dari hari ke hari, apa nak jadi dengan negera kita, lepas satu masalah, satu masalah yang timbul, selepas memenangani pertambahan undi di MU, UMNO/BN masih meneruskan egois dan sikap melampaunya, " kuasa " yang ada saki baki ini digunakan sepenohnya, semua yang dibuat di selindung di helaian lalang, pihak lain di tohmah dan diadakan-adakan isu terus disiasat, tapi pergolakan dan penyelewengan di Klang, rasuah janji di MU dan entah apa lagi yang dilakukan terus dilindungi. kenapa harus bertindak demikian?
Rasanya sudah sampai masanya, kepimpinan UMNO ( Khususnya UMNO - orang Islam ) dah diberikan peringatan ada nya rukun iman ke 6 - percaya kepada tuhan, malaikat, nabi & rasul, kitab, hari penghukuman dan percaya kepada qada dan qadar, mengapa rukun ini diporak perandakan, nampaknya mereka sudah hilang integriti terhadap rukun iman ini, seolah-olah sudah tidak percaya adanya penghukuman di akhirat nanti.
Kekalahan di MU, sepatutnya memberikan petunjukan atau jalan kepada berfikir semula, apakah perbuatan dan tindakan selama ini diretui oleh Allah? Apakah dengan menabur janji-janji dan melakukan rasuah itu amalan yang sihat? dimana mubaligh UMNO, bantulah mereka, jangan mereka terus sesat dengan cara hidup yang sudah terkeluar dari landasan yang betul. Kita berpolitik dan mengamalkan politik dengan cara yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad, nabi juga berpolitik untuk mengembangkan Islam di zaman baginda.
Kita lihat banyak mana pembaziran, taburan wang ringgit, muntahan janji manis hanya untuk meyakinkan pengundi, tapi apakah pengundin mengindahkan janji-janji yang ditaburkan itu? malahan mereka terus dengan cara hidup yang sederhana, kenapa perlu banyak pembangunan, jika pembangunan diiringi dengan amalan rasuah yang tinggi, malahan projek di adakan hanya untuk kepentingan kroni sahaja. Lantas yang demikian pengundi di MU memilih untuk tidak ada pembangunan bukan tak nak, tapi tak mau mengujudkan amalan kronisma di kalangan kepimpinan UMNO.
Negara kita, orang politik berpolitik sepanjang masa, tak kira masa, nak berjawatan pun tidak mementingkan tanggongjawab kepada negara sebaliknya semua tindakan di kaitkan dengan kepentingan politik.
Rujuk surat J.Pend.Pk. (SULIT)1094 JLD.5 (98), tarikh 9 Jun 2009. ianya khusus untuk mengkaji penglibatan kakitangan kerajaan yang berpolitik, pekeliling ini sudah lama dalam Perintah AM pun dah jelas kakitangan kerajaan khusus Kumpulan A tidak boleh berpolitik, tapi kenapa perlu diberikan peringatan selepas PRU12, dan selepas UMNO/BN kalah 6 - 0 dalam PRK? Ini membuktikan kalangan kakitangan kerajaan telah meninggalkan UMNO / BN kerana sudah benci dan fed-up dengan tingkah laku dan perangai yang ditunjukan. Kesalahan orang nampak kesalahan diri sendiri dan kroni di diamkan sahaja. Rakyat terus meluat dan benci.
Homestay untuk di sewa
HOMESTAY UNTUK DI SEWA
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label TANAH AIRKU. Show all posts
Showing posts with label TANAH AIRKU. Show all posts
Friday, July 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)