Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label GAZA. Show all posts
Showing posts with label GAZA. Show all posts

Friday, August 15, 2014

JOM KENALI SENJATA HAMAS



Pesawat Ababil 1 Hamas

Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al-Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum. Al-Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel. Al-Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran).
Wilayah haram Israel dirakam oleh Pesawat Ababil 1

Kehebatan yang ditonjolkan oleh Briged Al-Qassam sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada rejim Zionis Israel tanpa sebarang penentangan. Bahkan Al-Qassam menjanjikan lebih banyak kejutan kepada Israel sekiranya mereka terus berdegil untuk menindas dan tidak mengembalikan hak-hak penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Tidak keterlaluan jika kita katakan Briged Al-Qassam adalah ibarat tentera Salahuddin Al-Ayyubi atau ketumbukan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini. Merekalah hero umat Islam pada hari ini.

 

 

 


Roket Hamas mengenai bangunan parlimen dan pesawat F-16 

 


Sumber Mi'raj News Agency (MINA) di Gaza mengatakan bahawa roket Fajar 5 telah mengenai bangunan parlimen Israel, Knesset. Namun, belum ada berita tentang korban dari serangan oleh Tentera Hamas, Brigade alqassam itu.

Brigade alqassam melalui juru cakapnya mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka berjaya menembak jatuh pesawat F-16 Israel di Khan Younis, Gaza. Alqassam berjaya menembak jatuh pesawat F-16 menggunakan roket Ardjuu.

'' Baru-baru ini pajuang berjaya menembak F-16 Israel. Warga Gaza bergembira dan melaungkan takbir di seluruh gaza , "kata sumber MINA.

Sementara jurucakap Kementerian Kesihatan Hamas, Ashraf al-qudra, mengatakan kepada AFP bahawa empat orang Palestin terbunuh dalam serangan baru Israel di Jalur Gaza pada hari Jumaat.

"Tiga orang awam mati syahid dalam serangan di kem Maghazi dan jenazah mereka dibawa ke Hospital Syuhada al-Aqsa," katanya sambil menambah bahawa korban keempat meninggal dunia akibat serangan yang sama.

Serangan ke Jalur Gaza tengah itu disasarkan kepada sebuah rumah. Dua yang terbunuh adalah kanak-kanak.

Dengan kematian keempat orang itu, jumlah korban tewas dalam kekerasan yang meletus pada Rabu lalu itu menjadi 28 orang. Sekurang-kurangnya 270 orang mengalami kecederaan.

Sejak Israel membunuh seorang pemimpin Hamas pada Rabu lalu, roket-roket yang ditembakkan dari Gaza menyebabkan tiga orang Israel terbunuh dan mencederakan 16 yang lain. Demikian keterangan polis dan pegawai perubatan.
Diterjemah dari sumber republika.co.id

Wednesday, August 13, 2014

KENALI BRIGADE AL-QASSAM



Sejarah kelahiran Al-Qassam

Kriteria Anggota Hammas; Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah ( Hamas ) dideklarasikan secara rasmi sekitar bulan Disember 1987 iaitu saat kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang pertama. Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca perang 1973 lagi kerana Hamas adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan lahirlah Hamas dari situ.

Qaid Hamas yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya gugur sebagai syahid tanggal 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau mendekam dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya. Jawatan Qa’id Hamas berikutnya digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai qa’id kurang dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helicopter Apache Israel tanggal 18 April 2004. Akhirnya, Hamas kini mengambil pendekatan tidak menzahirkan lagi siapa qa’id mereka yang sebenar sekarang dan hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik Hamas, Sheikh Khalid Mish’al, Abu Marzouq , Sami Abu Zuhri dan lain-lain.

Dalam perjuangan seharian, Hamas menghadapi dua ancaman besar iaitu serangan bersenjata Israel dan perlawanan serta pengkhianatan dari parti kebangsaan dan secular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH adalah lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser Arafat. Pergerakan Fatah dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin-pemimpin Negara umat Islam lainnya, sering menghentam Hamas seolah-olah gerakan inilah punca ketidakdamaian yang berlaku. Bantuan-bantuan yang disampaikan oleh Negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada Fatah dan tidak akan sampai ketangan Hamas.

Bagi menghadapi situasi ancaman dua musuh ini, Hamas mengambil sikap menghadapi Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi Fatah dengan cara melibatkan diri sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang oleh Fatah. Membunuh anggota Fatah yang memusuhi Hamas adalah sesuatu yang tidak bijak yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan para pimpinan Hamas menghadapi suasana politik di Negara mereka saat ini.

Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam

Menjadi anggota Hamas samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.

3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.

5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.

6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).

7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.

9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

10) Melazimi zikir harian.

11) Melazimi olahraga atau beriadhah.

12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

Catatan pengalaman anggota Misi Kemanusian Indonesia

Ketika, Dr.Joserizal Jurnalis, doctor spesialis bedah tulang (orthopedy) yang merupakan Ketua Presidium Medical Emergency Resque Committee ( MER-C) di Indonesia yang sering terlibat dalam misi kemanusian dipelbagai belahan dunia pulang dari Gaza baru-baru ini, beliau menyebut mengenai pejuang Hamas:

“paling tidak, setiap pejuang harus boleh menembak tepat sebagai kemampuan standard. Mereka berumur minima 18 tahun “

Untuk menguji sejauhmana, tetamu mereka bukan inteligen Israel, maka Hamas atau Brigade Al-Qassam akan membuat ujian terlebih dahulu. “ saya sempat bertemu anggota Al-Qassam dan apabila tahu saya bukan Hafiz Al-Qur’an, saya ditest dulu oleh mereka. Mereka sempat bertanya saya Muslim atau tidak? Saya jawab “ya”. Setelah itu mereka bertanya saya tentang hafazan Al-Qur’an. Saya pun membaca Surah Al-A’la. Setelah itu mereka langsung memeluk saya. Kemudian mereka pun membuka album foto saat latihan dan membela diri dan saya memberitahu mereka supaya berhati-hati kerana tidak semua doctor baik (tujuannya) “.

“ ketika saya masuk ke Afghanistan dulu, bukan sekadar hafazan Qur’an yang ditanya oleh pejuang-pejuang Afghan. Mereka sangat mahir dalam menghadapi penyusup (intelegen). Kerana agen Mossad( perisikan Israel ) dan agen Russia juga ada yang hafaz Al-Qur’an. Pertanyaan mereka saya tidak duga. Mereka menanya saya siapa bapa saudara Rasulullah? Dihadapan saya senjata M60 sudah terdongak. Padahal pada awal pertemuan, biasa sahaja, tapi lama kelamaan berubah menjadi interogasi (soal selidik). Mereka juga menanya saya siapa anak kesayangan Rasulullah”

“ Ini dibuat kerana mereka tahu agen Soviet, NATO, Amerika atau Britain juga telah menyiapkan hafazan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi biasanya mereka akan lupa apabila berhadapan pejuang Afghan. Mereka akan gugup apabila ditanya”.

“ hafaz Al-Qur’an adalah standard anggota Al-Qassam. Pada saat menunggu untuk melakukan serangan, mereka menghafaz Al-Qur’an dan menghayati ayat-ayatnya, bukan minum kopi, mereka, apalagi berbual-bual. Dari pelbagai informasi yang saya terima, setiap anggota mereka hanya dibekali dengan sebotol air minum (mineral kecil) 250 ml dan makanan sekadarnya untuk tempoh dua hari. Padahal dalam sebuah front, pertempuran boleh menjadi lebih dari seminggu”.

“ Inteligen Mesir, Israel, Amerika, Negara-negara Eropah dan Negara Timur Tengah lainnya, banyak berkeliaran di Gaza dan Tebing Barat saat perang baru-baru ini. Tapi Hamas pintar menjaga kerahsiaan. Banyak inteligen adalah rakyat Palestin sendiri yang dibayar oleh agen-agen asing. Memang ada sahaja rahsia yang bocor. Contohnya, ada sebuah gudang dibom Israel sampai tembus ke bahagian dalam dan bawah tanah. Ternyata tempat itu adalah tempat perkumpulan pejuang Palestin. Israel telah tahu dari mata-mata bayaran mereka”.

Catatan: Ini bermakna, mempelajari Sirah dan menghafaznya adalah syarat bagi pejuang Afghanistan dan Palestin.

Melihat kepada criteria ini, maka wajarlah kalau Hamas yang dihentam teruk dalam tempoh 22 hari saat serangan Israel ke atas Ghazzah baru-baru ini dan ditambah lagi dengan beberapa hari serangan tambahan, mampu bertahan bahkan menghasilkan korban yang banyak di pihak Israel baik tentera mahupun rakyatnya.

Hamas bukanlah sebuah gerakan jihad yang terlalu mempercayai statistic atau jumlah pihak lawan, namun disudut lain mereka optimis bahawa ‘bantuan dari langit’ adalah penting. Maka bantuan khusus dari Allah dan para Malaikatnya ini tidak mungkin dianugerahkan kepada mereka yang tidak mencukupi syarat sebagai pejuang dan tidak serius. Apatah lagi pejuang yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadahnya atau sering membiasakan diri dengan maksiat dan kemungkaran.

Fakta Menarik:

a) Dalam pilihanraya 2006, Hamas berjaya memenangi 74 kerusi 
dan Fatah hanya 45 sahaja.

b) Di Palestin ada 16 daerah besar iaitu 11 di Tebing Barat 
dan 5 daerah di Semenanjung Ghazzah.

c) Hamas berjaya menguasai 6 kerusi di Jerusalem, 4 kerusi di Jenin, 3 kerusi di Tulkarem, menang kesemua kerusi di Tubas, berjaya mendominasi di Nablus, 5 kerusi di Ramallah dan Al-Birreh, 4 kerusi di Baitlehem dan berjaya memenangi semua kerusi di Jericho dan Qalqiya.

d) Di Ghazzah semua daerah disapu bersih oleh Hamas seperti Hebron, 
Gaza Utara, Gaza City, Deir Al-Balla, Khan Yunus dan Rafah.

e) Rakyat Palestin ditarbiyyah dengan budaya keilmuan yang tinggi walaupun berada dalam kondisi pengajian yang terbatas akibat situasi peperangan. Namun, dalam setiap kali konvokesyen di Palestin, terdapat 3500 orang Hafidz yang berjaya dilahirkan. Maka Israel menjadikan anak-anak kecil sebagai sasaran serangan mereka kerana melihat bahayanya anak-anak kecil yang ditarbiyyah sebegini hebat dengan jiwa Al-Qur’an.

f) Sangat menakjubkan dalam tempoh 22 hari serangan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1300 orang dan mencederakan ratusan yang lain, Allah menggantikan dengan kelahiran seramai 3150 bayi-bayi baru Palestin dalam tempoh 22 hari itu.

3 Tokoh Yang Menjadi Inspirator Jihad Hamas

1) As-Syahid Yahya Ayyash – nama sebenarnya adalah Yahya Abdul Latif Ayyash, seorang jurutera yang merupakan individu penting dalam membuat bom dan merancang aksi-aksi bom syahid. Kehebatan beliau menyamar menyebabkan Israel menggelarnya “ Lelaki Dengan Seribu Wajah “. Beliau lahir pada 22 Feb 1966 dan syahid pada Jumaat, bulan Jan 1996 apabila telefon tangan yang diangkatnya meletup dan meledakkan dirinya. Rupanya, telefonnya itu telah dipasang bom seberat 50 gram.

2) As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin – nama sebenarnya adalah Ahmad Ismail Yasin, lahir tahun 1938 di Utara Gaza dan menjadi sheikh atau murabbi kepada pergerakan Hamas. Dengan tubuh badan yang hampir lumpuh sebahagiannya akibat penderaan didalam penjara Israel dan penjara kerajaan Palestin sendiri, dirinya tetap menjadi kebimbangan yang cukup menakutkan Israel. Arahan beliau dan nasihatnya kepada rakyat Palestin dan pejuang Hamas ibarat malapetaka bagi Israel. Beliau syahid tanggal 22 Mac 2004 selesai Solat Subuh di masjid setelah dibedil 3 peluru dari Apache Israel.

3) As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi – nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz Ar-Rantisi, lahir tanggal 23 Okt 1947 dan syahid dibedil Apache Israel pada 18 April 2004.

*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com

*Sumber rujukan:
Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Feb 2009 – edisi 15.
Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Mac 2009 – edisi 17.

Tuesday, August 12, 2014

GAZA - KENAPA RAMAI KANAK-KANAK YANG MATI?

  

TERJEMAHAN DR SUHAZELI ABDULLAH |
Mengapa penduduk Gaza padat dengan orang muda?
 
KEPADATAN penduduk di Semenanjung Gaza telah dipertikaikan, tetapi dalam perbandingan dengan bandar-bandar lain, Bandar Gaza, dengan jumlah penduduk kira-kira 750,000 sudah pasti kawasan bandar yang padat penduduknya.

Menjadi sebab utama kenapa jumlah mangsa yang terlibat dalam serangan Israel adalah penduduk yang padat. Seramai 63 tentera Israel dan kira-kira 1460 rakyat Palestin terbunuh sejak konflik semasa bermula sebulan yang lalu. Seramai 245 kematian di kalangan kanak-kanak. Tetapi mengapa begitu ramai kanak-kanak? Ia ternyata bahawa terdapat ciri-ciri yang luar biasa mengenai struktur penduduk di Gaza yang menjadikannya satu keluarbiasaan dalam dunia moden.
 

Pertama, penduduk Gaza ini secara kasar 1.8 juta mempunyai kadar populasi yang luar biasa besar di kalangan kanak-kanak. Angka tahun 2013 daripada Indeks Mundi, sumber internet data nasional, menunjukkan bahawa 43.5 peratus daripada penduduk Gaza berumur 14 atau di bawah, berbanding dengan 32 peratus di Mesir dan 27 peratus di Israel.

Umur median di Gaza adalah 18 tahun, berbanding dengan purata dunia 28 tahun di kebanyakan negara-negara Eropah iaitu kira-kira 40, manakala 30 di Israel. Negara benua Afrika seperti Uganda pula mempunyai median umur 15 tahun.

Jadi mengapa terdapat ramai kanak-kanak di Gaza? Demografi menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa akibat pelbagai faktor. Salah satu darinya adalah wanita Palestin yang bekerja dan memegang jawatan sosial adalah rendah.

"Ia adalah tempat di dunia di mana kurangnya wanita bekerja di luar rumah," kata Jon Pedersen dari Institut Fafo, pusat penyelidikan demografi dan sosial di Oslo, Norway.

Angka terkini dari Biro Pusat Statistik Palestin menunjukkan bahawa hanya 14.7 peratus daripada wanita bekerja.

"Dalam kebanyakan negara-negara lain, ia adalah jauh lebih tinggi daripada itu, antara 70 dan 80 peratus seperti di Scandinavia," kata Pedersen, yang menulis satu kajian menyeluruh satu dekad yang lalu mengenai demografi Gaza. Malah di negara-negara Timur Tengah yang lain dengan budaya yang sama ke Gaza, perkadaran bekerja di luar rumah adalah lebih tinggi. Di Jordan, sebagai contoh, 16 peratus wanita mempunyai pekerjaan.

Data daripada Indeks Mundi menunjukkan bahawa kadar kesuburan di Gaza, 4.4 kanak-kanak setiap wanita, adalah antara yang tertinggi di dunia. Statistik ini semakin menurun daripada paras tertinggi sebanyak 8.3 kanak-kanak setiap wanita pada tahun 1991, berbanding dengan kadar 3 di Israel, walaupun kadar keseluruhan terdapat kenaikan dengan kadar yang lebih tinggi kira-kira 6 kalangan ketat ortodoks Haredi Yahudi. Dalam kebanyakan negara-negara Eropah, ia adalah kira-kira 2 kanak-kanak bagi setiap wanita.

Faktor kedua yang menyumbang kepada kadar kesuburan yang tinggi adalah wanita adalah sepenuhnya berada di rumah, suami mereka mendapatkan lebih banyak wang kerana keluarga mereka berkembang.

"Terdapat majikan yang sanggup bayar lebih" kata Pedersen. "Secara tradisinya, lelaki akan mendapat upah tambahan jika mereka mempunyai anak-anak ramai."

Kesimpulannya kata Pedersen, kebanyakan keluarga di Gaza hanya seorang yang bekerja berbanding Scandinavia, di mana kedua-dua ibu bapa perlu bekerja untuk hidup.

Namun satu kehairanan timbul, mengapa begitu ramai wanita Gaza - terutamanya wanita yang berpendidikan tinggi - memilih untuk mempunyai keluarga besar dan bukan mengejar kerjaya. Di kebanyakan negara, kadar kelahiran biasanya jatuh seiring dengan pendidikan yang lebih baik dan lebih banyak peluang kerjaya untuk wanita, tetapi corak di Gaza gagal untuk mengikuti corak ini.

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2006 mendapati bahawa walaupun pencapaian pendidikan yang tinggi di kalangan wanita Gaza - semua mempunyai sekurang-kurangnya sembilan tahun persekolahan - dan kadar kematian bayi yang rendah dan malar pada sekitar 25 bagi setiap 1,000 kelahiran, ramai memilih untuk berkerjaya sendiri.

Semasa kebangkitan Intifada yang bermula pada tahun 1987, kajian itu mendapati, terdapat peningkatan kadar perkahwinan, dengan ramai wanita berpendidikan bersedia untuk berkahwin dengan lelaki yang kurang berpendidikan.

"Wanita Palestin tidak mempunyai banyak anak-anak kerana mereka tidak tahu tentang hamil, atau tidak dapat mengakses hamil," kata Sara Randall, seorang ahli antropologi di Universiti College London, yang bersama menulis satu kajian tahun 2006.

"Oleh itu, seseorang perlu membuat kesimpulan bahawa mereka benar-benar mahu ramai anak."

Kajian rawak ini, melibatkan temubual dengan 16,204 wanita Gaza dan 4,900 wanita Jordan untuk perbandingan, membuat kesimpulan bahawa semangat Intifada merupakan faktor utama untuk memacu lonjakan dalam perkahwinan dan kesuburan.

Pada tahun-tahun Intifada tahun 1989 dan 1990, sebagai contoh, wanita 1.4 kali lebih cenderung untuk berkahwin berbanding pada tahun 1980. Kadar semasa Intifada adalah lebih tinggi, pada dua kali ganda pada tahun 1980, untuk wanita lebih berpendidikan.

Kajian ini menyimpulkan bahawa "dalam keadaan di mana tiada kuasa politik, pengangguran dan peminggiran telah memberi kesan yang besar terhadap pertumbuhan pesat rakyat Palestin”.

Pedersen mengatakan bahawa rasa tanggungjawab untuk mengembangkan populasi penduduk merupakan faktor yang tidak boleh ditolak.

"Terdapat kenyataan daripada Hamas menggesa wanita untuk mempunyai lebih ramai anak untuk mewujudkan tentera yang lebih besar," katanya.
Artikel di terjemah oleh
Dr Suhazeli ialah Urusetia Isu Palestin Yayasan Amal Malaysia. 
Rencana di atas diterjemah daripada tulisan Andy Coghlan. (HD)
 http://www.ibnuhasyim.com

Monday, August 11, 2014

GAZA - GAS MEMASAK DI CIPTA

Peperangan Gaza ketiga yang berlarutan sejak 8 Julai yang lalu sudah meragut lebih dari 1500 nyawa dan mencederakan ribuan warga Gaza. Selain daripada masalah nyawa yang boleh melayang dengan tiba – tiba, penduduk Gaza juga berhadapan dengan masalah mendapatkan kemudahan asas untuk terus hidup. Lebih kurang seminggu lalu satu – satunya stesen janakuasa di Gaza di bom regin Zionis mengakibatkan penduduk Gaza kini terpaksa bergelap. Penggunaan janakuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik kini menjadi kebiasaan tetapi bekalan petrol pula sukar didapati kerana sekatan Israel serta terowong menyeludup yang sudah dimusnahkan.

Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18) mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air. Alat ini dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya mampu menghasilkan bekalan hidrogen dari air yang kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk menggerakkan generator elektrik. Ibrahim mendapat idea untuk mencipta alat ini kerana tidak tahan dengan sekatan terhadap penggunaan bahan api yang  dikenakan regim Zionis sejak 2006. Bahan api yang diimport ke Gaza dihadkan jumlahnya dan dijual pada harga yang terlalu mahal. Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga beliau.

Pepatah Inggeris ada berkata keperluan ialah ibu kepada penciptaan. Di dalam kes Ibrahim Saad keperluan untuk mendapatkan bekalan bahan api dengan lebih mudah memaksa beliau menghasilkan ciptaan buatan sendiri ini. Tahniah terhadap remaja ini. Kami berharap beliau terselamat dari sebarang kecelakaan sepanjang perang Gaza ketiga ini. Adalah merugikan sekiranya remaja bijak seperti beliau terkorban kerana kami yakin dengan kepandaian beliau banyak lagi ciptaan yang mampu membatu komuniti tertindas Gaza dapat dihasilkan. Insya Allah.

 

 

 
http://www.bankami.net/

Saturday, August 9, 2014

SUKARELAWAN KITA KURANG DAYA TAHAN


Briged Al-Qassam

Kisah Sukarelawan Malaysia di Palestin Ditegur Anggota Briged Al Qassam

Kehebatan Briged Al Qassam dalam berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan Palestin di Gaza memang amat digeruni oleh Rejim Zionis Israel laknatullah.

Dalam berjuang mempertahankan Palestin Briged Al Qassam amat menitikberatkan disiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT sehingga setiap anggota diwajibkan untuk sentiasa solat berjemaah dan menghafaz surah-surah dalam Al-Quran.

Kisah di bawah ini di copy-paste daripada FB sebagai perkongsian buat semua pembaca.

Kisah seorang petugas sukarelawan Malaysia di Gaza . Sehinggalah..menjejak kaki di bumi Gaza...apabila ditegur oleh seorang anggota Alqassam semasa pergi ke kem di Jabaliya Soalan pertama dia tanya.. " anta isap rokok tak? " saya jawab..hisap tapi di malaysia.. Di gaza tak hisap lagi.. Lepas itu..dia senyap dalam 3,4 minit..saya tunggu soalan yang seterusnya..kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua.. Mungkin dia takut..saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya..kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.baru dia bertanya semula. "Anta sayang tak Rasulullah?" Saya dengan pantas menjawab.."mana mungkin tidak sayang..mestilah sayang...!" Dia kemudian memberi penerangan ...."kalau sayangkan Rasulullah..kita tidak akan buat apa yg Rasulullah tidak suka buat..Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain..Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap... Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk.." Katanya lagi.."agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka..Rasulullah sayang tak dengan kita??" Saya senyap terus..airmata mngalir..berasa sebak dan pilu dalam hati...selepas hari tu sehingga kini.saya dah tidak menyentuh rokok.. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu .. Sekadar pengajaran... 


Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka hati kita untuk bermuhasabah, tentang sejauh manakah kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW.

Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah

Briged Al-Qassam Gaza Palestine Solat Berjemaah
Selamat beramal dan semoga bermanfaat buat semua.

Wasalam.
Jadi dalam entri kali ini, hasil daripada pengkajian, saya nak kongsikan dengan pembaca 10 strategi tak terkalah yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok:

  1. Lengah-lengahkan
    Dalam banyak-banyak perkara yang kita suka lengahkan, apakata anda lengah-lengahkan untuk merokok. Ini lengah yang berfaedah. Kalau terasa nak pekena satu batang lagi rokok, cuba lengahkannya 10 minit. Cubalah untuk buat-buat sibuk dengan kerja lain seperti pi minum kopi dulu ker, pi tolong isteri sidai baju dulu ker atau apa-apa sahaja yang boleh mengalihkan perhatian anda pada merokok. Cuba ulangi cara ini selalu setiap kali terasa nak merokok.
  2. Jangan terpedaya dengan idea "Cukuplah sebatang"
    Jangan dilayan atau terpedaya dengan "Cukuplah sebatang". Kalau dah terfikir dan berkeinginan nak berhenti merokok, tak payahlah dihisap langsung walaupun sebatang. Ini kerana dengan sebatang rokok itulah ia akan melarat menjadi berbatang-batang rokok sehingga habis sekotak!
  3. Kenal pasti punca merokok
    Cuba fikirkan apakah punca yang menyebabkan anda berkeinginan untuk merokok. Adakah sebab stress? sebab nak sama standard seperti kawan-kawan? sebab melepak ramai-ramai dengan kawan yang kaki merokok? Lepas dah kenal pasti tu, cuba hindari perkara-perkara itu, contohnya seperti elakkan berkumpul bersama rakan-rakan yang kaki merokok atau kalau sebab stress uruskan stress dengan cara yang betul.
  4. Bersenam
    Cara ini antara cara yang paling berkesan untuk mengelak daripada merokok. Cuba lakukan sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap hari. Dan sekiranya anda tak sempat sebab berada di pejabat, cuba lakukan senaman ringan seperti push-up atau berlari-lari anak ataupun naik tangga. Selain itu anda juga boleh perbanyakkan amalan solat sunat dan membaca Al-Quran. Dan mintalah dengan cara berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk tidak merokok.
  5. Atasi Stress dengan Menenangkan Diri / Relax
    Stress adalah antara punca utama merokok. Jadi, untuk mengatasi stress, cubalah bertenang, ambil air wuduk dan bersolat sunat. Setiap kali rasa stress juga, anda boleh guna teknik pernafasan dengan cara: Tarik nafas tahan selama 4 saat kemudian hembus nafas keluar selama 8 saat. Ulanginya sehingga anda rasa relax.
  6. Libatkan ahli keluarga dan rakan-rakan
    Nyatakan hasrat anda untuk berhenti merokok pada ahli keluarga atau rakan rapat anda. Sekiranya anda terasa nak merokok lagi, cuba beritahu mereka hasrat anda yang hendak berhenti merokok lagi, InsyaAllah mereka akan menyokong anda dan akan mengingatkan pada anda niat anda itu. Paling baik, beritahu pada isteri kesayangan anda. Sudah pasti isteri anda akan sokong niat anda itu 200%. Tak caya, try!
  7. Senaraikan Kebaikan Jika Anda Tidak Merokok
    Cuba senaraikan pelbagai jenis kebaikan buat anda dan ahli keluarga anda sekiranya anda berjaya berhenti merokok. Contohnya seperti isteri semakin sayang, isteri dan anak-anak akan lebih sihat kerana tidak terdedah dengan asap rokok, nafas anda tidak lagi berbau busuk, dapat mengelakkan pembaziran wang, dan yang paling utama anda akan lebih sihat dan bertenaga dengan tidak merokok. Buatkan senarai dan sebutkan agar keazaman anda untuk berhenti merokok sentiasa kuat dan kental.
  8. Rajin-rajin online
    Perbanyakkan membaca kisah-kisah inspirasi mereka yang sudah berjaya berhenti merokok. Ambil pengajaran daripada mereka dan pelajari apakah strategi-strategi yang mereka gunakan untuk berhenti merokok. Zaman sekarang nie tak susah nak cari info, segalanya dihujung jari sahaja. Google jer, pasti jumpa.
  9. Mengunyah
    Kalau terasa nak merokok, mengunyah adalah cara berhenti merokok yang paling sempoi. Anda boleh cari makanan yang menyihatkan yang boleh dikunyah, contohnya seperti kacang atau biskut. Nak kunyah chewing gum atau gula-gula getah pun boleh juga, tapi pastikan yang kurang manis.
  10. Guna Alat Bantuan Yang Terbukti Berkesan
    Sekarang ini ada pelbagai produk di pasaran yang dicipta untuk membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Contohnya sepeti nikotin tablet, nikotin patches dan nikotin chewing gum yang boleh mengurangkan ketagihan melampau ke atas nikotin rokok. Untuk lebih efektif lagi saya mencadangkan anda untuk mencuba Vivix yang merupakan tonik yang terbukti berkesan dalam membantu sesiapa sahaja untuk berhenti merokok walau setegar mana pun perokok berkenaan.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA