Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label POLOTIK. Show all posts
Showing posts with label POLOTIK. Show all posts

Saturday, September 15, 2018

PRK PD - LALUAN ANWAR BERLIKU....

PRK PD: Pembangkang tak perlu letak calon - Penganalisis


Penganalisis berpendapat pembangkang tidak perlu meletakkan calon dan bertanding pada kerusi Parlimen Port Dickson yang dikosongkan hari ini oleh penyandangnya kerana berdasarkan iklim politik semasa mereka mustahil untuk memenanginya.
Penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata sebaliknya parti pembangkang sewajarnya menumpukan kepada usaha memperkukuhkan parti masing-masing.
Beliau menyifatkan keputusan meletakkan calon menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak akan memberikan impak yang besar walaupun meletakkan calon heavyweight di kerusi itu.
Katanya, pendirian itu dibuat berdasarkan pemerhatian beliau pada peratusan keluar mengundi tiga pilihan raya kecil (PRK) lepas yang mengambarkan rakyat masih mengharapkan janji yang dibuat ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.
“Jika keputusan untuk tidak bertanding dibuat, ini bukan bermakna tidak menghormati demokrasi kerana mereka (Umno) pernah lakukan dalam PRK Parlimen Gelugor dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka dahulu,” katanya.
Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini mengumumkan pengosongan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar, dalam usaha HARAPAN mengangkat beliau sebagai perdana menteri kelapan.
Namun begitu bagi Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar adalah lebih baik parti pembangkang meletakkan calon bagi memberikan kenyataan politik walaupun jangkaannya Anwar akan menang selesa.
“Kalau diikutkan PRK DUN Seri Setia misalnya kerjasama Umno dan PAS berjaya meningkatkan jumlah undi sokongan kepada pembangkang dan walaupun tidak menang ia akan memperlihatkan sesuatu, berjaya kurangkan majoriti.
“Jadi, tidak semestinya automatik keputusan tiga PRK lepas memihak kepada HARAPAN dan pembangkang mengambil keputusan tidak mencuba walaupun nama yang bertanding itu Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Mengenai sama ada keputusan pembangkang meletakkan calon tempatan sebagaimana cadangan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, Tunku Mohar berkata ia bukan isu yang penting kerana ini melibat pertandingan seseorang yang mempunyai nama besar dalam politik.
Sementara itu anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata keputusan Anwar bertanding sebagai sesuatu yang tepat bagi Ketua Umum PKR itu untuk membina semula karier politik yang diperjuangkan sejak mula terjun ke dunia politik sekitar tahun 1982 bersama Umno.
“Tindakan dan keputusan ini merupakan hak beliau kerana umum mengetahui sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jawatan ketua negara itu akan di­serahkan kepada Anwar dalam tempoh masa dua tahun pentadbiran HARAPAN.
“Umno akan memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon yang akan bertanding di parlimen itu, sudah tentu kita tidak akan biarkan HARAPAN menang kali ini,” katanya.
Senada dengan Fathul Bari, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata langkah berani tersebut membuktikan Anwar juga mahu mengembalikan kewibawaan beliau selain mengukuhkan kedudukannya dalam PKR.
“Jika Anwar menang pada PRK tersebut, ia melicinkan perancangan beliau untuk dilantik sebagai perdana menteri,” katanya.
Bagaimanapun, bagi Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan bahawa mengadakan pilihan raya dengan cara sengaja melepaskan jawatan yang dipilih rakyat seolah-olah mempersendakan undian rakyat pada PRU14.
Katanya, lebih buruk lagi apabila melibatkan pembaziran wang rakyat untuk mengadakan PRK yang sengaja diadakan ketika rakyat diminta berjimat cermat dan berkorban demi negara.
“Hakikatnya dengan peratusan keluar mengundi yang terlalu rendah dalam sejarah PRK di ketiga-tiga PRK lalu jelas mengisyaratkan bahawa rakyat sudah muak dan jemu dengan fenomena berpolitik dengan tiada perubahan janji kos sara hidup yang diharap menurun selepas perubahan kerajaan,” katanya.
Pada PRU14 lalu, Danyal memenangi kerusi Port Dickson dengan majoriti selesa 17, 710 undi.
Danyal memperoleh 36,225 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional V.S. Mogan (18,515 undi) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594 undi). 

Friday, September 14, 2018

PRK PD - APAKAH PKR DAPAT BYE?


PAS hanya akan menjadi penghasut.Untuk tidak mahu bertanding, Pas cuma ingin memprotes dan kononnya meminta  membentangkan rang undang undang pembubaran mana mana Ahli Parlimen...kononnya..


Pas awal-awal sudah sudah buat keputusan tidak akan  bertanding dalam pilihanraya kecil Port Dickson yang akan diadakan tidak lama lagi dengan alasan mahu memberi laluan kepada UMNO meletakkan calonnya.

Tidak cukup dengan itu, Pas juga sedia memberi sokongan kepada UMNO kempen pilihanraya itu nanti sebagaimana UMNO telah membantu Pas di Seri Setia.




























Kemudian, MIC yang secara tradisinya bertanding di Port Dickson juga mengumumkan tidak akan meletakkan calonnya kali ini.

Malah Presiden MIC, SA Vignewaran juga berkata, “kalau UMNO mahu bertanding, biar mereka bertanding. Kita tak akan campur tangan.”



























\

Maka, segala-galanya kini bergantung kepada UMNO saja lagi?

Apakah UMNO akan meletakkan  calon atau bakal memberi kemenangan percuma kepada Anwar?

Zahid oh Zahid...di mana Zahid Hamidi? (ShahbudinHusin 13/09/2018)

Sunday, August 19, 2018

PRK SERI SETIA N BALAKONG - MAMPUKAH HARAPAN BERTAHAN?



PAKATAN Harapan (PH) akan menjadi kerajaan satu penggal jika 11% daripada jumlah undi Melayu yang diterima pada pilihan raya umum lalu berpaling kepada Umno, dedah satu kajian.

Peralihan 11% undi pengundi Melayu menurut Ilham Centre, yang memberikan kuasa kepada pakatan empat parti itu untuk menggulingkan Umno dan gabungan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya.

Dan ketika kerajaan PH yang baru melepasi tempoh 100 hari bersejarah dalam pentadbirannya, Ilham Centre memberi amaran undi lebihan 11% yang diterima itu bukanlah sokongan “tulen”.

“Jumlah 11% itu mudah terjejas. Ia adalah undi protes terhadap Umno dan BN daripada orang Melayu kerana faktor Najib Razak,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif Ilham Center, Mohd Azlan Zainal.
“Ia bukan sokongan benar-benar tulen kerana mereka bukan mengundi PH kerana suka atau percaya terhadap agenda PH. Ia kerana bantahan mereka terhadap Umno.”

Jumlah sokongan 11% itu boleh kembali kepada Umno dan BN sekiranya PH gagal memperbaiki ekonomi dan menangani kos sara hidup. Tidak kurang penting juga, sama ada PH boleh berjaya menguruskan isu perkauman dan agama.

Dalam satu tinjauan yang ditugaskan oleh The Malaysian Insight, 11% daripada lebih 1,600 pengundi Melayu yang terlibat dalam tinjauan Ilham Centre pada Jun dan Julai berkata mereka akan menukar undi pada pilihan raya akan datang.

“11% ini adalah undi protes terhadap BN dan Umno kerana Najib,” kata Azlan merujuk kepada bekas perdana menteri dan presiden Umno yang dicemari skandal.

PRU14 menyaksikan BN memenangi hanya 79 kerusi Parlimen daripada 133 yang dipegang pada 2013.

PH memenangi 116 kerusi persekutuan dalam PRU14, menjadikannya memperoleh majorit 112 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Kira-kira 59% berkata mereka akan mengekalkan pilihan mereka pada PRU15 sementara 24% lagi tidak pasti.

Umno masih kuasai orang Melayu

Daripada 79 kerusi dimenangi BN, 54 adalah daripada Umno, parti Melayu yang berkuasa dalam gabungan itu.

Walaupun kini menjadi pembangkang, Umno masih menjadi parti dengan kerusi Parlimen paling banyak dengan saingan terdekatnya PKR iaitu 50 kerusi.

Fakta ini mencerminkan bagaimana Umno masih mempunyai sokongan majoriti orang Melayu yang membentuk kira-kira 60% atau 7.68 juta daripada 14.9 juta pengundi di negara ini.

Ini juga didedahkan dalam kajian Ilham Centre di mana 46% daripada responden mengatakan mereka memilih BN, diikuti parti Islam konservatif PAS 35%. PH menerima undi paling sedikit Melayu iaitu 17%.

Di antara ketiga-tiga parti ini, BN adalah gabungan pilihan kaum Melayu di tujuh negeri - Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PAS menerima undi Melayu paling banyak di Kelantan dan Terengganu, manakala PH di Selangor dan kawasan Kuala Lumpur.

Parti Islam itu mampu menyerlahkan kehadirannya di Kelantan dan menawan semula Terengganu kerana gelombang anti-BN yang melanda negara ini, kata Azlan.

Memandangkan orang Melayu di kedua negeri ini tidak yakin PH adalah pilihan terbaik, mereka memilih PAS yang sudah sekian lama berakar umbi di pantai timur.

“Sokongan untuk PH di kalangan orang Melayu hanya kuat di kawasan bandar dan di bawah usia 50-an yang mempunyai tanggungan. Sokongan untuk BN lebih tinggi di kalangan warga emas di kawasan luar bandar.”

PH perlu jadi pelindung

Walaupun terdapat usaha PH untuk mengakhiri politik perkauman dan agama, tinjauan itu mendedahkan ia masih menjadi tabiat mengundi sebahagian besar orang Melayu.

Dalam senarai keutamaan kerajaan Malaysia yang baru, kira-kira 16% responden Melayu memilih “melindungi orang Melayu dan Islam” sebagai perkara paling utama.

Agenda ini mengalahkan menghapuskan rasuah dan membersihkan kerajaan sebanyak 10%.

Isu agama adalah keempat selepas kos sara hidup (32%), memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya (20%) dan meningkatkan ekonomi (18%).

“Walaupun PH berjaya meningkatkan ekonomi dan mengurangkan tekanan hidup, ia hanya akan meningkatkan sokongannya di kalangan sebahagian orang Melayu, bukan semua,” kata Azlan sambil menambah orang Melayu mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar.


“Bagi warga tua di kawasan luar bandar, yang mempunyai tanah sendiri dan pendapatan kecil daripada anak-anak yang telah dewasa, mereka ingin diyakini PH boleh melindungi orang Melayu dan Islam.

“Meyakinkan orang Melayu tentang kebimbangan kaum dan agama akan sangat penting bagi kerajaan PH dalam tempoh lima tahun akan datang.”

Kajian ini melibatkan 1,622 responden berusia di atas 21 tahun. Sekitar 16% adalah antara 21 dan 29 tahun, 30-39 tahun (19%), 40-49 tahun (28%), 50-59 tahun (21%), manakala hanya 14% yang berusia di atas 60 tahun.

Lelaki terdiri 51% daripada jumlah kesemua responden.

Lebih separuh responden berada di negeri utara, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Majoriti tinggal di bandar (66%) dan selebihnya di pinggir bandar (19%) dan kawasan luar bandar (15%).

Kebanyakan daripada 1,622 responden adalah petani, nelayan atau bekerja di kampung (21%), ahli perniagaan (21%) dan pekerja kerajaan (16%).

Lebih separuh responden berada dalam kumpulan B40 (52%) manakala 31% berada dalam M40 dan 17%, T20.

Kajian ini dilakukan melalui soal selidik dan wawancara mendalam dari 1 Jun hingga 30 Julai lapor The Malaysian Insight

Sunday, September 17, 2017

JOHOR KUBU BN - UJUDKAH LAGI SELEPAS PRU EMPAT BELAS INI?


Johor tanah subur bagi Bersatu

Usaha untuk memahami aspirasi golongan muda di negara ini menjadi antara faktor penarik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjaya mendaftarkan 57 peratus ahli di kalangan belia berusia di bawah 35 tahun sejak setahun penubuhan parti itu.
Perkara ini dijelaskan Ketua Armada Bersatu Negeri Johor Nurul Azarul Abu Samah, apabila parti itu ujarnya, memberikan ‘kebebasan’ kepada pimpinan Armada di setiap peringkat untuk membawa suara golongan belia ke peringkat pimpinan pusat parti.
“Dari awal penubuhan PPBM dari aspirasi anak muda yang mahu melihat perubahan dalam kepimpinan negara yang mana suara mereka lebih didengari oleh parti.
“Sebab itu fokus Armada menjalankan gerak kerja turun ke lapangan di setiap peringkat mendapat sambutan luar biasa di kalangan belia terutama mereka yang selama ini tidak berminat menyertai mana-mana parti,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Terkini dalam himpunan rakyat sempena sambutan ulang tahun Bersatu yang diadakan sehari di Muar, pada Sabtu lalu, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah mengumumkan parti itu berjaya mendaftarkan sejumlah 3,200 ahli baharu dan turut diumumkan bagi seluruh negeri pula, Armada negeri Johor menduduki tempat ketiga ahli terbanyak selepas Kedah dan Perak.
Ketua Armada Bahagian Labis ini turut berkata, pengalamannya menyertai Bersatu tidak sama sebagaimana ketika di dalam Umno.
“Kebanyakan yang menyertai PPBM dikalangan mereka yang mempunyai kesedaran.
“Tidak perlu kami panggil untuk datang ke program-program yang diadakan tetapi mereka berdedai-dedai (berduyun-duyun) datang, apabila kami buka meja.
“Walaupun kita masih lagi tidak boleh bebas mencari ahli cengkaman parti pemerintah yang mana banyak halangan-halangan dalam usaha yang kami lakukan selama setahun ini,” ujarnya.
Justeru beliau tidak menolak dengan penyertaan Bersatu dalam gabungan Pakatan Harapan membawa impak besar kepada perubahan rakyat untuk menukar dan penyokong usaha dilakukan parti itu
“Saya yakin sebelum ini tiada parti seperti PPBM yang pernah dianggotai dikalangan bekas ahli Umno dan dikalangan yang tidak berparti.
“Ini kerana mereka bersedia untuk berubah dan menerima ‘coalation’ bersama PKR,DAP dan AMANAH di dalam Pakatan Harapan.
“Saya juga yakin dengan hasrat bersama parti dalam Pakatan Harapan untuk mengunakan satu logo dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya yakin BN Johor akan tumbang Pakatan Harapan akan memerintah negeri Johor,” ujarnya penuh semangat.
Beliau juga tidak menafikan ada dikalangan rakyat negeri itu yang masih lagi sentimental dengan parti keramat orang Melayu – Umno.
“Dikalangan generasi tua, Umno begitu sentimental dengan jiwa mereka, agak sukar untuk mengubah pendirian mereka berbanding golongan belia kebanyakan mereka menyertai PPBM dan menyokong Pakatan Harapan kerana kesedaran.
“Ada juga yang berterus terang menyokong parti dan menjadi ahli tetapi tidak mahu aktif. Saya yakin dalam pilihan raya umum akan datang Umno-BN akan mengalami penyusutan sokongan di negeri ini,” ujar bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Labis ini.
Menurut beliau lagi, sekiranya negeri Johor berpindah kepada Pakatan Harapan ia banyak didorong oleh faktor krisis kepimpinan di negeri itu membabitkan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas menteri besar dan timbalan perdana menteri.
Selain itu isu-isu membelenggu rakyat seperti peluang pekerjaan, kos sara hidup, perumahan, pengangguran dikalangan siswazah masih lagi menjadi rungutan dikalangan golongan belia berbanding isu 1MDB misalnya dilihat lebih kepada impak global.

Friday, May 20, 2016

PRK KK ( PERAK ) & SB ( SELANGOR ) UJIAN UNTUK PR.

Menjelang berlangsungnya mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu depan, banyak pihak sedang menanti sejauh mana penentuan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar memihak kepada Amanah.


Pada ketika Pas jelas sudah memberi amaran kepada parti pembangkang lain untuk hanya memberi laluan kepadanya, pertembungan paling kurang tiga penjuru pada pembuangan undi 18 Jun nanti tidak dapat dielak.


Mungkin setelah mengukur baju di badan sendiri – meminjam peribahasa disebut Abdul Hadi Awang yang difahami dituju kepada Amanah – Pas tanpa mengambil kira senario politik BN dan pembangkang yang berbeza selepas tiga tahun tetap berdegil untuk membolot kedua-dua kerusi tersebut.

Hadi barangkali lupa rekod Pas mengurangkan majoriti undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013 lalu adalah kerana penyokong PKR dan DAP turut mengundi Pas yang berada dalam gabungan parti pembangkang. 

Pada masa sama, serangan bertubi-tubi Mahathir ke atas Najib serta isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafei Apdal juga bakal memberi tempias kepada pengundi tetapi tidak semestinya mereka bersedia untuk memangkah Pas yang semakin ‘mesra’ Umno.

Selepas Hadi sepentas dan sedondon berbaju merah jambu dengan Najib tahun lalu, hari ini penceramah TV, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias memuat naik gambarnya bersalaman dengan Datuk Dr Haron Din selepas mesyuarat Majlis Perundingan Islam Kluster Dakwah yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas itu.

Tidak hairanlah banyak pihak menganggap PRK di Selangor dan Perak menguji semangat setiakawan antara PKR, Amanah dan DAP yang berpayung di bawah Pakatan Harapan sekali lagi diuji.

Hal inilah yang ditekankan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada 15 Mei lalu dengan antara lain mengingatkan tidak harus ada usaha mencari formula mahupun pendekatan lain.

Beliau turut menyeru sekutu Pakatan Harapan menggembleng seluruh kekuatan pembangkang termasuk mereka yang ingin sekadar menyingkirkan Najib di belakang Pakatan Harapan.

“Amanah mahukan PRK ini dijadikan medan memperkukuh Pakatan Harapan sekaligus bina keyakinan rakyat terhadap keutuhan dan kesungguhan Pakatan Harapan mencabar BN sebagai kerajaan menanti,” tegasnya lagi.

Pertindihan kerusi antara Pakatan Harapan dengan Pas memang akan berlaku ekoran sikap keras kepala Presiden Pas tetapi perebutan sesama komponen Pakatan Harapan seharusnya tidak berlaku.

Sebaliknya, kesepakatan umum bahawa Amanah sebagai parti Islam progresif berperanan sebagai pengganti Pas yang menganggap dirinya kuat melalui Blok Ketiga itu perlu dibuktikan pada PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini.

Agak mudah menilai sokongan DAP terhadap Amanah untuk masuk ke gelanggang pilihan raya. Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming secara terbuka menasihatkan Pas untuk tidak bertanding bagi memastikan pertandingan satu lawan satu melibatkan pembangkang dan BN.

Hanya rentak pemimpin tertentu dalam PKR sedang diperhati tajam seperti tergambar pada kebimbangan sebahagian besar pro Pakatan Harapan di media sosial.

Mereka tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas apa yang berlaku pada PRN Sarawak, 7 Mei lalu apabila kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang menyaksikan pertembungan sesama Pakatan Harapan kalah teruk.

Dakwaan penganalisis politik, Dr Jeniri Amir kononnya Amanah belum ada pengaruh besar dilihat tidak bersandarkan realiti dengan kehadiran tokoh berpengaruh serta pencapaian besar parti yang hanya berusia lapan bulan itu.

Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu mungkin menganggap rekod Pas kehilangan tujuh daripada 21 Ahli Parlimen yang dikenali lantang menyuarakan keadilan dan hak rakyat sebagai tidak signifikan.

Jeniri juga barangkali tidak pernah melihat dengan mata kepalanya melihat sambutan hangat ketika Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas dahulu mampu menarik ramai audiens ke ceramah sekaligus memenuhkan tabung derma yang diedarkan petugas Unit Amal.

Realitinya, PAS yang telah mengkhianati tahaluf siyasi dengan DAP akan mempengaruhi trend pengundian hampir 31 peratus pengundi Cina di Sungai Besar dan kira-kira 25 peratus pengundi Cina di Kuala Kangsar.

Selain itu, komposisi pengundi muda di Sungai Besar yang merangkumi kira-kira 35 peratus atau 11,368 pemilih berdaftar dijangka memberi kelebihan kepada calon Pakatan Harapan.

Muafakat dalam PH dilihat perlu diperkukuh kerana pencapaian Amanah akan menjadikan pembangkang lebih kuat untuk menjadi ejen semak dan imbang kepada kerajaan menjelang PRU14. Komponen Pakatan Harapan harus memanfaatkan kewujudan Amanah yang siginifikan dalam radar politik tanah air.

Berbeza dengan Pas, prestasinya dalam membawa suara rakyat di Parlimen ketara kurang menyengat apa lagi selepas enam ahli Parlimen parti itu memimpin Amanah manakala seorang lagi memilih untuk bersama PKR ekoran pertembungan jalur konservatif dan progresif dalam Pas.

Sehubungan itu, seramai 32,949 pemilih berdaftar di Kuala Kangsar dan 42,655 pengundi di Sungai Besar tentunya tidak mahu melihat ahli parlimen mereka ‘lemau’ apa lagi kerap ponteng dalam perbahasan di Dewan Rakyat. - ARIF ATAN

Thursday, March 19, 2015

PR - MUNGKIN GUGUR DI PRU 14



Pemimpin utama Umno mulai sedar Umno hanya bertahan di kampung dan berusaha membuat perubahan serta cuma bersikap sederhana.Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ( gambar ) dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini menyatakan kebimbangannya apabila melihat perkembangan hari ini di mana Umno hanya bertahan di kampung.

TPM sudah terasa  apa yang sedang berlaku kini, dengan dunia tanpa sempadan, dunia mudah maklumat serta rakyat yang sudah mulai memiliki daya fikir yang terbuka. Dengan perubahan dan kemelut tersebut kesannya di di PRU 13 yang lepas, UMNO cuma dapat menguasai kawassan kampong hatta kawasan bandar yang di monopoli undi oleh Melayu pun UMNO kalah. Kawasan bandar seperti Shah Alam, Ampang, Lembah Pantai, Bangi, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Baharu, hatta negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia terlepas dari genggaman UMNO.

TPM mengimbas kaitan dengan sikap dan budaya penghidupan harian kepimpinan UMNO itu sendiri.  Kepimpinan UMNO tidak kenal dengan " kesederhanaan " di semua aspek kepimpinan. Apakah ada sikap kesederhanaan dalam penghidupan harian kepimpinan UMNO, sama ada dalam politik, sosio ekonomi dan lain-lain lagi. Teriakan perkaumannya, kehidupan bermewah-mewah pemimpinnya, keangkuhan ahlinya kerana lama berkuasa, dilihat tidak memungkinkan Umno bersikap sederhana. Kalau bebar bertukar sikap menjadi sederhana, maka itu sangat luar biasa.

Namun pelbagai pihak meragukan apabila pemimpin Umno itu bercakap mengenai kesederhanaan dan mahu bersikap sederhana. Ada yang bertanya, sejak bila Umno bersikap sederhana? Tendensi yang ada dalam parti itu  menyukarkannya bersikap sederhana, walaupun retorik pemimpinnya mahukan perubahan, namun kita lihatlah perkembangan selanjutnya.

 Fenomena perubahan landskap politik masa kini sepatutnya diambil perhatian secara total oleh kepimpinan PR ( Pakatan Rakyat ), hatta sama ada UMNO atau parti-parti saingan yang gagal untuk mengambil kesempatan diruang ini sudah tentu parti itu akan ketinggalan. Nilai perubahan pengundi masa kini boleh memberikan kredit kepada parti yang bergerak pantas.

Dalam PR, khusunya PAS jangan ada pemikiran untuk menumpukan perhatian kepada pengundi Melayu saja berdasarkan pemikiran lama power-base PAS ialah Melayu Islam. PAS perlu berdaya global, kawasan majoriti Melayu tapi bercampur dengan bangsa asing amat perlu di berikan perhatian pada PRU14 nanti.

Sikap ini mengkaburkan peluang PAS untuk memenangi banyak kerusi yang akan dipertandingkannya. Lebih-lebih lagi berdasarkan fakta yang ada, menurut kajian pengundi luar bandar hanya tinggal 25%, suatu jumlah yang sangat besar tetapi jumlah pengundi di bandar semakin bertambah besar, iaitu meliputi pengundi pelbagai kaum.

Pengakuan " berani " Mahyuddin ini memberikan satu fenomena baru, kekalahan yang termaklum di kawasan-kawasan bandar dengan elite Melayu dan kekalahan teruk di Selangor juga menjadi igauan kepada BN, cuma kini bagaimana PR memainkan gendang perang untuk mengalahkan terus BN / UMNO, satu persoalan?

Apakah kepimpinan PR berasa selesa dengan pengakuan dari kepimpinan BN ini? dalam gagasan PR, PAS amat sukar untuk pergi jauh jika PAS meninggalkan PR. Walau bagaiana pun " Politik " tidak " mati " ianya sangat dinamik, cepat berubah, Justeru, PAS/PR perlu mengatur strategi dan melakar road-map daripada sekarang jika masih bercita-cita untuk menang bagi menguasai Putrajaya dalam PRU akan datang.

Bagi PAS, sokongan undi Melayu amat diperlukan, kerana perjuangan PAS berasaskan Islam tetapi dalam masa yang sama PAS juga perlu mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu khususunya di bandar. Adalah salah jika berfikir PAS hanya perlu menumpukan perhatian kepada undi Melayu saja.
Perlu diingat, kemenangan calon Melayu di bandar banyak bergantung kepada sokongan undi bukan Melayu seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Melaka, Kedah dan beberapa negeri lagi.

Ketegangan masa kini dalam PR khusus nya PAS dan DAP, apakah ianya memberi pulangan yang baik itu PR di PRU14 nanti? Kalau " Ya ", PAS boleh angkat kaki dan tinggakan PR tapi kalau sebaliknya. Dengan itu jelas Tahaluf Siyasi, yang di guna pakai oleh PAS dalam PR khususnya untuk menarik DAP sama dalam perjuangan ala PAS, PAS gagal.  

Bagi PAS melalui TAHALUK SIYASI, sudah dapat menjelaskan komiteman antara parti Melahu, Cina dan India, dengan itu jika PAS memfokuskan kepada undi Melyu saja, mungkin boleh di Negeri sebelah timur sahaja itu pun belum pasti. Masa kini Terengganu, Kelantan dan Kedah boleh di katankan kawasan yang agak selamat. 

Dengan kata lain PAS tak boleh meninggalkan Gagasan Pakatan Rakyat. Kerjasama ini untuk memastikan PAS masih releven di negeri-negeri barat semenanjung. Selangor, Perak, Johor ada pengundin dari bilangan perbagai kaum yang besar. Kecundangnya BN di negeri barat semenanjung khusus kehilangan Pulau Pinang dan Selangor dan sekejab di Perak, membuat mereka ( BN ) mulai berusaha mengatur strategi untuk melakukan pelbagai perubahan bagi memenangi kembali kawasan bandar, dengan segala jentera dan kewangannya.

Untuk memastikan momentum PRU 12 dan 13 masih releven untuk memastikan BN di tumbangkan, tidak ada cara lain dan di perlukan mengujudkan pergeseran dalam parti mau pun antara parti. Dalam keadaan yang ada sekarang, mungkin hanya DAP seperti yang diramal beberapa pihak, memperoleh kemenangan besar kerana sokongan besar pengundi Cina, malah pengundi berbilang kaum. Tambahan pula DAP dilihat hampir-hampir tidak menghadapi masalah dalaman, kalau adapun sangat minima.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA