Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label KHIANAT. Show all posts
Showing posts with label KHIANAT. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

PENGKHIANAT MLM PENDUSTA

Kita akan terus bincangkan masalah Melayu di kala ini. Siapa yang benar dan siapa pula yang dikatakan pengkhianat. Dari kaca mata UMNO dan seluruh NGOs yang berkiblat kepada UMNO termasuk DPMM - Perak, semua menuduh DSAI yang menjadi pengkhianat bangsa, agama dan negera. Tapi sebaliknya dari pihak pembangkang tidak pula menuding jari kepada kepimpinan negera terkini mengatakan mereka pengkhianat, perasuah dan penyalah guna kuasa.

Sebaliknya, semua pandangan dan pertududan di kemukakan dengan bukti-bukti yang cukup jelas dan nyata sekali. Seperti PKFZ, Khair Toyo, Trageji Gadis Monggolia, dan penafian kes liwat DSAI, semuanya di kemukakan bukti untuk pengesahan sama ada ianya berlaku mau pun sebaliknya.

Cuba kita ambil contoh, kes DSAI dengan Shaiful, semua pihak termasuk Hospital termasuk pakar perubatan di Puswari dan HKL mengesahkan tidak ada kes dalam hal Shaiful di liwat, tapi kenapa perlu di bicarakan, apakah soerang peguam boleh mengatasi kepakaran seorang doktor, dalam masalah kesihatan dan sakit seorrang itu, kan kah ini yang dikatakan satu permuafakatan yang licik dilaksanakan untuk membunuh seseorang yang tidak di senangai, semua pertuduhan dan pembuktian jelas salah laku pegawai dan kakitangan kerajaan tapi oleh kerana mereka berkhidmat dengan pemimpin yang rakus dan sombong, tingkah laku mereka di tenggelamkan sahaja.

Dimana kes " correct, correct, correct ", dah selesai ke siapa yang bersalah dan siapa yang di penjarakan? semua orang tau.

Kepada DPMM ( dewan perniagaan Melayu Malaysia ) mereka sepatutnya menyokong dan mesti bersekongkol dengan kepimpinan dan kerajaan kalau tidak rezeki akan punah, tidak ada siapa nak bagi projek lagi. Sokongan merek bukan kerana benar tapi kerana projek.

Kenapa ini harus berlaku di zaman ini, kenapa mereka tidak bertindak atas kebenaran, kenapa kezaliman menjadi satu kemestian, adakah untuk terus hidup dan terus menjadi pemimpin seseorang itu perlu meneruskan " kemunafikannya " tepuk dada dan berfikirlan untuk kebaikan.

LEADER MUST LIVE WITH PEOPLE TO KNOW THEIR PROBLEMS, AND LIVE WITH ALLAH IN ORDER TO SOLVE THEM - The Power of Leadership.

Friday, February 6, 2009

5 - 1 = altantuya

Kini PR dari penguasaan 5 negeri tinggal 4, Perak Darul Ridzuan yang berajakan Tuanku Azlan telah dikuasai oleh pemikiran dan roh altantuya, jasad altantuya dijelmakan menyerupai mirip wajah TPM / DSN. Gugurnya negeri ke 5 ini adalah langsung tidak mengikut batang tubuh keujudan nya.

Jampi serapah, tok kong yang diamalkan oleh DSN nampaknya direstui dan membuahkan hasil, laluan ke kerusi PM makin jelas kelihatan, walau pun perbicaraan kes altantuya kini menampakkan sedikit hasil siapa peneraju utama, kerana telah kelaur rakaian peribahasa ' saya dikambing hitamkan ' ayat ini jelas menunjukkan ada kuasa lain yang terlibat sama.

Peranan yang dimainkan oleh DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang sebagai jelas menidakkan keprihatinan rakyat yang memangkah meraka, tapi siapa nak beri 50 juta untuk hidup mewah, lakunan DUN Bota amat licik sekali sehinggan DSAI langsung tak dapat menghidu permainannya. Untuk itu DSAI perlu banyak mentelaah lagi tentang sikap dan perangai ADUN-ADUN untuk dirundingkan buat masa akan datang.

Ahli PR ( PKR, DAP & PAS ) tidak perlulah merenggangkan keakraban selama ini, sepanjang memperjuangkan nasib bangsa dan berjaya menakluk 5 negeri, perlakuan 2 DUN PKR dan 1 DAP ini memang menyedihkan, kita pulangkan kepada takdir untuk menentukan nasib meraka, pada 10 Feb. ini pertudahan akan dibicarakan. Mungkin ada petunjuk disini. Kalangan Ahli PR kita perlu bersatu serta meletakkan apa yang terjadi sebagai tsunami di pihak kita pula, dan apa yang diperlukan melipat gandakan usaha untuk memasti PRU13 dan dikuasai dan meletakkan calun-calun yang lebih amanah, jujur tidak korup serta lebih mementingkan perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Didoakan juga agar pihak istana dapat mengkaji semula apa yang dipohonkan oleh pihak YAB Ir. Mohd. Niza untuk mengembalikan kuasa rakyat untuk menentukan masa depan negeri Perak bukannya melalui roh altantuya. Daulat Tuanku - sejarah kegemilangan Tuanku semasa menjawat Ketua Hakim Negara masih dalam ingatan dan menjadi memori dalam bidang kehakiman.

PR PERAK DI KHIANATI

Kini apa yang di idamkan oleh DSN telah berjaya di perolehi dengan cara yang cukup memalukan, semua pihak mengemukakan hujah berkaitan dengan perlembagaan tubuh negeri. DSN memaksa DYMM sultan untuk mengarahkan YAB MB untuk melepaskan jawatan bersama-sama dengan EXCO, dalam ucapan di kediaman YAB sebentar tadi, speaker DUN Perak, tidak akan tunduk dengan paksaan tersebut, ianya satu pengkhianatan oleh pihak BN, YAB juga akan meneruskan tugasnya esok hari.

Difaham ADUN Pangkor Dato Dr Zambry akan mengangkat sumpah sebagai MB Perak yang baru esok, mula dijangkan jam 9.00 pagi kemudian pada 3 petang. Naik pangkat dengan cara tak sihat. Semasa menjadi EXCO Pelajara dulu juga pernah bergadoh dengan guru-guru dan guru besar khususnya di sekolah-sekolah di pangkor. Pernah menegor agar kita bekerja ikutlah peraturan yang telah ditetapkan, tapi kini apa yang berlaku? sendiri mau tau le. Sekolah di pangkor tidak juga hebat walaupun EXCO nya dari Pangkor.

Setakat ini Kerajaan Perak bawah pimpinan PR enggan untuk menurut perintah yang dikeluarkan kerana ianya tersasar daripada perlembangaan tubuh Kerajaan Perak.

Kini Perak DR, akan kecoh, kecoh dan kecoh. Ini kerana pemimpin BN/UMNO semuanya sudah ' sakit ', mereka perlu dipulihkan seperti mana pemulihan terhadap penagih dadah di uruskan, mereka sudah gila dan tamak kuasa.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA