Setelah merdeka, dan tarikh keramat 31 Ogos 1957 dengan tiga laungan Merdeka, Merdeka dan Merdeka, maka Persekutuan Tanah Melayu yang diasaskan dengan pimpinan 3 bangsa sebagaimana yang disyaratkan bergabung bawah naungan " kapal layar " dan menggelarkan diri mereka " perikatan ". Perikatan adalah gagasan gabungan tiga bangsa UMNO - Melayu, MCA - Cina dan MIC untuk India, telah memenangi 51 dari pada 52kerusi dalam pilihanraya umum pertama dan PAS dapat satu di Semanggol. Bermulalah era kepimpinan Perikatan di Persekutuan Tanah melayu.
Pada masa negera dalam proses untuk merdeka dan berjaya mendapatkan kemerdekaan " tenaga remaja " memang tidak dapat di nafikan penglibatan mereka. Mereka adalah penggerak kepada semua program dan aktiviti sama ada aktiviti untuk pembangunan negera itu sendiri mau pun program untuk pembangunan sahsiah rakyatnya. Perahan otak tenaga muda dapat mencerah dan memastikan negera yang baru merdeka dapat diisi dengan program yang memberikan faedah kepada bangsa yang menjadi penghuninya.
Walaupun semasa awal kemerdekaan negera di hantui dengan " kominis " yang diketuai oleh Rashid Maidin, Chin Peng dan ramai lagi, tapi kini ( mereka merayu untuk kembali ke tanah air - khususnya chin Peng. )dizaman pengisian kemerdekaan ini, semua pihat tidak mengenal penat lelah, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mengagihkan keuntungan untuk poket sendiri juga tidak tahu untuk memasikan sanak saudara mendapat menafaat cara tak jujur. Perjuangan masa kini cukup iklas, ahli ( koperat ) masih belum ujud. Kepimpinan politik juga di monopoli oleh kalangan guru-guru yang lepasan SPM yang ada sebagai kenderaan hanyalah basikal sahaja. Tapi yang lebih penting ialah " semangat juang " yang tinggi untuk bangsa, agama dan negera.
Selepas hampir 14 tahun merdeka dan pilihanraya silih berganti tapi pilihanraya pada tahun 1969 dengan terjadinya peristiwa berdarah " tregedi 13 Mei " ia menyebagkan satu penyusunan semula masyarakat amat diperlukan, penjajah telah menempatkan agihan seperti Melayu di kampong, India di Estat dan Cina di bandar-bandar. Jurang kaum ini amat jelas dan kritikal sekali.
Penyusunan semua masyarakat dilaksanakan, pihak kerajaan pula berusaha untuk meningkatkan taraf hidup khusus untuk orang Melayu. Agensi seperti MARA, FELDA, FELCRA ditubuhkan dengan dasar DEB semuanya berkaitan dengan ekonomi untuk orang melayu. Tarap pendidikan mula menampakan hasil dan makin ramai anak melayu yang sudah sampai ke menara gading. sudah ada anak orang kampong sampai ke puncak pengajian. Sudah banyak sekolah yang dibina, sudah banyak agensi kerajaan di bentuk, sudah ujud beberapa menteri dengan portfolio yang di sedian, keujudan mereka adalah untuk memastikan taburan ekonomi sama rata antara bangsa-bangssa yang ada di Tanah melayu.
Dizaman ini bermulalah tarap penghidupan orang melayu sudah mula menampakkan " riak kaya " berlagak sebagai orang senang, mulalah zaman untuk menjadi pemimpin seseorang itu perlu ada duit. cara mendapatkan jawatan juga telah bertukar cara, guru yang dulunya mudah untuk mendapat jawatan tapi sudah mula dipertikaikan kerana kekurangan " wang " corak hidup dan daya kepimpinan sudah berubah. Pemimpin sudah hilang keikhlasan dalam kepiminan, pengikut sudah jadi macam " hampa " mereka hanya perlu diumpan dengan sedikit wang maka mereka akan ikut apa yang diarahkan.
Zaman pengisian telah menampakan perubahan kepada kepimpinan khususnya dari kalangan UMNO. " Kepimpinan " juga dicari dengan " wang " sebagai imbuhan, kepimpinan mula dicari dengan mengamalkan rasuah. Kesan tak langsung sudah mula generasi muda merenggangkan diri dari melibatkan diri dengan propaganda hidup yang tidak sihet ini.
Kita lihat pula nanti bagaimana rakyat kita menikmati kemerdekaan negera.........
No comments:
Post a Comment