Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, January 30, 2010

SAH - BY ELECTION UNTUK PERAK DARUL KARTUN

Rakyat Perak DK akan pasti mengundi untuk memilih semula wakil rakyat yang akan berkhidmat untuk rakyat, pemilihan kali ini di buat berdasarkan mahkamah memutuskan YB Niza adalah MB yang sah dan YB Zambry di dapati bersalah kerana melakukan jenayah politik dengan mengadakan rampasan kuasa tempoh hari.

Khabar dari rakan pesara tentera seluruh negeri Perak, melalui Persatuan Bekas Perajurit dari daerah-daerah mereka telah dikerahkan untuk hadhir beramai-ramai sama ada mereka ahli mau pun mengamalkan dasar berkecuali berada di Dewan Bankuit pada 6 Feb. 2010 untuk mendengar satu taklimat khas dari Menteri Pertahanan dan Menteri Besar Perak. Taklimat ini khusus memastikan arah tuju Bekas Perajurit dalam menangani isu siapa MB sebenar untuk Negeri Perak.

Perkhabaran ini pasti memberikan satu pengesahan di mana mahkamah akan memutuskan MB sebenar untuk Perak ialah YB Ir Nizar Jamaluddin bukan YB Dr. Zambry Abd. kadir. Pastinya kepimpinan UMNO / BN ngelabah waktu ini. Selain itu, pejabat-pejabat UMNO juga kini sedang giat mengadakan mesyuarat parti, mesyuarat dari semua peringkat Puteri, Pemuda, Wanita, Cawangan, Bahagian dan hatta persiapan ke Persidangan Agung peringkat Kebangsaan.

Parti gabungan PR memang dari rampasan kuasa dulu inginkan PEMBUBARAN DUN kerana hanya dengan pembubaran tersebut rakyat dapat menentukan siapa yang mereka inginkan untuk menerajui negeri ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA