatu memandangkan kementerian ini dipegang oleh individu daripada Bersatu. Individu yang sesuai dan layak dilantik ialah Pengerusi Bersatu Kelantan, Kamaruddin Md Noor.

2. Jawatankuasa Pertanian, Kesihatan, Pertahanan dan Agama.

Jawatankuasa ini boleh diberikan kepada wakil daripada Parti Amanah Negara, memandangkan kementerian ini dipegang oleh wakil daripada Amanah. Pengerusinya boleh diserahkan kepada  Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah atau pun Nik Omar Nik Abdul Aziz.

3. Jawatankuasa Industri Utama, Tenaga, Teknologi dan Alam Sekitar, Sumber Manusia dan Pengangkutan.

Jawatankuasa ini bleh diberikan kepada wakil daripada DAP, memandangkan kementerian ini dipegang oleh wakil DAP. Mana-mana individu dalam DAP Kelantan (jika ada) boleh dimajukan untuk menerajui jawatankuasa ini.

4. Jawatankuasa Ekonomi, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Air, Tanah dan Sumber Asli, dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa ini diberikan kepada PKR kerana kementerian ini dipegang oleh PKR. Dan individu sesuai memegang menjadi pengerusi jawatankuasa ialah Abd Aziz Kadir kerana beliau adalah pengerusi PKR Kelantan.

Sementara Husam boleh bertindak menjadi Ketua Pengerusi Jawatankuasa ini, sesuai dengan kedudukannya selaku Pengerusi PH Kelantan. Sementara Setiausaha PH Kelantan atau Ketua Sekretariat PH Kelantan boleh bertindak menjadi setiausaha atau penolong setiausaha kepada jawatankuasa ini. Dalam pada itu lebih baik kalau pengisian ahli jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan adalah kombinasi ahli dari keempat komponen berkenaan.

Peranan jawatankuasa-jawatankuasa ini nanti akan boleh mencadangkan CEO atau pengerusi kepada agensi atau syarikat yang berada di bawah kementerian masing-masing untuk dinilai dan diputuskan oleh Ketua Pengerusi Jawatankuasa secara bersama.

Saya yakin sekiranya cadangan ini dilaksanakan tidak timbul soal perebutan jawatan, pertindihan dan sebagainya di antara satu sama lain dalam komponen PH.  [wm.kl.1:48 pm 10/07/18]


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA