Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label PRN SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label PRN SARAWAK. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

PRN SARAWAK - KEPIMPINAN UMNO MULA RETAK



'Jangan salahkan mereka yang undi Pakatan'

PRN Sarawak yang ke 10 telah meninggalkan kesan yang sungguh significan kepada proses piliharanya di negara ini. Walau pun kemenangan masih memihak kepada BN dengan majoriti 2/3 tapi hakikatnya teserlah kini bagimana pengundi sudah mula melihat ada ruang-ruang tertentu untuk beralih selera.

Kawasan bandar majoriti terdiri dari kaum Cina telah menolak mentah-mentah calun dari BN, dengan kemenangan 12 kerusi oleh DAP jelas memberikan tamparan kepada pihmahathir hulu langat 120408 press conferenceak BN khususnya PM yang sedang berkira-kira untuk PRU 13. Undi majoriti juga jauh meninggalkan BN oleh PR, sebaliknya peningkatan kepada PR berbanding dengan BN. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ( gambar ) juga menyelar cadangan dari Utusan Malaysia oleh Timbalan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan dan di sokong oleh PERKASA dengan gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan bagi beliau cadangan ini cukup tidak baik dan mengharapkan agar ianya tidak menjadi kenyataan.
"Saya harap ia tidak berlaku....Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Kritikan dan pandangan yang negatif ini telah menyebabkan ada pro dan kontranya. Bagi ahli MNONEajlis Kerja Tertinggi Umno ( MKT ) Datuk Saifuddin Abdullah ( gambar ) menyeru rakan-rakannya dalam BN supaya henti melabelkan penyokong pembangkang sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih. Saifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi. “Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur. “Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang. “Kalau mereka tempelak kita, apa macam?” soalnya dalam satu kenyataan.

Apakah kenyataan YB ini sudah mula memperlihatkan kematangan dalam kempimpinan UMNO itu sendiri? Kenyataan ini tidak menyebelahi dari kumpulan yang ramai. Atau apakah beliau sudah mula sedar bahawa UMNO / BN kini memang sudah hilang kredibilti dalam kepimpinan dan beransur-ansur mula di lupai.

Bagi PR, sudah menampakan keyakinan dengan sokongan orang di Sarawak, baik di bandar mau pun di luar bandar. Kepimpinan PR mulai merasa adanya laluan untuk terus dan berusaha memberikan keyakinan kepada meraka khusus untuk PRU 13. Sarawak bukan lagi " simpanan tetap UMNO "


Thursday, April 21, 2011

KHAS UNTUK MU PN SRI RAGAT KURDI TAIB.



Pn. Sri Ragat Kurdi, memaut rapat Tan Sri Abdul Taib
bersyukur atas kemenangan dan kepercayaan rakyat
Sarawak
atas kemenangan di PRN ke 10 ini


Untuk Puan Sri Ragat Kurdi, apakah pelukan sabagini akan akan berterusan atau ini adalah pelukan terakhir antara puan sri dengan tan sri, kerana selepas ini puan sri akan memelok batang tubuh hanya sorang YB biasa sahaja. Untuk itu peloklah sepuasnya semasa Si suami masih bergelar YAB lagi. Mungkin tak berapa lagi puan akan kehilangan " title " isteri pertama untuk Sarawak.

Kita semua selaku manusia yang hanya tinggal sementara di dunia ini harus dan wajib ingat mengingat bahawa jawatan, pangkat dan darjat hanyalah sementara waktu sahaja. Walau pun Tan Sri berjaya mengekalkan undian dan dapat memerintah semula tapi perlu juga di ingat sudah ada tanda-tanda ada kalangan rakyat yang sudah mula rasa " benci " kepada parti pimpinan beliau, terutama mereka di bandar-bandar.

Lihat saja apa sudah jagi kepada Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam yang juga kawan rapat Tan Sri suami telah dihenjut teruk apabila gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau setelah tewas kepada lawannya, Ling Sie Kiong daripada DAP. Beliau selaku ketua pimpinan SUPP diajar secukup-cukupnya oleh pengundi Cina kerana terlalu bersekongkol dengan suami Puan yang mereka gelar 'Pa Mao' itu.

Kalau di perhatikan bagaimana DAP telah menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina apabila menang 12 kerusi daripda 15 kerusi yang mereka bertanding. PKR juga telah menambahkan kerusi kemenangan dan mendapat sambutan hangat dari pengundi di Sarawak. Sokongan kepada PR meningkat ke 44.76% manakala BN merosot dari 62.93% ke 55.24%.

Puan Sri Ragat Kurdi,

Untuk itu, peluk lah suami Puan lama-lama, kerana kehangatan pelukan seorang isteri seperti puan itu akan menenangkan jiwa suami Puan yang berkecamuk sepanjang bergelut dalam pilihanraya yang baru lepas. Masa beliau untuk meninggalkan " kuasa " pemerintahan sudah semakin hampir tetapi aura kejelitaan puan itu cukup untuk merawat memberikan " kekuatan " dan membaik pulih luka-luka kempen Pilihanraya Sarawak yang ke 10 yang ditimpa suami Puan.

Daya " kuat " Tan Sri sebenarnya terletak pada diri puan sendiri, kerana keupayaan puan menyuntik segala zat, vitamin dan mineral yang dapat membakaqr semangat dan " kejantanan " beliau.

Walaubagaimanapun suami puan harus sedar masanya sudah sampai yang beliau mesti melepaskan jawatan dengan segera bukannya dua atau tiga tahun akan datang seperti kenyataan beliau semalam, tetapi sebulan atau dua bulan ini kerana PM kita telah membuat janji kepada rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan kuasa. Ini kerana PM juga bimbang Sarawak akan menjadi seperti Mesir dan Libya.

Malah Puan pun tahu umur suami Puan telah menjangkau 75 tahun, mungkin semangatnya sahaja yang kuat manakala tenaganya sudah ‘tidak ada’. “You know better”.

Akhirnya berbisiklah di telinga suami Puan semasa di ranjang bahawa tahta ini bukan untuk dibawa sampai keatas katil malah jauh sekali sampai ke liang lahat.

Satu renongan untuk tatapan dan fikir-fikirkan lah.

Monday, April 18, 2011

PRN SARAWAK - PR LAWAN SPR & KERAJAAN MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA NONE

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil.

Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.

Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian.

Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan.

Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong. Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?

Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana.

Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang.

Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.

ANWAR IBRAHIM

Sunday, April 17, 2011

APA KOMEN DSAI KAITAN DENGAN PRN SARAWAK


KENYATAAN MEDIA

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil.

Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.

Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian.

Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan.

Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong. Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?

Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana.

Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang.

Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.

ANWAR IBRAHIM

SPR - TERUS MEMPERDAYAKAN PEMBANGKANG

Agen Calon PR Tidak Dibekalkan Borang 14,
SPR Didakwa Cuba Menipu

Ya betul...Ambil iktibar !!!! Dan PKR kena ikhlas untuk terima teguran dan kelemahan sendiri. PKR Memang Bodoh...
Tapi bukan Pas..kerana Pas ada Jentera dan petugas di semua Grassroot bagi meneliti dan memantau borang 14. Siap ada kursus borang 14 lagi....Tabik Spring kat PAS. Takkan ini pun PAS nak ajar pada PKR.

Borang 14 memang menjadi sumber dan benteng terakhir PAS setiap kali pilihanraya. Pasal Panglima pun pernah terlibat sama menjadi Polling dan Counting Agen dalam tahun 1998 hinggalah sekarang. Borang inilah yang Panglima pantau. Setakat garang macam Harimau ketika ceramah...tetapi jadi kambing ketika di bilik kiraan undi....Buat haper..menghabiskan boreh ajer !!! Hanya PKR yang bodoh....PKR kena akui...kadang-kadang agen PKR pun tiada untuk memantau pilihanrayanya sendiri dan mengira undi dibilik mengundi. Terkial-kial la Panglima memantau undi dari PKR dan DAP untuk undi DUN & Parlimen semasa kiraan dibuat pada tahun 1998 - 2008 bersama-sama UMPorno dan SPR. Kalau Panglima tak pantau dan kirakan...memang kena tipu bulat-bulat laa....PKR dan DAP ketika itu.....Sampai UMporno siap sound kat Panglima....Woiii..!!! DAP punya undi pun kau nak tolong pantau dan kira ker..??? Panglima pun jawab..."Aku punya suka laa...daripada BN menang...lebih baik DAP Menang." Akhirnya keputusan memihak kepada...TEO NIE CHENG - (DAP) Menang di Parlimen Serdang mengalahkan Calon BN ketika itu.

Teo Nie Cheng -
Ahli Parlimen Serdang

SHAH ALAM 16 APRIL : Pakatan Rakyat mendakwa wujud percubaan menipu dalam pilihanraya negeri (PRN) Sarawak apabila agen calon gagasan itu tidak dibekalkan salinan Borang 14 oleh pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di beberapa kawasan pilihan raya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendren berkata agen dari PKR dan DAP tidak dibekalkan borang tersebut yang mengesahkan jumlah


rasmi yang dikira disetiap saluran mengundi.

Borang 14 adalah nama singkatan kepada 'Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi'.

Selepas pengiraan undi selesai, misalanya BN dapat 210 undi dan Pakatan Rakyat dapat 300 undi, maka jumlah undian itu perlu dicatit ke dalam borang 14.

Borang 14 juga akan diisi maklumat- maklumat yang penting seperti;

1) Kedudukan tempat mengundi (Tempat pengundi)

2) Saluran Tempat mengundi (Saluran)

3) Nombor Kod Daerah Mengundi (Kod DUN)

4) Bahagian Pilihanraya (Nama DUN)

Surendren berkata, tindakan pegawai SPR itu merupakan satu kesalahan kerana sepatutnya salinan borang itu diberikan kepada agen calon parti yang bertanding.

“Ini merupakan satu kesalahan serius di bawah 'Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954' kerana akta tersebut perlu diberi kepada agen setiap calon tapi kita mendapat laporan bahawa agen- agen bagi calon Pakatan Rakyat dibeberapa tempat tidak diberi salinan borang 14,

"Jadi maknanya pegawai pilhanraya sendiri pegawai SPR sendiri telah melakukan kesalahan,” katanya.

Jelasnya apa yang berlaku itu adalah merupakan satu percubaan menipu dalam pilihan raya dan ia adalah kesalahan jenayah dilakukan sendiri oleh pegawai SPR.

“Ini menunjukkan bahawa memang ada sesuatu percubaan untuk menipu di dalam pilihanraya kerana borang 14 itu mengandungi jumlah undi yang didapati disetiap saluran ataupun pusat mengundi,

"Jadi mengapa mereka enggan memberi borang 14 ? Ini jelas satu percubaan SPR untuk menipu," tegas Surendren lagi.

Perkara berkaitan borang 14 itu timbul apabila Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melaporkan pegawai SPR di kawasan Simunjan dan Asajaya tidak memberi salinan borang 14 kepada agen calon Pakatan.

Note: Pakatan Rakyat bila kalah kata la macam-macam.. itu tak betul la ini tak betul la.. dah setiap kali pilihanraya setiap kali itu juga Pakatan Rakyat ditipu.. tapi bila pilihanraya bagus jer hulurkan leher.. nanti kalah lagi dok memekak tak sudah-sudah.. esok Be End buat pilihanraya join lagi.. sampai kemati la nampaknya dok kena bohong dengan Be End.. kah kah kah kah... Be End memang penipu, pembohong dan pembelit.. tapi Pakatan Rakyat yang bodoh tak sudah-sudah... kah kah kah kah.. pegi jahanam la.. malas nak layan orang bodoh ni... kah kah kah kah..

Saturday, April 16, 2011

BOSAN DENGAN POLITIK - REHAT KAN OTAK

Bosan ahh.... keputusan rasmi belum diumumkan ... masing-masing mengaku mereka menang. Pesen lama jugak...

Baik kita main Dam Aji.... lagi best..

Kalau BN kalah.... confirm pintu istana Sarawak tutup... Baru Bian takleh angkat sumpah as Ketua Menteri baru... jangan tak tau perangai BN.... Najib bawak turun fulus 16 juta.... beli wakil rakyat yang menang...

LAGI DARI PRN SARAWAK


3.00 petang – Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, terdapat pegawai SPR didapati menyerahkan risalah BN kepada pengundi setelah mereka menyemak senarai daftar pengundi di Tudan, SM Baram.

2.40 petang – MESEJ PAKATAN RAKYAT: BN akan menjalankan operasi hitam penipuan antara pukul 3 hingga pukul lima petang. Petugas-petugas diminta pantau kehadiran pengundi-pengundi yang datang mengundi dan kelihatan meragukan dan berhat-hati dalam 3 jam terakhir.

2.15 petang – Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, KEADILAN memenangi kerusi N34 Krian dengan majoriti kira-kira 3,000 undi.

2.00 petang – N31 Layar- Keputusan tidak rasmi di saluran SK Batu Genting: KEADILAN 74, BN 48, SNAP 6 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)



1.35 tengah hari – N70 Ba’kelalan: Keputusan tak rasmi KEADILAN 596, BN 525

1.30 tengah hari – N53 Kakus: Keputusan tidak rasmi saluran SK Barau, KEADILAN 106, BN 57, Rosak 3 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

1.10 tengah hari – N31 Layar: Keputusan tidak rasmi sehingga kini KEADILAN – 55 , BN – 16 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

1.05 tengah hari - N53 Kakus – Keputusan tidak rasmi: Saluran di SK Kuala Penyarai- KEADILAN 122, BN 70, PCM 1, bebas 5, rosak 1. (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

1.00 tengah hari - N52 Tamin – Keputusan tidak rasmi: Saluran di Rumah Tujoh Bejait Ulu Oya : KEADILAN – 113 , BN – 38 , undi rosak – 5. (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

12.50 tengah hari – Keputusan tidak rasmi di N53 Dun Kakus – Saluran di Sekolah Kebangsaan Kuala Penyarai- KEADILAN 122, BN 70, PCM 1, bebas 5, rosak 1. ( sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)

12.45 tengah hari – N31 DUN Layar, Daerah mengundi Bungkang : PKR 28 BN 8. Daerah mengundi Pelepok : KEADILAN 27 BN 8 (sumber: Twitter Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali).

12.40 tengahari – Pengiraan peti undi di saluran yang sudah ditutup bermula jam 12 tengahari tadi.

Di N70 Dun Ba’kelalan, secara tidak rasminya calon KEADILAN, Baru Bian mendahului dengan 245 undi dan BN 223 undi . Undi rosak adalah sebanyak tiga undi.

PETUGAS PAS MENINGGAL DI PRN SARAWAK


Lintas lansung PRN Sarawak:

3pm: Calon Sibu DAP bagi Pelawan, David Wong mendakwa berlaku kejadian membeli undi di Bahagia Jaya - kawasan pinggir bandar berpenduduk Iban dan Melayu - di mana ribuan pemilih akan mengundi hari ini.

“Saya telah diberitahu bahawa orang ramai beratur untuk mendapatkan wang, tetapi saya tidak panggil polis,” katanya, sambil menambah, usaha itu hanya sia-sia kerana perkara itu sukar hendak dibuktikan.

Pelawan merupakan kawasan bandar berpenduduk majoriti Cina dengan pengundinya terdiri daripada 89 peratus Cina ,7 peratus Melayu dan 4 peratus Iban.

Calon BN, Vincent Goh Chung Siong dari BN-SUPP menang dengan majoriti besar 8, 445 undi pada 2001, tetapi ia kemudiannya menjunam kepada 263 undi pada 2006.

Dalam pilihan raya kecil parlimen Sibu tahun lalu, calon BN SUPP kalah dengan 5,600 undi.

Ramai yang meramalkan BN mungkin kalah kerusi tersebut.

2.50pm Seorang petugas PAS, Mohammad Izan Yaakob, telah meninggal dunia secara mengejut di bilik gerakan induk PAS, dekat Pusa di Beting Maro tengahari tadi. Alfatihah.

Ia berlaku, ketika Mohammad Izan dari Machang, Kelantan, sedang berbual di bilik gerakan tersebut.

2.45pm: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hampir dua pertiga atau 1,038 pusat pengundi telahpun ditutup setakat jam 1 tengah hari ini dan kebanyakannya adalah di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menurutnya walaupun kawasan terbabit telah ditutup awal iaitu seawal jam 9 pagi namun proses pengiraan undi hanya boleh dilakukan bermula jam 12.30 tengah hari ini.

SPR juga, katanya, yakin jumlah yang keluar mengundi selepas waktu tengah hari ini bagi semua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka melepasi 50 peratus.

1.56pm: Kuching (Batu Lintang) Satu palam elektrik di pusat mengundi Maksab berasap, menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup sementara pusat itu. Sebuah kereta bomba dilihat beredar dari pusat tersebut yang mempunyai 559 pengundi. Pusat itu dijangka dibuka semula setengah jam lagi. Ejen pengundian menganggarkan separuh daripada pengundi sudah keluar mengundi.

1.40pm: Miri. Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, mengesahkan secara tidak rasminya, jumlah pengundi muda yang keluar mengundi di dua kerusi yang ditandingi DAP - Pujut dan Piasau - hanya 40 peratus sehingga jam 12 tengahari, lebih rendah berbanding dengan pengundi dewasa.

“Kami telah menghantar SMS meminta mereka keluar mengundi," katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.

1.20pm Stesen radio berbahasa Cina milik kerajaan - Ai FM - melaporkan kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi.

1.15pm Pengiraan undi di kerusi yang ditutup awal, menunjukkan PKR mendahului di Layar, Meluan, Kakus, Tamim, Jepak, Tasik Biru, dan Ba'Kelalan. BN mendahului di Saribas.

1pm: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 21.71 peratus atau 233,134 pengundi telah keluar mengundi setakat pukul 12 tengah ini.

12.49am: Keputusan tidak rasmi dari ibupejabat PKR:

Kakus

PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1


Tamin

PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kawasan majoriti Iban itu, nampaknya undi beralih kepada Pakatan. Tetapi ia adalah keputusan awal tidak rasmi.

12.25pm: Satok (Kuching): Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Satok dengan diiringi penyandang kerusi tersebut, Datuk Abang Johari Abang Openg. Turut mengiringi beliau ialah kira-kira 20 orang, termasuk mereka yang sebelum itu memberitahu ejen PKR supaya "balik kampung".

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mengunjungi kawasan majoriti Melayu-Melanau pada sebelah paginya,.

Pada 2006, Abang Johari memenangi kerusi tersebut bagi kali ketujuh dengan majoriti di bawah 3,000 undi.

12.30pm: Ba'Kelalan - Ketua PKR Sarawak, Baru Bian, yang juga calon bagi kerusi Ba'Kelalan, memberitahu Malaysiakini bahawa proses pengundian bagi kerusi tersebut sedang berjalan lancar.



Menurutnya, semua pusat mengundi di kawasan itu akan ditutup pada jam 1 tengahari. Kerusi itu mempunyai 6,958 pengundi. Keputusan tidak rasmi akan diketahui selepas jam 2 petang.

Pengiraan undi telahpun bermula di pusat mengundi yang telah ditutup.

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi

12.10pm: Bukit Saban - 29 daripada 34 pusat mengundi bagi kerusi Majoriti Iban ini telah ditutup pada jam 12 tengahari

Semua pusat mengundi itu, yang terletak di rumah panjang, ditutup antara jam 11 dan 12 tengahari. Proses pengiraan undi sedang berjalan.

Bukit Saban, sebuah kerusi luar bandar di bawah kawasan parlimen Betong, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandangnya, Robert Lawson Chuat (BN-PBB), Dayrell Walter Entrie (SNAP) dan Edward Jerah (PKR).

Di pusat mengundi di SK Suri, yang hanya mempunyai 265 pengundi, "BN" paling kerap kedengaran di bilik kiraan undi, manakala "PKR" kedengaran sekali-sekala, dan hampir kedengaran 'SNAP".

Peratusan keluar mengundi ialah 79 peratus dengan 210 pengundi.

11.54am: Piasau (Miri) - Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin bermesra dengan para pengundi di SJK(C) Chung Hua Lutong yang merupakan salah sebuah pusat pengundian bagi kerusi Miri.

Pusat pengundian itu terletak berhadapan dengan pejabat Petronas, yang mempunyai kakitangan yang ramai di bandar tersebut.

Ketika ditemui, ahli parlimen Miri dari SUPP itu berkata, beliau masih tidak pasti tentang sentimen para pengundi.

"Mungkin ia akan lebih jelas pada sebelah petang ini."

11.35pm: Satok (Kuching) - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundi di SK Merpati Jepang, beberapa minit selepas pertengkaran antara pemimpin PBB dan ejen PKR berakhir.

Beliau tiba dengan menaiki kereta Rolls Royce warna perak dan berkata beliau optimistik tentang peluang BN hari ini.

Ditanya mengenai ramalan yang BN mungkin kehilangan 30 kerusi, Taib kata: "Saya akan membuktikan mereka silap."

Beliau juga menolak tanggapan bahawa beliau percaya perkara
tahyul, tetapi berkata pilihan raya negeri diadakan pada masa yang tepat.

Ketika hendak Taib beredar, dengan diiringi calon BN Satok dan timbalan presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg, sekumpulan ejen PKR smelaungkan "Reformasi!"

Sementara itu, Datuk Fadillah Yusof berkata ejen PKR tidak faham bahawa orang ramai menggunakan pintu masuk yang berbeza kerana mengundi di saluran yang berlainan di kompleks tersebut - setengahnya di sekolah rendah, manakala yang lain di sekolah menengah.

Penyokong PBB memberitahu ejen-ejen PKR supaya "balik semenanjung". Polis meminta hadirin yang telah semakin, mencecah kira-kira 50, supaya beredar keluar dari lingkungan 50 meter dari pusat pengundian.

Kecuali insiden tersebut, hari pengundian adalah tenang di Satok.

11:35am: Beting Maro - Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin PAS berpotensi besar menang di Beting Maro dan dua lagi DUN.

"Kalau tak menang, paling kurang pun undi akan meningkat (pada kita)," katanya ketika ditemui di Kampung Hilir, Pusa.

Turut ditemui ialah calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mengunjungi SJKC Chung Hua - pusat pengundian terbesar di DUN ini dengan lebih 1,000 pengundi di DUN ini.

Ketika ditemui pemberita, beliau kelihatan yakin selepas menemui sebahagian penduduk di Beladin – daerah mengundi terbesar dalam Beting Maro.

"Tidak kisahlah berapa majoriti, asal menang sudah," kata nya yang sering disapa isyarat "peace" (nombor 2).

Abang Ahmad merupakan calon nombor dua di kertas undi.

11.25am: Padungan (Kuching) - Kontroversi kecil berlaku di Sekolah Rendah Song Kheng Hai apabila pengundi mendakwa terdapat tandatangan di kertas undi. Mereka bimbang ini akan dianggap sebagai undi rosak.

Petugas DAP, Johnny Ng berkata isu berkenaan telah diselesaikan dengan pegawai pilihan raya silap menandatangani di kertas undi berkenaan.

"Dia ikut peraturan lama. Peraturan baru sekarang tidak perlu sebarang tandatangan,” kata Ng.

Menurutnya, pegawai berkenaan juga memberi jaminan bahawa sebarang bantahan berhubung perkara itu semasa pengiraan undi akan ditolak.

Sekolah ini adalah pusat pengundian bagi kerusi Padungan yang menyaksikan pertandingan antara penyandangnya Dominique Ng (Bebas), Wong King Wei (DAP) dan Sim Kiang Chion (BN).

11.05am: Beting Maro - Kebanyakan pusat pengundian sibuk sejak awal pagi ini kerana ramai menjangkakan hujan pada sebelah petang.

Tiada kakitangan atau pekerja parti yang kelihatan berkempen. Keadaan dilaporkan tenang dan lancar.

10.56am: Simanggang - DAP membuat laporan kepada polis dan SPR bahawa BN terus mendirikan 'pondok panas' di dalam kawasan pusat pengundian di SK Sri Aman Kampung Muhibbah manakala kain rentang BN juga dipasang dalam lingkungan 50km.

Pemimpin DAP, Teresa Kok yang membuat aduan itu berkata selepas mereka membantah BN bersetuju memindahkan 'pondok panas' mereka di luar kawasan larangan dan menurunkan kain rentang.

Simanggang adalah kerusi majoriti penggundi Iban yang menyaksikan pertandingan antara calon DAP Leon Donald dan calon SUPP Francis Harden. Ia dianggap kerusi kelabu bagi BN yang terletak di p[ekan kecil Sri Aman ini.

10.48am: Dudong (Sibu) - Calon DAP bagi kerusi Dudong Yap Hoi Liong mengundi di SK Bandaran Sibu No 2.

Bila ditanya siapa yang dia undi, secara berseloroh Yap berkata, "Undi saya adalah rahsia, anda pun tahu. Dengan bertanya demikian, anda sudah melakukan kesalahan pilihan raya."

Beberapa pengundi memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada DAP.

Ketika hendak keluar, Yap terserempak dengan pencabarnya dari SUPP, Tiong Thai King, yang ahli parlimen Lanang.

Ketika ditemui, Tiong enggan bercakap dengan pemberita Malaysiakini.

admin: Sejumlah 213 orang calon ber tanding bagi merebut 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri Sarawak yang ke 10

9:31 prkpas:
N24 Beting Maro - Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka.

Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro. Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.

9:29 prkpas:
N24 Beting Maro – Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai.

9:18 admin:
N3 Tanjong Datu - Calon PAS berada di UPU Seling, Sekolah Kebangsaan Bumiputera Lundu. Seramai 904 pengundi berdaftar yang layak mengundi di sana.

9:17 prkpas:
N22 Sebuyau : Cuaca di Dun Sebuyau dilaporkan mendung.

Terdahulu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR, meluluskan peruntukan sejumlah RM45 juta bagi mengadakan pilihan raya negeri Sarawak kali ini untuk keperluan logistik. (24 helikopter, 4,124 kenderaan pacuan empat roda, 919 perahu panjang dan 63 bot laju)

8:40 prkpas:
Tidak terkecuali pasukan Unit Amal PAS yang siap siaga untuk bertugas mengawal keselamatan petugas parti, bilik gerakan dan pengundi.

8:39 prkpas:

Petugas jentera PAS sudah mula mengambil posisi kerja masing-masing sejak awal pagi lagi. Mereka kelihatan bersemangat bertugas bagi memenangkan calon PAS.

8:38 admin:
N3 Tanjong Datu - Calon PAS, mula bergerak meninggalkan pusat mengundi dan menuju ke UPU Perigi. Seramai 151 pengundi berdaftar di UPU Perigi.

8:34 prkpas:
N24 Beting Maro : Calon PAS sedang melawat di pusat membuang undi SMK Beladin
Saturday April 16, 2011 8:34 prkpas

8:34 admin:
N3 Tanjong Datu - Calon PAS berada di UPU Pueh. Suasana tenang dan sehingga kini lebih 150 orang daripada jumlah pengundi 416 sudah membuang undi di UPU ini.

8:29 prkpas:
Setakat suku keempat 2010, seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

Daripada jumlah itu, 961, 433 adalah pengundi biasa manakala 18,363 pengundi pos.

8:25 prkpas:
Untuk pilihan raya Sarawak kali ini membabitkan 1,749 pusat mengundi dan 2,561 saluran pengundian.

8:13 admin:
N3 Tanjong Datu - Calon PAS sedang menuju ke UPU Sebat. Ada seramai 380 pengundi berdaftar yang layak mengundi di sana.

8:05 admin:
N3 Tanjong Datu - Calon PAS Nani Sahori melawat UPU Sematan. Jumlah pengundi di UPU Semantan seramai 817 orang

7:49 admin:
N22 Sebuyau - Perlawanan tiga penjuru
1. Haji Adam bin Ahid (PAS)
2. Julaihi Narawi (BN-PBB)
3. Ali bin Semsu (Bebas)

Pilihan raya negeri 2006, menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek. Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448 undi.

Jumlah Pengundi: 8,042
Malay/Melanau: 64.26%
Chinese: 3.85%
Iban: 31.77%
Bidayuh: 0.11%

7:48 prkpas:
Statistik Pengundi Muara Tuang:

Jumlah Pengundi: 18,820

Malay/Melanau: 52.65%
Chinese: 15.63%
Iban: 18.85%
Bidayuh: 11.45%
Others: 0.42%

7:46 prkpas:
N15 Muara Tuang : Pada 2006, Ali menang di DUN dengan mendapat 7.863 undi menewaskan calon PKR, Abang Ibrahim Abang Othman (1,536 undi) and calon bebas, Jong Nyuk Chan (415 undi).

7:46 prkpas:
N15 Muara Tuang : Noraini hampir menang percuma di DUN ini semasa sesi penamaan calon tempoh hari apabila Ali gagal mengemukan penyataan kewangan pilihanrayanya bagi tahun 2006 sebelum tempoh penamaan tamat.

7:43 prkpas:
N15 Muara Tuang : PAS meletakkan calon wanita di N15 Muara Tuang, Noraini Hamzah yang akan menghadapi tentangan dari BN-PBB yang diwakili oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.

7:37 admin:
N20 Sadong Jaya - perlawanan tiga penjuru
1. Abang Eddy Alyanni bin Abang Fauzi (PAS)
2. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
3. Mahayudin Wahab (Bebas)

PRN 2006, calon BN-PBB Wan Wahab Wan Sanusi menewaskan calon PKR, Plee Ling dengan majoriti 858 dengan mendapat 2,715 undi berbanding 1,857 undi yang diperoleh oleh Plee.
Jumlah Pengundi: 7,656 Malay/Melanau: 82.84% Chinese: 7.64% Iban: 9.42% Orang Ulu: 0.01% Others: 0.09%

7:31 admin:
N3 Tanjung Datu - Statistik Pengundi:

Jumlah Pengundi: 7,936
Malay/Melanau: 53.06%
Chinese: 19.63%
Iban: 17.34%
Bidayuh: 9.97%

7:29 admin:
N3 Tanjung Datu - Pada pilihan raya negeri tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).

7:24 admin:
N3 Tanjung Datu - perlawanan tiga penjuru
1. Tan Sri Adenan Satem (BN)
2. Nani Sahori (PAS)
3. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)

7:22 prkpas:
Pada pilihan raya negeri 2006 sebelum ini N24 Beting Maro dikuasai BN melalui calon mereka Bolhassan Haji Di.

7:21 prkpas:
Beting Maro mempunyai komposisi kaum Melayu/Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%.

7:15 prkpas:
Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN, Razaili Gapor sekaligus menyaksikan perlawanan satu lawan satu bagi Dun Beting Maro.

7:03 prkpas:
Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini bakal menyaksikan 5 kerusi DUN yang dipertandingkan PAS iaitu N3 Tanjung Datu, N15 Muara Tuang, N20 Sadong Jaya, N22 Sebuyau dan N24 Beting Maro.









Friday, April 15, 2011

PENGUNDI DI SARAWAK TERUS BERPESTA








GAMBAR ATAS MIRI, BAWAH LIMBANG

KUCHING

KUCHING

KUCHING

MIRI BELAKANG STAGE

KUCHING

MIRI

KUCHING

Ini bukan di Tunisia!! Ini bukan di Dataran Tahrir Mesir!! Ini di Bumi Kenyalang!! Bumi Borneo yang dahagakan nikmat sebuah negara milik rakyat !!

Salut kepada warga Sarawak yang berdiri sepanjang ceramah !! Semangat untuk berubah !!

Macam ini punya crowd, BN menipu pun boleh tumbang !!

Tumbang BN!! Tumbang Taib!!

Sampai lah masanya untuk satu kerajaan baru lahir di bumi Kenyalang !!

UBAH SARAWAK !!

APAKAH KESUDAHAN PRN SARAWAK


Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun Sarawak. Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi. Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) – iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.


Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba’kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Daripada keputusan di atas yang diramalkan, boleh dikatakan pembentukan kerajaan Sarawak adalah tergantung kerana kedua-dua parti terbesar iaitu BN dan PR gagal memperolehi undi mudah iaitu 36 kerusi. Oleh itu, kerusi yang dimenangi oleh SNAP yang kebanyakannya dari kawasan Iban dan Bidayuh dijangka menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan campuran.

Sekiranya situasi ini benar-benar berlaku, hubungan renggang antara PKR dan SNAP pada hari ini bakal mengundang masalah bagi kedua-dua parti ini bekerjasama.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis. Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Thursday, April 14, 2011

BEREHAT SEJENAK, RELEKS KAN OTAK-4

GAMBAR-GAMBAR
CERAMAH & SANTAI DARI KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT DI SARAWAK


























Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA