Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label REHAT. Show all posts
Showing posts with label REHAT. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

DUNIA GILA DENGAN INTERNET - satu pandangan.

Di zaman cyber ini manusia sudah mula melupai rakan taulan, kaki minum di geraikan juga sudah mula berkurangan, kaki gebang juga sudah berkurangan, tapi ada baiknya juga mereka yang suka duduk di meja-meja judi menghambakan diri dengan dunia maya ini. Manusia sudah mula ketagih dengan internet. Mereka ketagih untuk berchating, mereka ketagih menulis pada mereka yang baru belajar menulis, mereka juga menggatal kepada yang ingin menggatakal, mereka berhubung dengan rakan seangkatan untuk berbagai-bagai keperluan, yang belajar dengan belajarnya, yang bercinta dengan kecintaaanya dan entha apa lagi, termasuk juga mereka yang berniaga. berniaga melalui internet cukup mudah. Iklan gambar lain antar gambar lain. 
Nuffnang Ads

Cuba baca dan hayati tulisan di bawah.

20 Tanda-tanda Anda Ketagihan Internet. Fuh!! | Internet memang merupakan satu medium penyebaran maklumat yang sangat penting ketika ini, tapi tahukah anda penggunaan internet dalam jangka masa yang panjang dan berterusan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami ketagihan internet.
Apabila sudah ketagihan internet kadang kala tidur pun pasti tidak cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lenguh ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa berat.
Namun, apabila bangun,berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba. Betul tak?
Sedar atau tidak, ia adalah gejala ketagihan internet. Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih internet yang dipetik daripada Facebook.
  1. Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa. 
  2. Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna. 
  3. Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. “Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?” Jawabnya, “Online.” 
  4. Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal! 
  5. Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda! 
  6. Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya! 
  7. Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah! Aku dah lewat!” 
  8. Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. “Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!” 
  9. Bila orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?” Anda jawab, “Ada la..” Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. “Kutuk Internet bererti kutuk aku!” 
  10. Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.” 
  11. Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. “Bila la aku boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni.” 
  12. Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai). 
  13. Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut. 
  14. Tidur terganggu kerana online. 
  15. Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya. 
  16. Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”. 
  17. Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya. 
  18. Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa. 
  19. Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. “Buat apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?”. 
  20. Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer. “Bosaaaaa… [Internet yang terputus tiba-tiba tersambung kembali]”

Saturday, March 9, 2013

AINUL MARDHIAH – KETUA BIDADARI SYURGA

ainul

Sekadar Gambar Hiasan

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari). Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda

“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. QS. ar-Rahman (55) : 58 Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. QS. ar-Rahman (55) :
70 (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. QS. ar-Rahman (55) : 72
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. QS. ar-Rahman (55) : 74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.


Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
Ainul Mardhiah adalah bidadari yang paling cantik di syurga, kita hanya la manusia biasa takkan mampu kita membayangkan nikmat-nikmat di syurga Allah.
 .islamitusuci.com

Wednesday, March 6, 2013

PUPUK KASIH SAYANG - LUPA KAN LAHAD DATU


http://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2013/02/bahagiakah-rumahtangga-anda.html
 
Rumahtangga adalah syurga dunia bagi sepasang suami isteri. Rumahtangga juga boleh menjadi neraka bagi suami isteri. Bahagiakah rumahtangga anda? Bagaimana pula anda ingin menilai sejauh mana anda bahagia bersama pasangan anda?
 
Perbezaan pendapat tentang kebahagian rumahtangga adalah hak individu. Ada orang mengatakan bahagianya rumahtangga terletak pada kewangan yang kukuh. Ada juga orang mengatakan rumahtangga yang bahagia tiada pergaduhan yang berlaku.

Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza. Takrifan bahagia juga tentunya berbeza mengikut kepada apa yang difikirkan oleh setiap individu. Namun maksud sebenar kebahagian boleh dirumuskan dengan secara mudah dengan situasi di bawah untuk kita menilai tahap kebahagian sesebuah rumahtangga. 
Bahagiakah rumahtangga anda? Apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda? Jika anda berada dalam situasi seperti dibawah, rumahtangga anda boleh dikatakan sangat bahagia.
  1. Rumahtangga bahagia, rumahtangga penuh ceria - Ceriakah rumahtangga anda? Riuh rendah dengan gelak ketawa, senyuman dan usikan? Jika ya, anda pastinya beruntung berada di dalamnya.
  2. Ada masalah, ada jalan penyelesaiannya - Tidak dinafikan dalam sesebuah hubungan pasti ada duka. Walau sekecil manapun ianya tetap duka. Adakah setiap perkara yang membawa duka menemui jalan penyelesaian yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak? Jika ya, anda mempunyai pasangan yang sangat membantu.
  3. Tiada dendam tiada rahsia - Masih adakah rahsia dalam rumahtangga anda? Sudah 100% anda percaya kepada pasangan? Jika terlalu banyak rahsia dalam rumahtangga, pastinya mendatangkan perasaan sangsi kepada pasangan. Ianya mampu mewujudkan prasangka yang buruk dan menyimpan dendam sesama pasangan jika tidak diselesaikan segera.
  4. Banyak harta, rumahtangga bahagia - Adakah harta mampu menilai aspek kebahagian rumahtangga? Banyak harta tidak semestinya bahagia, tiada harta tidak semestinya bahagia.
  5. Serlahkan kebahagian dengan senyuman - Dalam rumahtangga, pastinya suami isteri mendambakan suasana yang sangat selesa. Rumah adalah tempat beristirehat. Jika suasana dalam rumahtangga mendatangkan senyuman pada setiap hari anda, anda sedang mengecap nikmat syurga dunia.
  6. Telatah si cilik menambah kebahagian - Anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Segala penat lelah pastinya terubat disaat menatap wajah anak. Kebahagian rumahtangga masih belum cukup jika anda masih belum mempunyai anak.
  7. Suami isteri mesra pasti bahagia - Rumahtangga yang bahagia pastinya membuatkan anda senang dengan pasangan anda. Jika tiada kemesraan antara suami dan isteri, ianya belum cukup membuatkan anda bahagia.
  8. Bekerjasama mengeratkan hubungan - Dalam setiap rumahtangga pastia ada saja rintangan yang datang menguji sama ada berat dan ringan ujian yang ditempuh. Jika anda mampu memikulnya bersama, sebesar manapun ujian anda mampu mengharunginya dan membuatkan anda berdua berasa puas dengan  usaha yang telah anda buat.
  9. Pasangan yang setia, bahagia akhirnya - Anda bahagia jika pada akhirnya anda mendapati pasangan anda curang pada anda? Jujurkah anda kepada pasangan anda? Adakah anda merasakan bahawa pasangan anda benar-benar jujur dengan anda? Jika masih terdapat keraguan terhadap pasangan anda, anda masih belum menemui kebahagian sebenar dalam rumahtangga anda.
  10. Pasangan yang hebat ada kekurangannya -  Mustahil menemui seorang pasangan yang cukup sempurna melainkan pasangan anda seorang yang maksum. Namun jika setiap kekurangan pasangan anda tidak langsung mengganggu fikiran anda, ternyata anda benar-benar bahagia!
Sesungguhnya definasi kebahagian rumahtangga amat kompleks dan sangat subjektif kerana berlegar dalam ruang hati dan perasaan seorang manusia yang lemah. Berusaha mencapai kebahagian rumahtangga tentunya memerlukan masa dan usaha berterusan. 
 
Sesekali tergelincir dalam meniti garis halus kehidupan membuatkan anda sedar bahawa kebahagian duniawi amat sukar menandingi janji kebahagian yang dijanjikan oleh pencipta sekalian alam. Mengecapinya di dunia adalah nikmat yang tidak terhingga dan berusaha mengecapinya adalah pelaburan   berbaloi dan mendatangkan sebuah senyuman yang tidak ternilai. Nilailah sendiri, bahagiakah rumahtangga anda.
http://bilalelakiberbicara.blogspot.com

Saturday, December 8, 2012

PESANAN UNTUK KALENDAR 2013

UNTUK TATAPAN DAN PERSIAPAN KALENDER 2013.

FOTO bogel untuk sesebuah majalah mungkin sudah menjadi hal biasa di dunia jahiliah yang moden ini. Gambar ratu cantik tidak Islamik pun ada dibuat kalender atau sebagainya untuk derma bagi kerja-kerja amal, terutamanya di bawah naungan parti politik pemerintah. 

Tapi, ini lain sikit. Foto bogel untuk kumpul dana bagi penyandang tumor otak. Ini baru luar biasa. Foto bogel ini digagas seorang mahasiswi Universiti Cardiff England, Amy Morfoot.




Amy mengajak para teman kuliahnya untuk pos bogel dijadikan foto kalender tahun 2013 mendatang. Rancangannya, wang hasil penjualan kalender ini akan disumbangkan kepada para korban yang menderita tumor otak. 

 

Saturday, December 1, 2012

DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA

10 benda tak boleh beli dengan duit

money

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
 
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

amerhakim

Friday, October 12, 2012

BAGAIMANAKAH AGAKNYA KEMATIAN KITA

Kisah Kematian Bah.2 - akhir

13. Meninggal di pentas konsert
Leslie Harvey,gitaris Stone the Crows,meninggal pada tahun 1972 kerana terkena renjatan letrik dari mikrofon yang dia gunakan di pentas konsert.

14. Meninggal ketika siaran TV
Christine Chubbuck (1944-1974) merupakan satu-satunya reporter TV yang meninggal di tengah siaran langsung TV.Dia menembak kepalanya sendiri pada siaran Suncoast Digest (WXLT-TV) tanggal 15 Julai 1974 dengan revolver 38 mm.Chubbuck sebelumnya memang sudah bermasalah dengan depresi yang berlarut-larut.

15. Meninggal kerana “dibunuh robot”
Robert Williams sedang berusaha mengambil suatu barang di rak penyimpanan Ford Motor’s Flat Rock kerana robot sedang tidak berfungsi.Tiba-tiba robot bergerak dan lengan robot tersebut terkena kepala Williams.Dia mati seketika pada 25 Januari 1979.Hanya 2 tahun berselang,kemalangan serupa terjadi di Jepun.Kenji Urada gagal mematikan robot yang akhirnya secara tidak sengaja menolak tubuhnya ke dalam mesin putar.

16. Meninggal kerana terpenggal helikopter
Victor Morrow (1929-1982) dan 2 orang pelakon kanak-kanak yang bersamanya mati kerana terpenggal baling-baling helikopter ketika sedang syuting untuk film Twilight Zone,pada tahun 1982.Kes ini mendorong Amerika Syarikat meminda undang-undang perlindungan tenaga kerja anak dan peraturan keamanan serta jaminan keselamatan di lokasi syuting.

17. Meninggal kerana kaktus
Masih tahun 1982,David Grundman dan seorang sahabatnya sedang pergi berburu kaktus.Mereka bertemu sebuah kaktus besar.Kaktus ini adalah kaktus Saguaro setinggi hampir 8 meter yang berumur kira-kira 100 tahun.Di depannya ada sebuah kaktus kecil.Mereka menembak kaktus kecil dulu,dan berhasil.Sekarang giliran yang besar.Tapi yang terjadi,malah kaktus raksasa tadi tertembak sampai berlobang,dan akhirnya jatuh menimpa Grundman.Dia mati seketika.Benar-benar balas dendam oleh kaktus!.

18. Meninggal kerana tutup botol
Tennessee Williams (1911-1983),penulis drama Amerika Syarikat,mati karena tercekik tutup botol yang tertelan ketika dia mabuk di sebuah hotel di New York.Hal ini diduga berkaitan dengan kebiasaannya menaruh tutup botol di kedua mata dan mulutnya ketika sedang minum-minum.
19. Meninggal ketika melawak
Dick Shawn (1924-1987) sedang melawak tentang kempen politik di Amerika Serikat.Setelah mengatakan “I will not lay down on the job!” (Saya tidak akan meletakkan jawatan!),dia langsung terbaring di lantai.Penonton mengira itu adalah bagian dari lawaknya.Tapi kerana dia tak bangun-bangun lagi,beberapa petugas pentas pun memeriksanya dan melakukan bantuan napas kecemasan.Tidak lama kemudian dia pun meninggal.

20. Meninggal kerana terkena renjatan letrik
Pada tahun 1991,seorang wanita Thailand berusia 57 tahun bernama Yooket Paen,terpijak tahi lembu ketika sedang berjalan di kebunnya.Setelah itu dia terpegang sebuah kabel telanjang (tanpa bungkus),dan terkena renjatan letrik sampai meninggal.Setelah pemakamannya,adik Paen datang ke kebun tersebut.Dia juga terpijak tahi lembu yang sama,terpegang kabel yang sama,dan meninggal juga.

21. Meninggal kerana domba
Pada tahun 1999,Betty Stobbs sedang memberi makan domba-dombanya dengan motorsikal.Makanan untuk para domba tersebut terletak di belakang motorsikalnya.Ketika itu,domba-domba tersebut rupanya sedang kelaparan.Mereka pun menyerbu makanan di belakang motorsikal tersebut,sampai-sampai Stobbs terlempar ke jurang sedalam 30 meter.Dia belum meninggal kerana “lemparan” ini.Namun ke mana pergi motorsikalnya?.Ternyata ada tepat di belakangnya,dan dia pun mati tertimpa motorsikalnya sendiri.

22. Meninggal kerana rak buku
November 2006,Mariesa Weber (38 tahun) diduga hilang.Sudah 2 minggu dia tidak ditemui oleh keluarganya (padahal dia mati di rumah sendiri!).Namun akhirnya dia ditemui berada di bawah tumpukan rak buku yang jatuh.Nampaknya dia sedang berusaha memasang kabel TV yang hanya dapat dicapai dengan berdiri di atas meja tulis di sebelah rak buku.Namun malangnya a jatuh dengan kepala lebih dulu,dan rak bukunya ikut jatuh menimpa Weber.

23. Meninggal kerana game online
Pada tahun 2005,Lee,seorang lelaki Korea Selatan berusia 28 tahun,mati setelah 50 jam nonstop bermain game online Starcraft di sebuah cyber cafe di Daegu
 www.fcukz.

Wednesday, October 3, 2012

KERETA OH KERETA


 


Koleksi kereta mewah milik Raja Bahrain.Diantaranya bugati veiron dan ada juga ferrari enzo tidak ketinggalan  M-benz
 
 
 

ehsan : open minda, borakkosong.com

Saturday, September 22, 2012

SUKAN SATU PERNIAGAAN

10 Ahli Sukan Yang Menjadi Jutawan..!!

Saya kagum,dgn bersukan pun boleh jadi jutawan. Walaupun tak sekolah tinggi - tinggi tapi lebih kaya dari orang yang sekolah separuh mati nak belajar semua subjek.Klo kita buat sesuatu dengan bersungguh - sungguh pasti berjaya.Paling penting kena istiqomah atau konsisten dalam menjalankan usaha kita tue...Insyallah pasti dan pasti kita boleh berjaya..
Kata pepatah arab : من جد وجد و من زرع حصد
Maksudnyer : Siapa yang menanam dia yang menuai, siapa yang berusaha pasti berjaya..
 
1) Tiger Woods - RM289,173,574.74(Golf) 
 
 
 
2) Roger Federer - RM197,349,107.33 (Tennis)
 
 
3) Phil Mickelson - RM197,006,114.50 (Golf) 
 
 
 
4) Samuel Eto'0- RM170,000,000.00 (Football) 
 
5) LeBron James - RM146,266,815.78 (Basketball) 
 
 
 
6) Lionel Messi - RM140,579,997.06 (Football) 
 
 
 
7) David Beckham - RM129,397,497.30 (Football)
 
 
 
 8) Cristiano Ronaldo - RM127,799,997.33 (Football)
 
 
 
9) Manny Pacquiao - RM121,409,997.46 (Boxing) 
 
 
 



10) Alex Rodriguez - RM118,214,997.53 (Baseball) 

 
P.s: Kesimpulan apa pun kerjaya kalau nak berjaya, kuncinyer satu jer jadi yang paling pakar dalam bidang kita ceburi. Insyallah memang akan berjaya.

Sunday, September 2, 2012

PELBAGAI JENIS BASIKAL

Baru-baru ini blog GM pernah memaparkan bagaimana kreatifnya kalangan masyarakat kita untuk mencari nama untuk menamakan tempat atau kampong di mana mereka bermastautin, dan tidak dinafikan ada masanya mungkin ianya salah dari sudut penggunaan bahasa atau pun ianya mempunyai erti yang cukup menyusuk jiwa.

Kali ini, blog ini pula ingin memaparkan himpunan kekreatifan rakyat pula dalam mereka cipta alat pengangkutn " basikal " betapa mereka meciptanya mengikut keperluan dan suasana tempat dan keadaan.

Basikal Tanpa Rantai.

Basikal tanpa rantai ini direka oleh Italian design house; Albeto Del Biondi. Ia bukanlah teknologi terbaru, tetapi disebabkan ia kurang praktikal berbanding basikal berantai, ia kurang mendapat perhatian. Apa-apa pun, basikal di bawah ni tetap cool!!
 

 




 
billyinfo

Koleksi Basikal Paling Pelik Di Dunia

Perlbagai rekabentuk basikal dapat dilihat pada masa kini seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Terdapat basikal yang mementingkan ciri-ciri keselamatan,kelajuan,keselesaan,dan juga bercirikan masa depan. Tidak kurang juga basikal yang mempunyai rekabentuk pelik direka untuk tujuan tertentu yang kadangkala dilihat agak melucukan. Berikut merupakan beberapa contoh koleksi basikal yang paling pelik di dunia.

basikal paling pelik di dunia  




















Antara basikal-basikal super unik dekat bawah ni....
Yang mana satu pilihan anda?












Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA