Masa berlalu sungguh cepat, belum pun sempat berfikir untuk memastikan apa akan jadi esok, esok dah pun 3 hb. Januari 2010. Bagi mereka di beberapa buah negeri seperti Kedah, Kelantan telah pun memulakan sesi persekolahannya, dan bagi negeri-negeri lain di Malasia esok 3 Jan. adalah hari sibok untuk menghantar anak ke asrama mau pun mendaftarkan anak-anak ke sekolah, sama ada di peringkat rendah atau menengah. Yang pasti setiap keluarga perlu menyediakan peruntukan untuk tujuan tersebut.
Sesi persekolahan tahun ini ( 2010 ) kepada ibubapa/penjaga yang ada anak di asrama tak kira, asrama harian, asrama penoh mereka terkejut dengan pembayaran yang harus dibayar. Surat edaran yang di bawa balik menujukkan kepada semua ibubapa/penjaga yang berpendapatan melebih RM5000 perlu membayar RM3 sehari dan yang kurang dari itu masih dikekal seperti dahulu iaitu RM1. Ini bermakna keluarga akan membayar RM600 dan RM200 untuk tempoh 200 hari persekolahan.
Apakah kesan sampingan yang perlu di tanggong oleh ibubapa/penjaga dengan kenaikan dan mengurangkan hari bayaran wang makan tersebut. Jumlah hari persekolahan setiap tahun ialah 190-200 hari ( jumlah hari ini tidak termasuk hari cuti hujung minggu ) jadi kalau di ambil kira cuti hujung minggu di mana para pelajar tidak balik kerumah ianya berjumlah melebih 250 hari setiap tahun. Perkiraan telah ditolak dengan hari cuti semesta dan pertengahan tahun.
Dengan bayaran makan cuma 200 hari, bermakna para pelajar perlu balik ke rumah setiap hujung minggu ( sabtu dan ahad ), disinilah letaknya bebanan kepada ibubapa/penjaga kerena mereka perlu mengambil dan menghantar anak-anak setiap hari Jumaat/Khamis dan menghantar semula pada Sabtu/Ahad. Kerana kalau mereka masih menetap di asrama pada tarikh tersebut makan tidak disediakan. Isu ini sudah pasti memberikan penambahan keperluan kewangan oleh ibubapa/penjaga, keana kita perlu faham anak=anak yang ada di asrama adalah dari merata pelusuk tanah air.
Isu ini pasti akan menyulitkan ibubapa/penjaga.
No comments:
Post a Comment