Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label JUDI. Show all posts
Showing posts with label JUDI. Show all posts

Sunday, October 1, 2017

JUDI - APA MUSLIHAT PENDEDAHAN PPIM INI.....

Pembongkaran PPIM tentang isu hangat di malaysia iaitu perjudian dan gengters sangat mengejutkan! isu lambakan pusat perjudian di Malaysia bukan isu yang baru malahan ia telah lama sejak berpuluh tahun namun masalah ini seolah tidak ada jalan penyelesaian.
Tiada siapa yang berani buka mulut tentang isu perjudian ini kerana bimbang tentang tahap keselamatan diri serta keluarga namun jika tidak digempur dan dibongkar negara Malaysia yang di kenali sebagai negara islam akan dikenali negara “pusat Judi”
Namun rakyat Malaysia bertuah kerana ada PPIM yang lantang berjuang pertahankan maruah bangsa agama dan negara daripada mereka yang ingin merosakkannya.
Isu Pusat judi ini telah dibangkatkan oleh PPIM pada bulan febuari tahun 2017 ikuti laporan dari harian metro
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa serius bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membanteras penularan pusat judi siber di negara ini.
Ketua Biro Latihan dan Pembangunan Sosial PPIM Dr Izham Nayan berkata, gejala perjudian siber kini boleh dikategorikan sebagai teruk dan sedang membarah dalam kalangan masyarakat.
Menurutnya, NGO wajar dianggap sebagai rakan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk memerangi perjudian siber.
“Agensi kerajaan itu termasuk polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan agama serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Kita kena serius bekerjasama melumpuhkan sindiket perjudian siber ini supaya masyarakat tidak menganggap sindiket itu seolah-olah kebal.
“Sebagai contoh, kami mempunyai senarai 138 premis judi hanya di Sepang saja… itu tidak termasuk tempat lain seperti di Nilai, Kajang atau ibu negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai kemelut isu premis perjudian di sini-metro
Namun perkara tersebut tidak berakhir disitu sekali lagi PPIM tampil dengan kenyataan lebih lantang dan berani dengan mengatakan samseng-samseng yang ada sebenarnya di payung oleh badan-badan kerajaan
Bukan sekadar itu mereka juga mendedahkan pusat perjudian ini dipayung atau dilindungi oleh polis berikut video yang dapat kami kongsikan
kami sempat screen shot komen-komen netizen tentang isu perjudian yang didedahkan oleh ustaz Abd Halim dan Yusuf Azmi mereka mengakui sangat bimbang dan betul apa yang dikatakan oleh PPIM
Kami akan sentiasa update info terbaru dari masa ke semasa jangan lupa like page kami Puteraizman.com untuk pekembangan isu terkini dan semasa
sumber: putera izman.my

Tuesday, July 8, 2014

SANTAI DI PAGI SELASA - HAIPOKRIT

Eley eley eley..

Kemain lagi korang bercakap pasal Islam ye. Meluat pula aku baca dari hari ke hari. Kebetulannya dalam akhbar 3,4 hari neh asyik citer pasal Islam dan kaitkan ia dengan PAS apa bagai. Sebenarnya. Aku tak kisah pun kalau nak kritik PAS dan PR dalam beberapa isu yang berlaku di Selangor dan Penang.

Cuma. Biarlah konsisten dengan pendirian kita. Satu lagi biarlah isu2 tersebut jelas dan terbukti benar. Bukan auta dan kenyataan yang merapu2.

Kalau nak kritik2 PR sekalipun, jangan lupa. Bila perkara yang sama dilakukan oleh pemimpin2 korang. Kritik la sama. Ini asyik kritik sebelah pihak je apa barang ngok. Alhamdullilah. Dah buka puasa rasa nyaman pula mengata pemimpin2 BN ngok ngek. Syukur. Never been better.

KAH KAH KAH

Pertama.

Isu hipokrit yang jelas lagi nyata. Dalam 3,4 hari neh dorang asyik main isu perjudian. Tengokla apa kata menteri2 korang kat bawah neh ;


Hebat ye kata kau?


Klik image untuk paparan yang lebih jelas.

Ooo.. Jamil Khir nak gempur mesin judi untuk selamatkan akidah umat Islam ye?

Dah tue macam mana pula dengan pusat judi kasino di Genting Highland tue Jamil Khir? Ko taknak gempur sekali sebab ada lesen dari kerajaan ke? Judi jadi halal kalau ada lesen ye? Macam SPORT TOTO, DAMACAI dan MAGNUM ek? Islam mana yang ajar ko macam tue hah NGOK? Islam mana yang ajar? Teruk2 aku pun, aku tahu la JUDI sampai bila2 pun hukum dia HARAM. Mana ada JUDI halal NGOK!

Zahid Hamidi. Aku sokong juga usaha ko nak banteras judi HARAM kat Selangor. Tapi well well well.. aku bukan cukup BODOH nak termasuk dalam perangkap persepsi korang. Yang korang tengah buat sekarang ialah ;

- Judi haram di Selangor
- Pusat judi lumba kuda di Hulu Selangor
- Selangor jadi lembah perjudian
- Tanam persepsi yang PR pun pro perjudian

Itu permainan korang.

Hakikatnya. Korang buat2 lupa. Ada satu lagi kasino bakal dibina kat Pahang. Mana suara2 islam korang? Dah mampos ke apa semuanya? Cubaan alih focus untuk orang hanya peduli tentang perjudian lumba kuda sehingga mengabaikan pembinaan kasino kedua. Kalau sungguh nak lawan, lawan semuanya. Jangan pilih2 la bagidol. Dan kalau sungguh nak banteras judi, kenapa hanya babitkan tokei2 judi yang kecik? Yang taraf superstar macam mana? Kenapa orang besar boleh membina pusat judi menggunapakai alasan ada lesen pula? Adakah Alquran menyebut judi halal asalkan berlesen? Ce citer. Ahh tak payah citer la. Bukan best pun kalau korang bercerita. Buang masa aku aje.

Kedua. Isu bazar Ramadhan.

Dimainkan oleh Jamil Khir. 

Pergh. Jamil Khir memang buat aku panas ah sekarang. Dia cakap bazar ramadhan kena buka selepas pukul 3. Buka sebelum pukul 3 akan dikenakan tindakan. Kepala hotak kau berjambul la.

Ada otak fikir. Ko neh macam takde otak pula aku tengok. Atas alasan apa had masa beroperasi bazar ramadhan jadi pertikaian hingga dikaitkan dengan mereka2 yang tak berpuasa? Orang kalau taknak berpuasa dia tetap la tak berpuasa with or without operasi bazar ramadhan sekalipun sebelum pukul 3 atau apa. Kalau takde bazar ramadhan yang buka sebelum pukul 3 korang ingat dorang tue semua berpuasa sangat ke?

Bab bazar ko nampak. Tapi bagaimana dengan 7E? Bagaimana dengan restoran2 fastfood macam Mekdi, Kepsi dan lain2? Apsal mereka boleh beroperasi sampai 24 jam? Orang tak puasa takan makan makanan fastfood ke? Tak boleh suruh member2 kirim ke? Tak boleh pergi 7E dan beli maggie ke roti ke untuk melantak ke? Tak boleh masuk kedai makan dan beli makanan ke? Ini buktinya. Orang. Kalau taknak puasa dia tetap taknak puasa dan dia tetap ada cara macam mana untuk tidak berpuasa. Bazar ramadhan tiada kaitan langsung dengan mana2 individu yang tidak mahu berpuasa. Sama seperti fastfood, non muslim pun kaki layan bazar juga. Dorang pun beli makan makanan dari bazar. Bukan orang2 islam aje layan bazar. Non muslim pun ramai layan bazar. Terutamanya part kuih2. Kuih2 melayu kan sedap nak mampos. Ada macam2 aneka jenis dan rasa. Itu yang orang2 bukan islam suka makan. Tak percaya korang tanya la dorang sendiri. Itula. Kita suruh berkawan dan bercampur dengan pelbagai2 bangsa korang taknak. Kan dah jadi macam 'perak'. Apa pun tatau. 

Memang betul la menteri2 ko hipokrit nak mampos. Pusat2 judi, sport toto apa semua dibiarkan beroperasi macam biasa. Takde pula larangan buka awal ke apa ke macam bazar.

Jamil Khir. Jangan sampai aku upload gambar 'sapa2 tah' yang seksi nak mampos kat sini. Kalau korang nak tengok, tengokla kat sini. Malas aku nak upload. Pasal tengah bajet alim.

KAH KAH KAH

Kan aku dah cakap. Si Jamil Khir part sembang bab akidah orang memang no wahid. Semua salah rakyat. Rakyat berdemo salah. Haram. Berdosa besar la. Buat teks khutbah untuk kutuk perjuangan2 rakyat yang menuntut hak mereka melalui demotransi. Sanggup hasut rakyat melalui khutbah2 jumaat agar jangan berdemo apa bagai. Tak boleh melawan pemimpin Islam. Asal melawan aje kena cop kafir tak pun pengikut DAP. Hak eley. Macam la korang tue semua suci nak mampos. Ada ahti nak bersihkan akidah orang apa bagai la. Nak bersihkan akidah orang pastikan korang pemimpin2 UMNO bersih dulu. Agak2 kalau korang pun tak bersih suci murni sesuci minyak masak Seri Murni boleh tak jangan sembang bikin bimbang part akidah rakyat?

SEMAK AKU TENGOK WEI.

SEMAK!

Last. Gambar sekadar hiasan.

Fikirkan la ek korang semua.

Kbai.

Wednesday, May 7, 2014

JUDI - BENARKAH MELAYU DI BELAKANG TABIR?

Andaian Kata orang, 
"Melayu kena tangkap kalau main judi. 
Tapi Melayu tak akan kena tangkap kalau jadi taukeh judi!"
Tiap kedai nombor ekor ada tulis melarang orang Islam daripada berjudi. Bahkan di pintu masuk kasino Genting juga ada notis berkenaan. Tetapi sedarkah anda bahawa ramai tokoh Melayu/Islam dalam Negara ini terlibat secara langsung dengan syarikat judi, sama ada sebagai pengerusi syarikat, ahli lembaga pengarah atau pemegang syer. 
Amat mendukacitakan apabila pertubuhan yang mewakili orang Melayu Islam, Umno turut membabitkan diri menubuhkan Loteri Kebajikan Masyarakat sehingga menerima kritikan langsung dari ulamak tersohor yang mengajar selama 30 tahun di Masjidil Haram, Syeikh Abdul Qader Al Mandili. 
Ada juga individu dan tokoh berbangsa Melayu  yang terlibat sebagai pengasas syarikat judi.
Genting Highland sebagai contoh. Ramai yang menyebut bahawa pusat perjudian itu diasaskan oleh Lim Goh Tong. Tetapi Lim sendiri menulis di dalam bukunya, My Dream bahawa penubuhannya dilakukan bersama dengan Tan Sri Noah Omar. 
Beliau menulis, “Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kepada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.”
Penubuhan syarikat yang pada asalnya untuk membangunkan kawasan gunung Ulu Kali sebagai sebuahpusat pelancungan itu kemudiannya diberi nafas untuk menjadi kasino (pusat perjudian) oleh Perdana Menteri merangkap presiden Umno, Tunku Abd Rahman. Lim menulis,
“Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino (pusat judi). Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.”
SIAPA TAN SRI NOAH?
Tan Sri Noah yang menjadi rakan kongsi Lim Goh Tong dan pengasas pusat perjudian Genting ini ialah salah seorang pengasas Umno, ahli parlimen umno dan Speaker Dewan Rakyat dari Umno.
Tan Sri Noah adalah datuk kepada Presiden Umno sekarang, Najib Razak dan naibnya, Hishamuddin Husein.
Nama: Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar
Lahir : Di Bandar Maharani pada 13 Ogos 1897 (pada tahun ini ditubuhkan gerakan Yahudi Zionis di Bussle)
Pendidikan: Melayu dan Arab di Johor. Melanjutkan pengajian ke sebuah negara Arab, iaitu Lubnan (American University of Beirut).
Pekerjaan: pernah menjadi presiden Hal Ehwal Agama Johor danpengutip cukai di Jabatan Tanah Johor.
Politik:
1.      Ahli Parlimen Johor Bharu Timur (1958-1964)
2.      Speaker parlimen (1959-64)
3.      YDP Dewan Negara (1969-70)
4.      Setiausaha Parlimentari Komanwel
Menubuhkan Umno:
Tan Sri Noah terlibat sebagai salah seorang pengasas Umno. Pertemuan untuk membincangkan penubuhan parti kebangsaan itu diadakan di rumah Noah sendiri dengan dihadiri oleh:
1.      Tan Sri Noah Omar
2.      Dato’ Onn Jaafar (Pegawai Daerah Batu Pahat)
3.      Syed Alwi Al Hadi
4.      Syed Abd Rahman Abu Bakar
5.      Tan Sri Anwar Abdul Malek
Tan Sri Anwar adalah setiausaha sulit kepada Dato’ Onn. Seorang anak Tan Sri Anwar kini memimpin gerakan Islam Liberal menerusi kumpulan Sisters In Islam, Zainah Anwar. Kisah pertemuan sulit untuk menubuhkan umno ini ditulis oleh Zainah dalam bukunya, 'Legacy of Honour'.
Keluarga:
Hasil perkahwinan Tan Sri Noah dengan Maimun Abd Manaf, mereka dianugerahkan 4 orang anak. Salah seorangnya bernama Rahah dikahwinkan dengan Tun Razak (ibu Najib-PM) dan seorang lagi bernama Suhaila, dikahwinkan dengan Husein Onn (ibu Hishamuddin).
Meninggal dunia:
Beliau telah dimakamkan di Makam Pahlawan. Tokoh lain yang disemadikan di sini ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak , Tun Hussein Onn, Tan Sri Syed Jaafar Albar, Tun Syed Nasir Syed Ismail, Tun Sardon Jubir, dan Tan Sri Abdul Kadir Yusof.

Friday, December 30, 2011

JUDI - KENALI INDIVIDU TERBABIT.



Senarai wajah-wajah korporat Melayu UMNO dalam industri ARAK & JUDI negara Islam Malaysia :http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/korang-nak-tau-harta-anak-tun-det-ada.html



Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Mirzan Miguel (anak lelaki Tun Dr Mahathir)

San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.

Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Gunness Anchor Berhad
Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Guinness Anchor Berhad

Dato’ Jaffar Indot Gunness Anchor Berhad
Dato’ Jaffar Indot Guinness Anchor Berhad

Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman
Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman

TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director
TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director

Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent  Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff  Member/Independent Non-Executive Director
Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff Member/Independent Non-Executive Director

Tan Sri Dato’  Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Mohamed Saleh Bin  Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku  Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin  Kamaludin
Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin

copy from: http://siasahkini.blogspot.com

Tuesday, October 5, 2010

UMNO & Judi - bahagian 1

1. Umno dan Magnum Corporation Sdn Bhd:


UMNO & Magnum Corporation Sdn. Bhd.


Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D. Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad ini, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham. Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

Sumber: TKO

Monday, June 21, 2010

MAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG JUDI



Bekas Mufti Kerajaan Perlis
( Penulis buku BICARA buat PEMIMPIN dan RAKYAT - Mohd. Asri Zainul Abidin )


Kini UMNO makin bertambah kuat dan terus menerima sokongan dengan setiap aktiviti yang dirancangkan, penjelasan terbaru mengikut laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat ini Lapora.n itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ini disahkan oleh Berita Harian keluaran 21 Jun.

Ab. Rauf amat teruja dengan kesudian mereka dan sudah pasti dengan kehadiran " alim ulama " ini UMNO akan lebih segar, akan di bajai dengan ahli-ahli yang berilmu pengetahuan yang tinggi khususnya dalam bidang keagamaan. sudah pasti matlamat utama untuk memimpin pemimpin yang ada waktu itu, semua pemimpin akan difahaman berkaitan dengan halal haramnya satu-satu program tersebut.

Tapi perlu kita ingati, apakah kehadiran mereka, semasa UMNO sedang berperang dengan isu "perjudian" bola piala dunia ini dapat menyakini hati rakyat, rakyat khususnya orang Melayu telah terguris dengan menghalalkan judi tersebut oleh pemimpin UMNO. Apakah mereka gulongan ulama ini dapat menangkis kenyataan Mahathir bahawa isu Judi telah dipolitikkan berkaitan halal haramnya.

Apakah pandangan dari Dr. Jocab George dari Persatuan pengguna Subang yang mana hasil judi boleh dijadikan pendapatan negara boleh diterima pakai oleh gulongan ulama ini? Bagaimana pula mereka ( ulama ) dapat menasihatkan kerajaan berkaitan apa yang ada di Genting Highlands, apakah mereka sanggup menasihatkan aktiviti tersebut di tamatkan. Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands. Hanya dengan penguatkuasaan yang berkesan , aktitaviti ini dapat ditamatkan kegiatannya.


Apakah kemasukan mereka hanya satu propaganda untuk PRU13 nanti, di mana orang Melayu telah mula hilang keyakinan kepada kepimpinan UMNO. Dengan itu mereka berusaha untuk menarih lebih ramai gulongan agama untuk bersama-sama UMNO agar daya fikir pemilih Melayu dapat menerima semula UMNO. DSAI pernah bersama-sama UMNO untuk memberikan perkhidmata penambahbaikan kepada UMNO tapi akhirnya beliau sendiri yang di masukkan ke penjara.

Untuk itu para ulama berhati-hatilah dengan mainan UMNO. YB Senator Jamil Khir sendiri gagal untuk menyatakan sama ada judi itu halal atau pun haram.

Friday, June 18, 2010

JUDI - BUDAYA KURAFAH YANG MENYERLAH DALAM UMNO

Kisah " Judi " telah menjadi riuh rendah seluruh negara, semua pihak menunjukkan kepakaran dan kepandaian masing-masing sama ada untuk mempertahan dan membangkang isu ini, ada kalangan pemimpin yang mengatakan harus dan berikan lah kebenaran kepada DS Najib dan kerajaan Malaysia untuk memberikan kebenaran tersebut.

Tapi kenapa agaknya, ada pula kalangan kepimpinan Cina yang menyanggah agar judi tidak diberikan kebenaran dan mereka sendiri mengakui " judi " memberikan kesan sampingan kepada kehiduan harian individu yang terlibat. Tapi kenapa pula orang Melayu yang beragama Islam memberikan kebenaran dan menyokong usaha tersebut. Bukankah Islam melarang judi dan larangan ini jelas tertulis dalam alquran Surat Al-Maidah ayat 90.

Maksud ayat " Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak panah, adalah perkara keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya "

Dari ketagih berjudi seseorang individu tersebu mungkin akan terjebag dengan ketagihan arak kenapa jadi demikian, kekecewan kerana kekalahan dan apabila wang pertaruhan menjadi sandaran tidak memberi pulangan yang diharapkan. Daya fikir jadi buntu, jadi jalan penyelesaian ialah dengan mengambil air syaitan untuk ketenangan.

Selain itu, peminat judi juga akan melakukan amalan syirik dengan dan sanggup memuja kubur, busut dan pokok-pokok besar sebagai " agen " memberi nombor ekor. Yang anihnya mereka sedar perbuatan tersebut adalah permainan syaitan. Selain itu, tukang-tukang tilik juga dijadikan agen untuk mendapatkan satu-satu ramalan.

Apakah yang akan terjadi kepada masyarakat negera ini, jika " judi " diberikan kelonggaran dan diberikan pengiktirafan? Masyarakat kan lebih menjadikan budaya penipuan lebih menyeluruh dalam penghidupan, sering memutarkan belitkan daya fikir orang lain, tidak mengamalkan kesaksamaan sesama rakan taulan ( khususnya rumah tangga ), sanggup bertindak zalim, menanamkan semangat sentiasa membenci antara sesama sendiri serta permusuhan dan kekecewaan dalam penghidupan harian.

Kenyataan di atas jelas melihatkan bagaimana " budaya judi " meninggalkan kesan yang negatif kepada pengamalnya, tapi malang seribu malang kerana masih ada kalangan umat Islam di Malaysia yang menidakkan larangan tersebut malahan dengan keangkuhan menjadikan judi sebagai kemegahan dan keangkuhan mereka.

Sistem kekeluargaan akan menjadi kucar kacir, akhirnya ianya akan menjadi punca berlakunya perceraian dalam suami isteri, ujud dan menyebarakkan sifat benci dan bemusuh antara manusia - suami menjadi beban kepada isteri, isteri menderita kerana hobi yang diamalkan oleh si suami, anak hilang hormat kepada bapa. Ada juga kalangan " penjudi " yang sanggup menggadaikan zuriat dan isteri untuk mengatasi masalah utang tersebut.

" Enakmen jenayah Syar'iah Negeri Perak tahun 1992 seksyen 26 ( 1 ) menyatakan bahawa sesiapa yang berjudi atau di dapati hadir di tempat berjudi sama ada dia melakukan perjudiaan atau tidak, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila di sabitkan , di kenakan hukuman dengan tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya. -

Kenapa Mahathir sanggupa mengatakan tindakan pemimpin PR melarang berjudi adalah mainan politik dan bukan dari desakan keagamaan. kenapa Mahathir masih tiak insaf dengan
" dengan kesundalan " mulutnya untuk memberikan pandangan. kalau beliau juga menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata. "Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

Sokongan kepada langkah kerajaan mengeluarakan lesen judi sukan semakin kedengaran -- hari ini daripada Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang berpendapat kerajaan mampu meraih hasil sehingga berjuta ringgit daripada lesen tersebut.

APA NAK JADI DENGAN PEMIMPIN MELAYU UMNO NI? ROSAKNYA NEGARA KERANA KEPIMPINAN MEREKA.



Wednesday, June 16, 2010

JUDI - NAJIB DAPAT SOKONGAN TUN M

Tun M, telah mengeluarkan " fatwa " berkaitan dengan judi bolasepak Piala dunia yang diluluskan oleh DS Najib. Beliau amat kecewa dengan sikap parti pembangkang khususnya dari DAP yang mana kesemua mereka adalah " CINA " dan memang terkenal dengan " judi " tapi kini mereka menentang judi, mengapakah agaknya kini masyarakat cina sudah mula "
menganggap " judi satu aktiviti yang mejijitkan.

Tun Dr Mahathir Mohamad menilai bantahan yang dilakukan oleh parti pembangkang terutamanya PAS mengenai isu lesen judi sukan adalah lebih bermotif politik dan bukan kerana Islam.

"DAP pun bantah, takkan DAP pun nak sokong ajaran Islam. Ini politik parti pembangkang yang nak cari isu. Sedangkan dalam muktamar PAS, ada cadangan semua jenis judi diharamkan tetapi Pas tak nak. Sekarang ini terdapat judi di Genting Highlands, Sport Toto dan bermacam lagi. Tetapi dia (PAS) kata yang ini saja tak boleh.

Kalau kita kaji dan nilai kata-kata Tun M, nampak sangat beliau seperti orang tak ke sekolah, apakah selama ini Islam menghalalkan judi? Apakah dengan tidak menyatakan kritikan terhadap judi 4 digit, loteri, sport toto dan entah apa-apa judi lagi menandakan perjudian tersebut di terima pakai oleh PAS.

Selepas Tun M, menghalalkan perjudian tersebut, kini perjudian tersebut mendapat sokongan daripada Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang berpendapat kerajaan mampu meraih hasil sehingga berjuta ringgit daripada lesen tersebut.



Presiden persatuan itu Datuk Dr Jacob George ( gambar ). Beliau juga sependapat dengan Tun, kerana hasil dapatan dari pejuadian tersebut biarlah di nikmat oleh semua pihak, kerana jika perjudian tersebut tidak diberikan kebeneran ( berlesen ) hasilnya akan dinikmati oleh sindiket haram dan mereka akan mengaut keuntungan sehingga berbilion ringgit daripada aktiviti pertaruhan haram tersebut.

Siapa Datuk Dr. Jacob George ? tapi oleh kerana Tun M sudah mengeluarkan fatwa, PAS melarang perjudian bukan kerana hukumnya tapi ia bertindak bermotifkan politik, jadi Dr. Jacob George cuba ikut sekaki dan mengesahkan pendapatan lumayan perlu di kongsi oleh semua rakyat.

Tambah Dr. Jacob lagi, "dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa, yang boleh disalurkan untuk membantu program kemasyarakatan dan aktiviti seluruh negara," katanya.

Inilah silapnya Dr. Jacob kerana berdamping dengan seorang manusia yang tidak tahu hukum hakam dan perundangan dalam Islam, apa yang wajib, apa yang sunat, apa yang harus, haram dan halal, semuanya ikut hukum akal saja.

Bak kata pepatah pembentukan akhlak seseorang:

JIKA TAK TAHU HUKUM JANGANLAH ROSAKKAN DAYA FIKIR ORANG LAIN. YANG HARAM TETAP HARAM

Kepada Datuk Dr. Jacob George - berdampinglah dengan Muslim sejati agar anda mengikut langkah dan daya fikir seperti kepimpinan DAP tersebut.




Sunday, June 13, 2010

JUDI - KERABAT UMNO MULA MENGORAK LANGKAH

Kini Bolasepak Piala Dunia sudah pun berlansung 2 hari, dengan kata lain pula judi bola yang dihalalkan sudah berjalan sama dengan perlawanan tersebut. Walaupun bantahan rasmi dibuat laungkan oleh rakyat tapi pemimpin No. 1 DS Najib langsung tidak menyahut dan membuat komen terhadap desakan rakyat tersebut.

Ada juga terdengar dari celah-celah cawangan UMNO yang kini sedang sibuk dengan Mesyuarat Agungnya, tampil dan membuat usul agar kelulusan judi ini ditarik balik, tapi usul itu akan dibentangkan di Perhimpunan Agung Bahagian baru notis bantahan di hantar ke ibu pejabat UMNO. maka pada masa yang sama perlawanan bola sepak sudah pun selesai, dan sudah pasti Berjaya Group sudah dapat mengumpul seberapa banyak keuntungan dari judi tersebut dan tabung Yayasan Better Malaysia juga telah meneriam sumbangan hampir RM600 juta sebagaimana yang di janjikan.

Negeri di bawah naungan PR telah lama melaungkan agar kelulusan tersebut di batalkan tapi UMNO Johor dengan Umno Johor dengan Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Abdul Ghani Othman menjadi negeri pimpinan BN yang pertama membantah secara rasmi program tersebut. Bantahan secara rasmi ini akan di hantar kepada pihak Kerajaan secepat yang mungkin. kata beliau bantahan ini buat kerana peka dan sensitif dengan kehendakan dan laungan dari rakyat. Jelas sekali reaksi rakyat tidak menerima seberang bentuk pertaruhan dalam sukan dan masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku di harapkan agar pihak yang telibhat ( DSN ) dapat mendengar kelohan rakyat ini.

Sebelum MB Johor, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan supaya segera membuat penjelasan berhubung pemberian lesen judi sukan kepada syarikat Berjaya. Katanya, masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai duduk perkara sebenar memandangkan perkembangan isu tersebut mengundang banyak laporan bercanggah. "Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang kita dapat daripada pihak kerajaan dan juga daripada syarikat berkenaan. Kerajaan kata belum diberikan permit tapi Berjaya kata sudah menerimaan kebenaran tersebut.

Cadangan untuk menagaka satu sidang media khas yang dijadualkan hari ini bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi sukan dibatalkan di saat terakhir. Adalah difahamkan PM terpaksan mengarahkan PC tersebut untuk kepentiangan semua pihak. Mungkinkah PM meragui isi kandung temu bual antara media dengan menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom tersebut.



Tuesday, June 8, 2010

JUDI - MENTERI TERUS BERDOLAK DALIK

Isu judi terus menghantui rakyat ketika ini, perbalahan terus menjadi-jadi antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Pembangkang dengan peranannya sentiasa untuk membangkang dan kerajaan pula memang sudah termaklum bahawa judi itu haram di sisi agama Islam tapi untuk kepentingan tertentu terus mencari helah untuk menghalalkan.

Lantas yang demikian, beberapa orang menteri kabinate terus memberikan sokongan untuk judi di halalkan di Malaysia ini. Dulu AP Kota Belud terang-terangan mengiakan bahawa adalah lebih baik judi itu dihalalkan kerana kalau tidak sudah pasti akan adanya judi " haram ", ini serupa juga dengan adanya kisah nombor ekor, walaupun sudah ada yang diberikan kebenaran dan di " halalkan " masih ada kalangn peminat yang menggunakan khidmat nombor ekor haram ( ekor haram ini banyak dan berleluasan di kawasan perkampongan )

Jangan bising di luar, bantu kerajaan buat keputusan mengenai lesen pertaruhan Piala Dunia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada kerajaan negeri yang ditadbir pakatan rakyat. Hishamuddin dengan penoh yakin mempelawa kerajaan di negeri perintah PR untuk memberikan kerjasama bagaimana cara terbaik untuk memastikan Judi di dapat dihalalkan.

Agaknya Hisyamuddin tidak faham dengan hukum dan tidak tau bahawa semua kerajaan negeri PR tidak berminat dengan pengelolaan judi tersebut. Semua negeri-negeri PR telah mengarahkan PBT tidak mengeluarkan lesen perjudian tersebut di semua premis yang ada. Kerajaan PR tetap dengan hukum haram tetap haram, malahan Ketua Menteri Pulau Pinan yang tidak mengetahui agama Islam pun turut membantah Judi tajaan PM Najib tersebut. Dengan itu tidakkah meresa malu untuk Hisyamuddin.

Tambah beliau lagi, " adalah lebih baik jika pimpinan kerajaan negeri ( PR ) bekerjasama dengan kerajaan mencari jalan berhubung perkara itu daripada terus mempolitikkan isu lesen judi Ascort Sport Sdn Bhd ". Dunia sudah terbalik. Hisyamuddin perlu bertaubat dan berdoa untuk kembali ke jalan yang benar. Jangan perjudikan masa depan negera, anak bangsa demi kepentingan politik semasa.


Dengan tunjuk perasaan dari setiap lapisan masyarakat, sama ada di bandar-bandar, kota raya hatta di perkampongan telah memaksan DSN dalam keadaan mengelabah dan terus memberikan kenyataan bahawa Ascot Sports Sdn. Bhd. masih belum menerima tawaran untuk perjudiaan tersebut, malan DSN berasa bangga dengan sikap rakyat yang faham bahawa judi adalah haram di sisi Islam. Kenyataan ini diberikan sebagai menjawab soalan dari Tian Chua di Parlimen, sebaliknya kerajaan masih berbincang berkaitan dengan syarat-syarat dan terma-terma untuk dipersetujui oleh kedua-dua pihak, kerajaan dan Vincent Tan.

DSN terperangkap lagi, kini satu pendedahan oleh Tony Pua AP Petaling Jaya Utara, dimana pihak Berjaya Corporation Bhd di mana mereka mengesahkan pihak Kem. Kewangan telah memberikan kelulusan berhubungan pemberiaan lesen kepada Ascot dan ini terdapat pada notis di Bursa Malaysia pada 12Mei yang lalu.


Dengan pendedahan Tony Pua serta pengesahandari Bursa Malaysia siapakan yang tidak bercakap benar?





Sunday, May 30, 2010

JUDI KINI DIPERTAHAN OLEH AHLI UMNO

Tidak semua orang sehaluan dengan keputusan Pulau Pinang untuk mengharamkan judi pertaruhan bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini. ADUN Seberang Jaya (BN) Arif Shah Omar Shah menganggap arahan pengharaman itu, oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di semua premis, hanya "satu permainan politik".



ADUN Seberang Jaya Arif Shah Omar Shah


Inilah Malaysia - Malaysia Boleh, semua boleh, kerana negera kita meletakkan " politik " segala-galanya, buat apa sahaja ,undang-undang, penggubalan dasar. buat apa sahaja perubahan, hatta buat apa sahaja pengumuman semuanya ada dikaitkan dengan politik.

Kita lihat sahaja, bagaimana pengagihan peruntukan untuk pendidikan, sesebuah sekolah itu mudah untuk mendapat peruntukan jika adanya PRK di kawasan tersebut. Lihat di Hulu Selangor berjuta-juta kerajaan boleh umumkan, dengan segera Kementerian Pelajaran mengumuman untuk pembinaan 3 buah sekolah rendah dan sebuah menengah, PM pula memberikan peruntukan untuk pembangunan sekolah Cina.

Semua orang tahu kenapa semasa ketika berlakunya PRK peruntukan mencurah-curah ditaburkan?, kenapa dan apakah pihak kerajaan tidak ada perancangan untuk pembinaan sekolah sebelum adanya PRK seperti di Hulu Selangor. Bagitu juga semasa PRK di Sibu, sekolah Cina bagitu sekali diberikan perhatian oleh pemerintah. Kenapa ya!

Berkaitan dengan isu judi - kenapa agaknya judi menjadi topik hangat waktu ini, mengapa kalangan bukan Islam menolak judi yang diluluskan oleh kerajaan, kenapa agaknya kerajaan Selangor membantah - kata Perkasa itu mainan politik sedangkan banyak lagi premis judi yang berleluasa, tidak pula diharamkan. Kini Kerajaan Pulau Pinang pula tidak membernarkan judi tersebut bertapak di negeri tersebut. lagi seorang Melayu beragama Islam, menuduh kerajaan Pulau Pinang bawah pimpinan LGE bermain politik dalam hal judi ini. ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah, menyangkal cadangan LGE, juga sama alasan dengan Perkasa pimpinan Ibrahim Ali.

Kini orang Melayu di bawah pimpinan Melayu UMNO sudah hilang pedoman, sudah tidak tau untuk membezakan yang halal dan haram, sudah tidak tau bidang kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan. Mereka mula kehilangan arah tuju, sudah lupa dengan rukun Islam rukun Iman mau pun hukum hakam yang termaktub dalam Alquaran.

Arif Shah mempertahankan keputusan kerajaan persekutuan mengeluarkan lesen tersebut, dengan menegaskan bahawa ia bertujuan untuk mengawal perjudian. Namun, beliau juga memberi dan menambah bahawa judi dilarang dan ditolak oleh setiap agama.

Apakah gelaran yang patut kita berika kepada ADUN Seberang Jaya ini? Cakap berbelit-belit.

Tuesday, May 25, 2010

TUN DOLAH & DS NAJIB SUDAH MULA INGKAR PERINTAH




( sokongan mereka masih belum berhasil lagi )

Lihat betapa mesra dan seia sekata kedua-dua mereka, Tun Dolah PM ke lima dan DS Najib PM ke enam dan sedang memerintah waktu ini. Kedua-dua mereka ada visi dan misi masing-masing dalam menerajui negara. Tun Dolah dengan Islam hadari dan DS Najib dengan Gagasan 1Mnya. Semua propaganda visi misi mereka hanya untuk kepentingan UMNO semata-mata, ianya tidak langsong melambangkan ke arah memertabahkan gulongan Melayu.

Sejak isu judi bola heboh seluruh negara, kita dapat melihat "wajah sebenar" politikus-politikus yang mewarnai negara.Wajah sebenar Umno terserlah dengan "kemunafikan melampau" oleh PM, Najib yang meluluskan lesen judi tersebut.

Najib menampak begitu "buruk lagi hodoh" sebagai pemimpin parti "Islam Terbesar Dunia" dan sebagai pemimpin Negara Islam meluluskan projek tersebut. Bukan itu sahaja boleh dikatakan hampir ramainya pengikutnya dalam kepimpinan Umno menyokong secara "berlapik dan berbelit" tentang kelulusan judi ini. Antaranya MP Kota Belud, Khir Toyo, Zamry Kadir dan beberapa MP lainnya. Juga tidak ketinggalan Presiden PERKASA. Apakah di Malaysia yang meletakan Islam sebagai agama rasmi pula salah satu sumber kewangannya dengan mengadakan judi dan ada pula "Judi haram".

Bagaimana pula pihak PDRM menerusi mulut Bakri Zinin seolah-olah memberikan galakan kepada rakyat Malaysia agar hanya terlibat dan berjudi dengan Ascot Berhad sahaja. Kadang-kadang rakyat menjadi keliru dengan keadaan tambahan pula suara di pihak Majlis Fatwa Kebangsaan tentang perbuatan jijik Najib ini masih belum kedengaran, pihak mufti-mufti juga agak takut bersuara. Hanya Mufti Perak bersuara. Itupun agak sentimental dan "romantik".

Hanya untuk renungan; "Agama apa sebenarnya dianut oleh Umno dan Barisan Nasional?
Apabila semua agama menafikan dan tidak membenarakan judi, tiba-tiba kerajaan Umno Barisan nasional melulusakan lesen judi. Apakah tidak keterlaluan jika ada orang akan kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini,"

Lu fikirlah sendiri.


Friday, May 21, 2010

APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA

YB Sharizat cukup bangga dengan hukuman yang diterima oleh Saudara Bung dari Kalibatangan, denda dan hukuman cukup setimbal dengan kelakuannya. Tapi, tapi bagi Bung, oleh kerana kita Ahli UMNO dan YB pula sudah tentu perkara sekecil ini tidak meninggalkan kudis kepada di pembawanya. Kerana banyak lagi salah laku yang di buat oleh kepimpinan UMNO / BN ianya semua dilepaskan sahaja dengan berbagai-bagai alasan.

Hukuman terhadap Bung Mokthar bukti ketegasan mahkamah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokthar Radin kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah adalah jelas dan tegas.Shahrizat berkata, hukuman itu juga menunjukkan bahawa tiada kompromi dalam isu berpoligami oleh mana-mana lelaki Islam

bagi menteri di JPM ini beliau tidaklah setegas YB Shahrizat dalam isu poligami, bagi YB Jamil Khir langsung tidak bersuara berkaitan dengan kelulusan judi bolasepak yang diluluskan oleh kerajaan. Tapi beliau dengan lantang dan seterusnya mengeluarkan kenyataan bahawa peguam syarie di mahkamah syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam. "Namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif. Kelantangannya menjadi pasif apabila diajukan soalan tersebut.

Kini kita boleh lihat sendiri apakah pendirian mereka dalam isu untuk kepentingan rakyat. Di mana mereka memperjuangakan satu-satu isu mengikut kepentingan. Mereka melihat apa bos kata, kalau bos kata boleh, semua ahli parlimen UMNO / BN mesti ikut kata itu boleh.




Gambar ini memperlihatkan bagaimana eratnya rakan-rakan bagi mematikan apa saja yang di ajukan oleh PM perlu di ikuti dan di cari helah untuk memastikan ianya halal dan boleh dipergunakan untuk kepentingan rakyat.


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA