Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label PILIHANRAYA. Show all posts
Showing posts with label PILIHANRAYA. Show all posts

Friday, December 22, 2017

PEMBANGKANG PECAH TIGA, PEMILIH PECAH 2

Satu anilisa kaitan dengan PRU 14.

Pertembungan tiga penjuru barangkali sudah terlalu sukar untuk dielakkan daripada berlaku dalam pilihanraya umum akan datang. 

Pihak yang teringin sangat kepada pertandingan tiga penjuru, selain Najib Razak, UMNO dan BN, ia juga seolah-olah suatu keseronokan bagi Pas.

Sebab itu, Pas yang berstatus pembangkang, tidak lagi menyerang UMNO dan BN sekarang ini. Najib pula sudah jadi sahabat karib mereka.

Yang selalu, bahkan hampir setiap hari diserang Pas ialah pembangkang juga iaitu Pakatan Harapan, khususnya Tun Mahathir Mohamad dan DAP. 

Lebih fasih mulut pemimpin Pas mengatakan mengundi Pakatan Harapan sama seperti mengundi DAP berbanding hakikat bahawa mengekalkan UMNO dan BN lagi akan terus memberi kesusahan dan kesengsaraan kepada kehidupan rakyat melalui kenaikan kos sara hidup yang tidak terkawal serta kemungkinan GST akan dinaikkan peratusannya.

Amanah yang sebahagian besar pemimpinya merupakan bekas pemimpin Pas juga merupakan musuh utama Pas ketika ini. Di mata Pas, pemimpin Amanah lebih jahat dan teruk berbanding UMNO yang suatu ketika dahulu pernah mereka kafirkan dan ragui keIslamannya. 

Melihat kepada gaya politik Pas sekarang, menang atau kalah dan berapa jumlah kerusi yang mampu dimenangi tidak lagi penting buat mereka. Sangat penting bagi Pas hanyalah memastikan pertandingan tiga penjuru menjadi kenyataan.

Tidak tahu apa upah atau ganjaran yang bakal diperolehi oleh Pas di sebalik perubahan haluan politik mereka itu. Mungkin sudah ada fatwa atau hadis baru yang membolehkan menyokong politik suku dan agama suku atau bersama pemimpin yang diragui menjanjikan lebih besar pahalanya lagi.
Tetapi, itulah realitinya. Pas lebih seronok menyerang Pakatan Harapan dan memungkinkan tiga penjuru menjadi kenyataan berbanding menolak keburukan UMNO, BN, kerajaan dan BN yang terang-terang terbentang menjadi pengetahuan seluruh pancaindera dunia.

Dengan sikap Pas yang yang benar-benar inginkan pertandingan tiga penjuru, ia dengan sendirinya menjadikan UMNO dan BN lebih santai untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Ramai pemimpinnya lebih girang kebelakangan ini dengan berkata, "apa nak ditakutkan....tiga penjuru kita akan terus berkuasa lagi".

Makna kata, di sebalik Pas seronok dengan tiga penjuru, UMNO dan BN secara sedar melihat kedudukan parti Islam itu hanyalah sebagai alat, perkakas dan penyendal kepada cerahnya sebuah kerajaan kleptokrasi terus berkuasa di bumi Malaysia ini.

Soalnya, benarkah pertandingan tiga penjuru memberi kelebihan kepada UMNO dan BN serta akan menipiskan peluang Pakatan Harapan menjadi kerajaan?

Realitinya, yang berpecah tiga hanyalah parti-parti iaitu BN, Pakatan Harapan dan Pas yang digambarkan mengetuai Gagasan Sejahtera, tetapi rakyat secara majoritinya hanya berpecah kepada dua.

Satu kelompok rakyat mahukan UMNO serta BN kekal berkuasa dan satu lagi mahukan sebuah kerajaan baru dapat diwujudkan.

Atau dalam ertikata lain lain - satu mahu hitam dan satu lagi mahu putih, satu mahu kebaikan dan satu lagi mahu mengekalkan kerosakan.

Dalam kelompok Pakatan Harapan, boleh dikata seluruhnya mahu yang putih, kebaikan dan kerajaan baru dapat diwujudkan.

Dalam UMNO dan BN, ia diakui terpecah dua. Adayang mahu Najib kekal berkuasa dan semakin ramai yang menyampah untuk mengekalkannya. Mereka percaya mengekalkan lagi UMNO dan BN, yang lebih seronoknya hanyalah Najib dan Jho Low saja.


Kesukaran ekonomi, rasuah, kemewahan pemimpin, beban sara hidup dan sukarnya anak-anak mereka mendapat pekerjaan adalah antara sebab mereka tidak lagi sesetia dulu, malah sedia untuk putus cinta terhadap UMNO, BN dan kerajaan sedia ada.

Golongan tersebut secara diam-diam akan mengundi Pakatan Harapan atau mungkin memilih untuk tidak keluar mengundi sama-sekali. Mereka tahu mengekalkan kemungkaran besar dosanya.
Dalam Pas juga begitu, meskipun ada segelintir yang taksub dan wala' membabi buta, ramai juga yang menjadikan pilihan dalam PRU 14 akan datang ialah antara hitam atau putih, kebaikan atau kerosakan dan kerajaan lama yang menyusahkan atau kerajaan baru yang menyuluhkan jalan harapan.

Pilihan bagi ahli dan penyokong Pas yang celik itu turut sama pilihannya - mengundi calon Pakatan Harapan sedia diam-diam atau langsung tidak keluar mengundi. 

Pas akan diketepikan terus dalam pertimbangan pilihan ahli dan penyokongnya jika mereka lihat parti itu tiada harapan langsung untuk menang dan membentuk kerajaan.

Mereka secara umumnya sedar persaingan sebenar adalah antara Pakatan Harapan dan BN. Membazir saja memberi undi kepada calon-calon Pas yang akhirnya akan menyebabkan musuh mereka sejak azali, UMNO dan BN menang dalam pilihanraya serta meneruskan kerakusan kuasa merosakkan segala-galanya.

Selain tidak sanggup mengundi parti yang tidak membawa kemenangan, pasti ramai ahli dan penyokong Pas yang turut tidak sedia memberi undi mereka yang hanya memberi laluan kepada cukai GST terus dikenakan dan harga ikan kembung RM22 sekilogram.


Oleh yang demikian, secara perlahan-lahan Pas akan jadi semakin kecil sokongannya. Dengan mereka yang boleh berfikir, terbuka dan memikirkan masa depan sedia untuk memilih perubahan, hanya kelompok terasing yang totok dan jumud saja tinggal bersama Pas.

Yang mustahak, dalam tempoh berbaki beberapa bulan lagi sebelum PRU 14, penerangan dan pemahaman yang seluas-luasnya harus diberikan kepada rakyat mengenai pilihan yang harus mereka buat. Pakatan Harapan mesti menjadikan ini sebagai agenda keutamaan.

PRU 14 adalah peluang terbaik melakukan penghijrahan. Selepasnya, peluang  untuk membuat perubahan mungkin tidak muncul lagi dalam pilihanraya-pilihanraya akan datang. Sekali kita melepaskannya, penyesalan akan menghantui sepanjang zaman.

Tetapi, jika Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan dan mereka tidak menjadi sebaik yang diharapkan, ia lebih mudah ditukar dalam pilihanraya yang seterusnya.

Filipina, Indonesia serta Thailand misalnya sudah lama menguak perubahan dan hari ini rakyatnya sedang menikmati hasil yang lebih baik dalam kehidupan mereka.

Bolehkah kita bayangkan apa jadi kepada Filipina dan Indonesia jika Marcos dan Suharto tidak disingkirkan dahulu atau Thailand kalau pemimpinnya yang terpalit rasuah tidak berani ditukar ganti dan dikekalkan hingga kini?  (ShahbudinHusin 12/09/2017)

Sunday, May 31, 2009

09-09-09 NOMBOR DATOK TAIB

Melalui risikan dari kalangan rakan-rakan dari Sarawa, semua parti komponen telah bersidang dan menyusun strategi serta mencari bakal calon dari parti komponen masing-masing. Tarikh untuk pembubaran DUN Sarawak sudah hampir, perancangan teliti setiap parti yang berminat untuk menyertai PRK DUN Sarawak perlu bersedia.

Adalah difahamkan angka yang menjadi tarikh pada 09-09-09 menjadi pilihan KM Sarawak untuk tujuan PRK DUN Sarawak.

Saturday, May 30, 2009

UNDILAH PR - CALUN PKR

malang tidak berbau, sudah ditakdirkan begitu, sehari sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Melaka urusan peribadi, rumah di masuki rakan-rakan yang memerlukan komputer riba, talipon bimbin dan jam tangan. lantas itu kawan-kawan tadi mengambilnya waktu penghuni sedang tidur nenyak dan hanya sedar ketiga-tiga keperluan tadi tiada di tempat yang sepatutnya. Dipagi yang hening terus menujuk ke balai untuk memaklumkan indiden yang berlaku, hanya untuk makluman pihak berkuasa polis, kerana pihak polis juga telah meminimakan bergerkan untuk kawalan keselamtan kerana mereka di bebankan dengan tugas untuk memerhatikan gerak geri ahli politik pembangkang, kemana saja ada PRK di sanalah polis akan berkerumun, seperti sabutir gula dengan kelilingi oleh ribuan semua.

Untuk selepas di maklumkan kepada polis, terus meneruskan perjalanan ke Melaka dengan melalui KL, pemikiran terus melayang, kenapa masih ramai lagi kalangan masyarakat yang perlu bertindak arogan dan tidak memikirkan hak orang ramai, kenapa mereka mengambil jalan muda untuk meneruskan sisa-sisa hidup, apakah 1 Malaysia akan mewarni penghidupan masyarakat atau pun 1 malaysia hanya slogan setiap kali pemimpin di tukar ganti.

Sekali sekali, terbayang dan cukup teringin untuk terus memerhatikan apa yang sedang berlaku di Penanti, sejauh mana PR melalui PKR dapat mempetahankan kerusinya apakala dimana Minah Ronggeng - kata Azmin Ali, terus dengan sikap dan egois memaklumkan ujudnya salah laku kalangan pemimpin PKR dalam menangani PRK ini. Apakah benar dan terbukti, apa akan jadi jika pengumum SPR di buat setelah PKR memengani PRK ini. lamunan terus walau pun dalam keadaan berhati-hati sekali-sekali terasa juga pedasnya HACKS yang berada dalam dakapan kunyahan.

Layangan pemikiran, terus menghantui perjalanan, kenapa pihak polis bertindak cekap dan mesra apakala ianya melibatkan rakan-rakan dari PR, dapat saja repot tindakan terus diambil, kenapa pula perkara sedemikian tidak berlaku di kalangan kepimpinan UMNO / BN. Lihat saja tentang penyelewangan di Pelabohan Kelang, lihat saja peristiwa rayuan pihak dr. Zambry, banyak lagi tragedi yang di bolehkan menjadikan pengajaran khusus berkaitan dengan tingkat laku pegawai polis terhadap mereka yang tidak memerintah. kenapa harus ini berlaku?

Kepada siapakah rakyat perlu mengadu? Polis, SPR, SPRM, Badan Kehakiman, Inst. Raja hatta pegawai kerajaan sudah hidup tidak bebas tak dapat nak menjalakan tugas dengan bebas ianya perlu memihat kepada UMNO / BN. Apakah ini tanda-tanda UMNO / BN sudah tidak mampu berdiri dengan kaki sendiri? ianya perlu di berikan kayu tongkat untuk memastikan ianya masih berdaya saing, walau pun sudah tempang.

Kepada para pengundi di DUN Penanti, anda adalah mereka yang pastikan mewarni kepimpinan masa depan dengan pemimpin yang mementing kepimpinan yang profesionalisma yang tinggi dan membuangkan sifat egois sejauh yang mungkin. Selamat mengundi kepada Pemilih di DUN Penanti.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA