Dunia berubah, cara berfikir berubah, cara pentadbiran berubah, olahan pembangunan ekonomi negera perubaha, gaya hidup perubah, dunia kini " dihujung jari ", ketahanan daya kepimpinan pemimpin juga berubah, cara mereka bertindak juga berubah, semua gulongan " berubah " dari alam tak tahu ke alam yang lebih tahu sehingga sanggup menyalah gunakan setiap ilmu pengetahuan yang ada.
Untuk memastikan rakyat setiap negera berubaha dari tak tahu ke alam tahu, dari tak pandai ke seorang yang pandai maka " pendidikan " adalah diperlukan oleh mereka. Sejak seorang bayi dilahirkan mereka terus di " belenggu " dengan alam pendidikan. Kerana pepatah " seroang bayi dilahirkan putih bersih, kitalah yang akan mencorakkan kepada yahudi atau nasrani "
Pembangunan pendidikan memang hebat. Ada Penyata Rahman Talib, ada Penyata Razak ada juga Penyata kabinate. Dasar pembangunan pendididkan juga sentiasa berubah dari KLSR ke KBSR juga terus ke PPSMI. Makan lahirlah generai waktu ini. Jika diambil kira dari KBSR mereka kini sudah pun hampir 20 tahun. Sudah pun diketahui KBSR adalah dasar pendidikan yang melahirkan manusia yang berkonsepkan JERI ( Jasmani, emosi, rohani dan intelek )ianya termaktub dalam FPN ( Falsafah Pendidikan Negera ) dan akhirnya menjadi PFK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ).
Akhirnya kini remaja di Malaysia adalah remaja yang dilahirkan melalui dasar FPN / FPK. Apakah kesan kelahiran mereka ini pada pengurusan pentadbiran negera? Mereka berfikiran terbuka, mereka mengamalkan konsep " futuristick Thingking " mereka mengamalkan konsep pendidikan secara global, mereka juga mengamalkan konsep daya fikir yang liberal.
Golongan remaja ini kini hampir 4.3 juta ( kenyataan dari Wan Ahmad Wan Omar- tim: SPR )nyawa berkeliaran di seluruh negera. Mereka juga ada rasa benci kepada sifat ketidak jujuran, sikap pilih kasih, sikap dan amalan kronisma dan nepotisma, sikap pecah amanah, mereka juga benci kepada ketidak adilan yang amalkan di peringkat pengurusan di mahkamah, mereka juga benci kepada corak hidup yang berpuak-puak serta benci pada kalangan yang terus menerus dengan cara penghidupan yang mewah.
Untuk itu, memang tidak dinafikan, bagaimana susahnya pihak tertentu untuk menjemput mereka mengisi borang untuk menjadi pemilih masa kini dan akan datang. Mereka lihat SPRM tidak jujur dalam menjalankan tugas, tipu helah yang dimainkan untuk mementingkan pihak tertentu sahaja. Mereka lihat parti politik pula, menggunakan tenaga generasi muda untuk kepentingan gulongan tertentu sahaja. Ujudnya gerakan muda/mudi atau putera/puteri semua bermatlamatkan kepastian kepada pucuk pimpinan hidup dengan lebeh mewah dan bergaya.
Untuk itu sebagai renungan kalangan muda memang tidak berminat untuk menjadi pemilih kerana keandaan yang memaksa mereka bertindak demikian. Baikilah pengurusan pentadbiran negera baik dari sudut parti politik mau pun SPRM itu sendiri. Bukan kerana tiada kesedaran, bukan kerana lokasi mereka tinggal bukan kerana tanpa pengetahuan mau pun ambil tahu berkaitan dengan kepentingan " suara " untuk pemerintahan tapi sebagaimana yang ditulis tadi kerena mereka benci dengan kerenah dan keadaan yang ditunjukkan, sedangkan mereka adalah gulongan yang dilahirkan melalui dasar dan falsafah yang di reka cipta untuk melambangkan sesoerang itu berdaya fikir yang tinggi, dan tahu membezakan antara buruk dan yang baik
No comments:
Post a Comment