Kalau kita tuduh semua orang kata kita terlambau memihak kepada sebelah pihak, kalau kita lapor mereka buat tak penduli, kalau kita sebut mereka kata buat fitnah, kalau kita tulis silap-silap kita akan di dakwa oleh pihak yang berkuasa. Huraian ini adalah jelas menunjukan apa yang sedang berlaku di negara kini, negera yang kita cintai, negara tanah tumpah darah dan sudah pasti tidak ada negera lain yang boleh menerima kita kalau terjadi apa-apa pada negera ini.
Lihat saja setiap tulisan dalam blok yang menulis berkaitan dengan individu " pembangkang " hatta mereka yang bergelak tuan guru sudah pasti pihak berkuasa akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. Lihat saja apa yang terjadi kepada TGNA atas sumbangan kek RM500 riuh rendah negara, keluar dalam akhbar perdana, TGNA pilih anak menantu untuk perkhidmat dengan agensi kerajaan negeri terpekek terlolong semua pihak mengasak untuk memastikan anak menantu meletakkan jawatan.
Ada kalangan pemimpin politik yang cuma di tuduh rasuah hanya pada kadar RM2000 di siasat sampai mati, ada kalangan pemimpin di heret ke mahkamah dengan pertuduhan yang dirancang walau pun sudah terbukti kesalahan tidak memihak kepadanya, pertuduhan mesti dijalankan juga.
KENAPA INI BERLAKU, KENAPA, KENAPA,
Tapi di mana akhbar perdana, di mana Pemuda, Puteri, Putera, kepimpinan NGO rapat dengan parti pemerintah apakala di dedahkan satu pembunuhan, satu rompakan kewangan negara, tragedi jualan enjin jet, ramai kalangan pemimpin yang di tuduh rasuah.
Kenapa pihak berwajib tidak berperanan seperti pertuduhan kepada pihak pembangkang, mengapa mereka tuli setuli-tulinya, Pemuda UMNO kaku langsung tidak berminat untuk bersuara hatta menunjukkan " kejantanannya "
Ini terbit pula kisa jualan pasir negera ke Singapura, kata Menteri Kerjaraya, hampir 500 lori setiap hari, tapi dinafikan oleh Tun M, bukan 500 tapi 700 kerana pasir ini berkhasiat untuk dijadikan " mikrochip " yang memberi komen bukan calang pemimpin, tapi dari seorang menteri dan bekas PM.
Dimana SPRM, Dimana PDRM, DI Mana Pemuda UMNO, Dimana Ibrahim Ali, mengapa tidak berkokok, bersuara untuk kepentingan negera? Sudah pasti mereka tidak akan berkata apa-apa, akhbar perdana tidak ada ruang langsung untuk melaporkan tragedi ini, hanya kerana yang buat ialah orang tertentu, mungkin dari kalangan pimpinan negera.
Alahai negera ku, apakah ini pratanda kepimpinan yang ada akan tamat tempoh perkhidmatan mereka, hanya Allah saja yang tahu
No comments:
Post a Comment