Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label ANALISA PRU13. Show all posts
Showing posts with label ANALISA PRU13. Show all posts

Monday, June 10, 2013

KINI - PARLIMEN KENAL PASTI HAK PR



KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP.

"Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya.

Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara.

Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR.

Berikut adalah parlimen yang terlibat dengan petisyen:

Difailkan oleh PKR

1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

Difailkan oleh PAS


1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

Difailkan oleh DAP

1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis

Sunday, June 2, 2013

LOMPAT - APAKAH BENAR AKAN BERLAKU LAGI?


IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak tidak bersetuju sama sekali jika benar ada Adun BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan BN negeri Perak.

“Kami berharap kepimpinan Pakatan tidak mengulangi ‘kemarahan rakyat’ ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama.

“Jika ada ketidakpuasan hati Adun BN terhadap kepimpinan Zambry Abd Kadir, ianya adalah masalah di antara mereka dan tiada kaitan dengan Pakatan sama sekali,” kata Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) dalam satu kenyataannya.

Beliau mengulas ura-ura beberapa Adun BN mahu meninggalkan parti itu dan mahu menyokong Pakatan.

Tahun 2009 lalu, tindakan melompat parti seorang Adun BN menyebabkan dua Adun PKR dan satu Adun DAP meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ia telah menyebabkan kerajaan Pakatan Perak jatuh selepas 11 bulan dibentuk.

Ramai bimbang, jika Adun BN diterima lagi, peristiwa itu akan berulang.
 
harakah

Friday, May 31, 2013

SAH MCA TIDAK MINAT DENGAN BN

Kini sah MCA sudah tidak lagi BERMINAT untuk bekerjasama dengan UMNO / BN.
 
Tujuh belas anggota MCA Bahagian Gelang Patah pada Khamis meletakkan jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusinya Jason Teoh berkata mereka melibatkan tiga anggota Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah, lima ketua kampung, seorang pegawai kerajaan tempatan dan perumahan, dua pegawai kebajikan serta enam anggota lembaga pelawat Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail.

"Keputusan peletakan jawatan itu bagi menghormati resolusi MCA yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini.

"Kami terima keputusan pilihan raya itu dan akan mengikut resolusi tersebut. Oleh itu, saya mengetuai rakan-rakan MCA yang memegang jawatan masing-masing untuk meletakkan jawatan secara keseluruhan," katanya kepada pemberita, di sini.

Teoh berkata Pusat Khidmat MCA Gelang Patah bagaimanapun tidak akan ditutup dan usaha membantu masyarakat tetap diteruskan.

Susulan peletakan jawatan itu juga beliau menasihatkan penduduk di Gelang Patah agar mengadu masalah masing-masing kepada anggota parlimen mereka yang baharu.

"Oleh kerana ketiadaan jawatan, mungkin kami akan mengalami masalah tertentu dan tidak secekap dahulu. Kami akan rancang cara lain untuk mendekati penduduk Gelang Patah," katanya.

Katanya MCA Gelang Patah sudah bekerja keras dalam membantu masyarakat dengan kebanyakan isu sudah diselesaikan walaupun ada kes tertentu yang gagal memuaskan kehendak mereka

Tuesday, May 28, 2013

PRU SAMA DGN MAIN BADMINTON

Berakhirnya PRU13, rakyat Malaysia sekali " memilih " UMNO / BN untuk meneruskan pemerintahan buat 5 tahun lagi. Tapi apa yang mendukacitakan ialah perubahan daya fikir sama ada pemimpin mau pun rakyat amat mendukacitakan, bukan kerana tidak menerima kekalahan untuk pembangkang tapi kepada penyokong kerajaan juga memperlihatkan betapa mereka " terdesak " untuk terus menyatakan sokongan kepada kerajaan dan cuba mematahkan pandangan dari pihak kenyataan pembangkang. Cuba kita baca dan hayati cetusan rasa di bawah ini.
 
ULASAN Semalam Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin dalam tulisan di Utusan Malaysia bertajuk 'Mitos undi popular PRU-13' telah menggunakan pertandingan badminton untuk menyangkal dakwaan Pakatan Rakyat tentang ketidakadilan sistem 'first-past-the-post' dalam pilihan raya di negara ini.
Beliau telah menghasilkan tulisan seperti yang berikut dan saya memetik:

“Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia di mana Datuk Seri Najib Tun Razak menentang Anwar, keputusannya seperti berikut:

1. Set 1 - Najib 21 Anwar 19;
2. Set 2 - Anwar 21 Najib 03;
3. Set 3 - Najib 21 Anwar 19.

"Apabila pengadil mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah keseluruhan point pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Najib hanya mendapat 45 point atau 43% daripada keseluruhan point pertandingan!”

Tulisan ini mencerminkan kejahilan Zulkifli Noordin tentang ketidakadilan sistem politik Malaysia.

Saya terkejut kerana Zulkifli Noordin tergamak menggunakan pertandingan badminton sebagai tolok perbandingan. Memang itu peraturan pertandingan badminton tetapi adakah Zulkifli Noordin tahu bahawa pengadil dalam permainan badminton perlu berlaku adil dan saksama? Adakah beliau juga tahu bahawa kedua-dua pihak yang bertanding dalam pertandingan badminton sebenarnya bermain dalam gelanggang yang sama rata dan adil (level playing field)?

Sistem pilihan raya Malaysia telah kehilangan kedua-dua aspek yang sangat penting ini untuk memelihara keadilan dan kebebasan perjalanan pilihan raya. Memang Malaysia menggunakan cara 'first-past-the-post' seperti United Kingdom, tetapi masalah di Malaysia ialah perbezaan saiz sesuatu kawasan parlimen berbanding dengan sebuah yang lain adalah terlalu besar.
Contohnya ialah kawasan parlimen Hulu Selangor yang mempunyai lebih 80,000 orang pengundi sementara kawasan parlimen Sungai Besar dan Sabak Bernam hanya separuh daripada Hulu Selangor biarpun kesemua kerusi ini terletak di kawasan luar bandar.

Selain itu, Pakatan juga tidak diberi akses yang adil dan saksama oleh media aliran utama, khususnya media cetak, stesyen televisyen dan radio berbahasa Malaysia dan Inggeris. Ini menjadikan Pakatan menghadapi masalah untuk menyampaikan dasar-dasarnya kepada masyarakat luar bandar yang rata-ratanya bergantung kepada media cetak untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan raya. Tidak perlu disebut pula masalah politik wang, pengundi-pengundi hantu dan masalah-masalah lain yang telah dan akan dibangkitkan oleh calon tertentu dalam petisyen pilihan raya mereka.

Bagaimanakah keadaan yang senget dan berat sebelah ini boleh dibandingkan dengan pertandingan badminton yang mempunyai peraturan yang jauh lebih adil? Barangkali hanya Zulkifli Noordin sahaja yang mempunyai jawapannya yang tersendiri sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak menerima bagaimana BN boleh memerintah Malaysia dengan hanya 47% undi sedangkan 51% pengundi telah memilih Pakatan.

 Lau Weng San MK

Monday, May 27, 2013

PETISYEN PRU13 BERMULA - 29 PARLIMEN TERLIBAT.

Kg. Gajah 27 Mei / 17 Rejab. setelah 21 hari kedudukan Parlimen dan DUN semua negeri-negeri di wartakan oleh SPR, dengan itu semua parti yang terlibat dalam PRU13 di benarkan membuat " bantahan " jika difikirkan mampu untuk bertindak demikian. Kepastian dari PKR salah sebuah kerabat dalam Pakatan Rakyat dari keputusan PRU13 lagi sudah menyatakan kesediaan untuk " memperotes " keputusan yang di umum kan olen SuruhanJaya Pilihanraya. 

Pengarah Strategi PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, YB. Rafizi Ramli berkata, petisyen tersebut akan difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing dan pada saat ini keputusan PRU13 melibatkan sejumlah 29 kerusi yang akan dicabar di mahkamah.

SPR_tipu

Gambar hiasan - salah satu posting 
di perhimpunan aman tersebut.

Rata-rata kepimpinan PR dan sebilangan besar NGO pro pembangkang merasa amat terkilan dengan tindakan pegawai SPR khususnya Pengerusi dan Timbalannya yang seolah-oleh bertindak untuk kepentingan UMNO. Secara sinis di depan hampir 50k para peminat " kebersihan PRU " yang berkumpul di Himpunan Kemuncak Suara Rakyat 505 di Padang Timur MBPJ Sabtu lalu. Apakah susah sangat SPR menjawab pertuduhan dari rakyat,  “Kalau rakyat beritahu ada penipuan, mereka (SPR) patut cakap: ‘baik rakyat, kami akan siasat seadil-adilnya". Atau apakah mereka sudah berminat dengan politik? “Kalau ketagih sangat nak jadi ahli politik, letak jawatan sekarang juga, jangan jadi Timbalan Pengerusi SPR,” bidas Rafizi, dipetik media.

Bagi Datu s Ambiga, Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih),  percaya kegagalan fungsi dakwat kekal sememangnya sudah diketahui SPR sebelum pilihan raya bermula.
“Sebab itulah SPR tidak mahu mengadakan demonstrasi dakwat kekal sebelum pilihan raya kerana dia sudah tahu dakwat tersebut tidak kekal,” ujar Ambiga.
 
Gagasan Pakatan Rakyat mempercayai PRU-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu adalah yang terkotor di dalam sejarah negara.

Sunday, May 26, 2013

SPR, JANGAN MEMBODOHKAH RAKYAT

 

GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR

Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.

Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

“Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.

Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut.

Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri.

Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.

YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434

UMNO - JELAS KINI " HAK ORANG KAMPONG "

Ini hanya satu dapatan dari pemerhatian bagaimana sebenarnya UMNO masa kini, apakah benar-benar UMNO rakan dalam BN sedang memperjuangkan hak rakyat khususnya Melayu? benarkan mereka sedang berusaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia? Khusus buat UMNO apakah benar UMNO kini hanya diterima oleh Melayu dan Melayu di luar bandar sahaja? Untuk itu di senaraikan beberapa hujjah untuk menguatkan keadaan UMNO masa kini.

Hasil dari PRU13 memang jelas kelihatan bagaimana UMNO sudah mula ditolak oleh kalangan masyarakat di pinggir bandar dan bandar, di mana kawasan / masyarakat di kawasan ini di monopoli oleh masyarakat yang berbilang kaum, nisbah agihan taburan pengundi pula hampir sama. Atas kemenangan tipis tersebut " kemengangan " yang tersinggung oleh Najib. Setelah debu peperangan mendap dan euporia ‘kemenangan’ mula pudar, Najib terpaksa berdepan dengan beberapa hakikat yang sangat mengugat dan menyeksa jiwanya.

Sebagai contoh " ngelabahnya " Najib dalam susunan kabinate, pembangkang berterusan mengkritik susunan Kabinet yang baru dilantik selain dari pembangkang kritikan juga termasuk dari kelompok pengamal serta pensyarah-profesor undang-undang yang mempertikaikan kesahihan kaedah melantik menteri dari kelompok senator yang belum lagi mengangkat sumpah sebagai senator. Kabinate Malaysia dengan penduduknya hanya 28 juta tapi Menterinya berjumlah 35 orang dan ianya mengatasi kabinate di Amerika Syarikat itu sendiri. Kenapa perlunya kabinate sabagini besar?

Lahirnya ‘tsunami Cina’, " Tribunal Rakyat " jelas memperlihatkan bagaimana kerajaan pimpinan Najib sudah tidak relevan lagi di Malaysia, keputusan PRU13 dengan sokongan dan dokongan SPR terus di kritik oleh Rakyat. Akhirnya lahirlah satu " tunjuk suara " oleh rakyat dengan " Blackout 505 ", malahan rakyat dapat membukitkan bagaimana penyelewengan dan salah laku yang dilakukan oleh SPR.

Persetankan ‘Tribunal Rakyat’ cadangan Bersih dan masyarakat sivil. Persetankan panggilan ‘Kerajaan Minoriti’ walaupun jelas dengan ukuran ‘undi popular’ di semenanjung dan seluruh negara. Namun seperkara yang tidak boleh dipersetankan Najib dan pimpinan UBN ialah hakikat bahawa parti dan barisan yang dipimpinnya sedang mengalami hari-hari kepupusannya (demise) dalam persaingan sengit ‘Politik Baru’. Najib UBN bukan sahaja masih hidup dalam penafian bahkan cuba menongkah arus menentang kemaraan ‘Politik Baru’ ini.

Berbalik kepada hasil keputusan PRU ke-13 mula menyelak dan memaparkan hakikat sebenarnya bahawa Najib dan UBN telah menang kerana diselamatkan oleh undi-undi Borneo yang tidak sempat di jangkiti’ ‘tsunami semenanjung’. Cuba kita lihat bagaimana kedudukan di Sarawak, peningkatan undi buat  pembangkang sebanyak 8.9%, kedua tertinggi selepas negeri Johor. UBN juga mengalami kemorosotan undi di 18 kerusi parlimen dari 31 kerusi parlimen di negeri itu. Dalam 8 kerusi etnik Dayak, BN mengalami 10 % kemorosotan undi dan Pakatan hampir merampas 2 kerusi Dayak yakni P205 Saratok and P220 Baram. Bukan setakat di Sarawak, Sabah. BN mengalami kemorosotan undi di 19 dari 26 kerusi parlimen. Dalam 7 kerusi majoriti bumiputera yang dimenangi BN, kesemua mengalami kemorosotan undi sebanyak 10%. Sangat menyeksa.

Melalui statistik tersebut kini jelas pengundi di kawasan masyarakat majmok, UMNO sudah di hilangkan kepercayaannya. Kini UMNO / BN seolah-olah menjadi ‘parti kampong’ atau parti yang hanya kuat di kampung-kampung tradisi Melayu, fakta-fakta berikut adalah sangat memalukan dan mengaibkan Najib. Cuba kita perehatikan dominasi pengundi di WP - daripada 13 kerusi parlimen 9 di menangi oleh PR. Sebagai satu contoh di Lembah Pantai, amat memeranjatkan di mana " The young lady - giant killer " YB Nurul Izzah buat kali kedua dapat mengalah pemimpin kanan dan UMNO. Selepas Sharizah kini Raja Nong Cik pula jadi mangsa.

Cuba kita perhatikan kemengangan UMNO / BN di beberapa buah negeri:

Selangor, Parlimen, kemenangan seperti Petaling Jaya, Ampang, Serdang, Puchong, Kelana Jaya, Gombak, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang dan Kota Raja, adalah kawasan di pinggir dan kawasan bandar, bagitu juga dengan DUN, BN, mampu menguasai ‘anjung utara’ yang merupakan ‘Malay Belt’ – Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu Selangor dan kali ini berjaya merampas kembali kerusi Kuala Selangor yang telah berubah demografi pengundi menjadi 65%-35% (Melayu-65%, 23%-India, 12%-Cina) berbanding 60-40 pada 2008 dengan N12 Jeram mencapai 80%20%: Melayu-Bukan Melayu.

Negeri Sembilan juga turut menyerlahkan fenomena ini, di mana UBN unggul di kawasan luar bandar seperti Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin sementara Pakatan kekal di kawasan Seremban dan Rasah.

Ibu Negeri, UMNO / BN gagal kecuali Kangar dan Johor Bahru, terus dikuasai Pakatan Rakyat. Ini termasuk Alor Star, Kota Bharu,  Kuala Terengganu, Tanjong, Ipoh, Kuantan, Shah Alam, Seremban, Kota Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

Atas dasar keputusan di PRU13 dapat disimpulkan rakyat kini terbagi kepada 2 kumpulan.

- pengundi kawasan luar bandar dengan capaian internet yang terhad dan masih " laparkan " pembangunan.
  dan masih tegar dengan keperluan
- Pengundi bandar dan pinggir bandar yang sangat terdedah kepada media baru-alternatif berbanding
  sogokan media UBN dan cenderung untuk menyokong agenda ‘penambahbaik demokrasi dan
  kesejahteraan rakyat’.

Rakyat memang cukup dahaga kaitan dengan " penambahbaikan pengurusan negra " sebagaimana yang di nyatakan oleh kumpulan dinamiki " politik baru ", ianya menyosong masa depan dalam laluan pembangunan politik negara, sudh tentu ianya berbeza dengan UBN, kerana bagi mereka kelompok pertama yang lebih meminati  mereka yang diluar bandar kerana golongan luar Bandar ini yang telah di’bela’ dengan ‘sogokan pembangunan’ yang sebenar-benarnya ‘tidak membangunkan minda dan jiwa mereka’ bahkan tidak juga bangunkan pendapatan sebenar (real wage) mereka.

Lagi satu kelemahan yang ada pada UMNO / BN, walau pun sudah hampir 60 tahun memerintah, tapi mereka masih mengguanakan " politik menakut-nakutkan rakyat ". Bagi generasi muda yang telah meninggalkan kampung sebenarnya telah meninggalkan legasi Politik Lama tersebut. Bagi mereka  Politik Menakut-nakutkan Rakyat dan Politik ‘Patronage’ yakni ketua-ketua yang mesti ‘disantuni’ untuk mendapat tandatangan anak-anak kampung untuk mendapat biasiswa kerajaan UBN dsbnya dan ianya bukan lagi budaya di zaman ini.

Dengan beberapa faktor yang dinyatakan dan jelas kelihatan yang UMNO masih lagi cuba mengekalkan dominasi luar bandar  dan sekali gus mereka akan cuba mengekal dominasi luar bandanya sekaligus menjadi ‘parti kampung’ untuk kekal berkuasa sementara Pakatan mesti menerobos kampung dan luar bandar untuk berjaya menawan Putrajaya dalam PRU ke-14

Saturday, May 25, 2013

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT - KDN AKUR

Itulah HAKIKAT yang Penyokong serta Penchacai Umno KENA TERIMA beb... walaupun TEKANAN demi TEKANAN dibuat oleh mereka kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH)... ini AGAR Menteri KDN tersebut MENGHARAMKAN Perhimpunan SUARARAKYAT505 pada PETANG ini... namun ianya TIDAK MAMPU untuk dilakukan oleh DSAZH kerana GELOMBANG SUARA RAKYAT yang mahu menyatakan KETIDAK PUASAN HATI terhadap Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR) lebih BESAR dari yang hanya mahu MENERIMA sahaja segala PENIPUAN yang dilakukan oleh SPR... memang boleh sahaja untuk MENERIMA segala PENIPUAN SPR tapi kalau ada yang hendak MENYUARAKAN BANTAHAN kenapa hendak DISEKAT !.

Rupanya sudah ada RUNDINGAN diantara Menteri KDN DSAZH dengan Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang DIRAHSIAKAN namanya berkenaan Perhimpunan tersebut... yang ini telah DIAKUI sendiri oleh beliau seperti yang dilaporkan oleh  Malaysia Insider... macam ini kan SENANG beb... ini tidak benda yang SENANG dan dijadikan SUSAH... perkara yang boleh berjalan dengan TENANG hendak dijadikan BERLIKU... kalau begini CARA beliau dari AWAL gua pun TAK BUAT DOSA dengan MENGUMPAT beliau... beliau pun tak kena MAKI HAMUN dari Penyokong PR... sedangkan benda yang cuba beliau PERTAHANKAN sebenarnya adalah untuk menjaga MARUAH UMNO yang memang sudah TERCALAR MARUAH nya beb... kah kah kah !.

Dengan ini segala TAKTIK yang dilakukan oleh KDN dengan MENANGKAP Pemimpin PR serta Aktivis telah GAGAL untuk MENAKUTKAN RAKYAT serta MENGAGALKAN Perhimpunan SUARARAKYAT505 pada petang ini... dengan PERSETUJAUAN beliau tersebut gua kena lah ucapankan TERIMA KASIH atas PERSETUJUAN tersebut... cuma kalau beliau mengatakan Pembangkang MENYAYIKAN LAGU YANG BERLAINAN APABILA BERSAMA PENYOKONG rasanya itu satu TUDUHAN yang LIAR tanpa ASAS... bukan sekali Perhimpunan dibuat oleh PR dan dalam setiap Perhimpunan kalau TIADA PROVOKASI yang dilakukan oleh Pihak BERKUASA rasanya ia akan bermula dan BERAKHIR dengan AMAN beb.

Namun setiap kali hendak diadakan PERHIMPUNAN AMAN oleh PR maka ianya sudah dibuat PROVOKASI walaupun baru diperingkat CADANGAN... bermula dari LOKASI PERHIMPUNAN yang sudah tentu TIDAK DIBERI KEBENARAN... JALANRAYA DIADAKAN SEKATAN bagi MENYUSAHKAN RAKYAT... hinggalah kepada AKSI PUKUL MEMUKUL dari Pihak Berkuasa... memang tidak DINAFIKAN ada SEGELINTIR perserta yang GAGAL MENYAWAL EMOSI... itu tidak gua NAFIKAN dengan membuat PROVOKASI diwaktu HIMPUNAN... tetapi ini bukan bererti ianya DIPERSETUJUI oleh Pihak Penganjur Perhimpunan...dan tidak DINAFIKAN juga bahawa PROVOKASI telah dibuat oleh Pihak-Pihak yang MENYAMAR sebagai Peserta Perhimpunan...

... atau lebih TEPAT lagi dari Pihak Penyokong Umno itu sendiri yang sememang nya dari AWAL tidak mahu supaya Perhimpunan tersebut BERJAYA dan AMAN... memang lah kalau lu orang tanya kat dia orang sampai MAMPOS pun dia orang TAK AKAN MENGAKU beb... dah mana nya pun Penyokong Parti Syaitan Yang Dikenali... lu orang sendiri ingat lah beb apa jenis MANUSIA yang sanggup untuk mengaku sebagai SYAITAN YANG DIKENALI... kah kah kah... tapi tak apa biarkan dia orang dengan cara dia orang dan kita di pihak PR denga cara kita... yang PENTING jaga TINGKAH LAKU... IKUT PERATURAN PIHAK PENGANJUR dari MASA KE SEMASA... BANYAK-BANYAK BERDO'A agar Perhimpunan MEMBANTAH PENIPUAN oleh SPR pada petang ini BERLANGSUNG dengan AMAN.
SELAMAT BERHIMPUN PERSERTA SUARARAKYAT505... HIDUP RAKYAT... HIDUP RAKYAT... HIDUP RAKYAT !
hemmmmm..... gua rasakan lepas ini masak lah menteri kdn tu kena belasah dengan penchacai upahan dari kem lain dalam umno... biasalah beb pemilihan agong umno dah nak sampai dan tak boleh lagi ditunda-tunda... jadi masinglahh nak tunjuk bahawa dia orang adalah pemimpin melayu terakhir... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
 
ehsan MAT INDRA PEJUANG

Thursday, May 23, 2013

APAKAH BENAR KERAJAAN NEGERI BERTUKAR TANGAN?

Ada saksi , bukti kukuh penyelewengan Pegawai SPR
Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut.

Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.

Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain.

Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran rasminya masih belum didedahkan kepada umum.

Saya juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan wakil PAS dengan ahli keluarga Pegawai SPR tersebut. Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang juga telah maklum akan situasi ini.

Perjumpaan tertutup telah diadakan dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.

SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!

Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini.

Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat.

Ini hanyalah satu kes daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada saya dengan penjelasan bukti serta saksi yang amat kukuh sekali.

Saya rasa dengan hanya DUN ini, jika menang dalam Pilihan Raya Kecil, Pakatan Rakyat bakal menambah kerusinya di Terengganu menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat kepada 16-16.

Itu belum campur dengan keputusan bantahan petisyen di kawasan-kawasan lain.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikhabarkan tidak senang dengan situasi yang berlaku di Terengganu sekarang.

Mengikut peraturan Pilihan Raya, jika kedudukan kerusi terikat antara kedua-dua parti yang saling bertentangan, Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah pemerintah yang layak.

Tak perlu ditanya siapa yang akan dipilih oleh baginda sultan. Dengan hubungan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin yang amat rapat, sudah pasti baginda akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Maaf, sekali lagi saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Butiran penuh berkenaan dengan perjumpaan pihak PAS Terengganu dengan wakil rakyat BN dan keluarga pegawai SPR yang menyeleweng tidak dapat saya dedahkan tanpa izin rasmi parti.

Bagaimana penipuan ini boleh bocor dan terbongkar juga tidak dapat saya siarkan. Mungkin, jika terdapat pengunjung-pengunjung di blog ini yang telah mengetahui kes ini terutamanya pengunjung dari Terengganu.

Petisyen bantahan serta pendedahan ini juga saya harap dapat menutup mulut para penyokong PAS/PR dan Blogger PR yang tidak habis-habis menyerang Tuan Guru Presiden dan PAS tanpa adab dan penuh keceluparan.

Maaf, saya kata tapi kamu tidak layak dipanggil pejuang jika perangai kamu umpama api dalam sekam. Saya tegaskan, PAS bukan seperti parti-parti politik lain yang terdapat di Malaysia.

Saya tak kata PAS serta pimpinan PAS tidak boleh dikritik, namun jika anda seorang muslim yang baik, berilmu, beradab bukan itu caranya.

PAS bukan sekadar parti politik tapi sebuah gerakan Islam, sebuah Jemaah Islam yang bukan sekadar berjuang semata-mata untuk menegakkan keadilan, menentang Barisan Nasional tapi menegakkan syariat Islam, mentadbir Malaysia khususnya dengan Islam yang syumul.

Kamu ingat PAS hanya diam membisu dengan segala penipuan ini? PAS bergerak dengan penuh strategi, percaturan bukan hanya sekadar mengadakan himpunan di seluruh negara. Mohon celik. :)

Akhir kata, peringatan keras juga kepadamu, Ahmad Said yang mula-mula lagi sudah bongkak ingin menyekat pembangunan di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu.

Awas, bila-bila masa sahaja kamu boleh tumbang!!! Sama-sama berdoa kepada Sang Pencatur Seluruh Alam. ^^

"PAS Redha Dengan Kekalahan, Tapi PAS Tak Pernah Redha Dengan Penipuan"

Sumber : hijabul crewz

Wednesday, May 22, 2013

PRU 13 - PERTARUNGAN DI MAHKAMAH BERMULA

SPR

Sudah pasti suasana hingar bingar dan rasa kurang senang pembangkang terhadap hasil PRU13 akan memuncak apabila hari ini SPR mewartakan keputusan PRU13. Perak saja ada 7 DUN yang di sangsikan dan Parlimen ada 28 kerusi yang akan di bawa ke mahkamah. Selain dari itu SPR itu sendiri akan di bawa ke muka pengadilan.


(SPR) hari ini mewartakan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 . Mana calon dan parti politik yang tidak puas hati boleh memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya umum di mahkamah mengikut negeri masing-masing.

Mana calon-calon dan parti politik boleh menggunakan saluran yang sah iaitu undang-undang untuk membuat sebarang bantahan termasuk keputusan PRU13."

Kepada mana-mana parti politik dan calon-calon yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya atas apa alasan sekalipun mereka berhak dari sisi undang-undang untuk mencabar keputusan pilihan raya dengan memfailkan petisyen di mahkamah tinggi negeri-negeri yang dipertikaikan itu," .

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad turut menyatakan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum boleh memfailkan petisyen dalam apa jua perkara.

"Tidak semestinya mengenai dakwat kekal, tapi apa jua perkara."Sebab itu saya minta parti politik kumpul bukti, kemudian kita berhujah dimahkamah," katanya lagi.- SH

Tuesday, May 21, 2013

ZAHID HAMIDI - KENAPA TERLALU SOMBONG


 Zahid - Menteri Dalam Negeri ( KDN ) ( gambar ) cukup marah dengan keadaan kebangkitan rakyat melalui BlackOut 505. Luahan kemarahan beliau terhadap tindakan anak-anak muda yang memprotes keputusan pilihan raya lalu agar " keluar dari negara ini " dan mencari negara yang sesuai yang mengamalkan sisitem pilihan raya seperti mereka gemari adalah satu tindakan yang tidak bijak, bersifat sombong dan angkuh.

Zahid mungkin terlupa anak muda zaman ini adalah kalangan mereka yang pandai ICT, mereka mendapat info dengan menggunakana hujung jari sahaja, mereka juga adalah kalangan anak muda yang dilahirkan melalui dasar pendidikan KBSR ( Kurikulum Baru Sekolah Rendah ), lebih mudah gulongan  ini dilahirkan dengan termaktubnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Inti pati Falsafah Pendidikan kebangsasan, adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersatupadu untuk mewujudukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada  Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetuan, beketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaana mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian  dan kemakmuran masyarakat dan negera.

Dengan itu kini negara sedang " menuai " apa yang di tanamnya 30 tahun yang lalu, iaitu zaman mulanya KBSR pada 1980 dulu.

Apakah Zahid Hamidi, tidak dapat membaca kenapa mereka bertindak sedemikian rupa? Atau apakah ada kebenaran dengan tindakan mereka itu? Anak muda walaupun beremosi tetapi tindakan mereka berdasarkan fakta yang rasional.

Dengan hujjah dan herdikan beliau ini seolah-oleh beliau sudah hilang kawalan diri, tidak memahami asprirasi anak-anak muda, sudah tidak memahami bahawa anak-anak muda  menerima maklumat terkini dari sumber-sumber yang nyata dan jelas sekali. Menteri adalah pemimpin untuk semua rakyat tidak kira lapisan masyarakat. Zahid harus membezakan dia sebagai seorang menteri yang dibayar gaji oleh rakyat dengan dia sebagai seorang Naib Presiden Umno.

Cabaran anak muda ini adalah satu percubaan untuk Zahid, dan kegagalan Zahid untuk mendepani isu anak muda ini boleh di jadaikan " indikator " bagaimana beliau akan menghadapi cobaan yang lebih besar lagi? jenayah, rompakan, tembak curi, kehadiran PATI. Cabaran lebih besar kepada Zahid bukan menangani pesta demokrasi anak-anak muda di jalanan tetapi jenayah global. Zahid perlu memperbetulkan indeks jenayah di negara ini dengan angka yang realistik. 

Sepatutnya Zahid, melihat sendiri apakah isu yang dimainkan oleh anak muda ini, apakah rasionalnya isu yang dimainkan oleh mereka, dan kemudian Zahid wajib sekali menganal pasti dari mana datangnya isu yang diketengahkan. Kalau " demostrasi jalanan " yang di mainkan oleh mereka jelas anak muda ini mempertikaikan cara SPR melaksanakan tugas semasa PRU13, jadi Zahid perlu mencari jalan atau berunding dengan pihak SPR dan carilah jalan bagaimana untuk membantu SPR bagi mempertahankan tuduhan dan dakwaan kononnya SPR gagal mewujudkan sebuah pemilihan yang bersih. 

Tapi, Zahid terus berang dan langsung tidak menghormati aspirasi anak-anak muda ini. Zahid bertindak seperti seorang bapak yang tidak berilmu tetapi berperangai pongoh. Sudah tentu sikap Zahid yang bereng itu tidak akan dihormati oleh generasi muda dan kesannya orang muda akan mengatakan bahawa semua pemimpin Umno khas yang berada dalam kabinet semua sama, pemarah, tidak dapat menerima kritikan dan sombong serta angkuh.

Atau pun kini Zahid sendiri sedang bermain dengan api untuk pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada hujung tahun ini? Atau apakah beliau sendiri sedang membina kekuatas untuk kerusi Timbalan presiden. Lihat sendiri bagaimana beliau sanggup menyergah Anwar yang satu ketika dulu Anwar adalah " bosnya " sendiri. Zahid perlu berhati-hati kerana generasi muda dari UMNO sendiri sedang dalam dunia " peralihan " atau ianya mungkin tidak menyebelehi gaya kepimpinan yang ditujukkan oleh Zahid.

Monday, May 20, 2013

PR SELANGOR - UMNO MEROYAN SETELAH KALAH

Maka riuhlah media arus perdana milik BN yang ingin sangat memberikan gambaran bahawa DAP dan PAS sedang bergaduh bagi merebut kerusi exco di Selangor. Dikatakan DAP inginkan empat kerusi exco dan begitu juga PAS! Hakikat sebenarnya, tiada siapa yang sedang berebut apatah lagi sedang bergaduh. Begitu juga isunya tempoh hari berhubung jawatan MB. Cuma ‘rebut’ rekaan mereka sahaja.

Masalah sebenar

Sebenarnya masalahnya terletak pada jumlah kerusi exco yang ada hanya 10. Sedangkan parti-parti dalam PR ada 3. Jumlah kerusi yang dimiliki setiap parti pula lebih kurang sama, berbeza dengan tahun 2008. Pada tahun 2008, apabila PAS hanya memengangi 8 kerusi, DAP 13 dan PKR 15 (pada asal), maka agihan kerusi exco lebih mudah. Jelas siapa patut mendapat lebih dan siapa kurang. Maka dipersetujui pada 2008 PKR mendapat jawatan MB dan 4 exco dan DAP pula 3 exco dan jawatan Speaker. PAS yang mendapat 8 kerusi DUN diberikan 3 kerusi exco, iaitu jumlah yang sebenarnya melebihi nisbah kerusi yang ada pada PAS pada ketika itu. Maka isu agihan diselesaikan tanpa perbincangan panjang.
Kali ini, suasananya agak berbeza. Ketiga-tiga parti mendapat jumlah kerusi yang boleh dikatakan sama. Maka timbul persoalan bagaimana dibahagikan 10 kerusi di antara 3 parti? Mustahil untuk setiap parti memegang 3.333 kerusi exco! Oleh itu pecahannya semestinya 3, 3 dan 4. Oleh itu dipersetujui bahawa parti yang mendapat MB akan mendapat hanya 3 kerusi exco. Begitu juga yang mendapat jawatan Speaker. Parti yang tidak memegang jawatan MB atau Speaker sahaja akan mendapat 4 kerusi exco.

Jawatan MB dan Speaker dibawa masuk dalam perkiraan ini untuk menjadikan jumlahnya keseluruhannya 12 supaya dapat dibahagi 3 dengan tepat. Maka setiap parti dapat 4, termasuk jawatan MB dan Speaker.

Speaker dari DAP atau PAS?

Oleh kerana PKR mendapat jawatan MB, maka PKR mendapat 3 kerusi exco. Maka agihan untuk PKR selesai. Yang tinggal hanyalah PAS dan DAP. Maka dinyatakan oleh DAP bahawa mereka telah memegang jawatan Speaker sudah 5 tahun. Maka kalau boleh DAP minta PAS pula memegang jawatan Speaker untuk penggal ini.


Bagi pimpinan PAS permintaan ini tidak merupakan masalah besar. Kita faham bahawa semua exco perlu laksanakan dasar PR dan bukan dasar parti masing-masing. Ini adalah kerana yang memerintah adalah kerajaan PR dan bukannya kerajaan parti masing-masing. Maka siapa sekalipun menjadi exco, dia akan terikat dengan dasar yang ditetapkan oleh PR secara bersama. Oleh itu tawaran supaya PAS pegang jawatan Speaker dan 3 exco tidak ditolak mentah-mentah.

Jawatan Speaker ada yang anggap tidak penting. Sekiranya benar, mengapa di Perak BN bersusah-payah membawa polis masuk ke dalam DUN dan heret Speaker dan menguncinya di dalam bilik stor? Ini bukti bahawa kerusi Speaker begitu penting untuk menguasai DUN.

Sikap PJ PAS Selangor: Dr Rani


Saya merasa cukup senang dan selesa dengan sikap PJ PAS Negeri Selangor dalam soal sebegini. Beliau faham bahawa bukan jawatan yang ingin direbut. Dan bagi PAS, yang penting adalah untuk memikat hati rakyat, bukan ingin tunjuk betapa gahnya PAS dengan bilangan kerusi exco atau sebaliknya. Maka mencari penyelesaian yang adil sambil mengambil kira suasana dan keadaan adalah yang diutamakan. Ini adalah kerana apa yang diinginkan ialah kerajaan dibentuk dengan kadar segera supaya boleh mula berkhidmat pada rakyat. Bukan bergaduh mengenai jawatan.

Dalam pada itu, tidak dapat tidak perbandingan dibuat dengan PJ Negeri yang lama. Jauh sangat bezanya dengan sikap PJ lama, berkata seorang hamba Allah. Kalau PJ lama sudah hampir pasti kita berperang! 8 kerusi pun mahu jadi MB, apatah lagi dengan 15 kerusi!

Maka dijawab kepada DAP bahawa PAS boleh merima tawaran tersebut, di atas semangat setia-kawan dan mengenangkan betapa DAP menyokong cadangan PAS diberi 3 kerusi exco pada tahun 2008 walaupun PAS hanya berhak untuk mendapat 2 berdasarkan jumlah kerusi ADUN yang dimengangi ketika itu. Tetapi telah pun dijelaskan bahawa akhirnya ianya akan tertakluk juga kepada pandangan DYMM Sultan Selangor.

Pandangan DYMM Sultan Selangor

MB akan mengadap Sultan dan membawa cadangan pembentukan exco seramai 10 orang. Pada masa yang sama, kami difahamkan bahawa DYMM Sultan ingin melihat exco terdiri dari 6 Melayu dan 4 bukan-Melayu. Ini berbeza dengan 2008 di mana exco terdiri dari 5 Melayu dan 5 bukan-Melayu. Perbezaan ini adalah hasil dari jumlah kerusi majoriti Melayu yang memihak pada PR telah bertambah. Dahulu UMNO 18 kerusi, sekarang hanya 12. PAS sendiri pun sudah ada 15, mengatasi UMNO, ini belum di ambil kira lagi kerusi yang ada pada PKR.

Sekiranya permintaan DYMM Sultan adalah 6 Melayu dan 4 bukan-Melayu, maka agak sukar untuk diberikan 4 kerusi exco kepada DAP. Ini kerana, kalau diberikan 4 kerusi exco pada DAP, maka semua exco bukan Melayu adalah dari DAP dan ini akan menyulitkan PKR. PKR terpaksa melantik semua exco Melayu dan ini akan menjadi masalah bagi PKR kerana mereka juga mempunyai ahli dan penyokong bukan-Melayu yang ramai. Dan sepertimana yang kita semua sedia maklum, beberapa ADUN PKR adalah bukan-Melayu. Dalam keadaan seperti itu, maka DAP perlu menerima tawaran jawatan Speaker dan 3 exco supaya 1 exco bukan-Melayu boleh dilantik oleh PKR.

Dalam erti-kata lain, DAP hanya boleh mendapat 4 kerusi exco sekiranya terdapat 5 exco bukan-Melayu. Dalam keadaan itu PKR masih boleh melantik seorang exco bukan-Melayu dari PKR. Sekiranya bukan-Melayu hanya 4 orang dalam exco, maka DAP perlulah merima 3 exco dan Speaker supaya 1 exco bukan Melayu tetap dapat dilantik dari PKR.

Maka dipersetujui bersama bahawa MB akan berusaha untuk mendapat persetujuan DYMM Sultan supaya dikekalkan jumlah exco bukan-Melayu sebagai 5 dan exco Melayu juga 5 supaya DAP boleh mendapat 4 kerusi exco. Walau bagaimanapun, sekiranya DYMM Sultan tetap dengan pendiriannya, maka MB wajar menerimanya dan akur dengan kehendak DYMM Sultan. Sekiranya ini berlaku, maka DAP akan diminta menerima tawaran Speaker dan 3 exco sambil tawaran 4 exco akan diserah kepada PAS.

Kesimpulan

Ini merupakan pertimbangan yang dilakukan dalam suasana persahabatan dan kerjasama yang baik dan mantap sepertimana yang telah terjalin sejak sekian lama. Semua memahami bahawa perjuangan ini bukan untuk jawatan tetapi untuk membentuk kerajaan yang adil, telus dan berkebajikan untuk rakyat negeri Selangor secara khususnya. Isu jumlah kerusi exco tidak dijadikan sebab berbalah. Hanya media BN sahaja yang mereka cerita bagi cuba menutup kepincangan yang berlaku pada PRU13.

WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

KABINATE NAJIB - SERBA TAK KENA

Kabinate PRU13 memang jelas memperlihat cacamarbanya PM, beliau seolah-olah memperlihatkan Kabinate untuk memastikan jawatan Presiden UMNO tidak tergugat buat pemilihan pucuk pimpinan parti pada hujung tahun ini, tahun ini tidak ada sebab lagi UMNO perlu menangguhkan pemilihan MKT ( Majlis kerja Tertinggi ) kerana ianya sudah 2 kali di tangguhkan.

Barisan kabinet yang diumumkan Najib baru-baru ini betul-betul menepati kata pepatah, "rumah siap pahat berbunyi". Rungutan, sungutan, rasa tidak puas hati dan tuntutan wujud di sana-sini satu demi satu. Ia berikutan keputusan Najib melantik Presiden Transperancy International, Paul Low sebagai menteri dan pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri.

Perlantikan mereka bukan saja diragui, malah ada pihak yang merasakan mereka juga layak menganggotai kabinet kali ini berikutan masing-masing kononnya mendakwa telah memberi sumbangan kepada kemenangan BN.

Selain beberapa parti dalam BN seperti PRS dan SPDP yang meluahkan secara terbuka rasa tidak puas hati sama ada atas jawatan yang diberi atau kerana dipinggirkan sama-sekali, beberapa pihak yang diluar BN pula tidak segan-segan mahukan mereka turut diberikan jawatan dalam kabinet.
Antaranya ialah Kimma dan IPF. Kimma melalui cawangan Pulau Pinang secara terbuka meminta kepada Najib agar wakil mereka diberikan jawatan sekurang-kurangnya timbalan menteri atas dakwaan parti itu turut memberi sumbangan dalam kemenangan BN dalam pilihanraya lalu.

IPF pula, setelah dijolok oleh MIC yang merasakan wakil parti itu lebih layak dilantik sebagai timbalan menteri berbanding wakil Hindraf, walaupun berharap sesuatu tetapi masih lagi beralas dalam tuntutannya. Presidennya berkata, pihaknya penuh yakin akan diberikan sesuatu oleh Najib berikutan sumbangan yang telah mereka berikan dalam menyokong BN selama ini.

Ini berbeza dengan Kimma yang secara terbuka menuntut jawatan timbalan menteri untuk parti itu.

Nampaknya, selain bergolak di dalam BN yang ditimbulkan oleh parti-parti komponennya seperti PRS dan SPDP serta wujudnya juga rungutan di kalangan pemimpin UMNO sendiri terhadap perlantikan kabinet kali ini, Najib juga sedang berdepan dengan karenah yang ditimbulkan oleh rakan-rakan yang rapat dengan BN sendiri.

Mujur juga NGO lain yang turut rapat dengan Najib seperti Perkasa, Jati, Tibai dan sebagainya, tidak turut sama menuntut jawatan menteri dan timbalan menteri. Jika tidak, rambut Najib bukan saja lebih memutih, malah lebih banyak gugurnya berbanding biasa.

Berhubung tuntutan Kimma, seorang pemimpin UMNO menyifatkan Kimma sebagai keterlaluan dan berlebih-lebih dalam tuntutannya itu. Ini kerana kata pemimpin itu UMNO itu, Najib sebelum ini sudah pun menyatakan kepada Kimma bahawa mereka sepatutnya bersyukur kerana Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa yang dilantiknya memegang jawatan paling tinggi dalam pentadbiran kerajaan itu adalah mewakili mereka iaitu berketurunan India Muslim.

Dalam masa yang sama jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, sama ada yang dilantik sebagai Menteri Besar dan Ahli Parlimen juga sebenarnya ramai yang mewakili kelompok keturunan India Muslim iaitu antaranya Zambry Kadir sebagai MB Perak, Azeez Rahim sebagai Ahli Parlimen Baling dan Reezal Merican sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas.

Yang memegang jawatan sebagai ADUN dan pemimpin pelbagai peringkat dalam UMNO juga sebenarnya ramai yang boleh dikategorikan sebagai mewakili Kimma walaupun mereka memilih UMNO sebagai wadah perjuangan.

Sebelum ini pula, salah seorang menteri kabinet, Nor Mohamed Yakcop juga merupakan keturunan India Muslim dan dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan komuniti itu.

Sehubungan itu, berbanding pihak lain, Kimma boleh dikatakan paling beruntung dan mendapat manfaat paling banyak berikutan wakil mereka sudah pun berada di kedudukan yang penting dalam pelbagai jawatan dalam kerajaan.
 
Zambry Kadir,Ali Hamsa, Azeez Rahim, Reezal Merican tu siapa? 
Kimma nak apa lagi?

Jadi pemimpin UMNO itu melontarkan persoalan kepada Kimma, apa lagi kamu mahu? (SH 19/05/2013)

Sunday, May 19, 2013

PRU13 - DAYA FIKIR PEMIMPIN BERCELARU


Balas dendam bermula

PRU 13 telah pun menutup tirainya, kerajaan baru sudah pun dibentuk, jawatan menteri telah pun dipenuhi di peringkat pusat, bagi negeri-negeri pula semua jawatan MB / KM serta exco telah pun anggat sumpah taat setia dan menyimpan rahsiah. Tapi bagi Pembangkang ( PR ) usaha untuk memulihkan sistem demokrasi perlu diteruskan, terlalu maksima salah laku yang di lakukan oleh SPR untuk memastikan kemenangan memihak kepada UMNO / BN.

Tapi sedih juga bagi UMNO / BN dalam keadaan menang dengan 133 kerusi parlimen dan dapat balik Kedah tapi mereka terus " meroyan " dengan kemenangan tersebut. Kemenangan ini membuatkan ramai kalangan kepimpinan hilang jati diri, Selepas pasca Pilihan raya Umum ke-13 baru-baru ini tidak kurang hebatnya juga ungkapan-ungkapan yang boleh diklasifikasikan lawak atau jenaka yang kasar ( meroyan ). 

Bermula dengan reaksi spontan Perdana Menteri pilihan Barisan Nasional yang akhirnya menjadi tajuk utama akhbar cauvinis melayu negara (Utusan Malaysia) iaitu 'Apa Lagi Cina Mahu?'. Memang kasar bunyinya anggaplah saja jenaka orang yang takut hilang kuasa.  

Lawak kasar seterusnya secara spontan keluar dari mulut seorang negarawan yang berjaya dengan kempennya yang berjaya merampas sebuah negeri dengan mengenengahkan anak sendiri sebagai calon MB dengan mendapat kelebihan majoriti iaitu lebih kurang berbunyi 'jika PM sebelum ini disingkirkan kerana hilang banyak kerusi, maka PM hari ini rekodnya adalah lebih teruk lagi'. Amat berbisa sekali kata-katanya sehinggakan dirasakan agak ngeri untuk didengari oleh PM hari ini.

Ungkapan jenaka ngeri berikutnya telah dikeluarkan oleh seorang MB yang berkata secara tidak berperi 'tiada lagi projek pembangunan di kawasan-kawasan yang tidak diwakili oleh ahli dewan dari partinya' membuatkan ramai yang tercengang dan tak kering gusi. Beliau lupa maksud dan makna sebuah sistem demokrasi agaknya kerana dapat perintah negeri dengan kelebihan 2 kerusi.

 Apabila PM hari ini mengumumkan kabinetnya, maka dengan rasminya kerajaan yang mendapat banyak kerusi (bukan banyak undi) telah mula bekerja secara rasminya selepas bersumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Satu lagi lawak kasar dan ngeri keluar dari mulut seorang menteri yang berbunyi 'jika tidak setuju dengan sistem demokrasi negara ini sila tinggalkan negara ini'.
 
Di satu seminar pasca-pilihanraya pula ada seorang yang pernah bergelar 'yang arif lagi bijaksana' menyuarakan pendapatnya yang bersifat anti-Cina atau kata-kata yang sungguh beremosi seolah-olah negara ini baru saja merdeka dan mahu membela satu bangsa dengan bersifat anti bangsa selainnya.
 Mungkin kerana sudah bersara faktor usia menyebabkan beliau mudah lupa ini negara yang dulunya dikenali sebagai Malaya kemudiannya Mala

Tindak tanduk DSAI dengan " Black Out 505 " juga memberikan tekanan kepada ramai pihak dengan tak disedari Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno hari ini dalam tulisannya di Utusan Malaysia yang bertajuk: “Jangan ‘meliwat’ fikiran rakyat”. Dalam artikelnya, Ahmad menekankan bahawa himpunan aman dan demonstrasi jalanan tidak wajar disalahgunakan, sebaliknya bantahan terhadap proses pilihan raya hendaklah dibuat menerusi petisyen pilihan raya.

Persatuan Veteran Umno, Setiasuahanya Datuk Mustapha Yaakub mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikut kenyataan seorang pegawai tinggi syarikat AirAsia X yang didakwa mencerca akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Laporan edisi hujung minggu akhbar tersebut hari ini memetik kenyataan setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub yang mahu anggota persatuan tersebut menunjukkan reaksi balas itu atas sikap yang ditunjukkan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani.

 Dengan ungkapan-ungkapan di atas rakyat rakyat seolah-olah sudah hilang yakin dengan Kepimpinan UMNO, berdesing telinga rakyat sekali lagi dengan lawak ngeri yang secara langsung menunjukkan kawalan keatas emosi dari keputusan pengundi tempohari masih belum hilang lagi. Apakah protes rakyat ini dianggap tidak mempunyai sebab, atau apakah pihak UMNO sudah cukup kebal dengan apa sahaja tindakan mereka di boleh dihukum oleh rakyat, dan rakyat hanya boleh menghukum 5 tahun sekali. 

Natijahnya, Rakyat Malaysia lebih matang dan memahami segala situasi lebih dari mereka yang bertahun-tahun bergelar menteri dalam memahami erti sebuah proses demokrasi dengan secara tidak langsung terbukti bahawa parti yang berasaskan perjuangan bangsa telah tidak relevan lagi.

 Dunia hari ini telah bergerak seiring dengan arus teknologi maklumat dan komunikasi tanpa sempadan menyebabkan lonjakan (Spring) dari rakyat menagih harapan agar parti yang bersaing melalui ideologi dan idea bukan lagi soal pembangunan semata-mata malah lebih kepada keseluruhan aspek kehidupan merangkumi kesejahteraan dan kebajikan. Keputusan rakyat di PRU13 bukan kerana sentimen undi Cini tetapi sebenarnya rakyat telah sepakat menolak mereka yang memimpin negara seperti simpulan bahasa 'beraja di mata, bersultan di hati'. Ini disebabkan apa yang berlaku pada penggal lalu satu barisan yang melakukan sesuka hati seolah-olah konsep pemisahan kuasa (Raja, Eksekutif dan Kehakiman) telah menjadi 3 dalam 1. 

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA