Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label HISTERIA. Show all posts
Showing posts with label HISTERIA. Show all posts

Friday, April 2, 2010

CORETAN RASA HATI SEORANG RAKYAT

Coretan kali ini hanyalah satu pandangan dan imbasan apa yang sedang berlaku di negara kita kala ini, kita sebut saja apa yang tidak dibuat oleh kepimpinan yang ada, baik dari sudut membangunkan rakyat, dari sudut pendidikan, ekonomi, maruah, sosial, tarap penghidupan harian, kini melayu MEB YAB PM telah mengumumkan pendapatan perkapita sejumlah 46K untuk setiap keluarga, bukan kah ini satu perjuangan namanya.

Dari sudut pendidikan, berapa banyak pusat pengajian tinggi awam yang dibina, selain dari U, negara ada politeknik dan maktab-maktab serta di saingin pula dengan pusat pengajian tinggi swasta. Sekali imbas memang hebat negera ku kini. Aspek pemerintahan masih belum terusik lagi oleh parti lain selain Perikatan dan diikuti dengan BN, sejak 1955 lagi parti ini mendominankan sistem pemerintahan.

Dari Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan, Bapa Permodanan Negera, Bapa Islam Hadari dan kini belum ada gelaran lagi mungkin agaknya akan digelarkan Bapa 1M. Rakyat terus memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO khususnya. Hinggalah pada PRU12 baru menampakkan adanya rasa tidak puas hati kalangan rakyat terhadap kepimpinan pemerintah.

Semua apa yang dibuat semua dapat sokongan cuba kita berhatikan dalam pembangunan Pendidikan: - siapa nak tegor kerajaan - berapa jenis sekolah yang diujudkan, berapa banyak dasar yang gubal, setiap kali bertukar menteri, maka sudah pasti adanya dasar baru, sudah pasti adanya jenis sekolah baru yang diujudkan. Apa kata rakyat, terutama pengikut setia lansung tidak berani memberikan pandangan. Kalau berhujah sudah pasti pendek rezeki.

Perkara 153 dalam perlembagaan hak istemewa orang Melayu, kini biasiswa sudah ditiadakan diujudkan pula PTPTN, orang Melayu akur dengan perubahan. Tanah rezeb Melayu yang diambil mengikut akta tersebut perlu diganti, tapi diambil dan tidak diganti seperti apa yang berlaku di YBK Selangor. Ambil harga murah, jual semula ikut harga pasaran, Siapa untung, isu PKFZ rakyat jadi mangsa.

Kini kita lihat pula apa salah laku yang di lakukan oleh kepimpinan UMNO, sebagai contoh Rampasan Kuasa di Perak, kenapa UMNO tidak boleh terima kekalahan, mengapa mereka tak kaji rakan mereka sudah tidak diterima oleh ahli-ahlinya, adakah orang Cina dan India tidak terima calon mereka di sabitkan kesalahan kepada kepimpinan UMNO yang menolak cara hidup bermuafakat, Rakan BN tidur sebantal tapi mimpi ikut selera masing-masing. Cina dan India tidak sokonga calon mereka, yang salah mungkin kepimpinan UMNO, mungkin cara yang dibuat oleh Bghamim Ali sebagai penyumbang, mungkin PERKASA akan meranapkan imbian YAB DSN melalui 1Mnya. Sepatutnya ada kalangan UMNO khusus dari Pemuda yang menegor kelancangan PERKASA, tapi sebaliknya mereka dapat imbohan dari Tun M. Apakah Tun M juga sudah muak dengan feel orang UMNO?

Salah laku, menjadi pemimpin hidup kaya raya, salah guna kuasa, memperalatankan agensi kerajaan seperti SPRM, SPR, PDRM, ATM, Badan Kehakiman semua ini diperhatikan oleh rakyat, rakyat zaman ini adalah rakyat yang dilahirkan melalui Dasar KBSR, yang mana lahirlah rakyat yang berfikiran jauh, rakyat yang sudah ada jati diri, rakyat yang sudah tahu mengawal emosi, rakyat yang sentiasa mempertingkatkan keintelektualannya, jadi apa yang diucap oleh pemimpin rakyat sudah boleh baca kemana arah tuju yang nak dibawa.

Wakil rakyat yang dipilih pula kadang kala tidak memahami kehendak rakyat yang memilih, cakap kasar, cakap dengan penoh emosi, cakap tidak lihat kiri kanan, cakap ikut suka hati saja, mana boleh kita mengherdik jemputan semasa berucap, tapi ini dilakukan oleh Pemimpin UMNO, bercakap tak ikut suasana, kalau jemputan untuk Pembangunan pendidikan, cakaplah untuk pendidikan, tapi cakap pula pasal politik. Rakyat bertambah jemu dan benci. Pemimpin hidup cukup mewah.

Bukan nak jadikan contoh, kalau ianya elok ikutlah, cuba lihat bagaimana kepimpinan TGNA dan rakan-rakan dalam PR susah nak cari yang mewa, TGNA sudah 20 tahun sebagai MB, cukup senderhana tak seperti Khir Toyo, serta sebilangan besar MP UMNO / BN.

Fikirlah untuk anak bangsa, negara dan agama ( rujuklah hukum Islam ) untuk menjatuh hukuman bukan ikut selera kita sahaja.


Saturday, November 28, 2009

BAGAIMANA HISTERIA DI JELMAKAN

Kini kita telah mengetahui bagaimana cara ujudnya gejala " histeria " di kalangan pelajar dan penuntut Melayu akhir-akhir ini. kita tek perlu lagi menempelak kepada anasir-anasir tahyul yang membabitkan perubahan sikap mereka ini.

Kejadian dan perlakuan " histeria " ini di pengaruhi dengan hanya menonton siaran yang ditayangkan oleh Astro melaui slot " Jangan Lupa Lirik " dan " Sehati berdansa ".

Hujah ini diperkuatkan dengan setiap minggu melalui siaran ini, hanyalah pemuda dan pemuda Melayu yang menjadi penonton, kita perhatikan gelagat mereka semasa menonton kedua-dua program ini? Bagaimana tingkah laku dan buruk perangai yang ditujukkan. Memang tidak napat dinapikan majoriti penonton adalah dari kalangaan generasi muda, tapi ada juga generai tua yang hadir juga berlagak seperti anak-anak muda, terpekek terlolong untuk memberikan sokongan kepada idola mereka.

Kita tidak nampak dimna pembentukan generasi muda yang diinginkan oleh stesyen TV ini yang sudah pasti ianya mendapat laluan dari pihak Kementerai Penerangan, Telekomukasi. Apakah dengan terpekek, terlonjat sana sini dapat memberikan satu-satu kebaikan, dari kalangan mereka ada juga anak gadis yang bertudung, mereka juga bersikap seperti " sudah di rasok polong ".

Memang dan harusnya kita sebagai orang tua merasa curiga atas program seperti ini, sudah pasti ianya memberikan keburukan dan penambahkan dalam membentuk generasi Muda. Pelaksanaan program pula berselindung di sebalik sumbangan dana untuk badan-badan tertentu, untuk rumah dan pengusahan seperti Badan Kebajikan untuk Penyakit Kanser, Rumah Kanak-kanak Cacat.

Untuk itu adalah diharapkan agar pihak berwajib memikirkan bagaimana cara terbaik untuk menapis setiap program agar dengan adanya program yang berunsurkan pemben tukan sahsiah di berikan keutamaan dalam pembentukan generasi muda untuk Malaysia.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA