Malam dingin dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, mata masih lagi ligat dan terpaku pada blog-blog dan face-book yang banyak sekali menyiar dan memaparkan isu-isu semasa, tapi memang tidak dinapikan ada kalanya isu yang dipaparkan perlu difikirkan keesahan dan ketulinannya.
Kebanyakan blog menyatakan peristiwa pada bulan Feb. 2010 ini dengan berbagai-bagai peristiwa dan tragedi yang boleh menyebabkan ramai warga negara " pening " untuk memikirkannya. Apa tidaknya dari kes perbicaraan DSAI dengan kes liwat kedua beliau yang terus ditunda dan tunda, betul juga agaknya ada kah DSAI " takut " dengan pertuduhan ini, kerana beliau sering memohon untuk penangguhan? Benarkan masih ada ketidak adilan dari kalangan orang di mahkamah yang menerima arahan untuk memastikan DSAI di penjarakan semula. Untuk itu mereka sering tidak memberikan kerjasama kepada apa saja yang dipohon oleh DSAI. Akhirnya DSWA pula dijadikan saksi kepada kes suaminya.
YB Hamidah ( EXCO Perak ) pula adalah diantara pemimpin UMNO yang dianggap masih " bodoh " dan masih hidup dan bernyawa di bawah tempurung. Apakah beliau menafikan kemampuan rakyat Malaysia kini untuk berfikir dan bukan kah rakyat kini sudah meletakan dunia dihujung jari mereka. Dengan dasar pendidikan yang laksanakan pula, negera telah berjaya melahirkan rakyat yang berfikiran luas, jauh, kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka ada daya imigenasi yang tinggi, kritis dan kreatif.
Jadi Hamidah menjadi serba salah dengan tafsiaran dan andaian rakyat atas keputusan penghakiman siapa MB Perak yang sah. Ada kalangan yang mengatakan berkeputusan 4:1, 5:0 juga 3:2 sebaliknya ketiga-tiga andaian ini memihak kepada YB Nizar. Tak ada siapa atau gulongan yang memberikan kemenangan kepada Mamak Zambry.
Pada dasarnya jika mengikut perundangan batang tubuh perak, memang YB Nizar telah lama menang hanya orang yang kurang siuman saja memberikan kemenangan kepada Mamak Zambry. Para hakim yang terikat dengan projek memberian kerajaan saja yang perlu memihak kepada pemberi projek. meraka akan mencari jalan bagaimana setiap persoalan di iringi dengan jawaban " soalan tidak releven " buat kata hakim Hacks.
jadi pada kesimpulannya, rakyat dah fikir apa yang akan terjadi, dah tau apa nak jadi, dah fikir apa nak buat lagi untuk memastikan daya fikir pemimpin kerajaan masa ini dapat di explotasikan dan melambangkan " ketidak cerdiknya " mereka.
No comments:
Post a Comment