Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label PERPADUAN. Show all posts
Showing posts with label PERPADUAN. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

MELAYU - DAP KINI SUDAH MESRA ALAM






Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

“Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan UMNO lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya.

Menurutnya, UMNO cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan.

Beliau menjelaskan ini tidak bermakna beliau menyeru orang Melayu menyertai DAP kerana ia terpulang kepada hasrat hati masing-masing dalam arena demokrasi sebenar yang memberi kebebasan memilih parti.

Menurutnya, hubungan di antara DAP dan PAS semakin erat umpama aur dengan tebing kerana kedua-dua parti memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Mohamad berkata, bukti ketelusan DAP telah ditunjukkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng setelah mengambil alih Pulau Pinang dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) sehingga negeri itu membangun dengan pesat sekali sejak tiga tahun lalu.

“Dari sudut menjaga harta awam, Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP lebih hebat, dari sudut memisahkan perniagaan peribadi dan pentadbiran kepentingan rakyat. Ini berbeza sekali dengan negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional,” katanya kepada Roketkini.

Tambahnya, ketelusan dan kejujuran wakil-wakil rakyat DAP dapat dilihat apabila mereka hanya bergantung kepada elaun wakil rakyat semata-mata tanpa meminta-minta projek.

“Apabila memerintah, mereka tidak mengambil peluang untuk mencuri duit rakyat seperti mana pemimpin UMNO buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan makan malam DAP Selangor bersama Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu di Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam tadi.

Hubungan erat yang terjalin antara Mohamad dan Guan Eng bermula apabila kedua-duanya ditahan oleh kerajaan BN mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1987.

Menurut Mohamad, hubungan akrab mereka begitu kukuh sehingga beliau dan Guan Eng membahasakan diri sebagai abang dan adik.

Bagaimana pun, jelas beliau, bukanlah bermakna beliau mengagungkan DAP atau merendahkan PAS, seperti mana yang dimainkan media milik UMNO serta blogger upahan mereka.

“Saya hanya katakan yang benar. Dalam DAP dan PAS, ada orang baik, ada orang kurang baik. Ramai yang baik dari yang kurang baik.

“Dalam PAS, kita ada pemimpin yang hebat seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau juga mementingkan rakyat, membina masyarakat, bukan mengaut kekayaan peribadi.

“Kita mahu suatu hari nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Nik Aziz dan Guan Eng,” katanya. – Roketkini.com

Sunday, March 13, 2011

PERPADUAN - APAKAH ASAS PENGUKUHAN YANG DIPERLUKAN?


Buku Jingga - UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA - Dasar bersama Pakatan Rakyat ( Gagasan PKR, PAS dan DAP ) jelas telah menyaringkan keperluan perpaduan dan keadilan sosial dalam masyarakat di Malaysia. Antara 6 intipadi dalam urusan ini cuba kita lihatkan kepada: 1- Menggubal Akta Perhubungan kaum bagi menjamin kerukunan dan kerhamonian rakyat serta tiadanya lagi diskriminasi antara kaum. 2- Memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan citra unggul yang boleh diterima semua kaum. Ini memerlukan sikap terbuka terhadap keperlbagain budaya yang dianuti pelbagai kaum dan puak di Malaysia. Pakatan Rakyat akan melakukan semua ini dengan mengambil kira sejarah dan evolusi negara ini.

Tapi bagi UMNO perpaduan adalah satu proses untuk mengembalikan keperdayaan rakyat terhadap parti mereka bukan ke arah " perpaduan " sebenarnya. Apakah yang berlaku kepada kepimpinan PAS zaman Tun Razak dulu masih lagi menjadi igauan kepimpinan PAS, kerana seperti TGNA, TGHHD masih hidup bagaimana PAS di teranjang keluar oleh UMNO selepas mereka dapat mengembalikan suara rakyat, perpaduan diperlukan semasa kejadian 13Mei 1969.i

Sejarah bagaimana UMNO memecah belahkan PAS masih dalam ingatan, bagaimana ujudnya HAMIM, BERJASA di Kelantan satu ketika dulu. Jadi atas kesimpulan itu bolehkah dipercayai lagi keikhlas UMNO itu?

Kalau diperhatikan " penjajaan perpaduan " ini di kuatkan oleh UMNO sebaliknya, bagi pihak PAS tak ada apa-apa reaksi nampaknya. PAS telah memutuskan dan perlu di patuhi dengan keputusan muktamar-muktamar yang telah lepas iaitu TIADA penggabungan atau perpaduan denganUMNO akan diwujudkan. Ini telah dipersetujui dari peringkat pemimpin atasan hinggalah kepada ahli bawahan PAS.

Bagaimana pun semua pihak masih memainkan peranan ke arah Perpaduan ini, ianya jelas dengan tulisan satu artikel oleh Saudara Mior Kamarul Shahid dalam BH atas tajuk “Roh Perpaduan Melayu” Rupa-rupanya ada roh benda yang bernama perpaduan ni ye!

Tapi kekuatan kepada perpaduan adalah perlu teguh kepada Kefahaman Keislaman, kerana bagi PAS perpaduan antara PAS dan UMNO hanya akan zahir jika UMNO dapat menukar arah perjuangannya. Ini dijelaskan olehTok Guru Nik Aziz dan dah banyak kali bercakap dan " menegaskan bahawa UMNO ni kalau nak bergabung dengan PAS maka WAJIB UMNO tukar dasar partinya daripada sekular kepada Islam ". Kalau dasar parti UMNO itu Islam maka baru boleh bergabung dengan PAS. Kalau selagi dasar UMNO sekular dan perjuangan hanya untuk bangsa Melayu maka TAK BOLEH BERGABUNG.

Kenapa agaknya penggabungan antara UMNO dan PAS amat sukar di laksanakan? sedangkan orang UMNO tu Melayu dan PAS juga Melayu, Habis kalau dah sebangsa tak kan tak boleh bergabung? Rata-rata orang UMNO adalah orang Melayu dan orang PAS juga Melayu, walaupun ramai juga orang Cina Islam dan India Islam menjadi ahli PAS. Tapi ahli-ahli UMNO di Sabah sudah ada yang bukan Melayu dan sudah tentu tidak Islam.

Tapi di Malaysia ni apabila disebut sahaja orang Melayu maka ia adalah Islam! Betul ke? Betul ke orang Melayu ini Islam? Apakah kekuatan KeIslaman ini terletak kepada MELAYU sahaja sedang yang dituntut oleh Islam di abaikan, ada kalangan orang Melayu yang dikatakan Islam tidak solat 5 waktu sehari semalam, minum arak, berjudi, berzina, jadi bapa ayam dan macam-macam lagi perkara maksiat yang dilakukan sebagai rutin harian mereka. Apakah mereka ini PENGANUT ISLAM?

Penganut dan mereka yang menjiwai sudah tentu tahu kaitan dengan dosa dan pahala, sudah tahu bahawa amalan rasuah, kronisma serta menzalimi dan menindas bangsa sendiri dan bangsa-bangsa yang lain ADALAH DI LARANG ( HARAM ) Penganut Islam berciri-cirikan mereka yang menurut perintah, pengamal kepada hukum yang di wajibkan seperti menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,menjauhkan diri dari perbuatan maksiat serta tidak mengamalkan cara hidup maksiat, rasuah dan sebagainya. Orang Islam juga perwatakannya lemah lembut, merendah diri dan jika menjadi pemimpin adil kepada semua kaum.

Kalau boleh kita ambil contoh apa yang dilaksanakan sepanjang pemerintahan TGNA selama hampir 20 tahun di Kelantan, beliau melaksanakan sistem pemerintahan yang dituntut oleh Islam dengan bertemakan " Membangun Bersama Islam ". Kita lihat tiada setitik rasuah pun yang berlaku malah kerajaan PAS Kelantan berlaku adil lagi kepada semua kaum, bangsa dan agama. Berapa kali SPRM cuba nak menyiasat kononnya ada berlaku rasuah dalam Kerajaan PAS di Kelantan tetapi tidak berjaya. Ini barulah “Islam Adil Untuk Semua”. Dari sudut ketirisan ianya di sahkan oleh Lembaga Odit Negera sendiri, Kelantan bersih dari rasuah dan ketirisan tersebut.

Kalau kita perhatikan, " Keislaman " kita ( orang melayu ) adalah Islam baka atau keterunan, dan apabila lahir saja dari kandungan ibu yang Melayu terus kelahiran tersebut di sah sebagai penganut Islam, dan ia tidak seperti bangsa lain India, Cina yang perlu " melafazkan " akad dari sama ada kadi mau pun tom Imam yang mengislamkan mereka, dan mereka perlu berakad dengan mengucap 2 kalimah syahadah, contoh seperti kalau kita melaksanakan tuntutan Islam yang lain, jika jual beli ada akad, nikah kahwin ada akad, bayar zakat ada akad, maka di mana akad orang Melayu masuk Islam?. Apakah sekadar laungan azan atau qamat di telingan bayi yang baru lahir itu sahaja? hatta anak yang dilahirkan melalui proses termengandung pun kalau dilahirkan ianya Islam.

Dari sudut pemahaman Islam, benarkan semua orang Melayu faham dan menjadi penganut kepada Islam, atau apakah " baka " menjadi perantaran kepada kemestian setiap Melayu itu Islam? kalau di ikutkan baka, kalau baka baik insyaalah lahirlah zuriat yang baik tapi bagaiman kalau baka dari yang tak baik, contohnya kelahiran mereka dari proses " termengandung ?" apakah baka ini baik?

Cuba lihat berapa ramai orang Melayu, muka Melayu bercakap Bahasa Melayu tapi ugama Kristian atau Hindu dan ada sebahagiannya pula tak berugama atau tak percaya pada wujudnya tuhan (Atheis). Di Pulau Bali orang Melayu rata-ratanya beragama Hindu. Jual mee ayam, sate atau bakso pakai songkok dan berkain pelikat lagi tapi ugamanya Hindu. Maka di mana nak diletakkan kedudukan ayat yang mengatakan orang Melayu itu mesti beragama Islam dan orang Islam itu Melayu.

Mungkinkah alasan tersebut yang menyebabkan PAS memaksa UMNO untuk mengubah cara hidup untuk bergabung atas dasar " Perpaduan " Mungkinkah sebab-sebab tersebut juga yang menghalang perpaduan yang diimpikan oleh UMNO. PAS dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi sebulat suara mengatakan tidak boleh selagi UMNO tak ubah dasarnya kepada Islam. Memang benar bukan semua Melayu itu Islam dan Penganut Islam tak semestinya Melayu.

Saturday, February 26, 2011

PERKASA - LOBI UNTUK KERUSI DI PRU 13





Satu Perhimpunan Perkasa telah diadakan di Pulau Dato Sagor, Kampong Gajah, pada 26 Feb. 2011 dengan tetamu undangan Tun Mahathir sendiri. Kehadiran memang menggalakan, dan ratusan buah bas sewaan memenuhi ruang kiri kanan jalan dari persimpangan 4, Kg. Gajah sehingga ke Kg. Pulau Juar. Kehadiran boleh dikatakan dari seluruh negeri Perak, dan ada sebuah bas di datangkan dari Thailand.

Perkasa Perak di naungi oleh Tan Sri Ramli bin Ngah Talib, beliau juga turut sama di majlis tersebut, serta dianggarkan 10ribu jemputan hadir.

Melayu perlu bersatu, Melayu perlu berganding bahu, Melayu perlu mempertahankan tanah air, dan entah apa lagi yang perlu di laksanakan oleh Melayu. Apakah sudah 53 merdeka dan memerintah negara Orang Melayu masih ketinggalan? Kalau benar ketinggalan apakah yang dibuat oleh pemimpin yang diterajui oleh UMNO selama melebihi setengah abad, bermula dari Tengku Abdul Rahman Putra sebagai PM pertama kini Najib sebagai PM ke 6. Adakah Melayu terus "terkebelakang " di buminya sendiri?

Macam-macam dasar digubal, contohnya DEB ( Dasar Ekonomi Baru ) dan ianya bermatlamatkan 30% kejayaan perlu ada pada Orang Melayu? Kelahiran DEB adalah " hasil " tragedi ngeri yang berlak di kalangan bangsa yang ada - 13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam di negara kita.

Kenapakan " perpaduan " Melayu dilaungkan apakala UMNO tersepit dengan kedudukan pemerintahannya? Lihat bagaimana keujudan Barisan Nasional ilham Tun Razak, ianya ada kaitan dengan peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969. PAS turut sama dalam gagasan tersebut, tapi bila sudah senang PAS ditendang keluar, apakah tragedi sabagini perlu di sandarkan dengan apa yang berlaku " tsunami " politik iaitu PRU12 pada 2008, di mana hasilnya BN / UMNO gagal untuk memperolihi 2/3 majoriti dan 5 negeri terlepas ke pembangkang?

Apakah hanya dengan Ketuanan Melayu, Melayu akan terjamin? Mestikah pula dengan memastikan kepimpinan di terajui oleh UMNO sahaja Melayu boleh " selamat ".

Kini dipecat dari UMNO

Dato Ibrahim Ali ( gambar ) - Ahli Parlimen Pasir Mas, menang pada 2008, atas lambang PAS dan bertindak sebagai wakil bebas, lepas itu hentam dan gigit semula orang yang beri laluan kepada beliau apakah ini sama dengan " melepaskan anjing tersepit - kita di gigitnya semula " beliau bersama-sama dengan Dato Tajuddin Abdul Rahman ( gambar bawah ) dua-duanya adalah orang Tengku Razaligh Hamzah semasa pertandingan Priseden UMNO pada 1987, mereka menentang Mahathir, Mahathir menang dan kedua-dua mereka bersama Tengku Razaligh menubuhkan Semangat 46. - akhirnya parti ini bungkus, dan kesemua mereka kembali dalam UMNO.

Dato' Tajuddin Abd Rahman

Dato Tajuddin Abdul Rahman - Ahli Parliment Pasir Salak.

Bagi Dato Tajuddin, pernah satu ketika semasa memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak tertangkap di Genting Highland. Kemudia tertangkap juga mainan politik wang dan digelar " six million dollar man " dan digantong keahlian UMNO selama 6 tahun. Dan akhirnya kembali dan pernah diberikan kepercayaan sebagai ADUN Kg. Gajah, dan penggal berikutnya sebagai Ahli Parlimen Pasir Salak.

Perhimpunan PERKASA hari ini jelas cuba memperlihatkan bagaimana UMNO boleh menerima semula Ibrahim Ali dan diamanahkan satu kerusi semasa PRU13 nanti, dan bagaimanan pula memastikan kerusi Pasir Salak terus menjadi hak milik Tajuddin Abdul Rahman.

Friday, July 10, 2009

PERPADUAN NASIONAL

Bagaimana perpaduan dapat di laksanakan di Malaysia terutama kalangan orang Melayu yang kini melihat perpaduan amat perlu tapi pada waktu sama fahaman politik juga menjadi penghalang kerana fahaman yang berbeda antara satu sama yang lain, khusus kepada orang PAS dan orang UMNO juga dikaitkan dengan orang melayu di PKR.

Untuk melihat isu ini dengan perspektif perpaduan sebenar ialah dengan:

1- Perpaduan harus di asaskan atas keikhlasan dan bukan kerana kepentingan politik khususnya semasa tersepit, iakan dinilai orang ramai sebagai sesuatu yang terdesak ( kepada UMNO )dan kini PAS tidak berada dalam keadaan tersebut.

2- Perpaduan harus berada pada tapak yang kukuh, tidak guna bercakap tentang muzakarah kalau keutamaan bagi menjayakan perpaduan itu tidak dibereskan dahulu seperti kebebasan akhbar, ketelusan dan integriti yang boleh menjaim muzakarah itu segar dan berkembangan secara sihat. PAS komited bersama Pakatan Rakyat untuk membentuk asas penting ini.

3- Isu islam dan Melayu bukan masalah orang melayu dan Orang Islama semata-mata kerana isu ini termaktub dalam Perlembangaaan Persekutuan Sebagai rakyat malaysia perlembagaan persektuan adalah tanggungjawab bersama semua kaum di negara ini wajib membelanya atas semangat Perlembagaan.

4- Berhenti daripada mempolitikkan isu muzakarah kerana semangat muzakarah adalah mencari kebenarana bukan mencari kelebihan politik, bersetuju terhdap sesuatu tidak semestinya bersetuju segala-galanya.

5- Semua pihak seharusnya menunjukkan komitmen yang ikhlas untuk mereformasi partinya dahulu sebelum bercakap untuk memperbaiki keadaan. Setakat ini kedudukan UMNO dan BN secara berorganisasi berada dalam keadaan berpecah belah, bagaimana ia mampu membawa mesej perpaduan.

6-Tunggak bagi menjamin perpaduan sebuah bangsa ialah kerajaan yang memiliki sistem kehakiman yang berwibawa, sistem demokrasi yang telus dan sistem politik yang bertanggujawab, hanya dengan tunggak ini perpaduan akan jadi lebih diperlukan untuk semua pihak menjayakan cita-cita murni ini.

Slogan " PAS untuk Semua " akan terus menjadi semangat kepada kami untuk memperjuangkan masa depan negara yang kita cintai ini.

Dr. Muhajid Yusuf Rawa
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat
Ahli Parliman Parit Buntar

Petikan dari Buku
Wajah Baru Politik Malaysia

Saturday, June 20, 2009

NA - SENSITIF KEPADA SEJARAH

UG - Kerajaan Perpaduan yang disuarakan kini telah menjadi penyakit laksana sebuah gunung berapi yang sedang meluahkan lahar serta asap tebal untuk meletup, Kepimpinan PAS sedang berperang antara satu sama lain, peperangan yang berlandaskan sejarah yang telah berjaya menyemput dan menyinkirkan PAS satu ketika dulu semasa UMNO tenat, tragedi 13Mei yang mengakhirkan zaman Tengku dan di ambil pula oleh Tun Razak. Kini zaman anakandanya pula cerita yang sama sedang di usahakan?

Kenapa agaknya Nik Aziz di tahap yang mendidih suhunya untuk mempertahankan agar bekerjasama dengan UMNO cukup tidak disengani?, sejarah silam yang mendukacitakan jangan diulang lagi. TGNA amat keciwa sampai waktu ini, sampai hampir 20 tahun memerintah Kelantan, BN terus menganak tirikan Rakyat kelantan, semua prasarana yang sapatutnya menjadi hak milik rakyat dan kerajaan negeri dinafikan.

Gran Perkapita di lambat-lambatkan, minyak yang digrudi dalam Kelantan, tapi dipunggahkan ke negera lain, apakah ini cara-cara mereka untuk sedia menjalinkan persefahaman, adakah BN sedar, majoriti penduduk di Kelantan adalah seagama, sebangsa dan jenazah akan disemadikan di kawasan tanah perkuburan yang sama, tapi kenapa mereka terus berhasad dengki dengan Kelantan.

Memang sepatutnya NA, memerahi Tim. Presiden, mungkin beliau tidak membaca sejarah keperitan yang dialami oleh PAS di Kelantan. Jadi kepada YB Nasharuddin perlulah merendahkan diri tapi bukan untuk menjadi hampa kepada orang lain. Fikirkan betapa teruk dan sengsaranya pemimpin dulu untuk membangunakan sebuah negera yang sentiasa di zalami oleh kerajaan pusat. Apakah kini YB Nasharuddin sudah mula naempak dan ada rasa keinginan bersama BN. Betul kata NA - nak bersama mereka pergilah tapi jangan heret PAS.

Kenapa PAS mempelawa Perpaduan - sedangkan yang tenat UMNO - sepatutnya UMNO yang merayu untuk perpaduan bukan PAS ( PR ). Apa yang penting perkuatkan PR, teruskan usaha untuk memastikan PRU 13 menjadi garis penamat kepada BN. Teruskan perjuangan.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA