Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, January 5, 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN - GAGAL MELAHIRKAN INSAN " JERI "

Negara Ku Malaysia kini jelas sedang menuju kearah yang lebih melambangkan kehancuran, kemusnahan, serta tidak ada langsung pengiktirafan kepada perkembangan mental dan daya fikir rakyatnya. Rakyat terus di tipu dan di " jumudkan " daya fikirnya. Pak kata pepatah " hanya ada otak, tapi akal tiada ".

Penat saja dari pelaksanaan KBSR kini ke PPSMI, nampak sangat semua dasar pendidikan yang di laksanakan gagal melahirkan insan yang soleh, kamil, berbudi perkerti dan tahu menilai hak dan harta orang lain. Kenapa " buruk " perangai pegawai atas, perancangan dasar, perancang pembangunan ekonomi, dan entah apa lagi perancangan yang dibuat semuanya melambangkan " cuba " menghancurkan kredibitili negera ini.

Penat saja di fikirkan untuk penggubalan FPK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ),di mana hasrat FPK adalah satu proses berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mengujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ( jeri )berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan - akhirnya lahirlah seorang rakyat yang berilmu pengethuan, kerketrampilan berakhlak mulia, betanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negera

Akhirnya bukan lahir insan yang JERI sebaliknya insan yang berdaya saing untuk tidak amanah, tidak jujur, tidak ada rasa tanggong jawab, serta tidak patuh dan takut dengan kudrat Allah SAW. Apa tidaknya, sejak peristiwa DR M memfitnah DSAI, semua instiusi kerajaan telah mengarahkan sokongan yang bulat untuk memastikan pemimpin yang memerintah di bela walaupun mereka yang mencipta permasalahan.

Rakyat semua tahu ke arah mana BPR ( SPRM ), PDRM, Badan Kehakiman dan entah apa lagi agensi kerajaan yang di " paksa " untuk memastikan kehendak dan selera pemimpin di ikuti. Kes Pembunuhan Altantua, kini kehilangan F-5E mesti ada " kambing hitam " yang perlu di pertanggongjawabkan.

Kes F-5E, bagaimana pegawai berpangkat rendah - Mungkin di peringkat Pegawai Waran yang berjaya menyeludup enjin tersebut. apakah pegawai ini ada " link " dengan pegawai lain di luar negera? bukankan setiap rundingan untuk membeli dan menjual ini di bawah kepimpinan menteri yang bertanggongjawab? Bolehkah penjualan di lakukan dengan cara berbincangan melalui H/P saja, apakah pihak pembeli pula boleh percaya bahawa penjualan ini boleh dilakukan oleh seorang pegawai rendah saja?

Banyak lagi persoalan yang boleh di pertikaikan, tapi apa boleh buat Ghani Patil telah memutuskan yang terlibat hanyalah mereka di pangkat rendah saja. Itulah hebatnya rakyat negera ini, daya fikir sejak PPSMI dilaksanakan sungguh menakjubkan. Kenapa rakyat Malaysia terus di tipu oleh pemimpinnya sendiri? Apakah ini tandanya dunia sedang dalam proses kiamat? Hanya Allah SAW yang tahu hakikatnya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA