Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, January 7, 2010

GURU BESAR / PENGETUA PENJANA KECEMERLANGAN SEKOLAH

Tahun 2010 telah mempamerkan kepada pengurangan dari sudut perbelanjaannya, boleh dikatakan sekolah menerima tempias yang amat mengharukan, pada masa ini boleh dikatakan semua peruntukan di potong. Bayaran Asrama sama ada sekolah berasrama penoh mau pun sekolah asrama harian, kalau dulu bayaran makan diperlukan untuk 250 hari tapi pada tahun ini pihak kerajaan hanya mampu untuk 200 hari saja, Racangan makanan Tambahan ( RMT ), Skim Baucer Tuition ( SBT )yang diketahui setakat ini.

Walaubagaimana pun pengurusan dan pentadbiran sekolah perlu di teruskan, anak didik dan para pelajar perlu mendapat perkhidmatan pendidikan yang terbaik, ilmu untuk mereka perlu diberikan, ransangan untuk hidup lebih berilmu perlu diajar di tahap semaksima mungking. Dengan itu disinilah peranan pihak pentadbiran dari guru besar/pengetua dengan dibantu oleh penolong kanan sebagai pentadbir dan pelaksana tugas iaitu guru-guru untuk program pembangunan pendidikan bagi staf sokongan pula mereka boleh lah membantu dari sudut tugasan masing-masing - ianya saling berkait antara satu sama yang lain.

Sehubungan dengan itu, sesebuah sekolah memerlukan pemimpin dan pengurusan yang secekap dan berwibawa agar berkemahiran sebagai petunjuk arah, pemimpin dan pengurus terhadap sumber-sumber sedia ada demi merealisasikan hasrat yang ingin dicapai.Nilai kepimpinan ini perlu bagi menentukan halatuju sekolah dan menyelesaikan masalah bagi mengatasi cabaran untuk memenuhi hasrat dan kehendak PIPP ( plan induk pembangunan pendidikan )dalam melahirkan insan yang berkualiti. Kerana kelahiran mereka bukan sekadar untuk menimba pengatahuan profesional, malahan mereka perlu peka kepada persekitaran dan pelbagai pihak yang berkepentingan terhadap sekolah. Faktor inilah sebagai penguji kebersanan dan kecemerlangan pimpinan dan pengurus sekolah sama ada Guru Besar / Pengetua.

Untuk itu Guru Besar / Pengetua mesti mempunyai kemahuan yangkuat untuk memimpin, berwawasan teladan yang baik, berilmu, proaktif, rajin, majhir berkomunikasi yang tinggi dan tidak mudah putus asa. Bertindak sebagai seorang pemimpin yang cemerlang perlu juga memiliki daya kepimpinan bekualiti, berkemahiran, berketrampilan, kreatif, inovatif dan motivasi, mahir membuat keputusan dan menyelesaikan masalah,cergas fizikal, stabil emosi dan cerdas fikiran, beriman dan bermoral.

Sebagai rumusan seorang Guru Besar / Pengetua perlu dikaitkan dengan kejujuran, berwawasan, kompeten dan mempunyai kekuatan inspirasi yang tinggi untuk dapat meningkatkan stradard pendidikan di sekolah.

Oleh itu dalam usaha untuk menjana kecemerlangan sesebuah sekolah, ianya banyak bergantong kepada kualiti pengurusan Guru Besar / pengetua itu sendiri. Daya dan gaya berfikir perlu berubah-rubah mengikut peredaran masa terutama dalam dunia globalisasi ini. Kualiti kepimpinan dan pengurusan adalah ciri penting dalam menentukan kejayaan sesebuah institusi pendidikan tersebut.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA