Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label ISU. Show all posts
Showing posts with label ISU. Show all posts

Wednesday, October 31, 2018

KETELUSAN KINI - PH DI AMBANG PERMASALAHAN PENGURUSAN

Saya menerima banyak rungutan daripada kawan dan kenalan yang meluahkan perasaan tentang kesukaran mereka mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan ketika berurusan dengan pejabat beberapa menteri dan menteri besar di bawah kerajaan Pakatan Harapan sekarang.

Malah, orang yang baru dikenali juga  turut tidak malu-malu meluahkan perasaan yang sama.

Mereka ini semuanya adalah penyokong Pakatan Harapan yang nampaknya mula kecewa kerana kesukaran mendapatkan kontrak dan memperbaiki sumber rezeki, meskipun kerajaan sudah bertukar tangan.

Dahulu, ketika kerajaan dikuasai UMNO dan BN, mereka ini langsung tidak pernah mendapatkan apa-apa kontrak kerana ketika itu semuanya dibolot oleh orang-orang UMNO dan kroni para menteri belaka.

Majoriti daripada mereka ini, bahkan tidak pernah cuba pun masuk apa-apa tender atau mengunjungi mana-mana pejabat menteri dan menteri besar sewaktu era BN kerana sedar perbezaan ideologi politik banyak pengaruhnya kepada perolehan dalam perniagaan ketika itu.

Yang menjadi harapan mereka, apabila kerajaan sudah bertukar tangan sekarang ini, bermakna peluang merekalah pula memperolehi sebahagian tender dan kontrak kerajaan itu.

Malangnya, daripada apa yang disungutkan itu, baik ketika BN mengusai kerajaan atau setelah bertukar kepada Pakatan Harapan, nasib mereka nampaknya sama saja.

Dulu susah memperolehi kontrak kerajaan, sekarang pun tidak ada yang senangnya.

Apa yang mereka kesalkan, kesukaran memperolehi peluang-peluang perniagaan itu lebih disebabkan oleh tindakan menteri dan menteri besar Pakatan Harapan sendiri yang tidak sedia untuk menolong mereka.

Beberapa menteri dikatakan lebih ingin menunjukkan sikap berkecuali dan seolah-olah bersih daru segi campurtangan dalam pemberian kontrak-kontrak kerajaan sehingga penyokong yang datang berjumpa awal-awal lagi sudah diberitahu dengan ucapan selamat - “saya tak campur hal perniagaan atau urusan kontrak”.

Ini bukan saja menyebabkan penyokong itu kecewa dan memendam rasa, malah rasa terpinggir dibuatnya.

Hakikatnya, mereka bukanlah mahu diberikan kontrak secara buta-buta begitu saja, tetapi sekurang-kurangnya tunjuklah sikap sedia mendengar terlebih dahulu.

Kami yang nak minta kontrak ini tentulah datang dengan syarikat yang ada kemampuan dan boleh melaksanakan kerja, bukan nak minta macam itu saja, kata salah seorang yang meluahkan perasaan.

Sikap pemimpin yang sedemikian rupa itu, akhirnya tentu saja menyebabkan pegawai kerajaan yang berkuasa sepenuhnya dalam pemberian kontrak kerajaan, malah memperlihatkan menteri dan menteri bagaikan tiada kuasa apa-apa, walhal ketika berkempen menjerit meminta kuasa.

Tidakkah sikap menteri dan menteri besar yang begitu akan merugikan parti dalam jangka masa panjang? Soal mereka lagi.

Yang lebih buruk lagi, dikatakan terdapat juga menteri dan menteri besar yang dengan pantas bukan sekadar menjalin hubungan dengan ahli-ahli perniagaan era BN dahulu, malah meneruskan pemberian kontrak perniagaan kepada mereka itu.

Alasan yang diberi kononnya syarikat mereka itu sudah biasa dengan kerja-kerja di peringkat kementerian dan negeri serta mempunyai rekod yang baik selama ini.

Dikatakan lagi, pemimpin yang baru lima bulan mendapat kuasa itu mengatakan mereka meneruskan pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat sedia ada itu adalah bertujuan agar kerja-kerja tidak tersangkut berbanding jika memberi peluang kepada syarikat baru yang belum terbukti hasil kerjanya.

Tapi, sedarkan mereka syarikat itu dipunyai oleh ahli dan penyokong UMNO yang sudah tentu sebahagian keuntungannya akan digunakan untuk membiayai aktiviti politik UMNO untuk melawan Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang? kata seorang pengadu yang menetap di selatan tanahair.

Sudahlah jawatan dalam GLC diberi kepada bukan orang parti, kini pemberian kontrak-kontrak kerajaan pula masih dikuasai oleh ahli dan penyokong UMO - siapakah yang mahu bekerja untuk parti memenangkan Pakatan Harapan dalam pilihanraya akan datang, kata seorang lagi yang juga tinggal di selatan.

Ada seorang pengadu, malah mengajak saya berkunjung ke sebuah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan bagi menunjukkan bukti bagaimana pentadbiran negeri itu lebih memberi muka kepada mereka yang dikenali sebagai penyokong UMNO berbanding penyokong sendiri.

Kata seorang yang agak veteran dalam Pakatan Harapan pula, pemimpin yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang nampaknya lebih senang melayan ahli perniagaan dari kalangan penyokong UMNO yang ada duit berbanding memahami penyokong sendiri yang baru mencuba-cuba mahu mendapatkan kontrak kerajaan.

Kesian kan...dalam zaman Nabi dulu ada juga harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagi selepas habis berjuang dan mencapai kemenangan, tetapi nasib dan keadaan penyokong Pakatan Harapan nampaknya jauh lebih malang daripada itu.

Semasa era BN berkuasa dulu,  mereka sudah lama ‘lapar’ dan tidak berpeluang langsung memperolehi sebarang kontrak kerajaan, sekarang di era Pakatan Harapan berkuasa di mana kawan-kawan sendiri ada jawatan dan kuasa pun mereka tetap ‘lapar’ juga.

Aduhai....(ShahbudinHusin 29/10/2018).

Saturday, December 5, 2015

APA ITU, " PADI ", " PATI ", & " PAJAK " ?

Malaysia kini mengimpot lagi sejumla 1.5juta nyawa dari luar khususnya dari Bangldesh, apakah ini melambangkan sama ada di negara kita sudah banyak limpahan kerja atau generasi muda Malaysia kian tidak berminat untuk berkerja? Atau ada urusan untuk meneruskan kepimpinan negara kertas undi?

Malaysia sudah dikenali dengan kebanjiran pendatang asing....pendatang asing dengan izin (PADI), pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sekarang ditambahkan lagi dengan pendatang asing jemputan khas (PAJAK)....guru-guru dalam negara berlambak tak diberi tempat, mahu dijemput pulak guru dari negara China..... dan rakyat Malaysia juga sudah habis yang cerdik apabila dijemput pulak rakyat asing bagi menerajui syarikat penerbangan Malaysia.....




dah tak ada idea lain dah ka menteri dan pentadbir Malaysia ni???... modus operandi nak menang PRU pun pakai pemain import....nak menang bola sepak dan sukan pun pakai pemain import atau jurulatih import.....habis semua diimport!!!!....habis tu, rakyat Malaysia ni pakat jadi apa???.....

kasihan...aku cukup amat kasihan kepada generasi akan datang jika ini terus diamalkan oleh pentadbiran negara Malaysia.... benarlah seperti lirik yang dilagukan "bumi dipijak milik orang"..... kerana rakyat Malaysia bakal tidak memiliki suatu apa pun melainkan hanya pada nama.... jangankan bangsa Melayu, bangsa yang bersatu di bawah panji-panji negara "Jalur Gemilang" juga akan terus terancam dengan skim sebegini rupa..... maka akhirnya berjaya lah Malaysia di pajak kepada pekerja asing untuk menentukan bagaimana negara ini harus ditadbir dan perlu diurus.....


Walaupun muhyiddin yassin akhirnya menafikan wujudnya cadangan pengambilan tenaga dari China untuk ditempatkan di sekolah-sekolah di Malaysia, tetapi realitinya tidak begitu menghairankan jika ia benar.....

Tuesday, October 27, 2015

MELAYU DAH BUKA LANGKAH...

perbincangan lanjut dengan sekutu Pakatan Harapan, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Kini Negara di kejutkan dengan Persatuan Silat Kebangsaan ( PESAKA ) telah siap sedia untuk berperang, berperang untuk mempertahankan diri,, atau paling mudah kita mengandaikan masa kini MELAYU sudah tercabar dengan bangsa bukan Melayu. Apakah motif kenyataan Presiden persatuan silat ini, atau benarkan negara tercinta kini sedang di intip atau cuba di musnah kan oleh musuh sama ada musuh dari luar mau pun musuh dalam negera itu sendiri? Atau apakah kenyataan ini sebagai ugutan kepada pihak BERSIH4, Malaysia kini di ambang ketidak tentuan arah dalam kepimpinan.


Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sedia untuk berperang, jika perlu, bagi mempertahankan maruah orang Melayu dan pemimpinnya, kata Presidennya Tan Sri Ali Rustam ( gambar ) hari ini.

Bercakap pada perasmian Wisma Silat Gayong di Kuala Lumpur hari ini, Ali mengingatkan orang Melayu, mereka mesti hidup dengan "bermaruah".

Pesaka merupakan satu daripada peserta utama Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September, juga dikenali sebagai perhimpunan baju merah, yang dianjurkan sebagai bertindak balas kepada perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos, yang menurut mereka menghina integriti bangsa Melayu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada asalnya dijadualkan merasmikan bangunan Silat Gayong baru itu, tetapi beliau tidak dapat hadir dan diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.


"Kami hendak memberikan satu pernyataan orang Melayu yang mempunyai seni silat masih berada di Kuala Lumpur ini," kata bekas ketua menteri Melaka itu.

"Kami bukan hendak berperang, tetapi jika mereka hendak berperang, kami akan pergi berperang," katanya.

Ali berkata, orang Melayu "dihina" 4 kali di Kuala Lumpur, merujuk kepada empat perhimpunan Bersih sejak 2007, yang semua menggesa supaya reformasi pilihan raya dilakukan.

Katanya, kejadian ketika Bersih 4 di mana beberapa peserta memijak gambar Najib adalah satu contoh bagaimana pihak-pihak tertentu menghina Melayu, pemimpin, perlembagaan dan Raja-raja Melayu.

"Tidak ada gunanya kita ada duit jika kita tidak mempunyai nilai diri," katanya.

Beliau berkata, Pesaka bukan bertujuan mencari masalah, tetapi sekadar menuntut supaya Melayu tidak dihina.

Beliau juga menyifatkan perhimpunan 16 September lalu sebagai berjalan dengan aman.

"Sebab itu kita adakah satu perhimpunan aman untuk menunjukkan penyokong silat masih berada di Kuala Lumpur; untuk menunjukkan orang Melayu masih berada di Kuala Lumpur," katanya.

Perhimpunan 16 September itu dicemari dengan kain rentang dan sepanduk yang mengandungi kata-kata berapi dan berbaur perkauman serta melihat detik-detik tegang apabila peserta naik marah dengan soalan yang dikemukakan beberapa wartawan.

Polis rusuhan juga menyembur air mengandungi bahan kimia ke atas sekumpulan peserta perhimpunan yang cuba mencetuskan pergaduhan dengan melanggar sekatan polis untuk masuk ke Jalan Petaling, kawasan yang didominasi peniaga Cina, yang tidak dibenarkan. 

Thursday, July 30, 2015

APA KOMEN PAS KABINATE BARU NAJIB.


Perhatikan di antara dua kenyataan berikut, satu kenyataan dari Dr Mujahid, mewakili GHB dan satu lagi dari Hj Hadi sebagai mewakili PAS, yang mana lebih menunjukan kematangan berpolitik? Korang tolong ulas boleh tak? 

 KENYATAAN MEDIA - 




Personal - Dr Mujahid berkelulusan Ijazah BA Bahasa Arab dan Sastera daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Masters) Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia. Akhirnya beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Siasah Syar’iah daripada Universiti Malaya. 

Apa komennya - Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa  Pembentukan semula Kabinet oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri menimbulkan pelbagai kebimbangan yang boleh menyebabkan krisis kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan negara.  Perkara ini boleh membawa kepada suasana tidak stabil dan menjejaskan perjalanan negara. 

 Memecat TPM atas alasan kritikan terbuka terhadap 1MDB boleh mengundang ketidakpercayaan pada siasatan adil dan telus melibatkan PM sendiri. Begitu juga pemberhentian Peguam Negara yang sedang mengendalikan kes 1MDB boleh menjejaskan kepercayaan apabila Eksekutif campur tangan urusan kes yang sedang disiasat.  

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai anggota Eksekutif turut menjejaskan siasatan 1MDB secara bebas dan seolah-oleh untuk menutup kes ini secara bebas.  Perlantikan Datuk Seri Zahid Hamidi kepada TPM yang turut memegang Menteri KDN di mana pihak PDRM bawah seliaannya turut menimbulkan kebimbangam PM akan menggunakan isu keselamatan untuk menyelamatkan skandal 1MDB PM.  Dengan itu saya mencadangkan agar;

1. Satu sidang khas Parlimen diadakan segera untuk ahli Legaslatif menuntut semua kecelaruan yang berlaku.  

2. Satu inisiatif rekonsiliasi bagi meletakkan asas menginstitusikan pembaharuan, mengenal pasti permaslahan dan mencadangkan langkah pembetulan.  

3. Reformasi Parlimen agar benar-benar berfungsi untuk mengimbangi kuasa Eksekutif dan Kehakiman melalui pembentukan Kerajaan Rekonsiliasi melibatkan semua parti politik.   

4. Untuk tiga langkah di atas dijayakan maka syarat utama ialah PM perlu letak jawatan segera supaya dikembalikan kepercayaan rakyat terhadap pemerintah. Setelah selesai langkah inisiatif maka negara ini akan kembali ke landasan kepercayaan rakyat dan barulah satu pilihan raya umum yang adil dan telus dapat dilaksanakan. Kembalikan Kepercayaan Rakyat!  

Yang Benar  Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa 
 Ahli Parlimen Malaysia   28 Julai 2015 





Personal - Hj Hadi pula berkelulusan B.A (Syariah) Universiti Madinah. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah). Dua-dua sama hebat dari segi latar belakang pengajian.Namun perbezaan nampak ketara dalam lontaran pandangan mereka berkaitan dengan landskap politik negara. 

Apa komen Presiden Pas - Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.  Beliau berkata, adalah terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.  "Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 


Saturday, October 11, 2014

KEKAYAAN NEGERA UNTUK KRONI

Selepas minyak naik, giliran anak muda jadi mangsa senarai hitam PTPTN

Md Izwan

Nampaknya tahun ini malang untuk anak muda, baru sahaja minyak naik, mereka berdepan pula senarai hitam pinjaman PTPTN. Ini umpama sudah jatuh ditimpa tangga dengan tahun depan cukai GST akan berkuatkuasa, anak muda nampaknya bakal berdepan dengan segala-galanya mahal, tetapi pakar-pakar berkata memadai RM2,500 untuk menyara kos sara hidup. Setakat ini saya bertemu rakan-rakan sebaya, ada masih bujang dan sudah berkeluarga, semuanya mengeluh dengan anggaran RM2,500 diberikan tersebut.
Mungkin ada rasional hujah rakan saya mengatakan, "Kalau mahu kahwin, kahwin tahun ini. Silap-silap borang daftar nikah pun kena caj," dalam nada gurauan. Mengenai anggaran pendapatan tersebut, saya sendiri tertanya bagaimana pecahan belanjawan yang akan anak muda ini buat, selepas ditolak KWSP, gaji bersih mereka hanya sekitar RM2,300.
Saya ambil dua situasi, bujang dan berkahwin. Bagi bujang, untuk makanan RM600 (RM20 sehari), minyak kenderaan motor atau belanja pengangkutan awam untuk ke tempat kerja RM300 (RM10 sehari, bergantung kepada jenis kerja sama ada di pejabat atau di lapangan), sewa bilik RM400-RM600 (bergantung kepada lokasi), ansuran pinjaman kereta sekitar RM350-RM600 (selalunya kereta seperti Proton atau Perodua jadi pilihan mereka yang bujang), pembayaran pinjaman PTPTN jika ada sekitar RM200, lain-lain belanja yang tidak nampak (kira sendiri).
Di atas adalah senarai asas belanja yang akan anak muda hadapi kelak apabila bekerja, mungkin ada lagi senarai lain, kalau belanja asas begini keadaannya, saya tidak tahu berapa jumlah simpanan yang anak muda mampu letak ke tepi setiap bulan dengan pendapatan RM2,500.
Pecahan belanja ini bagi mereka yang bujang, bagi yang berkeluarga jumlah ini adalah berganda, lain ceritanya kalau kereta dan rumah disediakan oleh ibu bapa yang senang. Bagi anak muda tidak bernasib baik datang daripada keluarga senang, anda mungkin tergolong sebagai miskin kota walaupun masih bekerja dengan tali leher dan kemeja kemas, itu adalah realitinya.
Bagi anak muda seperti saya yang sebatang kara datang bekerja di Kuala Lumpur, ini adalah belanja asas yang saya hadapi ketika awal bekerja, cuma ketika itu saya masih tidak ada kenderaan hanya bergantung kepada motor kapcai. Kita berbalik semula kepada PTPTN, kerajaan dan agensi tabung pinjaman pendidikan semalam mengumumkan peminjam yang tidak membayar ini akan disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
Persoalannya di sini, adakah mereka yang disenarai hitam itu sebenarnya tidak mampu membayar? Bagaimana mahu memaksa seseorang yang tidak mampu bayar itu untuk membayarnya? Apakah logiknya di sini? Anak muda akan terpaksa mengabdikan diri selepas belajar menjadi hamba kepada hutang PTPTN, mungkin ini apa yang dikatakan "mendidik" oleh menteri untuk menghalalkan hujah mereka.
Ia sama dengan ketirisan dalam pentadbiran, rakyat didendangkan dan dilagukan dengan alasan sama apabila setiap kali berjuta-juta wang negara dibazirkan dan diborosi oleh kerajaan. Adakah kerajaan sudah "mendidik" penjawat awam atau kroni mereka ini daripada berhenti membazirkan dana awam? Sejauh mana "mendidik" itu? Untuk anak muda, tahun depan bukan lagi bulan madu, bersedialah.
Empat tahun dari sekarang tidak panjang, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pula bakal berlangsung, ketika itu pengundi kumpulan muda ini membentuk 60% daripada keseluruhan pendaftar pemilih. Jika pada 2013, pemerintah hilang undi popular buat kali pertama, mungkin jalan keluarnya kini berada di tangan anda sendiri. Kalau menteri berkata kerajaan mahu "mendidik" rakyat, mungkin kini tiba masanya untuk rakyat pula "mendidik" kerajaan. Apa salahnya kita saling sama "mendidik" satu sama lain?
Harta negara ini bukan Ahmad Albab yang punya, tetapi rakyat yang punya.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA