Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label BERSIH 2. Show all posts
Showing posts with label BERSIH 2. Show all posts

Wednesday, November 23, 2016

BERSIH BERJAYA - MEDIA ARUS PERDANA TERDESAK


A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

REAKSI media arus perdana (MAP) terhadap tunjuk perasaan aman Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) siri kelima Ahad lalu tidak memeranjatkan.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Mereka sangat terdesak untuk menggambarkan gerakan rakyat itu sebagai ganas, perkauman dan gagal. Yang paling menekan peneraju dan tukang karut MAP ialah penyertaan ramai orang Melayu dalam Bersih 5.

Hakikat itu mematikan hujah kegemaran MAP selama ini iaitu Bersih adalah gerakan perkauman yang didukung oleh orang Cina, ditaja oleh pembangkang dan diarah oleh DAP.

Tun  Dr Mahathir sertai Bersih 5
Orang luar mingkin tidak berapa faham mengenai keterdesakan (desperation) MAP, khususnya selepas Bersih 5 apabila bilangan peserta Melayu boleh dikatakan sama atau lebih daripada bukan Melayu.

Tetapi bekas pengarang dan wartawan MAP seperti Mustapha Kamil (New Straits Times), Ku Seman Ku Hussain (Utusan Malaysia), Imlan Abadi (Berita Harian) dan ramai lagi faham.

Mustapha dalam entri Facebooknya, antara lain, menulis: “The NST can call the rally whatever it wishes. The society have already written off the 171-year old newspaper, largely on account that over the decades, its inability to tell the truth has declined exponentially.”

(NST boleh menggelar perhimpunan itu apa saja yang disukainya. Masyarakat telah menyisihkan akhbar berusia 171 tahun itu kerana kemampuannya untuk menyatakan kebenaran telah jatuh merudum sejak beberapa dekad kebelakangan ini.)

Penghakiman Mustapha sukar dipertikaikan kerana beliau baru sahaja berhenti daripada menjadi pengarang akhbar itu. Kini, Facebook beliau yang kritikal terhadap Barisan Nasional, Umno dan pemerintahan Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, adalah antara yang paling ramai pengikut.

Saya cukup faham kerana saya sendiri mengambil keputusan sukar untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) pada tahun 2000 kerana tidak berdaya lagi melayan kerenah sesetengah ahli majlis tertinggi Umno.

Selama saya mengenali Mustapha, bahasa pengantar beliau adalah Inggeris. Jadi saya agak terperanjat membaca nukilan beliau dalam bahasa Melayu yang mengagumkan – lancar, mudah dan fokus.

Seorang lagi wartawan MAP yang mengambil langkah membebaskan diri daripada putar belit adalah Ku Seman yang baru-baru ini meninggalkan Utusan Malaysia. Dalam ulasannya kepada komen Mustapha, beliau berkata: “Mus, pukul 11 pagi semalam saya dah tahu tajuk akhbar-akhbar kita. Syukur saya dah lama tak baca. Baca Astro Awani online saja.

MAP semakin tidak berkesan sebagai ejen propaganda

Imlan Abadi, bekas wartawan kanan Bertia Harian dalam posting Facebooknya pula, antara lain, berkata: “Hari ini akhbar online jadi tumpuan saya dan warga dunia. Ia paling murah dan mudah dicapai. Wibawa media juga boleh dinikmati melalui tulisan yang juga berwibawa. Akhbar yang kurang wibawa tentunya bukan aset untuk minda. Selamat membaca. Bacalah akhbar berwibawa seperti juga baca kehidupan yang lebih fokus."

Awan Hitam Selubungi MAP

MAP sukar melakukan perubahan agar senada dengan perubahan ekonomi, selera audiens dan teknologi kerana mereka dikongkong oleh pemilik dan pemerintah.

Akibatnya, pengedaran akhbar dan penontonan televisyen, kecuali segmen hiburan, sukan dan agama, telah jatuh merudum. Pengedaran akhbar yang memuncak pada tahun 1990-an mula mendatar pada awal tahun 2000.

Terdapat kaitan yang rapat di antara pengedaran akhbar dengan sentimen politik prokerajaan dan anti-kerajaan. Contohnya, populariti MAP pada tahun 1990-an sampai awal 2000 disertai oleh kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum 1995, 1999 dan paling gemilang 2004.

Tetapi Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan populariti PRU 2004 apabila beliau memperkenalkan dasar yang tidak popular seperti mengurangkan subsidi petroleum dan membiarkan budak-budak Tingkat 4 “merampas” kuasa. Peristiwa ini diekori serta-merta oleh kejatuhan audiens MAP, khususnya yang dimiliki oleh kerajaan dan parti-parti BN.

Pada pilihan raya 2008, BN yang dipimpin oleh Abdullah, kehilangan suara dua pertiga dan dengannya nasib MAP milik Umno/BN menjadi semakin malang. Keadaan mereka terus meruncing walaupun Abdullah berundur dan diganti oleh Mohd Najib pada tahun 2009. Pada PRU 2013 pencapaian BN di bawah Mohd Najib lebih hambar daripada PRU 2008.

Kemerosotan ekonomi yang berlaku selepas itu berserta dengan ledakan teknologi komunikasi menyebabkan audiens dan pasaran MAP jatuh merudum. Kecuali Sinar Harian, tren penjualah semua akhbar adalah menurun.


Akhbar bebas terus relevan dan berdaya maju
Ambil contoh Utusan Malaysia yang berupa lidah rasmi dan pengarak panji-panji Umno. Pengedarannya mencapai kemuncak pada tahun 1990-an di sekitar 350,000 naskhah sehari. Tetapi pada 31 Disember tahun lalu, perangkaan Biro Audit Pengedaran (ABC) menunjukkan jualan hariannya jatuh kepada 154,776 naskhah sahaja manakala edisi Ahad yang pernah melepasi setengah juta naskhah turun kepada 336,233.

Berita Harian merosot kepada 106,754 naskhah, Berita Harian Ahad (109,811), Kosmo (187,967), Kosmo Ahad (205,520), Metro (179,231), Metro Ahad (207,119). The Star merosot kepada 248,413, The Sunday Star (246,652) manakala New Straits Times yang bertindak sebagai lidah rasmi kerajaan dan Umno dalam bahasa Inggeris tinggal 62,113 naskhah sahaja dan New Sunday Times (64,850).

Begitu juga dengan stesen televisyen kawalan kerajaan dan milik Umno. Majoriti penonton mereka yang masih tinggal adalah golongan otai yang menonton segmen agama dan hiburan tempatan manakala golongan muda menonton sukan.

Tiga faktor utama yang menjejas saiz audiens MAP adalah laporan berat sebelah dan pemutaran fakta, penghijrahan ke media atas talian dan kuasa membeli yang semakin menguncup akibat kelembapan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.

Keterdesakan MAP perdana menjadi lebih ketara apabila kejatuhan pengedaran dan audiens disusuli oleh kejatuhan pendapat iklan. Kejatuhan pendapatan iklan memberi kesan negatif kepada keuntungan mereka.

Utusan Melayu Berhad, penerbit Utusan Malaysia, misalnya mengalami kerugian sejak tahun 2012 walaupun telah mengurangkan kakitangan, melakukan penjimatan dan mendapat “subsidi” daripada Umno. Pembayaran gaji kakitangan pun ada kalanya tertangguh.

Kemerosotan audiens menjadikan MAP semakin tidak relevan sebagai ejen propaganda Umno, BN dan kerajaan. Di pihak lain pula, percubaan Umno, BN dan kerajaan berhijrah ke media atas talian dan sosial nampaknya lebih membawa mudarat daripada kebaikan. Reaksi audiens terhadap mesej Umno, BN dan kerajaan amat negatif. 

Wallahuaklam.

Saturday, November 19, 2016

BERSIH, BERSIH, BERSIH....19 NOV. 2016

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang tadi selepas polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu pejabat Bersihdi Petaling Jaya, Selangor. 

Terdahulu, kedua-dua mereka tidak dibenarkan keluar dari pejabat tersebut atau berhubungan selama hampir dua jam. 

Sebanyak 10 komputer riba dan kenyataan bank serta gaji Bersih turut dirampas polis mengikut maklumat daripada Tweet Bersih. 


Sementara itu, Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di dalam satu kenyataan medianya mengecam sepenuhnya siri tindakan keras ini. 

Menurutnya, siri tindakan keras ("clamp down") mengancam demokrasi negara kita. Bermula dengan pendakwaan pengarah KiniTV, Steven Gan, kerana membuat laporan berita satu ucapan Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai Peguam Negara. Ini diikuti penangkapan Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke, difahamkan kerana ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan minggu lalu; dan juga serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 serta penahanan Maria Chin dan Mandeep Singh. 

Beliau yang juga Presiden KEADILAN menyatakan penangkapan tersebut menimbulkan persepsi seolah-olah pentadbiran Dato' Sri Najib tidak lagi memahami semangat demokrasi, tetapi seakan terpaksa menggunakan taktik kuku besi seperti tangkapan-tangkapan yang kita saksikan sekarang demi kepentingan politik kelompok kecil. 

"Pada masa yang sama, sekiranya ada pihak beranggapan bahawa tangkapan-tangkapan dan tindakan "clamp down" terkini ini akan mematahkan semangat juang dan menakutkan orang ramai dari menyertai perhimpunan aman Bersih 5, ia hanya menambahkan rasa marah rakyat," ujar kenyataan itu lagi. 

Beliau menyeru rakyat bersatu hati dan kumpulkan tenaga, turun untuk Bersih 5 dan ingatkan Putrajaya bahawa suara rakyat suara keramat! 


UPDATE


Trak FRU dan water canon kelihatan mengambil alih tepi jalan dan menguasai masjid negara. 



GAMBAR & VIDEO 



Tahniah, tahniah, tahniah buat semua yang terlibat

TIP UNTUK BERSIH

10 tips keselamatan sempena himpunan Bersih 5


Sempena perhimpunan Bersih 5 yang bakal berlangsung di ibu negara esok, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2 telah mengeluarkan 10 tips keselamatan bagi panduan orang ramai. 

Tips keselamatan itu dikeluarkan sebagai panduan kepada peserta perhimpunan untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar dan selamat. 

Berikut adalah tips keselamatan perhimpunan Bersih 5: 

1. Jauhkan diri daripada provokasi (walaupun mereka memakai baju-T kuning) dan biar aasukan keselamatan Bersih mengendalikan keadaan. Elakkan konfrontasi secara langsung. Mereka akan diserahkan kepada pihak polis. Bentuk satu bulatan di sekeliling mereka dan merakamkan tindakan mereka menggunakan video dan/atau kamera. 

2. Kita berada di sana untuk perhimpunan aman. Tiada senjata harus dibawa dan jangan merosakkan harta benda. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan tersebut akan diserahkan kepada pihak polis.

3. Sentiasa ikuti arahan sukarelawan keselamatan yang diberi kuasa oleh pihak Bersih. Mereka akan memakai baju-T keselamatan berwarna unggu dengan tag. Jika ragu-ragu, hubungi sukarelawan keselamatan yang lain untuk mengesahkan identiti mereka. 

4. Sekiranya pihak polis menembak pelet semburan lada terhadap peserta, berpaling ke belakang dan bergerak ke tempat lain. Jangan panik dan ikut arahan Pasukan Keselamatan Bersih. 

5. Kita juga mempunyai plakad (placard) yang jelas yang bertulis "Undur", "Senyap" dan lain-lain. Plakad ini akan digunakan oleh Pihak Keselamatan Bersih untuk komunikasi. 

6. Masa perhimpunan pada 19 November adalah dari 10 pagi hingga 6 petang. Berkumpul di tempat yang ditetapkan pada jam 10 pagi atau di mana-mana yang terdapat ramai penyokong Bersih. Sila bersurai secara teratur selepas jam 6 petang. Tempat perhimpunan adalah LRT Bangsar (Dataran Maybank) dan Masjid Negara. 

7. Dalam situasi kecemasan, pasukan keselamatan kita akan menggerakkan anda ke KLCC, KL Sentral dan LRT Bangsar. 

8. Peserta dinasihati jangan mengambil apa-apa minuman atau makanan yang ditinggal di tepi jalan. Ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku situasi-situasi keracunan makanan/minuman oleh pihak yang berniat jahat. 

9. Kita juga mempunyai pemerhati bebas tempatan dan antarabangsa yang akan memantau perhimpunan Bersih 5. Pasukan pegawai perubatan dengan 140 profesional perubatan dan 6 ambulan juga bersedia untuk membantu dalam kecemasan. Dalam kes tangkapan, SMS nama penuh dan nombor IC anda kepada Pasukan Penangkapan Segera kami di 011-21376814 atau 011-39376684. 

10. Muat turun aplikasi Prime, aplikasi rasmi kami di telefon anda untuk mendapatkan informasi terkini dan arahan rasmi. Ia boleh dimuat turun secara percuma bagi Android dan iOS. Ikuti kami di Facebook (www.facebook.com/BERSIH2.0OFFICIAL), Twitter (www.twitter.com/bersih2) dan Instagram (www.instagram.com/bersih2). Jangan mempeduli berita yang bukan daripada saluran rasmi kami. 

Sebagai penganjur perhimpunan, Bersih 2.0 akan sentiasa berusaha untuk bekerjasama rapat dengan pihak polis untuk memastikan perhimpunan berjalan secara teratur dan aman. 

Kami telah membentuk pasukan keselamatan Bersih yang mempunyai 1,400 petugas untuk membantu dalam kawalan trafik, kawalan orang ramai, menghentikan provokasi dan mencegah perbuatan jenayah. Mereka akan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan tugas-tugas ini. 

SATUKAN TENAGA, MALAYSIA BARU. 

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0

Friday, November 18, 2016

BERSIH 5 - HAKIM YES, PDRM NO, KSN GUGUR JAWATAN, CUEPECS TAK BERTANGGONG JAWAB.

Sunday, October 2, 2016

BERSIH - HUSAM AJAK RAKYAT KELANTAN IKUT SAMA


Pelancaran konvoi BERSIH 5 di KB meriah 

Pelancaran konvoi BERSIH 5 di Kota Bharu, Kelantan meriah apabila ia dihadiri kira-kira 300 orang yang menyertai sambutan berkenaan. 
Orang ramai mula berkumpul di sekitar Padang Bank kira-kira jam 8.30 pagi dengan mengenakan baju-T berwarna kuning. 
Malah acara pagi ini juga turut dimeriahkan dengan 10 buah beca yang dihiasi dengan perhiasan berwarna kuning. 
Pada kira-kira jam 9 pagi, Pengerusi BERSIH, Maria China Abdullah tiba dan diikuti pula dengan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. 

Sepuluh minit selepas itu, Maria dan Wan Azizah sambil diiringi pimpinan PKR negeri serta penyokong mula berjalan menuju ke Pasar Siti Khadijah untuk mengedarkan risalah kepada orang ramai. 
Acara kemudian disambung dengan para pimpinan termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa menyampaikan ucapan sebelum simbolik pelancaran konvoi iaitu nyalaan obor dilakukan. 
Ketika berucap Maria menyeru supaya orang ramai menyokong tuntutan BERSIH yang mahukan pilihan raya adil dan bersih lebih-lebih lagi apabila persempadanan semula telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 
Selain itu, Husam pula ketika ditemui pemberita berkata, orang ramai terutama daripada bangsa Melayu patut menyokong BERSIH 5 walaupun tanpa PAS. 
Katanya, apa yang lebih penting ketika ini ialah melakukan perubahan terutama pada pucuk pimpinan negara. 
"Kita tak boleh berhenti untuk melakukan perubahan terhadap Malaysia kerana PAS. Ada PAS atau tidak (dalam himpunan BERSIH 5), orang Melayu patut turun. 
"Malaysia sangat-sangat memerlukan perubahan. Kalau PAS sertai, Alhamdulillah, kalau PAS tak sertai pula orang Melayu kena juga datang untuk menyokong," katanya. 
Perhimpunan BERSIH 5 ditetapkan pada Sabtu, 19 November depan dengan bertemakan "Satu Tenaga, Malaysia Baru!". 
Himpunan itu antara lainnya meminta rakyat Malaysia bersatu padu dan membuat pendirian bagi melawan "rasuah besar" dan kegagalan fungsi institusi-institusi di Malaysia. 
Selain di Kota Bharu, turut diadakan pelancaran konvoi sama ialah di Lumut Perak yang dihadiri aktivisi Hishamuddin Rais, Kangar Perlis oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Datuk S Ambiga yang berada di Johor Baru, Johor. -mk 




VIDEO


Sunday, September 27, 2015

MERAH NAJIB, KUNING RAKYAT


HIDUP MELAYU adalah lauangan dari HIMPUNAN MERAH yang diadakan pada sambutan kelahiran hari Malaysia yang lalu, Laungan garang kemerehan ini dengan nada perkauman Melayu di jadikan wacana pasca perhimpunan.

Namun beberapa orang penganalisa politik Malaysia berpendapat gelora perkauman ini perlu dikeluarkan secara berperlembagaan supaya berlaku perbincangan, pendidikan demokrasi dan akhirnya perdamaian ke arah menghormati hak-hak asasi manusia.

Himpunan Baju Merah lebih baik terjadi daripada ia terpendam di bawah tanah, bergerak seperti mafia ataupun pergerakan ektremis yang bersandarkan keganasan untuk merebut kekuasaan – pembunuhan bersenjata seperti gerakan penghapusan etnik di Rwanda dahulu.
Saya percaya setakat hari ini, pihak keselamatan dan keamanan – juga pihak perniagaan dan perdagangan – Malaysia tidak akan membenarkan peristiwa 13 Mei berulang lagi.

Maka tiga orang anggota polis cedera ringan dalam mempertahankan Petaling Street daripada dirempuh para penunjuk perasaan, meski mereka dilemparkan kata-kata kesat “barua Cina.”
Saya boleh katakan Himpunan Baju Merah berjaya mencapai tujuannya untuk menunjukkan (tidak sama sekali kebenaran, melainkan tanggapan) bahawa kononnya orang-orang Melayu tanpa berbelah bahagi bersatu menyokong padu Najib Razak.

MERAH pada dasar beranggapan mereka telah berjaya mengenal pasti apa yang berlaku selama ini antara kaum di Malaysia, Melayu terus tertindas, semua permasalahan adalah di sebabkan oleh kaum Cina khususnya parti DAP. Tudahan kepada kedua anak berank ini Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sampai ke peringakat kemuncaknya.

Tapi malangnya tuduhan dan tngapan serong MERAH ini tidak di sokong dengan faktar atau pertimbangan akal budi, Tohmahan di buat hanya untuk meraih simpati Melayu yang lain. Pesoalannya benarkan mereka ingin menggadai atau menjual negera ini?

MERAH juga lupa atau sengaja tidak memahami kesilapan lalau, apakah pengagihan kekayaan di negara ini di agihkan oleh DAP atau dari kalangan Cina untuk kepentingan rakyat atau MERAH cuma menukkan rasa untuk mempertahankan tindakan kepimmpinan Melayu yang hidup rakus dengan kekayaan hingga melupakan rakyat jelata.

1- Siapa membela anak dara di pekosa oleh pemimpin Melayu? 
2- Kaum mana yang mempertahankan Akta Pengambilan Tanah negara dari dipinda?
Akta gila yang membolehkan tanah sesiapapun di negara ini dirampas kerajaan atas tujuan pembangunan ekonomi semata-mata, yang tersangat luas taksiran dan ruang lintup kuasanya, meliputi kepentingan ekonomi pihak swasta yang boleh saja bertentangan dengan kepentingan orang ramai. Walhal sebelum itu, kerajaan hanya boleh mengambil tanah milik peribadi dan orang ramai atas tujuan kemudahan dan infrastruktur awam.
3- Untuk Melayu Cina DAP juga sanggup merengkok di penjara, ISA 2 tahun.

Pembaca cari lah sendiri siapa mereka.

Pada masa yang sama negara di bawah kepimpinan Najib sedang berperang dengan isu-isu semasa yang amat sukar untuk di bendung. Projek 1MBD contohnya telah mengambil masa yang panjang dn ianya cukup berliku, penyelewangan " Derma RM2.6b " Projek TPPA, Pembunuhan Altantuya di hidupkan kembali juga kaitan dengan masalah hutang negera dan murahnya mata wang Malaysia berbandingan dengan US.

Dengan demonstrasi Baju Merah, sekurang-kurangnya perhatian masyarakat tempatan dapat dialihkan seketika daripada isu yang paling mencabar hari ini, iaitu 1MDB dan desakan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad agar Najib Razak meletakkan jawatan PM.
Ribuan Baju Merah yang berhimpun itu memang menang sorakannya, dengan seruan slogan perkauman yang penuh gegak gempita. Kemenangan sorakan MERAH adalah untuk Najib Razak dan bukannya untuk penambahbaikan untuk rakyat. 

MERAH telah menyelamatkan problem Najib buat seketika. Tahniah Merah

Jauh berbeza himpunan MERAK dengan KUNING dalam mempejuangkan hak Rakyat. 

Pendekkan tulisan Himpunan Merah lebih kepada mempertahankan Najib dari untuk rakyat.

Thursday, September 17, 2015

PERHIMPUNAN MELAYU - SULTAN MURKA





Johor tak terima golongan rasis, tangkap mereka, titah Sultan 


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ( gambar ) menegaskan hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang amalan bersifat perkauman dan negeri Johor tidak memberi ruang kepada sebarang isu dan sikap perkauman.

Malah, titah baginda, pihak berkuasa negeri itu digesa menangkap sesiapa sahaja yang terlibat menghasut rakyat Johor untuk bertindak sedemikian. 

"Mereka yang membenci dan mengamalkan perkauman tidak pernah saya terima di Johor Darul Ta’zim dan tidak mungkin saya menerima mereka. 


Ahli parlimen Pontian Johor, Ahmad Maslan dilihat telah menderhakai 
titah Sultan Johor agar tidak mengamalkan sikap perkauman dengan menyertai 
himpunan baju merah semalam. 

"Kepada pihak berkuasa, berkas mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mempromosikan perkauman. 

"Jangan pilih kasih, cari jalan penyelesaiannya ke akar umbi,” titah Sultan Johor itu di laman Facebook rasmi baginda. 

Malah, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial itu turut menasihatkan individu yang mengamalkan sikap perkauman supaya keluar dari negeri itu serta-merta. 

"Ini kerana, Johor adalah rumah kepada Bangsa Johor yang terdiri dari Orang Melayu, kaum Cina dan kaum India. 

"Ini adalah satu perintah. Jangan amalkan sikap perkauman dan membenci, atau lebih baik tinggalkan Johor," titahnya. 

Jelas baginda, pihaknya bertungkus-lumus demi untuk kepentingan Bangsa Johor dan Negeri Johor, dan memastikan semua rakyat negeri itu hidup dalam harmoni serta negeri semakin maju. 

"Mereka yang menghasut Bangsa Johor untuk membenci dan mengamal sikap perkauman akan berhadapan dengan tindakan tegas." -TMI 

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA