
Ada kalangan masyarakat memberikan kemenangan kepada YB Niza dengan 4:1, ada juga yang memaklumkan bahawa keputusan tersebut hanya mainan pihak Nizar dan PR untuk memastikan rakan UMNO / BN agar tidak bersuara. Ada juga kalangan kepimpinan yang merasakan tindakan YB Niza ini menderhaka kepada raja, kerana membelakangi pihak istana kerana terlalu cepat membuat mengistiharan.
Tapi yang peliknya tiada siapa yang mengatakan UMNO / BN yang berketuakan Dr. Zambry akan memangani penghakiman ini.
Sebenarnya setiap tekaan yang dibuat oleh rakyat adalah kerana rakyat Malaysia bukan kalangan mereka yang buta undang-undang, khususnya undang-undang tubuh kerajaan Malaysia. Kerana bagi mereka sejak akhir-akhir ini pihak mahkamah langsung tidak memainkan peranan sebagai agensi yang bebas dan tidak terikut-ikut dengan kehendak orang tertentu. Banyak sangat andaian dan keputusan yang memang memihak kepada orang tertentu.
Dalam kes MB Perak, pihak Kerajaan bawah pimpinan YB Niza di putuskan untuk memerintah Perak, tapi dengan sekelip mata pihak mahkamah memutusankan rayuan yang dibuat diterima pakai dan ianya diputuskan dalam kamar hakim sahaja. Dan untuk membuat keputusan rayuan YB Niza pula pihak mahkamah mengambil masa hampir setahun.
Contoh yang lain, kes liwat DSAI yang pertama dahulu, kamar ketua Pendakwa mengubah-ngubah tarikh tragedi kerana pada tarikh yang pertama villa tempat berlakkunya liwat belum siap di bina, dan diubah tarikh yang lain. Akhirnya mahkamah melaksanakan penghakiman berpilih-pilih. Atas alasan itu masyarakat kini sudah mula hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman.
No comments:
Post a Comment